jurnal 2

2
JURNAL 2 MINGGU KEDUA 30 JULAI – 3 OGOS 2012 MASALAH Masalah yang saya hadapi pada minggu ini ialah ketepatan masa. Semasa saya menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran, saya dapati saya tidak dapat menguruskan masa dengan baik. Dalam tempoh satu jam itu, saya tidak dapat menghabiskan proses pengajaran saya tepat pada waktunya. Perkara ini berlaku terutamanya apabila saya mengajar bahasa Melayu di kelas aliran perdana iaitu 4 Intelek. Hal ini menyebabkan saya terpaksa menyingkatkan masa bagi langkah P & P yang seterusnya. ANALISIS Punca masalah ini berlaku disebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aktiviti berkumpulan. Sewaktu aktiviti kumpulan, murid mengambil masa yang lama untuk menyiapkan tugasan. Dalam pembahagian kumpulan, murid-murid terdiri daripada pelbagai tahap. Hal ini menyebabkan saya terpaksa menunggu kesemua murid selesai melaksanakan tugasan berkumpulan. Selain itu, hal ini berlaku mungkin disebabkan aktiviti saya tidak bersesuaian dengan tahap mereka menyebabkan mereka mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan tugasan. CADANGAN UNTUK DIPERBAIKI 1) Saya harus membuat bacaan tambahan tentang pengurusan masa. 2) Saya akan membuat bacaan tentang aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan tahap murid. 3) Saya harus merancangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik, lebih dekat dengan minat

Upload: anati-azizan

Post on 07-Aug-2015

28 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jurnal 2

JURNAL 2

MINGGU KEDUA30 JULAI – 3 OGOS 2012

MASALAH

Masalah yang saya hadapi pada minggu ini ialah ketepatan masa. Semasa saya menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran, saya dapati saya tidak dapat menguruskan masa dengan baik. Dalam tempoh satu jam itu, saya tidak dapat menghabiskan proses pengajaran saya tepat pada waktunya. Perkara ini berlaku terutamanya apabila saya mengajar bahasa Melayu di kelas aliran perdana iaitu 4 Intelek. Hal ini menyebabkan saya terpaksa menyingkatkan masa bagi langkah P & P yang seterusnya.

ANALISIS

Punca masalah ini berlaku disebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aktiviti berkumpulan. Sewaktu aktiviti kumpulan, murid mengambil masa yang lama untuk menyiapkan tugasan. Dalam pembahagian kumpulan, murid-murid terdiri daripada pelbagai tahap. Hal ini menyebabkan saya terpaksa menunggu kesemua murid selesai melaksanakan tugasan berkumpulan. Selain itu, hal ini berlaku mungkin disebabkan aktiviti saya tidak bersesuaian dengan tahap mereka menyebabkan mereka mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan tugasan.

CADANGAN UNTUK DIPERBAIKI

1) Saya harus membuat bacaan tambahan tentang pengurusan masa.2) Saya akan membuat bacaan tentang aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan

tahap murid.3) Saya harus merancangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih

menarik, lebih dekat dengan minat murid-murid serta bersesuaian dengan tahap murid. hal ini bertujuan agar mereka dapat menyelesaikan tugasan dalam masa yang ditetapkan serta melaksanakan tugasan dengan betul.

4) Tambahan pada itu, aktiviti yang akan saya rancang perlulah bersesuaian dengan masa yang diperuntukkan agar masa sewaktu menjalankan aktiviti tersebut tidak terlebih atau terkurang.

TEMPOH MASA

6 OGOS – 10 OGOS 2012

Page 2: Jurnal 2

JURNAL 2

PENILAIAN KEJAYAAN

Saya akan meminta kerjasama pensyarah pembimbing dan guru pembimbing untuk memberi penilaian tentang kejayaan saya ini. Selain itu juga, saya akan cuba minta rakan-rakan seperjuangan praktikum saya untuk menilai kejayaan saya ini.

TINDAKAN SUSULAN

1) Saya akan berjumpa dengan pensyarah dan guru pembimbing untuk membincangkan hal ini dan bertanyakan pendapat mereka.

2) Saya akan berbincang dengan rakan-rakan tentang aktiviti yang bersesuaian dengan tahap murid.

3) Saya akan melayari internet serta membuat bacaan mengenai pengurusan masa dan contoh-contoh aktiviti yang bersesuaian dengan tahap murid.