jrw 348 sa 2015-2016 projek(8)

Upload: sureskumarmariskrishanan

Post on 26-Feb-2018

335 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 JRW 348 SA 2015-2016 Projek(8)

    1/3

    Page1of 3

    JRW 348/4 SA 2015-2016 PERUNCITAN ANALISIS STRATEGIK

    Projek (20%)

    Skop tugasan:

    Pilih satu perniagaan runcit yang nyata (stor fizikal). Jalankan kajian ke atas perniagaan runcittersebut. Anda boleh berpandukan perkara-perkara seperti yang tertera di bawah sebagaipanduan dalam menyiapkan laporan tugasan:

    A. Sejarah Perniagaan

    Siapakah pengasas / pemilik perniagaan tersebut?

    Berapa lamakah beliau telah berkecimpung dalam perniagaan tersebut?

    Adakah perniagaan tersebut telah mengalami perubahan sejak ia dimulakan? Jika ia,apakah perubahan tersebut?

    Apakah pernyataan misi perniagaan tersebut?

    Adakah sebarang perancangan dibuat untuk mengembangkan, menembusi,mempelbagaikan (diversify) atau mengubah format peruncitan dalam masa terdekat?

    B.Strategi Runcit

    Sasaran Pasarano Definisikan pelanggan perniagaan mengikut demografik

    o

    Kawasan / wilayah dagang primer / sekunder/tertiari (Rujuk Tajuk 8)

    Kepelbagaian Barangano Apakah jenama utama yang dijual?o Adakah peruncit menjual sebarang jenama persendirian?o Pada tahap kitar hidup kategori yang manakah barangan peruncit ini tergolong?

    Mengapa? (Rujuk Tajuk 12)o Adakah peruncit tersebut menjual barangan keselesaan (convenience),

    membeli-belah (shopping), atau khusus (specialty)? (Rujuk Tajuk 7)

    Sumber Manusiao Bagaimanakah jurujual dilatih/disediakan?o Adakah jurujual dibayar komisen, gaji atau upah mengikut masa?o Adakah jurujual dibenarkan mengamal jualan silang (cross sell) antara jabatan?o Adakah sebarang penyumberluaran (outsourcing) aktiviti perniagaan?

    Lokasi Storo Di manakah perniagaan ini terletak (contohnya pusat membeli-belah, pusat

    khusus, d.l.l.)?o Pada pendapat anda, mengapakah lokasi tersebut dipilih?

    o

    Adakah tapak perniagaan tersebut mudah dicapai oleh pelanggan?o Adakah sebarang pajakan terlibat?

  • 7/25/2019 JRW 348 SA 2015-2016 Projek(8)

    2/3

    Page2of 3

    Penetapan Hargao Apakah polisi penetapan harga stor tersebut?o Apakah amalan lain yang digunakan dalam persaingan harga (contohnya kupon,

    rebat, price bundling)?o Adakah peruncit tersebut menggunakan kaedah penetapan harga

    berorientasikan kos atau permintaan?o Adakah sebarang program kesetiaan pelanggan yang ditawarkan?

    Campuran Komunikasio Apakah jenis pengiklanan berbayar yang digunakan?o Apakah jenis komunikasi tidak berbayar yang digunakan (contohnya publisiti)?o Adakah peruncit menjalankan pengiklanan kooperatif? Jika ya, dengan siapa?o Apakah jenis promosi jualan yang digunakan oleh peruncit (contohnya jualan,

    sampel percuma, demonstrasi penggunaan produk, peraduan, d.l.l.)?

    Susun Atur Storo Apakah jenis susun atur yang digunakan (grid/trek lumba/bebas/d.l.l.)?o Adakah ia berkesan terhadap aliran pelanggan?o Apakah jenis kelengkapan (fixtures) yang digunakan?o Apakah jenis pencahayaan (lighting) yang digunakan?o Adakah muzik sentiasa dimainkan? Jika ya, apakah jenis muzik yang

    dimainkan? Adakah ia menarik / menjauhkan pelanggan?o Apakah jenis haruman yang digunakan di stor? Adakah ia menarik / menjauhkan

    pelanggan?

    Perkhidmatan Pelanggano Apakah jenis perkhidmatan yang ditawarkan? (contohnya pengubahsuaian,

    pembalutan hadiah, d.l.l.)o Temubual beberapa orang pelanggan. Apakah persepsi mereka terhadap kualiti

    perkhidmatan pelanggan yang ditawarkan?o Bagaimanakah stor ini menangani aduan pelanggan?o Adakah stor ini mengguna pakai kaedah pembeli misteri untuk memeriksa tahap

    perkhidmatan pelanggannya?o Adakah jurujual diberi kuasa untuk membuat keputusan / bergantung kepada

    pihak atasan?

    C. Kelebihan Kompetitif

    Adakah peruncit tersebut mempunyai kelebihan kompetitif berbanding stor-stor lainyang serupa dengannya?

    Bagaimanakah peruncit tersebut dapat mengekalkan kelebihan kompetitif tersebutatau mencapai kelebihan kompetitif dalam persaingan?

  • 7/25/2019 JRW 348 SA 2015-2016 Projek(8)

    3/3

    Page3of 3

    Syarat tugasan:

    Tugasan perlulah dijalankan secara berkumpulan. Setiap kumpulan perlu mempunyai sekurang-kurangnya 5 orang dan tidak melebihi 10 orang. Tugasan secara individu tidak akan dilayan.Setiap kumpulan hendaklah melantik seorang ketua.

    Laporan kajian hendaklah ditaip dalam bentuk perenggan menggunakan format berikut:

    Font: ArialSaiz: 12Spacing: DoubleRujukan: Gaya APA. Sila rujuk laman sesawang berikut:http://www.apastyle.org/

    Laporan anda hendaklah tidak melebihi 25 muka surat (termasuk rujukan).

    Setiap ketua kumpulan dikehendaki mengisi borang penilaian ahli kumpulan untuk dikepilkanbersama dengan laporan yang akan dihantar nanti. Borang tersebut boleh dimuat turun diportal.

    Para pelajar yang ingin mendapatkan surat kebenaran bagi menjalankan kajian/projek bolehlahhubungiCik Nurul Alwanimelalui emel:[email protected] (ext. 5174). Nyatakan namapenuh, no. Kad Pengenalan, No. Matriks, Alamat untuk dihubungi, dan Kod Kursus yangberkaitan iaitu JRW 348.

    Tarikh Akhir Penyerahan : Akan dimaklumkan kemudian. Sila rujuk por tal .

    http://www.apastyle.org/http://www.apastyle.org/http://www.apastyle.org/http://www.apastyle.org/