jun 2014 bertulis soalan 1-100

279
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA P ARLIMEN KETIGA BELAS 2014 9 HINGGA 19 JUN 2014 SOALAN NO : 01 HINGGA 100

Upload: goh-kheng-teong

Post on 06-Sep-2015

136 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Parliament of MalaysiaQuestions for written answer.June 2014

TRANSCRIPT

  • MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA P ARLIMEN KETIGA BELAS

    2014

    9 HINGGA 19 JUN 2014 SOALAN NO : 01 HINGGA 100

  • PEMBERITAHUAN PERTANYAAN

    DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

    NO SOALAN :1

    DARIPADA : Y.B. TUAN IR. SHAHARUDDIN BIN ISMAIL (KANGAR)

    PERTANYAAN : BERTULIS

    Y.B. TUAN IR. SHAHARUDDIN BIN ISMAIL [ KANGAR ] minta

    MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah tuntutan insurans i-BRIM yang

    telah dituntut sehingga Mac 2014 dan nyatakan pecahan penerimaan

    berkaitan dengan kes kemalangan atau kematian dan sejauh mana

    insurans yang diberikan menerusi pemberian BR1M ini difahami oleh

    penerima bantuan BR1M.

    JAWAPAN

    Sehingga 23 Mei, sebanyak 5,160 waris penerima yang telah menerima

    manfaat i-BR1M yang melibatkan keseluruhan peruntukan sebanyak

    RM16. 7 juta. Pecahan adalah seperti berikut:

  • Bilangan Tuntutan

    Kematian akibat kemalangan 395 (RM30,000) Kematian bukan akibat 4,762 kemalangan (RMl,OOO) Hilang upaya kekal Menyeluruh 3 Akibat Kemalangan (RM30,000) Jumlah tuntutan 5,160

    Bagi membantu penerima BRIM dapat memahami i-BRlM, pihak

    Kementerian Kewangan telahmencetak maklumat asas mengenai i-BRlM

    yang sertakan bersama-sama surat kelulusan BR1M. Satu talian hotline

    (03-2716 2716) turut disediakan oleh Syarikat Takaful bagi membantu

    penerimaBRlM sekiranya ada persoalan mengenai i-BRlM.

  • NO. SOALAN: 2

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN

    DARIPADA

    SO ALAN

    BUKAN LISAN

    VB IR. SHAHARUDDIN BIN ISMAIL [KANGAR]

    lr. Shaharuddin bin Ismail [Kangar] minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik golongan muda yang berusia bawah 35 tahun yang telah diisytiharkan muflis dan adakah sebarang bentuk bantuan diberikan secara khusus kepada golongan ini.

  • JAWAPAN: VB PUAN HAJAH NANCY SHUKRJ, MENTERI Dl JABATAN PERDANA MENTERI

    Tuan Yang di-Pertua,

    1. Berdasarkan rekod Jabatan lnsolvensi Malaysia (Mdl), jumlah kes kebankrapan yang melibatkan golongan muda yang berusia bawah 35 tahun dari tahun 2007 hingga April 2014 ialah sebanyak 28,368 kes. Statistik mengikut tahun adalah seperti berikut:

    TAHUN JUMLAH

    2007 2,302

    2008 2,194

    2009 3,482

    2010 4,263

    2011 4,388

    2012 4,100

    2013 5,420

    Januari hingga April 2014 2,219

    JUMLAH 28,368

    2. Mdl telah melaksanakan program outreach yang bertujuan menyampaikan maklumat, memberi pendidikan dan mewujudkan kesedaran di kalangan bankrap dan masyarakat mengenai insolvensi. Aktiviti program outreach ter~asuklah taklimat, pameran dan

    2

  • kaunseling mengenai insolvensi. Sagi tempoh Januari 2013 hingga April 2014, sebanyak 148 program outreach telah dilaksanakan.

    3. Selain itu, bantuan juga diberikan kepada golongan muda yang bankrap dengan cara menyebarkan maklumat dan kesedaran berkenaan cara pengurusan kewangan yang baik, kesan-kesan kebankrapan serta cara keluar daripada kebankrapan melalui media elektronik dan media cetak. Sagi tempoh Januari 2013 hingga April 2014, Mdl telah bersiaran dalam 11 program bual bicara dan lebih daripada 83 artikel berkenaan insolvensi telah diterbitkan.

    4. Di samping itu, Mdl juga telah menyertai Karnival Selia Putrajaya, mengadakan pameran dan roadshows serta bekerjasama dengan Jabatan Selia Negara bagi mendekati dan memberi kesedaran mengenai insolvensi kepada golongan muda.

    5. Mdl turut melaksanakan Strategi Lautan Siru dengan kerjasama agensi di bawah Bank Negara Malaysia iaitu Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang bertujuan memberikan kesedaran tentang insolvensi terutamanya kesan-kesan kebankrapan kepada golongan belia supaya dapat menangani masalah di peringkat pra kebankrapan lagi.

    Sekian, terima kasih.

    3

  • SOALAN NO.3

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN JAWAB BUKAN LISAN

    DARIPADA IR. SHAHARUDDIN BIN ISMAIL [ KANGAR]

    TARIKH 9 JUN 2014 (ISNIN)

    SO ALAN

    lr. Shaharuddin Bin Ismail [Kangar] minta MENTERI PEMBANGUNAN

    WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan statistik kes

    penderaan dan pengabaian kanak-kanak yang telah dilaporkan kepada

    Kementerian dan sejauh manakah ibu bapa yang terbabit telah dijatuhkan

    hukuman yang setimpal dengan kes yang dilaporkan.

  • JAWAPAN:

    Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) amat prihatin dan memandang serius akan kes penderaan dan pengabaian

    ke atas kanak-kanak yang merupakan aset penting yang bakal

    mencorakkan masa hadapan negara.

    Berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan kepada JKM bagi tempoh 2010 hingga 2013

    adalah sebanyak 14,662 kes.

    Sementara statistik bagi kes pengabaian kanak-kanak yang dilaporkan

    kepada JKM bagi tempoh 2010 hingga 2013 adalah sebanyak 14,635 kes.

    Perundangan yang sedia ada dan terpakai pada masa kini telah mencukupi

    bagi membolehkan hukuman berat dikenakan ke atas mereka yang

    bersalah dan ini merupakan salah satu bentuk pencegahan. Di antara

    kesalahan dan hukuman yang boleh dikenakan adalah:

    2

  • a) Seksyen 31 AKK 2001 memperuntukkan kesalahan berhubung dengan penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak.

    Hukuman bagi seseorang yang melakukan kesalahan jika disabitkan boleh

    didenda tidak melebihi RM20,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh

    tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

    b) mendatangkan cedera, membunuh dan kesalahan seksual mengikut peruntukan Kanun Keseksaan adalah:

    i) Seksyen 324 KK Kesalahan - dengan segaja menyebabkan cedera dengan

    menggunakan senjata atau lain-lain benda merbahaya.

    Hukuman - penjara boleh sampai 3 tahun atau didenda atau

    sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan-

    seksaan.

    ii) Seksyen 325 KK

    Kesalahan - dengan segaja menyebabkan cedera para h.

    Hukuman - penjara boleh sampai 3 tahun dan boleh juga

    dikenakan denda.

    3

  • iii) Seksyen 326 KK

    Kesalahan - dengan segaja menyebabkan cedera dengan

    menggunakan senjata atau lain-lain benda merbahaya.

    Hukuman - penjara boleh sampai 20 tahun dan boleh

    dikenakan denda atau sebat.

    iv) Seksyen 328 KK Kesalahan - dengan segaja menyebabkan cedera dengan

    jalan menggunakan racun dan sebagainya.

    Hukuman - penjara boleh sampai 10 tahun dan boleh

    dikenakan denda.

    Kesalahan - dengan segaja menyebabkan cedera dengan

    jalan menggunakan racun dan sebagainya.

    v) Seksyen 308 KK

    Kesalahan- kesalahan membunuh orang.

    Hukuman- diseksa dengan bunuh.

    vi) Seksyen 304 KK

    Kesalahan - seksaan bagi kesalahan mematikan orang dengan

    salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh orang

    4

  • Hukuman -a) penjara boleh sampai 20 tahun dan boleh dikenakan denda.

    b) Penjara boleh sampai 10 tahun atau denda atau kedua-duanya.

    vii) Seksyen 304A KK

    Kesalahan - menyebabkan kematian dengan cuai.

    Hukuman - penjara boleh sampai 2 tahun atau denda atau ked ua-duanya.

    viii) Seksyen 307 KK

    Kesalahan - mencuba membunuh orang.

    Hukuman - penjara boleh sampai 10 tahun dan boleh

    dikenakan denda; dan jika perbuatan itu menyebabkan cedera,

    pesalah boleh dikenakan penjara boleh sampai 20 tahun. ix) Seksyen 376 KK

    Kesalahan - seksaan bagi rogol.

    Hukuman -a) penjara tidak kurang 5 tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.

    b) penjara tidak kurang 5 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan boleh juga dikena sebat.

    5

  • c) penjara tidak kurang 8 tahun dan tidak lebih

    30 tahun dan disebat tidak kurang 10 sebatan.

    d) menyebabkan kematian boleh diseksa

    dengan kematian atau penjara tidak kurang

    15 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan disebat

    tidak kurang 10 sebatan.

    x) Seksyen 3778 KK

    Kesalahan - Seksaan kerana melakuakan persetubuhan yang

    bertentangan dengan aturan tabii.

    Hukuman - Penjara selama tempoh 20 tahun dan boleh juga

    dikenakan sebat.

    xi) Seksyen 377C KK

    Kesalahan - Melakukan persetubuhan yang bertentangan

    dengan aturan tabii tanpa kerelaan.

    Hukuman - Penjara tidak kurang 5 tahun dan boleh juga

    dikenakan sebat.

    xii) Seksyen 377E KK

    Kesalahan - Merangsang seorang kanak-kanak untuk

    melakukan sesuatu perbuatan kelucahan melampau.

    6

  • Hukuman - Penjara boleh sampai 5 tahun dan boleh dikenakan

    sebat.

    Berdasarkan statistik Polis DiRaja Malaysia (PDRM), jumlah kes kanak-kanak didera dan diabaikan yang telah dijatuhkan hukuman ke atas

    pesalah bagi tempoh 2011 hingga 2013 adalah sebanyak 46 kes.

    7

  • PERTANYAAN

    DARIPADA

    SO ALAN

    JAWAPAN

    PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    BERTULIS TUAN IR. SHAHARUDDIN ISMAIL [KANGAR]

    SOALAN NO: 4

    lr. Shaharuddin bin Ismail minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jumlah eksport produk pertanian Malaysia ke negara jiran dan sejauh manakah jumlah eksport berkenaan tidak akan menjejaskan pasaran dalam negara bagi memastikan bekalan makanan mentah negara mencukupi meskipun keadaaan cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini.

    Nilai keseluruhan eksport makanan negara ke lima (5) buah negara jiran yang bersempadanan dengan Malaysia iaitu Brunei, Filipina, Indonesia, Singapura dan Thailand bagi tempoh 2012 hingga 2014 (Januari - Februari) adalah sebanyak RM18.45 bilion. Eksport makanan negara ke 5 buah negara tersebut mencatat peningkatan sebanyak 5.7% daripada RM8.26 bilion pada tahun 2012 kepada RM8.73 bilion pada tahun 2013. Singapura merupakan penyumbang tertinggi kepada jumlah nilai eksport makanan negara ke negara jiran iaitu sebanyak 50.29%, diikuti oleh Indonesia (20.35%), Thailand (14.52%), Filipina (9.54%) dan Brunei (5.30%). Sepanjang tempoh rujukan, kumpulan komoditi makanan utama yang dieksport ke negara-negara jiran ini adalah:

    (i) Keluaran dan sediaan makanan lain yang diproses terutamanya makanan bayi, makanan tambahan (supplement) serta marjerin dan lelemak iaitu sebanyak RM4.60 bilion;

    (ii) Kopi, koko, teh dan rempah dengan nilai eksport sebanyak RM3.79 bilion;

    (iii) Bijirin dan sediaan bijirin seperti keluaran roti dan biskut dengan nilai eksport sebanyak RM2.08 bilion;

    1

  • (iv) Hasil tenusu dan telur burung seperti telur burung, sus dan hasil susu serta mentega dan lelemak dari minyak, iaitu sebanyak RM1.67 bilion;

    (v) lkan, krustasia, moluska dan sediaan iaitu sebanyak RM1.43 bilion; dan (vi) Binatang Hidup seperti ayam/itik dengan jumlah eksport keseluruhan

    sebanyak RM1.33 bilion. Berdasarkan kepada pencapaian tahap sara diri komoditi-komoditi makanan utama bagi tempoh 2012 hingga 2013, daging ayam/itik, telur ayam/itik dan ikan makanan telah melebihi 100.0% manakala beras, buah-buahan dan sayur-sayuran masih berada pada tahap 50.0% hingga 70.0%. Pencapaian tahap sara diri bagi komoditi-komoditi makanan utama yang telah melebihi 100.0% menunjukkan bekalan makanan berkenaan adalah mencukupi sekali gus menjamin kedudukan pasaran domestik. Namun demikian, bekalan beras, buah-buahan dan sayur-sayuran dalam negara masih tidak mencukupi berikutan hasil pengeluaran yang sederhana dan perlu ditampung dengan import dari negara-negara luar bagi memenuhi keperluan dalam negara.

    2

  • MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KETIGA BELAS

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

    PERTANYAAN

    DARIPADA

    NO. SOALAN

    JAWAB BUKAN LISAN

    VB. Ir. Shaharuddin bin Ismail [ Kangar]

    : 5

    Minta MENTER! KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh Kementerian sepanjang tahun 2013 bagi membangunkan dan menyelenggara infrastruktur asas seperti membina dan menaik taraf jalan raya, bekalan air dan elektrik di kawasan luar bandar terutamanya di negeri Perlis.

    1

  • I JAWAPAN:

    Tuan Yang Di-Pertua,

    Untuk makluman Yang Berhormat, bagi tempoh tahun 2013, peruntukan sebanyak RM13.18 juta telah dibelanjakan oleh Kementerian bagi membina dan menaiktaraf kemudahan infrastruktur asas seperti jalanraya, bekalan air dan elektrik di kawasan luar bandar di negeri Perlis. Pecahan peruntukan yang dibelanjakan mengikut program adalah seperti berikut:-

    Program Pet7untukan (AM) Jalan Perhubungan Desa (JPD) 640,000.00 Jalan Luar Bandar (JALB) 11,504,100.00 Bekalan Air Luar Bandar (BALB) 825,534.00 Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) 210,000.00

    JUMLAH RM 13,179,634.00

    2

  • NO SOALAN :6

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN

    DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

    DARIPADA : Y.B. DATo IR. HAJI NAWAWI BIN AHMAD (LANGKAWI)

    PERTANYAAN : BERTULIS

    Y.B. DATO IR. HAJI NAWAWI BIN AHMAD [ LANGKAWI ] minta

    MENTERI KEWANGAN menyatakan memandangkan kita dimaklumkan

    bahawa 250 jenis barangan tidak dikenakan GST, 480 barangan dikenakan

    GST dan lebih dari 200 barangan belum lagi dibuat keputusan, bolehkah

    pihak Kerajaan menyenaraikan semua barangan tersebut.

    JAWAPAN

    Senarai lengkap barang dan perkhidmatan yang dikenakan GST pada

    kadar sifar atau dikecualikan telah diumumkan semasa pembentangan

    Bajet 2014 yang lalu. Pada masa yang sama Kerajaan juga telah

    memaklumkan jenis barang dan perkhidmatan tersebut melalui program

  • penerangan dan publisiti yang dijalankan secara menyeluruh di seluruh

    negara. Namun begitu, Kerajaan akan memastikan senarai ini dapat

    disebar luas melalui pelbagai media sebagai rujukan kepada orang ramai.

    Selain daripada barang-barang yang telah diumumkan dalam Bajet 2014,

    Kerajaan sedang meneliti cadangan pelbagai pihak supaya beberapa

    barangan tertentu sama ada untuk dikecualikan daripada GST atau

    dikenakan GST.

  • SOALAN NO: 7

    PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN

    DARIPADA

    SO ALAN

    JAWAPAN

    Tuan Yang Dipertua,

    Bertulis

    Dato' lr. Haji Nawawi bin Ahmad [ Langkawi ]

    Dato' lr. Haji Nawawi bin Ahmad [ Langkawi ] minta MENTER! PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan memandangkan pada masa ini, ikan yang ditangkap oleh nelayan Pulau Langkawi yang mana ikan tersebut hendak dihantar ke luar, contohnya ke Kuala Kedah, akan dihantar melalui kargo yang perjalanannya mengambil masa 2 hari. lni akan menyebabkan harga ikan akan jatuh dan tak dapat dijual dengan harga mahal. Adakah Kementerian akan bercadang berkerjasama dengan Kementerian Pengangkutan bagi membolehkan ikan tersebut dihantar melalui feri penumpang dengan syarat ikan tersebut dibungkus dengan elok.

    Kementerian Pertanian dan lndustri Asas Tani sentiasa bekerjasama dengan pihak Jabatan Laut Malaysia mengenai isu-isu yang melibatkan pengangkutan di laut. Mulai tahun 2014, pihak Jabatan Laut Malaysia telah menghentikan kebenaran penghantaran bekalan hasil laut menggunakan pengangkutan feri kerana barangan hasil laut tidak dibungkus dengan kemas dan tidak mengikut piawaian serta mengeluarkan bau yang boleh mengganggu keselesaan penumpang. Kementerian dan Pertanian dan lndustri Asas Tani melalui Lembaga Kemajuan lkan Malaysia (LKIM) telah berbincang dengan pihak Jabatan Laut Malaysia

  • mengenai perkara ini dan bersedia untuk berbincang dengan lebih lanjut bersama Kementerian Pengangkutan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Pada masa ini, bekalan ikan di Pulau Langkawi adalah mencukupi bagi keperluan penduduk Langkawi. Namun, lebihan bekalan hanya berlaku mengikut musim tertentu sahaja. Oleh yang demikian, sebagai langkah penyelesaian sementara, nelayan yang menghadapi lebihan ini disyorkan supaya mendaratkan terus ikan sama ada di Kuala Perlis atau Kuala Kedah.

  • :I

    VVA~A~ l .. : 11:: I \'~ .:: : i

    NO. SO~LAN ~~ :. ;l" II

    I ~ \ . I i

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

    BERTULIS

    DATO' IR. HAJI NAWAWI AHMAD

    LANGKAWI

    8

    Y.B. DAT:Q' i i IR. HAJI NAWAWI AHMAD minta MENTERI PER~A:~,.lti.~~ ', ~ ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan berikuta~! s~aq at PROTON akan memindahkan kilangnya dari Shah Alam ke r}"anju g Malim, apakah sebabnya dan apakah keuntungannya

    '

    1: Berdasarkan :' elan Perniagaan 5 Tahun syarikat, PROTON mensasarkan ~apasiti pengeluaran berjumlah 350,000 unit menjelang tahun 2Q16, y~mg mana kedua-dua kilang, iaitu di Shah Alam dan Tanjung Malim b3dalah diperlukan bagi mencapai sasaran pengeluaran

    ; '

    tersebut untuk ~odel-model bersaiz kecil, sederhana dan besar. I

    Kedua-dua . kil~ng tersebut telah direka bentuk untuk mengeluarkan ,.

    model-model tdrtentu, iaitu kilang di Tanjung Malim lebih sesuai untuk : ~

    pengeluaran model-model bersaiz kecil dan sederhana, manakala kilang i .

    di Shah Alam rt;empunyai keupayaan untuk mengeluarkan model-model . 1

    bersaiz besar d~ripada kilang skala sederhana (Medium Volume Factory ' j !

  • - MVF) dan model-model bersaiz kecil dan sederhana daripada kilang utama (Main Pli;J.nt).

    I I

    Bagi mengoptir1numkan penggunaan kapasiti kilang di Tanjung Malim '

    dan untuk mericapai skala ekonomi, model-model baharu dan terkini I

    PROTON aka~ dikeluarkan di kilang Tanjung Malim. Kilang di Shah Alam pula aka'n terus mengeluarkan model-model sedia ada seperti Saga, Satria Neo, lnspira dan Exora.

    '

    Selaras denga~ sasaran-sasaran yang telah ditetapkan di dalam Pelan I

    Perniagaan 5 ~ahun PROTON, perancangan sedang dibuat supaya operasi pengejuaran untuk pasaran tempatan dan ASEAN dapat ditempatkan di ~atu lokasi, iaitu di Tanjung Malim. Rancangan terperinci

    !i

    sedang dikaji dan dibangunkan memandangkan jumlah pelaburan yang ,. I

    tinggi, jangka hayat mesin dan peralatan bagi kedua-dua kilang yang :

    mesti dimanfaatkan secara optimum dan mengambil kira risiko ;

    pengeluaran yang terpaksa diberhentikan untuk jangka masa tertentu bagi memudahkan proses pemindahan daripada Shah Alam ke Tanjung Malim.

    l.

    I ,

  • NO. SOALAN: 9

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN

    DARIPADA

    SO ALAN

    BUKAN LISAN

    DATO' IR. HAJI NAWAWI BIN AHMAD (LANGKAWI)

    Dato' lr. Haji Nawawi Bin Ahmad [Langkawi] minta PERDANA MENTERI menyatakan:

    a) apakah status pelaksanaan Blueprint Langkawi yang dilancarkan oleh Perdana Menteri pada tahun 2012; dan

    b) berapa peratuskah pelaksanaannya hingga tarikh ini mengikut sektor yang ditetapkan

  • JAWAPAN: VB SENATOR DATO' SRI ABDUL WAHID OMAR,

    MENTERI Dl JABATAN PERDANA MENTERI

    Tuan Yang di-Pertua,

    Jawapan bagi (a) dan (b) adalah terangkum seperti berikut:-

    Blueprint Pelancongan Langkawi telah dilancarkan oleh Y AB Perdana Menteri pada 8 Disember 2011 dan bukannya pada tahun 2012.

    Blueprint tersebut merupakan kerangka strategik ke arah memacu Langkawi menjadi antara 10 pulau dan destinasi eko-pelancongan terbaik dunia menjelang tahun 2015. Tahun 2012 merupakan tahun pertama pelaksanaan Blueprint Pelancongan Langkawi.

    Blueprint Pelancongan Langkawi mengandungi 14 inisiatif iaitu:-(i) Geopark Ikon (ii) Chenang Berwajah Baru (iii) Muzium Hidup (iv) Penginapan Mewah (v) Barat Laut Yang Meriah (vi) MICE Bitara (vii) Program Pengiktirafan (viii) Jaringan Pengangkutan (ix) Mobiliti Darat (x) Kesihatan dan Sanitasi (xi) Titik Sentuh Sasaran

    2

  • (xii) Penjenamaan dan Pemasaran (xiii) Akademi Pelancongan (xiv) Pertanian dan Perikanan

    Pelaksanaan kesemua inisiatif ini telahpun bermula pada tahun 2012 dan kini berada di pelbagai peringkat pelaksanaan. Di bawah inisiatif-inisiatif tersebut, berbagai projek telah diwujudkan yang mempunyai tempoh dan tarikh permulaan yang berbeza. Di antara projek-projek di bawah inisiatif tersebut yang telah siap termasuk Menaiktaraf Kolej Komuniti kepada Akademi Pelancongan dan Menaiktaraf Lanskap Jeti Kilim. Projek-projek yang sedang di peringkat pelaksanaan termasuk Menaiktaraf Jeti Kuah, Menaiktaraf Jeti Gua Kelawar, Pengalihan Nelayan Jeti Kilim dan Projek Penyambungan Paip Pembentungan di Chenang.

    Pada masa yang sama, proses pengambilan tanah bagi pelaksanaan projek pembinaan jalan di Chenang dan pembangunan Chenang Waterfront sedang dilaksanakan. Status terkini pelaksanaan projek-projek di bawah 14 inisiatif tersebut adalah seperti di Lampiran. Selain itu, terdapat projek-projek baru yang diluluskan mengikut keperluan selepas pelancaran Blueprint Pelancongan Langkawi.

    Tahun 2013 merekodkan pencapaian yang terbaik bagi kedatangan pelawat ke Langkawi dengan angka mencecah 3.41 juta orang dan telah melepasi sasaran 3 juta orang seperti yang telah ditetapkan oleh Blueprint pada tahun 2015 seperti di Jadual 1.

    3

  • Jadual 1: Prestasi Kedatangan Pelawat, Pendapatan Pelawat, Pelaburan dan Peluang Pekerjaan di Langkawi, 2013 berbanding sasaran Blueprint untuk tahun 2015.

    KltJSTER 2013 SASARAN 2015 KEDATANGAN 3.41 Juta 3 Juta PELAWAT

    PENDAPATAN RM 3.5 Billion (Sehingga September RM 3.8 Billion PELAWAT 2013) PELABURAN RM 6.92 Billion RM 5 Billion

    PELUANG PEKERJAAN 3,078 4,200 (kumulatif dari 2012)

    Dari aspek pelaburan, cadangan pelaburan berjumlah RM 12 bilion projek pembangunan telah dimuktamadkan di mana RM6.9 bilion adalah dalam peringkat pelaksanaan. Nilai pelaburan ini telah melebihi sasaran RM5 bilion yang ditetapkan oleh Blueprint. Pelaburan ini akan memberi kesan secara langsung kepada industri pelancongan di Pulau Langkawi dengan penawaran berbagai perkhidmatan dan produk-produk sampingan sekaligus mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Secara tidak langsung, permintaan bagi penyedia perkhidmatan pengangkutan dan perkhidmatan berkaitan pelancongan yang lain di Pulau Langkawi juga bakal menerima kesan positif. Di samping itu, projek-projek kemudahan asas dan projek pembangunan komuniti di Langkawi turut membantu meningkatkan kualiti hidup rakyat tempatan.

    Setakat Mei 2014, secara keseluruhan, boleh dikatakan 64.7% projek Blueprint Langkawi telah dan sedang dilaksanakan. Pecahan mengikut lnisiatif adalah seperti di Lampiran.

    4

  • LAMPl RAN --.,.. -.

    - ~- - -- r~ -

    . ~ ~ . -~ ~ ~- --=-- =-=-----=-- ......... :r., _......_"'---:;:-.= .....:;;;;._ --=--

    -t.:..i"--:- -- ~~-~ ~ ~ ~~ ~. . ~ ~ ~ ~

    -

    . Peratu_s Pe..la~naCJ.n ~ ~ i J ~ ,. .. "' .. -. ... 4.-

    ..

    . INISIATIF DAN PROJEK ' ~~ -~ . . . . St atus Pelaksanaan . ~ ' -

    .o '

    -~ ~ ~ ' (%) ~. n ... .,. . . -. - w t - ~*

    ' ' ..

    - . .

    ----- -~G~IF-Jrk lk"on _ . .. -: ..

    ---" .. . - ~ -

    - . -~-1.---.- -:...:' ---" . ~ "

    . ~

    Geopark Discovery Centre Tawaran 12 Naiktaraf Jeti Gua Kelawar Pelaksanaan 62 Naiktaraf Kemudahan Pelancongan di Jeti Kilim Siap 100 Naiktaraf Kemudahan Pelancongan di Pulau Dayang Bunting Pelaksanaan 66 Pengalihan Kemudahan Nelayan di Jeti Kilim Pelaksanaan 8 Kajian Benteng Pemecah Ombak Siap 100 Baikpulih Boardwalk Gua Kelawar Siap 100 Naiktaraf Kemudahan Pelancongan Paya Bakau Jeti Kilim Siap 100 Naiktaraf Kemudahan Pelancongan di Taman Lagenda Siap 93 Naiktaraf Kemudahan Telaga Tujuh Pelaksanaan 80 Naiktaraf Kemudahan di Ayer Hangat Village Siap 100

    _ ... -. .. : - . - --- - . . -

    .. --

    .. .

    MUZIUM HIQUP - ' ~ . . -

    . ~ . - . -- - - -

    .

    Menaiktaraf Laman Padi Fasa 1 Siap 100 Menaiktaraf Kota Mahsuri Siap 100

    -

    CHENANG BERWAJAH. BARU-.

    -

    . . . ; -~ .. - -. .. - --.

    .

    ~- - . 1 -

    Projek Pemblnaan Jalan di Pantai Chenang Dokumen -I Projek Pembinaan Chenang Waterfront Dokumen -1 Projek Penyambungan Paip Pembentungan Pelaksanaan 57 _!>rogram Pemutihan Pelaksanaan 70

  • -;- _ .... _ ~ .... - - - - -~ -- - - - -= ~...- ~ 1 PENGINAPAN MEWAH DAN & BARAT LAUT YANG MERIAH ,. ~ ~- ~ ~- ..

    -

    Garis Panduan untuk menghadkan pembangunan hotel 3 bintang dan ke bawah Pelaksanaan 70 . .

    -- -- - .. -

    ..

    . ' ..

    NICHE MICE ,; . ' ,, -

    . - -.

    -- . . .

    - -- -

    Program Promosi Niche MICE dan Acara Pelaksanaan so ~

    '

    ~--

    . I PROGRAM PENGIKTIRAFAN .~ ~ i -

    ' ,, -. . .

    - . -..

    .. .

    Membangunkan program pengiktirafan produk pelancongan Siap 100 ....

    - ---

    ' ~ - ~ ~ r - -

    ~

    JARINGAN PENGANGKUTAN . ., "

    ~ . - ,., ..

    -

    ~ . - - -

    ~

    Program lnsentif Penerbangan Sewa ke Langkawi Siap 100 - . ._

    -. - -

    - - r - - --

    .. - -:-.-

    - -

    MOBIUTI DARAT . : ~ . - --- - = = ~ -. ....., -- '

    ..

    Program Peningkatan lmej dan Kualiti Perkhidmatan Kereta Sewa Pelaksanaan 30 ..

    . - . -.. ..

    -

    . .. - ... -- -

    .. KEBERSIHAN DAN SANITASI ' ' .. . - - '-

    , .. ~ -,.. ..... - L

    Meningkatkan kekerapan pungutan sampah Pelaksanaan so Menaiktaraf 29 tandas awam Siap 100 Menyenggara29 tandas awam dan kerja-kerja pembersihan lain Pelaksanaan so

    . - .. .. ----. . I TITIK SENTUH SASARAN < .. --. - - n-

    - - - ~- - - - - -

    Naiktaraf Kemudahan Lapangan Terbang Tender -Naiktaraf Kemudahan & lnfrastruktur Jeti Kuah Pelaksanaan 7

    . . - .. - . -

    .. ~- .. . . ., PENJENAMAAN DAN PEMASARAN ' --~ . - ~ - - ~-- =~- -

    - - -~ - 'ro -.t - - -~ ---

    Program Penjenamaan dan Pemasaran Siap 100 - "'

    ..

    -

    .. . .. - --- -

    - - .. I AKADEMI PELANCONGAN ---

    . ------- --

    ' -

    - --.. - .. . -

    Menubuhkan Akademi Pelancongan Siap 100 .

    ...... - -.""': --

    . .

    ,; .. ~ -.-

    PERTANIAN DAN PERIKANAN ,a r - ....... [ l' ""-. ~ --- --- .. -- --- -. -

    .. ~ - - - - -~ . - . - - -

    Program Penanaman Padi Maswangi Dokumen -- .. ~ .. ......_....._....-.._- -~ ~

    LAIN-LAIN PROJEK - - > -

    -. - - - ---

    . - . .. -- -- - .,.... - - - . '

    ..

    Restoran 1Malaysia Pelaksanaan 99

    6

  • PR(UEK~PRQJEK_BAR~U SEJ.EPAS _~ELANCA~_N BLU~P.RINT :!' "-j. ..,~ ,, " .-x--

    -- - -

    Pembaikan Langkawi Falls Dokumen -Pembangunan RTD Langkawi Dokumen -Projek Eco-Pelancongan di mukim Ayer Hangat Dokumen -Cadangan Pencahayaan LED & Solar Taman Lagenda Dokumen -Menaiktaraf Dataran Lang Dokumen -Menaiktaraf Kemudahan Rentis Hutan Gua Wang Buluh & Wang Lebah Dokumen -Menaiktaraf Kemudahan Pelancongan Di Langkawi Geopark Tawaran -Pembinaan Jeti baru di Pulau Dayang Bunting Dokumen -Naiktaraf Jalan Data' Syed Omar dan Jalan Beringin Dokumen -Meroboh dan Membina Semula Kota Mahsuri Dokumen -

    Status Dokumen merujuk kepada peringkat penyediaan dokumen bagi projek tersebut.

    7

  • RT01/10

    JAWAPAN SOALAN PERSIDANGAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA: Y.B. DATO' IR. HAJI NAWAWI BIN AHMAD [ LANGKAWI 1

    JAWAPAN OLEH Y.B. MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

    PERTANYAAN BERTULIS

    Dato' lr. Haji Nawawi bin Ahmad [ Langkawi 1 minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berikutan 2 buah sekolah baru telah diluluskan di Pulau Langkawi, apakah status tindakan oleh pihak Kementerian dalam perancangan pembinaan sekolah-sekolah tersebut dan apakah cadangan nama sekolah-sekolah tersebut.

    JAWAPAN

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

    Cadangan pembinaan SMK Bohor Jaya telah disenaraikan sebagai salah satu keutamaan dalam Rolling Plan ke-4 (RMKe-1 0) bagi pelaksanaan tahun 2015. Manakala cadangan pembinaan SK Sri Kemboja pula, akan diteliti untuk dikemukakan dalam RMKe-11 (2016-1 020). Walau bagaimanapun, kelulusan projek tersebut tertakluk kepada kedudukan kewangan semasa Kerajaan.

    Rt10

  • RT02/11

    JAWAPAN SOALAN PERSIDANGAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA: Y.B. DATO' OTHMAN BIN AZIZ [ JERLUN]

    JAWAPAN OLEH Y.B. MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

    PERTANYAAN BERTULIS

    Dato' Othman bin Aziz [ Jerlun ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Geran Penyelidikan yang diperuntukkan oleh Kementerian kepada Universiti-Universiti Penyelidikan digunakan secara holistik dan berapakah jumlah penyelidikan tersebut yang telah dikomersialkan mengikut sektor.

    JAWAPAN

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

    Universiti Penyelidikan merupakan lnstitusi Pengajian Tinggi (IPT) yang telah diiktiraf oleh Jemaah Menteri untuk menjadi hab kecemerlangan pendidikan dan penyelidikan. Misi Universiti Penyelidikan adalah untuk menjadi enjin pertumbuhan negara selain membuka peluang bagi pelajar dan para sarjana bertukar fikiran serta melakukan penyelidikan dalam suasana yang kondusif yang menyemarakkan eksplorasi dan kreativiti untuk meneroka ilmu dan menjana kekayaan seterusnya meningkatkan kualiti hidup.

    Jumlah geran penyelidikan yang telah diberikan kepada Universiti Penyelidikan bermula pada tahun 2007 hingga 2013 adalah sebanyak RM338.2juta bagi menjalankan projek-projek penyelidikan di bawah Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS), RM131 .8juta untuk Skim Penyelidikan Jangka panjang (LRGS), RM25.1juta untuk Skim Penyel idikan Pembangunan Prototaip (PRGS) dan RM71.4juta untuk Skim Geran Penyelidikan Eksploratori (ERGS).

  • Universiti Penyelidikan telah menyerlahkan kegemilangannya melalui kecemerlangan bidang penyelidikan yang diterajui berdasarkan bilangan sitasi yang diperolehi. Antara bidang yang diterajui oleh Universiti Penyelidikan adalah seperti Kejuruteraan, Matematik, Sains Pertanian dan Psikologi oleh Universiti Sains Malaysia (USM), Sains Angkasa oleh Universiti Malaya (UM) dan beberapa lagi bidang seperti Fizik, Persekitaran dan Ekologi, Biologi dan Biokimia serta Sains Sosial juga diterajui oleh Universiti Penyelidikan tempatan yang lain.

    Rt11

  • PERTANYAAN

    DARIPADA

    SOALAN :-

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

    BUKAN LISAN

    Y.B. DATO' OTHMAN BIN AZIZ [ JERLUN]

    SOALAN ( 12)

    Y.B. DATO' OTHMAN BIN AZIZ [ JERLUN ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah projek perumahan yang terbengkalai mengikut daerah di negeri Kedah sehingga 2013 dan apakah tindakan yang telah diambil terhadap pemaju perumahan yang gagal menyiapkan projek mengikut tempoh masa yang ditetapkan agar tidak membebankan rakyat.

  • JAWAPAN :-

    Tuan Yang di-Pertua,

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dari tahun 2009 sehingga 30 April

    2014 terdapat 14 projek perumahan swasta terbengkalai di Negeri Kedah.

    Daripada jumlah tersebut, sebanyak 11 projek telah berjaya diselesaikan

    dengan CFO manakala baki dua (2) projek sedang berada dalam peringkat

    perancangan pemulihan dan satu (1) projek sedang giat dipulihkan. Ketiga-tiga (3) projek perumahan swasta terbengkalai yang masih aktif tersebut

    adalah terletak di dalam kawasan Kuala Kedah, Pulau Langkawi dan

    Baling. 'h.' I ~1 111' '!liJII~IoO~; .. .. ' . . -. -; .. ;. ,. Jf.' I ' . ....~,~;:.

    : ' . :.~ .. ~, .'~!~'" _ . . . ,'' ' . ~~ 't:Tt . . I ' .. : II ' ~- "' ' ' . I" ri" I . :~ 'H fill '

    -- :.; .. "1 .IJ ) : ~~ :.:-. 1 1 ,, ,' :,: .1 .' ~: ~ .. ' ,. !tt ', . ~-~~~~~l~m ~~; .... , .,,:I"' -~~-- - . .....;.,o ,, I . ; ~~ 'I 'I' I' . ~ ... , ~ . , . ., . ' I ., \ .I, II l f ~ '...;', ~. '111 ~ 1' .. : ... I J' . l't

    . . ' . . ' ,;q:1\llt - ,l ~\, . I, ,.:. ' .. 1,. :' I ~ 0 r:. .If tTl ' : ' 1 ~'ij ., 1 ,h Ill~ '' : ,I f '! ~ ',' I i\1 , 1 I'

    1' Bandar Seri Ampangan, Kuala Kedah 657 139 Dalam proses

    mahkamah

    Dalam proses 2. Palma Ria Kondiminium, Kuah, Langkawi 108 30 mendapatkan pemaju

    penyelamat

    3. Taman Sentosa, Baling, Kedah 95 40 Kemajuan 90%

    KPKT telah mengambil tindakan menyenarai hitam pemaju-pemaju yang

    menyebabkan projek perumahan terbengkalai. Apabila disenarai hitam,

    2

  • pemaju dan ahli lembaga pengarah terbabit tidak boleh memohon lesen dan permit iklan serta jualan yang baru. Pemaju juga tidak akan dapat untuk memperbaharui permit iklan dan jualan yang sedia ada. Senarai pemaju-pemaju yang disenarai hitam juga dipaparkan di lama sesawang KPKT untuk rujukan pembeli dan stakeholders yang lain.

    Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Jun 2014

    3

  • .. .

    SULIT

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA,

    PARLIMEN KETIGA BELAS

    PERTANYAAN BERTULIS

    DARIPADA DATO' OTHMAN BIN AZIZ [ JERLUN - BN]

    SOALAN NO. 13

    Minta MENTERI BELlA DAN SUKAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk mewujudkan Akademi Sukan yang boleh diterajui oleh bintang sukan veteran bagi melatih para pelapis yang mampu meneruskan legasi dan kegemilangan sukan negara.

    SULIT

  • SULIT

    JAWAPAN

    Yang di-Pertua, 1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Selia dan

    Sukan melalui Majlis Sukan Negara telah menubuhkan Akademi Serantau Majlis Sukan Negara di Bukit Mertajam Pulau Pinang pada tahun 2008. Sebuah lagi Akademi Serantau di Stadium Tan Sri Date Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor telah ditubuhkan pada tahun yang sama, namun di atas sebab pengambilalihan pengurusan stadium oleh Persatuan Bolasepak Negeri Johor, Majlis Sukan Negara telah mengambil keputusan untuk memindahkan semua atlet dan jurulatih ke Akademi Serantau di Bukit Mertajam.

    2. Seramai 78 orang atlet daripada 6 jenis sukan iaitu angkat berat, berbasikal, memanah, olahraga, tinju dan taekwondo sedang menjalani latihan secara sepenuh masa. Atlet-atlet ini juga dilatih oleh jurulatih berpengalaman sama ada dari dalam dan luar negara. Dari kalangan jurulatih ini juga adalah merupakan bekas-bekas atlet kebangsaan yang berpengalaman serta berkelayakan untuk melatih atlet-atlet muda di Akademi ini. Di antara mereka adalah Krishnan Thambusamy ( 'Olympian' 1968 Mexico dalam sukan olahraga ).

    3. Kementerian melalui Majlis Sukan Negara dengan kerjasama Persatuan Lawn Tenis Malaysia juga telah menubuhkan Akademi Tenis Kebangsaan di Kompleks Tenis Jalan Duta pada bulan Mac 2014. Penubuhan Akademi Tenis Kebangsaan ini adalah merupakan salah satu langkah dalam pelaksanaan program

    2 SULIT

  • SULIT

    pembangunan sukan lawn tenis di Malaysia bagi melahirkan lebih ramai atlet-atlet tenis berbakat di semua peringkat. Seramai 30 orang atlet daripada tiga peringkat umur iaitu bawah 14 tahun, bawah 16 tahun serta terbuka telah mendaftar di Akademi tersebut. Atlet-atlet ini sedang dilatih oleh jurulatih tempatan dan luar negara termasuk bekas atlet kebangsaan seperti Si Yew Ming dan Muhammad Ashaari Zainal Abidin. Kedua-dua orang jurulatih. ini turut dibantu oleh dua orang jurulatih luar negara.

    4. Kepakaran serta pengalaman bintang-bintang veteran ini sememangnya diperlukan untuk membantu membentuk atlet-atlet remaja sedia ada. Majlis Sukan Negara turut menganjurkan program-program binaan seperti kern motivasi, kern bina semangat serta sepasukan di mana pengalaman mereka ini dikongsi bersama atlet-atlet remaja.

    Sekian, terima kasih.

    3 SULIT

  • I

    PERTANYAAN

    DARIPADA

    KAWASAN

    NO. SOALAN

    PEMBERITAHU PERTANYAAN

    DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

    BERTULIS

    DATO' OTHMAN BIN AZIZ JERLUN

    14

    DATO' OTHMAN BIN AZIZ minta MENTERI PERDAGANGAN ANT ARABAN GSA DNA INDUSTRI menyatakan berapakah jumlah pelaburan asing luar negara (FDI) ke negeri Kedah mengikut sektor pada tahun 2013 dan suku pertama 2014.

  • ..

    Jawapan

    Tuan Yang DiPertua,

    Pada tahun 2013, negeri Kedah telah diluluskan jumlah keseluruhan pelaburan sebanyak RM2.53 bilion di mana dalam negeri berjumlah RM2.4 bilion dan pelaburan asing luar negara (FDI) berjumlah RM1 02.7 juta. Jerman, Singapura dan Taiwan merupakan antara pelabur-pelabu asing utama di Kedah.

    FDI tersebut melibatkan 27 projek yang meliputi pelbagai jenis industri seperti berikut:

    i) Kelengkapan pengangkutan (RM47.3 juta); ii) Elektrik & elektronik (RM34.6 juta); iii) Kimia & produk kimia (RM1 0.1 juta); iv) Kayu & produk kayu (RM5.9 juta); v) Peralatan & pengukuran saintifik (RM2.6 juta); vi) Produk logam fabrikasi (RM1.6 juta); dan

    vii) Produk plastik (RM0.3 juta).

    Projek-projek yang telah diluluskan ini akan menjana sebanyak 3,152 peluang pekerjaan baharu.

    Sehingga suku pertama tahun 2014, Kedah diluluskan keseluruhan pelaburan sebanyak RM4 billion. Daripada jumlah tersebut, 8 projek

    2

  • dengan jumlah FDI bernilai RM3.96 bilion telah diluluskan. Pecahan pelaburan mengikut industri adalah seperti berikut:

    i) Elektrik & elektronik (RM3.9 bilion); ii) Produk plastik (RM3.5 juta); dan iii) Tekstil & produk tekstil (RM2.9 juta).

    Projek-projek ini dijangka akan menjana peluang pekerjaan baharu sebanyak 2,893. Pelaburan asing ini secara langsung dan tidak langsung akan menjana pertumbuhan ekonomi tempatan selari dengan matlamat program transformasi negara.

    3

  • Disediakan oleh

    Disemak oleh

    Diluluskan oleh

    (NIK MOHO FAHIM MUHAIMIN) Ketua Penolong Pengarah 012-2930899

    (HARJIT KAUR) Pengarah Kanan Sahagian Dasar Pelaburan dan Fasilitasi Perdagangan 019-3169986

    (DATO' NIK RAHMAT NIK TAIB) Timbalan Ketua Setiausaha (lndustri)

    4

  • MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KETIGA BELAS

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

    PERTANYAAN

    DARIPADA

    NO. SOALAN

    : JAWAB BUKAN LISAN

    VB. Dato' Othman bin Aziz [ Jerlun ]

    15

    Minta MENTER! KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapakah bilangan Mini RTC (Pusat Transformasi Luar Bandar) di Kedah dan sejauh manakah Mini RTC ini dapat membantu golongan peniaga Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

    1

  • JAWAPAN:

    Tuan Yang Di-Pertua,

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini terdapat sebanyak 31 buah Mini RTC yang sedang beroperasi di Kedah. Senarai Mini RTC tersebut adalah seperti di Lampiran 1.

    Pelbagai program dirangka dan dilaksanakan di Mini RTC seluruh negara termasuk negeri Kedah untuk penduduk kampung yang turut juga melibatkan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Program yang dijalankan merangkumi program keusahawanan yang melibatkan kolaborasi dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta seperti MARA, FAMA, Kementerian Pertanian Industri dan Asas Tani (MOA) serta institusi kewangan bagi mendedahkan golongan usahawan kepada kemudahan dan peluang pasaran yang lebih luas serta kepelbagaian kaedah promosi.

    Di samping itu, Mini RTC turut menjalankan aktiviti Latihan Kemahiran Desa seperti pembuatan produk, peningkatan kemahiran dan perkongsian kemudahan teknologi terkini dalam pemprosesan. Usaha ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran usahawan IKS kampung sedia ada seterusnya membantu mengembangkan perniagaan mereka. Pada masa yang sama, usaha ini dapat menggalakkan penduduk kampung menceburi bidang usahawan bagi menjana pendapatan.

    2

  • Untuk makluman Yang Berhormat, di bawah insiatif NBOS 8, Mini RTC merupakan rantaian dalam program Hubungan Strategik UTC-RTC-Mini RTC ('strategic linkages'). Melalui program ini, Mini RTC berperanan sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran produk IKS dan dihubungkan terus kepada RTC dan UTC Negeri. Ini memberi peluang pasaran baharu yang lebih besar, mudah dan pantas kepada produk IKS. Kementerian ini mendapat kerjasama dari agensi MOA seperti FAMA, Jabatan Pertanian dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) untuk mengenalpasti keperluan-keperluan asas bagi menjayakan inisiatif ini.

    3

  • LAMPIRAN 1

    SENARAI MINI RTC NEGERI KEDAH

    ... Mini RTC DAERAH MUIOM 1 Bujang Kuala Muda I Bujang Bedang 2 Tukang Jusah Kuala Muda Bukit Meriam 3 Seberang Kata Kata Setar Kuala Kedah 4 Desa KEDA Kg. Bukit Pakak Sena Bukit Lada 5 Teluk Teduri Baling Pulai 6 Ulu Legang Baling Siang 7 FB Weng Baling Siang 8 Kledang Baling Kupang 9 Padang Dan Baling Kupang 10 Ulu Bakai Baling Bakai 11 Jelutung Sik Sik 12 Bendang Man Sik Sik 13 Gulau Sik Sik 14 Sungai Semiar Sik Jeneri 15 Sg.Itau Langkawi Ayer Hangat 16 Bukit Kura Padang Terap Pedu 17 Pekan Naka Padang Terap Tekai 18 Pasir Putih Padang Terap Tualak 19 Paya Semambu Bandar Baharu Relau 20 Sg. Tengas Bandar Baharu Kuala Selama 21 Sungai Salleh Bandar Baharu Serdang 22 Singkir Laut Yan Singkir 23 Padang Lumat Yan Sungai Daun 24 Nagalilit Kulim Nagalilit 25 Bagan Sena Kulim Bagan Sena 26 Ding in Kulim Mahang 27 Tanjang Sental Pendang Ayer Puteh 28 Desa KEDA Sg. Tiang Pendang Padang Kerbau 29 Desa KEDA Batu 13 Pakak Sena Gajah Mati 30 Bemban Baling Telui Kanan 31 Padang Gelanggang Padang Terap Kuala Nerang

    4

  • PERTANYAAN

    DARIPADA

    SO ALAN

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    BAGI JAWAB BUKAN LISAN

    DR. MANSOR BIN ABO RAHMAN [ SIK ]

    16

    Dr. Mansor bin Abd Rahman [ Sik ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah perancangan di pihak Kementerian untuk memastikan perkhidmatan bas ekspres dan bas catar selamat untuk dinaiki dan bagaimanakah pihak Kementerian mengekang pemandu-pemandu bas ekspres yang melakukan kesalahan-kesalahan jalan raya dan juga terlibat dalam penggunaan dadah.

  • JAWAPAN

    Tuan Yang di-Pertua,

    Kerajaan telah menguatkuasakan pelaksanaan Industrial Code of Practice - Safety, Health & Environment (I COP-SHE) sejak tahun 2010 dalam memastikan satu sistem pengurusan yang selamat dilaksanakan oleh pengendali bas dalam operasi seharian mereka. Sistem tersebut merangkumi pengurusan organisasi yang teratur, pengurusan pemandu, pengurusan kenderaan dan pengurusan risiko dan perjalanan. Pelaksanaan ICOP-SHE ini adalah menjadi salah satu keperluan syarat permit yang perlu dipatuhi oleh semua pengendali.

    Kegagalan mematuhi pelaksanaan ICOP-SHE ini, boleh menyebabkan lesen pengendali digantung sehingga pematuhan dilaksanakan dengan berkesan. Kegagalan memenuhi keperluan yang dinyatakan boleh mengakibatkan permit kenderaan berkenaan dibatalkan. Setelah pematuhan ini dibuat, pihak SPAD akan menjalankan audit dan penggantungan lesen akan ditarik balik sekiranya semua aspek dipatuhi oleh pihak pengendali. Tindakan ini akan dilakukan secara berterusan dan tindakan pembatalan lesen akan dilakukan sekiranya terdapat elemen kecuaian walaupun peringatan telah diberikan kepada mereka

    Tuan Yang di-Pertua,

    Dalam menangani isu pengambilan dadah oleh pemandu bas semasa memandu, Kerajaan melalui agensi-agensi penguatkuasa seperti Agensi

    2

  • Anti-Dadah Kebangsaan (AADK), Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mempergiatkan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa. Pihak JPJ bersama-sama dengan AADK dan PDRM telah mengambil tindakan dengan menjalankan pemeriksaan ujian air kencing (urine test) secara rawak terhadap pemandu-pemandu bas ekspres pada setiap hari, bermula 22 April 2014 di terminal-terminal bas di seluruh negara. Sekiranya didapati pemandu bas berkenaan positif dadah, lesen memandu pemandu bas tersebut akan ditahan bagi mengelakkannya memandu di bawah pengaruh dadah dan membahayakan keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya yang lain.

    Tuan Yang di-Pertua,

    Selain itu, Kerajaan juga bercadang untuk melaksanakan program penarafan bintang (Safety Star Grading) secara mandatori terhadap pengendali bas dalam memastikan aspek keselamatan diutamakan dalam operasi mereka. Melalui program ini, pengendali bas akan dinilai dan diberi penarafan melalui tahap pelaksanaan sistem ICOP-SHE oleh pengedali tersebut. Langkah ini juga dapat memastikan pengguna-pengguna membuat pilihan perkhidmatan bas yang digunapakai mengambilkira kriteria yang paling utama iaitu tahap keselamatan operasi. Program ini juga berupaya mewujudkan saingan yang positif dikalangan pengendali bas dan meletakkan industri pengangkutan bas menjadi kompetetif.

    3

  • ;-

    NO. SOALAN: 17

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN

    DARIPADA

    RUJUKAN

    SO ALAN:

    BUKAN JAWAB LISAN

    DR. MANSOR BIN ABO RAHMAN [SIK]

    6929

    Dr. Mansor bin Abd Rahman [Sik] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah statistik jumlah dan pecahan negara asal PATI yang telah ditangkap sepanjang OPS Bersepadu dijalankan dan apakah tindakan pihak Kementerian terhadap individu yang terlibat bersengkongkol membawa masuk PATI.

  • JAWAPAN:

    Jumlah Pendatang Asing Tanpa lzin (PATI) yang ditangkap semasa Ops Bersepadu dilaksanakan iaitu dari 1 September 2013 hingga 26 Mei 2014 adalah seramai 31,762 orang. Pecahan negara asal PATI yang ditangkap daripada lima (5) negara yang paling ramai adalah dari Indonesia, Myanmar, Bangladesh, Filipina dan Nepal.

    Bagi individu dan majikan yang terlibat bersekongkol membawa masuk PATI, tindakan perundangan yang akan dikenakan adalah hukuman denda, sebat dan hukuman penjara

    2

  • 1

    NO. SO ALAN: 18

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN BUKAN JAWAB LISAN

    DARIPADA DR. MANSOR BIN ABO RAHMAN [ SIK]

    RUJUKAN 6930

    SO ALAN:

    Dr. Mansor bin Abd Rahman [ Sik ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bagi menjamin kestabilan, keselamatan negara dan rakyat khususnya, nyatakan langkah-langkah yang digariskan oleh pihak Kementerian dan agensi-agensi keselamatan lain dalam memastikan negara ini bebas daripada ancaman militan dan penjenayah dari luar negara.

  • .,

    JAWAPAN:

    Kerajaan memandang serius terhadap sebarang bentuk ancaman termasuk ancaman militan dan penjenayah dari luar Negara. Sesungguhnya keselamatan dan ketenteraman awam yang dikecapi di Negara ini amat tinggi nilainya dan ianya perlu dipertahankan. Sehubungan itu, bagi memastikan rakyat hidup dalam keadaan aman dan sejahtera daripada sebarang ancaman militan dan penjenayah dari luar negara, Kementerian Dalam Negeri melalui PDRM sentiasa memantau dan mengadakan kerjasama berterusan di samping bertukar-tukar maklumat risikan dengan agensi-agensi keselamatan negara luar khususnya Negara-negara ASEAN. Di sini Kerajaan memberi jaminan akan menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 yang mempunyai peruntukan yang mencukupi bagi membendung aktiviti militan dan penjenayah dari luar Negara ini.

    Kerajaan juga turut menjalankan aktiviti kempen-kempen kesedaran dan ceramah-ceramah berhubung keselamatan dan ketenteraman awam yang dianjurkan oleh pihak berkuasa terutama PDRM sendiri dengan kerjasama lain-lain agensi. Kempen-kempen dan ceramah-ceramah ini bertujuan untuk menerangkan tentang bahayanya jika terlibat dengan kegiatan militan dan jenayah ke atas keselamatan negara.

    2

  • 1

    NO. SO ALAN: 19

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN BUKAN JAWAB LISAN

    DARIPADA DR. MANSOR BIN ABO RAHMAN [ SIK]

    RUJUKAN 6931

    SOALAN:

    Dr. Mansor bin Abd Rahman [ Sik] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan Kementerian terhadap sindiket pemalsuan dokumen-dokumen Kerajaan Malaysia oleh orang-orang yang disyaki Uika ada) di kalangan kakitangan Kerajaan.

  • JAWAPAN:

    Tuan Yang di-Pertua,

    Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang berat dan memberikan perhatian serius terhadap sindiket pemalsuan dokumen dan sentiasa mengadakan langkah-langkah kawalan seperti menggunakan kertas keselamatan yang bertanda 'watermark' supaya sukar dipalsukan.

    KDN akan mengambil tindakan terhadap individu atau sindiket yang terlibat memalsukan dokumen dengan membuat laporan kepada pihak polis untuk membuat siasatan. lndividu atau sindiket yang didapati terlibat dalam pemalsuan dokumen, akan didakwa di bawah peruntukan Kanun Keseksaan atau Penal Code (Akta 574): 463- Forgerydan464 Making a False Document

    2

  • SOALAN NO: 20

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH VB DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM

    MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

    PERTANYAAN DARIPADA SO ALAN

    BUKAN LISAN VB DR. MANSOR BIN ABO RAHMAN [ SIK]

    VB Dr. Mansor bin Abd Rahman [ Sik ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bagi memastikan perkhidmatan kesihatan rakyat luar bandar dapat dipertingkat dan dijamin, apakah rancangan pihak Kementerian untuk menempatkan lebih ramai doktor pakar atau mendirikan lagi hospital di kawasan luar bandar khasnya

    Tuan Yang di-Pertua,

    Pelbagai rancangan telah dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menambahkan lagi bilangan pakar untuk menjamin perkhidmatan kesihatan rakyat termasuklah bagi rakyat di luar bandar. Antara langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan adalah seperti menambahkan slot tajaan bagi program sarjana kepakaran perubatan di institusi pengajian tinggi awam dari 450 kepada 600 slot mulai sesi 2010/2011, 800 slot mulai sesi 2011/2012 dan kini slot tajaan tersebut ditingkatkan lagi kepada 1000 bagi memberi peluang kepada lebih ramai pegawai perubatan mengikuti program sarjana. Sehubungan dengan itu,

    1

  • diharapkan lebih ramai pakar perubatan dapat dihasilkan demi meningkatkan lagi mutu dan prestasi perkhidmatan perubatan dalam negara.

    Selain itu, bagi menggalakkan lebih ramai pakar berkhidmat di pedalaman, Kabinet dalam mesyuarat 14 September 2011 telah memutuskan penempatan di Sabah dan Sarawak dibuat secara giliran dalam tempoh minima selama 6 bulan.

    Pelbagai insentif juga turut disediakan untuk membantu menggalakkan lagi pakar perubatan bertugas di kawasan pedalaman misalnya:

    i. Memberikan elaun-elaun tambahan contohnya elaun perumahan dan elaun wilayah; dan

    11. Memberikan merit yang lebih kepada calon dari pedalaman yang ingin meneruskan pelajaran dalam bidang subkepakaran.

    Seterusnya kerajaan juga telah mengambil beberapa langkah untuk mengekalkan bilangan pakar seperti berikut:

    i. Pengambilan pakar warganegara asing secara kontrak; ii. Pelantikan semula pakar KKM yang telah bersara wajib secara

    kontrak; 111. Pengambilan doktor pakar swasta berkhidmat secara sesional; dan IV. Menggalakkan pakar warganegara Malaysia yang berkhidmat di

    luar negara untuk pulang ke tanah air

    2

  • PERTANYAAN

    DARIPADA

    SO ALAN

    DEWAN RAKYAT MALAYSIA SOALAN BUKAN LISAN

    BUKAN LISAN

    SOALAN NO.: 21

    Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu]

    Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan masalah banjir merupakan masalah tahunan yang sering dihadapi oleh negara. Adakah Kerajaan mempunyai sebarang inisiatif sama ada mempertingkatkan kemudahan bagi mengelak daripada banjir atau penambahbaikan sistem penyelamatan mangsa banjir.

  • JAWAPAN:

    Tuan Yang Dipertua,

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam usaha untuk mengurangkan masalah banjir, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS), telah mengamalkan pengurusan banjir secara holistik dan bersepadu dengan mengguna pakai kedua-dua kaedah struktur dan bukan struktur dalam mengurangkan risiko banjir dan kesan negatif banjir di seluruh negara.

    Di antara kaedah struktur yang utama ialah melalui pelaksanaan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang dilaksanakan secara berterusan. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) sebanyak 163 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) telah dilaksanakan di seluruh negara. Antaranya termasuklah projek Stormwater Management and Road Tunnel (SMART) bagi mengurangkan masalah banjir di bandaraya Kuala Lumpur. Dalam RMKe-10 (2011-2013) sebanyak 121 projek tebatan banjir telah siap dilaksanakan manakala dalam tahun 2014 sebanyak 25 projek yang terdiri daripada projek-projek sambungan dan baru sedang dilaksanakan. Antara projek-projek utama yang dalam pelaksanaan adalah RTB Lembangan Sungai Kerian, RTB Segamat di Johor dan RTB Perlis. Antara langkah struktur lain yang turut diberi tumpuan ialah kerja-kerja kejuruteraan seperti pembinaan empangan tebatan banjir, kolam takungan, benteng sungai, lencongan sungai, mendalam dan melebarkan sungai, menyediakan sistem pam dan sistem saliran utama.

    2

  • Langkah bukan struktur pula ialah langkah-langkah pengurusan dan kesedaran awam seperti pengurusan bersepadu untuk sumber air, lembangan sungai, pantai dan banjir, penyediaan dan peningkatan sistem ramalan dan amaran banjir, penyediaan peta banjir dan garis panduan.

    Pendekatan dan usaha yang dilaksanakan ini telah berjaya mengurangkan impak akibat bencana banjir.

    Bagi penambahbaikan sistem penyelamatan mangsa banjir, koordinasi tindak balas pengurusan bencana pada kebiasaannya telah dilaksanakan lebih awal daripada jangkaan bencana banjir musim tengkujuh pada setiap tahun melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) yang dipengerusikan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Mesyuarat ini diadakan sebagai langkah persediaan awal bagi menyelaras persediaan di peringkat agensi dalam menghadapi bencana di setiap peringkat pentadbiran iaitu di peringkat Pusat, Negeri dan Daerah. Kesemua perancangan ini dilaksanakan berpandukan kepada Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 20: Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara (Semakan 2012).

    Antara persediaan yang dilaporkan daripada pelbagai agensi semasa mesyuarat tersebut termasuklah mengenai jangkaan episod hujan lebat oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dan rancangan atur gerak aset dan logistik oleh agensi tindak balas, seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta perancangan bantuan dan sokongan lain oleh

    3

  • Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), telah bersiap sedia untuk diatur gerak di seluruh negara.

    Pihak MKN turut mengeluarkan tujuh (7) Peraturan Tetap Operasi (PTO) dalam mengendalikan bencana yang pelbagai seperti Bencana Banjir, Bencana lndustri, Bencana Gempa Bumi, Bencana Tsunami dan Bencana Kemarau. Dokumen ini akan diguna pakai oleh semua agensi yang berkaitan dalam memastikan tindak balas bencana lebih selaras, menyeluruh dan berkesan.

    4

  • ,.

    SOALAN NO: 22

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN BAGI DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN

    DARIPADA

    TARIKH

    SO ALAN

    BUKAN JAWAB LISAN

    DATO' ABO. AZIZ BIN HAJI SHEIKH FADZIR [ KULIM BANDAR BAHARU ]

    9 HINGGA 19 JUN 2014

    22

    Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah tahap pelaksanaan Jawatankuasa Media yang dicadangkan oleh Kerajaan. Adakah Jawatankuasa Media ini hanya akan ditubuhkan setelah pemansuhan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan digazet seperti permintaan industri media dan bagaimanakah media berperanan dalam menyampaikan maklumat yang lebih mudah difahami rakyat akan setiap dasar yang dijalankan oleh Kerajaan.

    JAWAPAN:

    Yang Berhormat,

    Penubuhan Majlis Perundingan Media Negara adalah masih lagi di peringkat cadangan. Kerajaan masih lagi mengkaji bagaimana struktur majlis tersebut akan dibentuk. Sehubungan itu, Kerajaan telah mengambil maklum dan perhatian akan pandangan semua wakil pihak

  • SOALAN NO: 22 media yang hadir dalam usaha untuk mewujudkan satu majlis yang bermanfaat bagi kedua belah pihak.

    Pada masa ini semua media di Malaysia diberikan hak dan kebebasan untuk menyuarakan pandangan mengenai pelbagai perkara selagi ia tidak melanggar Perkara 1 0 dalam Perlembagaan Persekutuan, Agama, Nilai dan Etika serta keharmonian kaum dan keselamatan negara. Sebagai bukti bahawa sifat liberal dan pematuhan hak-hak asasi bersuara terlaksana dengan baik di negara ini, semua parti pembangkang di Malaysia bebas menerbitkan akhbar masing-masing tanpa sebarang sekatan dan dalam masa yang sama portal berita di alam siber diberikan ruang yang bebas untuk mengutarakan pendapat dan maklumat mengenai pelbagai perkara. Sebahagian besar daripada mereka berpandukan kepada suara-suara daripada pihak pembangkang.

    Kerajaan sendiri telah mengambil beberapa langkah signifikan ke arah menjamin kebebasan media di negara ini termasuk memansuhkan keperluan untuk memperbaharui permit penerbitan setiap tahun. Manakala kuasa Menteri Dalam Negeri untuk menyekat atau menarik balik permit sesuatu penerbitan pula adalah tertakluk kepada semakan kehakiman.

  • JAWAPAN SOALAN PERSIDANGAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA: Y.B. DATO' ABO. AZIZ BIN HAJI SHEIKH FADZIR

    [ KULIM BANDAR BAHARU 1

    JAWAPAN OLEH Y.B. MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

    PERTANYAAN BERTULIS

    RTOJ/23

    Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu 1 minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan tahap keberkesanan program penubuhan Universiti Apex yang diiktiraf oleh Kerajaan sebelum ini dan berapakah jumlah pelajar dari luar yang belajar di I PTA tempatan mengikut negara dan bidang kursus diambil.

    JAWAPAN

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan program Accelerated Programme for Excellence (APEX) di Universiti Sains Malaysia (USM) selama lima (5) tahun iaitu dari tahun 2008 hingga 2013. Jika dilihat dari segi pencapaian, ternyata program APEX Fasa I (2008-2013) telah mengubah landskap USM sebagai sebuah universiti sama ada dalam hal-hal berkaitan penyelidikan, penerbitan, pelajar dan program-program yang melibatkan golongan terkebawah. Contohnya dari segi geran penyelidikan dalam tempoh 2004 hingga 2008 USM telah memperolehi 2,717 geran penyelidikan baharu berbanding tempoh yang sama dalam program APEX Fasa I (2009-2013) sebanyak 4,897 geran penyelidikan baharu iaitu peningkatan sebanyak 80%. Manakala penerbitan dalam journal berindex (lSI/SCOPUS) dalam tempoh 2004 hingga 2008 sebanyak 3,392 telah diterbitkan dan meningkat kepada 10,464 semasa program APEX (2009-2013) iaitu peningkatan sebanyak 209%.

    Manakala dari segi pelajar ijazah lanjutan (sarjana dan PhD) pula, jumlah pendaftaran sehingga 2008 adalah seramai 7,801 orang dan meningkat kepada 12,097 orang pada tahun 2012 iaitu peningkatan sebanyak 55%. Manakala jumlah pelajar ijazah lanjutan

  • yang bergraduan juga telah meningkat sebanyak 44% iaitu daripada 5,635 orang (2004-2008) kepada 8,113 orang (2009-2013). USM juga telah berjaya meningkatkan jumlah graduan PhD daripada 521 orang (2004-2008) kepada 1316 orang (2009-2013) iaitu peningkatan sebanyak 152%.

    Selain itu, pelajar ijazah pertama yang bergraduan dengan CGPA 3.5 dan ke atas juga telah meningkat dari 7.0% kepada 12.5% daripada jumlah keseluruhan graduan. Dari segi patents filed dan granted juga berlaku peningkatan yang positif. Dalam tempoh 2004 hingga 2008 jumlah patents filed yang berjaya didaftarkan adalah 40 dan 34 granted. Jumlah ini meningkat kepada 287 patents filed dan 35 granted dalam pelaksanaan APEX Fasa I iaitu peningkatan sebanyak 617%.

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, jumlah pelajar dari luar yang belajar di lnstitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan adalah seramai 28,837 orang pada tahun 2013. Jumlah mengikut lima (5) negara tertinggi di IPTA adalah Iran sebanyak 5,009 orang, diikuti Indonesia sebanyak 3,938, China sebanyak 2,382 orang, Iraq sebanyak 1,853 orang dan Yemen sebanyak 1,726 orang. Bidang pengajian utama mereka pula adalah seperti bidang Sains Sosial, Perniagaan dan Perundangan seramai 8,505 orang, diikuti bidang Kejuruteraan, Pembuatan Dan Pembinaan seramai 7,285 orang, Sains, Matematik Dan Komputer seramai 5,398 orang, Sastera Dan Kemanusiaan seramai 3,619 orang, Pendidikan sebanyak 1,653 orang, Kesihatan Dan Kebajikan sebanyak 1,240 orang, Program Asas seramai 444 orang, Pertanian Dan Veterinar seramai 383 orang dan Perkhidmatan seramai 310 orang.

    Rt23

  • NO. SOALAN: 24

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

    PERTANYAAN DARIPADA

    BERTULIS DATO' ABO. AZIZ BIN HAJI SHEIKH FADZIR [KULIM BANDAR BAHARU]

    DATO' ABO. AZIZ BIN HAJI SHEIKH FADZIR[ KULIM BANDAR BAHARU ]minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan sejauh manakah tindakan Kementerian dalam menangam masalah penyelewengan diesel bersubsidi yang sekian lama menjadi masalah yang belum dapat diselesaikan secara komprehensif oleh Kementerian.

    JAWAPAN

    Tuan Yang Dipertua,

    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedar bahawa aktiviti penyelewengan diesel bersubsidi ini amat sukar untuk dihapuskan secara menyeluruh selagi wujudnya jurang harga yang sangat besar antara pasaran domestik dan antarabangsa. Keadaan ini berlaku kerana harga minyak diesel di Negara ini diberi subsidi yang

  • tinggi oleh kerajaan supaya rakyat dapat menikmati harga yang lebih murah.

    Pelbagai langkah telah diambil untuk menghalang penyelewengan diesel bersubsidi daripada berlaku. Diantaranya adalah seperti berikut :

    1. Menghadkan waktu operasi stesen minyak di kawasan sempadan sehingga jam 10.00 mal am dan penjualan diesel kepada kenderaan asing tidak melebihi 20 liter sahaja.

    ii. Mengawal dan menetapkan kuota asas jualan minyak diesel di stesen-stesen minyak.

    iii. Mewartakan minyak diesel sebagai barangan Larangan Eksport dibawah Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Eksport) 2011 yang berkuatkuasa mulai tahun 2011; dan

    iv. Mengambil tindakan undang-undang ke atas penjenayah yang menyeleweng diesel bersubsidi di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, menggerakkan operasi secara bersepadu dibawah Ops Titik serta memberi bantuan dan kerjasama penuh kepada seluruh

  • agensi penguatkuasaan yang lain termasuk kepada operasi yang digerakkan dibawah Pasukan Petugas Khas Jabatan Peguam Negara.

    Kejayaan hasil tindakan penguatkuasaan dan operasi yang telah dijalankan bagi diesel sahaja adalah seperti berikut: Tahun Bil. Kes Nilai Rampasan

    2011 724 kes RM 13.66 juta 2012 735 kes RM26.06 juta 2013 851 kes RM25.21 juta 2014 153 kes RM 2.02 juta (Jan- Mei)

    Selain itu, akaun sindiket yang terlibat dalam kegiatan penyelewengan bahan petroleum bersubsidi ini berjumlah RM50.86 juta dan wang tunai berjumlah RM949,929 juga telah disita.

    Sehingga 31 Mei 2014, hasil pelbagai tindakan yang telah dilaksanakan, telah mula melihat impak yang positif iaitu kejadian stock-out minyak diesel yang sebelum ini kerap berlaku terutamanya pada akhir setiap bulan, kini sudah berkurangan. lni juga menunjukkan kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi sudah mula berkurangan. Kementerian sangat berharap agar tindakan yang berterusan ini akan dapat

  • mengurangkan jumlah kuantiti bahanapi petrol, diesel dan gas petroleum cecair yang diberi subsidi ini akan berkurangan pada penghujung tahun 2014 nanti.

    Bagi memastikan penyelewengan ini dapat diatasi secara komprehensif, Kementerian Juga sedang berusaha untuk menambahbaik peruntukan undang-undang sedia ada bagi menyesuaikannya dengan keperluan semasa dan memperuntukkan penalti yang lebih berat, memperkenalkan semula kaedah penandaan diesel bersubsidi serta menimbang langkah-langkah lain yang lebih efektif termasuklah memperkenalkan sistem pengagihan subsidi yang bersasar.

  • PERTANYAAN DARIPADA

    SO ALAN

    JAWAPAN

    SOALAN NO: 25

    PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    BERTULIS DATO' ABO. AZIZ HAJI SHEIKH FADZIL [KULIM BANDAR BARU] Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah perancangan jangka masa pendek Kementerian bagi memastikan bekalan makanan yang dihasilkan para petani dalam negara mencukupi untuk menampung permintaan tempatan.

    Kementerian telah merangka beberapa perancangan jangka masa pendek bagi memastikan bekalan makanan yang dihasilkan para petani dalam negara mencukupi untuk menampung permintaan tempatan melalui :-

    i) pelaksanaan Projek Berimpak Besar seperti Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Zon lndustri Akuakultur (ZIA}, Pusat Fidlot Nasional, Ladang Kontrak dan Pembangunan Usahawan Asas Tani serta Entry Point Projects di bawah NKEA Pertanian;

    ii) penggunaan tanah pertanian secara optimum di mana kawasan tanaman semula kelapa sawit akan dibangunkan dengan tanaman selingan singkat masa seperti pisang, nanas dan tembikai serta menjalankan projek integrasi ternakan di kawasan perladangan industri;

    iii) pembangunan tanah terbiar yang ketika ini dianggarkan berjumlah 100,000 hektar dibangunkan khususnya bagi tanaman padi dan lain-lain aktiviti pertanian;

    iv) pembangunan empat (4) kawasan pembangunan pertanian bersepadu (IADA) iaitu Pekan (7,211 hektar) dan Rompin (3,094 hektar) di Pahang, Satang Lupar (5, 100 hektar) di Sarawak dan Kota Belud (8,500 hektar) di Sabah sebagai jelapang padi Negara yang baru. Dengan pembukaan empat (4) IADA baru seluas 23,905 hektar ini, pengeluaran padi negara

    1

  • akan dapat ditingkatkan, kadar import beras dari Negara luar dapat dikurangkan seterusnya tahap sara diri (SSL) beras iaitu 71.7% ketika ini turut dapat ditingkatkan;

    v) penumpuan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) kepada peningkatan pengeluaran hasil secara mampan. Antara bidang tumpuan R&D meliputi pembangunan varieti dan baka, pengeluaran benih, pengeluaran makanan ternakan dan akuakultur, bioteknologi, mekanisasi dan automasi, sistem pengeluaran di bawah modified environment, kaji penyakit, piawaian dan gred serta pemuliharaan sumber dan teknologi hijau. Antara penemuan terbaru R&D adalah pembangunan teknologi padi "Aerob" iaitu teknologi baru tanaman padi tanpa air bertakung;

    vi) pembangunan sistem rantaian bekalan makanan yang lebih terangkum dan kukuh dengan penglibatan Kerajaan, swasta serta petani, penternak dan nelayan bagi menghubungkan pengeluaran dengan permintaan pasaran, meningkatkan aktiviti nilai ditambah serta mengurangkan risiko perniagaan. Ia akan dilaksanakan melalui projek-projek seperti Projek Terminal Makanan Negara (TEMAN), Program Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Program Keusahawanan Agrobazaar Kedai Rakyat dan Motosikal Roda Tiga serta Pasar Komuniti dan Karavan (PAKAR) di seluruh Negara; dan

    vii) penglibatan aktif pihak swasta dalam menjana peningkatan pengeluaran makanan dalam negara akan terus digalakkan dengan perluasan insentif fiskal termasuk pelaburan semula dan baru meliputi semua aktiviti pengeluaran dan pemprosesan. Pinjaman mudah yang mencukupi akan disediakan melalui Agrobank dan TEKUN dan akses kepada pembiayaan akan diperbaiki.

    2

  • JAWAPAN SOALAN PERSIDANGAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA: Y.B. DATUK AHMAD JAZLAN BIN YAAKUB[MACHANG]

    JAWAPAN OLEH Y.B. MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

    PERTANYAAN BERTULIS

    RT04/26

    Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub [ Machang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-

    (a) statistik terkini pelajar asing di Malaysia mengikut lnstitut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta; dan

    (b) sumber kewangan pelajar asing untuk membiayai yuran dan kos sara hidup mereka di Malaysia.

    JAWAPAN

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

    (a) Statistik pelajar asing di Malaysia di lnstitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi tahun berakhir 2013 adalah seramai 28,837 orang. Manakala sehingga 1 Mei 2014 seramai 50,834 orang pelajar antarabangsa yang mengikuti pengajian di lnstitut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

    (b) Sumber kewangan pelajar asing yang belajar di Malaysia adalah daripada biasiswa Kerajaan masing-masing, perbelanjaan sendiri dan terdapat juga IPTA yang menawarkan biasiswa kepada pelajar antarabangsa berdasarkan kelayakan.

    Rt26

  • SOALAN NO: 27

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA JAWAPAN OLEH VB DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM

    MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

    PERTANYAAN BUKAN LISAN DARIPADA DATUK AHMAD JAZLAN BIN YAAKUB

    [MACHANG] SO ALAN

    Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub [ Machang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-(a) statistik terkini bilangan katil mengikut hospital-hospital Kerajaan;

    dan (b) kos subsidi perubatan yang telah ditanggung oleh Kementerian

    mengikut tahun semenjak 2008

    Tuan Yang di-Pertua,

    Sehingga 31 Disember 2013, Malaysia mempunyai sejumlah 149 hospital kerajaan dengan 43,437 katil. Daripada jumlah tersebut, 141 hospital merupakan hospital milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 5 hospital milik Kementerian Pertahanan Malaysia dan 3 hospital adalah milik Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Jumlah katil di 141 hospital termasuk institusi perubatan khas milik KKM seluruh negara ialah 39,728 katil, mana kala jumlah katil di 8 buah

    1

  • hospital milik Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pendidikan ialah 3, 709 katil.

    Tuan Yang di-Pertua,

    Dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat di negara ini, Kerajaan telah membelanjakan peruntukan mengurus yang mana termasuk bekalan ubat-ubatan, reagen, vaksin, peralatan pakai buang dan sebagainya. Jumlah perbelanjaan yang telah ditanggung oleh Kerajaan berbanding dengan jumlah kutipan hasil kerajaan di hospital dan klinik adalah seperti berikut:

    Tahun Perbelanjaan oleh Kerajaan Kutipan hasil Kerajaan 2008 RM11 .6 bilion RM205.1 juta 2009 RM 12.2 bilion RM213.6 juta 2010 RM112.7 bilion RM227.6 juta 2011 RM14.9 bilion RM245.6 juta 2012 RM 17.3 bilion RM253.6 juta 2013 RM17.7 bilion RM250.8 juta

    Kerajaan juga telah mewujudkan Tabung Bantuan Perubatan yang bertujuan untuk membantu golongan miskin atau kurang berkemampuan untuk membiayai sebahagian atau sepenuhnya kos rawatan, peralatan perubatan, peralatan rehabilitasi dan ubat-ubatan yang tidak dapat disediakan di hospital Kerajaan. Maklumat mengikut tahun adalah seperti berikut:

    2

  • 2008: RM19.4 juta 2009: RM30.1 juta 2010: RM33.3 juta 2011: RM31.2 juta 2012: RM33.2 juta 2013: RM40.1 juta

    Selain itu, Kerajaan juga masih mengekalkan bayaran caj RM1.00 bagi pesakit luar yang mana caj ini termasuk perundingan, ubat dan segala siasatan yang dijalankan.

    Bagi pesakit yang mendapatkan rawatan sebagai pesakit dalam di hospital, Kerajaan telah mengenakan kadar caj wad yang minimum bermula dari RM3.00 bagi Wad Kelas Tiga, RM20.00 bagi Wad Kelas Dua dan RMBO.OO bagi Wad Kelas Satu. Kadar caj wad ini adalah rendah berbanding dengan kadar pasaran. Di samping itu juga, pengecualian juga boleh diberikan kepada pesakit warganegara di wad kelas tiga yang tidak mampu.

    Tuan Yang di-Pertua, Sebagai Kerajaan yang prihatin, golongan rakyat yang kurang berkemampuan yang mengalami penyakit ginjal tahap akhir (End Stage Renal Disease) diberi subsidi rawatan hemodialisis dan suntikan erythropoietin (EPO) apabila mendapat rawatan dan suntikan ini di pusat-pusat dialisis yang dikendalikan oleh Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO). Kementerian Kesihatan Malaysia telah memberi subsidi rawatan hemodialisis dan suntikan erythropoietin kepada pesakit miskin dan kurang berkemampuan iaitu pada kadar sebanyak RM50 untuk setiap rawatan dialisis dan RM30 untuk suntikan erythropoietin.

    3

  • NO. SO ALAN: 28

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN

    DARIPADA

    SO ALAN

    BUKAN LISAN

    DATUK AHMAD JAZLAN BIN YAAKUB [MAC HANG]

    Datuk Ahmad Jazlan Bin Yaakub [ Machang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

    (a) statistik terkini usahawan-usahawan Bumiputera yang telah berjaya dilahirkan oleh Kerajaan mengikut tahun semenjak tahun 2008; dan

    (b) statistik terkini profesional Bumiputera mengikut bidang pekerjaan semenjak tahun 2008.

  • ' JAWAPAN: VB SENATOR DATO' SRI ABDUL WAHID OMAR,

    MENTERI Dl JABATAN PERDANA MENTERI

    Tuan Yang di-Pertua,

    (a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan maklumat terkumpul yang diperolehi daripada agensi berkaitan, jumlah usahawan Bumiputera yang telah berjaya mendapat pembiayaan bermula dari tahun 2008 sehingga kini adalah seperti berikut:

    BIL AGENSI BILANGAN USAHAWAN BUMIPUTERA

    1 Unit Peneraju Agenda Bumiputera 282 (TERAJU) * Sehingga 30 April 2014

    2 Majlis Amanah Rakyat (MARA) 60,698 * Sehingga 30 April 2014

    3 Perbadanan Nasional Berhad (PNS) 1,663 * Sehingga 30 April 2014

    4 Amanah lkhtiar Malaysia (AIM) 301,342

    * Sehingga 31 Mac 2014 5 Perbadanan Usahawan Nasional 3,046

    Berhad (PUNS) * Sehingga 31 Mac 2014

    6 TEKUN Nasional (TEKUN) 165,263

    * Sehingga 30 April 2014 JUMLAHKESELURUHAN 532,294

    2

  • (b) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, statistik profesional berdaftar terpilih bagi Bumiputera mengikut bidang pekerjaan semenjak tahun 2008 sehingga terkini adalah:

    P rof.es i cu1 20Cl8 2CTJ38 2'@'16 2011 21Ql1'2 I:Ml

    Akauntan 1,234 1,377 1,396 1,464 1,524 1,572 6.9% 7.4% 7.4% 7.7% 7.9% 8.0% 619 630 646 676 710 702

    Arkitek 37.0% 37.2% 37.5% 38.4% 38.9% 38.4%

    Doktor 10,405 9,913 10,420 11,215 12,413 13,722 52.9% 47.1% 48.0% 47.9% 45.6% 45.7%

    Doktor 1,662 1,779 1,928 2,175 2,310 2,672 Gigi 49.4% 49.9% 50.6% 51.1% 50.7% 51.0%

    Doktor 660 697 725 761 805 847 Veterinar1 42.7% 41.9% 42.0% 42.5% 43.3% 45.1%

    Juruukur 1 '194 1,143 1 '108 1,344 2 2

    - -51.1% 51.0% 87.2% 51.8%

    Peguam 5,029 5,089 5,074 5,549 5,975 6,359 39.3% 39.1% 38.5% 39.5% 40.1% 40.5%

    Sumber: Persatuan profesional dan institusi yang meliputi kedua-dua sektor awam dan swasta, termasuk lnstitut Akauntan Malaysia, Lembaga Arkitek Malaysia, Majlis Perubatan Malaysia, Majlis Peguam Malaysia, lnstitut Juruukur Malaysia, Majlis Pergigian Malaysia dan Majlis Doktor Veterinar Malaysia.

    *Nota: 1) Perubahan statistik yang ketara sepanjang tahun 2008 sehingga 2013 adalah kerana statistik ini bergantung kepada graduan yang majoritinya daripada Universiti Putra Malaysia (UPM). Kadar pengambilan pelajar dan kadar lulus program di UPM memberi kesan ke atas bilangan doktor veterinar di Malaysia kerana hanya sebilangan kecil sahaja graduan daripada luar negara. 2) lnstitut Juruukur Malaysia tidak mempunyai rekod lengkap bagi bilangan juruukur profesional bagi tahun 2012 dan 2013.

    Sekian. Terima kasih.

    3

  • PERTANYAAN

    DARIPADA

    SO ALAN

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    BUKAN JAWAB LISAN

    DATUK AHMAD JAZLAN BIN YAAKUB [MACHAN G)

    29

    Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub [ Machang ) minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:-

    (a) statistik terkini kenderaan darat di Malaysia mengikut tahun semenjak tahun 2008; dan

    (b) statistik pemegang lesen mengikut kelas/kategori semenjak tahun 2008 sehingga kini.

  • JAWAPAN

    Tuan Yang di-Pertua,

    a) Statistik terkini kenderaan darat di Malaysia mengikut tahun semenjak tahun 2008 sehingga kini adalah seperti berikut:

    JE;~JS m:N"Jl~lft P'EUE.DiftMfil ~EINilB.R'A~N P~IDM~l!AlN A~M ii

  • 2010 565,261 448,859 538,948 13,230 109 54,391 22,226

    2011 550,128 464,546 527,198 14,354 117 54,659 22,779

    2012 558,094 531,584 540,391 14,408 88 56,627 24,766

    2013 562,388 528,192 531,196 14,457 105 56,645 25,594

    JI:IMI.AM 3.1~Uil8 2,80lMS2 3,o10',a64 19/916 861 3'614P3 1t31li1U

    3

  • NO. SOALAN : 30

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN

    DARIPADA

    SO ALAN

    BUKAN LISAN

    YB. DATUK AHMAD JAZLAN BIN YAAKUB [ MACHANG 1

    YB. Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub [ Machang 1 minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan :-

    a) Statistik pelancong asing mengikut negara semenjak tahun 2008 sehingga kini; dan

    b) Statistik bilangan hotel mengikut bintang disetiap negeri di Malaysia semenjak 2008 sehingga kini.

  • JAWAPAN: DATO' SERJ MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN

    Tuan Yang di-Pertua,

    Statistik ketibaan pelancong ke Malaysia semenjak tahun 2008 sehingga 2013 adalah seperti berikut:

    Tahun Jumlah Ketibaan Pelancong Asing

    2008 22 juta orang 2009 23.6 juta orang 2010 24.6 juta orang 2011 24.7 juta orang 2012 25 juta orang 2013 27 juta orang

    2014 (Jan-Mac) 7.1 Juta orang Jumlah 154.05 juta orang

    Butiran terperinci mengenai statistik ketibaan pelancong mengikut negara boleh diperolehi di Iaman sesawang Tourism Malaysia iaitu www.tourismmalaysia.gov.my .

    Tuan Yang di-Pertua,

    Premis Penginapan Pelancong di Malaysia telah dikelaskan di antara 1 - 5 bintang mengikut kategori Hotel dan Hotel Apartment. Statistik bilangan hotel mengikut bintang di setiap negeri di Malaysia semenjak tahun 2008 sehingga April 2014 adalah seperti berikut :-

    2

  • STATISTIK BILANGAN HOTEL MENGIKUT BINTANG Dl SETIAP NEGERI SEHINGGA TAHUN 2008

    BINTANG NEGERI JUMLAH

    5 4 3 2 1

    PERLIS 0 1 1 0 1 3

    KEDAH 8 9 21 12 5 55

    PULAU PINANG 8 14 8 13 4 47

    PERAK 1 6 8 20 12 47

    SELANGOR 12 11 14 5 7 49

    NEGERI SEMBILAN 0 6 7 6 3 22

    MELAKA 2 6 13 14 5 40

    JOHOR 4 6 12 22 14 58

    PAHANG 3 14 17 24 6 64

    KELANTAN 1 1 5 10 1 18

    TERENGGANU 2 4 4 10 2 22

    SA BAH 5 5 24 25 17 76

    SARAWAK 6 7 18 13 7 51 WILAYAH 23 23 21 33 20 120 PERSEKUTUAN

    JUMLAH 75 113 173 207 104 672

    3

  • ST ATISTIK BILANGAN HOTEL MENGIKUT BINT ANG 01 SETIAP NEGERI SEHINGGA TAHUN 2009.

    BINTANG NEGERI JUMLAH

    5 4 3 2 1

    PERLIS 0 1 1 0 2 4

    KEDAH 9 8 21 10 6 54

    PULAU PINANG 7 16 9 13 4 49

    PERAK 1 6 8 19 14 48

    SELANGOR 11 13 14 6 9 53

    NEGERI SEMBILAN 0 6 6 7 4 23

    MELAKA 2 7 14 16 9 48

    JOHOR 4 6 15 22 14 61

    PAHANG 3 14 20 26 9 72

    KELANTAN 1 1 5 10 3 20

    TERENGGANU 2 4 5 11 2 24

    SABAH 8 6 33 34 27 108

    SARAWAK 6 10 21 13 8 58 WILAYAH 23 22 25 35 20 125 PERSEKUTUAN

    JUMLAH 77 120 197 222 131 747

    4

  • STATISTIK BILANGAN HOTEL MENGIKUT BINTANG Dl SETIAP NEGERI SEHINGGA TAHUN 2010

    BINTANG NEGERI JUMLAH

    5 4 3 2 1

    PERLIS 0 1 1 0 2 4

    KEDAH 9 9 18 11 10 57

    PULAU PINANG 7 21 8 18 4 58

    PERAK 2 5 5 19 15 46

    SELANGOR 11 14 10 11 12 58

    NEGERI SEMBILAN 0 7 6 6 4 23

    MELAKA 1 12 18 20 13 64

    JOHOR 2 5 16 26 17 66

    PAHANG 3 14 22 22 10 71

    KELANTAN 1 1 5 1 1 4 22

    TERENGGANU 3 5 7 14 4 33

    SA BAH 8 8 34 35 30 115

    SARAWAK 7 11 23 14 11 66 WILAYAH 24 20 28 35 24 131 PERSEKUTUAN

    JUMLAH 78 133 201 242 160 814

    5

  • STATISTIK BILANGAN HOTEL MENGIKUT BINTANG Dl SETIAP NEGERI SEHINGGA TAHUN 2011

    BINTANG NEGERI JUMLAH

    5 4 3 2 1

    PERLIS 0 1 1 0 2 4

    KEDAH 9 10 16 12 8 55

    PULAU PINANG 7 17 8 17 3 52

    PERAK 1 7 11 20 14 53

    SELANGOR 13 12 16 17 22 80

    NEGERI SEMBILAN 0 9 8 5 6 28

    MELAKA 3 6 12 15 14 50

    JOHOR 4 8 21 28 20 81

    PAHANG 3 14 23 22 11 73

    KELANTAN 1 1 6 13 2 23

    TERENGGANU 4 3 9 14 4 34

    SABAH 9 14 36 38 38 135

    SARAWAK 6 13 24 12 16 71 WILAYAH 28 21 28 41 31 149 PERSEKUTUAN

    JUMLAH 88 136 219 254 191 888

    6

  • STATISTIK BILANGAN HOTEL MENGIKUT BINTANG Dl SETIAP NEGERI SEHINGGA TAHUN 2012

    BINTANG NEGERI JUMLAH

    5 4 3 2 1

    PER LIS 0 1 0 1 2 4

    KEDAH 9 10 16 12 11 58

    PULAU PINANG 9 18 8 17 5 57

    PERAK 1 6 16 23 13 59

    SELANGOR 14 11 17 19 25 86

    NEGERI SEMBILAN 0 9 8 7 6 30

    MELAKA 4 7 13 17 17 58

    JOHOR 4 9 21 29 20 83

    PAHANG 5 15 24 24 13 81

    KELANTAN 1 1 6 13 2 23

    TERENGGANU 4 5 9 16 8 42

    SA BAH 9 15 37 44 46 151

    SARAWAK 6 13 25 13 19 76 WILAYAH 27 24 27 42 32 152 PERSEKUTUAN

    JUMLAH 93 144 227 277 219 960

    7

  • STATISTIK BILANGAN HOTEL MENGIKUT BINTANG Dl SETIAP NEGERI SEHINGGA TAHUN 2013

    BINTANG NEGERI JUMLAH

    5 4 3 2 1

    PERLIS 0 0 1 4 3 8

    KEDAH 12 10 16 12 12 62

    PULAU PINANG 9 17 8 17 5 56

    PERAK 2 6 15 23 14 60

    SELANGOR 10 10 17 22 31 90

    NEGERI SEMBILAN 1 8 9 8 6 32

    MELAKA 4 7 15 21 16 63

    JOHOR 3 11 22 31 20 87

    PAHANG 5 15 22 24 17 83

    KELANTAN 1 2 7 14 3 27

    TERENGGANU 4 5 10 17 10 46

    SABAH 9 15 40 46 50 160

    SARAWAK 6 13 26 19 19 83 WILAYAH 29 27 26 35 34 151 PERSEKUTUAN

    JUMLAH 95 146 234 293 240 1008

    8

  • STATISTIK BILANGAN HOTEL MENGIKUT BINTANG Dl SETIAP NEGERI SEHINGGA TAHUN 2014

    BINTANG NEGERI JUMLAH

    5 4 3 2 1

    PERLIS 0 0 1 5 3 9

    KEDAH 9 10 13 11 10 53

    PULAU PINANG 8 16 8 12 3 47

    PERAK 2 6 14 24 14 60

    SELANGOR 11 9 17 22 31 90

    NEGERI SEMBILAN 2 7 13 8 7 37

    MELAKA 2 10 16 25 17 70

    JOHOR 2 11 25 31 20 89

    PAHANG 5 15 22 24 15 81

    KELANTAN 2 2 7 15 7 33

    TERENGGANU 4 5 15 18 9 51

    SABAH 9 15 41 46 50 161

    SARAWAK 6 13 27 19 19 84 WILAYAH 29 25 27 35 37 153 PERSEKUTUAN

    JUMLAH 91 144 246 295 242 1018

    Sekian, terima kasih .

    9

  • SULIT

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA,

    PARLIMEN KETIGA BELAS

    PERTANYAAN

    DARIPADA

    SO ALAN (NO. 31)

    BERTULIS

    DATUK HAJI SHABUDIN BIN YAHYA [ TASEK GELUGOR- BN]

    Minta MENTERI BELlA DAN SUKAN menyatakan

    a) halatuju Kementerian mengenai pembangunan Persatuan-Persatuan Belia yang semakin lesu. Serapakan jumlah Persatuan Selia yang berdaftar dan berapa pula yang masih aktif; dan

    b) apakah bantu an yang disediakan oleh Kementerian kepada setiap Persatuan Selia tersebut.

    1 SULIT

  • I .

    SULIT

    JAWAPAN (a)

    Yang di-Pertua

    1. Untuk makluman Ahli Yang Serhormat, pendekatan yang diambil oleh Kementerian bagi mengatasi kelesuan pergerakan persatuan-persatuan belia adalah seperti berikut:

    a. Memberi pengiktirafan kepada penggiat dan penggerak belia; b. Memberi keutamaan kepada ahli persatuan belia untuk

    menyertai aktiviti belia yang dianjurkan oleh Kementerian; c. Pengupayaan pertubuhan belia melalui penganjuran program

    bersama; dan d. Kemudahan dana bantuan kepada pertubuhan Selia bagi

    membiayai kos pentadbiran kepada Majlis Selia Daerah dan pelaksanaan aktiviti NGO bagi yang memohon.

    2. Sehingga 28 Mei 2014, jumlah keseluruhan pertubuhan belia yang telah didaftarkan adalah sebanyak 9,234 pertubuhan belia dan jumlah keseluruhan keahlian belia adalah seramai 2.66 juta ahli.. Daripada jumlah itu sebanyak 7,978 masih lagi bergiat aktif dan sebanyak 1 ,256 buah pertubuhan belia tidak aktif dan telah dibatalkan dari tahun 2013 hingga 2014.

    2 SULIT

  • SULIT

    JAWAPAN (b)

    1. Bantuan yang disediakan kepada persatuan belia adalah bantuan aktiviti atau program. Walau bagaimanapun, bantuan ini bergantung kepada peruntukan sedia ada dan permohonan bantuan oleh persatuan belia serta hendaklah menepati syarat-syarat dan garis panduan pemberian bantuan kementerian yang telah ditetapkan.

    Sekian, terima kasih.

    3 SULIT

  • NO. SOALAN: 32 DEWAN RAKYAT

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA

    PARLIMEN KETIGA BELAS (2014)

    PERTANYAAN : BUKAN LISAN

    DARIPADA

    SOALAN:

    :VB DATUK HAJI SHABUDIN BIN YAHAYA [TASEK GELUGOR]

    Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah bentuk dan latihan yang disediakan kepada Pegawai Hal Ehwal Islam yang dilantik oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia sebelum mereka ditempatkan dan adakah kursus dan latihan tersebut setaraf dengan kursus-kursus yang diberikan kepada Pegawai-Pegawai Tadbir Diplomatik.

    JAWAPAN : (Y.B. MEJAR JENERAL DATO' SERI JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM (B), MENTERI Dl JABATAN PERDANA MENTERI)

    Tuan Yang di-Pertua,

    Kerajaan perihatin terhadap kecekapan, kualiti dan kewibawaan Pegawai Hal Ehwal Islam (PHEI) bagi memenuhi aspirasi Kerajaan. Menyedari tanggungjawab besar ini, Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), perlu mempersiapkan dan menyediakan Pegawai Hal

  • Ehwal Islam yang berkualiti yang akan melaksanakan dan merialisasikan misi dan visi JAKIM. Tambahan pula pada masa kini, pengurusan hal ehwal Islam semakin mencabar disebabkan tuntutan cabaran semasa dan aspirasi masyarakat. Oleh yang demikian, persediaan membentuk Pegawai Hal Ehwal Islam yang cemerlang dengan ketahanan fizikal dan mental dalam menghadapi cabaran hari ini, memerlukan persediaan dan latihan yang terancang dan berterusan bermula daripada mula perlantikan ke jawatan berkenaan.

    Menyedari hakikat ini, JAKIM telah mewajibkan kepada semua Pegawai Hal Ehwal Islam, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam dan Pembantu Hal Ehwal Islam mengikuti Kursus Asas Perkhidmatan Hal Ehwal Islam sejurus selepas melaporkan diri di JAKIM. Tujuan kursus ini adalah seperti berikut:

    i. melahirkan warga perkhidmatan hal ehwal Islam yang beriman, berilmu, profesional dan kompeten;

    ii . membentuk warga perkhidmatan hal ehwal Islam yang bersikap positif, berintegriti, berpersonaliti tinggi;

    iii. menerapkan pendekatan berhikmah dalam perkhidmatan hal ehwal Islam ke arah melahirkan budaya kerja cemerlang; dan

    rv. memberi penjelasan bagi meningkat kefahaman mengenai perkhidmatan hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan dan Negeri.

    2

  • Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kursus Asas Perkhidmatan Hal Ehwal Islam ini mula dilaksanakan pada tahun 2005. Sehingga kini, seramai 512 Pegawai Hal Ehwal Islam telah mengikuti kursus tersebut. Tempoh pelaksanaan kursus adalah sepuluh (10) hari berpandukan kepada modul yang dibangunkan oleh JAKIM iaitu modul i-Qawiyy ai-Amin. Modul ini memberi penekanan kepada 3 kompenan utama iaitu;

    1. pembangunan sahsiah diri Pegawai Hal Ehwallslam.

    ii. pembinaan kemahiran ikhtisas berkaitan hal ehwal Islam; dan

    iii. pemahaman mengenai pengurusan dan pentadbiran hal ehwal Islam di Malaysia.

    Bagi memantapkan lagi Pegawai Hal Ehwal Islam, mulai tahun 2010, JAKIM telah mewajibkan kepada semua pegawai yang baru dilantik mengikuti Diploma Pengurusan Islam (DPI) selepas mengikuti Kursus Asas Perkhidmatan Hal Ehwal Islam. Program ini berbentuk latihan jangka panjang melibatkan tempoh masa selama enam (6) bulan. Seramai 162 orang Pegawai Hal Ehwal Islam telah mengikuti kursus ini.

    Program DPI ini memberi penekanan kepada pembentukan sakhsiyah, sikap, semangat berpasukan dan lain-lain tujuan pembentukan kepimpinan bagi mempertingkatkan kepakaran dan memperkukuhkan kebolehan mengurus. Objektif pelaksanaan program DPI ini adalah seperti berikut:

    3

  • i. membentuk Pegawai Hal Ehwal Islam yang teguh aqidah, komited dengan amalan Islam, mempunyai jati diri yang kukuh, nilai integriti yang tinggi, berdisiplin dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran;

    ii. membentuk Pegawai Hal Ehwal Islam yang berketrampilan dan mampu memberi perkhidmatan yang berkualiti dan berfikiran terbuka selaras dengan keperluan kerjaya, masyarakat dan negara;

    iii. melahirkan Pegawai Hal Ehwal Islam yang mempunyai sakhsiyah yang tinggi berlandaskan nilai dan etika Islam;

    iv. melahirkan Pegawai Hal Ehwal Islam yang berilmu dan berdaya saing yang mampu memberi sumbangan dalam pembangunan ummah; dan

    v. menjadi salah satu syarat pengesahan dalam jawatan

    Modul DPI yang dibangunkan ini mempunyai kesamaan dan setaraf dengan modul kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) yang diikuti oleh Pegawai Tadbir Diplomatik dan telah disesuaikan mengikut keperluan Pegawai Hal Ehwal Islam. Sebagaimana modul DPA, modul DPI juga memberi penekanan kepada pembentukan profesional dan personal melalui aktiviti-aktiviti yang mampu mempertingkatkan kepakaran dan memperkukuhkan kebolehan mengurus. Selain itu, modul DPI mencakupi modul dalaman, modul luaran dan modul penempatan.

    Sekian, terima kasih . 4

  • SOALAN NO. 33

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN

    DARIPADA

    TARIKH

    SO ALAN

    JAWAB BUKAN LISAN

    DATUK HAJI SHABUDIN BIN Y AHYA [TASEK GELUGOR]

    9 JUN 2014