jurnal mingguan

5
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 06000 JITRA KEDAH JURNAL PRAKTIKUM Nama Pelajar : Nur Fajrina Bini Ha!"ulla# Kur!u! $ Am"ilan : PISMP Pen%i%i&an Pemuli#an BM'MT( Am"ilan Januari )0*) Tem+,# Pra&i&um : *- Julai )0*. / ** Se+em"er )0*. ) "ulan1 Pen2&#u!u!an : Pen%i%i&an Pemuli#an Nama Guru Pem"im"in2 : Puan N,r3ira4ai Bini A"%ul Ra#man Guru Pemuli#an1 En5i& R,!%i Bin Man!,r Guru Ba#a!a Mala !ia1 Nama Pen! ara# Pem"im"in2 : En5i& R,!li Bin A"%ul 7a#a" Maj,r1 En5i& M,#% 8u#airi "in Ra99ien Min,r1 aaan Min22u &e: -1; Tari&# : - <2,! )0*. #in22a *. <2,! )0*. Taju& Jurnal: Ma!ala# Muri% Ti%a& Men%en2ar Ara#an Guru Ma!ala#'I!u'Peri!i4a an2 %i9,&u!&an Pada minggu ketiga ini, saya telah mengenal pasti isu yang terdapat semas pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Isu yang timbul pada minggu i murid tidak mendengar arahan yang diberikan oleh guru. Masalah ini b terhadap murid pemulihan Bahasa Melayu Tahun 1 daripada kumpulan sederhana. Apabila guru memberi arahan, murid tidakmengendahkan arahan guru dan bergerak-gerak di dalam kelas. Arahan yang diberikan kepada murid sangat jelas tetapi murid tetap tidak mendengar dengan teliti malahan menganggap a tersebut tidak penting. Ini menyebabkan masa pengajarandan pembelajaran dibazirkan begitu sahaja. elain itu, murid juga telah mengganggu sesi pengajaran dan pembelajar yang telah diran!ang.

Upload: eric-sham-samit

Post on 05-Oct-2015

236 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

jurnal mingguan

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN06000 JITRA KEDAH

JURNAL PRAKTIKUMNama Pelajar : Nur Fajrina Binti HasbullahKursus & Ambilan : PISMP Pendidikan Pemulihan BM/MT- Ambilan Januari 2012Tempoh Praktikum : 13 Julai 2014 11 September 2014 (2 bulan)Pengkhususan : Pendidikan PemulihanNama Guru Pembimbing : Puan Norzirawati Binti Abdul Rahman(Guru Pemulihan)Encik Rosdi Bin Mansor (Guru Bahasa Malaysia)Nama Pensyarah Pembimbing : Encik Rosli Bin Abdul Wahab(Major) Encik Mohd Zuhairi bin Raffien(Minor)Catatan Minggu ke: (3). Tarikh : 3 Ogos 2014 hingga 14 Ogos 2014Tajuk Jurnal: Masalah Murid Tidak Mendengar Arahan GuruMasalah/Isu/Peristiwa yang difokuskan Pada minggu ketiga ini, saya telah mengenal pasti isu yang terdapat semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Isu yang timbul pada minggu ini ialah murid tidak mendengar arahan yang diberikan oleh guru. Masalah ini berlaku terhadap murid pemulihan Bahasa Melayu Tahun 1 daripada kumpulan sederhana. Apabila guru memberi arahan, murid tidak mengendahkan arahan guru dan bergerak-gerak di dalam kelas. Arahan yang diberikan kepada murid sangat jelas tetapi murid tetap tidak mendengar dengan teliti malahan menganggap arahan tersebut tidak penting. Ini menyebabkan masa pengajaran dan pembelajaran dibazirkan begitu sahaja. Selain itu, murid juga telah mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang.

Analisis masalah/Isu/peristiwaPelaksanaan pengajaran Bahasa Melayu Tahun 1 melibatkan dua kumpulan yang mempunyai kemahiran yang berbeza. Masalah murid yang tidak mendengar arahan guru menyebabkan perhatian dan fokus murid terganggu. Guru juga tidak dapat melaksanakan pengajaran mengikut masa yang ditetapkan. Masalah ini juga boleh menyebabkan kebisingan di dalam kelas dan mengganggu murid dari kumpulan yang lain. Guru juga menghadapi kesukaran untuk menyampaikan pengajaran dengan jelas kepada murid yang tidak mendengar arahan dan membuat bising. Melalui pemerhatian saya, murid-murid menunjukkan minat untuk belajar tetapi kaedah yang digunakan oleh saya untuk mengajar menyebabkan murid berasa bosan untuk belajar. Masalah ini juga berlaku kerana pengajaran saya yang tidak sesuai di mana saya mengajar setiap seorang murid. Ini dapat dilihat bahawa murid yang lain akan menunggu giliran untuk diajar. Oleh itu, murid yang tidak diajar akan berbual-bual dengan kuat sehingga mengganggu pengajaran guru. Di samping itu, kemahiran komunikasi juga tidak berlaku antara guru dengan murid. Fokus hanya diberikan terhadap pengajaran sahaja menyebabkan murid berasa bosan dan tidak mengendahkan arahan guru agar mereka duduk diam di tempat mereka. Cadangan PenyelesaianMelalui masalah yang telah dianalisis, terdapat pelbagai cara yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini. Antaranya ialah guru memberikan kata-kata pujian kepada murid yang menunjukkan tingkah laku positif. Guru juga harus memberi pujian kepada kepada murid yang menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini supaya murid tersebut terdorong untuk berubah kepada tingkah laku yang positif. Kata-kata pujian membuatkan murid berasa disayangi oleh guru yang memberikan pujian kepadanya. Murid-murid pemulihan sukar untuk mendapat pujian daripada guru di kelas perdana. Oleh itu, guru pemulihan perlu memainkan peranan agar murid berasa selesa untuk belajar di dalam kelas. Menurut Abdul Ghani Abdullah & Abdul Rahman Abdul Aziz(2009),Pujian adalah salah satu strategi yang dapat digunakan bagi merangsang kelakuan dan tingkah laku pelajar ke arah sikap yang lebih positif. Namun, pujian tidak boleh diberikan sewenang-wenangnya kerana apabila tersilap memberi kata-kata pujian, ia mungkin dapat membentuk sikap yang negatifSelain tu, guru juga boleh melaksanakan pengajaran secara berkumpulan yang mempunyai murid yang ramai. Pengajaran ini dikenali sebagai pengajaran koperatif di mana murid-murid membantu antara satu sama lain dalam kumpulan kecil. Oleh itu, guru boleh memberi latihan kepada kumpulan sementara guru mengajar kumpulan yang lain. Melalui cara ini, tidak ada murid yang hanya duduk diam dan menunggu rakan yang sedang mengikuti pengajaran. Mereka akan melakukan aktiviti yang diberikan oleh guru. Menurut Effandi Zakaria (1998), Pembelajaran koperatif adalah suatu strategi pengajaran di mana pelajar-pelajar saling membantu di antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil. Pembelajaran koperatif berlaku apabila pelajar bekerja secara berkumpulan, berkongsi idea, saling membantu untuk menyelesaikan masalah, dan memastikan semua ahli kumpulan menguasai isi pelajaran dengan meminta bantuan daripada guruKaedah lain yang boleh digunakan bagi mengatasi masalah ini ialah penggunaan ekonomi token. Menurut Ang Jit Eng(2007), Sistem ekonomi token adalah pendekatan untuk mengubah tingkah laku sejumlah besar murid dalam masa yang singkat. Sistem ini mengamdungi tiga unsur utama. Antaranya ialah1. Satu senarai peraturan bertulis yang mengandungi tingkah laku atau tindakan yang diberi ganjaran atau peneguhan oleh guru 2. Satu sistem untuk memberikan token atau tanda simbolik kepada murid yang melakukan tingkah laku atau tindakan seperti yang dinyatakan dalam senarai peraturan3. Sistem untuk menukarkan token-token yang diperoleh dengan hadiah, ganjaran atau peluang untuk mengikuti sesuatu aktiviti. Oleh itu, saya akan membuat senarai peraturan yang mempunyai perolehan token di mana murid akan diberi token berdasarkan tingkah laku yang positif dan penarikan token bagi murid yang menunjukkan tingkah laku yang negatif. Apabila murid menunjukkan tingkah laku yang negatif, guru harus membuat penarikan token dengan segera. Sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran, guru harus menerangkan kepada murid berkaitan dengan sistem token dengan menunjukkan peraturan tersebut beserta dengan senarai ganjaran yang boleh diperolehi oleh murid.Tempoh penyelesaian10/08/2014 hingga 21/08/2014 iaitu selama 10 hari.

Tindakan susulanGuru memberi pujian terhadap murid yang menunjukkan tingkah laku yang diingini dan memberi token kepada murid. Guru membuat penarikan token terhadap murid yang menunjukkan tingkah laku negatif. Guru perlu sentiasa berinteraksi dengan murid agar hubungan guru akan lebih rapat dan mesra. KesimpulanLangkah-langkah yang dicadangkan membantu guru menyelesaikan masalah yang berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Guru perlu mengetahui betapa pentingnya pujian yang guru berikan kepada murid untuk meningkatkan tingkah laku yang positif dalam diri murid. Selain itu, penggunaan sistem token sangat membantu murid dalam pengajaran dan pembelajaran kerana mereka sangat suka dengan ganjaran yang diberikan.

Sumber:Abdul Ghani Abdullah & Abdul Rahman Abdul Aziz. (2009). Mengurus Tingkah Laku Pelajar. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn BhdAng Jit Eng(2007), Pengurusan Disiplin Murid. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn BhdEfendi Zakaria (1998). Pembelajaran Koperatif. Bangi:Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pandangan / komen guru pembimbing.....................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................Tarikh : ............................................. Tandatangan : ............................................. Nama : .........................................................

Pandangan / komen pensyarah pembimbing.....................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................Tarikh : .............................................. Tandatangan : .............................................. Nama : ........................................................