jujur

Upload: jezz-rozario

Post on 06-Jan-2016

230 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

good

TRANSCRIPT

Salam sejahtera dan selamat pagi;

Nilai murni yang akan saya bicarakan pada pagi ini ialah kejujuran. Mari kita bertanya kepada diri kita betapa jujurkah kita kepada diri kita? Kejujuran ialah sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat baik, amanah dan ikhlas tanpa mengharap balasan.

Para Guru dan Rakan-rakan sekalian;

Sifat jujur adalah sifat terpuji yang mesti ada pada diri kita. Ia adalah kunci kebahagiaan dan keharmonian hidup.

Orang yang jujur sentiasa ikhlas dalam melakukan sebarang pekerjaan, bercakap benar, menepati janji, berakhlak mulia, berdisiplin, taat kepada perintah agama dan beramanah. Sebagai pelajar sejauh manakah kita berusaha memupuk nilai ini ke dalam diri kita? Contohnya, jika kita terjumpa barang atau wang, kita hendaklah memulangkannya kepada pemiliknya atau diserahkan kepada ibu bapa atau guru. Janganlah kita mengambil sesuatu yang bukan milik kita. Tidak jujur ada kaitan dengan mencuri dan menipu. Pepatah melayu ada berkata;Siakap Senohong Gelama Ikan Duri; Bercakap Bohong Lama-lama Mencuri

Dalam kehidupan seharian, kita tidak dapat lari dari membuat kesilapan. Maka, kita harus berlaku jujur dengan mengaku kesilapan kita. Sekiranya kita jujur, orang akan lebih mempercayai kita.

Rakan-Rakan Sekalian;

Saya menyeru supaya kita sentiasa menjadikan kejujuran sebagai asas perjuangan kita untuk memartabatkan sekolah kita sebagai sebuah sekolah yang dapat melahirkan modal insan yang gemilang dan terbilang dan dihormati oleh masyarakat seluruhnya.

Semoga apa yang saya sampaikan pada pagi ini menjadi renungan kepada kita bersama. Sekian Terima Kasih.