jurnal_akt1

2
Mengikut Akta Pendidikan KPM 1996, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan di semua Sekolah Kerajaan bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibubapa dan guru (IBG), yang diharapkan dapat membina kesefahamanan tentang tugas dan tanggungjawab bersama dan usaha dalam meningkatkan mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid di Sekolah. Ia juga untuk mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak Sekolah, ibubapa dan komuniti setempat. PIBG juga mempunyai peranan saling lengkap melengkapi terhadap fungsi Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menyediakan prasarana, kemudahan dan suasana Sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di Sekolah. Tidak dapat dinafikan bahawa hubungan antara ibu bapa dan guru di sekolah adalah sangat penting bagi mempastikan kejayaan anak-anak dalam bidang akademik dan sahsiah. Pihak sekolah wajarlah melihat bahawa hubungan ini sebagai pemangkin kepada pendidikan di sekolah dan tidak melihat sebagai membebankan pengurusan sekolah. Malahan hubungan ibu bapa dan guru yang rapat akan dapat membantu pihak sekolah dalam urusan pengajaran dan pembelajaran pelajar. Selaku pentadbir sekolah perlulah melihat bahawa Persatuan Ibu bapa guru(PIBG) di Sekolah kementerian Pelajaran Malaysia dan Badan MUAFAKAT di MRSM sebagai rakan dalam mengurus sekolah.Pihak sekolah hendaklah mengalu-alukan cadangan dan pandangan dari ibu bapa dalam mengurus sekolah terutamanya dalam bidang pembelajaran pelajar. Setiap tahun sekolah dikehendaki mengadakan mesyuarat agung PIBG yang mempunyai agenda tersendiri. Mesyuarat agung merupakan medan bagi ibubapa dan pihak sekolah untuk berbincang dan merangka strategi bagi kecemerlangan anak-anak di sekolah. Di mesyuarat inilah ibu bapa dapat menyampaikan pandangan dan cadangan untuk kemajuan sekolah. Di samping itu juga ibu bapa digalakan menghulurkan sumbangan berupa wang dan tenaga untuk membantu pihak sekolah. Dalam mesyuarat ini ibu bapa perlulah hadir beramai-ramai untuk mengetahui perkembangan anak-anak di sekolah terutamanya dalam bidang akademik dan disiplin pelajar. Dalam konteks ini pihak sekolah hendaklah bersedia dengan semua maklumat agar dapat dibentangkan dalam mesyuarat. Pihak sekolah hendaklah membentangkan pencapaian pelajar dalam bidangan akademik, pencapaian kokurikulum dan juga masalah disiplin pelajar. Seterusnya pihak sekolah hendaklah menyatakan dalam mesyuarat agung tentang program-program pembangunan akademik dan sahsiah yang telah dilaksanakan. Ibu Bapa digalakan sentiasa berkunjung ke sekolah dan berbincang tentang masalah anak-anak dalam bidang akademik dan sahsiah. Dalam pada itu juga pihak sekolah perlu memastikan bahawa mesyuarat AJK PIBG sekolah hendaklah mengadakan mesyuarat secara berkala dan pihak pengetua hendaklah membentangkan program sekolah dan pencapaian pelajar untuk makluman dan perbincangan seterusnya. Adalah diharapkan, ibu bapa mestilah memainkan peranan dalam menyokong segala program yang dianjurkan di sekolah untuk kemajuan

Upload: mysha08

Post on 12-Nov-2015

14 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

journal

TRANSCRIPT

Mengikut Akta Pendidikan KPM 1996, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan di semua Sekolah Kerajaan bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibubapa dan guru (IBG), yang diharapkan dapat membina kesefahamanan tentang tugas dan tanggungjawab bersama dan usaha dalam meningkatkan mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid di Sekolah. Ia juga untuk mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak Sekolah, ibubapa dan komuniti setempat. PIBG juga mempunyai peranan saling lengkap melengkapi terhadap fungsi Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menyediakan prasarana, kemudahan dan suasana Sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di Sekolah.Tidak dapat dinafikan bahawa hubungan antara ibu bapa dan guru di sekolah adalah sangat penting bagi mempastikan kejayaan anak-anak dalam bidang akademik dan sahsiah. Pihak sekolah wajarlah melihat bahawa hubungan ini sebagai pemangkin kepada pendidikan di sekolah dan tidak melihat sebagai membebankan pengurusan sekolah. Malahan hubungan ibu bapa dan guru yang rapat akan dapat membantu pihak sekolah dalam urusan pengajaran dan pembelajaran pelajar. Selaku pentadbir sekolah perlulah melihat bahawa Persatuan Ibu bapa guru(PIBG) di Sekolah kementerian Pelajaran Malaysia dan Badan MUAFAKAT di MRSM sebagai rakan dalam mengurus sekolah.Pihak sekolah hendaklah mengalu-alukan cadangan dan pandangan dari ibu bapa dalam mengurus sekolah terutamanya dalam bidang pembelajaran pelajar.

Setiap tahun sekolah dikehendaki mengadakan mesyuarat agung PIBG yang mempunyai agenda tersendiri. Mesyuarat agung merupakan medan bagi ibubapa dan pihak sekolah untuk berbincang dan merangka strategi bagi kecemerlangan anak-anak di sekolah. Di mesyuarat inilah ibu bapa dapat menyampaikan pandangan dan cadangan untuk kemajuan sekolah. Di samping itu juga ibu bapa digalakan menghulurkan sumbangan berupa wang dan tenaga untuk membantu pihak sekolah. Dalam mesyuarat ini ibu bapa perlulah hadir beramai-ramai untuk mengetahui perkembangan anak-anak di sekolah terutamanya dalam bidang akademik dan disiplin pelajar.

Dalam konteks ini pihak sekolah hendaklah bersedia dengan semua maklumat agar dapat dibentangkan dalam mesyuarat. Pihak sekolah hendaklah membentangkan pencapaian pelajar dalam bidangan akademik, pencapaian kokurikulum dan juga masalah disiplin pelajar. Seterusnya pihak sekolah hendaklah menyatakan dalam mesyuarat agung tentang program-program pembangunan akademik dan sahsiah yang telah dilaksanakan. Ibu Bapa digalakan sentiasa berkunjung ke sekolah dan berbincang tentang masalah anak-anak dalam bidang akademik dan sahsiah. Dalam pada itu juga pihak sekolah perlu memastikan bahawa mesyuarat AJK PIBG sekolah hendaklah mengadakan mesyuarat secara berkala dan pihak pengetua hendaklah membentangkan program sekolah dan pencapaian pelajar untuk makluman dan perbincangan seterusnya.

Adalah diharapkan, ibu bapa mestilah memainkan peranan dalam menyokong segala program yang dianjurkan di sekolah untuk kemajuan anak-anak mereka. Tugas ibu bapa adalah memastikan anak-anak mereka mematuhi setiap program yang dirancang dan menyokong dengan segala bentuk bantuan yang termampu. Ibu bapa tidak hanya menyumbang wang , idea malah pihak sekolah juga memerlukan kepakaran dari kalangan ibu bapa untuk memberi ceramah dalam program motivasi, kepimpinan pelajar, program keagamaan di sekolah dan program-program lain.

.Bagi memastikan perjalanan program PIBG berjalan lancar, setiap ibu bapa dan guru haruslah bersama-sama memainkan peranan melibatkan diri di dalam setiap aktiviti PIBG. PIBG bukanlah persatuan yang hanya terdiri dari guru-guru sahaja, tetapi adalah persatuan yang mana ahlinya terdiri dari ibu bapa dan guru-guru. Ibu bapa perlulah sama-sama memikul tanggungjawab untuk memastikan kelancaran semua aktiviti persatuan ini. Komitmen dan sokongan ibu bapa adalah diharapkan semoga hubungan antara ibu bapa dan guru akan terus subur dalam memajukan pendidikan anak-anak.