jurnal_pengurusan_wakaf_di_malaysia.satu_tinjauan.docx

21
PENGURUSAN WAKAF DI MALAYSIA. SATU TINJAUAN. Oleh: Rohana binti Abdullah 1. Pendahuluan Dalam Islam pengurusan wakaf adalah suatu perkara yang tidak boleh diabaikan. Oleh itu perlantikan pengurus (mutawalli) wakaf perlu dilakukan secara berhati-hati agar mereka yang dilantik dapat melaksanakan tugas dengan berkesan. Menurut Mohd Zain Othman (1982:166) pemerintah atau ketua negara bertanggungjawab menguruskan pentadbiran negara termasuklah di dalam urusan wakaf. Walau bagaimanapun sekiranya pewakaf berhasrat menguruskan sendiri harta yang diwakafkan, maka pemerintah tidak boleh campur tangan. Sejarah membuktikan bagaimana Saidina Umar RA. telah berwakaf dan mengendalikan sendiri pengurusannya. Baginda melantik anaknya Saidatina Hafsah bagi menguruskan harta yang telah diwakafkan olehnya, kemudian pengurusan seterusnya diteruskan oleh cerdik pandai di kalangan keluarganya sendiri. 2. Pengurusan Wakaf Mengikut Perlembagaan 1

Upload: jiwa-kontrovesi

Post on 21-Dec-2015

19 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: JURNAL_PENGURUSAN_WAKAF_DI_MALAYSIA.SATU_TINJAUAN.docx

PENGURUSAN WAKAF DI MALAYSIA. SATU TINJAUAN.

Oleh:

Rohana binti Abdullah

1. Pendahuluan

Dalam Islam pengurusan wakaf adalah suatu perkara yang tidak boleh diabaikan.

Oleh itu perlantikan pengurus (mutawalli) wakaf perlu dilakukan secara berhati-hati

agar mereka yang dilantik dapat melaksanakan tugas dengan berkesan. Menurut

Mohd Zain Othman (1982:166) pemerintah atau ketua negara bertanggungjawab

menguruskan pentadbiran negara termasuklah di dalam urusan wakaf. Walau

bagaimanapun sekiranya pewakaf berhasrat menguruskan sendiri harta yang

diwakafkan, maka pemerintah tidak boleh campur tangan. Sejarah membuktikan

bagaimana Saidina Umar RA. telah berwakaf dan mengendalikan sendiri

pengurusannya. Baginda melantik anaknya Saidatina Hafsah bagi menguruskan harta

yang telah diwakafkan olehnya, kemudian pengurusan seterusnya diteruskan oleh

cerdik pandai di kalangan keluarganya sendiri.

2. Pengurusan Wakaf Mengikut Perlembagaan

Perlembagaan Persekutuan dalam Jadual Kesembilan senarai 2(1), telah memberi

kuasa kepada kerajaan negeri kuasa mengurus hal ehwal agama Islam. Dengan kuasa

yang diberikan itu kerajaan negeri telah menubuhkan Majlis dan Jabatan Agama

Islam yang secara khusus bertanggungjawab mengurus hal ehwal agama Islam bagi

negeri masing-masing. (Baharuddin Sayin, 1994:100), serta telah pun menggubal

undang-undang yang bersangkutan dengan Islam untuk menguruskan pelbagai

aktiviti, contohnya mengurus pungutan / agihan zakat, nikah kahwin, menyelesaikan

undang-undang keluarga Islam, wakaf, khairat dan sebaginya.

Secara terperinci ruang operasi undang-undang Islam bagi negeri-negeri

telah dinyatakan dalam Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan, iaitu:

1

Page 2: JURNAL_PENGURUSAN_WAKAF_DI_MALAYSIA.SATU_TINJAUAN.docx

“Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya

Hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut

Islam, termasuk Hukum Syarak berhubung dengan mewarisi harta berwasiat dan tak

berwasiat, pertunangan, perkahwinan, perceraian, maskahwin, nafkah, pengambilan

anak angkat, taraf abak, penjagaan anak, pemberian, pembahagian harta dan

amanah bukan khairat; Wakaf Islam dan ta’arif serta peraturan mengenai, amanah

khairat dan khairat agama, perlantikan pemegang-pemegang amanah dan

perbadanan bagi orang-orang mengenai pemberian agama Islam dan khairat,

yayasan amanah, khairat dan yayasan khairat yang dijalankan, kesemuanya sekali

dalam Negeri; adat istiadat Melayu; zakat Fitrah dab Baitul-mal atau hasil agama

Islam yang seumpamanya; masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk

orang Islam; mengadakan dan menghukum kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh

orang-orang yang menganut agama Islam terhadap rukun-rukun Islam, kecuali

mengenai perkara-perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan; keanggotaan,

penyusunan dan acara bagi mahkamah-mahkamah Syariah yang akan mempunyai

bidangkuasa hanya ke atas orang-orang yang menganut agama Islam dan hanya

mengenai perkara-perkara yang termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak

mempunyai bidangkuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecauali setakat yang diberi

oleh Undang-undang Persekutuan; mengawal perkembangan iktikad dan

kepercayaan antara orang-orang yang menganut agama Islam; menentukan perkara-

perkara hukum Syarak dan iktikad dan adat istiadat Melayu”.

Pengurusan harta wakaf di dalam Majlis dikendalikan oleh dua unit iaitu Unit Zakat

dan Baitulmal dan Unit Saham Wakaf Negeri. Sebagai pemegang amanah tunggal

bagi semua harta wakaf amnya dan tanah wakaf khasnya, Majlis menetapkan peranan

dan fungsi pengurusan harta wakaf sebagaimana berikut:

a) Semua pewakaf yang bermastautin boleh mewakafkan harta mereka yang terletak di

dalam atau di luar bagi negeri masing-masing;

2

Page 3: JURNAL_PENGURUSAN_WAKAF_DI_MALAYSIA.SATU_TINJAUAN.docx

b) Majlis mengambil langkah untuk memastikan semua harta yang telah dan akan

diwakafkan menjadi milik Majlis;

c) Harta yang menjadi milik Majlis direkod dan didaftarkan setelah mendapat

kelulusan Pentadbir Tanah Derah;

d) Harta wakaf yang tidak ditentukan cara penggunaannya dimasukkan menjadi

sebahagian daripada Kumpulan Wang Khairat Am; dan

e) Semua dokumen dan perjanjian yang melibatkan harta wakaf disimpan oleh Majlis.

Majlis sedaya upaya cuba menguruskan tanah wakaf dengan cara yang terbaik. Oleh

itu institusi ini telah menyediakan garis panduan tertentu sebagai panduan kepada

kakitangannya yang bertanggungjawab dalam urusan berkaitan dan untuk pewakaf.

Perkara ini bukan sahaja penting untuk tujuan rekod dan penjelasan kepada pewakaf

tetapi adalah untuk memastikan segala urusan bersistem dan lancar.

Bagi tujuan ini enakmen-enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri-negeri

telah memperuntukan kuasa yang cukup kepada Majlis sebagai pemegang amanah

yang tunggal bagi seluruh harta wakaf di setiap negeri berkenaan.1

Sebagai pemegang amanah tunggal bagi harta-harta wakaf berkenaan Majlis

berhak untuk mentadbir dan menjalankan sebarang kegiatan pembangunan ke atas

harta-harta tersebut, juga memungut sebarang hasil daripadanya. Majlis juga

berkewajipan mengagihkan hasil yang diperolehi kepada mereka yang berhak

menerimanya dan menentukan penggunaan hasil yang selebihnya.2

Walau bagaimanapun, atas sebab-sebab hukum syarak, pentadbiran harta-

harta wakaf ini tertakluk kepada syarat-syarat dan tujuan asal wakaf.

1 Sebagai contoh: Lihat enakmen pentadbiran Hukum Syarak Melaka 1991 sek. 37(2); Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994, sek. 61.

2 Lihat: Kelantan, sek. 64; Sabah, sek. 48.

3

Page 4: JURNAL_PENGURUSAN_WAKAF_DI_MALAYSIA.SATU_TINJAUAN.docx

Tujuan asal amalan wakaf yang telah berlaku di Malaysia selama ini boleh

boleh dibahagikan kepada dua, iaitu sama ada untuk faedah umum. Yang pertama di

sebut sebagai wakaf khas, sementara yang kedua di sebut sebagai wakaf am.

Dalam mengurus harta wakaf khas, Majlis terikat secara syarak dan undang-

undang dengan niat pewakaf. Walau bagaimanapun, majlis mempunyai ruang untuk

menggunakan kebijaksanaannya untuk mendapat hasil yang lebih baik daripada harta-

harta berkenaan. Antara contohnya ialah memberi sewa harta-harta tetap berkenaan.

Biasanya, bagi harta-harta wakaf khas ini akaun yang berasingan dibuka bagi

menjaga kepentingannya.

Pengurusan harta wakaf am lebih fleksibel. Majlis tidak terikat dengan aspek

perbelanjaan tertentu secara khusus. Ia boleh menguruskannya dengan bebas dalam

batas-batas Syarak. Antaranya ialah tujuan pelaburan.

Oleh itu jelas kepada kita bahawa Perlembagaan Persekutuan telah memberi

kuasa kepada kerajaan negeri dalam urusan wakaf dan perkara-perkara yang

bersangkutan dengannya. Ini bermakna pengurusan wakaf tidak terletak dibawah

kerajaan persekutuan.

3. Peruntukan Undang-Undang Mengenai Wakaf

Dalam Perlembagaan Malaysia, kuasa membuat undang-undang dibahagikan kepada

badan perundangan Persekutuan iaitu Parlimen dan badan perundingan negeri iaitu

Badan Perundangan Negeri. Senarai Negeri menyebutkan antara lain Wakaf Islam

dan takrif serta peraturan mengenai amanah khairat dan khairat agama, perlantikan

pemegang-pemegang amanah dan perbadanan bagi orang-orang mengenai pemberian

agama dan khairat, yayasan amanah, khairat dan yayasan khairat yang dijalankan

kesemuanya sekali dalam negeri. Walau bagaimanapun, oleh kerana biasanya dibawa

4

Page 5: JURNAL_PENGURUSAN_WAKAF_DI_MALAYSIA.SATU_TINJAUAN.docx

ke Mahkamah Sivil, khususnya jika tanah itu tidak didaftarkan atas nama Majlis

Agama Islam atau jika ada orang bukan Islam yang terlibat.3

Dari segi peruntukan undang-undang pentadbiran agama Islam seperti yang

diamalkan di Malaysia keseluruhannya hampir sama. Begitu juga hukum-hukum

Islam yang diamalkan di negara ini juga berdasarkan kepada mazhab Syafi’e.

Seharusnya kita menjadikan Pentadbiran Agama Islam di Malaysia adalah berasaskan

hukum syarak mengikut mazhab-mazhab yang muktabar di dalam perundangan

Islam. Oleh kerana Enakmen Pentadbiran Agama Islam memang membolehkan

berbuat demikian maka kita ingin memajukan harta wakaf ini dengan cara yang lebih

berkesan.

Menurut kajian ringkas terhadap organisasi, struktur, dan pentadbiran wakaf

di negeri-negeri, keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa Majlis Hal Ehwal

Agama Islam adalah dipertanggungjawabkan secara langsung untuk menguruskan

dan menyelenggarakan institusi wakaf ini. Walau bagaimanapun, bidang kuasa

mengenai hal ini tidak begitu jelas.

Ini menyebabkan terdapat pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan

dengan pelbagai tugas lain menganggap tanggungjawab urusan wakaf hanyalah

sebagai sambilan sahaja, Kemungkinan disebabkan oleh beberapa faktor-faktor

tertentu, institusi wakaf tidaklah begitu ketara peranan dan fungsi yang seharus dan

sepatutnya dilaksanakan.4

Namun begitu, usaha-usaha pemulihan dan pembaharuan telah dijalankan oleh

pihak-pihak yang terlibat untuk membetulkannya agar selari dan sejajar dengan

keperluan masa dan keadaan. Malangnya usaha-usaha seperti ini tidak mencerminkan

kesungguhannya. Diharapkan pada masa akan datang, usaha-usaha yang bersungguh-

sungguh itu akan menyerlahkan keberkesanannya pada pandangan umum dengan

harapan tugas-tugas ke arah ini akan turut sama dijayakan oleh semua pihak tidak

3 Nik Mustapha Nik Hassan, Konsep dan Pelaksanaan Wakaf di Malaysia, Institut Kefahaman Islam Malaysia Kuala Lumpur, Cetakan Pertama 1999. Halaman : 29.

4 Ahmad Ibrahim, 1998 : 192, Undang-undang Keluarga dan Pentadbiran Harta Wakaf, dalam Al-Ahkam Jilid 6. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur,

5

Page 6: JURNAL_PENGURUSAN_WAKAF_DI_MALAYSIA.SATU_TINJAUAN.docx

kira sama ada mereka itu terlibat secara langsung atau tidak langsung, demi mencapai

matlamat keredhaan Allah di samping memberi kebaikan kepada insan sejagat.5

Pentadbiran wakaf di Malaysia jelas memberi bidang kuasa yang mutlak

kepada Majlis Agama Islam Negeri. Pemusatan pentadbiran harta wakaf di peringkat

negeri ini sangatlah tepat kerana tanpa pendekatan ini institusi wakaf tidak mungkin

berperanan untuk dikendali secara tersusun dan menyeluruh. Walaupun pendekatan

ke arah pemusatan institusi wakaf boleh disokong dari segi peruntukan bidang kuasa,

tetapi pentadbiran dan perlaksanaan institusi ini masih di tahap yang memerlukan

kepada pembaharuan yang drastik dan berkesan untuk ia berperanan dengan

berkesan. Sehingga kini, didapati banyak harta wakaf yang berpotensi tetapi masih

belum dapat dibangunkan dengan sewajarnya.

Jika tindakan untuk membangun harta wakaf tersebut telah diusahakan,

impaknya belum sampai ke peringkat optima. Oleh itu, cadangan perlu dikemukakan

bagaimana harta wakaf mampu dibangunkan untuk memberi sokongan dan dokongan

kepada pembangunan ekonomi ummah dalam konteks kedudukan ekonomi semasa.6

4. Sumbangan Institusi Wakaf Terhadap Pembangunan Ekonomi

Institusi wakaf banyak memberikan kesan atau impak yang positif terhadap

pembangunan ekonomi. Ini jelas menunjukkan bahawa institusi wakaf memainkan

peranan yang amat penting terhadap pembangunan ekonomi umat Islam

keseluruhannya. Oleh itu, ianya tidak boleh dipandang remeh oleh kita semua. Kita

perlu bersama-sama bergandingan bahu di dalam memajukan institusi wakaf ini

supaya ekonomi umat Islam berkembang pesat. Pembangunan adalah satu proses

untuk menyusun (bersifat proaktif) sesebuah masyarakat atau Negara kearah memaju

dan meningkatkan kualiti hidup manusia di peringkat individu dan masyarakat.

Matlamat yang terakhir menurut Islam ialah untuk memuliakan martabat manusia di

dunia dan seterusnya mencapai kemuliaan di akhirat. Mencapai kemuliaan manusia

5 Ibid, 192

6 Faisal Haji Othman, Dr. Haji .1996. Islam dan Kemajuan Masyarakat “ Islam Menyeru Ke Arah Kebajikan:, Cetakan Kedua, Institut Kefahaman Malaysia, Kuala Lumpur. Hlm : 69.

6

Page 7: JURNAL_PENGURUSAN_WAKAF_DI_MALAYSIA.SATU_TINJAUAN.docx

dalam kesemua dimensi keperluan tabi’innya semoga hidupnya berkualiti dalam

kesemua aspek kehidupan termasuk aspek kemajuan ekonomi.

Dalam menyusun rangka pembangunan ekonomi ummah, Islam dengan

pendekatan yang sepadu dan proaktif di antara lain mengemukakan ibadat wakaf.

Bahkan ibadat ini boleh diinstitusikan untuk menyusun masyarakat.

Wakaf adalah salah satu institusi dan mekanisme yang mempunyai peranan

yang perlu ada dalam membangun kekuatan dan kesejahteraan masyarakat Islam

sejak berzaman. Melalui institusi ini Islam memberi peluang yang seluasnya untuk

individu yang mempunyai harta untuk mendekati dan mensyukuri nikmat Allah yang

telah dikurniakan kepadanya dengan membantu golongan tertentu dan menyediakan

projek untuk keperluan masyarakat. Peluang beribadat ini secara keseluruhannya

mampu berperanan dalam menyusun dan membangunkan kekuatan ummah dalam

berbagai aspek kemasyarakatan termasuk ekonomi.7

Di Malaysia, harta-harta yang diwakafkan boleh disalurkan kepada wakaf

khas dan wakaf am. Wakaf khas biasa ditentukan oleh mereka yang berkeinginan

mewakafkan harta wakaf mereka untuk sesuatu projek yang khusus, contohnya

mewakafkan tanah untuk mendirikan masjid, surau, sekolah, hospital, tanah

perkuburan, dan sebagainya untuk kebajikan masyarakat umum. Keutamaan projek

untuk diwakafkan biasanya dipengaruhi oleh kefahaman pendidikan agama serta

keutamaan seseorang menepati keperluan keadaan realiti sesebuah masyarakat

tersebut. Manakala wakaf am adalah harta yang diwakafkan untuk dibangunkan oleh

agensi pengamanah untuk kepentingan umat Islam setempat, semasa dan masa

hadapan. Dalam konteks negara kita agensi pengamanah untuk mentadbir harta wakaf

adalah Majlis Agama dan Adat Istiadat Negeri.

Dalam era semasa, institusi wakaf mempunyai potensi yang besar dalam

membangunkan ekonomi masyarakat. Usaha mendapatkan harta wakaf adalah

7 Razali Nawawi. Dr. 1998. Undang-Undang dan Masyarakat “ Penyeragaman Undang-Undang Islam di Malaysia : Cabaran dan Realiti” , Cetakan Pertama, Institut Kefahaman Malaysia, Kuala Lumpur.

7

Page 8: JURNAL_PENGURUSAN_WAKAF_DI_MALAYSIA.SATU_TINJAUAN.docx

merupakan satu pendekatan yang relevan dan berciri dinamik dalam menyusun

masyarakat dan seterusnya membangun kekuatan ekonomi. Di dalam keadaan

ekonomi yang mampan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat ramai

golongan yang kaya. Ianya membuatkan peluang untuk mereka mewakafkan harta

mereka adalah besar lebih-lebih lagi, ibadat wakaf sangat dekat dengan hati orang

Islam, khususnya orang Melayu. Amalan mewakafkan harta adalah mekanisme untuk

menyokong amalan-amalan yang fardhu di dalam Islam, contohnya seperti zakat.

Melalui ibadat wakaf, ia mendidik umat Islam bahawa setiap individu yang tergolong

dalam golongan yang kaya dan mempunyai tanggungjawab sosial di samping zakat

untuk membangun kesejahteraan ummah.

Menepati semangat pembangunan masyarakat, individu Islam bukan, sahaja

mempunyai peranan terhadap kesejahteraan diri dan keluarganya bahkan turut sama

mempunyai peranan dalam menjamin kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh.

Jika ianya dapat dicapai, ia akan mewujudkan suasana ekonomi yang stabil dan

seterusnya mampu mencetus pembangunan ekonomi secara berterusan.8

5. Kedudukan Dan Potensi Pembangunan Wakaf Di Malaysia

Kedudukan pembangunan hartanah wakaf telah dipengaruhi oleh berbagai-

bagai faktor. Di antara faktor-faktor utama ialah perundangan dan struktur organisasi

pemegang-pemegang harta wakaf. Perundangan harta wakaf dapat mempengaruhi

pembangunan hartanah wakaf. Di Malaysia, hartanah wakaf terletak di bawah kuasa

kerajaan negeri. Perkara 74(2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa

negeri-negeri mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang bagi perkara-perkara

yang disebut di bawah senarai negeri yang terkandung di dalam senarai kedua jadual

kesembilan.9

8 Razali Nawaw I, Dr. 1998. Undang-Undang dan Masyarakat “ Penyeragaman Undang-Undang Islam di Malaysia : Cabaran dan Realiti”. Cetakan Pertama, Institut Kefahaman Malaysia, Kuala Lumpur.

9 Perlembagaan Persekutuan, Perkara 74 (2)

8

Page 9: JURNAL_PENGURUSAN_WAKAF_DI_MALAYSIA.SATU_TINJAUAN.docx

Di atas peruntukan perlembagaan ini, peruntukan mengenai wakaf

dimasukkan di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-Negeri yang

berlainan. Di samping itu, perkara mengenai wakaf telah dikecualikan dari

peruntukan Kanun Tanah Negara 1966. Seksyen 4(2)(e) menyebut, “kecuali setakat

mana yang diperuntukan dengan nyata sebaliknya, tiada apa juga dalam akta ini

boleh menyentuh peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang yang ada pada

masa itu berkuatkuasa mengenai wakaf atau baitulmal”.10

Perundangan-perundangan ini meletakkan pentadbiran harta-harta wakaf

beroperasi secara berasingan di setiap negeri, tanpa keseragaman pengurusan dan

perlaksanaan. Keberkesanan pentadbiran bergantung kepada objektif dan program

yang dirancang, bilangan dan kualiti para pegawai dan kakitangan, kekuatan

sokongan kewangan serta faktor-faktor lain.

Kedudukan perundangan-perundangan dan struktur organisasi majlis-majlis

agama Islam di negeri-negeri yang digunapakai pada masa ini tidak dapat menangani

masalah-masalah yang menghalang usaha-usaha membangunkan tanah wakaf ini

bukan sahaja dirasai di negara kita ini malahan keadaannya adalah lebih buruk di

negara-negara lain jika dibandingkan dengan negara kita.11

Jika kita bandingkan kedudukan harta wakaf di negara kita ini dengan negara-

negara lain, kedudukan institusi wakaf kita adalah lebih stabil tetapi kalau dibuat

pemerhatian secara mendalam, kedudukan pembangunan harta wakaf di negara kita

adalah pada tahap yang amat tidak memuaskan. Pelbagai masalah telah timbul yang

menghalang pembangunan harta wakaf di negara kita ini.

10 Kanun Tanah Negara 1966, Seksyen 4 (2)(e)

11 Nik Mustapha Nik Hassan, Konsep dan Pelaksanaan Wakaf di Malaysia, Institut Kefahaman Islam Malaysia Kuala Lumpur, Cetakan Pertama 1999: 116.

9

Page 10: JURNAL_PENGURUSAN_WAKAF_DI_MALAYSIA.SATU_TINJAUAN.docx

Negara kita tidak akan memperolehi kemajuan pembangunan hartanah wakaf

jika masalah-masalah yang menghalang pembangunan hartanah wakaf tidak ditangani

seperti kurangnya pemahaman tentang konsep wakaf di dalam pemikiran masyarakat,

peruntukan undang-undang yang tidak sejajar dan sekata bagi setiap negeri dan

sebagainya.12

6. Implikasi Falsafah Amalan Wakaf

Proses kegiatan wakaf dalam kalangan masyarakat Islam menimbulkan kesan

falsafah yang tersembunyi. Di antara kesan yang terjalin ialah seperti berikut:

a) Keimanan

Setiap Muslim dan Mukmin yang percaya dan taqwa kepada Allah, pasti berasa

bertanggungjawab dalam melaksanakan hubungan baik yang berterusan terhadapnya,

sebagai satu persediaan bagi pertemuan di hari akhirat. Wakaf adalah cara yang

terbaik bagi tujuan ini kerana wakaf adalah merupakan sunnah Nabi yang paling

banyak diikuti oleh sahabat dan tabi’in.13

b) Ilmu Pengetahuan

Banyaknya harta-harta wakaf dan ramainya bilangan orang yang menyertai bidang

wakaf ini memerlukan satu sistem rekod yang kemas dan berkesan. Ia juga

memerlukan kaedah penyelenggaraan yang baik supaya harta-harta wakaf dapat

berfungsi sepenuhnya dalam masyarakat. Justeru itu, ianya dapat melahirkan tokoh-

tokoh ekonomi yang sentiasa dapat memikirkan idea yang berguna dalam masyarakat.

c) Amal Bakti

12 Ibid hlm: 116

13 Ahmad Ibrahim, 1998 : 184. Undang-undang Keluarga dan Pentadbiran Harta Wakaf, Al-Ahkam Jilid 6. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

10

Page 11: JURNAL_PENGURUSAN_WAKAF_DI_MALAYSIA.SATU_TINJAUAN.docx

Selain amalan biasa yang berbentuk kewajipan seperti solat, puasa, haji, zakat, orang-

orang Islam masih mempunyai cara lain bagi membuat kebajikan dalam agama

dengan kaedah wakaf kerana masyarakat Islam sepanjang masa tetap memerlukan

sekolah, masjid, surau, tanah perkuburan, jalan raya dan sebagainya. Jika

mewakafkan sesuatu yang paling disayangi secara langsung menghindarkan dirinya

dari perasaan tamak dan juga mengikis dari hatinya sifat ingin mengejar kebendaan.

Wakaf ini pada hakikatnya adalah berbeza dengan sedekah walaupun perkataan

wakaf berdasarkan kepada hadith membawa erti sedekah jariah.14

7. Kesimpulan

Pada zaman mutakhir ini umumnya, khususnya pada hari ini umat islam

semakin tidak memperduli malahan memandang enteng terhadap sedekah jariah

terutamanya dalam bab wakaf. Fenomena malang ini sememangnya menjadikan

masyarakat lebih kedekut dan tamak akan harta yang mereka miliki. Tiada lagi

perasaan untuk berkongsi harta kemewahan dengan golongan fakir miskin, malahan

kurangnya keinginan untuk mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda. Justeru

itu, umat islam semakin alpa dengan kebendaan dan kemewahan dunia yang

menjadikan mereka semakin jauh dengan Allah SWT. Benarlah firman Allah SWT,

15

Yang bermaksud, bahkan kamu mengutamakan kehidupan dunia .

Di samping itu juga, majlis agama Islam di negeri-negeri perlu

mendasari dan menggubali semula undang-undang yang

menghalang usaha-usaha membangunkan tanah wakaf dan harta wakaf yang lain.

14 Ahmad Ibrahim, 1998 : 185. Undang-undang Keluarga dan Pentadbiran Harta Wakaf,Al-Ahkam Jilid 6. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

15 Surah al-A’laa ayat 16.

11

Page 12: JURNAL_PENGURUSAN_WAKAF_DI_MALAYSIA.SATU_TINJAUAN.docx

Usaha yang berterusan untuk menaiktaraf dan meningkatkan kualiti setiap organisasi

perlu digiatkan untuk memenuhi kepentingan Islam sebenar. Justeru, sekiranya

sebuah institusi wakaf diletakkan dalam konteks yang sebenar ia boleh membantu ke

arah tujuan-tujuan sosio-ekonomi seperti pelajaran dan pendidikan, kesihatan,

kebajikan masyarakat, penjagaan alam sekitar, ketenteraan, pertahanan dan lain-lain

dengan hasil pendapatan daripada aset wakaf yang dilaburkan.

Negara kita akan memperolehi kemajuan pembangunan hartanah wakaf jika

masalah-masalah yang menghalang pembangunan hartanah wakaf dapat ditangani

seperti meningkatkan pemahaman tentang konsep wakaf di dalam pemikiran

masyarakat, peruntukan undang-undang yang sejajar dan sekata bagi setiap negeri

dan sebagainya.16

Rujukan

Ahmad Ibrahim 1998. Al-Ahkam Jilid 6, Undang-undang Keluarga dan Pentadbiran Harta

Wakaf, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

16 Ibid hlm: 116

12

Page 13: JURNAL_PENGURUSAN_WAKAF_DI_MALAYSIA.SATU_TINJAUAN.docx

Ahamad Tajudin Abdul Rahman. Dato’ . 2006 .(Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia), Pengurusan Wakaf Berkesan : Ke

Arah Pemantapan Ekonomi Ummah.

Anisah Ab Ghani. Dr. Januari 2000. Fiqh Malaysia Ke Arah Pembinaan Fiqh Tempatan

Yang Terkini “Perubahan-Perubahan Perlu Dalam Fiqh Ibadat Berdasarkan Realiti

Semasa di Malaysia”, Cetakan Pertama, Akademi Pengajian Islam Universiti

Malaya, Selangor.

Baharudin Sayin. et, al 2006. Pengenalan Kepada Konsep Wakaf dalam Islam, Ampang

Press.

Baharudin Sayin. et, al 2006. Pengenalan Pengurusan Wakaf Di Malaysia. Pusat

Penerbitan (UPENA), UiTM 2006, Straits Digital Sdn. Bhd.

Haji Faisal Haji Othman. Dr. 1996. Islam dan Kemajuan Masyarakat “Islam Menyeru Ke

Arah Kebajikan”, Cetakan Kedua, Institut Kefahaman Malaysia, Kuala Lumpur.

Ismail Ibrahim. et, al. 2004. Isu Islam Semasa Kuala Lumpur; Utusan Publications &

Distributors Sdn Bhd.

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). et, al. 1999. Konsep dan Perlaksanaan Wakaf

di Malaysia.

Mohd Zawavi bin Zainal Abidin. et, al. 2009. Pengurusan Tanah Wakaf di Negeri Pahang

: Satu Tinjauan. Jurnal Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS), Al-Sirat

Jilid 2.

13

Page 14: JURNAL_PENGURUSAN_WAKAF_DI_MALAYSIA.SATU_TINJAUAN.docx

Nik Mohd Zain Nik Yusof. Dr. 1991. Pembangunan Hartanah Mengikut Perspektif Islam,

Al-Ahkam Jilid 3.

Nik Mustapha Nik Hassan 1999. Konsep dan Perlaksanaan Wakaf di Malaysia, Cetakan

Pertama, Institut Kefahaman Islam Malaysia, Kuala Lumpur.

Osman Sabran 2002. et, al. 2002. Pengurusan Harta Wakaf. Universiti Teknologi

Malaysia.

Razali Nawawi. Dr. 1998. Undang-Undang dan Masyarakat “Penyeragaman Undang-

Undang Islam di Malaysia : Cabaran dan Realiti”, Cetakan Pertama, Institut

Kefahaman Malaysia, Kuala Lumpur.

Ridzuan Awang. et, al. 1994. Undang-undang Tanah Islam: Pendekatan Perbandingan

Selangor; Percetakan Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Siti Zalikhah Md.Nor. et, al. 2000, Pentadbiran Undang-Undang Islam Di Malaysia..

Selangor; Angkatan Edaran Sdn. Bhd.

Wahbah al-Zuhaili. et, al. 1996. Fiqh Dan Perundangan Islam. Jilid IV. Selangor;

Percetakan Dewan Bahasa Dan Pustaka.

14