audit total ppd pg

47
1 KERTAS KERJA PROGRAM AUDIT TOTAL PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PASIR GUDANG

Upload: sazli-hasni

Post on 21-Nov-2015

265 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

.

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA PROGRAM AUDIT TOTALPEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PASIR GUDANG

PROGRAM AUDIT TOTAL1.0Justifikasi Audit akademik dijalankan oleh setiap sekolah selepas selesai ujian atau peperiksaan dengan tujuan untuk melakukan penambahbaikan dan meningkatkan prestasi akademik. Namun begitu, sejauh manakah audit tersebut berjaya mencapai sasaran sekolah kerana setiap sekolah menggunakan pendekatan yang berbeza.Untuk meningkatkan keberkesanan audit akademik, semua sekolah menengah dan rendah disarankan menjalankan audit akademik yang dinamakan sebagai AUDIT TOTAL iaitu satu pendekatan untuk menangani permasalahan akademik dari segi disiplin pelajar, sahsiah, sikap, P dan P guru dan sebagainya secara total dan menyeluruh yang melibatkan semua pelajar dan guru.

2.0MatlamatMenjalankan audit akademik yang mempunyai piawaian yang selaras di semua sekolah di daerah Pasir Gudang.

3.0Objektif3.1 Meningkatkan peratus kelulusan, peratus cemerlang dan GPS sekolah.3.2 Menangani masalah pengajaran dan pembelajaran kepada 0%3.3 Membina hala tuju pelajar selepas PMR/SPM3.4 Menangani kes-kes disiplin pelajar tingkatan 3 dan 53.4 Menjadi asas perancangan program akademik3.5 Melahirkan guru yang hebat dalam P dan P

4.0Sasaran4.1Semua pelajar yang terlibat dalam peperiksaan awam (UPSR/PMR/SPM)4.2Pelajar-pelajar yang berpotensi menjadi pelajar cemerlang.4.3Pelajar-pelajar near miss yang berpotensi untuk lulus agar dapat menyumbang kepada peratus kelulusan.4.4Pelajar-pelajar bermasalah disiplin, keluarga, bekerja selepas sekolah dan pelajar yang mempunyai peratus kehadiran yang rendah.

5.0Tempoh Masa Dijalankan sepanjang tahun yang dibahagikan kepada 3 peringkat :

5.1 Pra-Audit Total ( 03 Januari 30 Januari 2014) Peringkat ini ialah peringkat mengumpul data-data dan maklumat yang diperlukan semasa audit. Data-data tersebut meliputi :a) Data pelajar bermasalah ( disiplin, ponteng, bekerja dan masalah keluarga)b) Data peperiksaan akhir tahun 2013c) Data pelajar cemerlangd) Data pelajar yang terlibat dengan tuisyen di luar sekolahe) Data pelajar near miss

5.2 Penilaian Audit Total ( Selepas Peperiksaan Pertengahan Tahun ). Peringkat ini ialah peringkat pengetua mempengerusi AuditTotal bersama-sama pelajar dan guru-guru yang terlibat. Peringkat ini juga merupakan peringkat untuk menilai keberkesanan P dan P serta program yang dirancang dan tindakan-tindakan yang akan diambil. Satu laporan audit perlu dihantar ke PPD

5.3 PengukuhanAudit Total (Selepas Peperiksaan Percubaan). Peringkat ini ialah peringkat melihat hasil sama ada KPI sekolah tercapai atau tidak tercapaidan merancang program pengukuhan yang terakhir sebelum peperiksaan.

6.0Jawatankuasa Audit Total SekolahPenasihatPPD ( Mengikut Zon Akademik)

PengerusiPengetua

Tim.PengerusiPenolong Kanan Pentadbiran

Naib PengerusiPenolong Kanan HEM

SetiausahaSetiausaha Kurikulum

Ahli JawatankuasaSemua Guru Kanan Mata PelajaranSemua Ketua PanitiaGuru Bimbingan dan KaunselingGuru DisiplinSetiausaha Peperiksaan PMRdan SPMSemua GuruTingkatan 3 dan 5Semua Guru Mata Pelajaran

7.0Tugas-tugas JawatankuasaPengerusi(Pengetua)

Mempengerusi Audit Total

Tim.Pengerusi(Penolong Kanan) Mempengerusi Audit Total jika ketiadaan pengetua Mengambil tindakan/merancang program kurikulum yang diputuskan semasa audit Menyediakan sebuah FailProgram Kurikulum Audit Total

Naib Pengerusi(Penolong Kanan HEM) Memantau program HEM yang diputuskan semasa audit Menyediakan sebuah Fail HEM Audit Total

Setiausaha Mengeluarkan surat panggilan Audit Total Menyediakan minit mesyuarat dan laporan audit untuk dihantar ke PPD Menyediakan sebuah fail Audit Total Menyediakan hadiah/sijil bagi pelajar yang menunjukkan peningkatan prestasi.

Guru Kanan Memantau program panitia dan guru-guru di bawah seliaan. Merancang dan menjalankan program akademik yang diputuskan dalam mesyuarat Menyemak buku latihan murid semasa audit.

Guru Bimbingan dan Kaunseling Mengumpulkan data (Pelajar bermasalah disiplin, ponteng, bekerja dan masalah keluarga) Merancang 6 program utama Audit Total (wajib)a. Program Pontengb. Program Pelajar Bekerja Selepas Sekolahc. Pelajar Bermasalah Disiplind. Program Membina Hala Tuju Pelajar Selepas PMR dan SPMe. Program Pelajar Bermotivasi Rendahf. Program Mentor-Mentee Pelajar Cemerlang

Guru Disiplin Mengambil tindakan SEGERA terhadap kes-kes disiplin yang mengganggu P dan P. Menyediakan Kad Disiplin Audit Total bagi kelas bermasalah. ( Lihat lampiran H)

Ketua Panitia Merancang dan menjalankan program peningkatan akademik yang diputuskan dalam Audit Total Membentangkan program yang dijalankan

Setiausaha Peperiksaan Menyediakan data SAPS untuk dibentangkan Membekalkan data SAPS kepada guru tingkatan selepas peperiksaan

Guru Tingkatan Menyediakan data/maklumat pelajar di bawah seliaannya dalam bentuk power point untuk dibentangkan semasa Audit Total( Lihat contoh format seperti Lampiran D)

Guru Mata Pelajaran

Membawa buku tulis untuk disemak semasa audit.Semakan dijalankan oleh guru kanan Menjawab soalan-soalan semasa audit .

8.0Pelan Tindakan Audit Totaldan Cara Pelaksanaan

1. 01 Januari 2014 - 10 Januari 2014 Mesyuarat Jawatankuasa Audit Total Sekolah Kali Pertama. ( Audit Total dimasukkan dalam salah satu agenda mesyuarat kurikulum) Pengetua membentangkan Program Audit Total supaya semua guru jelas akan cara pelaksanaan Pengetua memperkenalkan kad prestasi guru. (Lihat Lampiran 1) Kad ini membantu pengetua dalam mengenal pasti kehebatan/kelemahan guru. Kad ini digunakan oleh guru tersebut sepanjaang berkhdmat di sekolah tersebut/Pasir Gudang. Penilaian e-Prestasi GuruPengetua memperkenalkan kad disiplin pelajar ( Lihat Lampiran H)

2. 10 Januari 2014 31 Januari 2014Pra-Audit Total ( Pengumpulan data)a) Guru kaunselingmengumpulkan data pelajar bermasalah disiplin, ponteng, bekerja, tuisyen dan masalah keluarga.( Rujuk Lampiran A, B dan C )b) Guru tingkatan menyediakan data/maklumat pelajar kelas masing-masing dalam power point. (Rujuk Lampiran D)c) Setiausaha peperiksaan mengumpulkan data pelajar cemerlang dan near miss.d) Pen Kanan dan Guru Kanan merancang program akademik

3. 15 Februari 2014 28 Februari 2014Mesyuarat Jawatankuasa Audit Total Sekolah Kali Ke-2Pembentangan Program Tahun 2014 ( Berdasarkan data yang dikumpulkan)a) Penolong kanan membentangkan membentangkan program Program Pelajar Cemerlang PMR/SPM Program Pelajar Near Miss Program Peningkatan Prestasi Sekolah Program Pelajar Bekerja Selepas Sekolah

b) Guru Kaunseling membentangkan program pelajar bermasalah disiplin, ponteng, dan masalah keluarga. Program Pelajar Bekerja Selepas Sekolah Pelajar Bermasalah Disiplin Program Membina Hala Tuju Pelajar Selepas PMR dan SPM Program Pelajar Bermotivasi Rendah Program Mentor-Mentee Pelajar Cemerlang

c) Guru Kanan akan membentangkan program mengikut bidang masing-masing.

d) Setiausaha mengedarkan jadual Audit Total tingkatan 3 dan 5

e) KPI sekolah tahun 2014 dibentangkan ( Lihat lampiran E)

4. 01 Mac 1014 15 Mei 2014

Pelaksanaan program yang dirancang

5. 15 Jun 2014 30 Jun 2014

Perjumpaan Audit Total Pengetua mempengerusi Perjumpaan Audit Total Kali Pertama bersama pelajar dan jawatankuasa Autit Total selepas peperiksaan pertengahan tahun. Guru tingkatan akan memaparkan markah peperiksaan/ujian setiap pelajar dalam power point tentang Analisis markah Keseluruhan ( lihat lampiran G) Pencapaian setiap pelajar ( lihat lampiran D) Pengetua akan mengajukan beberapa soalan kepada setiap pelajar yang gagal. Antara soalannya ialah Mengapa kamu gagal ? Apa yang kamu buat di rumah selepas sekolah? Adakah kamu bekerja selepas sekolah ? Adakah kamu menghadiri kelas tuisyen ? Apakah masalah kamu dalam kelas ? Adakah kamu faham apa yang diajar oleh guru ?

Bagi pelajar yang lulus/ada peningkatan, pengetua akan Memberi pujian/tahniah Menyampaian sijil penghargaan Memberi hadiah (dalam bentuk buku)

Guru mata pelajaran boleh memberi pandangan/teguran terhadap pelajar yang diaudit.

Pengetua boleh mengarahkan guru disiplin mengambil tindakan merotan bagi kes disiplin tegar/termasuk menggantung persekolahan ketika audit dijalankan

Guru Kaunseling menyenaraikan pelajar bermasalah yang belum berubah ( Kaunseling dan memanggil ibu bapa ke sekolah)

Ketua Panitia membentangkan pencapaian (lihat lampiran F) selepas audit bersama-sama pelajar selesai

Guru mata pelajaran akan menjawab soalan pengetua jika berlaku kemerosotan/kejatuhan/tidak mencapai KPI

Semua guru perlu membawa KAD PRESTASI GURU ketika audit dijalankan. Kad ini membantu pengetua jika berlaku kejatuhan/kemerosotan.

Setiausaha membuat laporan untuk dihantar ke PPD setelah audit selesai

Catatan : Guru dan pelajar akan diaudit serentak

6. Bulan Julai 2014 Mesyuarat Jawatankuasa Audit Total Sekolah Kali Ke-3 Pembentangan Program Penambahbaikan Sekolah Tahun 2014.

7. Julai 15 September 2014 Pelaksanaan program yang sedia ada dan program penambahbaikan

8. 15 30 September 2014 Pengetua mempengerusi Perjumpaan Audit Total Kali Kedua bersama-sama pelajar dan jawatankuasa Audit Total selepas Peperiksaan Percubaan PMR dan SPM

9. Bulan September 2014 Mesyuarat Jawatankuasa Audit Total Sekolah Kali Ke-4 Pembentangan Program Penambahbaikan Sekolah Tahun 2014.

10. September hingga peperiksaan Pelaksanaan program yang sedia ada dan program penambahbaikan

9.0Dokumen dan Fail9.1 Fail Audit Total Kurikulum ( Disimpan oleh Penolong Kanan) Menyimpan semua program kurikulum yang dirancang dan yang dijalankan Menyimpan Maklumat Pelajar Cemerlang dan Program Pelajar Cemerlang PMR/SPM Senarai Pelajar Near Miss dan Program Pelajar Near Miss Program Peningkatan Prestasi Sekolah Senarai Pelajar Bekerja dan Program Pelajar Bekerja Selepas Sekolah

9.2 Fail Setiausaha Surat panggilan mesyuarat Minit Mesyuarat Audit Total Laporan Audit Total yang dihantar ke PPD

9.3 Fail Audit Total Unit Bimbingan dan kaunseling Senarai pelajar bermasalah disiplin, ponteng, bekerja dan masalah keluarga. Program Pelajar Bekerja Selepas Sekolah Pelajar Bermasalah Disiplin Program Membina Hala Tuju Pelajar Selepas PMR dan SPM Program Pelajar Bermotivasi Rendah Program Mentor-Mentee Pelajar Cemerlang

9.4 Kad Disiplin Pelajar Disimpan oleh guru mata pelajaran Digunakan bagi kelas bermasalah sahaja Disemak oleh Penolong Kanan HEM setiap minggu untuk diambil tindakan

9.5 Kad Prestasi Guru Disimpan oleh guru Dibawa semasa Audit Total Disemak oleh Pengetua 3 kali setahun

10.0Tempat Audit Total bersama-bersama guru dan pelajar boleh dijalankan di bilik mesyuarat,bilik APD, bilik darjah dan sebagainya yang mempunyai kemudahan pembesar suara dan LCD.

11.0Masa Audit Total bersama-bersama guru dan pelajar boleh dijalankan selepas sekolah atau semasa waktu ke-10. Tempoh masa audit bagi setiap kelas ialah 2 3 jam.

12.0Kos2.1 Hadiah (dalam bentuk buku )2.2 Sijil Penghargaan kepada pelajar2.3 Makanan/Minuman ( jika ada kemampuan)

13.0Power Point yang perlu disediakan semasa pembentangan Audit Total bersama-sama pelajar

Guru Tingkatan1. Power Point Setiap pelajar ( Lampiran D)2. Analisis Markah Keseluruhan Mengikut Kelas (Lampiran G)

Ketua Panitia1. Analisis mengikut mata pelajaran ( Lampiran F)

Setiausaha1. KPI setiap mata pelajaran ( Lampiran E)2. KPI sekolah( Ditentukan dalam mesyuarat Panitia Kali Pertama)

14.0Power Point yang perlu disedikan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Audit Total SekolahProgram

Penolong Kanan Program Pelajar Cemerlang PMR/SPM Program Pelajar Near Mis Program Peningkatan Prestasi Sekolah Program Pelajar Bekerja Selepas Sekolah

Guru Kaunseling

Pelajar bermasalah disiplin, ponteng, dan masalah keluarga. Program Pelajar Bekerja Selepas Sekolah Pelajar Bermasalah Disiplin Program Membina Hala Tuju Pelajar Selepas PMR dan SPM Program Pelajar Bermotivasi Rendah Program Mentor-Mentee Pelajar Cemerlang

Guru Kanan Program mengikut bidang masing-masing

15.0Program yang perlu dijalankan oleh pihak sekolah untuk pelajarSasaranNama Program

Pelajar Cemerlang Mentor-Mentor di bawah guru kaunseling. Perjumpaan 7 10 kali setahun Kelas Pengukuhan (Tambahan) Modul Pelajar Cemerlang Aras Tinggi Kem Pelajar Cemerlang anjuran PPD Seminar/Teknik menjawab Motivasi bersama-sama Pengetua (Sentuhan Pengetua)

Pelajar Near Miss Seminar/Teknik menjawab Kelas tambahan ( pemulihan) waktu ke-10

Pelajar bermasalah disiplin, ponteng, dan masalah keluarga.

Kaunseling kelompok (wajib) 4 8 kali setahun

Pelajar bekerja selepas sekolah

Kelas tambahan waktu ke-10 ( 2 kali seminggu)

Program Pelajar Bermotivasi Rendah

Ceramah motivasi 2 - 3 kali setahun( Tokoh-tokoh Berjaya)

Semua Pelajar Tingkatan 5 Program membina hala tuju selepas SPM

Semua Pelajar Program yang sesuai yang dirancang oleh sekolah

16.0Program yang perlu dijalankan untuk guru16.1 Bengkel penandaaan ( guru tiada pengalaman) 16.2 Seminar P dan P berkesan anjuran PPD 16.3 Pembinaan Modul Mengikut Aras

17.0Jumlah Audit Total Bersama-sama Pelajar 2 kali setahun wajib ( Pertengahan tahun dan percubaan) Sekolah digalakkan menjalankan audit tambahan bersama-sama dengan kumpulan pelajar cemerlang, kumpulan pelajar bermasalah, kumpulan pelajar near miss18.0Laporan/Minit yang perlu dihantar ke PPD Sebelum 10 Mac 2014 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Audit Total Kali ke-2 ( Sila sertakan analisis pelajar bekerja, bermasalah disiplin) Sebelum 5 Julai 2014 Minit Mesyuarat Audit Total Peperiksaan Pertengahan Tahun Sebelum 10 Oktober 2014 Minit Mesyuarat Audit Total Peperiksaan Percubaan.19.0Peranan/Tanggungjawab PPD dan Jurulatih Utama (JU) PPD hadir semasa Audit Total bersama-sama pelajar. Sekolah perlu maklumkan kepada PPD dengan menyertakan jadual Audit Total. PPD merancang program untuk pelajar dan program untuk guru. JU bertanggungjawab memberi taklimat kepada sekolah-sekolah yang kurang jelas tentang program ini. JU turut hadir ketika Audit Total yang dijalankan oleh sekolah.

20.0Peranan Mesyuarat Panitia/HEM Merancang Program Akademik yang dicadangkan dalam Audit Total Menetapkan KPI Mata Pelajaran Menetapkan KPI latihan kerja murid setahun ( 3 jenis latihan sahaja) untuk dimasukkan dalam kad prestasi guru Unit HEM akan merancang program pelajar

21.0 Laporan/Minit yang perlu dihantar ke PPD

Laporan Minit Mesyurata Jawatankuasa Audit Total Kali ke-2 Laporan Audit Total Bersama-sama Pelajar ( selepas Peperiksaan Pertengahan Tahun) Laporan Audit Total Bersama-sama Pelajar ( Selepas Peperiksaan Percubaan) Jadual Pelaksanaan Audit Total Bersama-sama Pelajar ( Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Percubaan)

21.0RumusanKejayaan Audit Total di sekolah bergantung kepada sejauh manakah komitmen yang diberikan oleh Pengetua kerana program ini memerlukan masa yang sangat panjang .Program ini amat sesuai kerana bertepatan dengan peranan pengetua sebagai pengurus kurikulum di sekolah. Kesungguhan dan komitmen semua pihak akan meletakan daerah Pasir Gudang sebagai daerah terbaik. Insya-Allah.

Bersama-sama Menjulang Kecemerlangan PPD Pasir Gudang

Carta Aliran Program Audit Total

01 Januari 10 Januari 2014Mesyuarat Jawatankuasa Audit Total Kali Pertama

10 Januari 31 Januari 2014Pra-Audit Total( Pengumpulan Data)

15 Februari 28 Februari 2014Mesyuarat Jawatankuasa Audit Total Kali Kedua( Pembentangan Program)Satu Salinan Minit Mesyuarat dihantar Ke PPD

01 Mac 15 Mei 2014Pelaksanaan Program Audit Total

15 Jun 30 Jun 2014Perjumpaan Audit Total Kali Pertama Bersama-sama dengan Pelajar( Selepas Peperiksaan Pertengahan Tahun)Satu Salinan Minit Mesyuarat dihantar Ke PPD

Julai 2014Mesyuarat Jawatankuasa Audit Total Kali Ke-3( Post Mortem Program)

Julai 15 September 2014Pelaksanaan Program Audit Total

8 15 September 2014Perjumpan Audit Total Bersama-sama Pelajar Kali Ke-2( Selepas Peperiksaan Percubaan)Satu Salinan Minit Mesyuarat dihantar Ke PPD

September 2014Mesyuarat Jawatankuasa Audit Total Kali Ke-4( PerancanganProgram Pengukuhan )

Lampiran ASMK KOTA MASAIJALAN BACANG UTAMA,TAMAN KOTA MASAI,81700 PASIR GUDANG . (KOD SEK: JEA 1078)

MAKLUMAN PELAJAR BEKERJA SELEPAS SEKOLAH

BilButiran

1.Nama Pelajar dan Jantina

2.Tingkatan

3.Alamat Rumah

4.No. Telefon Ibu Bapa

5.Jenis Pekerjaan

6.Masa Bekerja

7.Hari Bekerja

8.Jumlah Pendapatan

9.Alamat Tempat Bekerja

10.Sebab Bekerja

Tandatangan Pelajar,Disediakan Oleh,

..

SMK KOTA MASAIJALAN BACANG UTAMA,TAMAN KOTA MASAI,81700 PASIR GUDANG . (KOD SEK: JEA 1078)Lampiran B

MAKLUMAN PELAJAR BERMASALAH

BilButiran

1.Nama Pelajar

2.Tingkatan

3.No. Telefon

4.Masalah

.

Disediakan Oleh,Disahkan Oleh,

..

Lampiran CSMK KOTA MASAIJALAN BACANG UTAMA,TAMAN KOTA MASAI,81700 PASIR GUDANG . (KOD SEK: JEA 1078)

MAKLUMAN PELAJAR TUISYEN SELEPAS SEKOLAH

BilButiran

1.Nama Pelajar

2.Tingkatan

3.No. Telefon Ibu Bapa

4.Mata Pelajaran

5.Bayaran Sebulan

Tandatangan Pelajar,Disediakan Oleh,

..

Lampiran DPOWER POINT SETIAP PELAJARNama Pelajar :Cita-cita :No Telefon :Pekerjaan Bapa :

Mata PelajaranBMBIBC/BTMateSej

TOV

AR1

AR2

ETR

Audit Total 1 (AR1)Audit Total 1 (AR2)

Keputusan Peperiksaan

Kes Disiplin

Kedatangan

Biasiswa

Keluarga

Tindakan

Lampiran EKPI SETIAP MATA PELAJARAN TAHUN 2014MATA PELAJARAN% LULUSBIL DAN % CEMERLANGGPMP

B.MALAYSIA

B.INGGERIS

SEJARAH

MATEMATIK

SAINS

MATEMATIK TAM

BIOLOGI

FIZIK

KIMIA

PERDAGANGAN

EKONOMI ASAS

PRINSIP AKAUN

KPI SMK KOTA MASAI TAHUN 2014% LULUS

BILANGANCEMERLANG

% CEMERLANG

GPS

Lampiran FPOWER POINT MENGIKUT MATA PELAJARANMATA PELAJARAN : ____________________________Ting GuruGred

A+AA-B+BC+CDEGGPMP%

JUMLAH

SASARAN 2014

ETRAR1AR2

Bil Cemerlang

% lulus

GPMP

Lampiran GPOWER POINT ANALISIS KESELURUHAN MENGIKUT KELASTINGKATAN : _____________________________ BIL PELAJAR : ____________GURU TINGKATAN : ___________________________________SubjekGred

A+AA-B+BC+CDEGGPMP%

BM

BI

Sejarah

Matematik

Lampiran HKAD DISIPLIN PELAJAR SMKKOTA MASAI

NAMA PELAJAR : __________________________________ TINGKATAN : __________NAMA GURU : _________________________________ MATA PELAJARAN : _____________

BILTARIKHKES DISIPLINTINDAKAN

Audit Total Kurikulum

SMK KOTA MASAI

Audit Total Unit Bimbingan dan Kaunseling

SMK KOTA MASAI

Audit Total Setiausaha

SMK KOTA MASAI

35

Lampiran I

SMK TAMAN JOHOR JAYA 2JALAN TERATAI 32,TAMAN JOHOR JAYA81100 JOHOR BAHRU.

PRESTASI GURU(e-PRESTASI)

Gambar

NAMA

IKRAR GURUSMK KOTA MASAI

SAYA, __________________________________________

DENGAN PENUH AZAM DAN ILTIZAM BERIKRAR AKAN

1. Melaksanakan Pdan P denganpenuhdedikasidan bertanggungjawab.

2. Menyediakanlatihankerjamurid yang melebihitahap KPI.

3. Mencapaikecemerlangandalamsetiapmatapelajaran yang diajar.

4. Melaksanakan Program Mengawal MasaInstruktional.

5. Menjalankan P dan P yang menarikminatpelajar.

6. Melaksanakansemua program akademik yang dirancangolehsekolah.

Tandatangan guru

________________________________Tarikh :

A. Butiran Diri

BilButiranBilButiran

1.Nama Guru :

7.NamaUniversiti :

Tahun :

2.AlamatRumah :

8.Opsyen

Major : Minor :

3.No. KadPengenalan :

9.PengalamanMengajar : Tahun

4.GredJawatan :

10.

Tarikhdilantik :

5.No. TelefonBimbit :

11.

6.KelulusanTertinggi :

12.

B. Kursus Dalam Bidang Kurikulum

BilTahun / TarikhKursus( NamaKursusdanpenganjur)

C. Penglibatan/sumbangan Dalam Bidang Kurikulum( Sekolah/Daerah/Negeri/Kebangsaan/Antarabangsa)

Bil

PenglibatandanSumbangan

D) Kelas dan subjek yang diajar

TahunSubjekPerTing 1Ting 2Ting 3Ting 4Ting 5

E) Latihan Kerja Murid

TahunJenisLatihanETRMacJunSeptCapaian

F) Pencerapan Guru

TahunTarikhTingkatanMata PelajaranPeratusPencapaianTarafPencapaianNamaPencerap

G. Prestasi Akademik ( PeperiksaanTingkatan 4 dan 5 )

TahunSubjekdan TingBil. Calon

ETRAR1AR2CapaianSebenar

Bildan %Cemerlang%LulusGPMP

Bildan%Cemerlang

%LulusGPMP%LulusGPSGPSBildan%Cemerlang

%LulusGPMP

H. Prestasi Akademik ( Peperiksaan Tingkatan 1 hingga 3 )

TahunSubjekdan TingBil. Calon

ETR ( Bi. Dan peratus)

CapainSebenar

Band 1Band 2Band 3Band 4Band 5Band 6Band 1Band 2Band 3Band 4Band 5Band 6

I) Program Akademik ( Yang dijalankan atas inisiatif sendiri)

BilTarikhNama Program

J) Program Akademik Yang dijalankan Oleh Pihak Sekolah

BilTarikhNama Program

K) Penyemakan Kad Prestasi Guru

BilTarikhDisemakoleh

Catatan