kaedah bayar pg 12

48
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2014-2015 1 Kata Alu-aluan Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Saya mengucapkan tahniah dan syabas di atas kejayaan saudara-saudari melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia. Saudara-saudari seharusnya berbangga menjadi warga baru universiti kebangsaan yang ditubuhkan hasil perjuangan para pejuang bangsa yang berjuang untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi beracuankan budaya kebangsaan. Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan sebuah universiti komprehensif yang dapat memberikan pelbagai pengalaman istimewa kepada pelajar. Suasana pembelajaran menuntut para pelajar berinisiatif sendiri; mencipta dan meneroka peluang mendalami ilmu pengetahuan tinggi; mendampingi para ilmuwan dan intelektual; mengenal potensi diri; mengembangkan minat dan bakat; membentuk keupayaan memimpin; dan membina interaksi sosial yang sihat. UKM sebagai universiti penyelidikan, akan sentiasa memberi dorongan kepada para pelajar agar lebih kreatif dan inovatif dalam merintis segala hasrat yang boleh dikembangkan untuk membina masa hadapan saudara-saudari yang cemerlang. Bertepatan dengan tuntutan negara yang ingin menzahirkan transformasi sistem pendidikan secara pantas dan mampan, para pelajar dicabar untuk mendukung hasrat tersebut. Pola pemikiran dan pendekatan dalam bertindak bagi era inovasi ini pastinya berbeza. Oleh itu, para pelajar harus memanfaatkan aliran perkembangan ini dengan memahami dan menghayati sistem pendidikan berasaskan eko-sistem ilmu di UKM. Pembangunan modal insan yang berkualiti bukan sahaja bergantung kepada pendidikan berkualiti di dalam dewan kuliah mahupun makmal sahaja, ianya juga adalah hasil penerokaan ilmu serta potensi diri yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan mulia, berkeupayaan mencipta peluang baru serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang sering berubah. Saya menyeru agar sepanjang keberadaan saudara-saudari di Universiti ini, manfaatkanlah segala peluang yang ada untuk menjadi modal insan dambaan negara. Saudara-saudari juga diharapkan agar dapat memberi sumbangan bermakna untuk membangunkan dan menjayakan peranan UKM sebagai “Guardian of The Nation”. Sekian, terima kasih. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia

Upload: nurhayati-ibrahim

Post on 12-Dec-2015

59 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

adsdadadsas

TRANSCRIPT

Page 1: Kaedah Bayar Pg 12

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2014-2015 1

Kata Alu-aluan Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Saya mengucapkan tahniah dan syabas di atas kejayaan saudara-saudari melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia. Saudara-saudari seharusnya berbangga menjadi warga baru universiti kebangsaan yang ditubuhkan hasil perjuangan para pejuang bangsa yang berjuang untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi beracuankan budaya kebangsaan. Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan sebuah universiti komprehensif yang dapat memberikan pelbagai pengalaman istimewa kepada pelajar. Suasana pembelajaran menuntut para pelajar berinisiatif sendiri; mencipta dan meneroka peluang mendalami ilmu pengetahuan tinggi; mendampingi para ilmuwan dan intelektual; mengenal potensi diri; mengembangkan minat dan bakat; membentuk keupayaan memimpin; dan membina interaksi sosial yang sihat. UKM sebagai universiti penyelidikan, akan sentiasa memberi dorongan kepada para pelajar agar lebih kreatif dan inovatif dalam merintis segala hasrat yang boleh dikembangkan untuk membina masa hadapan saudara-saudari yang cemerlang. Bertepatan dengan tuntutan negara yang ingin menzahirkan transformasi sistem pendidikan secara pantas dan mampan, para pelajar dicabar untuk mendukung hasrat tersebut. Pola pemikiran dan pendekatan dalam bertindak bagi era inovasi ini pastinya berbeza. Oleh itu, para pelajar harus memanfaatkan aliran perkembangan ini dengan memahami dan menghayati sistem pendidikan berasaskan eko-sistem ilmu di UKM. Pembangunan modal insan yang berkualiti bukan sahaja bergantung kepada pendidikan berkualiti di dalam dewan kuliah mahupun makmal sahaja, ianya juga adalah hasil penerokaan ilmu serta potensi diri yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan mulia, berkeupayaan mencipta peluang baru serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang sering berubah. Saya menyeru agar sepanjang keberadaan saudara-saudari di Universiti ini, manfaatkanlah segala peluang yang ada untuk menjadi modal insan dambaan negara. Saudara-saudari juga diharapkan agar dapat memberi sumbangan bermakna untuk membangunkan dan menjayakan peranan UKM sebagai “Guardian of The Nation”. Sekian, terima kasih.

Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia

Page 2: Kaedah Bayar Pg 12

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2014-2015 2 FALSAFAH, MISI, WAWASAN DAN MATLAMAT UKM FALSAFAH Paduan antara Iman kepada Allah dengan ILMU yang bermanafaat serta gabungan antara teori dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan Universiti. MISI Menjadi Universiti terpilih yang memartabatkan Bahasa Melayu serta mensejagatkan ilmu beracuan budaya kebangsaan. WAWASAN UKM bertekad menjadi Universiti terkehadapan yang mendahului langkah masyarakat dan zamannya bagi membentuk masyarakat dinamis, berilmu dan berakhlak mulia. Matlamat Untuk menjadi pusat keilmuan yang terkehadapan, berteknologi dan berdaya saing yang; • Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu; • Membangun masyarakat dinamis dan berakhlak mulia; • Mengantarabangsakan citra dan sumbangan UKM bagi masyarakat sejagat; dan • Menjana teknologi yang bermanafaat kepada masyarakat. BIDANG KEBERHASILAN UTAMA (KRA) UKM Graduan Beraspirasi Kebangsaan dan Berkompeten Graduan UKM menghayati aspirasi kebangsaan, memiliki nilai etika, ilmu pengetahuan, daya inovasi dan daya saing yang memenuhi keperluan negara dan masyarakat sejagat. Graduan Beraspirasi kebangsaan Graduan UKM memahami dan menghayati aspirasi negara, serta nilai dan budaya yang mendasari pembangunan negara bangsa. Graduan Berkompeten Graduan UKM mempunyai ilmu terkini dan kemahiran insaniah tinggi serta sentiasa meningkatkan kompetensi, bersesuaian dengan kehendak semasa dan masa depan. Graduan Berdaya Saing & Inovatif Graduan UKM mempunyai daya inovasi, ciri keusahawanan dan sifat kepimpinan yang menjadi pilihan utama majikan dan pihak berkepentingan.

Page 3: Kaedah Bayar Pg 12

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2014-2015 3 KANDUNGAN PERKARA MS

I Senarai Semakan Untuk Pendaftaran Diri 4

II Maklumat Penting

1.0 Yuran Kemasukan Pengajian Sesi Akademik 2014-2015 6

2.0 Tarikh-Tarikh Sesi Akademik 2014-2015

15

3.0 Atur Cara Minggu Mesra Pelajar Baru Sesi Akademik 2014-2015 19

4.0 Pengumuman Larangan Deraan (Ragging) 21

5.0 Pembiayaan Pendidikan PTPTN 22

6.0 Peraturan Penting 27

7.0 Maklumat Umum 29

8.0 Info Biasiswa Khas Tenaga Akademik IPTA Kementerian Pengajian Tinggi

39

9.0 Peraturan Pakaian & Kemasan Diri Pelajar UKM 42

10.0 Senarai Tempat Penginapan Sekitar UKM 43

11.0 Lokasi Kampus Induk Universiti Kebangsaan Malaysia 44

12.0 Pelan Kampus Induk Universiti Kebangsaan Malaysia 45

13.0 Lokasi Kampus Kuala Lumpur 46

14.0 Lokasi Pusat Perubatan UKM / Kampus Cheras 47

III Borang-Borang Berkaitan 49

1.0 Borang Permohonan Penangguhan Pengajian / Penggantungan

2.0 Laporan Pemeriksaan Kesihatan

3.0 Peraturan Pakaian Semasa Kem PPD (Hanya untuk pelajar Program Doktor Perubatan sahaja)

Page 4: Kaedah Bayar Pg 12

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2014-2015 4 I. SENARAI SEMAKAN UNTUK PENDAFTARAN DIRI

(Sila tandakan √ pada kotak yang berkenaan)

A. Sekiranya saudara/i menerima tawaran, sila ambil tindakan berikut; 1. Tindakan Segera

Sahkan penerimaan tawaran melalui laman web

http://www.ukm.my/kemasukan /tawaran mulai 12 hingga 30 Ogos 2014. Sila muat naik dokumen berikut:-

a) Slip keputusan SPM b) Slip keputusan STPM/STAM/Matrikulasi/Asasi/Diploma/Setaraf c) Slip keputusan MUET/TOEFL/IELTS

Pastikan semua salinan sijil telah DISAHKAN sebelum muat naik ke sistem.

Sila kemaskini Maklumat Alamat Terkini Sila kemaskini Maklumat Waris Muat naik gambar berukuran paspot (berwarna) secara atas talian dengan

SEGERA untuk tujuan Kad Kampus. Sila ikuti tatacara / panduan di Sistem Kad Kampus UKM (UKMCard) di laman web http://www.ukm.my/kemasukan /tawaran. (Pastikan ukuran saiz muka seperti contoh yang diberikan. Tidak perlu nampak lengan/tangan, dada atau pinggang)

Jelaskan jumlah bayaran yuran kemasukan seperti yang tertera pada surat tawaran, di bank berikut:-

1) Bank Islam Malaysia Berhad 2) CIMB Bank

Sila rujuk kaedah bayaran di muka surat 12

Lakukan pemeriksaan kesihatan di Hospital Kerajaan atau Klinik Swasta menggunakan borang Laporan Pemeriksaan Kesihatan (sila cetak borang yang disediakan di lampiran). Sekiranya kesuntukan masa, saudara/i boleh terus mendaftar diri tetapi pendaftaran akan hanya disahkan selepas laporan kesihatan dikemukakan.

Page 5: Kaedah Bayar Pg 12

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2014-2015 5

2. Keperluan Semasa Pendaftaran

Sila berpakaian kemas dan sopan semasa mendaftar diri seperti pada panduan Peraturan Pakaian dan Kemasan Diri Pelajar UKM yang disertakan dalam buku ini.

Sediakan 6 keping gambar (berwarna) terbaru ukuran pasport dan di belakangnya catatkan nama, fakulti dan nombor pendaftaran (tidak termasuk gambar yang diperlukan pada Borang Laporan Pemeriksaan Kesihatan)

Sediakan pakaian berikut untuk mengikuti Acara Minggu Mesra Pelajar (MMP)

Pelajar Lelaki Pelajar Perempuan - 2 atau 3 helai baju kemeja

lengan panjang warna putih - Seluar panjang berwarna gelap - Baju sukan lengan pendek

berkolar - Kasut sukan

- 2 atau 3 helai baju kurung berwarna kebiruan (corak pilihan sendiri)

- Baju sukan lengan panjang/pendek berkolar

- Kasut sukan

Sediakan keperluan seperti bantal, sarung bantal, selimut, cadar dan keperluan peribadai yang lain.

Sila bawa Borang Laporan Pemeriksaan Kesihatan yang telah disempurnakan berserta filem X-ray.

Sila bawa salinan Slip Pembayaran (Bank Islam Malaysia Berhad/CIMB Bank).

3. Senarai Tempat Penginapan

Senarai Tempat Penginapan Sekitar UKM ada pada lampiran buku ini (muka surat 45) sekiranya ibu / bapa / penjaga memerlukan penginapan semasa hari pendaftaran.

Page 6: Kaedah Bayar Pg 12

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2014-2015 6 B. Sekiranya saudara/i menolak tawaran, sila ambil tindakan berikut dengan SEGERA:

Sahkan penolakan tawaran melalui laman web

http://www.ukm.my/kemasukan /tawaran mulai 15 hingga 18 September 2014.

MAKLUMAT PENTING 1. Yuran Kemasukan/Pengajian Sesi Akademik 2014-2015 Yuran universiti terbahagi kepada empat komponen seperti berikut:- a. Yuran Kemasukan Yuran kemasukan dikenakan sekali sahaja kepada pelajar baru sepanjang pengajian di universiti. Maklumat terperinci yuran kemasukan adalah seperti berikut:-

JENIS YURAN WARGANEGARA (RM)

BUKAN ANTARABANGSA (RM)

1. Pendaftaran dan Graduasi 200.00 200.00 2. Perkhidmatan 480.00 480.00 3. Hemat Diri 50.00 50.00 4. Tabung Pembangunan Kolej 50.00 50.00 5. Minggu Mesra Pelajar 260.00 260.00 6. Aktiviti Pelajar di Fakulti 20.00 20.00 7. Urusan Imigresen 0.00 100.00 JUMLAH 1,060.00 1,160.00

b. Yuran Berulang Setiap Semester Yuran ini dikenakan pada setiap semester kepada semua pelajar UKM. Pecahan jenis yuran berulang ini adalah seperti berikut:-

JENIS YURAN WARGANEGARA (RM)

BUKAN ANTARABANGSA(RM)

1. Kesihatan 75.00 100.00 2. Kebajikan dan Insurans 25.00 165.00 3. Perpustakaan 50.00 50.00 4. Yuran Aktiviti Majlis Perwakilan

Pelajar (MPP) 20.00 20.00

Jumlah 170.00 335.00

Page 7: Kaedah Bayar Pg 12

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2014-2015 7 c. Yuran Pengajian Yuran pengajian dikenakan kepada pelajar pada tiap semester, bayaran hendaklah dibuat satu (1) bulan selepas pelajar mendaftar. Kadar yuran pengajian mengikut fakulti adalah seperti berikut:-

FAKULTI

WARGANEGARA (RM)

BUKAN WARGANEGARA (RM)

1. Fakulti Pengajian Islam 510.00 3,200.00 2. Fakulti Sains Sosial dan

Kemanusiaan 510.00 4,000.00

3. Fakulti Ekonomi dan Perniagaan

550.00 2,600.00

4. Fakulti Undang-Undang 550.00 3,600.00 5. Fakulti Pendidikan 550.00 2,200.00 6. Fakulti Sains Kesihatan 600.00 5,600.00 7. Fakulti Teknologi dan Sains

Maklumat 600.00 4,600.00

8. Fakulti Sains dan Teknologi 600.00 4,000.00 9. Kejururawatan 660.00 5,600.00 10. Fakulti Kejuruteraan dan Alam

Bina 700.00 6,900.00

11. Fakulti Farmasi 850.00 6,500.00 12. Fakulti Pergigian 850.00 17,000.00 13. Fakulti Perubatan (Doktor

Perubatan) 900.00 16,600.00

d. Bon Persendirian (Hanya untuk pelajar antarabangsa/bukan warganegara Malaysia) Berdasarkan kepada Peraturan Imigresen Malaysia Bon Persendirian akan dikenakan kepada pelajar Antarabangsa/bukan warganegara mengikut negara asal. (Sila rujuk senarai bon di bawah). Bon persendirian hendaklah dibayar sebelum pelajar mendaftar sebagai pelajar baru.

Page 8: Kaedah Bayar Pg 12

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2014-2015 8 Security Bond/ Bank Guarantee Rates

RM 2000.00

Canada

USA

Colombia

Angola

Burkina Faso

Burundi

Cameroon

Central African Republic

Republic Congo

Republic Democratic Congo

Cote D'Ivoire

Djibouti

Equatorial Guinea

Eritrea

Ethiopia

Guinea-Bissau

Ghana

Liberia

Mali Mozambique

Niger

Nigeria

Rwanda

RM1500.00

Saudi Arabia

Africa

Australia

British C.I

Brunei

China

Europe

Iran

Iraq

Portugal C.I

Taiwan

Tunisia

Vietnam

Page 9: Kaedah Bayar Pg 12

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2014-2015 9

Western Sahara

RM1000.00

Japan

South Korea

Macao

Hong Kong

RM 750.00

Bangladesh

Phillipines

India

Myanmar

Nepal

Pakistan

Sri Lanka

RM500.00

Indonesia

RM300.00

Thailand

RM200.00

Singapore

Fee for other

countries is

RM1500.00

Page 10: Kaedah Bayar Pg 12

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2014-2015 10 e. Yuran Kolej Penginapan

Yuran kolej penginapan akan dikenakan kepada setiap pelajar apabila pelajar mendaftar di kolej. Jumlah mengikut hari menginap. Kadar yuran penginapan adalah berbeza mengikut jenis bilik dan kolej seperti dibawah. Bayaran hendaklah dibuat satu (1) bulan selepas pelajar mendaftar di Kolej penginapan.

A: Yuran penginapan

KOLEJ ASRAMA PANGSASISWA PANGSARAMA EKSEKUTIF W BW W BW W BW W BW

Kolej Dato' Onn 2.50 3.50 3.70 5.20 3.20 4.50 Kolej Aminuddin Baki 2.50 3.50 3.70 5.20 3.20 4.50 Kolej Ungku Omar 2.50 3.50 3.70 5.20 3.20 4.50 Kolej Ibrahim Yaakub 2.50 3.50 3.70 5.20 3.20 4.50 Kolej Rajim Kajai 2.50 3.50 3.70 5.20 3.20 4.50 Kolej Tun Hussein Onn 2.50 3.50 3.70 5.20 3.20 4.50 Kolej Burhanuddin

Helmi 2.50 3.50 3.70 5.20 3.20 4.50 Kolej Ibu Zain 3.00 4.20 5.00 7.00

7.00 9.80

Kolej Keris Mas 4.50 5.50 5.00 7.00 Kolej Pendeta Za'ba 4.50 5.50 5.00 7.00 Kolej Tun Syed Nasir 2.50 3.50 3.20 4.50 2.50 4.50 7.50 7.50

Kolej Tun Dr. Ismail 4.00 5.60 4.00 5.60 4.00 5.60 W: Warganegara BW: Bukan Warganegara

*Universiti berhak meminda kadar yuran mengikut keperluan semasa.

B:Kadar Yuran Penginapan Pelbagai (Per Semester)

Jenis Yuran (RM)

Yuran Utiliti 25.00

Yuran Aktiviti Kolej 50.00

Yuran kemudahan 45.00

Jumlah 170.00

Page 11: Kaedah Bayar Pg 12

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2014-2015 11

BAYARAN KEMASUKAN PELAJAR BARU Bagi tujuan pendaftaran sebagai pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, jumlah bayaran yang perlu dijelaskan adalah yuran kemasukan dan bon persendirian seperti berikut:-

Jenis Yuran Warganegara Bukan Warganegara Yuran Kemasukan 1,190 1,290 Bon Persendirian - Rujuk Senarai Bon di atas Jumlah 1,190

f. Ringkasan A: Yuran Kemasukan (dibayar sebelum mendaftar diri) FAKULTI WARGANEGARA BUKAN WARGANEGARA

Semua Fakulti RM1,190 RM1,290

B: Yuran Setiap Semester (dibayar selepas mendaftar diri)

FAKULTI WARGANEGARA

BUKAN WARGANEGARA

Yuran Pengajian

Yuran Semester Jumlah Yuran

Pengajian Yuran Semester Jumlah

Fakulti Pengajian Islam 510 170 680 3,200 335 3,535 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan 510 170 680 4,000 335 4,335

Fakulti Ekonomi dan Perniagaan 550 170 720 2,600 335 2,935

Fakulti Undang-Undang 550 170 720 3,600 335 3,935

Fakulti Pendidikan 550 170 720 2,200 335 2,535

Fakulti Sains Kesihatan 600 170 770 5,600 335 5,935

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat 600 170 770 4,600 335 4,935

Fakulti Sains dan Teknologi 600 170 770 4,000 335 4,335

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina 700 170 870 6,900 335 7,235

Kejururawatan 660 170 830 5,600 335 5,935

Fakulti Farmasi 850 170 1,020 6,500 335 6,835

Fakulti Pergigian 850 170 1,020 17,000 335 17,335

Fakulti Perubatan 900 170 1,070 16,600 335 16,935

Page 12: Kaedah Bayar Pg 12

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2014-2015 12 7. KAEDAH BAYARAN

Pelajar dikehendaki membuat pembayaran terlebih dahulu sebelum tarikh pendaftaran. Sila rujuk panduan di bawah mengenai kaedah bayaran yang boleh digunakan. Untuk makluman, bayaran secara tunai adalah tidak diterima. Bagi pelajar yang mendapat tajaan biasiswa atau bantuan kewangan dikehendaki menghantar salinan surat tawaran kepada Bahagian Pengurusan Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari.

KAEDAH BAYARAN

i) Bayaran di Kaunter Bank Islam (Bill Presentment) • Bayaran boleh di buat dimana-mana kaunter cawangan BIMB • Isi ‘Slip Pembayaran Bil’ • Bayaran kepada UKM • Nyatakan No. Matrik • Masukkan amaun bayaran • Serah slip dan bayaran di kaunter Bank • Simpan slip bayaran

ii) Mesin ‘Auto-Teller’ (ATM) (BIMB sahaja) untuk Warganegara sahaja (Ada Akaun BIMB) • Masukkan kad ATM • Pilih Ada akaun BIMB • Masukkan kad ATM • Pilih Menu ‘Lain-lain’ • Pilih ‘Pembayaran Bil IPT’ • Pilih no. akaun Bank yang akan ditolak • Masukkan no. kad pengenalan • Pilih No. Matrik pelajar • Masukkan amaun bayaran • Pastikan transaksi Berjaya • Simpan slip bayaran

iii) I-TAP BIMB – Pelajar perlu ada akaun BIMB dan telefon bimbit. Dapatkan cip I-TAP dan daftar

di mana-mana cawangan dengan bayaran sebanyak RM8.00

• Pilih ‘Bank Islam I-TAP’ • Pilih Menu “Bayaran Bil’ • Pilih ‘Direktori’ • Pilih ‘Yuran IPT’ • Pilih Pembayaran • Masukkan ‘No. Matrik’ • Masukkan ‘Jumlah’ • Pilih ‘Akaun’ • Semak pembayaran dan klik ‘OK’ • Masukkan kata laluan (6 digit) dan klik ‘OK’ • Pilih ‘Hantar atau hantar dan simpan’ untuk tamatkan transaksi

Page 13: Kaedah Bayar Pg 12

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2014-2015 13 KAEDAH BAYARAN

iv) Cash Deposit Machine (CDM) Mesin ATM BIMB- pelajar tidak perlu ada akaun BIMB

• Pilih lain-lain • Pilih ‘Pembayaran Bil IPT’ • Masukkan no. kad pengenalan • Pilih No. Matrik pelajar • Masukkan duit dalam mesin • Sahkan bayaran • Pastikan transaksi Berjaya • Simpan slip bayaran

i) CIMBclicks – Pelajar perlu mempunyai akaun dengan CIMB Bank . • Dapatkan e-pin no dimana-mana mesin ATM CIMB • ‘Sign-Up ‘ di dalam laman web CIMB Clicks • Untuk membuat bayaran ‘Login’ • Pilih ‘paybills’ • Pilih ‘Education’ • Pilih ‘Universiti Kebangsaan Malaysia- Yuran Pelajar’ • Masukkan no. matrik dan no kad pengenalan/paspot(bukan warganegara) • Masukkan amaun bayaran • Klik ‘proceed to payment’ • Klik TAC dan masukkan no TAC selepas menerima dari pihak Bank • Pastikan status transaksi adalah ‘successful’ dan cetak penyata

iii) CIMB MyMobile – Pelajar perlu ada akaun dengan CIMB Bank dan telefon bimbit

• Daftar My Mobile di mesin ATM CIMB Bank • Sign-Up ‘ di dalam laman web CIMB Clicks • Untuk membuat bayaran • Dial *500*800# • Pilih Bank 1. CIMB, masukkan pin no. • CIMB Banking services akan di paparkan • Pilih 5- bill payment, 2 education • Pilih UKM • Masukkan no. matrik, kad pengenalan / Pasport • Masukkan amaun bayaran.

Kad Kredit/Debit/ATM

Page 14: Kaedah Bayar Pg 12

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2014-2015 14 KAEDAH BAYARAN

Kaunter, Pusat Khidmat Kewangan, Jabatan Bendahari UKM

Datang ke Kaunter Pusat Khidmat Kewangan, Jabatan Bendahari Aras 1 bangunan Canselori pada waktu bekerja.

PERHATIAN: BAYARAN SECARA TUNAI TIDAK DITERIMA DI KAUNTER PUSAT KHIDMAT KEWANGAN JABATAN BENDAHARI

h. TARIK DIRI/TANGGUH PENGAJIAN Bagi pelajar yang menarik diri atau menangguh pengajian bayaran boleh dipulangkan kepada pelajar mengikut tempoh yang ditetapkan seperti berikut:-

Tempoh Kadar Bayaran Balik

Sebelum tarikh pendaftaran 100% 2 minggu selepas tarikh pendaftaran 65% 6 minggu selepas tarikh pendaftaran 50% Selepas 6 minggu dari tarikh pendaftaran Tiada

Nota: Bayaran balik bagi yuran kolej penginapan bergantung kepada bilangan hari tinggal di kolej.

Page 15: Kaedah Bayar Pg 12

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2014-2015 15 2.0 TARIKH-TARIKH SESI AKADEMIK 2014-2015 KAMPUS INDUK BANGI & FAKULTI SAINS KESIHATAN Semester I AKTIVITI TARIKH TEMPOH Pendaftaran Diri Pelajar Baru dan Minggu Mesra Pelajar (MMP) 1 –7 Sept. 2014 1 minggu Sesi Pembelajaran 8 Sept. – 17 Okt . 2014 6 minggu Cuti Pertengahan Semester / Cuti Perayaan 18 – 26 Okt. 2014 1 minggu Sesi Pembelajaran 27 Okt .– 19 Dis. 2014 8 minggu Cuti Ulangkaji 20 – 28 Dis. 2014 1 minggu Peperiksaan 29 Dis. 2014 – 16 Jan.

2015 3 minggu

Cuti Semester 17 Jan. – 22 Feb. 2015 5 minggu Semester II AKTIVITI TARIKH TEMPOH Sesi Pembelajaran 23 Feb. - 10 April 2015 7 minggu Cuti Pertengahan Semester / Cuti Perayaan 11 – 19 April 2015 1 minggu Sesi Pembelajaran 20 April – 5 Jun 2015 7 minggu Peperiksaan 8 - 26 Jun 2015 3 minggu Cuti Semester 27 Jun – 6 Sept. 2015 11 minggu Semester III AKTIVITI TARIKH TEMPOH Sesi Pembelajaran 27 Jun – 17 Julai 2015 3 minggu Cuti Pertengahan Semester/Cuti Perayaan 18 – 26 Julai 2015 1 minggu Sesi Pembelajaran 27 Julai – 21 Ogos 2015 4 minggu Peperiksaan 24 - 28 Ogos 2015 1 minggu Semester I • Cuti Hari Malaysia – 16 September 2014 (Selasa) • Cuti Hari Raya Aidil Adha – 5 Oktober 2014 (Ahad) • Cuti Tambahan – 6 Oktober 2014 (Isnin) • Cuti Hari Deepavali – 23 Oktober 2014 (Khamis) • Cuti Awal Muharram (Maal Hijrah) – 25 Oktober 2014 (Sabtu) • Cuti Hari Krismas – 25 Disember 2014 (Khamis) • Cuti Hari Tahun Baru – 1 Januari 2015 (Khamis) • Cuti Maulidur Rasul – 3 Januari 2015 (Sabtu)

Semester II • Cuti Hari Tahun Baru Cina – 19 & 20 Februari 2015 (Khamis & Jumaat) • Cuti Hari Pekerja – 1 Mei 2015 (Jumaat) • Cuti Hari Wesak – Mei 2015 • Hari Keputeraan Yang DiPertuan Agong - 6 Jun 2015 (Sabtu)

Page 16: Kaedah Bayar Pg 12

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2014-2015 16 2.0 TARIKH-TARIKH SESI AKADEMIK 2014-2015 FAKULTI PERGIGIAN Semester I AKTIVITI TARIKH TEMPOH Pendaftaran Diri Pelajar Baru dan Minggu Mesra Pelajar (MMP) 1 – 7 Sept. 2014 1 minggu Sesi Pembelajaran* 8 Sept. – 9 Nov. 2014 9 minggu Cuti 10 – 16 Nov 2014 1 minggu Sesi Pembelajaran ** 17 Nov. 2014 – 18 Jan

2015 9 minggu

Ujian Semester 19 – 25 Jan 2015 1 minggu Cuti *** 26 Jan – 8 Feb. 2015 2 minggu Semester II AKTIVITI TARIKH TEMPOH Sesi Pembelajaran *** 9 Feb. – 12 April 2015 9 minggu Cuti 13 – 19 April 2015 1 minggu Sesi Pembelajaran ***** 20 April – 21 Jun 2015 9 minggu Minggu Ulangkaji 22 – 28 Jun 2015 1 minggu Peperiksaan Profesioanl Pertama 29 Jun – 12 Julai 2015 2 minggu Cuti ***** 13 Julai – 6 Sept. 2015 8 minggu Peperiksaan Profesional Pertama (Ulangan) 10 – 23 Ogos 2015 2 minggu Catatan: *(Termasuk Cuti Hari Malaysia, Cuti Hari Raya Aidil Adha, Cuti Deepavali dan Cuti Awal Muharam **(Termasuk Cuti Krismas, Cuti Tahun Baru dan Cuti Maulidul Rasul) ***(Termasuk Cuti Thaipusam dan Cuti Hari Wilayah Persekutuan) ****(Termasuk Cuti Tahun Baru Cina) *****(Termasuk Cuti Hari Pekerja dan Cuti Hari Wesak) ******(Termasuk Cuti Hari Raya Aidil Fitri dan Cuti Hari Kebangsaan)

Page 17: Kaedah Bayar Pg 12

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2014-2015 17 TARIKH-TARIKH SESI AKADEMIK 2014-2015 FAKULTI PERUBATAN (IJAZAH DOKTOR PERUBATAN TAHUN 1) Semester 1 AKTIVITI TARIKH TEMPOH Pendaftaran Diri Pelajar Baru dan Minggu Mesra Pelajar (MMP) 1 – 5 Sept. 2014 1 minggu Minggu Mesra Pelajar Fakulti / Kem PPD 8 – 12 Sept. 2014 1 minggu Sesi Pembelajaran 15 Sept. – 31 Okt. 2014 7 minggu Cuti Pertengahan Semester / Cuti Perayaan 3 – 7 Nov. 2014 1 minggu Sesi Pembelajaran 10 Nov. – 9 Jan. 2015 9 minggu Cuti Ulangkaji 12 – 16 Jan. 2015 1 minggu Peperiksaan Akhir Semester 1 19 – 30 Jan 2015 2 minggu Cuti Akhir Semester / Cuti Perayaan 3 – 13 Feb. 2015 2 minggu Semester 2 AKTIVITI TARIKH TEMPOH Sesi Pembelajaran 16 Feb. – 10 April 2015 8 minggu Cuti Pertengahan Semester 13 – 17 April 2015 1 minggu Sesi Pembelajaran 20 April – 12 Jun 2015 8 minggu Cuti Ulangkaji 15 – 19 Jun 2015 1 minggu Peperiksaan Akhir Semester 2 22 Jun – 3 Julai 2015 2 minggu Cuti Semester / Cuti Perayaan 6 Julai – 31 Julai, 2015 4 minggu Peperiksaan Ulangan Sem I & II 3 – 14 Ogos 2015 2 minggu JUMLAH MINGGU 50 Catatan: • Cuti Hari Malaysia – 16 September 2014 (Selasa) • Cuti Hari Raya Aidil Adha – 5 Oktober 2014 (Ahad) • Cuti Hari Deepavali – 23 Oktober, 2014 (Khamis) • Cuti Awal Muharram (Maal Hijrah) – 25 Oktober, 2014 (Sabtu) • Cuti Hari Krismas – 25 Disember 2014 (Khamis) • Cuti Tahun Baru – 1 Januari, 2015 (Khamis) • Cuti Hari Tahun Baru Cina – 19 & 20 Februari 2015 (Khamis & Jumaat) • Cuti Hari Raya Puasa – 18 & 19 Julai, 2015 (Sabtu & Ahad)

Page 18: Kaedah Bayar Pg 12

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2014-2015 18 TARIKH-TARIKH SESI AKADEMIK 2014-2015 FAKULTI PERUBATAN (SARJANAMUDA KEJURURAWATAN) Semester I AKTIVITI TARIKH TEMPOH Pendaftaran Diri Pelajar Baru dan Minggu Mesra Pelajar (MMP) 1 – 7 Sept. 2014 1 minggu Sesi Pembelajaran 8 Sept. – 3 Okt. 2014 4 minggu Cuti Pertengahan Semester / Cuti Perayaan 6 – 10 Okt. 2014 1 minggu Sesi Pembelajaran 10 Okt. – 7 Nov. 2014 4 minggu Klinikal 10 Nov. – 16 Jan. 2015 10 minggu Cuti Ulangkaji 19 Jan – 23 Jan 2015 1 minggu Peperiksaan Akhir Semester 1 26 Jan – 6 Feb 2015 2 minggu Cuti Semester 9 – 20 Feb 2015 2 minggu Semester II AKTIVITI TARIKH TEMPOH Sesi Pembelajaran 23 Feb – 27 Mac 2015 5 minggu Cuti Pertengahan Semester II 30 Mac – 3 April 2015 1 minggu Sesi Pembelajaran 6 – 24 April 2015 3 minggu Klinikal 27 April – 19 Jun 2015 8 minggu Seminar / Pembentangan Penyelidikan 22 – 26 Jun 2015 1 minggu Cuti Ulangkaji 29 Jun – 3 Julai 2015 1 minggu Peperiksaan Akhir Semester II/ Peperiksaan Iktisas Akhir 6 – 17 Julai 2015 2 minggu Cuti Semester / Perayaan ** 20 Julai –14 Ogos 2015 4 minggu Cuti Semester / Peperiksaan Ulangan Semester I & II 17 – 28 Ogos 2015 4 minggu Semester I • Cuti Hari Malaysia – 16 September 2014 (Selasa) • Cuti Hari Raya Aidil Adha – 5 & 6 Oktober, 2014 (Ahad & Isnin) • Cuti Hari Deepavali – 23 Oktober, 2014 (Khamis) • Awal Muharam (Maal Hijrah) – 25 Oktober 2014 (Sabtu) • Cuti Hari Krismas – 25 Disember 2014 (Khamis) • Cuti Hari Tahun Baru – 1 Januari 2015 (Khamis) • Cuti Tahun Baru Cina – 19 & 20 Februari, 2015 (Khamis & Jumaat) • Cuti Hari Raya Aidil Fitri 18 & 19 Julai, 2015 (Sabtu & Ahad)

Page 19: Kaedah Bayar Pg 12

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2014-2015 19

Atur Cara Minggu Mesra Mahasiswa Ambilam Kedua

Sesi Akademik 2014 - 2015 “Pendaulat Amanah Negara”

(Guardian Of The Nation)

Tarikh/ Masa

5.00 pg – 7.00 pg

7.00 pg - 8.00 pg 9.00 pg - 12.00 ptg 2.30 ptg - 5.00 ptg 5.00 ptg -

7.00 mlm 7.00 mlm - 8.30 mlm 8.30 mlm- 10.30 mlm

KHAMIS 18.9.2014 Pendaftaran Diri Pelajar

Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh `Kenapa Saya di UKM'

Aktiviti di Kolej Kediaman

Akt

iviti

Beb

as

Sola

t, R

ehat

, M

akan

Mal

am

`Malam Ramah Mesra’ Aktiviti di Kolej Kediaman

JUMAAT 19.9.2014

Sola

t /

Tazk

irahS

ubuh

/ C

eram

ah M

oral

Sara

pan

Pagi

9.00 pg – 12.30 tghri 12.30 tghri – 2.30 ptg 2.30 ptg – 5.00 ptg

`Pendaulat Amanah Negara’ Aktiviti di Kolej Kediaman

`Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’ Perkongsian Pengalaman bersama

Alumni

Solat, Rehat, Makan Tghri

Majlis Ikrar Mahasiswa Baharu DECTAR

Page 20: Kaedah Bayar Pg 12

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2014-2015 20 PENGUMUMAN LARANGAN DERAAN (RAGGING) Kepada, Semua Pelajar (Baru dan Lama) Universiti Kebangsaan Malaysia. Saudara/i, DERAAN (RAGGING) ATAU PERKARA YANG SEUMPAMANYA Adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa deraan fizikal, mental termasuk perbuatan dan perkataan yang menjatuhkan air muka, maruah dan kehormatan diri seseorang pelajar dalam apa jua bentuknya yang boleh ditafsirkan sebagai DERAAN (RAGGING) adalah DIHARAMKAN di Universiti ini. DERAAN (RAGGING) IALAH SATU KESALAHAN TATATERTIB YANG MANA IANYA MERUPAKAN PERBUATAN YANG MEROSAKKAN NAMA BAIK UNIVERSITI DAN TIDAK HARUS MENJADI BUDAYA MAHASISWA UNIVERSITI. 2. PIHAK UNIVERSITI TIDAK AKAN BERTOLAK ANSUR TERHADAP MANA-MANA PIHAK YANG MELAKUKAN KERJA MENDERA INI DAN AKAN MENGAMBIL TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP MEEKA DENGAN MENGENAKAN HUKUMAN YANG BERAT TERMASUK DISINGKIRKAN DARI UNIVERSITI. (KEPUTUSAN PERSIDANGAN NAIB CANSELOR KE – 22 PADA 21 JULAI 1989). 3. Semua pihak yang melihat dan mengetahui adanya deraan ke atas mahasiswa berlaku di mana-mana sahaja, hendaklah melaporkan kepada pihak Pengetua Kolej atau pihak Keselamatan UKM dengan segera. Pihak Pengetua dan pihak Keselamatan selepas menerima aduan hendaklah serta merta menyiasat dan memanggil mereka yang terlibat dan membuat laporan bagi dakwaan. Pihak Berkuasa Tatatertib akan mengambil tindakan selanjutnya. Ibu bapa / penjaga kepada pelajar yang terlibat akan dihubungi mengenai kes ini. 4. UNTUK MAKLUMAN SEMUA PELAJAR, MINGGU MESRA PELAJAR (MMP) AKAN BERMULA PADA 1 SEPTEMBER 2014 DAN BERAKHIR PADA 7 SEPTEMBER 2014. MANA-MANA PELAJAR ATAU KUMPULAN PELAJAR YANG TERLIBAT MENGADAKAN ‘SUAIKENAL / ORIENTASI’ SELEPAS TARIKH INI AKAN DIAMBIL TINDAKAN. Sekian, terima kasih. ARAHAN TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL-EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI

Page 21: Kaedah Bayar Pg 12

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2014-2015 21 PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN 1. Pembiayaan pendidikan PTPTN terbuka kepada semua pelajar di IPTA yang mengikuti pengajian

secara sepenuh masa, separuh masa dan jarak jauh di peringkat seperti berikut; a. Diploma b. Ijazah Sarjana Muda c. Ijazah Sarjana d. Doktor Falsafah (PhD) e. Kursus Profesional

2. Pelajar yang telah mendapat pembiayaan PTPTN untuk pengajian terdahulu tetapi gagal

menamatkan pengajian boleh memohon pembiayaan kali kedua untuk meneruskan pengajian mereka setelah kesemua hutang terdahulu diselesaikan. Walau bagaimanapun, pertimbangan bagi pembiayaan kali kedua kedua tertakluk kepada peruntukan kewangan yang mencukupi.

3. Pelajar yang telah mendapat pembiayaan PTPTN dan berjaya menamatkan pengajian terdahulu boleh membuat permohonan untuk ke peringkat pengajian yang lebih tinggi. Permohonan untuk peringkat pengajian yang sama tidak akan dipertimbangkan.

4. Pelajar yang menerima pinjaman PTPTN, tetapi mendapat pembiayaan daripada penaja lain

boleh membuat permohonan kali kedua mengikut kategori di bawah; a. Bagi pelajar yang menerima tajaan lain dan tidak bertindih pembiayaan (mendapat

pembiayaan PTPTN dan penaja lain dalam semester yang berbeza):- Pelajar boleh membuat permohonan kali kedua tetapi perlu mengemukakan rayuan beserta dokumen sokongan yang diperlukan dan disahkan bahawa tajaan peminjam tidak bertindih dengan PTPTN.

b. Bagi pelajar yang menerima tajaan lain dan bertindih pembiayaan (mendapat pembiayaan PTPTN dan penaja lain dalam semester yang sama:- Pelajar boleh membuat permohonan kali kedua tetapi perlu menyelesaikan jumlah pembiayaan yang bertindih secara sekaligus dalam tempoh yang ditetapkan.

5. Pelajar yang membatalkan pembiayaan pendidikan PTPTN dan membiayai sendiri baki pengajian juga boleh membuat permohonan kali kedua tetapi perlu mengemukakan rayuan beserta dokumen yang diperlukan dan disahkan bahawa pelajar membiayai pengajiannya sendiri tanpa menerima pembiayaan daripada mana-mana penaja lain.

6. Pembiayaan akan diberhentikan sekiranya pelajar gagal meneruskan pengajian pada peringkat jurusan atau IPT sepertimana yang dinyatakan dalam permohonan pembiayaan. Pelajar dikehendaki membayar balik wang yang telah diperolehi daripada PTPTN sepanjang tempoh pengajian yang telah diikuti sebagaimana yang ditetapkan dalam perjanjian.

Page 22: Kaedah Bayar Pg 12

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2014-2015 22 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN Pelajar layak memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:- 1. Pemohon adalah warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;

3. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana

mata pelajaran;

4. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi pelajar lepasan Sijil Kolej Komuniti dan Diploma Politeknik dengan syarat memperolehi CGPA 3.0 dan ke atas;

5. Bagi pelajar-pelajar IPTA/IPTS/Politeknik, mereka hendaklah telah mendaftar untuk mengikuti

kursus yang telah diluluskan oleh Jabatan Pengurusan IPTA (IPTA/IPTS) atau Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementarian Pengajian Tinggi;

6. Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah telah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi

dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan;

7. Semua pelajar hendaklah mempunyai kelayakan masuk yang disyaratkan oleh Kementerian

Pengajian Tinggi untujk mengikuti kursus berkaitan. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan yang berbeza daripada yang disyaratkan, pengesahan bahawa kelayakan tersebut setaraf dengan kelayakan yang disyaratkan hendaklah diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di perkara (v) di atas;

8. Baki tempoh pengajian semasa permohonan dibuat hendaklah tidak kurang dari satu tahun;

9. Tidak mempunyai penaja lain, dan;

10. Jumlah keseluruhan pembiayaan pendidikan yang telah diperoleh pelajar dengan mengambil

kira pembiayaan yang akan diluluskan hendaklah tidak melebihi RM65,000.

PERSEDIAAN SEBELUM MEMBUAT PERMOHONAN 1. Sebelum membuat permohonan, pelajar baru perlu mendapatkan Nombor Pin di kaunter Bank

Simpanan Nasional (BSN) bernilai RM5.00. Nombor Pin BSN ini hanya sah digunapakai untuk tempoh 6 bulan daripada tarikh pembelian.

2. Membuka akaun simpanan (persendirian) mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT masing-masing. Bagi UKM menggunakan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).

KAEDAH PERMOHONAN

Page 23: Kaedah Bayar Pg 12

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2014-2015 23 1. Permohonann boleh dibuat melalui laman web rasmi PTPTN iaitu http://www.ptptn.gov.my.

Permohonan boleh dilakukan pada bila-bila masa selepas mendapat tawaran kemasukan ke IPT. Walau bagaimana pun, pemprosesan permohonan tersebut hanya akan dilakukan mengikut tarikh yang akan ditetapkan oleh PTPTN.

2. Pemohon yang berjaya mendapat tawaran pembiayaan pendidikan PTPTN hendaklah mencetak dokumen tawaran dan perjanjian beserta dokumen jaminan dan menyerahkan dokumen tersebut beserta dokumen sokongan yang ditetapkan kepada Pegawai PTPTN melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di IPT masing-masing.

3. Dokumen sokongan yang telah ditetapkan untuk permohonan Pembiayaan PTPTN adalah

seperti berikut; a. Salinan Kad Pengenalan pemohonan (muka hadapan dan belakang dibuat salinan pada muka

surat yang sama); b. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);

(Nota: Bagi yang mengemukakan salinan slip keputusan peperiksaan SPM/SPMV, hanya slip yang tidak melebihi tempoh 2 tahun dari tahun peperiksaan diambil boleh diterima pakai.);

c. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPT (surat tawaran dari cetakan laman web IPT boleh diterima tetapi hendaklah disahkan oleh pegawai di IPT terbabit sahaja.);

d. Salinan Buku Akaun Bank (muka surat yang tercatat nombor akaun) / Salinan Slip Deposit / Salinan Pengesahan nombor akaun persendirian mengikut bank yang telah ditetapkan oleh PTPTN mengikut IPT masing-masing. Salinan tersebut mestilah mempunyai maklumat iaitu nama, nombor kad pengenalan dan nombor akaun pemohon. (Dokumen ini diperlukan sekiranya nombor akaun yang tercetak di Dokumen Tawaran pelajar salah);

e. Salinan transkrip keputusan peperiksaan dan sijil kelayakan masuk lain. Contoh: STPM / DIPLOMA / MATRIKULASI / IJAZAH SARJANAMUDA / IJAZAH SARJANA (MASTER); (Nota: Sila sertakan surat pengesahan tamat pengajian dari IPT yang mengendalikan kelayakan masuk tersebut jika pemohon belum menerima sijil dan traskrip peperiksaan juga tidak dinyatakan bahawa pelajar telah menamatkan pengajian / layak dianugerahkan sijil);

f. Salinan Slip Gaji (ketika permohonan dikemukakan) / Salinan Borang Cukai Pendapatan (Individu) / Salinan Kad Pesara / Salinan Pengesahan Tidak Bekerja – IBU BAPA / PENJAGA / PEMOHON / PASANGAN PEMOHON;

g. Salinan Kad Pengenalan / Salinan Paspot ibu dan bapa kandung sebagai penjamin; h. Salinan Sijil Kematian / Surat Akuan Sumpah sekiranya ibu / bapa kandung telah meninggal

dunia atau tidak dapat dikesan; i. Salinan Surat Pengesahan / Surat Akuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat / Pusat

Zakat / sekiranya pemohon / ibu bapa kandung / penjaga merupakan penerima bantuan bulanan dari agensi berkenaan;

j. Dua (2) keping Setem Hasil bernilai RM10.00 setiap satu. Sila dapatkan di Pejabat Pos.

4. Bagi pelajar-pelajar yang membuat permohonan Pembiayaan Pendidikan PTPTN pada semester ke 2 pengajian dan ke atas, dokumen sokongan tambahan (WAJIB) yang perlu dikemukakan oleh pelajar adalah seperti berikut:- i. Salinan Surat Pengesahan Masih Belajar dari IPT. Pengesahan daripada Dekan / Ketua

Program / Pegawai Hal Ehwal Pelajar;

Page 24: Kaedah Bayar Pg 12

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2014-2015 24

ii. Salinan keputusan peperiksaan setiap semester sebelumnya.

5. Salinan dokumen sokongan di atas hendaklah disahkan pemohon dengan menggunakan kertas BERSAIZ A4 berwarna putih dan DISAHKAN oleh pegawai yang layak.

6. Pegawai yang boleh menjadi saksi PELAJAR dan PENJAMIN dan untuk pengesahan dokumen sokongan di atas adalah seperti berikut:- i. Wakil Rakyat / Senator ii. Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan dan Profesional) iii. Pengamal Undang-Undang iv. Pesuruhjaya Sumpah / Jaksa Pendamai v. Pengetua / Guru Besar (Sekolah kerajaan sahaja) vi. Pegawai Polis berpangkat ASP dan ke atas / Pegawai Tentera berpangkat Kapten atau setaraf

dan ke atas vii. Ketua Kampung / Penghulu / Ketua Masyarakat / Sidang / Pegawai Pembangunan Mukim /

Pengerusi JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) viii. Untuk Sabah dan Sarawak – Ketua Kaum / Ketua Anak Negeri / Kapitan / Pemanca / Pegawai

Taman Sabah.

(Penting: Semua pegawai atau saksi hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia. Cop pegawai atau saksi hendaklah lengkap mempunyai Jawatan Pegawai dan Jabatan / Alamat di mana pegawai bertugas)

PENGELUARAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN 1. Pengeluaran pembiayaan pendidikan akan dikreditkan terus ke akaun pelajar. Pengeluaran

pembiayaan kali pertama hanya dibuat setelah perjanjian yang sempurna diterima oleh PTPTN.

2. Bagi bayaran semester berikutnya, pengeluaran pembiayaan akan dibuat setelah PTPTN menerima pengesahan status pelajar daripada IPT masing-masing bahawa pelajar berjaya meneruskan pengajian dan memperolehi keputusan PNGK 2.00 dan ke atas.

PENAHANAN PENGELUARAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN 1. Pelajar mendapat keputusan peperiksaan dengan PNGK kurang daripada 2.00;

2. Menangguhkan pengajian; dan

3. Dikenakan tindakan tatatertib dan dijatuhkan hukuman gantung pengajian.

PENAMATAN/ PEMBATALAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN

Page 25: Kaedah Bayar Pg 12

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2014-2015 25

1. Pemberhentian pengeluaran pembiayaan pendidikan akan dibuat apabila pelajar gagal / behenti / mendapat penajaan lain / menukar kursus pengajian dengan mengulang semester / membatalkan tawaran PTPTN semasa di dalam tempoh perjanjian dengan PTPTN. Pelajar dikehendaki membayar balik pembiayaan yang telah diperoleh daripada PTPTN sepanjang tempoh pengajian yang telah diikuti sebagaimana yang telah ditetapkan dalam perjanjian.

2. Maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan boleh diperoleh daripada laman web htp://www.ptptn.gov.my. PTPTN HOTLINE – 03-20804455 untuk sebarang kemusykilan. Sebarang aduan / pertanyaan sila emel kepada; [email protected] Alamat Surat Menyurat; PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL Lot G2, Tingkat Bawah, Wisma Chase Perdana Off Jalan Semantan, Damansara Heights 50490 Kuala Lumpur. INFO CENTER PTPTN – SARAWAK Bank Simpanan Nasional (Cawangan Utama Kuching) Bangunan Haji Abdul Rasit Lot 173, 174, 175 Jalan Muda Hashim 93400 Kuching, Sarawak. INFO CENTER PTPTN – SABAH Bank Simpanan Nasional (Cawangan Utama Kota Kinabalu) Wisma BSN Sabah Jalan Kemajuan, Karamunsing 88000 Kota Kinabalu, Sabah. Kemudahan perkhidmatan kaunter berpusat yang disediakan kepada pelanggan adalah; i. Pertanyaan dan Aduan ii. Rundingcara iii. Bayaran balik pinjaman iv. Pembukaan akauan SSPN v. Penambahan deposit SSPN vi. Kemudahan capaian internet bagi menjalankan aktiviti berkaitan dengan PTPTN.

PERATURAN PENTING

Page 26: Kaedah Bayar Pg 12

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2014-2015 26 Pelajar-pelajar diingatkan supaya mematuhi semua peraturan UKM termasuk perkara-perkara yang dinyatakan di bawah: 1. Undang-Undang Universiti

Pelajar dikehendaki mematuhi Akta Universiti dan Kolej Universiti, Kaedah-kaedah Universiti Kebangsaan Malaysia (Tatatertib Pelajar 1999), Statut dan Peraturan, dan keputusan yang dibuat oleh pihak berkuasa Universiti dari semasa ke semasa.

2. Pemakaian Kad Kampus Kad Kampus merupakan pengenalan diri bagi seluruh warga UKM. Setiap pelajar dikehendaki memakai dan mempamerkan kad kampus semasa berada di dalam kampus.

3. Larangan Membawa dan Memandu Kenderaan Bermotor Pelajar Tahun 1 Sesi Akademik 2013-2014 dilarang membawa dan memandu kenderaan bermotor kecuali motosikal di dalam kawasan Kampus UKM, Bangi. Berbasikal adalah digalakkan.

4. Peraturan Pakaian dan Kemasan Diri Pelajar UKM Pelajar dikehendaki mematuhi peraturan pekaian dan kemasan diri untuk pelajar UKM demi menjaga nama baik Universiti dalam membentuk suasana kampus yang tenteram dengan pelajar yang bermoral, berdisiplin serta mempunyai kesopanan dan kesusilaan selaras dengan kedudukan Universiti sebagai institusi pendidikan dan pusat ilmu.

5. Kawasan Larangan Merokok Kampus UKM merupakan kawasan larangan merokok. Larangan dikuatkuasakan kepada semua pelawat dan warga UKM semasa berada di dalam kampus.

6. Pembayaran Yuran Pelajar dikehendaki menjelaskan semua yuran yang dikenakan oleh Universiti.

7. Ujian MUET Pelajar baru Ijazah Pertama Sesi Akademik 2014-2015 yang belum menduduki Malaysia University English Test (MUET) DIWAJIBKAN mengambilnya pada penghujung tahun 2014 atau sebelum Sesi Akademik 2014-2015 berakhir. (Khas kepada pelajar saluran kedua dan bukan warganegara.)

8. Prosidur Penanguhan Pengajian / Penggantungan Diri

Page 27: Kaedah Bayar Pg 12

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2014-2015 27

Sekiranya pelajar ingin menangguhkan pengajian, disebabkan sakit atau menghadapi masalah lain sehingga boleh menjejaskan pengajian pada semester berkenaan, sila ambil tindakan seperti berikut;

• Mengisi Borang Permohonan Penangguhan Pengajian / Penggantungan Pendaftaran Diri Pelajar Baru Sesi Akademik 2014-2015 dan dihantar kepada Timbalan Pengarah, Pusat Pengurusan Akademik untuk disampaikan kepada Dekan Fakulti; dan

• Menjelaskan yuran penangguhan pengajian / penggantungan pendaftaran diri sebanyak RM50.00.

Tempoh maksimum yang dibenarkan untuk pelajar membuat penangguhan pengajian / penggantungan pendaftaran diri adalah dua (2) semester kecuali atas sebab-sebab kesihatan. Penangguhan yang disebabkan oleh masalah kesihatan hendaklah disertakan dengan surat perakuan doktor dari Hospital Kerajaan atau Klinik Swasta.

9. Wang dan Barang Kemas Pelajar-pelajar baru dinasihatkan tidak membawa wang yang banyak serta memakai barang kemas semasa menjalani MMP bagi mengelakkan kejadian kecurian dan kehilangan barang. Pihak Universiti tidak bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan wang dan barang semasa MMP.

10. Pertukaran Program Pelajar yang telah ditawarkan boleh memohon untuk bertukar program pengajian yang lain tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

MAKLUMAT UMUM

Page 28: Kaedah Bayar Pg 12

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2014-2015 28 1. Kampus Universiti

Universiti Kebangsaan Malaysia mempunyai tiga (3) kampus iaitu; a. Kampus Induk di Bangi b. Kampus Kuala Lumpur, dan c. Kampus Cheras

Kampus Induk Bangi menempatkan; i. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan ii. Fakulti Ekonomi dan Pengurusan iii. Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina iv. Fakulti Pendidikan v. Fakulti Pengajian Islam vi. Fakulti Sains dan Teknologi vii. Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat viii. Fakulti Undang-Undang ix. Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) x. Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) xi. Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) xii. Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN) xiii. Institut Kajian Oksidental (IKON) xiv. Pusat Pengurusan Siswazah (PPS) xv. Institut Biologi Sistem (INBIOSIS) xvi. Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI) xvii. Institut Sel Fuel xviii. Institut Islam Hadhari (HADHARI) xix. Institut Kajian Etnik (KITA) xx. Institut Kajian Bencana Asia Tenggara (SEAPRI – UKM) xxi. Pusat Kembangan Pendidikan (PKP) xxii. Institut Perubahan Iklim (IPI)

Kampus Kuala Lumpur di Jalan Raja Muda Abdul Aziz menempatkan; i. Fakulti Perubatan (Tahun 1 dan 2) ii. Fakulti Pergigian iii. Fakulti Farmasi iv. Fakulti Sains Kesihatan.

Kampus Cheras di Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur menempatkan; i. Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) - hospital pengajar ii. Fakulti Perubatan (Tahun 3 – 5) iii. Institut Perubatan Molekul (UMBI)

Antara bangunan yang menjadi mercu tanda Universiti ialah Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) dan Masjid Universiti yang indah. Terletak bertentangan antara satu saia lain berhampiran pintu masuk utama, DECTAR mengingatkan semua akan peranan Universiti sebagai kemuncak kecemerlangan akademik, sementara masjid ialah tempat beribadah dan mengabdikan diri kepada Allah; kedua-duanya menjadi pengakuan sepanjang kenyataan falsafah Universiti iaitu; “Paduan antara iman kepada Allah dengan ILMU yang bermanfaat serta gabungan antara teori dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses

Page 29: Kaedah Bayar Pg 12

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2014-2015 29

pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan Universiti” Dengan asas yang mantap ini, UKM akan mengorak langkah dengan lebih yakin untuk menangani cabaran alaf baru melalui Pelan Strategik 2000-2010.

2. Pusat Akreditasi Pembelajaran Mesyuarat Senat ke-334 bertarikh 30 Januari 2008 telah meluluskan penawaran kursus kokurikulum di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebanyak 8 jam kredit bersamaan 320 jam notional dan merupakan kursus wajib Universiti. Mulai Sesi Akademik 2013-2014, PAP menawarkan Kursus Kemahiran Insaniah yang menekankan kepada kompetensi generik yang harus dicapai oleh setiap pelajar sepanjang tempoh pengajian mengikut program pengajian di fakulti. Walau bagaimanapun, pelajar adalah digalakkan agar menyelesaikan kursus ini pada Tahun 2 supaya tidak mengganggu projek latihan ilmiah/tesis dan latihan industri yang kebiasaannya dilaksanakan pada Tahun 3 (atau di akhir pengajian). Bagi pelajar-pelajar yang mengikuti Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Kor Sukarelawan Polis Siswa (SUKSIS), dan Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) perlu meneruskan kursus sehingga tahap tiga (enam semester) dan penilaian yang dilakukan adalah penilaian secara berterusan. Semua kursus yang ditawarkan oleh PAP diberikan gred yang dikira dalam Purata Nilai Gred pelajar. Pelajar dikehendaki mengambil dan lulus dengan jayanya setiap kursus yang diambil. Jika gagal, ini akan memberikan kesan ke atas penganugerahan ijazah sarjanamuda. Sehubungan itu, pelajar perlu mendaftar dua (2) kod kursus sahaja dalam satu-satu semester melalui Sistem Maklumat Pelajar (https://smp.ukm.my/smpweb). Pelajar wajib memuatnaik pembuktian dalam Sistem i-Folio (http://ifolio.ukm.my) untuk penilaian akhir oleh pensyarah. Senarai kod dan nama kursus yang ditawarkan oleh PAP KOMPONEN KOD

KURSUS NAMA KURSUS TARAF

KURSUS JAM KREDIT

Kursus Wajib Universiti

HHHC9101 Sosial & Kebertanggungjawaban UC 1 HHHC9201 Kemahiran Komunikasi UC 1 HHHC9301 Pengurusan Maklumat & Pembelajaran

Sepanjang Hayat UC 1

HHHC9401 Nilai, Sikap, Etika & Profesionalisme UC 1 HHHC9501 Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah

& Pendekatan Sainstifik UC 1

HHHC9601 Kepimpinan & Kerja Berpasukan UC 1 HHHC9701 Pengurusan & Keusahawanan UC 1 HHHC9801 Kreatif & Inovatif UC 1

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Akreditasi pembelajaran’ boleh dihubungi melalui talian 03-89213147 / 5386 /5313 , Faks: 03-89218431 / 3073 / 4029 atau emel : [email protected] Laman Web: http//www.ukm.my/pap.

Page 30: Kaedah Bayar Pg 12

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2014-2015 30 3. Unit Kebajikan Pelajar, Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel)

Perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di Unit Kebajikan Pelajar dalam usaha membantu pelajar yang menghadapi masalah sepanjang mengikuti pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia adalah:

i. Tabung Kebajikan Pelajar

• Mengurus urusan permohonan Tabung Kebajikan Pelajar berkaitan Kematian Pelajar atau Waris, Rawatan Hospital, Insurans dan Kes-kes Khas seperti kebakaran, kecurian, bencana dan sebagainya.

• Borang boleh didapati di Unit Kebajikan Pelajar.

ii. Pinjaman/Biasiswa

• Mengurus urusan penyerahan Surat Tawaran dan Dokumen Perjanjian PTPTN dan JPA.

• Menguruskan urusan Perlanjutan PTPTN/JPA. Borang perlanjutan boleh didapati di Unit Kebajikan Pelajar. Bagi pelajar tajaan PTPTN borang perlanjutan boleh didapati di http://www.ptptn.gov.my/web/guest/borang2

• Mengurus urusan kenaikan kadar PTPTN bagi pelajar yang mendapat pembiayaan sebahagian atau pembiayaan yuran pengajian. Penentuan jumlah pembiayaan sama ada pembiayaan penuh, pembiayaan sebahagian atau pembiayaan yuran pengajian adalah berdasarkan pendapatan bersih ibu/bapa/penjaga pelajar. Borang boleh didapati di Unit Kebajikan pelajar atau di laman web http://www.ptptn.gov.my/web/guest/borang2

iii. Orang Kurang Upaya (OKU)

• Mengurus kebajikan orang kurang upaya(OKU) seperti menguruskan borang Tuntutan Bantuan Yuran Pengajian Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) IPT, dan borang Pendaftaran Bantuan Kewangan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) IPT. Borang boleh didapati di Unit Kebajikan Pelajar atau di facebook UKP https://www.facebook.com/pages/Unit-Kebajikan-Pelajar-JPPel-UKM/296902280375320

iv. Tabung Kewangan Pelajar

• Pelajar yang menghadapi masalah kewangan, pinjaman/biasiswa boleh memohon Tabung Kewangan Pelajar. Borang boleh didapati di Unit Kebajikan Pelajar.

v. Senarai penaja yang menawarkan pinjaman/biasiswa

Page 31: Kaedah Bayar Pg 12

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2014-2015 31

Bil. Nama Penajaan

1. Biasiswa Khas Tenaga Akademik IPTA (BKTA)

2. Biasiswa Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan Yang

Di-Pertua-Yang Di Pertua Negeri

3. Biasiswa Pelajar Orang Asli Di Bawah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia

4. Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) Hadiah Biasiswa Tunku Abdul Rahman

5. Khazanah Watan Scholarship Programme

6. Titijaya Scholarship Fund

7. Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong

8. Ken Foundation

9. Biasiswa Samling

10. Pinjaman Pendidikan ANGKASA (TAPAK)

11. Putrajaya Perdana Berhad Scholarship Awards

12. Tan Sri Lee Loy Seng Foundation

13. CIMB Foundation

14. Yayasan Wah Seong Scholarship Awards

15. Yayasan Proton Scholarship Awards

16. LITRAK Scolarship Awards

17. Biasiswa Yayasan Sime Darby

18. Pinjaman Pengajian Tinggi TAPEM

19. Biasiswa dan Pinjaman Boleh Ubah (PPBU) Yayasan Bank Rakyat

20. Biasiswa Permodalan Nasional Berhad (Pengajian Dalam Negara)

21. Biasiswa Sukan Persekutuan, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

22. Samsung Scholarship Awards

23. United Malacca University Shcolarship Awards

24. Chen Moi Education Foundation Scholarship Awards

25. Yayasan TELEKOM

26. Biasiswa Bank Negara

27. Pinjaman Negeri Kedah

28. Pinjaman Negeri Perak

29. Pinjaman Yayasan Perak

30. Pinjaman Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Page 32: Kaedah Bayar Pg 12

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2014-2015 32

31. Pinjaman Kerajaan Negeri Selangor

32. Pinjaman Yayasan Selangor

33. Pinjaman Kerajaan Negeri Melaka

34. Yayasan Pahang

35. Yayasan Negeri Sembilan

36. Yayasan Sabah

37. Pinjaman Kerajaan Negeri Sabah

38. Pinjaman Pelajaran MARA

39. Pinjaman Yayasan Sarawak

40. Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak

41. Biasiswa MAYBANK

42. Biasiswa Di Bawah Skim Pengajian Tinggi Pra-Perkhidmatan Angkatan Tentera

Malaysia Kementerian Pertahanan

43. Biasiswa FELDA

44. Biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia

45. Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

46. Biasiswa Persekutuan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)

47. Biasiswa Boleh Ubah PETRONAS

48. Biasiswa Tenaga Nasional Berhad (TNB)

49. Pinjaman Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)

50. Biasiswa / Pinjaman Pelajaran Sultan Ismail Nasiruddin Shah Terengganu

(Yayasan Terengganu)

51. Yayasan Kuok Foundation

52. Biasiswa Sarawak SHELL

53. Biasiswa Skim Latihan Tenaga Pengajar Politeknik / Kolej Komuniti / Teknikal KPM

54. Biasiswa Perlis

55. Biasiswa Majlis Raja-Raja

56. Jepun Air Line (JAL)

57. Pinjaman India High Commission Of India

58. Pinjaman Yayasan Kelantan (YAKIN)

59 Biasiswa Canon Opto (M) Sdn. Bhd

60 IGB Scholarship Awards

61. Biasiswa Mudajaya Group Berhad

Page 33: Kaedah Bayar Pg 12

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2014-2015 33

62. Biasiswa Putrajaya Perdana Berhad

63. Biasiswa MSCB Group

64. Biasiswa / Dermasiswa /Bantuan Pelajaran Yayasan Tunku Abdul Rahman

65. Yayasan Felcra

66. Pusat Perubatan UKM

67. Bursa Malaysia Berhad

68. Honda Malaysia Fund

69. Yayasan Scomi

70. Urusetia Program Khas Pensiswazahan Guru Besar

Sebarang hebahan atau maklumat untuk pengetahuan berkaitan Pinjaman/Biasiswa akan dibuat melalui lamen web e-pelajar, Fakulti/Kolej dan di Page Facebook Unit Kebajikan Pelajar (https://www.facebook.com/pages/Unit-Kebajikan-Pelajar-JPPel-UKM/296902280375320). Keterangan lanjut berkenaan Unit Kebajikan Pelajar (UKP) boleh diperolehi melalui talian 03-89213575/4367/4368/5316 atau faks 03-89214451 atau email [email protected].

4. Pusat Sukan UKM Pusat Sukan UKM sentiasa berusaha membangun serta melaksanakan program dan aktiviti sukan seiring dengan Dasar Sukan Negara yang telah menggariskan dua peranan utama IPT iaitu untuk menggalakkan pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti sukan secara aktif dan menyediakan peluang belajar kepada atlit sukan. Kedua-dua peranan ini bertanggungjawab memberi garis panduan dalam usaha penyelarasan keseimbangan dan kesinambungan prestasi akademik dan pencapaian dalam bidang sukan di IPT. Pusat sukan mempunyai 3 Bahagian besar iaitu Bahagian Pentadbiran, Bahagian Pengurusan dan Bahagian Pembangunan dan dipecahkan kepada unit-unit dibawahnya mengikut peranan dan tanggungjawab kerja yang seusia selaras dengan Dasar Sukan IPT yang menekankan pembangunan sukan ke peringkat lebih tinggi. Di bawah Bahagian Pentadbiran mempunyai Unit Kewangan & Pentadbiran, Unit Kualiti dan Unit Pembangunan Kompetensi. Bahagian Pengurusan mempunyai dua unit iaitu Unit Pengurusan Acara dan Unit Prasarana Sukan & ICT. Manakala Bahagian Pembangunan mempunyai Unit Pembangunan Kampus Cawangan, Unit Pembangunan Atlet dan Unit Aktiviti IPT. Objektif Pusat sukan adalah merancang dan melaksanakan program pembangunan sukan universiti serta menjalankan aktiviti dan program sukan dan rekreasi bagi pelajar, kakitangan dan memberi perkhidmatan penganjuran sukan bagi pihak luar. Pusat Sukan juga menyediakan kemudahan dan prasarana sukan yang lengkap dan berkesan. Pusat Sukan turut menyediakan latihan dan kursus bagi meningkatkan kopentensi kakitangan dalam bidang sukan. Perkhidmatan penggunaan dan kemudahan sukan yang disediakan oleh Universiti adalah di bawah tanggungjawab Pusat Sukan. Kemudahan-kemudahan sukan yang dimaksudkan adalah

Page 34: Kaedah Bayar Pg 12

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2014-2015 34

seperti Stadium Universiti, balapan sintetik, padang bola sepak, padang ragbi, gelanggang skuasy, padang hoki dan sebagainya yang perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Keterangan lanjut mengenai kemudahan sukan ini boleh diperlolehi melalui talian 03-89213097/3071 atau email ke [email protected].

5. Perpustakaan UKM Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia terdiri daripada Perpustakaan Tun Seri Lanang yang merupakan perpustakaan induk di kampus utama Bangi dan lima Perpustakaan Cabang iaitu Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu (Bangi), Perpustakaan Undang-Undang (Bangi), Perpustakaan Dr. Abdul Latiff (Kuala Lumpur), Perpustakaan Pusat Perubatan UKM (Cheras) dan Perpustakaan Lingkungan Kedua (Bangi). Perpustakaan UKM menyediakan perkhidmatan sumber maklumat dan ilmu kepada warga universiti untuk pembelajaran, pengajaran, penyelidikan, perundingan dan inovasi. Perpustakaan dilengkapi dengan pelbagai koleksi yang terdiri daripada bahan dalam bentuk bercetak dan juga elektronik seperti buku, jurnal/majalah berjilid, bahan media, e-buku dan e-jurnal. Sehingga 31 Disember 2013, Perpustakaan mempunyai jumlah bahan dalam bentuk bercetak 2,112,500 naskhah, koleksi e-buku, e-tesis dan e-jurnal sebanyak 548,999 judul dan bahan media 407,456 salinan. Perkhidmatan kepada sumber maklumat elektronik terdiri daripada katalog awam dalam talian, pangkalan data dalaman, CD-ROM dan pangkalan data dalam talian menerusi internet yang meliputi pelbagai bidang perkara/pengajian dalam bentuk teks penuh/abstrak/bibliografik. Maklumat-maklumat ini boleh diakses dari dalam dan juga luar kampus UKM. Dalam usaha Perpustakaan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, pelbagai perkhidmatan dan kemudahan disediakan untuk pelanggan, antaranya ialah perkhidmatan pinjaman/pemulangan, sistem pembekalan penerbitan, bimbingan dan pendidikan pelanggan, rujukan dan khidmat nasihat, salinan foto, perkhidmatan internet, jurnal elektronik, bilik karel, bilik perbincangan dan bilik tayangan. Perpustakaan juga menyediakan perkhidmatan untuk pelajar OKU seperti menyediakan bilik khas yang menempatkan komputer yang mempunyai perisian Jaws Professional, lif, tempat meletak kereta dan tandas untuk pelajar OKU.

6. Unit Perumahan Pelajar

Unit Perumahan Pelajar merupakan sebuah unit berperanan sebagai menyelaras penempatan semua pelajar untuk 12 kolej kediaman di UKM, sepuluh darinya terletak di Kampus Bangi manakala sebuah di Kampus Kuala Lumpur dan sebuah lagi di Pusat Perubatan UKM. Terdapat lebih kurang 13,000 kemudahan bilik penginapan disediakan untuk pelajar pelbagai peringkat pengajian dan pelajar tahun pertama (prasiswazah) diwajibkan menginap di kolej kediaman. Setiap bilik pelajar disediakan kemudahan asas lengkap seperti katil, tilam, kerusi dan meja studi, almari pakaian dan mini papan notis. Disamping itu juga, kolej kediaman menyediakan pelbagai kemudahan lain untuk pelajar seperti kafeteria, ruang riadah, bilik TV, ruang bacaan, surau dan bilik aktiviti pelajar. Kemudahan Wi-fi juga disediakan untuk pelajar yang menginap di kolej kediaaman bagi memastikan mereka menikmati segala kemudahan yang diperlukan. Kategori bilik penginapan yang terdapat di kolej kediaman ialah bilik seorang dan bilik kongsi berdua dengan kadar sewa bilik berdasarkan kepada jenis dan kemudahan yang disediakan untuk pelajar.

Page 35: Kaedah Bayar Pg 12

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2014-2015 35

Bagi pelajar yang bekeluarga, Unit Perumahan Pelajar menyediakan rumah pelajar berkeluarga berkonsepkan apartment 2 dan 3 bilik dengan kadar sewa yang berpatutan RM500 hingga RM1000 sebulan. Lokasi rumah pelajar berkeluarga terletak di Seksyen 2 Bandar Baru Bangi, Pangsapuri Taman Tenaga dan Pangsapuri UKM Blok 6. Perumahan pelajar berkeluarga dikendalikan sepenuhnya oleh Unit Perumahan Pelajar dan urusan permohonan untuk mendapatkan kediaman tersebut perlu dimajukan ke Unit berkenaan. Tanggungjawab mentadbir urus kolej kediaman adalah seperti di jadual berikut:-

KOLEJ PENGETUA TELEFON EMEL KAMPUS INDUK BANGI Kolej Dato’ Onn (A) Prof Madya Dr. Jasri Jamal 03-89215921 [email protected] Kolej Aminuddin Baki (B) Prof. Madya Dr. Ramli Omar 03-89215915 [email protected] Kolej Ungku Omar (C) Encik Nik Hairi Omar 03-89213148 [email protected] Kolej Burhanuddin Helmi (D) Prof. Madya Dr. Kadderi Md. Desa 03-89215467 [email protected] Kolej Ibrahim Yaakob (E) Prof. Madya Rizal bin Mohd Yaakop 03-89214088 [email protected] Kolej Rahim Kajai (F) Dr. Roslee Rajikan 03-89215629 [email protected] Kolej Ibu Zain (F) En. Anuar Ahmad 03-89215600 [email protected] Kolej Keris Mas (H) Pprof. Madya Dr. Ruslin Amir 03-89214009 [email protected] Kolej Pendeta Za’ba (L) Prof. Madya Ahmad Sunawari Long 03-89216849 [email protected] Kolej Tun Hussein Onn (Z) Kprof. Madya Dato’ Samsu Adabi Mamat 03-89215953 [email protected] KAMPUS KUALA LUMPUR Kolej Tun Syed Nasir (W) Prof. Madya Dr. Ruzita bt. Abd Talib 03-

92897000/303/ 26927828

[email protected]

KAMPUS CHERAS Kolej Tun Dr. Ismail (V) Prof. Dr. Zulkifli Md Zainuddin 03-91456270 [email protected]

Unit Perumahan pelajar juga ada mengurus dan menyelaras permohonan penginapan pihak luar yang ingin menganjurkan aktiviti di dalam dan luar kampus UKM. Status pernmohoan bergantung kepada kekosongan bilik penginapan dan kelulusan daripada pihak pengurusan Universiti. Pelajar baru akan mengikuti Program Minggu Pendaftaran dan Suaikenal Bulan Mesra Pelajar dan akan ditempatkan di kolej kediaman masing-masing. Pertukaran kolej adalah tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, permohonan untuk berbuat demikian hendaklah dikemukakan kepada Pengetua Kolej berkenaan. Untuk sebarang pertanyaan berhubung dengan kemudahan penginapan dan ruang di premis Unit Perumahan Pelajar boleh emelkan ke alamat : [email protected] dan untuk mendapatkan maklumat sila layari www.ukm.my/perumahan.

7. Kesihatan

Page 36: Kaedah Bayar Pg 12

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2014-2015 36

Pelajar diwajibkan mengemukakan Laporan Pemeriksaan Kesihatan semasa pendaftaran di Universiti. Kemudahan perkhidmatan kesihatan di bawah Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar disediakan kepada semua pelajar yang telah mendaftar sepenuh masa. Skim ini membolehkan pelajar mendapatkan rawatan pesakit luar (perubatan dan pergigian) di Pusat Kesihatan. Pada waktu pejabat perkhidmatan ambulans dan kecemasan juga ada disediakan untuk pelajar. Kes-kes yang tidak dapat ditangani sepenuhnya akan dirujuk ke Hospital Kerajaan. Rawatan di hospital swasta atau klinik swasta tidak ditanggung di bawah skim tersebut. Sebarang pertanyaan perkhidmatan boleh dihubungi melalu talian 03-89214555 / 5115 / 5087 (waktu pejabat) atau melalui emel: [email protected]. Bagi perkhidmatan kecemasan atas panggilan ‘on-call’ sila hubungi talian 012-6485541 / 012-6485542. Pelajar juga layak mendapatkan perkhidmatan rawatan pesakit luar di Klinik Panel seperti berikut; a. Kampus Kuala Lumpur

Klinik Reddy (03-40423173)

b. Kampus Bangi (luar waktu pejabat sahaja) Klinik UKM Kesihatan (Seksyen 15) (03-89266330)

8. Badan Pelajar (Persatuan, Kelab dan Urusetia)

Pelajar Universiti boleh menjadi ahli kepada Badan Pelajar. Pendaftaran badan pelajar diuruskan oleh Pejabat Timbalan Pendaftar, Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) dan pelajar digalakkan menajadi ahli mana-mana persatuan, kelab atau urusetia yang diiktiraf oleh Universiti. Pendaftaran sebagai ahli baru boleh dilakukan semasa Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar dan Pengambilan Ahli Baru ayng dianjurkan oelh Jabatan Perkhidmatan Pelajar (sekali dalam setahun). Proses ini diadakan di Pusanika dan fakulti-fakulti. Kelulusan kegiatan dan bantuan kewangan untuk aktiviti dalam dan luar negara anjuran pelajar hendaklah melalui Unit Pembangunan Sahsiah Pelajar (UPSP), Jabatan Perkhidmatan Pelajar. Bimbingan dalam hal berkaitan penganjuran aktiviti atau program kegiatan pelajar boleh diperolehi di unit ini. Para pelajar UKM boleh mengikuti latihan pengurusan organisasi, kepimpinan dan pembangunan sahsiah yang disediakan oleh UPSP. Keterangan lanjut boleh diperolehi melalui talian 03-89213146 atau e-mail: [email protected]/ [email protected].

9. Pusat Aneka Kemudahan (PUSANIKA)

Page 37: Kaedah Bayar Pg 12

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2014-2015 37

Pusanika merupakan pusat kemudahan untuk pelajar. Pelajar boleh mendapatkan pelbagai perkhidmatan seperti perkhidmatan pos, kafeteria, kiosk, kedai buku, kedai gambar, kedai serbaneka, fotostat, perkhidmatan telekomunikasi, perkhidmatan perbankan, bilik-bilik badan pelajar (Persatuan, Kelab dan Urusetia), Auditorium Siswa dan lain-lain lagi. Di Pusanika juga terdapat perkhidmatan berkaitan dengan hal-ehwal pelajar yang boleh diperolehi melalui pejabat Timbalan Pendaftar JPPel, Unit Pembangunan Sahsiah Pelajar, Unit Perumahan Pelajar, Unit Kaunseling, Unit Kebajikan Pelajar, Pusat Akreditasi Pembelajaran (PAP), Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA), Pusat Khidmat Pelajar (SSC) dan Bahagian Perkhidmatan Pelajar Antarabangsa (ISSD, PHA). Di bangunan Pusanika juga terdapat ruang aktiviti dan kegiatan pelajar seperti di ruang Aras 3, Aras 5, kawasan Parkir Aras 6, Dataran Pusanika Aras 6 dan Ruang Santai Pelajar Aras 7.

10. Portal Learning Care UKM Portal Learning Care UKM dibina untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran di UKM. Ia boleh dilihat sebagai penambah nilai kepada cara pembelajaran dan pengajaran secara konvensional yang telah sedia dipraktikkan di UKM. Portal ini terbahagi kepada dua (2) sistem utama iaitu Learning Care dan GroupWeb. Learning Care adalah komponen e-learning yang membolehkan pensyarah menempatkan bahan pengajaran seperti nota kuliah, dokumen dan sebagainya di web untuk dicapai oleh pelajar masing-masing. Selain daripada itu, ia juga mempunyai kemudahan-kemudahan untuk pensyarah dan pelajar berkomunikasi dengan lebih baik di atas talian. GroupWeb pula adalah sistem pengurusan maklumat peribadi atas talian. Ia mempunyai komponen seperti e-mail, forum, to do list, calendar, peristiwa dan sebagainya. GroupWeb, seperti juga Learning Care, boleh dicapai dari mana-mana komputer yang mempunyai capaian ke internet dan perisian penyusur web Internet Explorer 5.5 ke atas. Portal Learning Care UKM boleh dicapai di http://portal.ukm.my

11. Koperasi UNIKEB Koperasi Unikeb menyediakan pelbagai keperluan dan kemudahan perkhidmatan yang diperlukan oleh pelajar untuk kehidupan dan pembelajaran di kampus universiti. Kedai-kedai Koperasi iaitu Kedai Buku Unikeb dan U-Mart terdapat di Kampus Induk UKM Bangi, Kampus Cheras dan Kampus Kuala Lumpur. Masa beroperasi mulai jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam dari hari Isnin hingga Sabtu. Diantara keperluan yang disediakan adalah; • Keperluan Pembelajaran

Buku-buku teks dan alat tulis, alatan aksesori komputer, majalah dan akhbar, pakaian dan cenderamata berlogo UKM.

• Keperluan Harian Barangan minuman dan makanan, produk pencucian dan kebersihan, barang jagaan badan dan solekan, barangan alatan bilik (bantal/baldi/penyapu dan lain-lain)

• Keperluan Alatan Elektrik, Komputer dan Komunikasi Barangan elektrik, komputer (termasuk komputer riba) dan aksesori, telefon dan kupon telefon prabayar.

Page 38: Kaedah Bayar Pg 12

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2014-2015 38

• Keperluan Pengangkutan

Tiket bas ekspres Transnasional ke semua destinasi, tiket kapal terbang Air Asia, Insurans kenderaan Takaful dan Uni Asia, dan Basikal

INFO BIASISWA KHAS TENAGA AKADEMIK IPTA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 1. Latarbelakang

Biasiswa Khas Tenaga Akademik IPTA diwujudkan bertujuan untuk menyediakan kumpulan pelapis tenaga akademik IPTA akan datang dengan peluang tajaan di peringkat pasca ijazah khususnya dalam bidang sains tulen.

2. Bidang Tajaan a. Sarjanamuda Sains Kimia; b. Sarjanamuda Sains Fizik; c. Sarjanamuda Sains Biologi; d. Sarjanamuda Sains Matematik; dan e. Sarjanamuda Senibin.

3. Syarat-Syarat Biasiswa Khas Tenaga Akademik IPTA

a. Syarat-syarat Asas

i. Pemohon adalah warganegara Malaysia; ii. Berumur tidak melebihi 21 tahun semasa memohon; iii. Telah mendapat tempat pengajian di peringkat ijazah pertama di tahun pertama

(semester 1) dalam bidang-bidang yang ditetapkan; iv. Tidak mendapat tajaan pengajian dari mana-mana pihak. Sekiranya telah ditaja,

pemohon perlu menghentikan tajaan asas; v. Pelajar perlu menandatangani perjanjian yang mensyaratkan berkhidmat dengan

institusi pengajian tinggi awam atau dengan Kerajaan Malaysia sselepas tamat pengajian (sekiranya ditawarkan).

b. Syarat-syarat Khusus (Kelayakan Akademik) Pemohon perlu mempunyai salah satu kelayakan akademik seperti berikut; i. Mendapat tempat sebagai pelajar baru di Tahun Pertama, Semester Satu Sesi 2012-

2013; ii. Mendapat keputusan sekurang-kurangnya 7A (A1/A2) di peringkat SPM dengan

kepujian dalam Bahasa Melayu atau setaraf; iii. Mendapat keputusan sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.30 di peringkat asasi

IPTA/Matrikulasi/STPM; iv. Penerima biaya hendaklah mengekalkan prestasi akademik sekurang-kurangnya

PNGK/CGPA 3.30 pada setiap semester bagi melayakkan mengikuti pengajian di luar negara (jika rangka kursus mempunyai elemen ini);

Page 39: Kaedah Bayar Pg 12

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2014-2015 39

v. Penerima biaya yang memperoleh PNGK/CGPA di bawah 3.00 pada dua (2) semester

berturut-turut akan ditahan elaun wang sakunya dan hanya disambung kembali selepas mendapat PNGK 3.00 dan bayaran yang ditahan tidak akan dikebelakangkan;

vi. Penerima biaya yang memperoleh PNGK/CFPA di bawah 2.75 pada dua (2) semester berturut-turut akan ditamatkan pembiayaannya.

c. Calon-calon Yang Tidak Layak Memohon

i. Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang

ditetapkan; ii. Pelajar-pelajar yang telah mempunyai Ijazah Pertama, Diploma Lepasan Ijazah atau

diploma anjuran sesebuah jabatan/agensi; iii. Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi / Asasi Sains /

Pra Universiti / Alpha / Foundation. iv. Pelajar / pegawai yang mengikuti program / kursus Jarak Jauh / separuh masa.

4. Kontrak Pelajar yang menerima biasiswa perlu menandatanganii biasiswa berkhidmat dengan kerajaan (IPTA) sekiranya berjaya dilantik dengan tempoh kontrak selama 4 – 5 tahun.

5. Gantirugi Biasiswa Pelajar boleh dikenakan gantirugi jika melanggar kontrak perjanjian sebanyak RM100,000.00 hingga jumlah sebenar jika ada elemen pengajian di luar negara.

6. Cara Permohonan (Sesi Akademik 2014-2015) Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) secara percuma. Cara memohon adalah seperti berikut; i. Pemohon boleh mengemukakan permohonan melalui laman web KPT serentak dengan

pengumuman keputusan kemasukan peringkat Ijazah Pertama oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP);

ii. Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses sebanyak 2 kali untuk mengemaskini atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambil kira sebagai penerimaan permohonan;

iii. Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa Menteri Pengajian Tinggi Tahun 2011” sebagai bukti telah dibuat;

Page 40: Kaedah Bayar Pg 12

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2014-2015 40

iv. Borang permohonan yang telah dibuat secara online hendaklah dicetak dan didapatkan

pengesahan dari pihak pentadbir Fakulti (Dekan/Timbalan Dekan / Ketua Jabatan). Borang yang telah disahkan hendaklah dikemukakan ke Kementerian Pengajian Tinggi bersama-sama dokumen sokongan sebelum tarikh tutup permohonan di alamat berikut;

Bahagian Biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi Aras 4, Blok 1, Menara PJH, Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62100 Putrajaya. (Unit Pinjaman dan Bantuan Kewangan) Tel: 03-8884 4600 / 4606 / 4695 / 4661 / 4660 Faks: 03-8884 4701 url : www.portal.mohe.gov.my/biasiswa/bkta

7. Permohonan Permohonan akan dibuka secara online melalui laman web kementerian 2 hari selepas keputusan permohonan kemasukan ke IPTA di umumkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP). Tarikh tutup permohonan ialah 3 minggu selepas permohonan dibuka. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutut tidak akan dipertimbangkan.

Page 41: Kaedah Bayar Pg 12

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2014-2015 41

Page 42: Kaedah Bayar Pg 12

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2014-2015 42 SENARAI TEMPAT PENGINAPAN SEKITAR UKM

• Prescott Metro Inn Kajang

Wisma Metro Kajang, Jalan Semenyih 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. (7 km dari kampus induk) Tel:03-8737 5555 Faks: 03-8737 6666

• Hotel Smart (Seksyen 7)

No. 62-1-2, Jalan 7/7B, Seksyen 7 43600, Bandar Baru Bangi Selangor Darul Ehsan (3 km dari kampus induk) Tel: 03-8927 3277 Faks: 03-6142 6277

• Hotel Smart (Seksyen 9)

22-1-1, Jalan Medan, Pusat Bandar 4A Seksyen 9, 43650, Bandar Baru Bangi Selangor Darul Ehsan. (5 km dari kampus induk) Tel: 03-8926 7273 Faks: 03-6141 7726

• Oriental Crystal Hotel

Lot 13, Jalan S10/3, Seksyen 10 Off Jalan Bukit, 43000, Kajang Selangor Darul Ehsan (7 km dari kampus induk) Tel:03-8739 1888 Fax: 03-8739 1999

• New City Hotel

Lot 116-117, Seksyen 7 Off Jalan Bukit, 43000 Kajang Selangor Darul Ehsan. (7 km dari kampus induk) Tel: 03-8733 3699 Faks: 03-8733 5699

• Palm Garden Hotel

IOI Resort 62502 Putrajaya (10 km dari kampus induk) Tel: 03-8943 2233 Faks: 03-8943 1122

• Equatorial Hotel Bangi

Off Persiaran Bandar 43650 Bandar Baru Bangi Selangor Darul Ehsan. (4 km dari kampus induk) Tel: 03-8210 2222 / 8925 1111 Faks: 03-8210 2888

• Puri Pujangga UKM

43600 UKM Bangi Selangor Darul Ehsan. (dalam kampus induk) Tel: 03-8921 3361/03-89222891 Faks: 03-8922 2891

LOKASI UKM

Page 43: Kaedah Bayar Pg 12

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2014-2015 43

Page 44: Kaedah Bayar Pg 12

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2014-2015 44

Page 45: Kaedah Bayar Pg 12

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2014-2015 45

Page 46: Kaedah Bayar Pg 12

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2014-2015 46

Page 47: Kaedah Bayar Pg 12

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2014-2015 47 LOKASI PENDAFTARAN BAGI PELAJAR FAKULTI PERUBATAN

Page 48: Kaedah Bayar Pg 12

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2014-2015 48

LAMPIRAN BORANG-BORANG BERKAITAN

(file infosemakan borang-borang berkaitan, infosemakan permohonan penangguhan, insosemakan borang laporan kesihatan)