jurnal-mingguan-2 (1)

5
Bilangan Jurnal : 2 / 4 Minggu Praktikum : Kedua Tarikh : 19 April 2015 (Ahad) hingga 23 April 2015 (Khamis) Tajuk Jurnal : Tumpuan Murid Dalam Sesi Pengajaran dan Pembelajaran Masalah Setelah seminggu pengendalian proses aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran bagi mata pelajaran Sains, saya dapati dan berpendapat bahawa segelintir murid kurang memberi tumpuan dan perhatian terhadap pelajaran. Terdapat dalam kalangan murid yang melakukan tingkah laku negatif iaitu tidak mengendahkan arahan guru, membuat bising, berbual dengan rakan disebelah dan membuat hal sendiri. Masalah ini berkemungkinan berpunca daripada kelemahan guru sendiri dalam mengendalikan kelas dan mewujudkan komunikasi berkesan dalam hubungan guru dengan murid. Ini boleh dikatakan sebagai hubungan interpersonal. Sebagai seorang pendidik atau guru, saya merasakan bahawa guru seharusnya menggunakan corak kepimpinan atau pengendalian yang bersesuaian dan menggunakan teknik yang pelbagai untuk mengendalikan kelas dan mewujudkan interaksi yang berkesan dengan murid-murid menyebabkan taknik ini mempengaruhi pemupukan minat murid terhadap proses pengajaran. Analisis Masalah

Upload: zur-aliff-aliff

Post on 26-Sep-2015

220 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

fgb

TRANSCRIPT

Bilangan Jurnal: 2 / 4Minggu Praktikum: KeduaTarikh: 19 April 2015 (Ahad) hingga 23 April 2015 (Khamis)Tajuk Jurnal: Tumpuan Murid Dalam Sesi Pengajaran dan Pembelajaran

MasalahSetelah seminggu pengendalian proses aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran bagi mata pelajaran Sains, saya dapati dan berpendapat bahawa segelintir murid kurang memberi tumpuan dan perhatian terhadap pelajaran. Terdapat dalam kalangan murid yang melakukan tingkah laku negatif iaitu tidak mengendahkan arahan guru, membuat bising, berbual dengan rakan disebelah dan membuat hal sendiri. Masalah ini berkemungkinan berpunca daripada kelemahan guru sendiri dalam mengendalikan kelas dan mewujudkan komunikasi berkesan dalam hubungan guru dengan murid. Ini boleh dikatakan sebagai hubungan interpersonal. Sebagai seorang pendidik atau guru, saya merasakan bahawa guru seharusnya menggunakan corak kepimpinan atau pengendalian yang bersesuaian dan menggunakan teknik yang pelbagai untuk mengendalikan kelas dan mewujudkan interaksi yang berkesan dengan murid-murid menyebabkan taknik ini mempengaruhi pemupukan minat murid terhadap proses pengajaran.

Analisis MasalahProses pengajaran dan pembelajaran dan komunikasi yang berkesan seringkali terganggu akibat daripada gangguan-gangguan yang berlaku dalam kelas seperti bising, perhubungan guru dan murid yang tidak mesra, suasana bilik darjah yang kurang kondusif, kurangnya minat murid untuk belajar dan seumpamanya. Masalah bising dalam kelas atau bilik darjah contohnya akan menyebabkan guru menghadapi kesukaran dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran dan menyampaikan pelajaran yang jelas supaya murid-murid dapat mendengarnya. Antara faktor atau punca berlakunya komunikasi kurang berkesan akibat daripada sikap murid-murid yang kurang berminat untuk belajar. Menurut Mok Soon Sang, Kekurangan minat belajar pun boleh menjejaskan komunikasi dalam bilik darjah. Murid-murid yang mempunyai pemikiran tertutup tidak akan menumpukan perhatian terhadap pelajaran.

Cadangan Sebagai seorang guru, saya seharusnya bersedia untuk melakukan beberapa perubahan untuk memastikan segala masalah yang dihadapi dapat dikurangkan atau diatasi dengan cara yang baik dan mengikut kesesuaian. Saya akan mencuba mengaplikasikan contoh dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang disarankan seperti melakukan corak kepimpinan demokratik. Mok Soon Sang (2003) juga menyatakan bahawa corak kepimpinan guru ketika berada di dalam bilik darjah juga mempengaruhi keberkesanan komunikasi yang berlangsung. Guru yang mengamalkan kepimpinan demokratik akan membantu murid merasakan pandangan mereka diterima, dan secara tidak langsung mereka akan mempunyai semangat kekitaan atau kepunyaan. Selain itu, guru wajar mengaplikasikan kemahiran berkomunikasi secara berkesan. Kemahiran berkomunikasi yang berkesan boleh dikenal pasti dari ciri-ciri pertuturan yang baik. Menurut Mok Soon Sang (2003), bertutur dengan penggunaan kepelbagaian nada suara yang bertenaga, tatabahasa yang betul, perkataan yang tepat, mudah difahami, penghentian sejenak yang efektif, serta nada yang penuh dengan perasaan dapat menarik perhatian orang yang berkomunikasi. Guru juga disaran agar merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bercorak permainan bagi menarik minat dan perhatian murid-murid terhadap pelajaran yang diajar. Pengaplikasian teknik menyoal dapat menggalakkan murid-murid menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif secara langsung membantu murid memberi tumpuan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Ia juga dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik.

Tempoh Penyelesaian19 April 2015 (Ahad) hingga 23 April 2015 (Khamis)

Tindakan SusulanSaya percaya teknik pengajaran yang pelbagai dapat membantu saya dalam mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Menurut Reed dan Kirkpatrick (1998) menyatakan bahawa seorang guru perlu mengaplikasikan pelbagai kaedah pengajaran bagi menarik minat murid untuk belajar. Murid-murid mudah tertarik dengan isi pengajaran yang baru jika kaedah pengajaran yang digunapakai oleh guru sesuai dengan tahap pembelajaran murid-murid serta menarik dan tidak membosankan. Selain itu, saya akan cuba menggunakan kaedah peneguhan positif seperti pujian atau hadiah dan peneguhan negatif seperti dendaan dalam usaha mengawal murid-murid semasa mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Peneguhan positif berfungsi sebagai ganjaran yang mendorong individu mengulangi tingkah laku berulang-ulang. Peneguhan ini lazimnya menggembirakan dan dipanggil sebagai ganjaran. Penggunaan peneguhan positif sangat dititikberatkan dan perlu dilakukan sekerap mungkin apabila murid melakukan tingkah laku yang diingini. Peneguhan positif (ganjaran) perlu diberi dalam jangka masa yang sesuai tetapi bukan dengan selalunya supaya dapat memastikan murid-murid berasa teruja apabila mendapat ganjaran daripada guru.

KesimpulanDalam mewujudkan suasana bilik darjah yang baik dan berkesan, guru seharusnya kreatif dalam melakukan pelbagai teknik pengajaran supaya dapat mempengaruhi suasana pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bagi menarik minat murid dalam belajar. Murid-murid akan lebih bersedia dan bersemangat untuk belajar sekiranya guru tampil dengan pelbagai kaedah dan perubahan dari semasa ke semasa. Murid-murid akan berasa seronok dan tidak membosankan dalam mempelajari ilmu yang baru. Oleh itu, kita sebagai guru adalah menjadi tanggungjawabnya untuk senantiasa membuat pembaharuan sekaligus menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan.