kaedah pengajaran dan pembelajaran · pdf filememberi impak kepada prestasi akademik pelajar....

7
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 1: No. 6 (December 2017) page 40-46 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147 40 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN UNTUK KURSUS PENTADBIRAN KERAJAAN TEMPATAN: DARI SUDUT PANDANGAN PELAJAR (EFFECTIVE TEACHING AND LEARNING METHODS FOR LOCAL GOVERNMENT COURSE: STUDENTS PERCEPTION) Nor Suhaiza Md Khalid 1 , Suzei Mat Nurudin 2 dan Zarina Mohd Zain 3 Universiti Teknologi MARA, Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban, Malaysia [email protected] 1 Abstract Local Government Administration Course offered by Diploma in Public Administration students at UiTM uses face-to-face methods of teaching and learning through lecture as well as tutorial classes. The lecture method is in the form of a lecture delivered as the main method in delivering the Local Government Administration Course content. This lecture session requires a high degree of attention among students who are held once a week. While tutorial classes are learning methods where students will apply knowledge gained in lectures to perform and complete tasks such as quizzes and tests. The Local Government in Malaysia or known as the Local Authority (PBT) is the main intermediary between the State Government and the local community, whereby every duty perform by the Local Authorities is subject to one major source named Local Government Act 1976 (Act 171). Understanding the implementation of PBT's duties is very important for Diploma students of Public Administration because the PBT is part of the Malaysian administrative structure. Although PBT's position is at the bottom of the level, third level after the state and federal government, the role and responsibilities of PBT are huge and have an important impact especially on the global development of local community. This study was conducted to see effective teaching and learning methods for Local Government Administration Courses. Keywords: Local Authority, Teaching & Learning Methods

Upload: vonguyet

Post on 02-Mar-2018

259 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN · PDF filememberi impak kepada prestasi akademik pelajar. Kaedah syarahan ini boleh dikatakan sebagai ... syarahan secara virtual yang mana pensyarah

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: No. 6 (December 2017) page 40-46 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

40

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BERKESAN UNTUK KURSUS PENTADBIRAN KERAJAAN

TEMPATAN: DARI SUDUT PANDANGAN PELAJAR

(EFFECTIVE TEACHING AND LEARNING METHODS FOR LOCAL GOVERNMENT

COURSE: STUDENTS PERCEPTION)

Nor Suhaiza Md Khalid 1, Suzei Mat Nurudin 2 dan Zarina Mohd Zain 3

Universiti Teknologi MARA,

Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban, Malaysia

[email protected]

Abstract

Local Government Administration Course offered by Diploma in Public Administration

students at UiTM uses face-to-face methods of teaching and learning through lecture as well

as tutorial classes. The lecture method is in the form of a lecture delivered as the main method

in delivering the Local Government Administration Course content. This lecture session

requires a high degree of attention among students who are held once a week. While tutorial

classes are learning methods where students will apply knowledge gained in lectures to

perform and complete tasks such as quizzes and tests. The Local Government in Malaysia or

known as the Local Authority (PBT) is the main intermediary between the State Government

and the local community, whereby every duty perform by the Local Authorities is subject to

one major source named Local Government Act 1976 (Act 171). Understanding the

implementation of PBT's duties is very important for Diploma students of Public

Administration because the PBT is part of the Malaysian administrative structure. Although

PBT's position is at the bottom of the level, third level after the state and federal government,

the role and responsibilities of PBT are huge and have an important impact especially on the

global development of local community. This study was conducted to see effective teaching and

learning methods for Local Government Administration Courses.

Keywords: Local Authority, Teaching & Learning Methods

Page 2: KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN · PDF filememberi impak kepada prestasi akademik pelajar. Kaedah syarahan ini boleh dikatakan sebagai ... syarahan secara virtual yang mana pensyarah

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: No. 6 (December 2017) page 40-46 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

41

Abstrak

Kursus Pentadbiran Kerajaan Tempatan yang ditawarkan kepada pelajar Diploma

Pentadbiran Awam di UiTM menggunakan kaedah face-to-face iaitu pengajaran dan

pembelajaran melalui dewan kuliah serta kelas tutorial disepanjang minggu pembelajaran.

Kaedah dewan kuliah adalah dalam bentuk syarahan yang merupakan kaedah utama di dalam

penyampaian kandungan Kursus Pentadbiran Kerajaan Tempatan ini. Sesi kuliah ini

memerlukan fokus dan perhatian yang tinggi di kalangan pelajar yang diadakan sekali

seminggu. Manakala kelas tutorial adalah kaedah pembelajaran di mana pelajar akan

mengaplikasikan pengetahuan yang diperolehi didalam kuliah untuk melaksanakan tugasan

seperti kuiz dan ujian. Kerajaan Tempatan di Malaysia atau lebih dikenali sebagai Pihak

Berkuasa Tempatan (PBT) adalah merupakan perantara utama di antara kerajaan negeri dan

rakyat setempat, dimana setiap tidakan oleh PBT harus patuh kepada satu sumber kuasa utama

iaitu Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Akta 171 menggariskan dengan jelas dan

terperinci berkenaan peranan serta tugas-tugas utama PBT yang harus dilaksanakan oleh

kerajaan tempatan kepada rakyat setempat. Pemahaman terhadap perlaksanaan tugas PBT

ini amat penting untuk pelajar Diploma Pentadbiran Awam kerana PBT adalah merupakan

sebahagian daripada struktur pentadbiran negara Malaysia. Walaupun kedudukan PBT

terletak di peringkat paling bawah iaitu peringkat ketiga selepas daripada kerajaan negeri dan

kerajaan pusat, namun tanggungjawab serta peranan PBT amat besar dan memberi impak

yang penting terutamanya di dalam pembagunan sejagat masyarakat setempat. Kajian ini

dibuat bagi melihat kaedah pengajaran dan pembelajaran berkesan untuk Kursus Pentadbiran

Kerajaan Tempatan.

Kata kunci: Kerajaan Tempatan, Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

2017 JHLCB

Pengenalan

Sistem pengajaran di kebanyakkan universiti tempatan menggunakan kaedah syarahan di

dalam sesi pengkuliahan dan pembelajaran sepanjang semester berlangsung. Menurut Ishak

(2009), kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang digunakan oleh pensyarah boleh

memberi impak kepada prestasi akademik pelajar. Kaedah syarahan ini boleh dikatakan

sebagai salah satu kaedah penyampaian yang paling berkesan digunakan sejak lama dahulu.

Syarahan di sini boleh didefinisikan sebagai ucapan yang diberikan dan maksud kedua bagi

syarahan ialah pelajaran yang diberikan di universiti; kuliah (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Jelas

di sini bahawa sesi kuliah di universiti sangat sesuai menggunapakai syarahan sebagai kaedah

utama di dalam penyampaian kandungan silibus pembelajaran.

Pemahaman seseorang pelajar akan bergantung kepada cara penyampaian di dalam sesi kuliah

iaitu sama ada melibatkan alat bantuan pengajaran lain seperti nota, manual, buku teks ataupun

kaedah power point slides. Alat bantuan ini selalunya akan memberi kesan positif di atas

pemahaman pelajar melalui setiap penyampaian syarahan. Bagi kursus Pentadbiran Kerajaan

Page 3: KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN · PDF filememberi impak kepada prestasi akademik pelajar. Kaedah syarahan ini boleh dikatakan sebagai ... syarahan secara virtual yang mana pensyarah

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: No. 6 (December 2017) page 40-46 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

42

Tempatan yang ditawarkan kepada pelajar sepenuh masa Diploma Pentadbiran Awam UiTM,

sesi pengkuliahan adalah berdasarkan kepada kaedah syarahan yang mana sesi ini akan

berlangsung selama dua jam untuk sekali seminggu. Kaedah syarahan di dalam kuliah turut

dibantu dengan nota dari power point slides serta nota manual yang akan membantu pelajar

memahami dengan lebih mendalam sekeluruhan isi kandungan silibus kursus.

Konsep Pengajaran dan Pembelajaran

Sesi penuh pengajaran untuk kursus ini bagi pelajar sepenuh masa bermula minggu pertama

sehingga minggu ke-11(satu semester melibatkan 14 minggu sesi kuliah) akan menggunakan

kaedah syarahan (real face-to-face) yang mana setiap kandungan silibus berkaitan Kursus

Pentadbiran Kerajaan Tempatan ini akan disampaikan terus secara langsung kepada pelajar di

dalam sesi kuliah yang telah ditetapkan dimana pelajar harus menghadiri sesi kuliah yang

dibuat sekali seminggu selama dua jam. Dalam perlaksanaan pembelajaran berpusatkan

pelajar, setiap pensyarah perlu bertindak sebagai seorang fasilitator dalam proses pengajaran

dan pembelajaran di bilik kuliah (Maria et al). Di dalam sesi kuliah ini, pelajar akan diterangkan

kandungan silibus yang perlu pelajar tahu dan faham mengenai Kursus Pentadbiran Kerajaan

Tempatan ini. Di samping sesi kuliah, pelajar turut dibantu dengan alat bantuan pengajaran lain

iaitu nota power point slides serta nota manual.

Sesi pengkuliahan untuk satu semester ialah berlangsung selama 14 minggu dan tidak termasuk

cuti pertengahan semester atau cuti khas yang lain. Bermula 11 minggu pertama sesi

pengkuliahan, pelajar harus menghadiri sesi kuliah face-to-face iaitu melalui kaedah syarahan

dan baki tiga minggu lagi ( minggu 12 hingga minggu 14) pelajar harus berinteraksi dengan

penyarah melalui kaedah Blended Learning. Kaedah Blended Learning turut akan melibatkan

syarahan secara virtual yang mana pensyarah akan membuat rakaman mengenai kandungan

silibus yang belum dihabiskan dalam sesi kuliah ‘face to face’ dan pelajar boleh memberi

berinteraksi di ruang yang disediakan. Pemahaman pelajar terhadap kursus Pentadbiran

Kerajaan Tempatan di ukur dengan cara pelajar harus menduduki ujian serta menyempurnakan

tugasan berkumpulan yang telah ditetapkan.

Selain daripada sesi kuliah secara syarahan, pelajar turut diwajibkan untuk hadir ke kelas

tutorial yang mana ianya akan melibatkan kepelbagaian aktiviti bagi meningkatkan

pemahaman pelajar terhadap Kursus Pentadbiran Kerajaan Tempatan. Kelas tutorial ini dibuat

sekali seminggu selama satu jam untuk setiap kelas. Antara aktiviti sampingan yang boleh

Page 4: KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN · PDF filememberi impak kepada prestasi akademik pelajar. Kaedah syarahan ini boleh dikatakan sebagai ... syarahan secara virtual yang mana pensyarah

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: No. 6 (December 2017) page 40-46 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

43

dibuat bagi meningkatkan pemahaman pelajar terhadap kursus ini ialah seperti Lawatan

Akademik, Seminar, Pameran, Video serta perbincangan dengan menggunakan case study

yang sebenar. Kepelbagaian aktiviti yang dijalankan di dalam kelas tutorial iaitu selama sejam

seminggu sekali, turut membantu pelajar untuk lebih memahami terhadap setiap konsep dan

perlaksanaan pentadbiran Kerajaan Tempatan terutamanya di Malaysia.

Analisis

Daripada survey yang dibuat kepada 358 orang pelajar sepenuh masa yang mengambil Kursus

Pentadbiran Kerajaan Tempatan di semua cawangan UiTM yang menawarkan Diploma

Pentadbiran Awam iaitu di cawangan UiTM Seremban Tiga Negeri Sembilan, UiTM Raub

Pahang, UiTM Kelantan, UiTM Sg Petani Kedah, UiTM Sabah dan UiTM Sarawak majoriti

pelajar bersetuju sekiranya kursus Pentadbiran Kerajaan Tempatan ini disampaikan

sepenuhnya (14 minggu/semester) secara kaedah syarahan.

Gambarajah 1

53 (32.20%)

37 (20.20%)

32 (17.50%)

59 (32.20%)

12 (6.60%)

168 (84.70%)

23 (12.60)%

0% 20% 40% 60% 80% 100%

Case study

Video

Project (seminar,exhibition)

Academic visit

Role play

Lecture

Others

Numeber of Students Responds

Me

tho

ds

of

teac

hin

g

Methods of teaching in explaining devolution concept

Students Responds

Page 5: KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN · PDF filememberi impak kepada prestasi akademik pelajar. Kaedah syarahan ini boleh dikatakan sebagai ... syarahan secara virtual yang mana pensyarah

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: No. 6 (December 2017) page 40-46 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

44

Melihat kepada gambarajah 1 mendapati 84.7 % pelajar bersetuju untuk menggunakan kaedah

syarahan sebagai kaedah utama di dalam penyampaian serta pemahaman untuk Kursus

Pentadbiran Kerajaan Tempatan. Sesi pengajaran dan pembelajaran untuk kursus ini sekarang

adalah 80% syarahan (real-face-to-face) dan 20% (minggu kuliah ke-12 hingga ke-14) akan

menggunakan kaedah Blended Learning.

Selain daripada kaedah syarahan, pelajar juga berpendapat bahawa lawatan akademik (32.2 %)

dan perbincangan berdasarkan case study (32.2 %) dapat membantu meningkatkan pemahaman

pelajar terhadap Kursus Pentadbiran Kerajaan Tempatan. Di mana lawatan akademik boleh

dibuat ke mana sahaja tempat yang berkaitan dengan kursus ini seperti lawatan ke Majlis

Bandaraya setiap negeri atau lawatan akademik ke Jabatan Kerajaan Tempatan di bawah

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Pelajar turut bersetuju bahawa kaedah tontonan video (20.2 %) turut akan menyumbang kepada

pemahaman pelajar terhadap kursus ini. Daripada survey yang dibuat ini menunjukan pelbagai

kaedah boleh digunakan di dalam sesi pengajaran serta pembelajaran Kursus Pentadbiran

Kerajaan Tempatan. Pemahaman setiap pelajar berbeza atas faktor sekeliling dan kaedah

pengajaran yang digunakan oleh penyarah. Yang mana sesi pengajaran kursus ini secara

sepenuh masa bukan disampaikan oleh seorang pensyarah sahaja. Maka penilaian terhadap

pemahaman pelajar ini akan diukur dari segi keupayaan pelajar menjawab soalan ujian yang

sama untuk seluruh batch.

Keseluruhan kursus Pentadbiran Kerajaan Tempatan ini akan memberi gambaran bagaimana

perlaksanaan kerajaan tempatan yang bertanggungjawab mengurus serta memastikan segala

kemudahan dalam keadaan yang boleh digunakan oleh rakyat setempat. Pembentukkan

kerajaan tempatan adalah sebagai salah satu cara untuk memastikan kerajaan persekutuan dapat

memenuhi segala tanggungjawabnya kepada rakyat melalui penyampaian perkhidmatan oleh

kerajaan tempatan. Walaupun pembentukan kerajaan tempatan ini berbeza dan terdapat tiga

jenis yang utama di Malaysia, namun matlamat asas ianya dibentuk untuk memastikan

kesejahteraan rakyat umumnya.

Oleh itu, amat penting untuk pelajar tahu serta faham dengan mendalam akan setiap jenis

kerajaan tempatan ini dari segi peranan, fungsi serta perlaksanaannya di dalam struktur

pentadbiran kerajaan di Malaysia. Ketidakfahaman mengenai bidang kuasa atau autonomi yang

Page 6: KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN · PDF filememberi impak kepada prestasi akademik pelajar. Kaedah syarahan ini boleh dikatakan sebagai ... syarahan secara virtual yang mana pensyarah

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: No. 6 (December 2017) page 40-46 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

45

dimiliki kerajaan tempatan boleh menyebabkan pelajar salah mentafsir pendapat serta akan

menyebabkan kefahaman pelajar makin kurang dan kabur akan perlaksanaan secara

keseluruhan sistem kerajaan tempatan ini yang mana kerajaan tempatan ini memiliki autonomi

tersendiri iaitu terutamanya autonomi dari aspek pentadbiran dan kewangan.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, dapatla dirumuskan bahawa kaedah syarahan di dalam penyampaian

sesi pengkuliahan adalah kaedah yang paling berkesan di dalam pengajaran dan pembelajaran

Kursus Pentadbiran Kerajaan Tempatan dikalangan pelajar sepenuh masa yang mengambil

Diploma Pentadbiran Awam. Secara purata pelajar ini merupakan pelajar lepasan SPM yang

mungkin pertama kali didedahkan untuk mempelajari struktur kerajaan yang ada di negara

Malaysia, jadi cara penyampaian ini adalah yang paling sesuai dilaksanakan untuk menjamin

pengetahuan dan kefahaman di kalangan pelajar.

Rujukan

Budi Wahyono. (2016). Pengertian Blended Learning.

http://www.pendidikanekonomi.com/2012/11/pengertian-blended-learning.html

Ahmad Atory Hussain 1991, Kerajaan Tempatan: Teori dan Peranan di Malaysia, Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Winter, WO 1981, State and Local Government in a Decentralized Republic, New York: Mac

Milan Publishing.

Awam: Suatu Analisis Konseptual Vol. 10, No. 1 (2015) 240-249, ISSN: 1823-884x Journal

of Social Sciences and Humanities

Phang Siew Nooi (1989) Sistem kerajaan tempatan di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Phang Siew Nooi (1997). Financin local government . Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

http:www.kpkt.gov.my (accessed on 16 August 2017)

Kamus Pelajar Edisi Kedua – Online; http://prpm.dbp.gov.my (accessed on 22 August 2017)

Page 7: KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN · PDF filememberi impak kepada prestasi akademik pelajar. Kaedah syarahan ini boleh dikatakan sebagai ... syarahan secara virtual yang mana pensyarah

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: No. 6 (December 2017) page 40-46 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

46

Profesor Madya Dr. Ishak Bin Baba ‘keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dan

kaitannya terhadap prestasi akademik pelajar uthm’ geran jangka pendek

no. vot: 0486, universiti tun hussein onn Malaysia 2009

Maria Chong Abdullah Samsilah Roslan Tajularipin Sulaiman ‘strategi pengajaran

pembelajaran di institusi pengajian tinggi: satu anjakan paradigma’ accesed on 1st December

2017 from http://www.fp.utm.my