kaedah sejarah

4
Soalan Target Penulisan Dan Penyelidikan 3. Kaedah Sejarah - pemilihan tajuk - tafsiran 3ilmu penting dalam sejarah. ruang masa dan aspek - Heuristik/Pengumpulan data - falsafah Hermeneutic/ menyaring fakta - Verifikasi/kritik sumber - Interpretasi/ hubung kait sebab dan akibat - Historiografi/ mempersembahkan penulisan - contoh dan analisis karya--- utk dapat A+ a. Memilih Tajuk kaedah sejarah merupakan panduan yang di gunakan untuk meneliti suatu peristiwa sejarah. ia penting untuk mendapatkan hasil penelitian yang bermutu serta dapat di akui dan di percaya masyarakat. kaedah sejarah itu pada dasarnya di arahkan untuk menjawab secara tuntas dan menyeluruh pertanyaan 5W – 1H. perlu ditegaskan juga bahawa tajuk yang dipilih mestilah mengandungi 3ilmu penting dalam sejarah yakni ruang masa dan aspek. i. Kedekatan emosional ia merujuk kepada pengkaji suka dan mempunyai minat serta pengalaman terhadap aspek yang ingin dikaji. kadang2 seseorang yang terlibat secara emosional dalam pemilihan tajuk agak bahaya oleh sebab pertimbangan intelektualnya akan dipengaruhi emosi, sehingga sejarah berubah menjadi pengadilan. Oleh itu, Kedekatan emosional itu harus diakui dan dibuat secara jujur. ii. Kedekatan intelektual Berlaku atas cetusan idea disebabkan pengkaji mempunyai pengetahuan bersedia terhadap isu yang ingin dikaji. Melalui

Upload: annurinsyirah

Post on 07-Nov-2015

15 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Sejarah

TRANSCRIPT

Soalan Target Penulisan Dan Penyelidikan 3. Kaedah Sejarah pemilihan tajuk tafsiran 3ilmu penting dalam sejarah. ruang masa dan aspek Heuristik/Pengumpulan data falsafah Hermeneutic/ menyaring fakta Verifikasi/kritik sumber Interpretasi/ hubung kait sebab dan akibat Historiografi/ mempersembahkan penulisan contoh dan analisis karya--- utk dapat A+

a. Memilih Tajukkaedah sejarah merupakan panduan yang di gunakan untuk meneliti suatu peristiwa sejarah. ia penting untuk mendapatkan hasil penelitian yang bermutu serta dapat di akui dan di percaya masyarakat. kaedah sejarah itu pada dasarnya di arahkan untuk menjawab secara tuntas dan menyeluruh pertanyaan 5W 1H. perlu ditegaskan juga bahawa tajuk yang dipilih mestilah mengandungi 3ilmu penting dalam sejarah yakni ruang masa dan aspek. i. Kedekatan emosionalia merujuk kepada pengkaji suka dan mempunyai minat serta pengalaman terhadap aspek yang ingin dikaji. kadang2 seseorang yang terlibat secara emosional dalam pemilihan tajuk agak bahaya oleh sebab pertimbangan intelektualnya akan dipengaruhi emosi, sehingga sejarah berubah menjadi pengadilan. Oleh itu, Kedekatan emosional itu harus diakui dan dibuat secara jujur.ii. Kedekatan intelektualBerlaku atas cetusan idea disebabkan pengkaji mempunyai pengetahuan bersedia terhadap isu yang ingin dikaji. Melalui pengetahuan sedia ada, maka pengkaji boleh menimbulkan beberapa permasalahan yang boleh menjadi tema penyelidikan tersebut. iii. Rencana PenelitianRencana penelitian merujuk kepada pemilihan topik hendaknya memenuhi hal-hal seperti Permasalahan, Historiografi, Sumber Sejarah, dan hipotesis. Dalam permasalahan, perlu dikemukakan subject matter yang akan diteliti. Dalam historiografi, perlu dikemukakan sejarah penulisan dalam bidang apa yang akan diteliti. ini penting kerana, Sebelum ke lapangan pengkaji harus tahu sumber sejarah yang akan dicari, bagaimana mencari, dan di mana dicari. Tentang hipotesis, ia penting bagi mendapatkan fakta dan idea yang boleh memandu penyelidikan.

b. Heuristikheuristik merujuk kepada proses Pengumpulan data. Sumber disebut juga data sejarah perlu dikumpulkan sesuai dengan jenis Sejarah yang akan ditulis. ia biasanya dibuat setelah proses memilih tajuk dibuat atau tajuk telah pun ditetapkan. terdapat tiga jenis sumber iaitu primer, sekunder dan lisan. Data primer, iaitu dokumen asli, laporan/catatan, foto, benda peninggalan, dan artifak. Data sekunder pula ialah maklumat yang di peroleh dari buku, teks, koran, ensiklopedia, dan rujukan2 lain. manakala lisan pula ialah maklumat yang diperoleh dengan cara menemu bual saksi sejarah. c. Hermeneutic Hermeneutic merujuk kepada kaedah formal menyaring sumber dan fakta. Perkara ini dibuat kerana tidak semua sumber dan fakta yang diperolehi mempunyai kepentingan dalam penyelidikan. oleh itu, ia perlu disaring atau ditapis untuk mendapatkan sumber dan fakta yang benar2 diperlukan. d. Verifikasi/kritik sumber Kritikan sumber juga boleh diertikan sebagai tafsiran sumber, iaitu penilaian untuk memastikan sesuatu objek (sumber) dan maklumat (data) dalam sumber yang digunakan itu benar ataupun palsu. Tujuannya bagi menentukan kebenaran (authenticity) dan perkaitan (relevancy) sumber dengan kehendak tajuk dan kegunaan sesuatu fakta dari sumber itu adalah valid (benar atau tepat). ia juga penting untuk menentukan ketulenan bukti atau sumber itu. Kritik sumber dilakukan melalui dua kaedah, iaitu kritik dalaman dan kritik luaran. Kritikan luaran dapat dinyatakan sebagai usaha mengesahkan ketulenan atau keaslian sesuatu sumber asli itu dari sifat-sifat luarannya, misalnya bila sumber itu dicatat atau direkodkan, di mana ia dihasilkan, siapa yang menghasilkannya, daripada bahan apa ia dihasilkan, dari bentuk apa asalnya ia dihasilkannya. Kritikan dalaman pula bermaksud kemunasabahan (credibility) keterangan isi kandungan sesuatu sumber itu. Persoalannya, apakah kandungannya itu benar, rasional atau logik. e. InterpretasiInterpretasi pada dasarnya merupakan langkah yang dilakukan dalam menjawab permasalahan dari topik yang diteliti. Fakta yang dihasilkan melalui kritik harus dihubungkan antara yang satu dengan yang lainnya, terutama dalam konteks hubungan sebab akibat atau adanya hubungan yang sangat signifikan.

f. HistoriografiDalam tahap historiografi, fakta-fakta yang telah di kumpulkan, dikritik, dan di interpretasikan kemudian di sajikan dalam bentuk tulisan yang logik, sistematis dan bermakna. Historiografi yang baik biasanya menyajikan latar belakang, kronologi peristiwa, analisis sebab akibat, dan huraian mendalam mengenai hasil penelitian, analisis kesan, serta kesimpulan. Dengan demikian, hasilnya dapat memberikan pemahaman baru yang bermakna kepada pembaca tentang topik tersebut.