kaedah p.islam

11

Click here to load reader

Upload: inazrus

Post on 08-Aug-2015

21 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kaedah p.islam

Ada dua perkataan yang hampir-hampir sama maksudnya dengan kaedah dan ia memang tergolong dalam kaedah juga, iaituteknik dan pendekatan.  Mok Soon Seng (1992) mengatakan pendekatan ialah cara mendekati sesuatu mata pelajaran.  Iaitu cara bagaimana suatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya.  Jadi ia merupakan satu set teori yang sistematik. Kaedah pula ialah satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan mecapai objektif pelajaran dalam jangka masa pendek.  Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun (Mok Soon Seng 1992).  Manakala teknik pula ialah kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan  kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.  Mengikut Azman Wan Chik (1987) teknik itu apa yang dilihat dalam bilik darjah.  Kalau guru mengajar bahasa dengan menggunakan alat-alat komunikasi canggih dalam makmal bahasa, maka itu satu teknik.  Sekiranya seorang guru Pendidikan Islam mengajar pelajar menghafaz Al-Qur`an dengan mendengar bacaan dalam pita kaset, maka ini dikatakan teknik.

            Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur.  Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan.  Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah.  Melihat kepada misal-misal yang diutarakan oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), Mok Soon Seng (1992), Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995), Atan Long (1980) dan Mahfudh Salahuddin (1987),  nampaknya yang dikatakan kaedah itu ialah yang ada nama, seperti kaedah kuliah, demonstrasi, Socrates, simulasi, inquiri penemuan, Forebel dan sebagainya.

            Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang.  Padanya, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai obektif pengajaran.

            Demikian juga dengan Hasan Langgulung  (1981) mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan.  Jadi apa sahaja cara tiandakan dan aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran maka itu   adalah kaedah, walau pun ia tidak mempunyai nama-nama khas, seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah, Atan Long (1981) dan lain-lain. 

            Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk semua mata pelajaran bagi semua   pelajar  dalam semua keadaan.  Kaedah harus berubah  mengikut keadaan masa, tempat dan

Page 2: Kaedah p.islam

pelajar.  Dengan demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar.  

            Al-Kailany (1986) menyenarai sedikit panduan kepada guru sebelum mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran, antaranya ialah:

          1.  kaedah mestilah secucuk dengan tujuan dan matlamat pelajaran

2.  kaedah mesti sejajar dengan objektif pelajaran yang               hendak dicapai

3.  kaedah juga haruslah sesuai dang tabiat (nature) pelajaran                yang diajar

4.  kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar

5.  kaedah itu mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru

6.  mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah               bekenaan

7.  kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang               ada.

         An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar  yang diajar, malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar.  Dengan cara ini pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama.  Untuk mencapai hasrat ini guru haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih dan menarik.

            Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai.  Di samping itu, matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas.  Strategi pengajaran ialah satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.  Congelosi (1992) mencadangkan bahawa setiap pengajaran harus terlebih dahulu disediakan rancangannya dan dalam rancangan pengajaran ini harus mempunyai perkara-perkara berikut, iaitu:

          1.  Tujuan am (learning goal)

2.  Objektif pelajar (specific objective)

Page 3: Kaedah p.islam

3.  Langkah-langkah pengajaran yang mengandungi aktiviti-aktivit               tertentu untuk menolong pelajar mencapai objektif pelajaran

          4.  Perlu ada makanisma untuk memantau kemajuan pelajar             5.  Penilaian (sumative evaluation) untuk mengukur               pencapaian pelajar

 

Kata Cangelosi (1992):

Learning goal is the overall purpose of the teaching unit.  It indicates what students are expected to learn. Specific objective, define the learning goal.  That is a number of specific skills, abilities, and/or attitude that the student to/or must acquire. (ms. 24)

            Perrott (1986) menerangkan semua aktiviti itu dalam tiga istilah yang lebih mendasar, iaitu:

           Planning

           Implementation

           Evaluation

 

           Tiga perkara ini dan juga langkah-langkah yang dikemukakan sebelum ini merupakan asas pengajaran yang berkesan, di sampiang pengetahuan yang patut ada pada guru.  Langkah-langkah ini disusun demikian rupa untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran sesuatu yang menarik dan berkesan.  Ini yang dikatakan pengajaran yang berkesan (effective teaching).  Pengajaran dan pembelajaran yang baik, menarik dan berkesan tidak dapat diwujudkan jika tidak memenuhi kriteria tertentu seperti yang dibincangkan di atas.  Guru yang mampu menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ini ialah guru yang didikasi, mempunyai wawasan yang jelas dan mengajar dengan penuh semangat untuk mencapai objektif yang terancang dengan langkah-langkah yang tersusun dengan menggunakan BBM yang menarik dan dengan pergerakannya yang cukup lincah.  Inilah dia guru yang efektif (effective teacher).

             “…effective teacher is one who is able to demonstrate the              ability to bring about intended learning goals”.  Parrott (1986:5)

 

Page 4: Kaedah p.islam

             Oleh itu, guru haruslah merancang dengan cukup rapi sebelum memasuki kelas.  Ini termasuklah strategi pengajaran yang merangkumi isi kandungan, objektif yang hendak dicapai, pendekatan, kaedah dan teknik penyampaian, BBM yang sesuai dan penilaian yang akan dijalankan. Satu yang perlu diingatkan ialah tentang  pendidikan Islam atau penerapan nilai Islam.  Ini juga harus dirancang dengan saksama.  Iaitu  apa yang hendak dipesan kepada pelajar, apa nasihat yang akan diberi, apa nilai yang hendak ditonjokan supaya pelajar ikut dan contohi dan sebagainya.  Guru harus sedar bahawa mata pelajaran Pendidikan Islam bukan sahaja untuk lulus peperiksaan, tetapi untuk menjadi seorang Islam yang beramal dengan ajaran Islam dengan cara yang betul. 

Jadi, penekanannnya ialah penghayatan Islam, bukannya peperiksaan.  Kalau guru mengajar terlalu terikat dengan orientasi peperiksaan, guru hanya berjaya menyampaikan ilmu Islam, tetapi gagal memberi pendidikan Islam, iaitu gagal mendidik anak-anak untuk menjadi orang Islam bagi memikul tugasnya sebagai hamba dan khalifah Allah.

Demikian juga dengan istilah guru berkesan (effective teacher).  Ia bukan sahaja memberi kesan dalam bidang pelajaran yang diajar, mudah faham dan diminati oleh pelajar, tetapi yang boleh menjadi contoh kepada pelajar dari segala aspek personaliti, kerana personaliti guru mempengaruhi sikap pelajar (Huitt, 1994).  Ini termasuklah gaya bercakap, kekemasan berpakaian, penghayatan nilai Islam, penjagaan masa pengajaran (engagement time), ketepatan masa dalam setiap perjanjian, keadilan dalam layanan dan sebagainya.  Ini semua mencerminkan guru muslim (Al-Ghazali, 1988; Al-Ibrashy, 1976).

 

Rujukan

 Abu Saleh, Muhibuddin Ahmad (1988).  Asasiyat fi turuq at-tadris       al-`ammah. Riyadh: Dar Al-Huda.

 Al-Kailany, Taisir dan Iyad, Mulhim (1986). At-Taujih al-fanny fi       usul at-tarbiyah wat-tadris. Beirut: Maktabah Lubnan.

 An-Nashmy, Ajil Jasim (1980). Ma`alim fit-tarbiyah. Kuweit:       Makatabah Al-Manar.

 Atan Long (1981). Kaedah am mengajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

 Azman Wan Chik (1987).  Kaedah hayati amali. Kuala Lumpur:        Karya Bistari.

 Cangelosi, James S.(1992). Systematic teaching strategy. New York:       Longman.

 Hasan Langgulung (1981).  Beberapa tinjauan dalam pendidikan Islam.       Kuala Lumpur: Pustaka Antara,.

 Mahfuzdh Shalahuddin (1987). Metodologi Pendidikan Islam. Surabaya:       Bina Ilmu.

Page 5: Kaedah p.islam

Mok Soon Seng (1992). Pedagogi 2: Strategi pengajaran pembelajaran       mikro.  Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

 Parrot, Elizabeth (1986). Effective teaching. London & New York:       Longman, 7th ed.

 Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib (1995). Pengajaran dalam bilik       darjah, kaedah & strategi. Kajang: Masa Enterprise.

 Sharifah Alwiah Alsagoff (1986). Ilmu pendidikan: pedagogi. Kuala       Lumpur: Heinemann, ctk. 4.

 

Pengenalan

Di dalam mengkaji dan menganalisis pelbagai dimensi proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah berdasarkan rujukan-rujukan, beberapa istilah khusus banyak diguna pakai bagi tujuan pemahaman kepada unsur-unsur dan proses pelaksnaan pengajaran tersebut. Antaranya ialah istilah pendekatan, kaedah, teknik, strategi dan aktiviti. Pemahaman terhadap setiap unsur tersebut adalah amat penting bagi memastikan seseorang guru itu mengetahui dan memahami apa yang dilakukannya dan bagaimana untuk mencapai objektif sesuatu pengajaran dan seterusnya mencapai matlamat pendidikan yang dirancang.

Konsep Pendekatan.Pendekatan merujuk kepada cara bagaimana untuk medekati sesuatu. Dalam konteks pengajaran, pendekatan lebih menjurus kepada pencapaian objektif jangka panjang sesuatu pelajaran itu. Daripada sudut ini, beberapa teori asas dalam pendididkan diguna pakai khususnya yang berkaitan dengan psikologi serta sifat semulajadi seseorang pelajar. Teori-teori tersebut yang didokong dan diamalkan secara berterusan akan menjadi pegangan para guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Pendekatan-pendekatan yang digunakan ini adalah lazimnya berdasar kepada teori-teori pendidikan yang dipelopori oleh tokoh tertentu dalam bidang psikologi dan pendidikan seperti Thorndike, Pavlov, Maslow , Skinner, Gestalt dan lain-lain lagi. Contohnya, Pendekatan Induktif dalam pengajaran adalah berdasarkan Model Pemikiran Induktif yang dicetuskan oleh Hilda Taba.Model ini, umpamanya memberi penekanan kepada pembentukan konsep ,intrepetasi data serta aplikasi prinsip. Justeru itu, sesuatu pendekatan yang digunakan adalah bersifat aksiomatik atau dianggap betul sekalipun tanpa bukti tambahan sokongan.Bagi tujuan mencapai objektif jangka panjang berdasarkan pendekatan tertentu inilah, maka pelbagai strategi pengajaran diperlukan termasuk kaedah yang diguna pakai, teknik dan aktiviti yang dirancang. Sementara itu juga, konsep pendekatan menurut Edward M. Anthony boleh dirumus kepada satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik iaitu kenyataanya adalah dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan..Beliau juga merumuskan pendekatan harus berlandaskan model, prinsip atau teori pembelajaran tertentu.Pendek kata , pendekatan dalam bidang pendidikan merujuk kepada satu set teori pembelajaran

Page 6: Kaedah p.islam

yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan objektifnya. Di dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam , sesuatu pendekatan itu wujud berasakan tanggapan-tanggapan dan pandangan yang berasaskan kepada falsafah pendidikan Islam itu sendiri.Ia menghuraikan sifat sesuatu mata pelajaran itu sendiri, selain pandangan, pendapat dan interpetasi terhadap falsafah pendidikan Islam.Ia juga tidak bergantung kepada pembuktian yang mutlak.Pendekatan dalam pendidikan Islam haruslah mencerminkan satu pandangan tentang hakikat satu matlamat pelajaran.

Konsep StrategiStrategi merujuk kepada kemampuan dan kebijaksanaan dalam memilih pendekatan serta perancangan teknik untuk mencapai sesuatu objektif. Dalam konteks pendidikan , terdapat beberapa elemen yang mempengaruhi strategi sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran iaitu kelas yang terlibat, kaedah yang diguna pakai oleh guru, alat-alat bantu pengajaran, pengetahuan sedia ada murid serta kepakaran guru terbabit.

Konsep KaedahKaedah merupakan satu tindakan atau beberapa jenis tindakan yang bersistem, tersusun dan spesifik untuk mencapai sesuatu objektif jangka masa pendek. Terdapat banyak kaedah yang popular diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran khususnyauntuk pembelajaran bahasa seperti kaedah penyelidikan, kaedah sokratik dan kaedah projek.

Konsep TeknikTeknik pula adalah unit-unit kecil yang terkandung di dalam kaedah atau tingkah laku guru tersebut. Sesuatu teknik dapat dikenal pasti melalui 3 aspek tingkahlaku guru iaitu aktiviti yang dijalankan, perlakuan guru itu sendiri serta kemahiran yang ada padanya. Sebagai contoh, dalam kaedah bercerita, seseorang guru itu mungkin menggunakan teknik menimbulkan minat sebagai motivasi dan daya tarikan terhadap isi pelajaran atau teknik menyoal yang sering digunakan dalam aspek kefahaman. Selain itu, banyak lagi jenis teknik yang baik dan sesuai diguna pakai untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa arab seperti hafazan dan latih tubi, tunjuk cara , syarahan, soal jawab dan bercerita.Pemilihan teknik yang sesuai juga berkait rapat dengan tahap atau aras kemahiran objektif pelajaran. Jadual berikut menunjukkan hubungan antara aras sesuatu kemahiran yang disesuaikan dengan teknik mengajar.

Aras kemahiran Teknik mengajarPengetahuan Latih tubi dan hafazanKefahaman SyarahanAplikasi Tunjuk cara atau demonstrasiAnalisis PenyoalanSintesis PerbincanganPenilaian SumbangsaranKonsep AktivitiAktiviti pula adalah gabungan gerak kerja atau tindakan guru dan murid dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif yang ditentukan.

Secara kesimpulannya, hubungkait antara pendekatan ,strategi, kaedah dan aktiviti dapat dilihat berdasarkan rajah berikut :

Page 7: Kaedah p.islam

BIBLIOGRAFI

Ahmad Mohd. Salleh , Pendidikan Islam, Falsafah, Pedagogi dan Methodologi, Fajar Bakti Sdn. Bhd, Shah Alam , 1997.

Ee Ah Meng, Pedagogi ll Pelaksanaan Pengajaran , Fajar Bakti Sdn. Bhd, Shah Alam , 1997 .

Mok Soon Sang & Lee Shok Mee, Pedagogi 3 ,Pengajaran dan Persediaan Mengajar, Bahagian A , Kumpulan Budiman Sdn Bhd. , Kuala Lumpur, 1991

Mok Soon Sang, Pedagogi 2 ,Pelaksanaan Pengajaran, Kumpulan Budiman Sdn Bhd., Kuala Lumpur 1996.

_________________, Pendedahan Kurikulum Semakan BAK & BAT , Unit Bahasa ArabBahagaian Kurikulum Pendididkan Islam Dan Moral, Jab. Pendididkan Islam Dan Moral, Kem. Pendidikan Malaysia.

NOTA RINGKAS UNTUK GURU BARU: Kaedah, Teknik, Pendekatan, Strategi Pengajaran

KAEDAH PENGAJARAN.Kaedah   bermaksud cara, aturan, hukum atau prinsip. Sesuatu  kaedah terdiri daripada  siri tindakan yang sistematik untuk mencapai sesuatu matlamat.

Kaedah pengajaran terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Contoh-contoh kaedah pengajaran adalah seperti bercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, percambahan fikiran, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan dan lain-lain.

TEKNIK PENGAJARANTeknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika guru tidak menguasai teknik yang ada apda sesuatu kaedah maka kemungkinan besar objektif pengajaran tidak tercapai.

  PENDEKATAN PENGAJARAN Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau halatuju  untuk mencapai sasaran.  Pendekatan pengajaran digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran.    Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara fakta disampaikan, keaktifan pengajaran,  mata pelajaran dan sebagainya.

Contohnya, pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya.  

Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak.

Pendekatn yang memberi tumpuan kepada pengajaran disebut sebagai pendekatan memusatkan guru  seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi.

Manakala pengajran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan memusatkan murid.   seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan.

Page 8: Kaedah p.islam

STRATEGI PENGAJARAN

KAEDAH

PENDEKATAN

TEKNIK

AKTIVITI

Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk mengajar beberapa mata pelajaran mengikut tema-tema pelajaran  misalnya pengajaran Alam dan Manusia menggunakan perdekatan   pendekatan bersepadu yang menggabungkan matapelajaran Sejarah, Geografi dan Kesihatan. digabungkan menjadi suatu mata pelajaran yang baru.   

Dalam pengajara  bahasa pula, terdapat pendekatan-pendekatan seperti pendekatan komunikasi, pe situasi,psiko-linguistik, terjemahan dan tatabahasa. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behaviouris.  

STRATEGI PENGAJARANStrategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Penggabungan pendekatan dan kaedah serta bagaimana pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.

Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza.  . Contohnya, dalam bilik darjah KSSR yang  terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas, memerlukan pelbagai kaedah mengajar yang dirancang secara teratur untuk membentuk strategi pengajaran yang berkesan.   

Sesuatu strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran-pembelajaran yang paling maksimum.

Rujukan: Mok Soon Sang 1992, Pedagogi 2 (m.s. 8)