sa fatihah

24
Berdasarkan contoh-contoh tertentu, bincangkan faktor-faktor yang membolehkan Singapura menjadi sebuah pelabuhan terkenal di dunia Nurul Fitrah Fatihah Fatin Binti Salleh AEU130018

Upload: fatihahnursalleh

Post on 27-Sep-2015

244 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

southeast asia

TRANSCRIPT

  • Berdasarkan contoh-contoh tertentu, bincangkan faktor-faktor yang membolehkan Singapura menjadi sebuah pelabuhan terkenal di duniaNurul Fitrah Fatihah Fatin Binti SallehAEU130018

  • latar belakang pelabuhan SingapuraMerupakan antara pelabuhan bertaraf dunia yang sangat sibuk. tumpuan utama untuk kira-kira 200 syarikat perkapalan dengan pautan kepada lebih 600 pelabuhan di lebih 120 negara di seluruh dunia. Pada satu-satu masa, terdapat kira-kira 1,000 buah kapal di pelabuhan Singapura. Pelabuhan itu telah menjadi asas kepada ekonomi Singapura selama hampir 200 tahun dan telah memainkan peranan penting di Singapura dalam aspek transformasi ke dalam kuasa perniagaan global. Pelabuhan singapura menduduki tempat ketiga sebagai pelabuhan paling besar di dunia selepas pelabuhan Shanghai dan Pelabuhan Ningbo-Zhoushan (China)

  • Faktor-faktor yang membolehkan Singapura menjadi sebuah pelabuhan terkenal di dunia

  • Terusan Suez memendekkan jalan dan masa pelayaran dari Eropah ke Asia dan seterusnya ke Timur Jauh melalui Selat Melaka dan Selat Singapura. Kapal-kapal dagang dari Eropah tidak perlu lagi mengelilingi benua Afrika untuk belayar ke Timur.Terusan Suez membawa peningkatan yang besar dalam jumlah perdagangan melalui rantau ini. Contoh: telah tertubuhnya syarikat-syarikat Eropah yang menjalankan kegiatan perniagaan di Singapura terutamanya Jerman.Jalan perdagangan yang semakin pendek akibat pembukaan Terusan Suez telah dilihat sebagai peluang oleh pedagang untuk singgah di pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara khususnya Pelabuhan Singapura(1) Pembukaan terusan suez 1869

  • kesan ke atas pelabuhan Singapura:Pembukaan Terusan Suez menggiatkan lagi aktiviti perdagangan dan meningkatkan kepentingan Singapura sebagai sebuah pusat komersial dan pelabuhan utama bagi kapal-kapal dagang Eropah Pembukaan Terusan Suez memberi kesan secara lansung ke atas jumlah perdagangan Singapura. Contohnya, pada 1869, jumlah import dan eksport Pulau Singapura adalah sebanyak 31,961, 941 USD dan 26,982,200 USD dan jumlah tersebut telah meningkat dua tahun kemudian-15%Pulau Singapura muncul sebagai salah satu daripada rangkaian arang batu utama kepada empayar British.Ia juga menjadi stesen arang batu bagi hampir keseluruhan aktiviti perkapalan di Timur. Pada 1847, sejumlah 125, 862 tan arang batu telah dieksport ke Singapura. Hampir seribu buah kapal wap singgah di Pelabuhan Singapura setiap tahun untuk mendapatkan bekalan arang batu serta membaiki kapal di pelabuhan tersebut sebelum meneruskan pelayaran mereka

  • kesan ke atas pelabuhan Singapura:Singapura telah menjadi sebuah pusat pengumpul dan pemprosesan minyak mentah utama di AT sejak pembukaan Depot petroleum pertama di Pulau Bukum pd 1892 oleh syarikat Syme And CompanyPelabuhan singapura bukan sahaja memainkan peranan sebagai pusat pertukaran hasil perdagangan, malah berperanan sebagai pusat peleburan timah dan pemprosesan getah.Akhir abad ke 19 timah diperolehi dari negeri-negeri Melayu dan dari Bangka dan Billiton di wilayah BelandaAbad ke 20 timah diperolehi dari negara-negara lain seperti Siam, Australia, Alaska dan Afrika Selatan.1890- Straits Trading Company telah membina sebuah pusat peleburan timah di Pulau Brani.

  • (2) Perkembangan infrastruktur pelabuhan Perkembangan infrastuktur pelabuhan Singapura dikatakan sejajar dengan perkembangan teknologi perkapalan dan perubahan corak perdagangan dan peningkatan dalam jumlah tanan kapal yang berlabuh(a) pembinaan limbungan dan dermagaDalam jangka masa ini peranan pihak persendirian dikatakan lebih kelihatan dan dalam masa yang sama wujud persaingan antara syarikat-syarikat persendirian tersebut.contoh: Tanjong Pagar dock Company muncul sebagai syarikat persendirian terbesar yang terkenal dalam tujuan pembinaan dermaga dan limbungan

  • Pada 1846, terdapat permohonan dari kumpulan saudagar barat (Merceantile Community) untuk membina limbungan kering di Pulau BraniJanuari 1846, gambaran lengkap mengenai cadangan pembinaan limbungan kering di Pulau Brani disediakanLimbungan tersebut kemudian dibina oleh pihak persendirian bersesuaian dengan saiz kapal yang berlabuh.Pada Febuari 1846, sekali lagi cadangan pembinaan limbungan kering dikemukakan oleh Mr Clunis, seorang jurutera British di Singapura. Kawasan-kawasan pembinaan juga terletak di Pulau Brani. Syarikat P. & O. Co, telah menunjukkan minat terhadap pembinaan limbungan kering tersebut.pada 1850, sebuah geran diberikan kepada syarikat tersebut untuk membina limbungan kering di Pulau Brani tersebut.Sehingga 1889, pelabuhan Singapua mempunyai empat buah limbungan kering -compared- Province Wellesly yang memiliki sebuah limbungan kering sahaja manakala Pulau Pinang dan Melaka masih tidak memiliki limbungan kering yang dibinaAntara kawasan -New Harbour dan Tanjong Pagar. Menjelang 1900, kesemua limbungan dan dermaga di pelabuhan Singapura dimonopoli oleh Tanjong Pagar Dock Company.

  • (b) Pembinaan depot-depot arang batu dan petroleumPermintaan arang batu semakin meningkat terutama dari benua China dan Hong Kong sebanyak 5,500 tan pada 1843Sehingga 1845, permintaan terhadap arang batu semakin bertambahWalaupun permintaan terhadap arang batu semakin tinggi, masih belum ada usaha yang dilakukan untuk membina tempat menyimpan arang batu yang lengkap-sebab-masalah kewangan kerana sebahagian daripada sumber peruntukan telah diperuntukan untuk membina infrastruktur-infrastruktur pelabuhan lain Namun akhirnya, pihak Admiralty telah mencadangkan untuk membina kemudahan menyimpan arang batu yang terletak bersebelahan dengan kawasan limbungan yang dimiliki oleh P. & O. Co.

  • Singapura muncul sebagai salah satu pusat pengumpul dan pemprosesan minyak mentah utama di AT terutama sejak pembukaan Depot Petroleum di Pulau Bukum pada 1892 oleh Syarikat Syme And CompanySingapura kemudian terus membangunkan depot-depot tersebut. kawasan- Pulau Brani dan Pulau Bukum.Pada 1893, stesen tangki petroleum pertama telah rasminya dibuka di Pulau Bukum. Jumlah kapasiti minyak pertama yang disimpan di dalam tangki tersebut ialah sebanyak 4,500 tanTangki-tangki tersebut kemudian dihubungkan oleh saluran-saluran paip dan dermaga-dermaga di pelabuhan. Di sinilah kapal-kapal wap yang singgah di pelabuhan mendapat tenaganya sementara kerja-kerja mengumpul dan memunggah kargo dilakukan.

  • (c) Pembinaan quay, tidal basin dan pemecah ombakuntuk menampung jumlah kapal wap bersaiz besar berlabuh di pelabuhan Singapura. Tujuan- untuk menambak bahagian pantai yang rendah di kawasan pantai Tanjong Pagar sehingga ke bandar Singapura supaya struktur pantai yang ditambak nanti kelihatan berada di kedudukan yang tinggi menghadap ke laut. Kerja-kerja pembinaan quay wall dan reklamasi di Teluk Ayer diteruskan dalam tempoh 10 tahun antara 1893-1903. Cadangan pembinaan quay wall tersebut adalah sepanjang 4,700 kaki bermula dari Johnstons Pier sehingga ke Malay Sit yang melibatkan kawasan seluas 3,702,000 kaki persegi. Quay wall sepanjang 4,700 kaki tersebut akan membolehkan kira-kira 15-20 buah kapal wap bersaiz kecil berlabuh dalam asatu-satu masa tanpa menghadapi sebarang masalah

  • pemecah ombak dibina untuk mewujudkan keadaan air yang tenang yang bertujuan untuk kapal berlabuh dan pengoperasian pemunggahan yang selamat serta melindungi kemudahan-kemudahan pelabuhan tersebut. Pemecah ombak juga dibina bagi menaiktaraf pelayaran dan menghalang pemendapan sedimen di muara sungaipembinaan pertama ialah eastern mole yang bermula dari pantai Tanjong Katong sejauh 2,700 kaki hingga sejauh 7,200 kaki ke timur stesen polis di Tanjong Rhu dan di situ menuju ke arah barat kira-kira 5,280 kaki

  • (d) Pembinaan lain-lain infrasturukturpembinaan terusan di kawasan Kappel Harbour dan Tanjong Pagar. Ia melibatkan kerja-kerja memperbaiki pintu masuk ke Keppel Harbourlebar alur dasar terusan ini adalah kira-kira 100 kaki dengan kedalaman tidak kurang daripada 7 kaki ketika paras air rendah (low water of spring tides).dengan anggaran ukuran tersebut lebih banyak gudang dapat dibina di sepanjang terusan

  • Peningkatan jumlah kargo yang berlabuh di pelabuhan mendorong lebih banyak gudang dan store houses dibina untuk tujuan menampung barangan yang dibawa oleh kargo-kargo tersebutMisalnya gudang di Tanjong Pagar yang dibina boleh menempatkan kira-kira 9,000 tan kargo, gudang Borneo Co.s (5,000 tan kargo), Jardine, Matheson and Co.s, (1,500 tan kargo), Penisular And Oriental (5,322 tan kargo) store houses semakin banyak terletak di sepanjang pantai bandar Singapura dan menganjur hingga ke Tanjong Pagar. Bangunan-bangunan tersebut dimiliki oleh syarikat-syarikat perkapalan seperti Syarikat Borneo Berhad, Syarikat Massageries Imperiales serta Syarikat Wharves of Messr

  • lain-lain infrastrukturSistem pengangkutan seperti jalan raya dan landasan kereta api antara pelabuhan dan bandar juga giat dibangunkanPembinaan landasan kereta api tersebut melibatkan dua buah syarikat- Singapore Railway Company Limited dan Singapore and New Harbour Railway Company Limitedpembinaan jambatan juga perlu dilakukan untuk menghubungkan limbungan dan dermagaBoat harbour/basin dilakukan. Kerja-kerja tersebut dilaksanakan di kawasan paya berhampiran dengan Pulau Saigon di utara Sungai Singapura-penting untuk menyediakan sebuah kawasan pelabuhan yang terlindung daripada tiupan angin monsun timur laut yang bertiup menghala ke bahagian pelabuhan

  • (3) Perkhidmatan di pelabuhanperkhidmatan perkapalan- pilotage, port charges, watering serta perkhidmatan lain seperti perkhidmatan membaiki dan mengecat kapal di pelabuhan yang mana pentadbirannya dikendalikan oleh pihak kerajaan secara keseluruhanPihak kerajaan memainkan peranan penting dalam mentadbir dan menyediakan perkhidmatan perkapalan sokongan seperti rumah api, alat pandu arah suar dan boya. Tetapi kos penyelenggaraan pembinaan rumah api masih ditanggung oleh pihak persendirian.

  • Perkhidmatan perkapalan-perkhidmatan membaiki kapal menjadi semakin penting sehingga terdapat permohonan daripada Messrs. P. Goldie and S. Hallpike pada 1846 untuk menyediakan kemudahan dan perkhidmatan membaiki kapal di Patent SlipKawasan- di Pulau Brani di mana pihak kerajaan bersetuju untuk mempetimbang permohonan tersebut. Permintaan terus diterima oleh Harbour Master, Singapura supaya dapat menyediakan kemudahan seperti wood, watering dan pilotage di pelabuhan.Contoh perkhidmatan membaiki kapal ialah seperti yang dilakukan ke atas sebuah kapal wap yang berlabuh di New Harbour iaitu Chao Phraya Steamer"Berikutan peningkatan jumlah tanan kapal yang berlabuh, keselamatan di pelabuhan Singapura perlu diambil kira. Perkhidmatan tersebut telah disediakan oleh Master Attendant Establishment dan krew dari Gunboat -melibatkan masalah perlanunan

  • (4)Liberalisasi sektor pedaganganSingapura muncul sebagai perdagangan bebas tunggal di kepulauan Melayu. British- mencegah & menghadkan monopoli Belanda yang menjadi pesaing kepada Britain di Kepulauan Melayu.Pusat perdagangan yang bebas daripada semua duti dan cukai pelabuhan menjadi daya penggerak yang amat diperlukan bagi menarik minat para pedagang dari pelusuk dunia.dikunjungi oleh beratus-ratus pedagang, sehingga dalam masa lebih kurang setahun sahaja penduduknya telah meningkat sehingga 5000 orang dan jumlah ini telah berganda pada bulan Ogos,1820. Dalam masa yang sama perdagangannya telah berkembang dengan pesat sekali. Pada bulan April 1820, perdagangan barang-barang pertukangan sahaja telah meningkat sebanyak $4 juta dan terus berkembang dengan pesatnya.

  • Liberalisasi perdagangan Singapura terus dijalankan. Pada tahun 1960-an terdapat beberapa bentuk liberalisasi perdagangan yang digunakan dalam perdagangan Singapura ketika itu. contoh: quota pada tahun 1967 kemudian digantikan dengan tarif. Dan tariff Singapura pada tahun 1965-1967 tetap dianggap rendah bagi standard antarabangsa pada saat itu. Tarif perdagangan terus rendah pada tahun 1970an. menggalakkan lebih banyak jenis perdagangan yang dilakukan tertama dengan negara-negara besar-EU

  • (5)Perkhidmatan kewanganDalam rangkaian antarabangsa, bank kewangan dan insurans memainkan peranan yang penting. Singapura telah menjadi pusat kewangan yang utama di Asia Tenggara dengan menjadi badan kewangan yang pertama diwujudkan di singapura. Oriental Bank corporation telah ditubuhkan pada 1846, dan fungsinya telah digantikan oleh Charter Bank pada 1859. Negara Belanda dan Jerman turut terlibat dalam kewangan di Singapura melalui perdagangan antarabangsa di Timur Jauh. Di Antaranya ialah Sime Darby, Henry Waugh dan Guthrie yang menjadi orang tengah dalam urusan jual beli di pelabuhan Singapura.

  • (6) Hubungan Singapura dengan negara-negara luar(a) Singapore-USSingapura muncul sebagai rakan perdagangan kesepuluh terbesar Amerika SyarikatSehingga tahun 1999, pelaburan Amerika Syarikat dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan Singapura mencapai lebih kurang $20 bilion pada keseluruhannya. Kebanyakan pelaburan Amerika Syarikat adalah dalam industri perkilangan elektronik, penapisan dan penyimpanan minyak, serta bahan kimia. terdapat lebih 1,500 buah syarikat Amerika Syarikat beroperasi di Singapura.

  • EUSFTA (European Union- Singapore Free Trade Agreement)Perjanjian ini telah termeterai pada 1 Januari 2013 antara Singapura dengan negara-negara Eropah seperti Iceland, Liechtenstein, Norway dan Switzerlandtujuan- untuk mencapai liberalisasi (kebebasan) perdagangan barang antara negara- terdapat beberapa keistimewaan dalam kalangan negara2 tersebutPerjanjian ini juga dikatakan untuk meningkatkan peluang pelaburan

  • EU-Singapore Free Trade AgreementRundingan ini antara EU dan Singapura pada perjanjian perdagangan bebas bermula pada Mac 2010 dan telah membuat satu kesimpulan pada bulan Disember 2012 Perjanjian ini merupakan rundingan EU dengan negara-negara Asia Tenggara yang pertama yang mempunyai implikasi yang sangat besar dengan meningkatkan hubungan perdagangan EU-Singapore. Perjanjian ini merupakan peluang Singapura untuk melibatkan diri secara keseluruhan keserantaun tersebut

  • Kesimpulan:

    Terdapat pelbagai faktor yang mendorong Singapura menjadi antara pelabuhan paling yang terkenal dan maju di dunia. Sejak dahulu pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak persendirian/swasta dan pihak kerajaan untuk memajukan pelabuhan Singapura di samping memacu ekonomi negara tersebut supaya sentiasa berkembang maju. Pelabuhan Sigapura hari ini merupakan antara pelabuhan tersibuk di dunia dan kemajuannya dirintis oleh usaha-usaha yang dilakukan suatu ketika dahulu.

    Dikatakan setiap 2 atau 3 minit kapal akan berlabuh atau bertolak dari pelabuhan Singapura. perlindungan- they help each other if there's something bad happened to their economics