kaedah projek

4
KAEDAH PROJEK Definisi Projek adalah satu kaedah yang mana pelajar menjalankan sesuatu eksperimen atau aktiviti didalam situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu (Ee. A.M. 1997) Ia merupakan sesuatu aktiviti dijalankan oleh pelajar didalam atau diluar bilik darjah dan mereka belajar melalui proses menghasilkan sesuatu Ciri-ciri Penting 1. Tujuan kaedah projek ialah memperkembangkan daya kreatif pelajar dan meluaskan pengalaman pelajar semasa menjalankan projek 2. Ia juga membantu pelajar bekerjasama dan menanamkan sikap positif dalam menghasilkan sesuatu projek 3. Ia juga dapat memperkembangkan pembelajaran melalui pengalaman melaksanakan aktiviti 4. Projek yang hendak dibuat hendaklah bermakna dan membawa manfaat kepada pelajar 5. Bahan-bahan yang diperlukan untuk projek hendaklah mudah diperoleh 6. Projek yang sesuai dengan objektif pelajaran 7. Kelebihan kaedah projek ialah pelajar memperoleh kejayaan dan perasaan kepuasan jika dapat meyelesaikan projek. Pengetahuan yang di perolehi kekal dan berkesan 3.12 Kaedah Lawatan Definisi Lawatan ialah satu aktiviti sokongan yang membolehkan pelajar memerhati apa yang mereka telah belajar dalam situasi sebenar Pelajar dapat mengumpul maklumat secara langsung dan guru boleh mengajar sesuatu yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam bilik darjah

Upload: andy-moltar

Post on 17-Nov-2015

8 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

..

TRANSCRIPT

KAEDAH PROJEKDefinisiProjek adalah satu kaedah yang mana pelajar menjalankan sesuatu eksperimen atau aktiviti didalam situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu (Ee. A.M. 1997)Ia merupakan sesuatu aktiviti dijalankan oleh pelajar didalam atau diluar bilik darjah dan mereka belajar melalui proses menghasilkan sesuatuCiri-ciriPenting1.Tujuan kaedah projek ialah memperkembangkan daya kreatif pelajar dan meluaskan pengalaman pelajar semasa menjalankan projek2.Ia juga membantu pelajar bekerjasama dan menanamkan sikap positif dalam menghasilkan sesuatu projek3.Ia juga dapat memperkembangkan pembelajaran melalui pengalaman melaksanakan aktiviti4.Projek yang hendak dibuat hendaklah bermakna dan membawa manfaat kepada pelajar5.Bahan-bahan yang diperlukan untuk projek hendaklah mudah diperoleh6.Projek yang sesuai dengan objektif pelajaran7.Kelebihan kaedah projek ialah pelajar memperoleh kejayaan dan perasaankepuasan jika dapat meyelesaikan projek. Pengetahuan yang di perolehi kekal dan berkesan3.12 Kaedah LawatanDefinisiLawatan ialah satu aktiviti sokongan yang membolehkan pelajar memerhati apa yang mereka telah belajar dalam situasi sebenarPelajar dapat mengumpul maklumat secara langsung dan guru boleh mengajar sesuatu yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam bilik darjah Ciri-ciri Penting1.Tujuan lawatan ialah meningkatkan pemahaman sesuatu konsep kerana pengalaman secara langsung2.Tujuan lawatan ialah menggalakkan penggunaan pelbagai deria dan ini membawa kesan kepada pembelajaran3.Tujuan lawatan ialah ia memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati perkaitan antara bahan maujud dan proses-proses yang berlaku4.Kaedah ini juga menggalakkan pelajar untuk mengaitkan pengalaman diluar bilik darjah dengan pembelajaran kandungan disekolah5.Ia juga menggalakkan pembelajaran eksperential dan lebih menyeronokkan kerana perbincangan bermakna bermakna berlaku dalam proses mengumpul maklumat.6.Kaedah lawatan juga dapat memberi peluang pelajar mengalami situasi sebenar dan ini akan mengekalkan ingatan pelajar terhadap perkara-perkara yang diajar

.5.Kaedah lawatan

Kaedah Lawatan adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh memberi kesempatan kepada murid-murid untuk memerhati dan menghasilkan suatu perasaan yang lain dari yang lain mengenai sesuatu perkara atau keadaan secara langsung di luar bilik darjah. Di samping itu, ia juga dapat menimbulkan kesedaran, keinsafan dan perasaan tanggungjawab. Nilai moral yang diterapkan lebih berkesan melalui kaedah ini. Tempat yang sesuai dilawati adalah seperti kawasan sekolah, taman bunga, taman strawberi, air terjun, zoo negara, akuaria KLCC tempat pembuangan sampah, rumah kebajikan, tempat rekreasi dan sebagainya.Garis panduan melaksanakan program lawatan mempunyai 3 fasa iaitu sebelum, semasa dan selepas lawatan. Lawatan itu hendaklah mempunyai objektif yang perlu dicapai. Sebelum lawatan, guru meninjau dan memilih tempat yang sesuai dengan nilai moral yang hendak di tekankan.kemudian guru menyediakan panduan mengenai perkara yang perlu di beri perhatian. Penerangkan perkara-perkara yang perlu di beri perhatian perlu ditekankan kepada murid. Kemudian guru mendapatkan kebenaran ibu bapa murid.Semasa lawatan guru memberi taklimat kepada murid. Guru hendaklah sentiasa memandu dan mengawasi murid semasa bergerak. Selepas lawatan, guru bersama murid-murid membuat rumusan mengenai apa yang dilihat dan nilai-nilai yang mereka perolehi. Guru menerapkan nilai-nilai tambahan dengan apa yang dilihat.Lawatan dapat menyediakan pengalaman secara langsung kepada murid.ia juga merupakan variasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran juga lebih berkesan kerana menggunakan pelbagai deria.Kaedah lawatan dapat digunakan adalam pendidikan islam dan moral. Bagi pendidikan islam, guru boleh membawa murid ke kawasan Cameron Highland iaitu melawat ladang teh dan strawberi. Pasti mereka teruja dengan nikmat pemberian Tuhan. Murid boleh dibekalkan kertas rekod pemerhatian dan boleh mengambil gambar untuk dimasukkan ke dalam buku skrap. Selain itu mereka boleh melawat pusat orang kurang upaya untuk menyedarkan diri supaya bersyukur dan berusaha ke arah kejayaan. Jika orang kurang upaya dapat berjaya, murid-murid juga boleh berjaya.Manakala pendidikan moral, murid boleh dibawa melawat pusat pembuangan sampah. Andaikan mereka hidup dalam keadaan kotor sebegitu, adakah mereka sanggup. Akibat rasa tidak selesa dan busuk dengan keadaan itu, maka mereka harus menjaga kebersihan diri dan alam sekitar.

1.6.Kaedah projek

Teknik ini memberi peluang kepada murid mempelajari sesuatu perkara melalui penglibatan diri secara langsung dalam aktiviti pembelajaran sama ada dilaksanakan dalam bentuk kumpulan mahupun individu. Aktiviti projek adalah aktiviti yang melibatkan murid merasai sendiri pengalaman pembelajaran iaitu secara hands-on dan minds-on. Aktiviti ini dapat di jalankan secara membuat pemerhatian dalam atau luar bilik darjah. ini termasuk mencari, mengumpul dan menganalisis sesuatu maklumat.Antara langkah-langkah yang harus diikuti dalam kaedah projek ini adalah guru menerangkan mengenai nilai yang hendak diperkukuhkan. Guru menentukan jenis projek yang sesuai mengikut kebolehan murid-murid dari segi fizikal dan mental. Kemudian, guru menerangkan bagaimana sesuatu projek itu di jalankan. Guru dan murid menentukan kumpulan kerja. Pengawasan murid dilakukan oleh guru secara terbimbing semasa aktiviti berlangsung. Kemudian hasil murid dikumpul dan dipamerkan serta dinilai. Rumusan akhir dan refleksi diadakan di akhir aktiviti.Kaedah projek dapat melibatkan diri murid dalam perancangan dan menghasilkan rancangan mereka serta menerapkan nilai kerjasama dan bertanggungjawab.Dalam pendidikan islam, kaedah projek dapat dijalankan seperti aktiviti membuat buku skrap tentang alam sekitar ciptaan Tuhan. Guru boleh meminta murid menghimpunkan daun-daun kering dan gambar-gambar bunga, binatang, air terjun dan benda-benda ciptaan Tuhan. Kemudian tampal dan label dalam buku skrap. Selain itu, guru boleh meminta murid membersihkan dan menjaga taman sains. Ini sebagai salah satu usaha menerapkan nilai cintakan alam pemberian Tuhan kepada manusia.Dalam pendidikan moral pula, guru boleh meminta murid membersihkan bilik darjah secara beramai-ramai. Murid juga boleh mengumpul dan menampal gambar peminpin dan Raja dalam buku skrap.