keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran...

77
1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat sejauhmanakah keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Seperti yang kita ketahui, mata pelajaran sejarah sering dikaitkan dengan unsur lama dan statik dalam pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetengahkan penggunaan kaedah simulasi sebagai satu kaedah untuk pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Menurut Noraini Ishak dalam tulisan beliau bertajuk “Teori-teori Yang Boleh Diguna Atau Diadaptasi Bagi Setiap Masalah” bertarikh 5 Disember 2009, pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah simulasi ini adalah satu gambaran abstrak tentang situasi sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing- masing untuk menyelesaikan maslaah atau isu-isu yang berkaitan. Ia juga merupakan satu situasi yang diwujudkan utnuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah-masalah yang benar-benar wujud atau menyediakan situasi-situasi yang benar-benar wujud di dalam keadaan yang terkawal.

Upload: cma-usin

Post on 26-May-2015

16.138 views

Category:

Documents


28 download

TRANSCRIPT

Page 1: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat sejauhmanakah keberkesanan penggunaan kaedah

simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Seperti yang kita

ketahui, mata pelajaran sejarah sering dikaitkan dengan unsur lama dan statik dalam

pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk

mengetengahkan penggunaan kaedah simulasi sebagai satu kaedah untuk pengajaran dan

pembelajaran Sejarah.

Menurut Noraini Ishak dalam tulisan beliau bertajuk “Teori-teori Yang Boleh Diguna Atau

Diadaptasi Bagi Setiap Masalah” bertarikh 5 Disember 2009, pengajaran dan pembelajaran

dengan menggunakan kaedah simulasi ini adalah satu gambaran abstrak tentang situasi

sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-

masing untuk menyelesaikan maslaah atau isu-isu yang berkaitan. Ia juga merupakan satu

situasi yang diwujudkan utnuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan

masalah-masalah yang benar-benar wujud atau menyediakan situasi-situasi yang benar-benar

wujud di dalam keadaan yang terkawal.

Page 2: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

2

Terdapat beberapa jenis simulasi yang dapat digunakan sebagai satu langkah atau aktiviti

yang boleh menarik minat pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah ini iaitu :

a. Lakonan atau drama

Berskrip

Tanpa Skrip

b. Sosio drama

Pelajar cuba menyelesaikan sesebuah masalah sosial

Pelakon diberi peranan watak sejarah dan suatu masalah atau

isu dalam sejarah.

c. Perbahasan

Pemidato memegang peranan sebagai seorang tokoh sejarah

atau sebagai seorang tokoh sejarah yang membahaskan sesuatu

isu sejarah.

Syarahan kecil dilakukan oleh seorang pelajar kepada rakan-

rakan sekelas dan mereka memberi markah.

Cth : seorang pelajar menerangkan apa yang sebenarnya dilihat

dan dirasai oleh Marco Polo dalam pengembaraanya.

Page 3: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

3

d. Simulasi Segera

Guru memberi penerangan tentang sesuatu tajuk .

Guru meminta pelajar memegang sesuatu peranan dan

mengambarkan bagaimana peristiwa itu berlaku.

Cth : Jika anda tokoh x , apakah yang akan anda lakukan ?

Bagaimana reaksi anda terhadap …?

e. Permainan

Terancang dan berstruktur seperti ‘board games’ dan teka

silang kata.

Dalam kajian ini, saya telah memilih teknik simulasi jenis sosio drama yang mana

pelajar akan diberikan peranan dan watak yang akan melakonkan watak dalam tajuk

yang telah dipilih dalam mata pelajaran Sejarah untuk menyelesaikan sesuatu

permasalahan yang ditimbulkan.

Page 4: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

4

1.2 Penyataan Masalah

Penyataan masalah di sini mengupas tentang mengapa mata pelajaran Sejarah kurang berjaya

menarik minat pelajar dan dianggap sebagai satu mata pelajaran yang membosankan.

Penyataan masalah ini dapat dilihat melalui beberapa kajian. Malah, mata pelajaran Sejarah

ini sendiri telah dibentangkan sebagai satu mata pelajaran yang wajib diambil oleh semua

pelajar dan wajib lulus dalam peperiksaan SPM pada tahun 2013 nanti. Kenyataan ini

disokong oleh satu kenyataan akhbar yang mana kerajaan memutuskan untuk menaik taraf

status Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM mulai tahun 2013

(Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin).

Pelbagai pendapat mengapa mata pelajaran Sejarah ini dijadikan sebagai satu mata pelajaran

wajib kelak. Ramai berpendapat, rata-rata pelajar bosan dengan kaedah dan modul yang

diguna pakai sekarang. Mata pelajaran Sejarah ini pula banyak menceritakan dan

memfokuskan tentang tokoh-tokoh atau individu berbanding sejarah bangsa dan negara.

Mereka seolah-olah hanya belajar mengenali tokoh. Malah, mereka perlu menghafal banyak

topik, iaitu 8 topik dalam tingakatan 1, 10 topik dalam tingkatan 2, 7 topik dlam tingkatan 3,

10 topik tingkatan 4 dan 9 topik dalam tingkatan 5. Jumlah keseluruhan adalah sebanyak 44

topik. Manakala sewaktu tingkatan 4 dan 5, pelajar perlu membaca 19 topik hanya untuk

menjawab 2 soalan dalam SPM.

Page 5: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

5

Mereka merasakan pelajaran Sejarah tidak digunakan dalam kehidupan seharian sepertimana

matematik dan sains contohnya. Mereka juga tidak tahu apa tujuan mereka belajar Sejarah.

Malah, buku teks yang tebal dan kandungan yang tidak menarik ditambah dengan beribu-ribu

fakta yang perlu dihafal. Mereka juga berpendapat bahawa hampir tiada majikan atau

pekerjaan yang memerlukan mereka begitu arif tentang Sejarah.

Azwani Ismail, Zaharah Aziz dan Sharifah Nur Puteh dalam kajian mereka yang bertajuk

“Kesan Model STAD Terhadap Pelajar Dalam Mata Pelajaran Sejarah”, Universiti

Kebangsaan Malaysia menyatakan bahawa kebanyakan pelajar mempunyai tanggapan awal

bahawa mata pelajaran sains sosial amnya dan Sejarah khususnya adalah mata pelajaran yang

membosankan. Tanggapan awal ini akan menyebabkan pelajar kurang tumpuan dan kurang

motivasi untuk mempelajari pelajaran sejarah.

Menurut Abdul Hakim (2002), Abdul Razak dan Ali (2000), Anuar et al. (2009), menyatakan

bahawa mata pelajaran sejarah adalah merupakan mata pelajaran yang kurang diminati oleh

pelajar dan membosankan. Begitu juga dengan kajian yang dilakukan oleh Abdul Razak dan

Abdullah (2000) terhadap 240 pelajar di daerah Petaling Jaya dan Kuala Selangor mendapati

pelajar-pelajar menganggap mata pelajaran sejarah ini sebagai mata pelajaran sampingan

yang tidak mendatangkan faedah. Tanggapan ini pula dikaitkan dengan kajian oleh

Sivachanlingam et al. (2008) yang mana menyatakan bahawa subjek sejarah yang tidak

memberikan jaminan pekerjaan dan tidak mempunyai nilai komersial.

Page 6: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

6

Hazri Jamil (2003) pula menyatakan. pengajaran dan pembelajaran sejarah adalah berbeza

dengan mata pelajaran lain. Dalam pendidikan sejarah, pelajar bukan sahaja diajar

mendapatkan maklumat atau pengajaran dari peristiwa sejarah dan seterusnya dapat

merealisasikan dalam kehidupan seharian dan merancang kehidupan akan datang.

Keberkesanan pengajaran sejarah bergantung kepada perancangan dan kualiti guru sejarah.

Guru sejarah yang baik menunjukkan kebolehan dan keupayaan diri dari segi kualiti diri,

sosial dan profesional. Kelemahan dari segi pengajaran masih menjadi isu utama yang

berkaitan dengan pencapaian pelajar dalam peperiksaan SPM. Malah, corak pengajaran

sejarah di sekolah masih bersifat tradisional dan membosankan pelajar.

Satu kajian oleh Mohamad Sultan (2000) di sebuah sekolah di daerah Sabak Bernam,

menunjukkan pengajaran sejarah di sekolah berkenaan kurang berkualiti. Malah mengikut

Hariyono (1995), guru sejarah kurang memerhatikan sama ada maklumat tersebut dapat

membangkitkan minat atau semangat yang boleh membentuk pelajar yang faham akan

sejarah. Kenyataan ini disokong pula oleh Omardin (1996), Aini (1998) dan Khoo Kay Kin

(2008) yang menyatakan bahawa pembelajaran sejarah lazimmya dijalankan dalam bentuk

hafalan. Pelajar difokuskan dengan menitikberatkan aspek-aspek seperti mengingati tarikh,

fakta-fakta serta pergolakan dunia yang telah berlaku beribu-ribu tahun yang lampau. Ini

akan menyebabkan mereka mempunyai perspektif yang sempit tentang proses perkembangan

masyarakat dan negara. Oleh itu, ramai pelajar mendapati mata pelajaran sejarah sangat

menjemukan dan tidak merangsang pelajar untuk berfikir.

Page 7: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

7

Menurut Zahara (1999), sekiranya guru mementingkan pengajaran dan yang memberi latihan

kepada pelajar untuk berfikir, maka apabila pelajar meninggalkan alam persekolahan dan

menjejak alaf baru, mereka akan merasa lebih yakin kerana berkebolehan dan berinisiatif

dalam menyelesaikan masalah dan berfikiran dengan kritis dan kreatif. Sekiranya konsep

sejarah dapat difahami dengan jelas pada peringkat awal lagi, akan dapat memupuk dan

memperkukuhkan lagi semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan

warga dunia. Tanggapan negatif pelajar ini boleh dilenyapkan jika guru berfikiran kreatif dan

inovatif, yang dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan

dapat menimbulkan keseronokan di dalam kelas.

Malah, jurnal yang ditulis oleh Anuar Ahmad, Siti Haishah Abd Rahman, dan Nur Atiqah T.

Abdullah (2009), ada menyatakan bahawa isu tentang mengapa pengajaran dan pembelajaran

Sejarah kurang berjaya menarik minat pelajar telah ditimbulkan dalam Mesyuarat

Jawatankuasa Perancangan Pendidikan (JPP) ke-170 (Pusat Perkembangan Kurikulum:

2003). Sehubungan dengan itu, satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua

Pengarah Pendidikan Malaysia telah diadakan pada 7 Mac 2003. Tindakan susulan oleh PPK

telah menjalankan kajian ke atas 31 buah sekolah berprestasi rendah dan sederhana Sejarah

SPM 2002 di Semenanjung Malaysia. Kajian ini telah menunjukkan penurunan prestasi

Sejarah SPM 2003 sebanyak 4.6%.

Page 8: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

8

Satu lagi mesyuarat Jawatankuasa Sejarah yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah

Pendidikan Malaysia telah diadakan pada 1 April 2004 untuk mengenal pasti masalah dan

mendapatkan pandangan dari pihak IPTA dan guru Sejarah. Selepas daripada mesyuarat

tersebut, sekali lagi PPK memantau sekolah berprestasi rendah Sejarah SPM 2003 di 36 buah

sekolah di Semenanjung dan 20 buah sekolah di Sabah dan Sarawak.

Pemantauan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklum balas mengenai persediaan

guru Sejarah bagi melaksanakan kurikulum Sejarah (semakan) yang telah didedahkan dan

mengukur sejauhmana kelancaran pelaksanaan kurikulum Sejarah serta pengaplikasian

pedagogi yang telah didedahkan. Di samping itu juga ia adalah untuk mengenal pasti punca

yang menghalang minat murid terhadap Sejarah dan penurunan prestasi Sejarah SPM 2003.

Menurut Adnan Omar dalam tulisannya yang bertajuk “Keberkesanan E-Tuisyen Terhadap

Pencapaian, Minat dan Sikap Pelajar Berprestasi Rendah dalam Mata Pelajaran Sejarah”,

Universiti Utara Malaysia mengupas dengan lebih lanjut lagi berkaitan dengan usul

mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan yang diadakan pada 7 Mac 2003.

Walaupun terdapat peningkatan pada Kertas SPM Sejarah 1249/2 pada 2006 dan 2007,

namun peningkatan ini hanya tertumpu kepada pelajar yang berkebolehan tinggi berbanding

dengan pelajar dalam kumpulan sederhana dan lemah. Ini juga menjadi punca mengapa

penurunan terhadap mata pelajaran Sejarah berlaku. Selain itu, Adnan Omar juga mengupas

tentang mengapa Sejarah kurang berjaya menarik minat pelajar iaitu, kebosanan dan kurang

minat pada Sejarah adalah kerana pelajar disogok dengan gaya pengajaran tradisional,

pembelajaran yang mendatar, tiada motivasi, berpusatkan kepada guru dan penuh dengan

hafalan fakta.

Page 9: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

9

Kata-kata ini disokong dengan satu kajian yang dilakukan oleh Mohamad Sultan (2000) di

salah sebuah sekolah di daerah Sabak Bernam, yang mana beliau mendapati keseluruhan

kajiannya menunjukkan pengajaran Sejarah di sekolah tersebut kurang berkualiti dan ini

membuktikan bahawa pengajaran adalah berkait rapat dengan tanggungjawab guru sebagai

penyampai ilmu manakala keberkesanan pengajaran pula ialah kejayaan guru mencapai

objektif dalam membantu pelajar belajar.

1.3 Kerangka Konseptual

Rajah 1.1 : Konsep Rangka Kerja Mengenai Kaedah Simulasi Meningkatkan

Prestasi Pelajar Dalam Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan Satu.

Masalah Pemahaman

Fakta Sejarah

Implikasi terhadap prestasi

pembelajaran pelajar Tingkatan 1

Sebab / Pemboleh

ubah Tidak

Bersandar

Akibat / Pemboleh

ubah Bersandar

Page 10: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

10

1.4 Objektif Kajian

Antara objektif yang disasarkan dalam kajian ini adalah :

a) Memfokuskan kepada masalah pemahaman murid dalam pengajaran dan

pembelajaran Sejarah.

b) Membantu mengubah pengajaran guru ke arah pendekatan yang lebih baik dalam

meningkatkan prestasi pencapaian mata pelajaran Sejarah.

c) Meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian di sini adalah seperti yang berikut :

a) Apakah faktor utama pelajar kurang minat terhadap mata pelajaran Sejarah?

b) Apakah tingkahlaku yang ditunjukkan pelajar kurang berminat dalam mata

pelajaran Sejarah?

c) Apakah kaedah atau pendekatan terbaik bagi mengatasi masalah kesukaran

memahami fakta di kalangan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran

dijalankan?

Page 11: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

11

1.6 Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti keberkesanan

penggunaan kaedah yang digunakan dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar yang

boleh menarik minat pelajar dalam satu-satu mata pelajaran.

1.7 Batasan Kajian

1.7.1 Masa

Kajian ini akan dijalankan berdasarkan tempoh masa yang diberikan mengikut jadual

yang telah ditetapkan.

1.7.2 Sampel

Kajian ini hanya akan dijalankan di salah sebuah kelas tingkatan satu di sekolah

menengah.

1.7.3 Lokasi

Kajian ini dicadangkan akan dilaksanakan di Sekolah Menengah St. Anthony, Tenom.

1.7.4 Tajuk

Kajian ini hanya akan memberi fokus pada penggunaan kaedah simulasi iaitu teknik

sosio drama dalam tajuk Parameswara Pengasas Kesultanan Melayu Melaka dalam

pengajaran Sejarah.

Page 12: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

12

1.7.5 Skop Persepsi

Skop persepsi dalam kajian ini adalah memfokuskan kepada pemahaman dan minat

pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah.

1.8 Definisi

Definisi-definisi ini boleh dilihat dari segi defini konsep dan definisi operasional yang

mana definisi knosep adakalanya dirujuk sebagai definisi teori yang harus

bersandarkan kepada sesuatu teori atau lebih diperkukuhkan oleh kajian-kajian lepas.

Ia lebih memberi maksud abstrak atau umum. Manakalah dari segi definisi

operasional pula ialah definisi yang digunakan oleh penyelidik untuk menjelaskan

responden, pembolehubah yang hendak diuji atau dimanipulasikan dalam kajian. Ia

memberi gambaran bagaimana konsep yang hendak dikaji itu boleh diperhatikan atau

dimanipulasikan.

1.8.1 Kaedah Simulasi

Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, simulasi bermaksud perbuatan (latihan dll)

yang berasaskan atau menggunakan sesuatu yang direka atau dibuat-buat

tetapi yang mirip kepada atau hampir dengan yang sebenarnya. Dari aspek

kajian ini, simulasi membawa maksud sesuatu situasi sebenar yang

memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-

masing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu.

Page 13: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

13

1.8.2 Meningkatkan Prestasi

Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Empat, meningkatkan prestasi ini

dapatlah didefinisikan sebagai satu usaha untuk memajukan diri untuk

mencapai hasil atau mutu yang diperolehi atau dicapai dalam menjalankan

sesuatu tugas. Dalam aspek kajian ini pula meningkatkan prestasi di sini

bermaksud berusaha untuk meninggikan lagi hasil pencapaian pelajar agar

dapat menanam rasa minat terhadap mata pelajaran Sejarah sekaligus dapat

meningkatkan peratusan pencapaian mata pelajaran Sejarah ke arah yang lebih

baik.

1.8.3 Pelajar

Pelajar pula adalah seseorang yang ingin belajar yang juga dikenali sebagai

penuntut atau murid. (Kamus Pelajar). Dalam aspek kajian ini, pelajar yang

dimaksudkan adalah golongan remaja berumur dalam lingkungan 13 tahun

yang belajar dalam suatu komuniti iaitu sekolah.

1.8.4 Sejarah

Sejarah didefinisikan sebagai peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu

yang lampau, kisah, riwayat, tambo: cerita yang disangka dongeng itu menjadi

fakta iaitu sesudah dijumpai bukti-bukti yang mengesahkannya. Manakala

dalam aspek kajian ini, Sejarah adalah satu mata pelajaran yang diajar di

sesebuah sekolah.

Page 14: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

14

Menurut Siagan (1987), simulasi ialah suatu metodologi untuk melaksanakan

percubaan dengan menggunakan model dari satu sistem nyata. Manakala Hasan

(2002), simulasi merupakan satu model pengambilan keputusan dengan mencontoh

atau mempergunakan gambaran sebenarnya dari suatu sistem kehidupan dunia nyata

tanpa harus mengalaminya pada keadaan yang sesungguhnya. Simulasi adalah suatu

teknik yang dapat digunakan untuk memformulasikan dan memecahkan model-model

dari golongan yang luas. Golongan atau kelas ini sangat luas sehingga dapat dikatakan

‘jika semua cara yang lain gagal, cubalah simulasi’ (Schroeder, 1997). Dalam kajian

ini, simulasi merujuk kepada satu aktiviti bagi menarik minat pelajar dalam suatu

pembelajaran.

Menurut sumber lain, simulasi adalah tiruan perbuatan yang hanya pura-pura.

Simulasi yang berasal daripada perkataan simulate yang bermaksud pura-pura atau

perbuatan seolah-olah. Beberapa buku yang meghuraikan tentang simulasi ini sering

menggunakan perkataan simulasi sebagai satu istilah permainan. Robinson (1996)

menyatakan bahawa simulasi sering bertukar nama kepada permainan. Oleh yang

demikian, dapatlah disimpulkan di sini bahawa simulasi adalah peniruan atau

perbuatan yang bersifat meniru suatu peristiwa seolah-olah seperti peristiwa yang

sebenar.

Page 15: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

15

1.9 Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, kaedah simulasi merupakan satu kaedah yang sesuai

digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah bagi meningkatkan prestasi

pelajar dalam mata pelajaran Sejarah ini. Kajian ini juga bertujuan untuk mellihat

sejauhman keberkesanan penggunaan kaedah simulasi terhadap nilai patriotisme,

sikap pelajar terhadap Sejarah dan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah

khususnya dalam kajian yang dijalankan di salah sebuah sekolah menengah di Daerah

Tenom ini.

Page 16: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

16

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Di dalam bab ini membincangkan tentang kajian-kajian literatur yang berkaitan

dengan kajian yang akan dijalankan terutamanya yang melibatkan pembelajaran yang

menggunakan kaedah simulasi sebagai satu kaedah untuk meningkatkan prestasi

pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Simulasi ini dapat meningkatkan motivasi dan

perhatian pelajar terhadap topik-topik yang diajar dan meningkatkan keterlibatan

secara langsung pelajar dengan guru. Beberapa kajian literatur yang berkaitan dengan

penggunaan kaedah simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran ini dapat dilihat

bagi meningkatkan prestasi pelajar dalam satu-satu mata pelajaran terutama dalam

mata pelajaran Sejarah ini.

Page 17: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

17

2.2 Pelbagai Pendapat dan Pandangan Mengenai Simulasi

Satu kajian yang dijalankan oleh Anuar Ahmad, Siti Haishah Abd Rahman, dan Nur

Atiqah T. Abdullah (2009), menyatakan bahawa mata pelajaran Sejarah ini sendiri

memainkan peranan penting dalam merealisasikan hasrat dan aspirasi negara

khususnya dalam pembentukan masyarakat yang seimbang dan harmonis dari segi

intelek, rohani, emosi dan jasmani di samping mempunyai daya fikir yang tinggi.

Oleh yang demikian, penggunaan kaedah simulasi dalam pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran Sejarah ini adalah penting untuk meningkatkan prestasi

pelajar di samping menarik minat pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Ini dapat

dilihat dari definisi simulasi itu sendiri yang mana simulasi memainkan peranan

penting dalam melaksanakan percubaan dengan menggunakan model dari satu sistem

nyata (Siagan, 1987) dan simulasi itu sendiri merupakan satu model pengambilan

keputusan dengan mencontohi atau mempergunakan gambaran sebenarnya dari satu

sistem (Hasan, 2002).

Menurut satu kajian bertajuk “Guru Sejarah MRSM Yang Berkesan – Kaedah

Pengajaran Sejarah”, kaedah simulasi sebagai satu kaedah yang dapat mewujudkan

satu situasi untuk menyerupai keadaan sebenar dan ia melibatkan pelajar-pelajar

melakonkan sesuatu perkara (secara berpura-pura) dalam suatu suasana yang

terancang.

Page 18: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

18

Satu kajian oleh Norazura Yahya, Norhaslina Rosli, Nur Amira Noor Ali dan Abdol

Rahim Ahmad, Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam kajian mereka bertajuk

“Kajian Tindakan Dalam Pendidikan Mempertingkatkan Penguasaan Sebutan dan

Perbendaharaan Kata Bahasa Inggeris Menggunakan Simulasi”, menyatakan bahawa

simulasi adalah satu pengajaran yang amat berkesan yang membolehkan para guru

mencapai objektif pembelajaran dari segi isi kandungan, konsep, kemahiran dan sikap

yang juga boleh memperbaiki kesihatan mental dan memudahkan kreativiti. Simulasi

juga adalah suatu situasi pembelajaran dalam keadaan terkawal dan sengaja

diwujudkan sama dengan situasi sebenar. Tujuannya adalah untuk menjalankan

latihan demi untuk menyelesaikan masalah.

Kumpulan pengkaji ini juga menyatakan, dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

di dalam bilik darjah, kaedah simulasi digunakan untuk membolehkan para pelajar

berlatih sendiri aktiviti lakonan dalam keadaan yang teratur dan terkawal dengan

tujuan mengemukakan cara penyelesaian untuk satu-satu masalah yang ditimbulkan

yang mana masalah-masalah yang ditimbulkan itu melibatkan satu kajian yang rumit,

masalah disiplin atau peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seharian.

Noraini Ishak (2009), dalam penulisan beliau bertajuk “Teori-teori, Strategi Yang

Boleh Digunakan atau Diadaptasi Bagi Setiap Masalah” menulis bahawa kaedah

simulasi itu sendiri mampu meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran,

pelajar akan bergerak aktif serta maningkatkan tahap pencapaian pelajar dalam satu-

satu mata pelajaran.

Page 19: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

19

Kenyataan ini disokong oleh satu kerangka teoritikal yang berkaitan dengan simulasi

iaitu kerangka teoritikal terbahagi kepada dua pembolehubah, iaitu pembolehubah

bersandar dan pembolehubah tidak bersandar. Berdasarkan kajian yang ingin

dijalankan, pembolehubah tidak bersandar adalah kaedah pengajaran guru contohnya

kaedah simulasi, manakala pembolehubah bersandar pula adalah minat pelajar

terhadap pengajaran guru. Ini bermaksud pemboleh ubah bersandar iaitu minat

bergantung kepada pemboleh ubah tidak bersandar iaitu (kaedah simulasi) kaedah

yang digunakan oleh guru.

Rajah 1.2 : Kerangka Teoritikal Simulasi

Dalam kajian ini kita dapat melihat bahawa mata pelajaran Sejarah sebagai satu mata

pelajaran yang penting dalam bidang pendidikan dan dalam kehidupan kita sehari-

hari. Nur Jannah (2010), dalam artikelnya yang bertajuk “Penggunaan ICT di dalam

Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah” juga ada menyentuh tentang penggunaan

kaedah simulasi sebagai satu kaedah yang boleh membantu meningkatkan prestasi

dan minta murid terhadap mata pelajaran Sejarah ini.

Simulasi

Minat

Aktif

Pencapaian

Page 20: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

20

Apabila dilihat sendiri dalam Huraian Sukatan Pelajaran KBSM Sejarah Tingkatan

Empat (2002), telah mencadangkan beberapa kaedah dan teknik dalam pengajaran

dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Antara teknik yang dicadangkan adalah

penggunaan kaedah simulasi. Beliau menambah lagi dalam tulisannya, kaedah

simulasi dan tutorial multimedia merupakan satu kaedah pengajaran yang terbaik

sekiranya pengajar memahami proses menghasilkan courseware yang sesuai dengan

bahan pengajaran (DelGaudio & Julian J. 2002).

Mohd Nor Izwan Sulaiman dalam penulisannya bertajuk “Kaedah dan Teknik”

menyatakan bahawa Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi

sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan

masing-masing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu.

Ezani Yusoff (Bob) dalam penulisannya bertajuk “Teknik Pengajaran dan

Pembelajaran” menyatakan bahawa simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang

diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar

berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat

keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula. Melalui teknik ini para

pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat,

menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. Dalam

proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan

dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan.

Page 21: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

21

Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah. Melalui

teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan

terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis. Dapat mewujudkan

pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk

meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.

Shaharuddin Md Salleh, Zaidatun Tasir, dan Baharuddin Aris dalam kajian mereka

bertajuk “ Simulasi Menerusi WEB” menyatakan bahawa pembelajaran rangkaian

komunikasi tanpa melalui pengalaman memasang atau menguji rangkaian sebenar

menyukarkan pelajar untuk menguasai sesuatu mata pelajaran. Salah satu cara yang

boleh digunakan untuk mewujudkan suasana pembelajaran melalui pengalaman

adalah menerusi simulasi. Oleh yang demikian, ia berpotensi meningkatkan

pengalaman pembelajaran individu terutamanya pada era teknologi maklumat yang

semakin berkembang pesat dan maju ini.

Menurut M. Alessi dan Stanley (2001), simulasi sering digunakan untuk

menggantikan proses pembelajaran yang berbentuk handson yang tidak dapat

dijalankan di dalam bilik darjah. Simulasi dapat memberi pengalaman kepada pelajar

bagaimana sesuatu teori atau konsep diaplikasikan di dalam masalah sebenar (Alessi

& Trollip, 2001). Pembelajaran menerusi simulasi merupakan salah satu strategi

pengajaran yang terbukti berkesan dalam meningkatkan mutu pembelajaran dari

pelbagai aspek (Van Berkum dan De Jong, 1991).

Page 22: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

22

Pembelajaran berkesan melalui simulasi juga dapat dipersembahkan melalui sistem

berkomputer unutk menarik minat pelajar dalam mempelajari Sejarah. Kenyataan ini

disokong oleh De Jong (1991) yang menyatakan bahawa terdapat banyak pendekatan

dan pembelajaran menerusi simulasi ini seperti pendekatan dan pembelajaran

menerusi simulasi berkomputer seperti analisis, eksperimen dan pengajaran. Menurut

beliau lagi, menggunakan simulasi berkomputer dalam proses pembelajaran

mempunyai beberapa kepentingan, kepentingan utama adalah memastikan pelajar

aktif dalam ekplorasi dan belajar sesuatu yang mana pendekatan yang digunakan

berkaitan dengan teori pembelajaran moden. Pembelajaran simulasi berkomputer

lebih kepada pembelajaran menerusi pengalaman yang memerllukan sokongan dari

pengajar atau sistem bagi memastikan simulasi yang digunakan adalah efektif.

Selain itu, kajian oleh Yucesan et al., Chun Hung Chen, Insup Lee (1998), simulasi

berasaskan web menjadi salah satu cara untuk memperluaskan peranan simulasi

dalam dunia pendidikan kerana struktur internet yang luas serta mudah dicapai pada

bila-bila masa dan di mana-mana sahaja tanpa mengira platform komputer yang

digunakan.

Kajian yang dilakukan oleh Lorenz et al. (1997), menegaskan bahawa WWWS dapat

meningkatkan teknik simulasi dan dapat berfungsi sebagai alat atau model yang boleh

digunakan oleh pelajar dan yang paling utama ia boleh digunakan secara global.

Page 23: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

23

Mengikut teori-teori pembelajaran yang diutarakan oleh Piaget (1962), Bruner (1966)

dan Lev Vygotsky (1978), pengajaran berkesan adalah suatu keadaan yang

menyediakan pelajar boleh berdiri sendiri, membina makna melalui interaksi sosial,

penemuan sendiri dan mengelakkan pergantungan berlebihan kepada guru atau

pensyarah. Kenyataan ini disokong oleh Hunter (1995), pengajaran berkesan sebagai

pengajaran yang dapat meningkatkan pembelajaran dalam diri pelajar. Salah satu

pendekatan yang membantu pelajar dalam meningkatkan pengajaran adalah menerusi

simulasi.

Keberkesanan simulasi dalam proses pengajaran dan pemahaman tidak dapat

disangkal lagi kerana terdapat banyak bukti penyelidikan yang telah dijalankan serta

diterbitkan dalam persidangan tahunan mengenai simulasi menerusi web dalam SCS

dan Winter Simulation dan dalam isu khas mengenai jurnal-jurnal simulasi

terutamanya simulasi berasaskan web (Fishwick dan Hill, 1999).

Pelbagai pendapat dapat dikenalpasti berkaitan dengan simulasi ini iaitu menurut Les

Pang & Hodson (1999), menyatakan bahawa simulasi dapat menghasilkan tindakbalas

yang betul serta teratur yang mana lebih fleksibel dan jimat jika dibandingkan dengan

mengupah seorang guru bagi setiap pelajar, membolehkan pelajar meningkatkan serta

melakukan banyak aktiviti yang mana jika dilakukan pada dunia nyata akan

meningkatkan kos serta mungkin membahayakan pelajar serta dapat menyediakan

peralatan bagi membantu dan membimbing pelajar dalam menyediakan struktur

kajian kes.

Page 24: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

24

Ini terbukti dengan peningkatan pembelajaran yang efektif yang merupakan sesuatu

yang penting dalam menyelesaikan kes-kes kerana menerusi simulasi pelajar dengan

mudah dapat mengaitkan kes dengan pengalaman yang telah dilalui. Simulasi juga

telah terbukti sebagai satu cara pembelajaran yang efektif, yang mana membolehkan

pelajar lebih inovatif dan kreatif.

Dalam penyelidikan yang dijalankan oleh Gokhale (1996), beliau merumuskan

bahawa integrasi simulasi berkomputer kepada pembelajaran makmal melalui aktiviti

tradisi dapat meningkatkan prestasi pelajar. Tunjuk ajar dari aktiviti simulasi boleh

digunakan sebagai alternatif bagi memotivasikan pelajar kepada menerokai dan

membina kemahiran pelajar.

Beberapa elemen motivasi boleh didapati pada kebanyakan simulasi (Keller &

Suzuki, 1998); Malone & Lepper, 1987); Alessi & Trollip, 2001). Menerusi simulasi

juga pemindahan pembelajaran dapat dilaksanakan sama ada berbentuk kemahiran

atau pengetahuan dalam satu situasi yang dilaksanakan kepada situasi yang lain

(Clark & Voogel, 1985). Simulasi adalah satu pembelajran yang baik dalam

memindahkan kemahiran atau pengetahuan ke dunia sebenar. Simulasi juga mudah

disesuaikan dalam pelbagai bentuk pembelajaran. Simulasi biasanya memenuhi

kehendak pengguna sama ada mempersembahkan bahan-bahan atau memandu dan

menunjukkan pengguna cara-cara tertentu bagi melakukan aktiviti. (Alessi & Trollip,

2001).

Page 25: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

25

2.3 Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, dapat dinyatakan di sini bahawa kaedah simulasi adalah satu

kaedah atau cara yang paling sesuai dalam membantu guru meningkatkan prestasi

pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran dan di samping itu juga simulasi ini

sedikit sebanyak dapat membantu untuk menarik minat pelajar dalam mempelajari

satu-satu mata pelajaran dengan lebih baik dan efisien. Oleh yang demikian, dalam

kajian ini, kaedah simulasi dapat digunakan sebagai satu kaedah untuk meningkatkan

prestasi pelajar dan menarik minat pelajar dalam mata pelajaran Sejarah.

Memandangkan mata pelajaran ini telah dianggap sebagai satu mata pelajaran yang

membosankan dan langsung tidak menarik minat pelajar dalam mempelajarinya.

Oleh itu, pelbagai kaedah dibuat dengan menggunakan kaedah simulasi ini

termasuklah penggunaan simulasi dalam sistem berkomputer dan pembelajaran

simulasi menerusi web yang telah dibincangkan tadi. Ini akan dapat membantu

dengan lebih mudah menarik minat pelajar dalam menjalankan satu-satu aktiviti yang

berkaitan dengan mata pelajaran yang mereka kurang minat dan sekaligus dapat

menarik minat mereka untuk mendalami mata pelajaran tersebut khusunya mata

pelajaran Sejarah.

Page 26: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

26

BAB 3

METODOLOGI PENYELIDIKAN

3.1 Pendahuluan

Kajian ini dijalankan bagi menjawab soalan kajian iaitu :

a) Sejauhmanakah keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dalam pengajaran

dan pembelajaran Sejarah?

b) Adakah penggunaan kaedah simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran

Sejarah dapat membantu pelajar meningkatkan prestasi?

c) Apakah persepsi pelajar terhadap penggunaan kaedah simulasi dalam

pengajaran dan pembelajaran Sejarah?

Kajian ini memerlukan kerjasama daripada pihak sekolah dan pelajar dalam mengaplikasikan

penggunaan kaedah simulasi sosio drama dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah di

dalam kelas. Penggunaan kaedah simulasi ini akan digunakan dalam tempoh yang ditetapkan

dan berdasarkan kepada kaedah kajian yang dipilih. Di akhir kajian, data-data akan

dikumpukan dan dianalisis bagi mengetahui sama ada soalan kajian dapat dijawab.

Page 27: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

27

3.2 Rekabentuk Kajian

Reka bentuk kajian yang digunakan di sini adalah dengan menggunakan pendekatan

kuantitatif yang mana pengkaji melihat hubungan pembelajaran menggunakan kaedah

simulasi dengan penglibatan aktif pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah, iaitu

kaedah sebelum dan selepas kaedah simulasi koperatif ini dilaksanakan di dalam bilik

darjah. Kajian ini melibatkan lima peringkat iaitu :

Rajah 1.3 : Peringkat – peringkat Kajian

Tujuan isu / masalah yang hendak dikaji

Refleksi / Penilaian Kendiri

Pemerhatian / Penilaian Tindakan

Pelaksanaan Tindakan

Perancangan Tindakan

Page 28: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

28

Merujuk kepada Rajah 1.2 iaitu peringkat-peringkat kajian, kajian yang hendak

dijalankan ini menggunakan lima peringkat utama iaitu meneliti kepada tujuan isu

atau masalah utama yang hendak dikaji dalam kajian penyelidikan ini. Tujuan isu atau

masalah yang hendak dikaji ini adalah melibatkan apakah masalah utama yang

dihadapi oleh seseorang guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran

dalam mata pelajaran Sejarah di kalangan pelajar Tingkatan Satu. Melihat kepada

permasalahan yang telah dibincangkan sebelum ini, yang mana kaedah yang

digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah ini tidak dapat menarik minat

murid dan tidak dapat melibatkan murid secara aktif dalam proses pengajaran dan

pembelajaran ini, maka tujuan kajian ini dibuat adalah untuk melihat sejauhmanakah

keberkesanan kaedah pembelajaran yang dipilih dapat membantu dalam

menyelesaikan masalah tersebut.

Setelah itu, perancangan tindakan dijadikan sebagai peringkat kajian yang kedua yang

mana suatu tindakan dirancang untuk mengatasi permasalahan yang dihadapi.

Perancangan tindakan di sini bermaksud memilih kaedah yang sesuai digunakan

untuk dijadikan sebagai kajian terhadap pelajar iaitu sama ada kaedah yang dipilih ini

dapat membantu pelajar dalam melibatkan diri secara aktif di dalam proses

pengajaran dan pembelajaran di samping menarik minat mereka untuk mempelajari

mata pelajaran ini.

Setelah pemilihan kaedah dilakukan, pelaksanaan tindakan dijalankan iaitu dengan

menjalankan pelbagai aktiviti ke atas murid yang dikaji iaitu pelajar dalam Tingkatan

Satu. Soalan-soalan berbentuk soal selidik berkaitan dengan penggunaan kaedah

simulasi terhadap pembelajaran Sejarah ini berkesan ataupun tidak. Kemudian,

pemerhatian serta penilaian dilakukan dan hasil daripada penilaian yang dibuat, satu

penilaian kendiri dilakukan utuk memastikan kaedah yang dipilih ini dapat membantu

ataupun sebaliknya.

Page 29: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

29

3.3 Populasi dan Sampel Kajian

3.3.1 Tempat Kajian

Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Menengah ST. Anthony, Tenom yang terletak

di daerah Tenom. Pemilihan sekolah ini sebagai tempat dan subjek kajian adalah

berdasarkan kriteria berikut :

i) Sekolah ini mendapat bantuan penuh kerajaan

ii) Sekolah ini juga mempunyai kemudahan prasarana yang sesuai bagi

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

iii) Para pelajar memerlukan input dan informasi terkini untuk meningkatkan lagi

proses pembelajaran sejarah dengan kaedah-kaedah yang dapat menarik minat

pelajar.

3.3.2 Subjek Kajian

Kajian ini melibatkan pelajar-pelajar dalam Tingkatan Satu.

3.3.3 Populasi Kajian

Sasaran kajian atau populasi kajian ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar

Tingkatan Satu seramai 30 orang.

Page 30: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

30

3.4 Instrumen Kajian

Untuk tujuan kajian ini, alat yang digunakan untuk memperolehi data ialah kertas

ujian pra, kertas ujian pasca dan borang soal selidik. Soalan ujian pra dan ujian pasca

ditadbir mengikut tajuk yang dipilih iaitu Parameswara Pengasas Kesultanan Melayu

Melaka. Kertas soalan ini diedarkan kepada subjek di awal dan di akhir kajian.

Manakala borang soal selidik yang disediakan mengandungi rumusan tentang

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Sejarah dengan menggunakan kaedah

simulasi sosiodrama dalam tajuk yang dipilih.

3.4.1 Borang Soal Selidik

i) Bahagian A

Bahagian ini merupakan borang soal selidik yang digunakan untuk

mendapatkan profil guru yang terlibat mengajar mata pelajaran Sejarah.

Antara maklumat penting yang hendak diperolehi melalui soal selidik ini

termasuklah kelayakan akademik / ikhtisas guru, pengalaman guru mengajar

dalam mata pelajaran Sejarah, kursus dalam perkhidmatan bagi mata pelajaran

Sejarah yang pernah dihadiri.

Page 31: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

31

ii) Bahagian B

Bahagian ini pula merupakan satu senarai yang mengandungi lima masalah

yang perlu disusun mengikut keutamaan 1 – 5 ( 1= masalah yang paling

utama, 5= masalah yang paling kurang utama ). Tujuan senarai ini adalah

untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan

pendekatan kaedah simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah di

sekolah kajian.

iii) Bahagian C

Bahagian ini merupakan borang soal selidik untuk mendapatkan jawapan

daripada pernyataan dengan memilih jawapan (Ya atau Tidak). Borang soal

selidik ini bertujuan untuk mengenalpasti penglibatan pelajar dalam

pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses soal selidik ini pengkaji akan

dapat mencari alternatif untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran objektif.

Page 32: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

32

iv) Bahagian D

Bahagian D merupakan borang soal selidik yang digunakan untuk

mendapatkan maklumat bagaimana cara-cara mengatasi masalah daripada

dapatan melalui jawapan soal selidik dengan menggunakan skala likerd

dengan memilih satu jawapan sahaja tanpa dipengaruhi oleh jawapan orang

lain bagi mendapatkan penilaian yang sah.

3.2.1 Soalan Ujian Pra dan Ujian Pasca

Prosedur pembinaan atau penggubalan soalan bagi ujian pra dan ujian pasca

dimulakan dengan membuat pelbagai rujukan seperti sukatan matapelajaran Sejarah

tingkatan satu, buku teks dan buku ulangkaji yang terdapat di pasaran. Soalan-soalan

ujian yang lepas juga digunakan bagi mengenalpasti kebolehpercayaan soalan

tersebut. Setelah maklumat dikumpulkan, jadual spesifikasi ujian digubal bagi

memastikan soalan ujian mengikut tahap pencapaian sampel kajian. Soalan ujian

dihasilkan, ujian pra dan ujian pasca dijalankan. Selepas ujian ditadbir, analisis

dapatan kajian dilaksanakan.

Page 33: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

33

3.5 Prosedur Pengumpulan Data.

Kajian dimulakan dengan memberikan taklimat ringkas tentang prosedur kerja yang

akan dilaksanakan sepanjang kajian kepada pelajar-pelajar yang dipilih sebagai

sampel kajian.

Sebelum menggunakan kaedah yang ingin dikaji dalam pengajaran dan pembelajaran,

soal selidik terhadap profil guru diberikan dengan menggunakan borang Bahagian A.

Setelah itu, borang soal selidik Bahagian B diedarkan kepada pelajar untuk dijawab

oleh pelajar sebagai sampel kajian ini dengan menyusun masalah mengikut

keutamaan masalah bermula dari satu hingga yang terakhir. Ini bertujuan agar dapat

meninjau isu atau masalah yang hendak dikaji. Hasil dapatan ini akan dijadikan asas

untuk memperolehi maklumat yang seterusnya.

Beberapa soalan dikemukakan kepada guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah

secara ringkas sebelum proses pengajaran dan pembelajaran untuk tujuan tinjauan

pengajaran dan pembelajaran. Kemudian, borang soal selidik Bahagian C diedarkan

kepada sampel kajian untuk mengenalpasti penglibatan pelajar-pelajar dalam proses

pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah simulasi dalam mata

pelajaran Sejarah. Setelah maklumat diperolehi hasil daripada soal selidik Bahagian

A, Bahagian B dan Bahagian C diselesaikan, refleksi pengajaran dan pembelajaran

dengan menggunakan pendekatan kaedah simulasi di sekolah kajian dibuat dengan

bantuan guru-guru Sejarah yang lain.

Page 34: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

34

Senarai semak juga akan digunakan dalam proses pemerhatian pengajaran dan

pembelajaran tersebut. Akhir sekali, proses pengumpulan data ini dijalankan dengan

mengedarkan borang soal selidik Bahagian D untuk tujuan mendapatkan maklumat

sebagai maklum balas tentang cara-cara untuk meningkatkan kemajuan dan cara-cara

mengatasi masalah proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah

simulasi.

3.6 Prosedur Analisis Data

Semua data kajian yang telah diperolehi akan dianalisis menggunakan kaedah

kuantitatif. Kaedah diskriptif akan digunakan untuk mendapatkan peratusan dan min

dengan jumlah sampel kajian. Penilaian bagi setiap item soalan akan menunjukkan

tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah

simulasi di kalangan pelajar. Untuk menentukan persepsi pelajar terhadap perisian

yang digunakan, data akan ditafsir dalam bentuk peratusan dan min skor yang

menunjukkan penerimaan yang negatif.

Markah-markah pelajar digredkan mengikut ketetapan seperti dalam jadual di bawah,

pelajar yang mendapat tahap pencapaian 0 ─ 30 adalah di tahap rendah yang mana

pelajar tidak dapat mencapai tahap lulus dan ia dianggap gagal, manakala pelajar yang

mendapat 31 ─ 70 merupakan tahap pencapaian sederhana dan pelajar adalah

dianggap lulus tetapi mungkin pencapaian mereka boleh diperbaiki lagi.

Page 35: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

35

Bagi pelajar yang mencapai tahap 71 ─ 100, mereka dianggap sebagai pelajar yang

mendapat keputusan cemerlang.

Jadual 3.1 Markah dan Tahap Pencapaian

Tahap Pencapaian Markah %

Tinggi 71 ─ 100

Sederhana 31 ─ 70

Rendah 0 ─ 30

3.7 Kebolehpercayaan Instrumen

Kajian kes telah dijalankan ke atas 30 orang pelajar dan dapatan menunjukkan

kebolehpercayaan instrumen adalah kebolehpercayaan yang tinggi.

Page 36: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

36

3.8 Kesimpulan

Di dalam bahagian ini, aspek –aspek mengenai kajian dijelaskan secara ringkas, iaitu

respon pelajar terhadap keputusan soal selidik yang secara keseluruhannya bersetuju

dengan kaedah simulasi digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah.

Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana keberkesanan penggunaan kaedah

simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah ke atas prestasi pelajar-pelajar

dalam Tingkatan Satu. Dalam kajian ini, pengkaji akan menjalankan kajian terhadap

pelajar-pelajar dalam Tingkatan Satu di sekolah kajian. Kemudian para responden

akan menjawab soalan ujian dan soalan soal selidik. Ujian pra akan dijawab secara

bertulis mengikut cara tradisional iaitu berbentuk teori sahaja dengan cara membaca

buku dan menghafal fakta-fakta untuk menjawab soalan manakala ujian pasca di

jawab setelah menggunakan kaedah simulasi sosiodrama dijalankan dan digabungkan

dengan pembacaan buku-buku Sejarah sebagai alat bantuan. Kemudian para

responden akan menjawab soalan soal selidik bagi memberi respon atau persepsi

terhadap keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dalam pengajaran dan

pembelajaran Sejarah.

Page 37: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

37

Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah ST. Anthony, Tenom yang melibatkan 30

orang sampel dalam Tingkatan Satu. Dalam kajian ini, instrumen kajian pelajar terdiri

daripada dua kertas ujian iaitu kertas Ujian Pra dan kertas Ujian Pasca dan satu set

soalan soal selidik untuk menentukan persepsi pelajar tentang keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran Sejarah dengan menggunakan kaedah simulasi.

Ujian Pra dan Ujian Pasca digunakan untuk mengesan pencapaian pelajar sebelum

dan selepas pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah simulasi bagi

tajuk Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka. Soal selidik pula diberikan untuk

menentukan persepsi pelajar tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

Sejarah dengan menggunakan kaedah simulasi di kalangan pelajar tingkatan satu bagi

tajuk yang dipilih.

Prosedur pengumpulan data adalah sama dengan ujian-ujian yang dijalankan di

sekolah. Soalan yang ada diedarkan kepada setiap pelajar seramai 30 orang dan

mereka dikehendaki menjawab semua soalan dalam masa 1 jam. Setelah itu, kertas

soalan yang telah dijawab akan dikumpul untuk diperiksa dan dibuat analisis. Begitu

juga dengan soalan soal selidik yang diberikan kepada pelajar akan dikumpul untuk

diperiksa dan dibuat analisis. Ini bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar

terhadap pengajaran dan pembelajaran sejarah dengan menggunakan kaedah simulasi.

Page 38: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

38

Dalam prosedur analisis data, setiap item dalam soal selidik akan dianalisis. Hasil

dapatan akan dikira dalam bentuk peratusan. Manakala dalam Ujian Pra dan Ujian

Pasca, pemarkahan berdasarkan kepada tiga kumpulan iaitu cemerlang, sederhana dan

lemah. Markah ujian pra dan ujian pasca akan dikira dalam bentuk peratusan dan

diberi gred. Rajah 1.3 menunjukkan carta alir penggunaan instrumen kajian.

Set Soal Selidik diedarkan

Set Soal Selidik dikumpulkan

Memeriksa

Menganalisis

Keputusan

Rajah 1.4 Peringkat Pelaksanaan Instrumen Kajian

Page 39: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

39

BAB 4

HASIL KAJIAN

4.1 Pengenalan

Kajian ini adalah kajian deskriptif yang dikendalikan dengan menggunakan ujian pra,

ujian pasca dan soal selidik. Dalam mengendalikan kajian ini, kertas ujian pra dan ujian

pasca disediakan. Selain itu, borang soal selidik juga diedarkan untuk subjek kajian yang

dipilih. Kajian ini juga berbentuk kajian kes mengenai keberkesanan penggunaan kaedah

simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah di kalangan pelajar-pelajar

Tingkatan Satu.

4.2 Profil Responden

Kajian ini melibatkan seramai 30 orang responden yang merupakan pelajar-pelajar

Tingkatan Satu di Sekolah Menengah ST. Anthony, Tenom.

Page 40: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

40

4.3 Dapatan Kajian

Data kajian yang diperolehi daripada ujian pra dan ujian pasca serta soal selidik. Analisis

data dijalankan untuk menentukan status kajian sama ada penggunaan kaedah simulasi

dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah dapat membantu pelajar dalam memahami

tajuk yang diajarkan oleh guru.

4.3.1 Dapatan Ujian Pra

Pada awal kajian, ujian pra telah ditadbir bagi memperolehi meklumat awal tentang

prestasi pelajar yang dipilih. Didapati bahawa, semasa ujian dijalankan 20% pelajar

sukar untuk menjawab soalan yang diedarkan. Oleh yang demikian, keputusan ujian

diperolehi ialah pelajar dapat menjawab soalan ujian pra dengan baik. Keputusan

ujian ini dapat dilihat melalui Jadual 4.1

Jadual 4.1 Pencapaian Pelajar dalam Ujian Pra

Tahap Pencapaian MarkahKawalan

Jumlah Peratus %Tinggi 71-100 14 46.7

Sederhana 31-70 12 40Rendah 0-30 4 13.3Jumlah 30 100

Page 41: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

41

4.3.2 Dapatan Ujian Pasca

Dalam ujian pasca seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.2, didapati bahawa

pencapaian pelajar kumpulan kawalan menunjukkan peningkatan selepas pendekatan

diberikan. Peningkatan ini dapat dilihat melalui Jadual 4.2.

Jadual 4.3 menunjukkan perbezaan analisis markah bagi pelajar dalam ujian pra dan

ujian pasca.

Jadual 4.3 Perbezaan Pencapaian Di antara Ujian Pra dan Ujian Pasca

Tahap Pencapaian

Ujian Pra

Ujian Pasca

Tinggi46.7 73.3

Sederhana40 26.7

Rendah13.3 0

Jadual 4.2 Pencapaian Pelajar dalam Ujian Pasca

Tahap Pencapaian MarkahKawalan

Jumlah Peratus %Tinggi 71-100 22 73.3

Sederhana 31-70 8 26.7Rendah 0-30 0 0Jumlah 30 100

Page 42: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

42

Merujuk kepada Jadual 4.3, perbezaan dapat dilihat iaitu peningkatan sebanyak 26.6%

bagi tahap pencapaian tinggi dan ini menyebabkan jumlah tahap sederhana berkurang

sebanyak 13.3%. Kebanyakan pelajar dapat menjawab soalan dalam Ujian Pasca dengan

baik berbanding dengan Ujian Pra yang diberikan pada awal sesi pembelajaran sebelum

pengajaran pembelajaran dengan menggunakan kaedah simulasi sosiodrama

diperkenalkan kepada pelajar dalam kelas tersebut. Ini bermakna sebagai kesimpulannya,

pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah simulasi ini lebih menarik

minat semua pelajar dan mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian mereka terhadap

pembelajaran yang telah diajarkan terutama dalam topik yang berkaitan dengan sejarah.

Semua data yang diperolehi dianalisis menggunakan komputer. Program yang digunakan

adalah Program Microsoft Excel. Dalam kajian ini statistik deskriptif seperti frekuensi,

peratusan, min digunakan untuk menentukan faktor-faktor dominan yang mempengaruhi

kaedah simulasi di kalangan pelajar-pelajar Tingkatan Satu di Sekolah menengah ST.

Anthony, Tenom, Sabah.

Data kajian diperolehi daripada kajian soal selidik. Analisis data dijalankan untuk

menentukan status kajian sama ada penggunaan kaedah simulasi sosiodrama dalam

pengajaran dan pembelajaran Sejarah ini dapat menggalakkan penglibatan pelajar secara

aktif dan menarik minat mereka dalam mempelajari mata pelajaran Sejarah.

Page 43: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

43

4.3.3 Dapatan Soal Selidik

Hasil daripada kajian soal selidik yang telah dibuat dengan menggunakan Borang B, iaitu

senarai yang mengandungi lima masalah yang perlu disusun oleh pelajar mengikut

keutamaan ini dapat dilihat dalam Jadual 4.4 di bawah.

Jadual 4.4 Taburan Kekerapan Masalah Pelajar Mengikut Keutamaan

PALING UTAMA PALING KURANG UTAMA1. Tidak menunjukkan minat untuk belajar

mata pelajaran Sejarah

1. Tidak mempunyai persediaan untuk

mempelajari Sejarah

2. Tidak melibatkan diri secara aktif semasa

proses pengajaran dan pembelajaran

dijalankan di dalam kelas terutamanya bagi

mata pelajaran Sejarah

2. Tiada pengaplikasian tentang kaedah-

kaedah yang sesuai agar penyampaian

pengajaran dan pembelajaran lebih

menyeronokkan

3. Sukar memahami sesuatu konsep kerana

kurangnya praktikal atau aktiviti yang

menyeronokkan semasa pengajaran dan

pembelajaran Sejarah dijalankan

3. Tiada kesedaran betapa pentingnya

mempelajari Sejarah dalam kehidupan

seharian

4. Kurang minat dan kurang keyakinan diri 4. Kurang mendapat motivasi dari keluarga

dan diri sendiri dan tidak mahu berusaha

5. Mata pelajaran Sejarah dianggap sebagai

satu mata pelajaran yang membosankan di

sekolah

5. Kurang minat kerana pengajaran dan

pembelajaran tidak dipelbagaikan

Page 44: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

44

Dengan merujuk kepada Jadual 4.4 di atas, dapatlah dirumuskan di sini bahawa masalah

paling utama yang dapat dilihat ialah kurangnya minat pelajar terhadap mata pelajaran

Sejarah di samping kurangnya penglibatan pelajar secara aktif semasa proses pengajaran

dan pembelajaran dijalankan. Ini mungkin disebabkan oleh kurangnya aktiviti atau

kaedah-kaedah yang menarik yang boleh menarik minat pelajar untuk belajar.

Oleh yang demikian, hasil daripada kajian soal selidik berkaitan dengan masalah-masalah

yang dihadapi oleh pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah inilah

saya mengambil keputusan untuk menggunakan kaedah simulasi sosiodrama sebagai

langkah untuk menarik minat pelajar di samping melibatkan murid secara aktif dalam

proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran ini. Selain itu, beberapa kajian

soal selidik juga dijalankan untuk mengenalpasti penglibatan pelajar dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Hasil kaji selidik ini dapat dilihat dalam Jadual 4.5.

Jadual 4.5 Kekerapan Penglibatan Pelajar Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Bil SoalanSkala

Ya Tidak Jumlah

1 Saya suka membaca buku tentang Sejarah 23 7 30

2 Saya suka mata pelajaran Sejarah 18 12 30

3 Saya suka mengenal tokoh-tokoh Sejarah 22 8 30

4 Saya suka membincangkan tentang sejarah-sejarah negara 16 14 30

5Saya mendapat bantuan dari rakan-rakan untuk belajar

10 20 30Sejarah

6 Saya suka guru mata pelajaran Sejarah saya 25 5 30

7 Saya suka melihat filem-filem yang berunsurkan Sejarah 12 18 30

8 Saya selalu ketinggalan menyiapkan kerja atau tugasan saya 12 18 30

9 Saya ada banyak buku- buku sejarah 8 22 30

10 Saya selalu meminjam buku-buku cerita sejarah daripada rakan 28 2 30

Jumlah 174 126 300Peratus 58 42 100

Page 45: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

45

Merujuk kepada Jadual 4.5, setelah kajian soal selidik terhadap penglibatan pelajar

dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah dijalankan, didapati 42% murid tidak

melibatkan diri secara aktif dan menyeluruh dalam proses pengajaran dan pembelajaran

ini. Manakala 58% murid dapat dilihat melibatkan diri secara aktif dalam proses

pengajaran dan pembelajaran ini. Oleh yang demikian, kaedah simulasi melalui

sosiodrama dipilih untuk memastikan agar terdapat penglibatan murid dalam proses

pengajaran dan pembelajaran Sejarah ini. Terdapat juga kajian yang dibuat ke atas pelajar

tentang cara-cara untuk menangani masalah tersebut dengan tujuan untuk meningkatkan

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah simulasi. Hasil

dapatan ini dapat dilihat dalam Jadual 4.6 ( Borang Soal Selidik – Borang D )

Jadual 4.6 Taburan Kekerapan Cara-cara Mengatasi Masalah

Bil PernyataanSkala

JumlahSTS TS S SS

1

Saya menyiapkan segala kerja-kerja yang disuruh

2 8 12 8 30oleh guru dengan merujuk penerangan yang diberi

2Saya memberi sepenuh perhatian terhadap proses

4 5 12 9 30pengajaran dan pembelajaran Sejarah

3Saya menerima dorongan dari rakan-rakan lain

5 8 12 5 30untuk dapat memahami konsep sejarah dalam mata pelajaran Sejarah

4Saya banyak mendapat dorongan dari guru-guru

3 7 12 8 30Sejarah

5Keluarga saya selalu mendorong untuk belajar

5 10 10 5 30Sejarah

JUMLAH 19 38 58 35 150PERATUS % 12.7 25.3 38.7 23.3 100

Petunjuk : STS = Sangat Tidak Setuju, TS = Tidak Setuju, S = Setuju, SS = Sangat Setuju

Page 46: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

46

Dengan merujuk kepada Jadual 4.6, dapat disimpulkan di sini bahawa 23.3% murid

memilih skala Sangat Setuju (SS) dengan cara-cara yang dicadangkan untuk

meningkatkan prestasi pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran dengan

menggunakan kaedah simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah.

Manakala 25.3% yang menunjukkan pelajar Tidak Setuju (TS) dan 38.7% pelajar

Setuju (S) dengan 12.7% yang Sangat Tidak Setuju (STS) dengan cara- cara yang

dicadangkan dalam meningkatkan prestasi serta minat pelajar dalam pengajaran dan

pembelajaran dengan menggunakan kaedah simulasi ini. Ringkasan Keseluruhan

analisis soal selidik ini dapat dilihat melalui Jadual 4.7.

Jadual 4.7 Ringkasan Keseluruhan

Skala Kekerapan Peratus

STS 19 12.667

TS 38 25.333

S 58 38.667

ST 35 23.333

JUM 150 100

Petunjuk : STS = Sangat Tidak Setuju,

TS = Tidak Setuju, S = Setuju,

SS = Sangat Setuju

Daripada Jadual 4.7 di atas, didapati mod dan median yang menunjukkan kekerapan

paling tinggi adalah skala Setuju (S) yang mana kekerapan mencapai tahap 58 dalam

lingkungan peratusan 38.667 mengikut pengiraan.

Page 47: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

47

Oleh yang demikian, dapatlah dirumuskan di sini bahawa terdapat perspektif yang

positif di kalangan pelajar terhadap keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dalam

pengajaran dan pembelajaran Sejarah.

Terdapat juga soal selidik atau kaji selidik lain yang digunakan bagi membantu dalam

pengumpulan data yang akan menentukan keberkesanan kaedah simulasi dalam

pengajaran dan pembelajaran Sejarah ini. Setelah soal selidik dilakukan, hasil yang

didapati daripada aktiviti soal selidik ini dapatlah dilihat dalam Jadual 4.8 yang

menunjukkan taburan kekerapan terhadap pembelajaran dengan menggunakan kaedah

simulasi.

Jadual 4.8 Taburan Kekerapan Terhadap Penggunaan Kaedah Simulasi

Bil SoalanSkala

Ya Tidak Jumlah

1Tugasan pembelajaran saya melibatkan kerjasama dengan pelajar lain 25 5 30

2 Ahli dalam kumpulan bekerjasama dengan baik 18 12 30

3Ahli kumpulan saya dapat membantu saya untuk menguasai

10 20 30satu-satu topik

4Saya dan rakan saya saling membantu dalam menyiapkan tugasan

20 10 30

5 Kami mendengar pendapat orang lain semasa perbincangan 15 15 30

6 Saya bebas menyuarakan pendapat semasa perbincangan 10 20 30

7 Saya sentiasa berpeluang untuk menyuarakan pendapat saya 11 19 30

8Saya dapat mempelajari banyak perkara melalui sesi perbincangan

17 13 30

9 Aktiviti dalam kelas adalah menarik dan berguna 25 5 30

10Saya boleh mencari jalan untuk meningkatkan penguasaan saya

18 12 30dalam mata pelajaran Sejarah

Jumlah 169 131 300Peratus 56.333 43.6667 100

Page 48: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

48

Daripada Jadual 4.8, dapatlah disimpulkan bahawa 56.33% pelajar bersetuju dengan

pembelajaran dengan menggunakan kaedah simulasi manakala 43.67% masih belum

dapat menerima kaedah simulasi dijalankan di dalam pengajaran dan pembelajaran

Sejarah di dalam bilik darjah. Namun demikian, jumlah peratusan yang tinggi

menunjukkan penerimaan pelajar terhadap pembelajaran yang menggunakan kaedah

simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah amat tinggi.

4.4 Rumusan

Hasil daripada data yang telah dikumpul jelas menunjukkan bahawa penggunaan kaedah

simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah berupaya meningkatkan prestasi

pelajar dalam mempelajari Sejarah dan menarik minat mereka di samping meningkatkan

penglibatan secara aktif dalam mempelajari mata pelajaran Sejarah ini. Berdasarkan

statistik, perbandingan peratus amat ketara di antara ujian pra dan ujian pasca dan begitu

juga dengan perolehan soal selidik yang dijalankan terhadap keberkesanan penggunaan

kaedah secara simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah.

Page 49: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

49

BAB 5

PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI

5.1 Pendahuluan

Bab ini mengandungi empat bahagian iaitu Ringkasan Kajian, Peerbincangan

Dapatan Kajian, Kesimpulan Dapatan Kajian, Implikasi Dapatan Kajian dan

Cadangan Kajian Lanjut. Bahagian Ringkasan Kajian akan membincangkan tujuan

kajian, reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, prosedur pengumpulan

data dan prosedur analisis data. Bahagian Perbincangan Dapatan Kajian pula

membincangkan kesan-kesan dan pengaruh-pengaruh hasil dapatan kajian yang

diperolehi daripada kajian telah dibuat ke atas penggunaan kaedah simulasi di dalam

proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Kesimpulan dibuat berasaskan

perbandingan di antara keputusan ujian pra dan ujian pasca yang telah diedarkan

kepada 30 orang pelajar kajian. Selain itu, rumusan juga dibuat berdasarkan persepsi

yang diterima daripada pelajar berkenaan. Hasil dapatan serta jawapan bagi setiap

persoalan kajian yang berkaitan dengan persepsi pelajar terhadap penggunaan

kaedah simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah telah dihuraikan di

dalam bab terdahulu. Oleh itu, gambaran secara menyeluruh tentang aspek-aspek

hasil dari penilaian pelajar dan pengkaji akan diberi tumpuan di dalam bab ini.

Page 50: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

50

Kajian ini adalah berkaitan tentang penggunaan kaedah simulasi sebagai satu alat

yang membantu dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Kajian ini hanya

dijalankan di sebuah sekolah sahaja, iaitu Sekolah Menengah ST. Anthony, Tenom.

Oleh itu, dapatan kajian ini hanya merujuk kepada situasi sekolah ini sahaja.

Penilaian kajian merujuk kepada soalan kajian iaitu :

i) Adakah penggunaan kaedah simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran

Sejarah dapat menarik minat pelajar dalam mempelajari Sejarah?

ii) Adakah persepsi pelajar terhadap penggunaan kaedah simulasi dalam

pengajaran dan pembelajaran Sejarah?

iii) Sejauh manakah keberkesanan penggunaan kaedah simulasi ini dalam

pengajaran dan pembelajaran Sejarah?

Page 51: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

51

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian

Bahagian ini membincangkan data-data yang telah diperolehi dan analisis dapatan

kajian. Perbincangan dapatan kajian juga menyentuh tentang keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran Sejarah dengan mengggunakan kaedah simulasi

ditumpukan kepada dapatan yang diperolehi daripada Ujian Pra, Ujian Pasca dan

Soal Selidik yang telah dijalankan ke atas sampel kajian. Perbincangan ini juga

menjurus kepada bagaimana teknik dan kaedah ini dapat membantu pelajar dalam

meningkatkan prestasi mereka dalam mempelajari mata pelajaran Sejarah ini di

samping menarik minat mereka terhadap pembelajaran Sejarah. Secara

keseluruhannya, penilaian ini juga dapat melihat persepsi murid ke atas pengajaran

dan pembelajaran Sejarah melalui kaedah simulasi.

5.2.1 Ujian Pra dan Ujian Pasca

Dengan merujuk kepada jadual 4.3, keputusan yang diperolehi yang telah

membuktikan penggunaan kaedah simulasi telah berjaya membantu pelajar

menangani masalah dalam menjawab soalan Sejarah secara keseluruhannya . Hasil

kajian juga menunjukkan bahawa tahap penguasaan dan pemahaman pelajar

terhadap konsep sejarah untuk setiap pelajar adalah menggalakkan sekiranya mereka

di beri pendedahan lebih awal dengan kaedah ini. Keputusan tersebut mempunyai

persamaan pendapat dengan beberapa orang cerdik pandai dalam pengajaran dan

pembelajaran yang menggunakan kaedah simulasi ini.

Page 52: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

52

5.2.2 Kajian dan Pendapat

Di antara pendapat-pendapat yang menjurus kepada hasil-hasil kajian yang telah

dibuat antaranya ialah Hafiz Muthoharoh, S.Pd.I berpendapat bahawa istilah

sosiodrama dan bermain peranan (role playing) dalam metod merupakan dua istilah

yang sama, bahkan di dalam pelaksanaannya dapat dilakukan dalam waktu bersamaan

dan silih berganti. Sosiodrama dimaksudkan adalah suatu cara mengajar dengan jalan

mendramatisasikan bentuk tingkah laku dalam hubungan sosial. Pada metod bermain

peranan, titik tekanannya terletak pada keterlibatan emosional dan pengamatan indera

ke dalam suatu situasi masalah yang secara nyata dihadapi.

Pendapat lain yang menjurus kepada simulasi ini ialah pendapat daripada Hasan

(2002) yang menyatakan bahawa simulasi merupakan satu model pengambilan

keputusan dengan mencontoh atau memprgunakan gambaran sebenarnya dari satu

sistem kehidupan dunia nyata tanpa harus mengalaminya pada keadaan yang

sesungguhnya dan ini dapat menarik minat pelajar.

Menurut Gilstrap, dengan melihat sifat tiruannya, simulasi dapat berbentuk role

playing, sosiodrama dan permainan. Manakala Hayan, dalam bukunya yang bertajuk “

Ways of Teaching”, simulasi merupakan salah satu metod yang termasuk dalam

kumpulan role playing yang terdiri daripada sosiodrama, permainan dan drama atau

lakonan.

Page 53: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

53

Hayan juga berpendapat bahawa sosiodrama dalam simulasi di mana peristiwa yang

dilakonkan oleh para pemegang watak iaitu pelajar memainkan peranan dalam

menggambarkan peristiwa lampau seolah-olah peristiwa yang sebenarnya.

Selain itu, pendapat Ghazali Ismail, Mazlan Zaharuddin Mat Arof dan Mohamad

Hanifah Moideen dalam kajian mereka berpendapat bahawa kaedah sosiodrama

dalam bilik darjah lazimnya diserapkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau

mata pelajaran yang lain seperti Sejarah. Bahkan aktiviti berunsurkan drama, begitu

bermanfaat kepada pelajar kerana mereka akan meneroka dan meraih pelbagai

kemahiran baik secara langsung mahupun secara tidak langsung. Sebagai contohnya,

melalui aktiviti berdialog dengan menggunakan skrip, akan mengasuh pelajar

membaca dan bertutur dengan menggunakan intonasi dan sebutan yang betul dan

jelas. Manakala melalui aktiviti gerak lakon pula, akan memupuk semangat berani

tampil ke hadapan tanpa malu dan segan, sekaligus akan menjadikan seorang pelajar

yang bersikap yakin diri, bertolak ansur dan seterusnya berupaya mencorakkan

pembinaan personaliti diri yang mantap. Dan ini secara tidak langsung dapat

membantu mereka memahami konsep sebenar dalam mempelajari Sejarah.

Hakikatnya dari segi teori, pelaksanaan teknik drama dalam amalan pengajaran dan

pembelajaran di bilik darjah mampu menyuburkan daya kognitif dan kemahiran sosial

pelajar. Apa yang diharapkan agar strategi yang dirancang dengan mengaplikasikan

beberapa teknik drama mampu memberi semangat dan dimensi baru kepada minat

dan sikap pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah khususnya dan terhadap bidang

pelajaran amnya.

Page 54: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

54

Kajian mengenai pembelajaran berkesan menerusi simulasi ini disokong lagi

menerusi teori-teori pembelajran yang diutarakan oleh Piaget (1962), Bruner(1966)

dan Lev Vygotsky(1978), yang mana menyatakan bahawa pengajaran berkesan adalah

suatu keadaaan yang menyediakan pelajar boleh berdiri sendiri, membina makna

melalui interaksi sosial, penemuan sendiri dan mengelakkan pergantungan kepada

guru. Manakala menurut Hunter (1995), pengajaran berkesan sebagai pengajaran yang

dapat meningkatkan pembelajaran dalam diri pelajar. Salah satu pendekatan yang

membantu pelajar dalam meningkatkan pengajaran adalah menerusi simulasi.

5.2.3 Soal selidik

Terdapat dua aspek yang akan dibincangkan hasil dapatan kajian daripada soal

selidik. Kajian ini adalah untuk mendapatkan persepsi pelajar yang merangkumi

aspek keberkesanan, keyakinan dan minat di kalangan pelajar dalam mempelajari

tajuk Parameswara Pengasas Kesultanan Melayu Melaka ini dengan menggunakan

kaedah simulasi iaitu sosiodrama.

Hasil kajian juga menunjukkan bahawa tahap penguasaan dan pemahaman pelajar

terhadap mata pelajaran ini adalah menggalakkan sekiranya mereka di beri peluang

dengan melakukan pelbagai kaedah yang boleh menarik minat mereka dalam

mempelajari mata pelajaran ini dan ini akan membantu mereka agar tidak merasa

bosan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Keputusan tersebut mempunyai

Page 55: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

55

5.2.4 Aspek Keberkesanan

Merujuk kepada analisis keseluruhan terhadap soal selidik yang dijalankan,

menunjukkan secara keseluruhan pelajar bersetuju adanya keberkesanan dalam

pengajaran dan pembelajaran Sejarah dengan menggunakan kaedah simulasi bagi

tajuk Parameswara Pengasas Kesultanan Melayu Melaka. Mereka berpendapat

bahawa kaedah ini hendaklah dipraktikan pada setiap kali proses pengajaran dan

pembelajaran Sejarah. Melalui kaedah ini pelajar bukan sahaja didedahkan dengan

kemahiran dalam kaedah simulasi tetapi juga memperkukuhkan aspek kognitif dan

pelbagai perkembangan dalam diri pelajar.

Situasi ini dapat dilihat dalam matlamat pendidikan Sejarah itu sendiri yang bertujuan

untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai

warganegara Malaysia dan warga dunia. Melalui pengetahuan dan penghayatan

sejarah tanahair dan sejarah negara luar yang berkaitan, para murid dapat memahami

keadaan masyarakat dan negara serta hubungannya dengan sejarah dunia. Usaha ini

bertujuan mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan bangsa dan negara

Malaysia.

Page 56: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

56

Dalam buku teks Sejarah Bab 4 dalam topik Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka

yang mana pada bahagian 4.1 dalam topik tersebut adalah tajuk yang dipilih untuk

kajian ini iaitu Parameswara Pengasas Kesultanan Melayu Melaka. Tajuk ini

merupakan tajuk yang boleh dikatakan amat sukar untuk dipelajari dan difahami oleh

pelajar memandangkan tajuk ini melibatkan beberapa peranan penting dalam watak-

watak pahlawan melayu dan pembentukan negeri Melaka itu sendiri.

Namun demikian, kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ini

diharapkan agar dapat membantu pelajar untuk memahami dan menyelami situasi

dahulu dalam keadaan kini. Ia juga memerlukan usaha yang lebih dan keyakinan

pelajar. Usaha guru bersama pelajar amatlah diperlukan dalam menjayakan kaedah ini

yang mana guru juga haruslah bersedia dalam menyediakan bahan-bahan yang

diperlukan dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan

kaedah simulasi ini.

Menyelami tajuk dan peristiwa yang berlaku semasa zaman pengasasan Kesultanan

Melayu Melaka dan bagaimana peranan Parameswara dalam tajuk ini dapat

memberikan pelajar pengalaman baru dari segi lakonan dan drama. Skrip disediakan

untuk membantu pelajar dalam melakonkan watak-watak yang terlibat dalam

pembelajaran ini. Pelajar juga diberi peluang untuk membentuk skrip sendiri

berdasarkan kepada tajuk ini dan ini memberi peluang pelajar untuk mengembangkan

bakat serta membuka minda mereka untuk mengetahui lebih lanjut apa yang berlaku

pada zaman tersebut.

Page 57: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

57

5.2.5 Aspek Motivasi

Merujuk kepada analisis keseluruhan terhadap soal selidik yang dijalankan, keputusan

kajian menunjukkan hampir kesemua pelajar mempunyai motivasi yang tinggi dalam

mempelajari tajuk ini dengan menggunakan kaedah simulasi. Dapatan-dapatan yang

releven berkaitan dengan konsep yang dipelajari meningkatkan motivasi setiap pelajar

untuk terus melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran.

Hasil kajian menunjukkan 30 (100%) pelajar berasa seronok belajar dengan kaedah

sosiodrama ini. Mereka seronok dengan lakonan dan watak-watak yang diberikan.

Keadaan ini seharusnya diberi perhatian agar kajian yang akan datang lebih memberi

tumpuan kepada individu dalam meningkatkan kemahiran mereka dalam meneroka

satu-satu konsep dalam mata pelajaran Sejarah.

Selain itu, simulasi juga boleh digunakan dengan cara lain selain sosiodrama untuk

menarik lebih lagi minat pelajar terhadap pelajaran Sejarah ini. De Jong (1991)

menggunakan simulasi berkomputer dalam proses pembelajaran mempunyai beberapa

kepentingan. Kepentingan utama adalah memastikan pelajar aktif dalam eksplorasi

dan belajar sesuatu yang man pendekatan yang digunakan berkaitan dengan teori

pembelajaran moden. Pembelajaran simulasi berkomputer lebih kepada pembelajaran

menerusi pengalaman yang memerlukan sokongan dari pengajar atau sistem bagi

memastikan simulasi digunakan adalah efektif.

Page 58: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

58

Dari kajian yang dijalankan oleh Yucesan et al., Chun Hung Chen, Insup Lee (1998),

simulasi berasaskan web menjadi salah satu cara untuk memperluaskan peranan

simulasi dalam dunia pendidikan kerana struktur Internet yang luas serta mudah

dicapai pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja tanpa mengira platform

komputer yang digunakan.

Hoban dan Casberque (dalam Tornyay dan Thompson, 1982) menyatakan

penggunaan simulasi dalam pembelajaran dapat memudahkan pelajar belajar,

membentuk pemahaman pelajar, mewujudkan pembentukan sikap dan memotivasikan

pelajar. Wilkins (1990), pula menyatakan antara kebaikan-kebaikan menggunakan

simulasi yang boelh memberikan motivasi kepada pelajar ini ialah simulasi dapat

melibatkan pelajar melakukan sesuatu sehingga meningkatkan penglibatan mereka

secara aktif dalam pembelajaran, mendekatkan mereka dengan kenyataan-kenyataan

sosial yang ada dalam masyarakat sebenar, dapat mengembangkan isu-isu yang dapat

memberi petunjuk dalam mencapai hasil perbincangan, mendorong pelajar

memotivasikan diri mereka dalam pembelajaran. Ornstein (1990), menyatakan

simulasi merupakan alat motivasi belajar yang sangat baik, hasil yang diperolehi

daripada simulasi dengan melibatkan penggunaan beberapa teknik dan kaedah

menjalin hubungan pelajar dengan hiburan iaitu pelajar merasa seronok dengan

aktiviti yang dijalankan dengan menggunakan kaedah simulasi ini dan ini secara tidak

langsung dapat memotivasikan diri mereka untuk belajar. Oleh yang demikian, secara

kesimpulannya, simulasi memberi kesempatan kepada pelajar untuk mendekatkan diri

dengan pengalaman kehidupan yang nyata. Ia juga merupakan metod yang baik dalam

pembelajaran Sejarah.

Page 59: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

59

5.3 Kesimpulan Dapatan Kajian

Berdasarkan kepada dapatan kajian tentang penilaian keberkesanan menggunakan

kaedah simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah serta persepsi pelajar

terdapat beberapa kesimpulan iaitu :

i) Kaedah simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah boleh diterima

pakai bagi membantu pelajar dan guru dalam usaha memindahkan pengetahuan

dari tenaga pengajar kepada pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa

kaedah ini diterima dengan baik oleh pelajar kerana memudahkan pelajar untuk

memahami maklumat dengan lebih berkesan.

ii) Kaedah simulasi seperti sosiodrama ini mampu menarik perhatian pelajar

dengan mudah serta maklumat dapat disampaikan dengan lebih pantas

berbanding penggunaan media yang lain. Hasil kajian mendapati bahawa pelajar

memberi tumpuan yang lebih lama terhadap aktiviti yang menggunakan kaedah

simulasi seperti ini.

iii) Sosiodrama sebagai satu bentuk simulasi yang bertujuan untuk menemukan

alternatif pemecahan masalah-masalah sosial yang timbul dalam hubungan

antara anggota sosial. Dengan menggunakan sosiodrama, pelajar dapat

membayangkan sesuatu permasalahan sehingga terdorong untuk menemukan

alternatif pemecahannya dan cuba untuk menyelesaikannya dalam bentuk

simulasi.

Page 60: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

60

5.4 Implikasi Dapatan Kajian

Berdasarkan kepada soal selidik yang telah dilaksanakan, kesimpulan dapat dibuat

iaitu terdapat kebaikkan dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah

simulasi ini. Untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Sejarah dengan

kaedah simulasi ini terdapat beberapa kekangan yang wujud di sekolah ini. Maka

beberapa pendekatan yang perlu diambil bagi memastikan pelaksanaan kaedah ini

akan dapat berjalan dengan baik pada masa hadapan. Oleh yang demikian, bagi

memudahkan pelaksanaan kaedah pembelajaran ini beberapa cadangan diberikan

seperti berikut :

5.4.1 Meningkatkan Pengetahuan Terhadap Kaedah Pembelajaran Kepada Guru

Para guru perlu diberi pendedahan, latihan dan kursus kemahiran dalam menghasilkan

kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan pembelajaran.

Menurut Dr. Nor Azizah Salleh, seseorang yang ingin menjalankan kajian itu samalah

seperti seorang yang menghadapi masalah dan cuba untuk menyelesaikannya iaitu

menyelesaikan masalah kajian. Begitu juga dengan pendapat Md. Nasir dan Ibrahim

Hassan (2003) menyatakan bahawa keperluan bagi setiap guru dalam melaksanakan

tugas pengajaran dan pembelajaran berasaskan ilmu pengetahuan mereka tentang

falsafah dan teori-teori adalah penting untuk mengetahui pendekatan, kaedah dan

teknik yang sesuai dan patut digunakan terhadap anak didik mereka.

Page 61: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

61

5.4.2 Melengkapkan Peralatan dan Bahan-Bahan Pembelajaran di Sekolah

Kementerian Pendidikan hendaklah melengkapkan sekolah dengan kemudahan dan

peralatan yang mencukupi bagi memudahkan murid-murid menjalankan aktiviti

pembelajaran dengan baik agar guru dan pelajar mendapat faedah yang maksimum

dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

5.4.3 Pihak Ibu Bapa dan Penjaga

Memberikan galakan yang berterusan kepada anak-anak adalah peranan yang harus

dimainkan oleh ibu bapa atau penjaga kepada pelajar dalam proses pengajaran dan

pembelajaran anak-anak mereka terutamanya dalam pembelajaran yang melibatkan

penglibatan murid dalam proses pembelajaran.

5.4.4 Pelajar

Bakat-bakat yang ada pada pelajar haruslah dititikberatkan dan memberi pelajar

peluang untuk menunjukkan bakat mereka yang terpendam contohnya mengadakan

sesi lakonan dan drama yang melibatkan cerita-cerita yang berkisarkan tentang

sejarah. Ini dapat menarik minat pelajar dan dapat membantu pelajar dalam

menghasilkan sesuatu yang menarik perhatian dan membantu mereka meningkatkan

pengetahuan mereka dalam Sejarah di samping meningkatkan keyakinan diri dan

motivasi dalam diri pelajar.

Page 62: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

62

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan

Hasil daripada kajian yang telah dibuat mendapati bahawa penggunaan kaedah

pembelajaran secara simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah amat

berguna dan bermanfaat bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga kepada guru dalam

menghasilkan sesebuah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Beberapa cadangan dikemukakan berdasarkan kepada kesimpulan dan hasil kajian

yang telah dijalankan agar cadangan-cadangan berikut dilaksanakan pada kajian-

kajian seterusnya. Antaranya ialah :

Kursus-kursus serta pendedahan terhadap kaedah-kaedah serta teknik-teknik

pengajaran dan pembelajaran yang sesuai digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran terutama dalam mata pelajaran Sejarah dan yang berkaitan perlu

diberikan kepada guru-guru tanpa mengira latar belakang guru. Guru-guru Sejarah

hendaklah diberi pendedahan tentang ciri kulaiti pengajaran, di samping sentiasa

kreatif dan inovatif ketika melaksanakan pengajajarannya. Kandungan kursus adalah

bersesuaian dengan tuntutan dan kehendak yang diperlukan oleh guru dan pihak

sekolah.

Page 63: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

63

Selain itu, penggunaan buku teks secara menyeluruh juga adalah wajar ditekankan.

Namun demikian, penggunaan BBM juga perlu diadakan agar pengajaran dan

pembelajaran dpat dipelbagaikan dan tidak menjadikan pelajar merasa bosan dengan

sistem pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Ini akan dapat menarik minat

pelajar dalam mempelajari Sejarah.

KPM juga perlu melatih lebih ramai guru Sejarah yang berminat untuk mengajar

supaya dapat melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan Sejarah yang tinggi. KPM

juga harus memberi penekanan kepada aspek psikologi dan motivasi untuk

meningkatkan keyakinan bukan sahaja kepada pelajar malah kepada guru-guru yang

mengajar.

Beberapa cadangan lain timbul setelah kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan

yang memutuskan untuk menaik taraf status mata pelajaran Sejarah sebagai mata

pelajaran wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013.

Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana

Menteri berkata, langkah tersebut bererti setiap calon perlu lulus mata pelajaran

Sejarah sebagai syarat untuk mendapatkan sijil SPM seperti mana mata pelajaran

Bahasa Malaysia sebelum ini. Antara cadangan-cadangan yang telah dikemukakan

ialah :

i) Rombak modul dan sukatan sedia ada kepada sukatan yang lebih menarik

dengan menekankan kepada teknik atau kaedah-kaedah pengajaran yang

lebih baik dan menarik perhatian pelajar.

Page 64: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

64

ii) Oleh kerana mata pelajaran Sejarah dianggap sebagai satu mata pelajaran

yang agak membosankan, kaeadh pembelajaran berbantuk Latihan Dalam

Kumpulan (LDK) boleh dijadikan ganti kepada pengajaran biasa yang

mana pelajar duduk mendengar “syarahan” daripada gruu mereka. LDK

didapati berkesan dalam meningkatkan pemahaman, komunikasi dan

interaksi sesama pelajar. Percambahan minda boleh berlaku di sini.

iii) Otak sukakan gambar dan warna. Oleh itu, buku teks Sejarah haruslah

menarik dengan memperbanyakkan berita bergambar terutamanya pada

fakta dan peristiwa penting untuk menarik minat pelajar untuk

membacanya.

iv) Membaca dan menghafal adalah membosankan. Oleh yang demikian,

pendekatan seperti menyediakan slot atau tayangan video di dalam

pengajaran dan pembelajaran boleh digunapakai. Rakyat tidak marah jika

“wang mereka” dihabiskan dengan membuat drama khas berpandukan

modul sejarah dan dijadikan tayangan pada sesi kelas Sejarah.

v) Projek folio mereka haruslah dikira markah dalam peperiksaan SPM.

Dengan ini, akan menimbulkan minat semasa mereka menyiapkan folio

tersebut.

vi) Selain itu, selalu adakan lawatan ke tempat yang berlatarbelakangkan

sejarah dan memanggil penceramah luar bertukar-tukar mengajar di kelas

mereka.

Page 65: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

65

5.6 Kesimpulan

Dengan adanya kaedah dan teknik seperti simulasi ini dalam pengajaran dan

pembelajaran banyak memberikan input kepada kebaikan terutama dari segi

pencapaian akademik. Murid dapat menimbang sesuatu dari sudut pandangan orang

lain. Berusaha untuk melibatkan diri mereka dalam proses pengajaran dan

pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas dan ini dapat membantu mereka

mengubah persepsi mereka terhadap mata pelajaran Sejarah yang selama ini dianggap

sebagai satu mata pelajaran yang amat membosankan kepada satu mata pelajaran

yang lebih menyeronokkan di samping dapat meningkatkan prestasi mereka dalam

ujian-ujian dan pembelajaran yang dijalankan di samping dapat mewujudkan

penglibatan yang aktif mereka dalam pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu,

dengan adanya pembelajaran seperti kaedah simulasi yang baik dan sesuai ini dapat

menarik minat murid untuk mempelajari bidang Sejarah dengan lebih cemerlang lagi.

Selain itu, ia juga dapat memberikan satu lagi teknik pengajaran kepada guru-guru di

sekolah bagi mewujudkan idea-idea kreatif bagi pelajar-pelajar di tingkatan satu.

Guru dapat mengenalpasti punca yang dapat mendorong dan merangsang pelajar

memahami isi pengajaran. Satu bentuk pengajaran yang menyeronokkan dan memberi

peluang kepada pelajar untuk menunjukkan bakat dan daya kreativiti. Pelajar yang

berpeluang mengikuti pengajaran ini lebih bermotivasi, mempunyai keyakinan diri

yang tinggi, lebih mudah berkarya dan mempunyai sikap positif. Mereka dapat

meluahkan idea dan perasaan dalam aktiviti yang dijalankan (Nor Anuwar Bin

Hamat).

Page 66: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

66

RUJUKAN

Abdul Hakim (2002), Abdul Razak dan Ali (2000), Anuar et al. (2009).

Abdul Razak dan Abdullah (2000), “Kajian terhadap 240 pelajar di daerah Petaling Jaya

dan Kuala Selangor”.

Adnan Omar, “Keberkesanan E-Tuisyen Terhadap Pencapaian, Minat dan Sikap Pelajar

Berprestasi Rendah dalam Mata Pelajaran Sejarah”. Universiti Utara Malaysia.

Anuar Ahmad, Siti Haishah Abd Rahman, Nur Atiqah T. Abdullah (2009).

Azwani Ismail, Zaharah Aziz dan Sharifah Nur Puteh, “Kajian Kesan Model STAD Terhadap

Pelajar Dalam Mata Pelajaran Sejarah”. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Clark & Voogel (1985), De Jong (1991), DelGaudio & Julian J. (2002).

Dr. Nor Azizah Salleh, “Seseorang yang ingin menjalankan kajian samalah seperti seorang

yang menghadapi masalah dan cuba untuk menyelesaikannya iaitu menyelesaikan

masalah kajian”.

Ezani Yusoff (Bob), “Teknik Pengajaran dan Pembelajaran”.http://bobezani.tripod.com/teknik.htm

Fishwick & Hill (1999)

Ghazali Ismail, Mazlan Zaharuddin Mat Arof dan Mohamad Hanifah Moideen.

Gilstrap, “simulasi dapat berbentuk role-playing, sosiodrama dan permainan”.

Gokhale (1996), “Integrasi simulasi berkomputer kepada pembelajaran makmal melalui

aktiviti tradisi dapat meningkatkan prestasi pelajar”.

Page 67: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

67

Hafiz Muthoharoh, S.Pd.I; Hariyono (1995); Hasan (2002)

Hayan, “Ways of Teaching”.

Hazri Jamil (2003), “Pengajaran dan pembelajaran Sejarah adalah berbeza dengan mata

pelajaran lain”.

Hoban & Casberque (1982), dalam Tornyay dan Thompson.

Hunter (1995), “Pengajaran berkesan sebagai pengajaran yang dapat meningkatkan

pembelajaran dalam diri pelajar”.

Huraian Sukatan Pelajaran KBSM Sejarah Tingkatan Empat (2002).

Kamus Dewan Edisi Empat.

Keller & Suzuki (1998); Malone & Lepper (1987); Alessi & Trollip (2001).

Les Pang & Hodson (1999), “Simulasi dapat menghasilkan tindakbalas yang vetul serta

teratur”.

Lorenz et al. (1997), “WWWS dapat meningkatkan teknik simulasi”.

M. Alessi dan Stanley (2001).; M. Alessi dan Trollip (2001).

Md. Nasir dan Ibrahim Hassan (2003).

Mohamad Sultan (2000), “Kajian di sebuah sekolah di daerah Sabak Bernam”.

Mohd Nor Izwan Sulaiman, “Kaedah dan Teknik”.

Noraini Ishak (2009), “Teori-teori yang boleh diguna atau diadaptasi bagi setiap masalah”.

Norazura Yahya, Norhaslina Rosli, Nur Amira Noor Ali dan Abdol Rahim Ahmad, “Kajian

Tindakan dalam Pendidikan Mempertingkatkan Penguasaan Sebutan dan

Perbendaharaan Kata Bahasa Inggeris Menggunakan Simulasi”. Universiti

Pendidikan Sultan Idris.

Nur Jannah (2010), “Penggunaan ICT di dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah”.

Omardin (1996), Aini (1998), dan Khoo Kay Kin (2008).

Page 68: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

68

Ornstein (1990), “Simulasi merupakan alat motivasi belajar yang sangat baik”.

Piaget (1962), Bruner (1966), dan Lev Vygotsky (1978).

Pusat Perkembangan Kurikulum (2003), “Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan (JPP) ke -170”.

Robinson (1996).

Schroeder (1997), “Jika semua cara yang lain gagal, cubalah simulasi”.

Shaharuddin Md Salleh, Zaidatun Tasir, dan Baharuddin Aris, “Simulasi Menerusi WEB”.

Siagan (1987)

Sivachanlingam et al. (2008), “Sejarah sebagai tidak memberikan jaminan pekerjaan dan

tidak mempunyai nilai komersial”.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia (2010), “Sejarah sebagai

mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM mulai tahun 2013”.

Van Berkum dan De Jong (1991).

Wilkins (1990).

Yucesan et al., Chun Hung Chen, Insup Lee (1998), “Simulasi berasaskan web menjadi salah

satu cara untuk memperluaskan peranan simulasi dalam dunia pendidikan”.

Zahara (1999).

Page 69: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

69

LAMPIRAN

LAMPIRAN A ( Ujian Pra )

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

1. Kekuatan pelanduk yang mengalahkan anjing Parameswara dan nama pokok yang

disandarnya adalah dari sumber _______________________.

2. Perkataan Malakat atau perhimpunan segala dagang dan Mulaqah bermaksud pertemuan

adalah dari sumber ______________________________.

3. Pokok Melaka dalam Bahasa Sanskrit ialah _________________________ yang

merupakan pokok pertama di dunia merupakan sumber dari ______________________.

4. Pengasas Kerajaan Melayu Melaka ialah ___________________________.

5. Pemilihan Melaka sebagai pusat penempatan kerana :

a) _________________________________

b) _________________________________

6. Senaraikan langkah-langkah yang diambil Parameswara untuk membangunkan Melaka.

a) _________________________________

b) _________________________________

7. Kemudahan-kemudahan pelabuhan yang telah disediakan oleh Parameswara ialah :

a) _________________________________

b) _________________________________

8. Melaka diasaskan sekitar tahun ________________________

Page 70: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

70

LAMPIRAN B ( Pasca Ujian )

Jawab semua soalan dengan memilih jawapan yang betul.

1. Parameswara telah menyusun pentadbiran Melaka dengan melantik biduanda kecil.

Apakah tugas biduanda kecil?

A Memungut cukai

B Membawa alat kebesaran diraja

C Mengawal perairan Melaka

D Menjaga keselamatan raja

2. Pada pendapat anda, apakah kesan daripada perhubungan Melaka dengan China?

A Melaka mendapat perlindungan daripada China

B Melaka dapat mengembangkan perdagangannya ke China

C Melaka dapat menyebarkan agama Islam ke China

D Melaka dapat meluaskan pengaruhnya ke negeri-negeri Melayu

3. Mengapakah Parameswara meninggalkan Temasik?

I Majapahit mengancam

II Diserang kerajaan Siam

III Mendapat Undangan Orang Laut

IV Mendapatkan negeri yang lebih strategik

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

Page 71: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

71

4. Parameswara mendapati bentuk muka bumi Melaka berbukit-bukau. Apakah kelebihan

keadaan Melaka ini?

I Menjadi kawasan pertanian

II Menjadi panduan belayar

III Menghalang daripada tiupan angin

IV Mengawal keselamatan Selat Melaka

A I dan II

B II dan III

C III dan IV

D I dan IV

5. Pada pendapat anda, mengapakah Parameswara membunuh Temagi sungguhpun beliau

disambut baik oleh Temagi setibanya di Temasik?

A Temagi wakil Siam

B Mendirikan kerajaan baru di Siam

C Menuntut hak keutamaannya di Temasik

D Temasik merupakan negeri naungan Majapahit

Page 72: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

72

LAMPIRAN C

BORANG A

BORANG MAKLUMAT PERIBADI (GURU)

Arahan : Sila isi atau tandakan ( / ) pada jawapan yang bersesuaian dengan anda.

1. Nama : __________________________________________________________

2. Jantina :

LelakiPerempuan

3. Umur : _______________ tahun

4. Bil. Adik Beradik : _____________________

5. Status Perkahwinan :

BerkahwinBujangDuda / Janda

6. Agama :

IslamKristianBuddhaHindu

7. Kaum :

MelayuCinaIndiaKadazan/DusunBajauMelayu Brunei

Lain-lain : __________________________ ( sila nyatakan )

Page 73: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

73

8. Tahap pendidikan tertinggi yang anda miliki :

SRP/PMRSPM atau yang setarafSTPM atau yang setarafDiploma atau yang setarafIjazah Sarjana atau lebih tingga

9. Tempoh Perkhidmatan :

03 tahun05 tahun05 tahun ke atas10 tahun ke atas

10. Jumlah masa dalam sehari mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual : ______ jam

30 minit60 minit90 minit120 minit

11. Bilakah waktu yang anda rasa paling sukar untuk menjalankan aktiviti P&P.

Sebelah pagiSebelah tengah hariSebelah petang

12. Adakah anda menerima bantuan dari guru Pendidikan Seni Visual yang lain?

YaTidak

Page 74: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

74

BORANG B

MASALAH-MASALAH (MURID)

Arahan : Senarai ini merujuk kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh murid semasa

proses pengajaran dan pembelajaran. Sila susun masalah-masalah tersebut mengikut

keutamaan dari 1 hingga 5 ( 1=paling utama, 5=paling kurang utama ) dalam kotak kosong

yang disediakan. Sekiranya masalah anda tidak terdapat di dalam pilihan, anda boleh

nyatakannya di bahagian ‘Lain-lain’.

1 Tiada kesediaan untuk belajar mata pelajaran Sejarah

2 Tidak menunjukkan minat untuk belajar mata pelajaran Sejarah

3 Tidak melibatkan diri secara aktif semasa proses P&P dijalankan

4 Tiada pengaplikasian tentang kaedah simulasi

5 Tidak tahu/ sedar tentang kepentingan pengajaran Sejarah

6 Sukar untuk memahami sesuatu konsep, kerana kurang praktikaldisebabkan kekurangan peralatan / bahan pembelajaran

7 Kurang keyakinan diri

8 Kurang mendapat motivasi dari keluarga

9Kurang minat dan motivasi kerana tiada kaedah yang khusus dalam belajar Sejarah

10 Mata pelajaran Sejarah ini tidak dititikberatkan di sekolah

Lain-lain :

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

Page 75: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

75

BORANG C

BORANG SOAL SELIDIK

Arahan : Sila baca pernyataan di bawah dan pilih jawapan YA atau TIDAK pada kotak yang

disediakan dan sila jawab dengan jujur. Tujuan borang ini adalah untuk mengenalpasti

sejauhmana penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Bil Soalan Ya Tidak

1 Saya suka membaca buku tentang Sejarah

2 Saya suka mata pelajaran Sejarah

3 Saya suka mengenal tokoh-tokoh Sejarah

4 Saya suka membincangkan tentang sejarah-sejarah negara

5Saya mendapat bantuan dari rakan-rakan untuk belajar

Sejarah

6 Saya suka guru mata pelajaran Sejarah saya

7 Saya suka melihat filem-filem yang berunsurkan Sejarah

8 Saya selalu ketinggalan menyiapkan kerja atau tugasan saya

9 Saya ada banyak buku- buku sejarah

10Saya selalu meminjam buku-buku cerita sejarah daripada rakan

Page 76: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

76

BORANG D

BORANG SOAL SELIDIK

KAEDAH SIMULASI MENINGKATKAN PRESTASI PELAJAR DALAM MATA

PELAJARAN SEJARAH TINGKATAN SATU DI SALAH SEBUAH SEKOLAH

MENENGAH DI DAERAH TENOM.

ARAHAN: Sila baca setiap pernyataan dengan teliti. Nyatakan respon anda dengan

menandakan ( / ) pada ruangan jawapan yang telah disediakan. Tiada jawapan

yang betul atau salah.

STS = Sangat tidak setuju

TS = Tidak setuju

S = Setuju

SS = Sangat setuju

Bil Pernyataan STS TS S SS

1Saya menyiapkan segala kerja-kerja yang disuruh

oleh guru dengan merujuk penerangan yang diberi

2Saya memberi sepenuh perhatian terhadap prosespengajaran dan pembelajaran Sejarah

3Saya menerima dorongan dari rakan-rakan lainuntuk dapat memahami konsep sejarah dalam

mata pelajaran Sejarah

4Saya banyak mendapat dorongan dari guru-guru

Sejarah

5Keluarga saya selalu mendorong untuk belajar

Sejarah

Page 77: Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah

77

Contoh lain Instrumen Kajian.

BORANG SOAL SELIDIK MENGENAI KAEDAH SIMULASI

Nama : ____________________________________________

Tarikh : ____________________________________________

Arahan : Baca soalan di bawah dengan teliti dan bulatkan jawapan anda.

1. Tugasan pembelajaran saya melibatkan kerjasama dengan pelajar ( Ya / Tidak )yang lain

2. Ahli dalam kumpulan bekerjasama dengan baik ( Ya / Tidak )

3. Ahli kumpulan saya dapat membantu saya untuk menguasai ( Ya / Tidak )satu-satu topik

4. Saya dan rakan saya saling membantu dalam menyiapkan tugasan ( Ya / Tidak )

5. Kami mendengar pendapat orang lain semasa perbincangan ( Ya / Tidak )

6. Saya bebas menyuarakan pendapat semasa perbincangan ( Ya / Tidak )

7. Saya sentiasa berpeluang untuk menyuarakan pendapat saya ( Ya / Tidak )

8. Saya dapat mempelajari banyak perkara melalui sesi perbincangan ( Ya / Tidak )

9. Aktiviti dalam kelas adalah menarik dan berguna ( Ya / Tidak )

10. Saya boleh mencari jalan untuk meningkatkan penguasaan saya ( Ya / Tidak )dalam mata pelajaran Sejarah