jujur & amanah dalam perniagaan - jaik.gov.myjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/khutbah...

7
1 JUJUR & AMANAH DALAM PERNIAGAAN Oleh Syeikh Mohd Usamah Bin Talib

Upload: dotruc

Post on 21-Jun-2019

263 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

JUJUR & AMANAH DALAM PERNIAGAAN

Oleh Syeikh Mohd Usamah Bin Talib

2

JUJUR DAN AMANAH DALAM PERNIAGAAN

ذ باهلل نو ، ونع ونستغفره، ونتب إل إن احلهد هلل، نهده ونستعييده اهلل فال مضل ل، ونو يضلل عهالا، نو ي

نفسيا، ونو سيئات أ

ور أ ش

ن سيدىا د أ ش

يم ل، وأ ن ل هلإ إل اهلل وحده ل ش

د أ ش

ادي ل، أ فال

د ل، امهلل صل لع سيدىا مه دا عبده ورس وسلم مه ولع آل وصحب .تسليها نثريا

ن تو إل وانتم مسله ول ته ا اهلل حق تلات ل ن، ات ا الهسله ي .فيا أ

ڃ ڃ ڃ چ چ

ۉ چ ۅ ۅ ۋ ۋ ٴۇ ۈ ۈ ۆ ۆ ۇ ۇ ڭ

٣ - ١: املطففني چۉ ې ې

Maksudnya : Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan

sukatan). Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain

mereka mengambilnya dengan cukup. Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau

menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.

Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan sekalian. Marilah sama-sama kita men-

ingkatkan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T. dengan melaksanakan segala titah per-

intahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Mudah-mudahan dengan menyelami

kehidupan yang bertunjangkan ketaqwaan ini, kita beroleh kejayaan didunia dan akhi-

rat. Tajuk khutbah kita pada hari Jumaat yang mulia ini ‘JUJUR DAN AMANAH DALAM

PERNIAGAAN’.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

03 Ogos 2018/21 Zulkaedah 1439

Khutbah Jumaat 2018

3

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Jatuh bangun sesebuah masyarakat dan negara bergantung kepada kekuatan jiwa dan

material kebendaan. Kekuatan material yang boleh dinilai oleh manusia ialah kekua-

tan dari segi ekonomi dan pembangunan. Ekonomi pula berhubungkait dengan perni-

agaan dan perdagangan.

Lihatlah bagaimana kejayaan Rasulullah s.a.w. berniaga sebelum Baginda dilantik

menjadi Rasul dan mendidik para sahabat agar jujur dan amanah sehingga para saha-

bat menjadi golongan berada yang mampu memakmurkan bumi Madinah al-

Munawwarah daripada cengkaman Yahudi yang zalim.

Perniagaan adalah satu bentuk transaksi atau pertukaran barangan dari satu pihak

kepada pihak yang lain. Ia berkait rapat dengan untung dan rugi. Sesiapa yang berni-

aga pasti menginginkan keuntungan, apatah lagi jika kita berniaga dengan Yang Maha

Esa. Keuntungan dari Allah sudah tentulah ganjaran pahala yang tidak terhingga.

Maka hasilnya ialah nikmat syurga yang tidak terperi nikmatnya, dianugerahkan

kepada hamba-hamba yang diredhaiNya.

Muslimin yang dikasihi sekalian,

Islam sangat mengambil berat kebenaran dan kejujuran kerana hanya sifat benar dan

jujur yang akan membawa kejayaan di dunia dan akhirat. Bahkan mereka tergolong di

kalangan orang yang dekat dengan para Nabi dalam Syurga berdasarkan hadis Nabi

s.a.w. yang bermaksud :

“Peniaga yang benar dan amanah bersama dengan para nabi, siddiqin dan golon-

gan mati syahid” (Riwayat al-Tirmizi).

Rezeki yang diperolehi dengan cara yang baik akan mendatangkan pahala dan man-

faat yang baik, sebaliknya jika diperolehi dengan cara yang tidak baik, maka ia hanya

mendekatkan diri dengan seksaan api neraka bahkan dikeji dan dihina oleh seluruh

makhluk didunia ini. Muslim yang jujur dan amanah akan dipandang mulia malah se-

cara tidak langsung menarik minat orang bukan Islam untuk mempelajari dan meme-

luk agama Islam.

Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

03 Ogos 2018/21 Zulkaedah 1439

4

Tetapi malangnya, sebahagian para peniaga telah mencemarkan Islam dengan sifat-

sifat yang tercela kerana tamak haloba dengan keindahan dan kemewahan dunia

yang sementara. Mereka sanggup terlibat dengan perkara-perkara yang haram,

menipu, memungkiri janji, tidak telus, memutar belit dalam urusan dan segala sifat-

sifat yang buruk dan keji. Kita hayati kata-kata Rasululllah s.a.w. yang mencela orang

yang menipu dalam Sohih Muslim :

الح فليس )) وسلم كال نو حل علييا الس صل الل علي ن رسل اللريرة أ ب

ا ني عو أ

يا فليس نيا ((ونو غش

Yang bermaksud : “Daripada Abu Hurairah r.a.: Rasulullah s.a.w. telah bersabda se-

siapa yang mengangkat senjata (menakutkan orang lain), maka ia bukanlah daripada

kita, dan sesiapa yang menipu bukanlah dari kalangan kita)”.

Sesetengah peniaga, pengusaha atau kontraktor yang dikuasai sifat tamak haloba ti-

dak akan teragak-agak untuk menipu dan menyeleweng sehingga mengancam nyawa

orang lain. Mereka menyangka hasil yang mereka perolehi tersebut akan terhapus

dengan menderma atau infak kepada badan-badan kebajikan atau rumah ibadat atau

orang yang memerlukan. Sesungguhnya mereka tertipu dengan anggapan mereka

sendiri.

ڃ ڃ ڃ چ چ

چڳ ڱ ڱ ڱ ڱ ں ں ڻ ڻ ڻ ڻ ۀ چ .١٠١: الكف

Maksudnya : (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan

dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada

apa sahaja yang mereka lakukan".

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Khutbah Jumaat 2018

03 Ogos 2018/21 Zulkaedah 1439

5

Muslimin yang dirahmati Allah sekalian.

Apa yang lebih membimbangkan kita ialah ada sesetengah pihak yang berkenaan sang-

gup bersubahat dengan perbuatan yang boleh mengancam dan membahayakan nyawa

orang lain yang tidak berdosa dalam meluluskan sesuatu perkara yang tidak mengikut

syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Berbagai-bagai cara penipuan, penyelewengan serta pengkhianatan yang berlaku dalam

selok belok perniagaan dan perdagangan contohnya :

1. Dari segi material: digunakan bahan yang tidak berkualiti, tidak mengikut

kriteria yang ditetapkan tau mengguna semula barangan yang lama dengan

mendakwa ianya baru ,dan lain-lain lagi.

2. Dari segi dokumentasi : menaikkan harga dalam resit, menuntut bahan

yang tiada dalam kontrak, menipu tandatangan, bayaran-bayaran tersem-

bunyi sehingga membebankan pembeli.

3. Dari segi etika : tidak menepati janji, rasuah, pecah amanah, bercakap bo-

hong, suka bersumpah palsu, tidak bayar zakat perniagaan, tidak membayar

gaji pekerja dan sebagainya.

4. Dari segi agama : mereka menggunakan ayat al-Quran menunjukkan dirinya

orang Islam dengan memperdagangkan ayat-ayat suci al-Quran termasuk

hadis untuk melariskan jualan, mempamerkan gambar ulamak atau aulia

dan sebagainya.

Muslimin sidang Jumaat sekalian.

Jual beli yang mempunyai penipuan dan kezaliman adalah haram. Wang yang diperolehi

juga adalah haram, walaupun dari segi undang-undang kelihatan seolah-olah ianya halal.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:

“Muslim saudara kepada muslim. Tidak halal seorang muslim menjual kepada sauda-

ranya suatu jual yang ada kecacatan tanpa diterangkan”

(Riwayat Ahmad, Ibn Majah).

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Khutbah Jumaat 2018

03 Ogos 2018/21 Zulkaedah 1439

6

Mengakhiri khutbah pada hari ini, ingatlah wahai saudara-saudaraku sekalian, ke-

hidupan kita hari ini akan dinilai dan dihitung semula di hadapan Allah S.W.T. Keun-

tungan yang diperolehi secara haram akan membentuk jiwa yang disaluti rasa ber-

dosa dan hati yang keras lagi gelap. Akibatnya tiada ketenangan jiwa malah ujian atau

balasan bakal menimpanya samada di dunia atau akhirat.

Hidup di dunia ditimpa pelbagai masalah diri, keluarga, kawan-kawan yang akan men-

gambil kesempatan, dizalimi pihak-pihak yang lebih berkuasa. Di akhirat pula seksaan

demi seksaan akan menimpa. Oleh itu, para peniaga hendaklah menjadikan peker-

jaannya tersebut sebagai jalan yang akan membawanya ke syurga yang kekal abadi.

Maka itulah kejayaan sebenar baginya.

ڃ ڃ ڃ چ چ

ۓ چ ے ے ھ ھ ھ ھ ہ ہ ہ ہ ۀ

چ﮵ ﮶ ﮷ ﮸ ﮹ ﮺ ﮻ ﮼ ﮽ ﮴ۓ ﮲ ﮳

(٠١ - ٠٠: ألحزابا)

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan kata-

kanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara). Supaya ia memberi

taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu.

dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia

telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Khutbah Jumaat 2018

03 Ogos 2018/21 Zulkaedah 1439

7

وي بارك اهلل ل ومكه ىف امقرآن امعظيه ، ونفعن وإياكه بىا فيىيع الس إ ووكه تلوت كر احلكيه ، وتقبل ون يات واذل

األ

ستغفر اهلل امعظيه ل ومكه ولسائر . امعنيه ذا وأ قل قل

أ

ز ني والىؤوات، فاستغفروه، فيا ف الىسنىني والىسنىات والىؤو

الىستغفريي ويا ناة اتلائبني

Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

03 Ogos 2018/21 Zulkaedah 1439