jurnal praktikum minggu 2

Upload: cheey-orkid

Post on 05-Apr-2018

263 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Jurnal Praktikum Minggu 2

    1/6

    JURNAL MINGGU 2

    Tarikh : 12 Februari -16 Februari 2012

    Fokus Isu : Gangguan murid bising

    MASALAH

    Setelah seminggu saya mengajar, alhamdulillah saya dapat menyesuaikan diri dengan

    baik. Penerimaan murid-murid juga amat baik dan mereka membuat kerja yang diberikan

    dengan tekun dan baik. Amalan hormat-menghormati merupakan satu amalan yang dituntut

    samada oleh agama mahupun masyarakat. Sikap saling menghormati ini amat diperlukan

    dalam satu hubungan bagi mewujudkan persefahaman atau keserasian antara individu. Di

    sekolah, hubungan baik antara guru amat diperlukan bagi memastikan kelancaran proses

    akademik. Sikap menghormati guru di sekolah dianggap wujud apabila murid memberi

    perhatian ketika guru mengajar selain menerima teguran guru dengan sikap terbuka.

    Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya yang lepas, saya telah menghadapi

    beberapa masalah seperti murid bersembang semasa saya mengajar. Selain itu saya juga

    menghadapi masalah murid tidak mahu menerima teguran daripada saya walaupun teguran

    dibuat secara berhemah dan bukan dalam bentuk dendaan fizikal. Tambahan lagi setiap kali

    murid bersikap sedemikian, pengajaran saya akan terganggu selain terpaksa mengulang

    semula pengajaran tersebut. Di samping itu, saya mendapati bahawa beberapa orang murid di

    bahagian belakang kelas telah membuat bising semasa pengajaran saya. Ada kalanya saya

    terpaksa berhenti mengajar kerana kebisingan murid-murid ini di dalam kelas telah menganggu

    pengajaran sehingga mereka tidak dapat memberi perhatian kepada pengajaran saya. Saya

    percaya, unsur kenakalan pasti ada dan sifat ini tidak boleh dibenarkan kerana menjejaskan

    pengajaran dan pembelajaran.

    Gangguan daripada kebisingan kelas amat ketara apabila ada murid yang cuba memulakan

    dahulu perbualan dan mendapat respon daripada murid yang lain. Mengikut Wong (1998)

    pelajar mengambil masa 2 hingga 3 minit ini untuk bercakap, bergerak dari tempat duduk serta

    bertingkah laku yang mengganggukan.

  • 7/31/2019 Jurnal Praktikum Minggu 2

    2/6

  • 7/31/2019 Jurnal Praktikum Minggu 2

    3/6

    CADANGAN

    Untuk mengelakkan murid-murid membuat bising dan dapat memberikan tumpuan

    semasa belajar, saya ingin mencadangkan langkah-langkah berikut:

    i. Menggunakan pelbagai kaedah atau teknik yang bersesuaian dengan tahap kebolehan

    mereka semasa pengajaran dan pembelajaran.

    ii. Memanggil murid yang membuat bising duduk di bahagian hadapan atau berkongsi

    cerita bersama-sama rakan yang lain.

    iii. Memberi motivasi dengan memberi pujian dan penghargaan bagi setiap usaha atau

    aktiviti yang berjaya dilakukan.

    iv. Memberikan peneguhan kepada murid yang berkelakuan baik akan diberikan bintang

    setiap hari.

    Cadangan-cadangan ini perlu dikaji dan diteliti terlebih dahulu supaya tindakan yang diambil

    lebih mantap dan bermanfaat. Modifikasi tingkah laku ialah suatu pendekatan yang sistematik

    untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip pelaziman. Mengikut Skinner,

    apabila sesuatu gerak balas atau tingkah laku yang dihasilkan adalah memuaskan, peluang

    mengulang tingkah laku operan ini akan bertambah. Tingkah laku operan ini boleh diajarkan

    dan dipelajari melalui satu stimuli yang sesuai dan diberi sebaik sahaja wujudnya tingkah laku

    operan itu. Stimuli ini dinamakan Skinner sebagai peneguhan. Menurut beliau, peneguhan

    boleh berupa positif atau negatif.

    Dengan ini, saya bercadang untuk menangani masalah ini berasaskan Model Disiplin Asertif

    Canter. Falsafah disiplin asertif adalah berlandaskan kepentingan pematuhan murid untuk

    membentuk alam belajar yang kondusif serta berkesan dalam pembelajaran mereka.

    Dalam situasi ini, saya akan mengambil tindakan-tindakan seperti berikut:

    i. Menggunakan suara yang tegas serta berlakunya kontak mata

  • 7/31/2019 Jurnal Praktikum Minggu 2

    4/6

    ii. Mengenalpasti sebab atau punca berlakunya dan memberi respons dengan tingkah laku

    yang sesuai

    iii. Belajar menggunakan teknik memecah rekoddengan mengulang arahan dua kali atau

    lebih sehingga murid-murid mematuhi arahan guru.

    TEMPOH PENYELESAIAN

    13 Februari 2012 16 Februari 2012

    TINDAKAN SUSULAN

    Daripada pengalaman menggunakan model Canter, guru yang asertif dapat membina

    hubungan positif dan boleh dipercayai dengan murid-muridnya serta boleh memupuk tingkah

    laku yang sesuai dalam bilik darjah. Guru yang asertif percaya bilik darjah di bawah kawalan

    guru yang tegas adalah yang terbaik untuk murid-murid mereka. Kegarangan dan

    ketidakkonsistenan arahan guru yang menyebabkan kekeliruan dan trauma psikologi.

    Dalam model Canter ini, jangkaan tingkah laku adalah jelas. Saya juga telah merancang satu

    sistem peneguhan. Jika murid telah menunjukkan tingkah laku yang positif serta mengikut

    arahan yang diberikan, mereka akan diberi bintang. Jika murid menunjukkan tingkah laku

    negatif, maka tiada sebarang bintang akan diberikan. Murid yang mengikut paling banyak

    bintang akan diberikan hadiah.

    KESIMPULAN

    Canter (2002) menegaskan bahawa iklim sokongan positif hanya dapat dibawa oleh guru yangasertif. Dalam hal ini, ia telah menggantikan tingkah laku garang oleh guru dengan tingkah laku

    tegas yang positif.

  • 7/31/2019 Jurnal Praktikum Minggu 2

    5/6

    Faktor kebisingan kelas merupakan satu isu pengurusan kelas dan bukan disebabkan oleh

    murid-murid yang tidak ingin belajar. Bukan mudah sebenarnya untuk mengendalikan sebuah

    kelas dengan rapid an terkawal. Peneguhan yang diberikan oleh guru kepada murid dapat

    membantu dalam mengawal kelas. Oleh itu, guru perlulah menggunakan pelbagai pendekatan

    dan kaedah dalam menguruskan kelas agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat

    berjalan dengan lancar.

    BIBLIOGRAFI

    Noriati A. Rashid. at.al. (2011). Budaya dan Pembelajaran. Selangor : Oxford Fajar

    Sdn. Bhd.

    Noriati A. Rashid. at.al. (2009). Murid dan Alam Belajar. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

    Mohd. Sharani Ahmad. (2007). Mengurus Kanak-Kanak Yang Susah Belajar. Kuala Lumpur :

    Percetakan Zafar Sdn. Bhd.

    Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon. (2010). Guru dan Cabaran

    Semasa. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

  • 7/31/2019 Jurnal Praktikum Minggu 2

    6/6

    Disediakan Oleh :

    .. Tarikh : 12 februari 2012

    (Nur Hidayah binti Othman)

    Disemak Oleh :

    ..

    (Encik Nordin bin Wan Ahmad)

    Pensyarah Pembimbing,

    Praktikum Fasa 3