jualbeli secara ansuran

4
Peredaran zaman yang serba canggih ini menyaksikan banyak perkara dan isu-isu berbangkit terjadi,seperti dadah,rokok,dan sebagainya,dimana perkara-perkara tersebut tidak berlaku pada zaman rasulullah dan para sahabat. Dalam hal ini,tidak terkecuali dalam hukum jual beli. Dunia globalisasi ini telah mewujudkan pelbagai sistem jual beli dan perniagaan yang tidak ada dalil daripada Alquran dan Hadis rasulullah secara jelas dan nyata tentang keharusan perkara tersebut. Diantaranya bon-bon yang dikeluarkan oleh bank,insuran moden,import eksport dan sebagainya. Salah satu jual beli yang tidak wujud secara meluas sebelum ini dan tidak ada dalil Alquran dan Hadis yang menjelaskan hukum tersebut adalah Jual Beli Secara Ansuran. Kebanyakan diantara kita membeli kereta dan pelbagai lagi barang keperluan yang nilainya mencecah ribuan ringgit pasti akan membayar secara ansuran harga tersebut. Timbul disini apa hukum sebenar jual beli secara ansuran? Hukum asal jual beli Hukum jual beli pada asalnya adalah diharuskan oleh syara’ menurut dalil Alquran dan Hadis yang menerangkan tentang keharusan dan bentuk-bentuk jual beli yang pernah dilakukan oleh rasulullah. Dalil dari alquran – 1) وا ب ر ل رم ا ح ع و ي لب له ا ال ل ح واPadahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga )dan mengharamkan riba. (al-baqarah 275)Keterangan:secara jelas allah telah mengharuskan jual beli dan mengharamkan riba’. Ta’rif riba-menurut bahasa arab,riba merujuk kepada lebihan dan perkembangan.Perbahasan tentang riba akan diperbincangkan pada posting yang lain. -2) م ك ن م راض! ت# ن ع! ارة ت# ون ك! ت# ن الا ل ا ط ا ن ل ا م ت ك ن4 ب ب6 م لك وا م وا ا ل ك ا! لا ت وا ن م ءا# ن ي الذ ها ي ا تWahai orang yang beriman janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah(tipu,judi,dan sebagainya),kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu.(An-Nisa’ ayat:29) Keterangan:Makan yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah mengambil.Alquran menggunakan perkataan makan kerana pada kebiasaannya makan menjadi matlamat amalan penyelewengan harta.’Salah’ di sini pula bermaksud cara yang tidak betul.Perniagaan pula ialah jual beli. Dalil dari hadis Terdapat banyak hadis yang menceritakan mengenai bentuk-bentuk jual beli yang dilakukan oleh rasulullah dan para sahabat. -1) ا ن هطاة درعا له ر اع ! ة ئ سب ن بما عا ط ودي ه ي# ن م م سل ه و ئ عل له ى ال صل له ال ول س ر ري! ت] ش! ت ل ا! ها ف عن6 له ال ى ض ر! ه] ش ئ عا# ن ع م سل م و اري ج ب ل ه ا رج ح ا ما

Upload: fraadawiyah

Post on 13-Dec-2015

25 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

j

TRANSCRIPT

Page 1: jualbeli secara ansuran

Peredaran zaman yang serba canggih ini menyaksikan banyak perkara dan isu-isu berbangkit terjadi,seperti dadah,rokok,dan sebagainya,dimana perkara-perkara tersebut tidak berlaku pada zaman rasulullah dan para sahabat. Dalam hal ini,tidak terkecuali dalam hukum jual beli. Dunia globalisasi ini telah mewujudkan pelbagai sistem jual beli dan perniagaan yang tidak ada dalil daripada Alquran dan Hadis rasulullah secara jelas dan nyata tentang keharusan perkara tersebut. Diantaranya bon-bon yang dikeluarkan oleh bank,insuran moden,import eksport dan sebagainya. Salah satu jual beli yang tidak wujud secara meluas sebelum ini dan tidak ada dalil Alquran dan Hadis yang menjelaskan hukum tersebut adalah Jual Beli Secara Ansuran. Kebanyakan diantara kita membeli kereta dan pelbagai lagi barang keperluan yang nilainya mencecah ribuan ringgit pasti akan membayar secara ansuran harga tersebut. Timbul disini apa hukum sebenar jual beli secara ansuran?Hukum asal jual beliHukum jual beli pada asalnya adalah diharuskan oleh syara’ menurut dalil Alquran dan Hadis yang menerangkan tentang keharusan dan bentuk-bentuk jual beli yang pernah dilakukan oleh rasulullah.Dalil dari alquran –الربوا (1 وحرم البيع الله وأحلPadahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga )dan mengharamkan riba. (al-baqarah 275)Keterangan:secara jelas allah telah mengharuskan jual beli dan mengharamkan riba’. Ta’rif riba-menurut bahasa arab,riba merujuk kepada lebihan dan perkembangan.Perbahasan tentang riba akan diperbincangkan pada posting yang lain.

-2)  منكم تراض عن تجارة تكون أن اال بالباطل بينكم أموالكم تأكلوا ال ءامنوا الذين يأيها

Wahai orang yang beriman janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah(tipu,judi,dan sebagainya),kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu.(An-Nisa’ ayat:29)Keterangan:Makan yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah mengambil.Alquran menggunakan perkataan makan kerana pada kebiasaannya makan menjadi matlamat amalan penyelewengan harta.’Salah’ di sini pula bermaksud cara yang tidak betul.Perniagaan pula ialah jual beli.Dalil dari hadisTerdapat banyak hadis yang menceritakan mengenai bentuk-bentuk jual beli yang dilakukan oleh rasulullah dan para sahabat.-1)  : طعاما يهودي من وسلم عليه الله صلى الله رسول اشتري قالت عنها الله رضي عائشة عن ومسلم البخاري اخرجه ما

رهنا: له درعا فاعطاه بنسيئة

Dikeluarkan oleh bukhari dan muslim daripada aisyah r.a berkata:”Rasulullah S.A.W telah membeli makanan daripada seorang yahudi dengan bayaran tertangguh (nasi’ah)dan baginda menggadaikan sebuah perisai besi kepadanya”.(riwayat al –Bukhari,bab jual beli Nabi S.A.W secara nasi’ah,no1962)(diriwayatkan oleh Muslim,musaqah,Bab gadai harus ketika menetap dan musafir,no 1603)-2)  : معلوم أجل الى معلوم كيل ففي شيء في أسلف من وسلم عليه الله صلي الله رسول قالSabda rasulullah S.A.W:”barangsiapa yang berjual beli salaf (salam),hendaklah dia berjual beli salaf(salam)dengan sukatan,timbangan dan tempoh yang dimaklumi.(Albukhari,Bab jual salam dengan timbangan yang dimaklumi no.2125)

Ta’rif jual beli secara ansuran 

Page 2: jualbeli secara ansuran

-Ta’rif jual beli menurut istilah fuqaha’;Jual beli ialah akad yang merujuk kepada pertukaran sesuatu harta dengan harta yang lain bagi tujuan pemilikan nyata atau manfaat secara kekal dan bukan hutang.(dari kitab qolyubi waumairah -2/152)Ta’rif jual beli ansuran( البيع :(التقسيطulama’ masa kini menta’rifkan jual beli ini dengan pelbagai ta’rif antaranya:1)-menangguhkan pembayaran hutang secara berperingkat atau beransur-beransur kepada waktu yang telah ditetapkan.2)-peniaga yang menjual barangnya bagi yang membayar secara tunai dengan sesuatu harga,dan yang menangguhkan atau membayar secara ansur dengan harga yang lebih tinggi.(ta’rif doktor Muhammad aqlah Ibrahim)3)-jualan sesuatu barang dengan harga yang ditangguhkan pembayarannya secara berperingkat (yang diketahui bilangan peringkat pembayaran)dalam waktu yang telah dihadkan(ditetapkan),dengan harga jualan tersebut lebih tinggi dari jualan secara tunai.(ta’rif doktor Al-amin Al-hajj mudarris madah syaria jamiah ummulqura)Kesimpulan dari ta’rif-ta’rif diatas:-Jual beli ansuran bermaksud jualan sesuatu barang dimana,pembayarannya dilakukan secara beransur-ansur dalam waktu dan tempoh yang telah disepakati kedua belah pihak iaitu pihak pembeli dan penjual dan adakalanya harga barang yang dibayar secara ansuran lebih tinggi dari harga yang dibayar secara tunai.-jual beli ansuran menyerupai jual beli Salam(jual beli yang didahulukan bayaran dan diketahui sifat barang tersebut kepada suatu tempoh yang diketahui)dan meyerupai jual beli Nasi’ah(jualan yang ditangguhkan bayarannya pada tempoh yang telah ditetapkan).Bilakah wujudnya jual beli secara ansuran ini.Jual beli secara ansuran tidak berlaku secara meluas pada zaman dahulu. Kemunculan jual beli secara ansuran ini berlaku secara meluas dan global selepas perang dunia kedua. Selepas berlakunya perang dunia kedua pada sekitar tahun 1940-an wujudnya bank-bank dan berbagai-bagai jenis perniagaan dan salah satunya adalah jual beli secara ansuran.Hukum jual beli secara ansuran-Secara umumnya ulama’ mengharuskan jual beli secara ansuran.1)-Mereka menggambarkan jual beli ini seperti jual beli secara nasi’ah. Nasi’ah adalah jualan yang ditangguhkan bayarannya pada tempoh yang telah ditetapkan.jual beli cara nasi’ah diharuskan syara’,berdasarkan dalil dari alquran dan hadis.Dalil dari alquran

فاكتبوه مسمى أجل الى بدين تداينتم اذا ءامنوا الذين أيها ياWahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga kesuatu masa tertentu,maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya)itu.(Al-Baqarah:282):berkata imam qurtubi;makna hutang adalah setiap muamalat yang melambatkan bayaran wang.(aljami’ liahkammulquran,lilqurtubi(3/242))Dalil dari hadis

: يهودي من وسلم عليه الله صلى الله رسول اشتري قالت عنها الله رضي عائشة عن ومسلم البخاري اخرجه مارهنا: له درعا فاعطاه طعامابنسيئة

Dikeluarkan oleh bukhari dan muslim daripada aisyah r.a berkata:”Rasulullah S.A.W telah membeli makanan daripada seorang yahudi dengan bayaran tertangguh (nasi’ah)dan baginda menggadaikan sebuah perisai besi kepadanya”.(riwayat al –Bukhari,bab jual beli Nabi S.A.W secara nasi’ah,no1962)(diriwayatkan oleh Muslim,musaqah,Bab gadai harus ketika menetap dan musafir,no 1603)Tetapi ada sebahagian ulama’ yang tidak mengharuskan jual beli secara

Page 3: jualbeli secara ansuran

ansuran. Sebab utama sebahagian kecil ulama’ tidak mengharuskan jual beli ini kerana permasalahan lebihan yang berlaku iaitu harga yang dibayar secara ansuran lebih tinggi dari harga yang dibayar secara tunai. Adakah lebihan ini dikira sebagai riba yang diharamkan ataupun tidak?-2)ulama yang mengharuskan jual beli secara ansuran ini menyatakan keharusan lebihan pada penangguhan bayaran atau ansuran.Dalil dari alquran:

منكم تراض عن تجارة تكون أن اال بالباطل بينكم أموالكم تأكلوا ال ءامنوا الذين يأيها

Wahai orang yang beriman janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah(tipu,judi,dan sebagainya),kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu.(An-Nisa’:ayat 29)Keterangan:jual beli ansuran ini berlaku dengan suka sama suka ataupun dengan keredhaan dari kedua belah pihak iaitu pihak pembeli dan penjual,serta lebihan yang berlaku adalah disebabkan urusan perniagaan yang disepakati oleh kedua pihak pembeli dan penjual,maka lebihan yang berlaku disini bukanlah riba yang diharamkan syara’.Dalil dari hadis:

: معلوم أجل الى معلوم كيل ففي شيء في أسلف من وسلم عليه الله صلي الله رسول قال

Sabda rasulullah S.A.W:”barangsiapa yang berjual beli salaf (salam),hendaklah dia berjual beli salaf (salam) dengan sukatan,timbangan dan tempoh yang dimaklumi.(Albukhari,Bab jual salam dengan timbangan yang dimaklumi no.2125)Keterangan:Rasulullah S.A.W menyuruh sesiapa yang menempah iaitu melakukan jualbeli secara salam,hendaklah mengetahui sukatan,timbangan dan tempoh yang diketahui.begitu juga digambarkan jual beli secara ansuran,diketahui harga dan tempoh.Dalil dari qias:Jual beli secara ansuran diqiaskan kepada jual beli salam(jual beli yang didahulukan bayaran dan diketahui sifat barang tersebut kepada suatu tempoh yang diketahui) dari aspek memenuhi keperluan dan kehendak manusia. Kedua-dua jual beli ini memenuhi keperluan manusia sejagat. Kedua-dua jual beli ini memudahkan urusan kehidupan manusia. Dalil dari akal; Sudah jelas jual beli secara ansuran ini adalah salah satu jual beli yang memudahkan kehidupan manusia dan umumnya kebanyakan manusia menuntut dan berhajat kepada jualan sesuatu barang yang di bayar secara ansuran dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan. Dan lebihan yang berlaku adalah dengan kerelaan kedua belah pihak pembeli dan penjual.· kesimpulan:1)hukum jual beli ansuran adalah diharuskan,dan lebihan yang berlaku dalam jual beli ansuran yang lebih tinggi dari bayaran tunai adalah diharuskan dan tidak dikira sebagai riba yang diharam oleh syara’2)jual beli secara ansuran mestilah diketahui kadar dan tempoh bayaran yang disepakati oleh kedua-dua pihak.3)jual beli ansuran diharuskan dengan menggambarkannya menyerupai jual beli Salam dan Jual beli secara Nasi’ah.