jurnal minggu 10

Upload: aping-firdaus

Post on 09-Mar-2016

18 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Jurnal

TRANSCRIPT

PENULISAN JURNAL MINGGUAN

PENULISAN JURNAL MINGGUANMINGGU 10

PENULISAN JURNAL REFLEKTIFMINGGU KESEPULUH(13 17 APRIL 2015 )ISU : MASALAH MURID LEMAH (SLOW LEARNER)n

MASALAH

Sepanjang minggu kesepuluh ini, saya telah berjaya menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku pada minggu yang lalu. Saya masih teruja untuk meneliti setiap masalah yang timbul sepanjang minggu kesepuluh ini. Namun, langkah-langkah bagi mengatasi setiap permasalahan yang berbangkit perlu diteruskan. Murid-murid juga akan sentiasa dipantau agar masalah yang sama tidak akan berulang. Hal ini memerlukan saya untuk bertindak secara lebih proaktif dan progresif. Maka, permasalahan yang saya hadapi sepanjang minggu kesepuluh ini pula ialah masalah murid yang lemah (slow leaner).

ANALISIS

Saya mengalami masalah dalam menghadapi murid-murid yang digolongkan dalam kelompok lemah (slow leaner) di dalam kelas. Hal ini adalah berpunca daripada:-

a) Mengambil masa yang lama untuk menyiapkan tugasan atau latihan yang diberi.b) Dalam masa yang sama, mereka tidak hadir ke sekolah sekiranya latihan tidak disiapkan, dan suka bermain-main dalam kelas dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada pengajaran guru.

CADANGAN

Saya telah merujuk perkara ini bersama-sama guru pembimbing untuk melaksanakan sesi refleksi. Hasil perbincangan kami, cadangan untuk menyelesaikan masalah ini adalah seperti berikut:-

a) Saya akan mula melaksanakan kaunseling berkelompok untuk murid-murid yang lemah dan dilihat berpotensi untuk meningkatkan potensi mereka. Modus operandi yang akan saya gunakan ialah secara individu mahupun secara berkumpulan.b) Saya juga akan membimbing murid-murid tersebut semasa proses pengajaran di dalam kelas. Saya memahami bahawa tindakan mereka di dalam kelas semata-mata inginkan perhatian yang lebih daripada saya. Justeru, saya akan sedaya upaya akan menegur mereka di dalam kelas dengan cara yang berhemat.c) Kerja rumah atau latihan pengukuhan dan pengayaan juga akan diberikan kepada murid-murid yang lemah agar pemahaman mereka berkaitan sesuatu topik pembelajaran dapat ditingkatkan.

TEMPOH MASA

13 17 April 2015

TINDAKAN SUSULAN

Saya akan meminta kerjasama guru pembimbing saya untuk memberi penilaian tentang kejayaan saya di samping meminta pandangan daripada rakan praktikum saya. Secara umumnya, semua langkah susulan yang telah dicadangkan akan terus diperketatkan dan akan diteruskan bagi menjamin kualiti pembelajaran yang lebih baik dan berkesan supaya masalah yang dihadapi oleh murid-murid dapat diatasi.