kaedah sumbang saran

Upload: azlan-bin-mohd-haron

Post on 07-Apr-2018

264 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 KAEDAH Sumbang Saran

    1/1

    KAEDAH-KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

    Sumbangsaran

    Sumbangsaran merupakan satu aktiviti perbincangan yang dikendalikan secara kumpulan.

    Tujuan sumbangsaran menjana idea tanpa mengira idea tersebut sesuai atau tidak. Cara inimengelakkan berfokus kepada satu cara penyelesaian sahaja. Oleh yang demikian,penilaian,

    perbincangan dan kritikan ditunda sehingga semua percambahan idea sudah dibuat. Topik

    perbincangan haruslah sesuai dengan kebolehan dan minat murid-murid.

    Dalam kaedah sumbangsaran ini, tempoh masa untuk mengemukakan idea ditentukan oleh

    guru. Secara kebiasaannya, ia ditentukan dalam masa dua puluh minit. Melalui cara ini

    murid-murid diberikan peluang untuk mengemukakan seberapa banyak idea atau pendapat

    tentang tajuk perbincangan. Semua pendapat atau idea dicatat dalam pengembangan idea

    orang adalah digalakkan oleh guru.

    Sumbangsaran dijalankan apabila guru memberikan tajuk perbincangan sebelum murid-

    murid dimasukkan dalam kumpulan-kumpulan yang tertentu. Setiap kumpulan biasa terdiri

    daripada 8 hingga 12 rang ahli. Seterusnya murid-murid akan membincang tajuk tersebut

    dalam kumpulan masing-masing sebelum membuat pendirian masing-masing tentang

    masalah tersebut. Dalam sesi sumbangsaran yang sebenarnya, ahli-ahli akan mengemukakan

    pelbagai pernyataan masalah daripada pelbagai sudut pandangan.

    Namun dalam setiap aktiviti sumbangsaran guru hendaklah mengambil inisiatif untuk

    menasihat murid-murid supaya tidak mengkritik atau menilai pandangan ahli-ahli kupulan

    yang lain. Oleh yang demikian, seorang guru seharusnya bertindak positif dengan menerimasemua idea yang diterima oleh murid-murid.

    Dalam satu sesi sumbangsaran, guru seharusnya melantik seorang pengerusi dalam setiap

    kumpulan dan peranannya ialah untuk menyelaraskan idea-idea yang akan dipilih oleh ahli-

    ahlinya. Pengerusi setiap kumpulan akan merumuskan segala idea-idea selepas mendapat

    persetujuan daripada ahli-ahli kumpulan. Dengan cara ini, segala aktiviti yang dijalankan

    menunjukkan kaedah menggalakkan pemikiran kreatif dikalangan murid-murid.Keadah ini

    merupakan satu kaedah yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia

    adalah satu cara untuk memperolehi banyak idea dalam tempoh masa yang singkat. Dalam

    kaedah ini, lebih banyak idea baru dikemukakan oleh murid berbanding dengan kaedah

    analitikal biasa.