peniaga bijak #cakna cukai · peniaga bijak #cakna cukai 6 | p a g e outgoing or expenses wholly...

46
Peniaga Bijak #Cakna Cukai 0 | Page

Upload: others

Post on 21-Oct-2020

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Peniaga Bijak #Cakna Cukai

    0 | P a g e

  • Peniaga Bijak #Cakna Cukai

    1 | P a g e

    KANDUNGAN

    BAHAGIAN I: CUKAI PERNIAGAAN A. Pengenalan......................................................................................1-14 B. Tanggungjawab Peniaga C. Pendapatan Kasar Perniagaan D. Pendapatan Larasan Dari Sumber Perniagaan E. Perbelanjaan Khusus Yang Dibenarkan F. Elaun Modal G. Pendapatan Berkanun H. Pendapatan Agregat I. Derma Yang Diluluskan J. Pendapatan Dikenakan Cukai K. Contoh Format Pengiraan Cukai L. Kadar Cukai Individu M. Kadar Cukai Syarikat N. Pelepasan Individu (Milikan Tunggal)

    BAHAGIAN II: PANDUAN PENYIMPANAN REKOD INDIVIDU PERNIAGAAN

    A: PENGENALAN...............................................................................14-17 Siapakah individu yang dikehendaki menyimpan rekod? Kenapa perlu menyimpan rekod? Apakah yang perlu untuk menyimpan rekod? Apakah dokumen sokongan yang perlu disimpan? Contoh cara merekod transaksi perniagaan? Berapa lama rekod perlu disimpan? Bilakah anda dikehendaki melapor pendapatan? Apakah akibat jika gagal menyimpan rekod?

    B : REKOD-REKOD / DOKUMEN SUMBER.......................................17-19 Apakah itu rekod perniagaan? Apakah rekod-rekod/sumber dokumen yang perlu disimpan? C : BUKU SIMPANAN KIRA-KIRA......................................................20-22 Bagaimana merekod bagi perniagaan kecil?

    BAHAGIAN III: SOALAN-SOALAN LAZIM 1. Perniagaan Individu.........................................................................24-32 2. Majikan............................................................................................32-36 3. Syarikat...........................................................................................36-38 4. Bayaran Cukai Melalui Kad Kredit..................................................39-40

    BAHAGIAN IV: PANDUAN MENGAKSES DAN MENGISI KOD PERNIAGAAN UNTUK BORANG B DAN e-B ...........................................................................41 BAHAGIAN V: RUJUKAN PANTAS KOD-KOD PERCUKAIAN.....................44

  • Peniaga Bijak #Cakna Cukai

    2 | P a g e

    BAHAGIAN I: CUKAI PERNIAGAAN

    A. PENGENALAN

    Keuntungan yang diperolehi daripada menjalankan perniagaan, perdagangan,

    pencarian atau profesion adalah merupakan pendapatan yang layak dikenakan

    cukai.

    Perniagaan terdiri daripada:

    Milikan Tunggal / Bekerja Sendiri :Individu yang menjalankan perniagaan

    secara perseorangan

    Perkongsian :Meliputi sebarang bentuk kerjasama antara dua atau lebih

    pihak bagi menyatukan hak, kuasa, tenaga kerja atau kemahiran dalam

    menjalankan perniagaan dan mewujudkan perkongsian keuntungan.

    Perkongsian mungkin wujud di antara :

    Individu-individu

    Dua syarikat

    Individu dan syarikat

    Individu dan pemegang amanah bagi sesuatu penyelesaian

    Contoh-contoh Perniagaan :

    Perniagaan runcit

    Perniagaan atas talian (online). Contoh: Shoppe

    Pemandu perkhidmatan e-Hailing. Contoh: Grabcar

    Perniagaan jualan langsung

    Pertanian dan penternakan

    Perniagaan makanan dan minuman

    Klinik, firma guaman atau lain-lain Pengamal professional

    Penulis, Pereka, Penceramah agama, Perunding motivasi

  • Peniaga Bijak #Cakna Cukai

    3 | P a g e

    Broker Saham, Ejen Insurans/ Ejen lain-lain

    Perundingan dan perkhidmatan termasuk jurusolek artis,jurukamera

    perkahwinan, personal shopper dan lain-lain

    Pusat Tuisyen/Tuisyen persendirian/ Home tuition

    Perniagaan Jahitan dan Sulaman

    Personal shopper

    Taska/Tadika persendirian

    B. TANGGUNGJAWAB PENIAGA

    1. Mendaftar sebagai pembayar cukai apabila telah memulakan perniagaan.

    2. Mendapatkan Borang Nyata Cukai Pendapatan dari cawangan LHDNM

    yang berhampiran (jika belum terima).

    3. Melengkapkan Borang B (Milikan Tunggal) dan Borang P (Perkongsian).

    4. Menyediakan penyata akaun dan penyata lain-lain pendapatan seperti

    penyata sewa dan penyata komisen.

    5. Mendapatkan ejen cukai bertauliah untuk penyediaan akaun (jika perlu).

    6. Merujuk dokumen sokongan seperti resit insurans nyawa, resit derma, resit

    buku, resit zakat untuk tujuan tuntutan potongan, pelepasan dan rebat.

    7. Merujuk Nota Penerangan sebagai panduan - Nota penerangan Borang

    B / Nota penerangan Borang P.

    8. Mematuhi arahan bayaran ansuran (CP500) - Skim Ansuran CP500

    Maklumat pengisian Borang Nyata Cukai Pendapatan

    Suami dan isteri perlu mengisi Borang Nyata Cukai Pendapatan secara

    berasingan.

    Mengira sendiri cukai pendapatan.

    Menyemak dan TANDATANGAN Borang Nyata yang telah lengkap diisi.

    Menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan pada tarikh yang telah

    ditetapkan.

    http://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NP_B2009_1.pdfhttp://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NP_B2009_1.pdfhttp://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/Nota_Penerangan_P_2009_1.pdfhttp://www.hasil.gov.my/goindex.php?kump=5&skum=1&posi=1&unit=5000&sequ=1&cariw=skim%20ansuran%20cp500%20pembayar%20cukai%20yang

  • Peniaga Bijak #Cakna Cukai

    4 | P a g e

    Dokumen sokongan seperti rekod perniagaan, CP30 dan resit tuntutan

    tidak perlu dikemukakan.

    Menyimpan semua rekod perniagaan dan dokumen sokongan untuk

    potongan, pelepasan serta rebat selama 7 TAHUN.

    Rekod perniagaan meliputi penyata akaun untung rugi, kunci kira-kira

    perniagaan serta rekod jualan, belian, stok resit, bil dan penyata bank.

    Tarikh akhir penghantaran Borang B dan Borang P ialah pada atau

    sebelum 30 Jun.

    Tarikh akhir pembayaran baki cukai (jika ada) ialah pada atau sebelum 30

    Jun.

    9. Jika peniaga merupakan majikan yang mempunyai pekerja tetap atau

    mempunyai pekerja sementara maka:

    Tanggungjawab Majikan adalah untuk mengisi Borang E sebelum 31 Mac

    setiap tahun

    Jika gaji pekerja telah layak untuk Potongan Cukai Bulanan, majikan

    disarankan untuk mengguna aplikasi e-PCB, e-CP39 dan ByrHasil.

    10. Peniaga boleh menggunakan perkhidmatan atas talian untuk menghantar

    Borang B secara e-Filing. Sila layari www.hasil.gov.my > e-Filing.

    11: Peniaga boleh mendapatkan Borang B di:

    i. Portal Rasmi LHDNM – cari ez-Hasil & klik e-Filing

    ii. Cawangan LHDNM yang berdekatan

    12: Bagi peniaga yang pertama kali menggunakan e-Filing mereka perlu

    mendapatkan No. PIN terlebih dahulu. No. PIN boleh didapati melalui:

    i. Cawangan LHDNM yang berhampiran

    ii. Permohonan melalui Borang Maklumbalas di Portal Rasmi LHDNM

    .

    http://www.hasil.gov.my/

  • Peniaga Bijak #Cakna Cukai

    5 | P a g e

    C. PENDAPATAN KASAR (GROSS INCOME)

    Pendapatan kasar perniagaan termasuk :

    Penerimaan tunai/online payment daripada pihak ketiga bagi barang-

    barang yang dijual atau perkhidmatan yang diberikan

    Semua hutang yang terbit daripada barang-barang yang dijual dan

    perkhidmatan yang diberikan

    Penerimaan berupa barangan

    Hutang lapuk perniagaan yang pulih

    Pampasan insurans yang diterima berhubung dengan kerugian perniagaan

    Pengeluaran atau pengambilan stok dagangan untuk kegunaan sendiri

    D. PENDAPATAN LARASAN (ADJUSTED INCOME)

    Merupakan hasil dari Keuntungan/(Kerugian) Bersih seperti yg tercatat didalam

    Penyata Kewangan Syarikat yg telah dilaraskan. Pelarasan terhadap

    Pendapatan Kasar adalah melalui peraturan yang telah ditetapkan oleh Akta

    Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967). Didalam bahagian ini terdapat 2 pekara yg

    penting iaitu:

    i. Perbelanjaan Dibenarkan-Seksyen 33 ACP 1967

    Merupakan perbelanjaan yang dibenarkan ditolak dari Pendapatan Kasar.

    Oleh yang demikian keuntungan atau rugi sesuatu tempoh tidak akan

    dilaraskan atau ditambah semula ke dalam Pendapatan. Dalam erti kata

    lain Pendapatan Larasan adalah sama seperti yang tertera di Penyata

    Kewangan sekiranya ia tidak berubah kerana kesemua perbelanjaan

    adalah dibenarkan. Perbelanjaan Dibenarkan (Allowable Expenses) secara

    prinsipnya perlulah mempunyai sifat-sifat yg termaktub didalam Seksyen

    33 ACP 1967 iaitu :

  • Peniaga Bijak #Cakna Cukai

    6 | P a g e

    Outgoing or expenses Wholly and exclusively

    Incurred during the period and In the poduction of gross income

    Antara perbelanjaan yg dibenarkan:

    Upah dan gaji pekerja

    Manakala upah dan gaji yg dibayar untuk perniagaan milik tunggal adalah

    perbelanjaan yang tidak dibenarkan dan perlu dilaraskan semula

    Faedah atas pinjaman atau overdraf bagi tujuan perniagaan

    Sewa yang kena bayar keatas premis perniagaan

    Perbelanjaan pembaikan ke atas premis dan kenderaan yg digunakan

    untuk perniagaan

    Hutang lapuk tentu

    KWSP, PERKESO dsb

    ii. Perbelanjaan Tidak Dibenarkan Seksyen 39 ACP 1967

    Merupakan perbelanjaan-perbelanjaan yang tidak dibenarkan ditolak

    ataupun dihadkan amaunnya didalam Pendapatan Kasar bagi

    menghasilkan cukai yg perlu dibayar. Perbelanjaan yang tidak dibenarkan

    atau dihadkan ini adalah seperti yg telah termaktub di dalam Akta Cukai

    Pendapatan 1967 (ACP 1967).

    Antaranya adalah perbelanjaan yang tidak terlibat dalam penghasilan

    pendapatan seperti:

    Peruntukan Hutang Ragu

    Derma dan sumbangan yg tidak diluluskan,

    Yuran peguam yg tiada berkaitan dengan penghasilan pendapatan

    Perbelanjaan persendirian seperti manfaat kediaman, bil telefon

    Perbelanjaan pembelian aset peribadi

    Perbelanjaan permulaan

    Susut nilai

  • Peniaga Bijak #Cakna Cukai

    7 | P a g e

    E. PERBELANJAAN KHUSUS YANG DIBENARKAN

    Di antara perbelanjaan khusus yang dibenarkan sebagai tolakan ialah :

    Perbelanjaan majikan atas peralatan untuk membantu pekerja kurang

    upaya (OKU)

    Perbelanjaan bagi penerbitan dalam Bahasa Kebangsaan

    Sumbangan kepada perpustakaan

    Perbelanjaan mengadakan perkhidmatan, kemudahan awam dan

    sumbangan kepada Badan Amal atau Projek Awam

    Perbelanjaan majikan bagi penyediaan dan penyelengaraan Pusat Asuhan

    Kanak-Kanak untuk manfaat pekerja

    Perbelanjaan majikan bagi penyediaan kumpulan muzik atau kebudayaan

    Perbelanjaan menaja aktiviti kesenian dan kebudayaan

    F. ELAUN MODAL

    Diberikan sebagai potongan daripada pendapatan perniagaan sebagai

    perbelanjaan susut nilai yang ditanggung untuk pembelian aset perniagaan.

    I. Contoh aset yang digunakan dalam perniagaan adalah kenderaan

    bermotor, mesin, peralatan pejabat, perabot dan komputer.

    II. Syarat-syarat untuk menuntut elaun modal adalah:

    Menjalankan perniagaan

    Pembelian aset perniagaan

    Aset yang digunakan dalam perniagaan

    Pemilik aset

    III. Kadar ditentukan mengikut jenis aset.

    IV. Jenis dan kadar elaun modal adalah seperti berikut:

  • Peniaga Bijak #Cakna Cukai

    8 | P a g e

    G. PENDAPATAN BERKANUN (STATUTORY INCOME)

    Merupakan Pendapatan Larasan Perniagaan/ setiap perniagaan (jika lebih

    daripada satu perniagaan) setelah Elaun Modal ditolak.

    H. PENDAPATAN AGREGAT (AGREGATE INCOME)

    Sekiranya terdapat pelbagai perniagaan didalam satu Syarikat, kesemua

    Pendapatan Berkanun itu tadi dicampurkan menjadi Pendapatan Berkanun

    Agregat (Agregate of Statutory Business Income). Ianya kemudian akan

    dilaraskan sekiranya terdapat perkara-perkara yg melibatkan Pendapatan

    Agregat tersebut , diantaranya:

    Kerugian perniagaan tahun semasa

    Perbelanjaan projek pertanian yg diluluskan

    Derma dan sumbangan yg diluluskan dsb.

    JENIS ELAUN JENIS ASET KADAR

    (%)

    Elaun Permulaaan Semua Jenis Aset 20

    Elaun Tahunan Kenderaan Bermotor dan Mesin Berat 20

    Loji dan Jentera 14

    Peralatan Pejabat, Perabot dan

    Kelengkapan

    10

    Komputer 40

  • Peniaga Bijak #Cakna Cukai

    9 | P a g e

    I. DERMA YANG DILULUSKAN

    Derma yang diluluskan adalah derma yang termaktub di bawah Seksyen 44(6)

    Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) seperti Hadiah wang kepada Kerajaan,

    Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan atau institusi atau organisasi yang

    diluluskan. Potongan dibenarkan daripada jumlah pendapatan agregat. Jumlah

    derma kepada insititusi atau organisasi yang diluluskan adalah terhad kepada

    10% pendapatan agregat tahunan syarikat.

    J. PENDAPATAN DIKENAKAN CUKAI (CHARGEABLE

    INCOME)

    Setelah kesemua pelarasan dibuat maka akan terhasilah Pendapatan Dikenakan

    Cukai (Chargeable Income). Cukai Syarikat akan dikirakan di peringkat ini. Kadar

    cukai syarikat adalah 17%-24% yang mana kadar ini bergantung kepada syarat

    syarat yang ditetapkan oleh LHDNM.

    K. PENGIRAAN CUKAI

    Pengiraan cukai perniagaan bemula dari Penyata Untung Rugi Syarikat. Hasil yg

    diperolehi di Penyata Kewangan tersebut (sama ada untung atau rugi) akan

    kemudiannya dilaraskan semula seperti yg telah ditetapkan oleh Akta Cukai

    Pendapatan 1967 bagi menghasilkan Pendapatan Bercukai (Chargeable

    Income). Apabila Pendapatan Bercukai ini telah ditentukan maka barulah kadar

    cukai akan dikenakan kepada sesuatu perniagaan bagi menetukan jumlah cukai

    yg perlu dibayar. Contoh format pengiraan cukai adalah seperti di bawah:

  • Peniaga Bijak #Cakna Cukai

    10 | P a g e

    BBB Enterprise

    Penyata Kewangan pada 31 Disember 20xx

    Jualan RMXXX

    (Tolak)Kos Jualan -----------------------------------------------------------> RMXXX

    Untung Kasar -----------------------------------------------------------------> RMXXX

    (Tolak)

    Perbelanjaan Pentadbiran ------------------------------------------------> RMXXX

    Kos Staf ------------------------------------------------------------------------> RMXXX

    Kos Kewangan -----------------------------------------------------------------> RMXXX

    Untung/(Rugi) Bersih Sebelum Cukai --------------------------------------> RMXXX

    BBB Enterprise

    Penyata Pengiraan Cukai BagiTempoh 1 Januari 20xx Hingga 31 Disember

    20xx

    Keuntungan/(Kerugian) Bersih Sebelum Cukai (Spt didalam Akaun) ---> RMXXX

    (Tolak) : Pendapatan Lain-lain -----------------------------------------------------> RMXXX

    (Tolak) : Perbelanjaan dibenarkan tolakan 2 kali ------------------------------> RMXXX

    (Campur) : Perbelanjaan Tidak Dibenarkan (Unallowable Expenses)---> RMXXX

    PENDAPATAN LARASAN (ADJUSTED INCOME)

    (Tolak) : Elaun Modal dsb ----------------------------------------------------------> RMXXX

    PENDAPATAN BERKANUN (STATUTORY INCOME)

    (Campur) : Pendapatan Lain-lain ------------------------------------------------> RMXXX

    PENDAPATAN AGREGAT (AGREGATE INCOME)

    (Tolak) : Pelarasan2 seperti Rugi semasa dsb -------------------------------> RMXXX

    PENDAPATAN BERCUKAI (CHARGEABLE INCOME)------------------> RMXXX

    Tolak : Derma

    Cukai atas Pendapatan Bercukai (17% atau 24%) --------------------------> RMXXX

    (CUKAI KENA BAYAR) -----------------------------------------------------------> RMXXX

  • Peniaga Bijak #Cakna Cukai

    11 | P a g e

    L. KADAR CUKAI INDIVIDU-JIKA PENIAGA TUNGGAL

    Tahun Taksiran 2018 - 2019:

    *Kadar cukai adalah tertakluk kepada kelulusan pembentangan Belanjawan Malaysia di Parlimen dari

    semasa ke semasa.

    BANJARAN

    PENDAPATAN CUKAI

    PENGIRAAN (RM) KADAR (%) CUKAI (RM)

    0 - 5,000 5,000 berikutnya 0 0

    5,001 - 20,000 5,000 pertama

    15,000 berikutnya

    1

    0

    150

    20,001 - 35,000 20,000 pertama

    15,000 berikutnya

    3

    150

    450

    35,001 - 50,000 35,000 pertama

    15,000 berikutnya

    8

    600

    1,200

    50,001 - 70,000 50,000 pertama

    20,000 berikunya

    14

    1,800

    2,800

    70,001 - 100,000 70,000 pertama

    30,000 berikutnya

    21

    4,600

    6,300

    100,001 - 250,000 100,000 pertama

    150,000 berikutnya

    24

    10,900

    36,000

    250,001 - 400,000 250,000 pertama

    150,000 berikutnya

    24.5

    46,900

    36,750

    400,001 - 600,000 400,000 pertama

    200,000 berikutnya

    25

    83,650

    50,000

    600,001 - 1,000,000 600,000 pertama

    400,000 berikutnya

    26

    133,650

    104,000

    Melebihi 1,000,000 1,000,000 pertama

    Setiap ringgit berikutnya

    28

    237,650

    ..........

  • Peniaga Bijak #Cakna Cukai

    12 | P a g e

    M. KADAR CUKAI SYARIKAT

    Tahun Taksiran 2019

    Syarikat dengan modal berbayar tidak melebihi RM2.5 juta

    RM500,000 yang pertama

    Baki Seterusnya

    17%

    24%

    Syarikat dengan modal berbayar melebihi RM2.5 juta 24%

    N. PELEPASAN INDIVIDU (TERPAKAI BAGI PERNIAGAAN

    TUNGGAL)

    BIL CONTOH JENIS PELEPASAN BAGI TAHUN TAKSIRAN

    2019*

    JUMLAH

    1 Individu dan saudara tanggungan 9000

    2 Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan

    penjaga untuk ibu bapa (Keadaan kesihatan disahkan oleh

    pengamal perubatan)

    ATAU

    Ibu dan Bapa

    Terhad 1,500 bagi hanya seorang ibu

    Terhad 1,500 bagi hanya seorang bapa

    5,000

    (Terhad)

    ATAU

    3,000

    (Terhad)

    3 Peralatan sokongan asas (untuk kegunaan individu kurang

    upaya, suami / isteri, anak atau ibu bapa yang kurang

    upaya)

    6,000

    (Terhad)

    4 Individu kurang upaya 6,000

    5 Yuran pengajian (Sendiri) :

    (i) Peringkat selain sarjana dan doktor falsafah - bidang

    undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal,

    7,000

    (Terhad)

  • Peniaga Bijak #Cakna Cukai

    13 | P a g e

    vokasional, industri, saintifik atau teknologi;

    (ii) Peringkat sarjana dan doktor falsafah - sebarang

    bidang atau kursus pengajian

    6

    7

    Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius (Diri sendiri

    atau suami / isteri atau anak-anak)

    Pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami / isteri

    atau anak)(Terhad 500)

    6,000

    (Terhad)

    8 Gaya hidup - Perbelanjaan untuk kegunaan / manfaat diri

    sendiri, suami / isteri atau anak bagi:

    (i) Pembelian buku, jurnal, majalah, surat khabar bercetak

    dan lain-lain penerbitan seumpamanya (Bukan bahan

    bacaan terlarang);

    (ii) Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet

    (Bukan untuk kegunaan perniagaan);

    (iii) Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan

    mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai

    bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian

    gimnasium; dan

    (iv) Bayaran bil bulanan untuk langganan internet (Atas

    nama sendiri)

    2,500

    (Terhad)

    9 Pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan

    sendiri bagi anak berumur 2 tahun dan kebawah (Potongan

    dibenarkan sekali setiap DUA (2) tahun taksiran)

    1,000

    (Terhad)

    10 Yuran penghantaran anak berumur 6 tahun dan ke bawah

    ke taman asuhan kanak-kanak / tadika yang berdaftar

    1,000

    (Terhad)

    11 Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan

    Nasional (SSPN) (Jumlah simpanan dalam tahun 2019

    TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2019)

    8,000

    (Terhad)

  • Peniaga Bijak #Cakna Cukai

    14 | P a g e

    12 Suami / Isteri / Bayaran alimoni kepada bekas isteri 4,000

    (Terhad)

    13 Suami / Isteri kurang upaya 3,500

    14 Anak yang belum berkahwin dan berumur di bawah 18

    tahun

    2,000

    15 Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke

    atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat

    A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)

    2,000

    16 Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke

    atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

    (i) mengikuti pengajian tinggi sepenuh masa (Tidak

    termasuk kursus matrikulasi / pra-ijazah / A-Level) di

    universiti, kolej atau institu pelajaran yang serupa

    dengannya di Malaysia; atau

    (ii) berkhidmat di bawah satu ikatan artikel atau indentur

    untuk memperoleh kelayakan perdagangan atau profesion

    di Malaysia; atau mengikuti kursus di peringkat ijazah dan

    ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.

    (iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak

    berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

    8,000

    17 Anak Kurang upaya

    Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang

    upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan

    mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat

    ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT

    yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

    6,000

    8,000

    18 Insuran nyawa dan KWSP TERMASUK tidak melalui

    potongan gaji

    7,000

    (Terhad)

  • Peniaga Bijak #Cakna Cukai

    15 | P a g e

    Individu BUKAN Penjawat Awam Berpencen

    • Insurans Nyawa / Takaful (Terhad RM3,000)

    • Caruman KWSP (Terhad RM4,000)

    Individu Penjawat Awam Berpencen

    • Insurans Nyawa / Takaful (Terhad RM7,000)

    19 Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred

    Annuity) - berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga

    tahun taksiran 2021

    3,000

    (Terhad)

    20 Insurans pendidikan dan perubatan TERMASUK tidak

    melalui potongan gaji

    3,000

    (Terhad)

    21 Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial

    (PERKESO)

    250

    (Terhad)

    *Pelepasan cukai yang dibenarkan adalah tertakluk kepada kelulusan pembentangan Belanjawan

    Malaysia di Parlimen dari semasa ke semasa.

    BAHAGIAN II: PANDUAN PENYIMPANAN REKOD

    INDIVIDU

    A. PENGENALAN

    Semua individu yang menjalankan perniagaan adalah bertanggungjawab untuk

    menyimpan rekod perniagaan yang lengkap, betul, teratur dan secukupnya bagi

    membolehkan untung / rugi perniagaan ditentukan Akta Cukai Pendapatan

    1967 (ACP 1967)

    1. Siapakah individu yang dikehendaki menyimpan rekod?

    Pemilik perniagaan tunggal

    Setiap ahli kongsi perniagaan perkongsian

  • Peniaga Bijak #Cakna Cukai

    16 | P a g e

    2. Kenapakah perlu menyimpan rekod?

    Memudahkan penyediaan akaun perniagaan

    Membantu dan memantau perkembangan perniagaan

    Memudahkan anda mengisi Borang Cukai Pendapatan

    Sebagai dokumen sokongan dalam urusan lain

    Membantu semakan jika dilawati pasukan audit LHDNM

    3. Apakah tindakan yang perlu untuk menyimpan rekod?

    Mewujudkan satu set buku akaun

    Mewujudkan rekod-rekod yang mencukupi untuk semua transaksi

    perniagaan

    Mengemaskini rekod sepanjang tahun

    Menyimpan rekod sepanjang tempoh masa yang diperlukan

    4. Apakah dokumen sokongan yang perlu disimpan?

    Resit/Invois jualan dan belian

    Bil-bil tunai

    Penyata bank

    Baucer bayaran

    Salinan slip bayaran masuk (Bank in Slip)

    Pangkal cek (cheque butt)

    Dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan perniagaan

    MAKLUMAN PENTING:

    Semua transaksi perniagaan yang tiada dokumen juga perlu dicatatkan dan

    direkodkan - contoh: ambilan tunai / stok.

    5. Contoh cara merekod transaksi perniagaan.

    Contoh format mudah bagi merekod transaksi perniagaan seperti berikut:

  • Peniaga Bijak #Cakna Cukai

    17 | P a g e

    6. Berapa lama rekod perlu disimpan?

    Semua rekod, dokumen dan buku akaun perlu disimpan sekurang-

    kurangnya tujuh (7) tahun dari akhir tahun semasa borang nyata

    (Borang B) itu dikemukakan.

    7. Bilakah anda dikehendaki melapor pendapatan?

    Bagi mereka yang mempunyai pendapatan dari sumber selain

    pendapatan perniagaan pada tahun semasa perlu melaporkan

    sebelum atau pada 30 April tahun berikutnya.

    Bagi mereka yang mempunyai pendapatan dari sumber perniagaan

    pada tahun semasa perlu melaporkan sebelum atau pada 30 Jun tahun

    berikutnya.

    Dan jika individu tersebut mempunyai pendapatan dari kedua-dua

    sumber (pengajian dan perniagaan) dan tahun semasa, maka perlu

    melaporkan sebelum atau pada 30 Jun tahun berikutnya.

    8. Apakah akibat jika gagal menyimpan rekod?

    Seseorang individu atau rakan kongsi yang menjalankan perniagaan

    boleh didakwa atas kegagalan menyimpan rekod. Jika disabitkan

    UPAH SEWA ELEKTRIK & AIR LESEN BELANJA LAIN BELIAN JUALAN

    1

    2

    3

    4

    5

    6

    7

    31

    MODAL

    JUMLAH

    PERBELANJAAN

    TARIKH HARI JUALAN

    (RM)

    BELIAN

    (RM)

  • Peniaga Bijak #Cakna Cukai

    18 | P a g e

    kesalahan, denda tidak kurang daripada RM300 dan tidak lebih

    daripada RM10,000 atau hukuman penjara tidak melebihi tempoh satu

    tahun atau kedua-duanya sekali dikenakan.

    Individu atau perkongsian mungkin dikehendaki oleh Ketua Pengarah

    supaya akaunnya diaudit oleh akauntan bertauliah atas tanggungan

    individu atau perkongsian itu.

    Pendapatan bercukai individu berkenaan boleh ditentukan mengikut

    pertimbangan Ketua Pengarah dan taksiran dibangkitkan sewajarnya.

    B. REKOD-REKOD / DOKUMEN SUMBER

    1. Apa itu rekod perniagaan?

    Rekod perniagaan terdiri daripada:

    Satu set buku-buku akaun yang lengkap bagi merekod semua transaksi

    perniagaan, penerimaan dan pembayaran.

    Daripada amaun yang terdapat di invois, baucer, resit dan dokumen

    yang berkenaan untuk menyokong / mengesahkan angka-angka dalam

    buku-buku akaun.

    2. Apakah rekod-rekod/sumber dokumen yang perlu disimpan?

    a) Rekod Jualan

    Jualan meliputi:

    Jualan secara tunai atau kredit

    Ambilan stok untuk kegunaan persendirian atau keluarga

    Barang atau perkhidmatan yang diberi kepada orang lain secara

    pertukaran dengan barang atau perkhidmatan mereka

    b) Rekod Belian

    Belian meliputi:

    Belian secara tunai atau kredit yang berkaitan perniagaan

  • Peniaga Bijak #Cakna Cukai

    19 | P a g e

    Contoh: belian bahan mentah perniagaan

    c) Rekod Perbelanjaan

    Resit-resit mesti mengandungi maklumat-maklumat berkenaan:

    Tarikh perbelanjaan dilakukan

    Amaun yang dibayar

    Tujuan perbelanjaan dilakukan

    d) Penyata Bank

    Semua penyata bank atau buku simpanan bagi akaun di mana wang

    dikreditkan atau dikeluarkan untuk perniagaan perlu disimpan.

    Akaun yang berasingan untuk tujuan perniagaan dan tujuan

    persendirian harus dibuka. Jika akaun berasingan tidak dibuka untuk

    perniagaan atas apa jua alasan, rekod berasingan hendaklah

    disimpan bagi mengenalpasti transaksi untuk tujuan perniagaan.

    e) Stok Perdagangan

    Pada akhir tempoh perakaunan, pengiraan stok fizikal hendaklah dibuat

    bagi menentukan kuantiti dan kos stok dalam tangan atau kos kerja

    dalam kemajuan (work in progress).

    f) Rekod Penghutang dan Pemiutang

    Rekod yang berasingan bagi penghutang dan pemiutang bukan

    perniagaan harus digunakan.

    Contoh : Pinjaman daripada keluarga

    Pemberian hutang kepada rakan

    Lain-lain

    g) Senarai aset dan liabiliti

    Terdapat keadaan di mana aset dan liabiliti mungkin digunakan untuk

    tujuan perniagaan dan persendirian seperti berikut:

  • Peniaga Bijak #Cakna Cukai

    20 | P a g e

    Kenderaan Bermotor

    Rekod perbatuan perjalanan anda untuk tujuan perniagaan dan

    persendirian hendaklah disimpan. Ianya akan digunakan bagi

    pengagihan perbelanjaan antara kedua-dua tujuan tersebut.

    Premis Kedai

    Sebahagian daripada kedai mungkin digunakan sebagai tempat

    kediaman. Jika perbelanjaan yang dilakukan ke atas premis berkenaan

    mudah dikenalpasti berkaitan tempat kediaman persendirian, rekod

    tersebut hendaklah disimpan. Walaubagaimanapun, terdapat

    perbelanjaan-perbelanjaan yang sukar dikenalpasti berkaitan kegunaan

    persendirian sahaja (seperti belanja elektrik dan air). Dalam keadaan

    demikian anggaran bagi kegunaan persendirian hendaklah dicatatkan.

    Overdraft / Pinjaman

    Butiran kegunaan overdraf atau pinjaman untuk tujuan persendirian

    atau bukan perniagaan, termasuk pembelian syer atau harta bukan

    perniagaan dan ambilan untuk kegunaan persendirian, hendaklah

    direkodkan.

    h) Wang persendirian yang digunakan dalam perniagaan

    Merekod wang persendirian yang dibawa masuk dalam perniagaan.

    Bukti punca wang berkenaan perlu disimpan. Contoh: akaun/slip

    bank, wang harta pusaka atau salinan menang loteri.

    Perbelanjaan untuk tujuan persendirian

    Contoh: yuran pendidikan anak, perbelanjaan cuti melancong

    sekeluarga seharusnya direkodkan secara berasingan.

    i) Bayaran kontrak dan sub-kontrak

  • Peniaga Bijak #Cakna Cukai

    21 | P a g e

    Butir-butir lengkap kontraktor atau sub-kontraktor seperti nama,

    alamat, nombor kad pengenalan, jumlah dan tarikh bayaran dan jenis

    kerja yang dijalankan adalah perlu bagi menyokong bayaran ini.

    j) Jadual-jadual Susut Nilai

    k) Penyata Untung Rugi dan Kunci Kira-kira

    C. BUKU SIMPANAN KIRA-KIRA

    1. Bagaimana merekod bagi perniagaan kecil?

    Sekiranya saya menjalankan perniagaan kecil iaitu perniagaan yang

    perolehan kasar untuk setahun tidak melebihi RM150,000.00 daripada

    jualan barang dagangan atau RM100,000.00 daripada pemberian

    perkhidmatan, bagaimanakah seharusnya akaun saya disediakan?

    Secara asasnya, anda boleh menyediakan akaun berdasarkan pendapatan

    yang diterima dan tolak perbelanjaan yang dilakukan bagi tempoh perakaunan

    yang berkenaan.

    CONTOH 1: Perniagaan menjual barangan makanan dan minuman

    Encik Ahmad menjalankan perniagaan menjual makanan dan minuman di

    sebuah gerai di Taman AAA, Kuala Lumpur.

    Segala jualan, belian dan belanja adalah berbentuk tunai. Semua

    urusniaga adalah berbentuk harian.

    Beliau dibantu oleh 2 orang pekerja dan gaji dibayar secara harian

    sebanyak RM30.00 seorang.

    Sewa bulanan gerai adalah RM300.00

    Bil elektrik dan air bulanan gerai adalah sebanyak RM450.00

    Lesen tahunan perniagaan adalah sebanyak RM30.00

    Belanja lain adalah sebanyak RM523.00 sebulan.

    PERNIAGAAN : Perniagaan Makanan Dan Minuman Ahmad

  • Peniaga Bijak #Cakna Cukai

    22 | P a g e

    BULAN : Januari 20XX

    Tindakan Encik Ahmad (setiap bulan):

    Jumlahkan semua ruang di akhir bulan untuk mengetahui baki bulanan bagi

    semua butiran. Jumlah ini akan diringkaskan untuk dikumpulkan setiap bulan.

    Ringkasan Bulanan bagi Pendapatan dan Perbelanjaan

    Contoh: Penyata Pendapatan bagi perniagaan En. Ahmad

    UPAH SEWA ELEKTRIK & AIR LESEN BELANJA LAIN BELIAN JUALAN

    1 AHAD 650.00 320.40 60.00

    2 ISNIN 550.95 280.10 60.00

    3 SELASA 480.80 220.20 60.00

    4 RABU 490.70 263.70 60.00

    5 KHAMIS 500.40 295.10 60.00

    6 JUMAAT 423.60 196.25 60.00

    7 SABTU 590.10 321.45 60.00

    31 SELASA 560.45 265.30 60.00 300.00 450.00 30.00 523.00

    14500.20 7005.60 1800.00 300.00 450.00 30.00 523.00

    MODAL

    JUMLAH

    PERBELANJAAN

    TARIKH HARI JUALAN

    (RM)

    BELIAN

    (RM)

    UPAH SEWA ELEKTRIK & AIR LESEN BELANJA LAIN BELIAN JUALAN

    JAN 14,500.20 7,005.60 1,800.00 300.00 450.00 30.00 523.00

    FEB 14,123.00 7,390.40 1,800.00 300.00 380.00 328.00

    MAC 15,900.10 7,500.10 1,800.00 300.00 420.00 370.00

    APR 13,610.50 5,290.60 1,800.00 300.00 425.00 625.00

    MEI 15,790.40 6,710.00 1,800.00 300.00 430.00 288.00

    JUN 14,765.30 5,210.00 1,800.00 300.00 370.00 270.00

    JUL 12,907.47 4,967.30 1,800.00 300.00 415.00 255.00

    DIS 16,001.30 8,001.80 1,800.00 300.00 430.00 340.00

    JUMLAH 145,655.20 70,009.90 21,600.00 3,600.00 4,201.00 30.00 4,890.00

    MODAL

    BULANJUALAN

    (RM)

    BELIAN

    (RM)

    PERBELANJAAN

  • Peniaga Bijak #Cakna Cukai

    23 | P a g e

    Jualan 145,655.20

    Tolak: Belian bahan mentah (70,009.90)

    UNTUNG KASAR 75,645.30

    Tolak: Perbelanjaan

    Upah 21,600.00

    Sewa 3,600.00

    Elektrik dan Air 4,201.00

    Lesen 30.00

    Belanja Lain 4,890.00 (34,321.00)

    UNTUNG BERSIH 41,324.30*

    *Untung bersih perlu dilaporkan dalam Borang Cukai Pendapatan

    dengan andaian tiada apa-apa pelarasan pengiraan cukai pendapatan

    perlu dibuat.

  • Peniaga Bijak #Cakna Cukai

    24 | P a g e

    CONTOH PENGISIAN ITEM UNTUNG / RUGI BERSIH DI BORANG B / e-B

    41,324.30*

    20XX

  • Peniaga Bijak #Cakna Cukai

    25 | P a g e

    BAHAGIAN III. SOALAN-SOALAN LAZIM

    1. PERNIAGAAN

    S1: Siapakah yang perlu mengisi Borang B?

    J1: Borang B perlu diisi oleh individu berikut:

    Individu yang bermastautin di Malaysia dan

    Menjalankan perniagaan di dalam tahun yang ditaksir.

    Borang B - pendapatan di bawah Sek 4(a) – 4(f) Akta Cukai Pendapatan

    1967 (ACP 1967) dan diisi oleh individu yang mempunyai punca

    pendapatan perniagaan atau perkongsian.

    S2: Apakah perbezaan di antara Borang BE dan B?

    J2: Borang BE - pendapatan di bawah Sek 4(b) – 4(f) Akta Cukai Pendapatan

    1967 (ACP 1967) dan diisi oleh individu pemastautin yang mempunyai

    punca pendapatan selain daripada perniagaan.

    Borang B - pendapatan di bawah Sek 4(a) – 4(f) Akta Cukai Pendapatan

    1967 (ACP 1967) dan diisi oleh individu yang mempunyai punca

    pendapatan perniagaan atau perkongsian.

    S3: Apakah perbezaan diantara nombor cukai ‘SG’ dan ‘OG’?

    J3: Secara amnya tiada perbezaan di antara nombor cukai ‘SG’ dan ‘OG’.

    Tetapi untuk pentadbiran percukaian dua kumpulan ini di wujudkan untuk

    membezakan kategori pembayar cukai pendapatan perniagaan dan selain

    perniagaan. ‘OG’ adalah untuk kumpulan perniagaan manakala ‘SG’ untuk

    kumpulan selain perniagaan

    S4: Nombor cukai pendapatan saya bermula dengan ‘SG’ dan saya

    mempunyai punca pendapatan perniagaan. Borang cukai apa yang

    perlu saya isi dan hantar?

  • Peniaga Bijak #Cakna Cukai

    26 | P a g e

    J4: Oleh kerana punca pendapatan adalah perniagaan maka tuan dikehendaki

    mengisi Borang B. Borang cukai yang perlu digunakan adalah bergantung

    kepada jenis punca pendapatan dan bukannya merujuk kepada ‘SG’ atau

    ‘OG’.

    S5: Bolehkah saya melaporkan pendapatan perniagaan saya jika saya

    menerima Borang BE?

    J5: Tidak boleh. Pendapatan perniagaan perlu dilaporkan dalam Borang B.

    Sekiranya tuan menerima Borang BE tuan dikehendaki menukarnya

    kepada Borang B melalui:

    i. aplikasi e-Filing;

    ii. memuat turun Borang B melalui Portal Rasmi LHDNM;

    iii. cawangan LHDNM yang berdekatan

    S6: Bolehkah saya melaporkan pendapatan penggajian saya jika saya

    menerima Borang B?

    J6: Boleh, Borang B boleh digunakan untuk melaporkan pendapatan

    penggajian. Namun Borang B dengan punca pendapatan penggajian

    perlulah dihantar sebelum atau pada 30 April setiap tahun.

    Walau bagaimanapun tuan digalakkan untuk menggunakan borang yang

    betul iaitu Borang BE melalui aplikasi e-Filing.

    S7: Bilakah tarikh akhir penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan ?

    J7: Tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata Cukai Pendapatan adalah seperti

    berikut:

  • Peniaga Bijak #Cakna Cukai

    27 | P a g e

    JENIS BORANG TARIKH AKHIR

    PENGHANTARAN

    B (punca perniagaan) Sebelum atau

    pada

    30 Jun setiap tahun

    BE ( punca selain

    penggajian

    30 April setiap tahun

    E 31 Mac setiap tahun

    C &R dalam tempoh 7 bulan dari tarikh penutupan akaun

    S8: Bilakah tarikh akhir menghantar Borang B sekiranya saya memilih

    taksiran bersama atas nama pasangan?

    J8: Dalam kes taksiran bersama, jika isteri atau suami menjalankan

    perniagaan, tarikh akhir pengembalian kedua-dua borang suami dan isteri

    iaitu Borang B atau BE ialah pada 30 Jun setiap tahun.

    S9: Adakah saya akan dikenakan penalti sekiranya menghantar Borang B

    selepas tarikh 30 Jun?

    J9: Ya, Tuan akan dikenakan penalti lewat hantar borang di bawah subseksyen

    112(3) ACP 1967.

    LHDNM akan mengeluarkan notis taksiran di bawah subseksyen 90(3) dan

    pembayar cukai dikehendaki membuat bayaran cukai tambahan (dan cukai

    asal sekiranya masih belum dijelaskan) dalam tempoh 30 hari dari tarikh

    notis tersebut dikeluarkan.

    Kadar penalti adalah seperti jadual berikut:

    TEMPOH PENGHANTARAN LEWAT KADAR

    PENALTI (%)

    Penghantaran selepas tarikh ditetapkan

    sehingga

    12 Bulan 15%

    24 Bulan 30%

    Penghantaran selepas tarikh ditetapkan melebihi 24 Bulan 45%

  • Peniaga Bijak #Cakna Cukai

    28 | P a g e

    S10: Kenapa saya menerima Borang CP500?

    J 10: Pembayar cukai yang mempunyai sumber pendapatan selain daripada

    penggajian seperti perniagaan, sewa dan royalti dikehendaki membuat

    bayaran ansuran setiap dua bulan sekali sehingga enam kali ansuran

    mulai daripada bulan Mac setiap tahun.

    Amaun ansuran akan dianggarkan oleh LHDNM dan akan dihantar kepada

    pembayar cukai pada setiap awal tahun mengunakan notis ansuran

    CP500. Pembayar cukai dikehendaki membuat bayaran mengikut tarikh

    dan jumlah bayaran ansuran seperti yang ditetapkan di dalam notis CP500

    tersebut.

    S11: Bagaimana saya boleh merayu untuk meminda jumlah bayaran

    ansuran CP500?

    J11: Tuan boleh menghantar borang CP502 yang dilampirkan bersama-sama

    notis CP500. Permohonan pindaan bayaran ansuran ini hendaklah dibuat

    tidak lewat dari 30 Jun bagi tahun yang berkenaan. Sila hantar permohonan

    ke cawangan LHDNM di mana fail cukai pendapatan tuan dikendalikan.

    S12: Jika pada awal tahun pendapatan saya hanyalah daripada gaji sahaja,

    namun pada pertengahan tahun saya mula berniaga secara kecil-

    kecilan. Adakah saya perlu mengisi kedua-dua Borang B dan BE?

    J12: Tuan hanya dikehendaki mengisi Borang B memandangkan tuan telah

    mempunyai pendapatan perniagaan dan perlu mengembalikan Borang B

    selewat–lewatnya pada 30 Jun setiap tahun.

    S13: Bagaimanakah saya boleh mengetahui pengiraan cukai di dalam

    Borang B yang dihantar adalah betul?

    J13: Jika pembayar cukai mengantar borang melalui e-filing maka pengiraan

    cukai di dalam Borang B yang dihantar ke LHDNM adalah tepat kerana

    ianya telah dikira secara automatik dan akan memaparkan cukai sebenar

    tuan berdasarkan input-input yang dimasukkan oleh pembayar cukai.

  • Peniaga Bijak #Cakna Cukai

    29 | P a g e

    S14: Berapa lamakah tempoh saya perlu menyimpan rekod-rekod

    perniagaan?

    J14: Rekod, dokumen dan helaian kerja yang digunakan dalam pengiraan cukai

    perlu disimpan selama tujuh (7) tahun bermula dari akhir tahun dalam mana

    borang cukai pendapatan dihantar ke LHDNM, untuk tujuan rujukan dan

    semakan sekiranya diperlukan kelak.

    S15: Apakah tindakan yang akan diambil oleh LHDNM sekiranya saya tidak

    menyimpan rekod–rekod perniagaan saya?

    J15: Sekiranya tuan tidak menyimpan rekod–rekod perniagaan tuan, di bawah

    seksyen 119A, Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967), tuan boleh

    didakwa di mahkamah dan jika disabitkan kesalahan, tuan boleh dikenakan

    denda tidak kurang daripada RM300 dan tidak melebihi daripada

    RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua-duanya

    sekali.

    S16: Bolehkah saya hanya mengisi Borang B di bahagian Butiran Peribadi

    dan tandatangan sahaja dan kemudian menghantar borang tersebut

    bersama–sama dengan penyata pendapatan perniagaan saya dan bil–

    bil tuntutan yang lain?

    J16: Tidak boleh. Borang B tuan akan dianggap sebagai tidak lengkap dan akan

    dikembalikan kepada tuan untuk diisi dengan lengkap. Di bawah Sistem

    Taksir Sendiri, tuan tidak perlu mengemukakan rekod–rekod perniagaan

    dan bil-bil tuntutan. Tuan dikehendaki menyimpan rekod–rekod berkenaan

    selama tujuh (7) tahun bagi tujuan rujukan dan semakan LHDNM sekiranya

    diperlukan kelak.

    S17: Apakah tindakan yang akan diambil sekiranya LHDNM mendapati

    pendapatan yang dilaporkan di dalam Borang B adalah kurang?

  • Peniaga Bijak #Cakna Cukai

    30 | P a g e

    J17: Taksiran tambahan berserta penalti kurang lapor (di bawah subseksyen

    113(2) Akta Cukai Pendapatan 1967) akan dibangkitkan.

    S18: Selepas saya menghantar Borang B, saya menyedari bahawa saya

    telah melaporkan pendapatan yang tidak betul. Perlukah saya mengisi

    borang yang baru dan hantar semula ke Pusat Pemprosesan

    Maklumat LHDNM?

    J18: Tuan tidak dibenarkan menghantar borang cukai pendapatan bagi sesuatu

    tahun taksiran lebih daripada sekali. Walau bagaimanapun, tuan

    dinasihatkan menghantar surat rayuan (yang menyatakan kesilapan yang

    telah dibuat), dokumen sokongan dan membuat pengiraan semula ke

    cawangan yang mengendalikan fail tuan. Tuan boleh memuat turun Borang

    Nyata Terpinda di laman web LHDNM. Namun, sekiranya pindaan tersebut

    melibatkan pendapatan terkurang lapor atau pelepasan terlebih lapor yang

    mengakibatkan cukai atau cukai tambahan dikenakan, tuan perlu mengisi

    Borang Nyata Terpinda B . Borang Nyata Terpinda yang telah dilengkapkan

    hendaklah ditandatangani dan dihantar ke alamat cawangan Lembaga

    Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang mengendalikan fail cukai

    pendapatan tuan.

    S19: Saya telah berhenti berniaga pada tahun lalu dan kini hanya menerima

    pendapatan penggajian sahaja. Bolehkah saya mengisi borang B

    terkini yang telah saya terima dan bilakah tarikh akhir penghantaran

    borang tersebut?

    J19: Sekiranya tuan tidak lagi menjalankan perniagaan dan hanya menerima

    pendapatan penggajian tetapi menerima Borang B, tuan boleh sama ada:

    a. Menggunakan borang tersebut untuk melaporkan pendapatan yang

    diterima. Sila isikan ruangan yang berkenaan sahaja, atau

    b. Terus membuat pengisian Borang e-BE secara e-Filing.

    Tarikh akhir penghantaran Borang BE adalah pada 30 April setiap tahun.

  • Peniaga Bijak #Cakna Cukai

    31 | P a g e

    S20: Saya adalah seorang peniaga ’online’ (e-commerce) / ejen hartanah /

    saham / insurans / jualan langsung / bekerja sendiri tetapi tidak

    mendaftarkan perniagaan tersebut dengan Suruhanjaya Syarikat

    Malaysia (SSM). Adakah saya perlu melaporkan pendapatan kepada

    LHDNM? Borang apakah yang perlu saya isi?

    J20: Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, Ya, tuan perlu melaporkan

    semua pendapatan yang diterima. Pendapatan sebagai ejen ’e-commerce’

    / hartanah / saham / insurans / jualan langsung / bekerja sendiri adalah

    pendapatan perniagaan yang dikenakan cukai. Borang yang perlu diisi

    adalah Borang B.

    S21: Saya hanya menjalankan perniagaan kecil-kecilan dan tidak pernah

    menyimpan rekod-rekod perniagaan. Penyata untung rugi disediakan

    berdasarkan anggaran. Bagaimanakah cara hendak mengisi Borang

    B? Adakah pengiraan saya akan diterima? Adakah saya akan

    dikenakan penalti kerana tidak menyimpan rekod?

    J21: Bagi pengisian Borang B, tuan boleh merujuk kepada helaian kerja HK-1,

    Buku Panduan Borang B sebagai garis panduan. Tanggungjawab

    pembayar cukai adalah melaporkan pendapatan sebenar setiap tahun.

    Oleh itu, pengiraan cukai di dalam Borang B yang dihantar ke LHDNM

    adalah cukai sebenar tuan. Tuan dinasihatkan supaya menyimpan rekod-

    rekod perniagaan dengan kemas dan teratur mengikut peruntukan seksyen

    82 dan 82A, ACP 1967. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan

    tuan boleh didakwa di mahkamah dan dikenakan denda tidak kurang dari

    RM300 dan tidak melebihi RM10,000 atau penjara 12 bulan atau kedua-

    duanya jika sabit kesalahan. (Rujuk Ketetapan Umum Bil 6/2000 (Pindaan)

    bertarikh 30 Jun 2001). Ketetapan Umum ini boleh diperolehi dari Portal

    Rasmi LHDNM di alamat www.hasil.gov.my > Undang-undang dan

    Peraturan > Ketetapan Umum.

    http://www.hasil.gov.my/

  • Peniaga Bijak #Cakna Cukai

    32 | P a g e

    S22: Di manakah saya boleh mendapatkan Buku Panduan Borang B?

    J22: Tuan boleh melayari Portal Rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my > Borang

    > Borang Nyata> Kategori > Tahun Taksiran > Buku Panduan Borang B.

    S23: Bagaimana saya hendak mengetahui mengenai rekod-rekod yang

    perlu disimpan dan cara menyediakan Penyata Untung Rugi dan

    Kunci Kira-kira yang betul?

    S23: Tuan boleh merujuk kepada Ketetapan Umum Bil 5/2000 (Pindaan) yang

    boleh diperolehi di www.hasil.gov.my berhubung penyimpanan rekod yang

    mencukupi. Tuan juga boleh berhubung dengan pegawai LHDNM di mana-

    mana cawangan LHDNM untuk mendapatkan khidmat nasihat. Selain itu,

    tuan juga boleh mendapatkan khidmat dari mana-mana akauntan atau ejen

    cukai berlesen.

    S24: Jika saya menjalankan perniagaan milikan tunggal dan saya juga

    merupakan seorang Pengarah di sebuah syarikat sendirian berhad,

    perlukah saya mengisi dua borang berlainan untuk melaporkan dua

    punca pendapatan tersebut?

    J24: Tuan tidak perlu mengisi dua borang yang berlainan. Tuan hanya perlu

    mengisi Borang B untuk kedua-dua punca pendapatan perniagaan dan

    yuran pengarah tersebut.

    S25: Adakah saya boleh menyemak bayaran yang telah dibuat dalam tahun

    semasa?

    J25: Ya. Tuan boleh membuat semakan di cawangan fail cukai pendapatan

    tuan. Pilihan lain yang lebih mudah adalah menyemak amaun tersebut

    menggunakan perkhidmatan e-Lejar di Portal Rasmi LHDNM. Untuk

    menggunakan perkhidmatan ini tuan hanya perlu memasukkan nombor

    kad pengenalan berserta kata laluan e-Filing.

    http://www.hasil.gov.my/http://www.hasil.gov.my/

  • Peniaga Bijak #Cakna Cukai

    33 | P a g e

    S26: Di mana saya boleh membuat bayaran cukai pendapatan?

    J26: Bayaran cukai pendapatan boleh dibuat di semua kemudahan bayaran

    melalui bank ejen LHDNM atau melalui perbankan internet. (Rujuk Risalah

    Bayaran Cukai Pendapatan LHDN/R006/19)

    S27: Apakah kod yang digunakan jika membuat pembayaran baki cukai

    kena dibayar bagi kes perniagaan sekiranya bayaran dibuat di bank?

    J27: Kod bayaran cukai ialah 084.

    S28: Adakah saya boleh melantik ejen cukai untuk menguruskan

    percukaian perniagaan saya?

    J28: Ya, Tuan adalah digalakkan untuk melantik mana-mana akauntan

    bertauliah atau ejen cukai berlesen.

    S29: Bagaiman untuk membuat semakan sekatan perjalanan jika saya

    gagal membuat bayaran cukai pendapatan?

    J29: Sekatan perjalanan dikenakan ke atas individu atau pengarah syarikat

    yang gagal menjelaskan cukai pendapatan, cukai keuntungan harta tanah

    atau cukai korporat.

    Tuan boleh menyemak status sekatan perjalanan melalui

    https://sspi.imi.gov.my/sspi/

    2. MAJIKAN

    S30: Saya baru memulakan perniagaan dan mempunyai beberapa orang

    pekerja yang mana pendapatan mereka kurang daripada RM1000

    sebulan. Perlukah saya mendaftarkan fail Majikan (E) untuk

    perniagaan ini di LHDNM?

    https://sspi.imi.gov.my/sspi/

  • Peniaga Bijak #Cakna Cukai

    34 | P a g e

    J30: Ya, perniagaan tuan perlu mendaftarkan fail Majikan sekiranya mempunyai

    pekerja. Pendaftaran fail Majikan tidak mengambilkira bilangan pekerja dan

    jumlah pendapatan yang diperolehi oleh mereka. Seksyen 83 (1) hingga (5)

    Akta Cukai Pendapatan 1967(ACP 1967) telah menggariskan

    tanggungjawab-tanggungjawab yang perlu dipatuhi oleh setiap Majikan.

    S31: Bagaimana dan di manakah saya boleh berurusan untuk

    mendaftarkan fail Majikan ini?

    J31: Tuan perlu hadir ke pejabat LHDNM yang berdekatan dengan alamat

    syarikat tuan dengan membawa bersama salinan dokumen-dokumen yang

    dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftaran Perniagaan (Borang A, D) atau

    (Borang 9, 13, 24, 49) daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta

    mengisi borang permohonan pendaftaran fail Majikan iaitu KL/R/368A.

    S32: Bolehkah Borang permohonan Pendaftaran fail Majikan diperolehi

    daripada Portal Rasmi LHDNM ?

    J32: Borang Permohonan Pendaftaran Fail Majikan boleh dimuat-turun daripada

    Portal Rasmi LHDNM. Bagi tujuan kemudahan pembayar cukai, LHDNM

    juga telah menyediakan aplikasi e-Daftar bagi memudahkan tujuan

    pendaftaran fail Majikan dibuat melalui atas talian (online).

    S33: Perniagaan saya telah mempunyai nombor fail Majikan. Walau

    bagaimanapun, baru-baru ini saya telah menukar nama perniagaan.

    Perlukah saya mendaftar nombor fail Majikan yang baru ?

    J33: Tuan tidak perlu mendaftar fail Majikan yang baru jika status perniagaan

    tidak berubah. Tuan hanya perlu mengemukakan salinan fotostat dokumen

    pertukaran nama seperti Borang A (Borang maklumat perniagaan dari

    SSM), Borang D (Perakuan Pendaftaran dari SSM) atau Borang 13

    (pertukaran nama syarikat (jika ada) yang disahkan) yang dikeluarkan oleh

    Pejabat Pendaftaran Perniagaan atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia

    (SSM) sahaja kepada LHDNM.

  • Peniaga Bijak #Cakna Cukai

    35 | P a g e

    S34: Adakah majikan masih perlu menghantar Borang Pemberitahuan

    Pekerja Baru (CP 22) untuk memaklumkan berkenaan pekerja baru

    syarikat mereka kepada LHDNM?

    J34: Setiap majikan yang mula menggaji individu yang boleh atau mungkin

    boleh dikenakan cukai pendapatan hendaklah memberitahu berkenaan

    pekerja itu dalam tempoh satu bulan dari tarikh permulaan pekerjaannya

    (Seksyen 83 (2) Akta Cukai Pendapatan 1967). Majikan perlu mengambil

    tindakan memaklumkan kepada Cawangan LHDNM yang berdekatan

    tentang pekerja tersebut dengan menggunakan Borang CP22.

    Antara maklumat pekerja baru yang perlu diberi ialah:

    i. Nama,

    ii. Nombor kad pengenalan,

    iii. Alamat surat menyurat,

    iv. Nombor fail cukai pendapatan (jika ada),

    v. Tarikh permulaan pekerjaan dan jenis serta syarat-syarat penggajian.

    S35: Perlukah majikan memberi Notis Pemberitahuan Pemberhentian Kerja

    (Borang CP 22A / CP 22B) kepada LHDNM mengenai pekerjanya yang

    akan berhenti kerja?

    J35: Mulai 1 Januari 1997, Seksyen 83 (3) Akta Cukai Pendapatan 1967 telah

    dipinda di mana majikan tidak perlu memberi Notis Pemberitahuan

    Pemberhentian Kerja sekiranya pendapatan pekerja yang akan berhenti itu

    adalah tertakluk kepada Potongan Cukai Bulanan (PCB) atau jika saraan

    pekerja berkenaan adalah kurang daripada amaun pendapatan yang

    tertakluk kepada Potongan Cukai Bulanan (PCB).

    Majikan hanya perlu memberi Notis Pemberitahuan Pemberhentian Kerja

    sekiranya pemberhentian kerja itu adalah kerana:-

    i. Pekerja akan bersara.

  • Peniaga Bijak #Cakna Cukai

    36 | P a g e

    ii. Pekerja akan meninggalkan Malaysia (dengan tujuan tidak akan

    kembali lagi)

    iii. Pekerja tertakluk kepada skim Potongan Cukai Bulanan (PCB), tetapi

    potongan tidak dibuat oleh majikan.

    Jika sekiranya majikan dikehendaki menahan wang pekerja (dalam 3

    kategori seperti di atas), majikan perlu mendapatkan Sijil Penyelesaian

    Cukai dari LHDNM dengan mengemukakan Borang CP22A (Pekerja

    Berhenti kerja/Bersara/meninggal dunia bagi pekerja swasta) / Borang

    CP22B (Pekerja Berhenti kerja/Bersara/Meninggal dunia bagi pekerja

    Kerajaan)/Borang CP 21(Pekerja yang hendak meniggalkan Malaysia)

    sebelum melepaskan wang yang ditahan.

    S36: Apakah tindakan yang perlu diambil oleh majikan sekiranya ada

    pekerja yang akan berhenti kerja dan meninggalkan Malaysia?

    J36: Majikan bertanggungjawab:

    1. Memberi notis tentang pekerja yang akan meninggalkan Malaysia

    bagi tempoh tiga bulan atau lebih dengan melengkapkan Borang

    Pemberitahuan oleh Majikan bagi pekerja yang hendak

    meninggalkan Negara ini (CP 21) ke Cawangan LHDNM di mana fail

    cukai pendapatan pekerja berada supaya Sijil Penyelesaian Cukai

    dapat dikeluarkan.

    2. Majikan juga dikehendaki menahan wang pekerja tersebut bagi

    tujuan penyelesaian cukai. Notis Pemberitahuan ini mestilah dibuat

    dalam tempoh satu bulan sebelum tarikh pekerja tersebut dijangka

    akan meninggalkan Malaysia. [Seksyen 83 (4)]. Walau

    bagaimanapun, sekiranya pemergian pekerja tersebut adalah bagi

    tempoh yang kerap dalam perjalanan penggajiannya, maka majikan

    tidak perlu memberi notis tersebut.

  • Peniaga Bijak #Cakna Cukai

    37 | P a g e

    S37: Adakah pekerja kontrak dan sambilan diambilkira sebagai bilangan

    pekerja untuk dilaporkan di dalam Borang E?

    J37: Ya, pihak tuan perlu melaporkan kerana syarikat tuan adalah majikan bagi

    pekerja tersebut dalam tahun berkenaan.

    S38: Saya menjalankan perniagaan kedai runcit dan dari semasa ke

    semasa saya menjual barang runcit di pasar malam. Bolehkah saya

    membayar cukai pendapatan melalui Skim Potongan Cukai Bulanan

    (PCB)

    J38: Tidak, PCB dikhaskan hanya untuk seseorang yang tertakluk di bawah

    kontrak penggajian. Jika anda menjalankan perniagaan atau bekerja

    sendiri, anda boleh membayar cukai anda melalui skim bayaran ansuran

    CP500.

    S39: Peniaga telah mengisi kod perniagaan yang salah dalam Borang B,

    bolehkah peniaga membetulkan kod tersebut dalam Borang B tahun

    hadapan?

    J39: Tidak boleh. Peniaga perlu mengemukakan surat makluman kepada

    Cawangan yang mengendalikan fail cukai tuan untuk membetulkan

    kesilapan tersebut.

    3. SYARIKAT

    S40: Bolehkah syarikat baharu yang belum mendaftar fail Majikan

    menghantar Borang E?

    J40: Tidak boleh. Majikan perlu mendaftar fail majikan terlebih dahulu

    sebelum menghantar Borang E untuk mengelakkan borang tersebut lambat

    diproses.

  • Peniaga Bijak #Cakna Cukai

    38 | P a g e

    S41: Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya Syarikat tidak

    beroperasi (Dormant) tetapi telah menerima Borang E ?

    J41: Tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:

    Borang E yang diterima itu perlu dilengkapkan dan ditandatangani.

    Isikan 0 di Bahagian A dan Bahagian B Borang E 2018.

    Menghantar surat makluman ke Cawangan di mana fail Majikan berada

    untuktindakan supaya Borang E tidak lagi dikeluarkan pada masa

    akan datang sehinggalah syarikat tersebut beroperasi semula.

    S42: Bagaimana untuk mengira Potongan Cukai Bulanan (PCB) bagi yuran

    pengarah?

    J42: Terdapat beberapa cara untuk pengiraan yuran pengarah, bergantung

    kepada situasi seperti berikut:

    a) Dalam kes-kes di mana yuran pengarah adalah dibayar secara bulanan

    bersama-sama dengan saraan bulanan, kedua-dua amaun hendaklah

    dijumlahkan dan PCB yang perlu dipotong adalah merujuk kepada

    Jadual PCB. Digalakkan menggunakan Sistem Penggajian Berkomputer

    / Sistem e-PCB.

    b) Dalam kes-kes di mana hanya yuran pengarah sahaja dibayar secara

    bulanan, maka PCB ditentukan sebagaimana mengira PCB untuk

    saraan bulanan.

    c) Di mana seseorang pengarah dibayar saraan bulanan dan juga

    menerima yuran pengarah secara sekaligus, pengiraan PCB untuk

    yuran pengarah adalah mengikut Formula Bonus.

    d) Di mana seseorang pengarah hanya menerima yuran pengarah secara

    sekaligus, bayaran berkenaan hendaklah dibahagikan kepada tempoh

    bulan yang berkaitan dan potongan PCB hendaklah dibuat mengikut

  • Peniaga Bijak #Cakna Cukai

    39 | P a g e

    jadual yang ditetapkan dan didarabkan dengan jumlah bulan tersebut.

    (Formula Bonus-langkah B-D adalah terpakai).

    Contoh:

    Seseorang pengarah menerima yuran pengarah untuk tempoh setahun

    berjumlah RM36,000.00 tanpa sebarang bayaran saraan bulanan. Oleh

    yang demikian, jumlah yang diambilkira untuk sebulan adalah RM3,000.00.

    Bayaran PCB untuk jumlah RM3,000 hendaklah ditentukan mengikut jadual

    dan kemudiannya didarabkan dengan jumlah bulan dalam setahun.

    Digalakkan menggunakan Sistem Penggajian Berkomputer / Sistem e-

    PCB.

    Sekiranya yuran pengarah dibayar untuk tahun yang berbeza dengan tahun

    semasa, pihak majikan perlu mengasingkan bayaran yuran pengarah dan

    juga bayaran PCB bulan semasa dengan menggunakan dua borang CP 39

    yang berasingan.

    S43: Dalam mesyuarat tahunan, yuran pengarah telah diitentukan dan akan

    dibayar pada 1 Oktober 2018. Memandangkan selepas itu syarikat

    mengalami masalah kewangan, yuran pengarah tidak dapat dibayar

    pada tarikh yang telah ditetapkan. Adakah PCB untuk yuran pengarah

    tersebut masih perlu dipotong pada tarikh ia ditetapkan?

    J43: Tidak perlu. Potongan PCB hanya perlu dibuat pada tarikh ia dibayar.

    S44: Mengapa saya masih belum menerima bayaran balik dalam tempoh

    seperti yang dinyatakan di dalam Piagam Pelanggan LHDNM?

    J44: Kelewatan bayaran balik diproses mungkin disebabkan oleh pihak LHDNM

    perlu membuat pengauditan terhadap Borang Nyata Cukai Pendapatan

    yang dikemukakan oleh tuan. Walaubagaimanapun, tuan dinasihatkan

    untuk menghubungi Cawangan LHDNM yang mengendalikan fail tuan atau

    hubungi 1800-88-5436(LHDN) bagi mendapatkan maklumat lanjut.

  • Peniaga Bijak #Cakna Cukai

    40 | P a g e

    4. BAYARAN CUKAI MELALUI KAD KREDIT

    S45: Saya mempunyai tunggakan cukai. Adakah tunggakan cukai tersebut

    boleh dijelaskan melalui kad kredit? Jika boleh, di mana saya boleh

    membuat bayaran melalui kad kredit?

    J45: Ya. Tunggakan cukai boleh dijelaskan melalui kad kredit. Bayaran melalui

    kad kredit boleh dilakukan secara dalam talian di laman web LHDNM

    (https://byrhasil.hasil.gov.my/).

    S46: Sekiranya saya membuat bayaran cukai pendapatan melalui kad

    kredit, adakah LHDNM akan menanggung kos pentadbiran bagi

    bayaran melalui kad kredit tersebut?

    J46: LHDNM tidak akan menanggung kos pentadbiran bagi bayaran melalui kad

    kredit. Kos pentadbiran sebanyak 0.8% daripada amaun yang dibayar perlu

    ditanggung oleh pembayar dengan persetujuan beliau.

    S47: Bolehkah saya membayar cukai bayaran pendapatan melalui kad

    kredit di kaunter-kaunter PERKHIDMATAN yang disediakan di

    cawangan-cawangan LHDNM?

    J47: Tidak boleh. Bayaran cukai pendapatan melalui kad kredit adalah secara

    dalam talian sahaja.

    S48: Saya telah membuat bayaran cukai pendapatan melalui kad kredit.

    Adakah LHDNM akan mengeluarkan resit rasmi sebagai bukti

    pembayaran cukai pendapatan untuk rujukan saya di masa akan

    datang?

    J48: LHDNM akan mengeluarkan satu slip pengesahan penerimaan

    pembayaran dengan logo Hasil selepas bayaran dilakukan. Slip tersebut

    perlu dicetak oleh pembayar sebagai rujukan di masa akan datang.

  • Peniaga Bijak #Cakna Cukai

    41 | P a g e

    S49: Berapakah had bayaran minimum sekiranya bayaran cukai

    pendapatan dibayar melalui kad kredit?

    J49: Tiada had bayaran minimum ditetapkan untuk bayaran cukai pendapatan

    melalui kad kredit.

    S50: Bagaimanakah cara untuk membuat bayaran cukai melalui pindahan

    wang dari luar negara?

    J50: Bayaran cukai pendapatan melalui pindahan wang dari luar negara boleh

    dilakukan dalam dua kaedah iaitu:

    a) Melalui Telegraphic Transfer (TT) / Interbank Transfer Giro(IBG) /

    Electronic Fund Transfer (EFT)

    Pembayar cukai perlu menghubungi nombor berikut bagi mendapatkan

    prosidur bayaran menerusi pemindahan telegrafik:

    Nomber telefon : HASIL Care Line : 1-800-88-5436 (panggilan dalam

    negara) atau 603-7713 6666 (panggilan dari luar negara)

    Nombor faks : 603-6201 9637, atau

    Alamat e-mel : [email protected]

    b) Melalui Bank Draft

    Pembayar cukai yang melakukan pindahan wang dari luar negara dengan

    kaedah ini perlu mengemukakan instrumen berikut:

    Nama Penerima (Bayar kepada) : Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri

    Nama dan alamat bank pembayar: Mesti "local paying bank" atau "local

    correspondence bank" supaya bank draft tersebut menjadi cek tempatan.

    Penafian : Kandungan buku ini adalah sebagai panduan sahaja dan ianya menerangkan

    kedudukan semasa kewangan disediakan.

    mailto:[email protected]

  • Peniaga Bijak #Cakna Cukai

    42 | P a g e

    BAHAGIAN IV: PANDUAN MENGAKSES DAN

    MENGISI KOD PERNIAGAAN UNTUK BORANG B

    DAN e-B

    Berikut adalah panduan mengakses kod perniagaan di Portal

    Rasmi LHDNM adalah seperti berikut:

    Layari www.hasil.gov.my di Laman Utama klik Ikon ini

    Klik di sini

    http://www.hasil.gov.my/

  • Peniaga Bijak #Cakna Cukai

    43 | P a g e

    Butiran di Borang e-B 20xx

    Langkah 1 : MENU - Maklumat Kewangan Orang Perseorangan

    (Perniagaan Utama Sahaja)

    Langkah 2 : Klik ikon KOD PERNIAGAAN untuk paparan senarai

    Kod Perniagaan untuk rujukan sehingga muka surat

    terakhir.

    Klik di sini

    20xx

  • Peniaga Bijak #Cakna Cukai

    44 | P a g e

    Paparan Senarai Kod Perniagaan sehingga muka surat terakhir.

    MUKA SURAT PERTAMA

    MUKA SURAT TERAKHIR

    Langkah 3 : Masukkan KOD PERNIAGAAN di ruang seperti di

    bawah:

  • Peniaga Bijak #Cakna Cukai

    45 | P a g e

    BAHAGIAN V: PAUTAN PANTAS KOD-KOD

    RISALAH PERCUKAIAN

    Dikemaskini oleh:

    Bahagian Pendidikan Cukai

    Jabatan Khidmat Korporat, LHDNM