jurnal-gejala-sosial

Upload: carrine-siau

Post on 10-Jan-2016

236 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jurnal gejala sosial

TRANSCRIPT

TAJUK JURNAL

Mengenal Pasti Punca-Punca Masalah Ponteng Di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah: Satu Kajian Kes

Muhammed Sharif Mustaffa 1 & Suria Abd Jamil Faculty Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Tinjauan literaturMohd Nor Abdullah @ Dollah (1986), dalam kajiannya terhadap 100 pelajar di SMK Bachok, Kelantan mendapati punca ponteng adalah status ekonomi yang rendah dimana tenaga anak-anak diperlukan untuk membantu meringankan beban ekonomi rumah tangga. Selain itu, sikap negatif pelajar-pelajar terhadap pelajaran turut menyebabkan berlakunya ponteng sekolah. Tattum (1986)faktor perlakuan ponteng berkaitan dengan suasana di sekolah, mendapati sepertiga daripada pelajar-pelajar yang menjadi sampelnya menyatakan bahawa mereka benci pergi ke sekolah dan sebaliknya lebih suka bekerja. Ismail Yusuf (1983) kajiannya mendapati bahawa lebih ramai ibu bapa daripada kumpulan pelajar yang ponteng sekolah, tidak mengambil berat tentang pelajaran dan kemajuan anak-anak. Erikson (1965), Kajiannya menyatakan peringkat umur remaja ialah peringkat membentuk identiti sendiri seperti tingkah laku, memilih rakan sebaya, cara berpakaian dan lain-lain. Jika peringkat ini gagal diperoleh, pelajar tersebut akan tertekan dan cenderung untuk melanggar displin sekolah seperti ponteng sekolah. Muhammad Anuar (dlm. Manja, 1990:186) kajiannya mendapati perlakuan ponteng ada kaitannya dengan sikap guru, aktiviti-aktiviti sekolah yang kurang berkesan dan disiplin sekolah yang dianggap ketat oleh sebilangan pelajar. Ibrahim Saad (1977)Kajian menunjukkan kejadian ponteng sekolah kerap dipersoalkan dan telah menjadi satu masalah pendidikan yang paling besar. Punca utama yang menyebabkan wujudnya perlakuan ponteng adalah sistem pendidikan itu sendiri yang telah mementingkan peperiksaan.Item- item yang dikemukakan di dalam soal selidik mengikut setiap punca

Punca Diri Pelajar

Punca Hubungan Keluarga

Punca Rakan Sebaya

Punca Sikap Guru

Punca Prasarana SekolahHasil KajianCuba fikirkan kenapa punca rakan sebaya merupakan punca yang paling utama di sekolah tersebut?Menerusi analisis punca ponteng dalam kajian tersebut, cuba fikirkan langkah-langkah yang dapat membantu dalam mengurangkan kes ponteng sekolah tersebut.