jpt projek sce3110 2012

4
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 06000 JITRA, KEDAH TUGASAN PROJEK SEMESTER 5 PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (SAINS PENDIDIKAN RENDAH) AMBILAN JANUARI 2010 JABATAN : SAINS KOD KURSUS : SCE 3110 (Kredit : 3(2 + 1)) TAJUK : BUMI DAN ANGKASA TARIKH MULA 7 FEBRUARI 2012 TARIKH SERAHAN 7 APRIL 2012 Pengetahuan mengenai Bumi dan persekitarannya di angkasa lepas amat penting kepada kelangsungan hidup manusia. Pembacaan daripada pelbagai sumber maklumat yang relevan dapat membantu pelajar-pelajar menambah kefahaman dan penguasaan konsep serta fakta-fakta berkaitan bidang ini. Kefahaman ini juga dapat membantu pelajar-pelajar merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti melibatkan konsep Bumi dan Angkasa. Hal ini penting bagi menyediakan pelajar-pelajar PISMP untuk mengajarkan konsep-konsep yang terkandung dalam tema ‘Bumi dan Alam Semesta’ sebagaimana yang terdapat di dalam Sukatan Pelajaran Sains Sekolah Rendah. Berdasarkan sukatan pelajaran SCE3110 Bumi dan Angkasa, pelajar-pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut. Tugasan ini dibahagi kepada empat bahagian. Bahagian 1 (15 markah) : Secara berpasangan; 1.1 Pilih mana-mana satu tajuk yang berikut: a) Kitar Air b) Kejadian Musim c) Matahari dan Sistem Suria d) Fasa Bulan e) Gerhana Bulan dan Gerhana Matahari

Upload: fakhriah-hamidah-sabri

Post on 25-Apr-2015

64 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

jpt projek untuk sains

TRANSCRIPT

Page 1: JPT Projek SCE3110 2012

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN06000 JITRA, KEDAH

TUGASAN PROJEK SEMESTER 5PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (SAINS PENDIDIKAN RENDAH)

AMBILAN JANUARI 2010

JABATAN : SAINSKOD KURSUS : SCE 3110 (Kredit : 3(2 + 1))TAJUK : BUMI DAN ANGKASA

TARIKH MULA 7 FEBRUARI 2012 TARIKH SERAHAN 7 APRIL 2012

Pengetahuan mengenai Bumi dan persekitarannya di angkasa lepas amat penting kepada kelangsungan hidup manusia. Pembacaan daripada pelbagai sumber maklumat yang relevan dapat membantu pelajar-pelajar menambah kefahaman dan penguasaan konsep serta fakta-fakta berkaitan bidang ini. Kefahaman ini juga dapat membantu pelajar-pelajar merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti melibatkan konsep Bumi dan Angkasa. Hal ini penting bagi menyediakan pelajar-pelajar PISMP untuk mengajarkan konsep-konsep yang terkandung dalam tema ‘Bumi dan Alam Semesta’ sebagaimana yang terdapat di dalam Sukatan Pelajaran Sains Sekolah Rendah.

Berdasarkan sukatan pelajaran SCE3110 Bumi dan Angkasa, pelajar-pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut. Tugasan ini dibahagi kepada empat bahagian.

Bahagian 1 (15 markah) :

Secara berpasangan;

1.1 Pilih mana-mana satu tajuk yang berikut:

a) Kitar Airb) Kejadian Musimc) Matahari dan Sistem Suriad) Fasa Bulane) Gerhana Bulan dan Gerhana Matahari

1.2 Kumpul maklumat yang relevan berkaitan tajuk yang anda pilih. Maklumat yang dikumpul hendaklah dirujuk dari sekurang-kurangnya 3 jenis sumber. Sertakan sekurang-kurangnya 6 bahan bercetak. Tuliskan sumber rujukan mengikut gaya APA.

Page 2: JPT Projek SCE3110 2012

Bahagian 2 (25 markah) :

Secara individu;

Berdasarkan maklumat yang dikumpul, tulis satu rencana bagi menunjukkan kefahaman anda terhadap topik yang dipilih. Rencana anda antara lain mengandungi huraian jelas tajuk tersebut, ciri-ciri unik mengenai fenomena yang berlaku, serta pandangan anda mengenai sejauh mana ia berkaitan dengan Bumi dan kelangsungan hidup manusia di Bumi. Panjang rencana antara 1200 – 1500 patah perkataan.

Bahagian 3 (40 markah) :

Secara berpasangan;

3.1 Sediakan satu pakej sumber pengajaran untuk mengajar konsep yang berkaitan dengan merujuk sukatan pelajaran sains sekolah rendah. Pakej sumber pengajaran ini harus mengandungi hasil pembelajaran yang akan dicapai, aktiviti yang akan dijalankan, bahan bantu mengajar, lembaran kerja, serta prosedur pengukuran pencapaian hasil pembelajaran tersebut. (20 markah)

3.2 Laksanakan aktiviti yang anda rancang dengan sekumpulan murid sekolah rendah semasa menjalani latihan mengajar dan tulis laporan pelaksanaan aktiviti tersebut. Laporan anda hendaklah mengandungi gambar-gambar yang diambil semasa aktiviti, keputusan/dapatan pelajar serta penerangan jelas mengenai sejauh mana pakej pembelajaran yang anda sediakan membolehkan murid-murid mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan. Cadangkan penambahbaikan aktiviti tersebut pada masa hadapan. (20 markah)

Bahagian 4 (20 markah) :

Secara individu;

4.1 Tulis refleksi ke atas proses pelaksanaan projek ini. Kenalpasti dan huraikan kekuatan dan kelemahan diri serta nyatakan elemen-elemen pengetahuan dan pengalaman baru yang diperoleh semasa menjalankan tugasan di atas.

4.2 Perjumpaan dengan pensyarah pembimbing hendaklah dilaksanakan sekurang-kurangnya tiga kali sepanjang tempoh pelaksanaan kerja kursus ini. Setiap perjumpaan hendaklah disertakan draf penulisan. Rekodkan kolaborasi dengan pensyarah, guru pembimbing dan lain-lain di dalam Borang Rekod Kolaborasi.

Jumlah markah = 100Wajaran = 60%

Page 3: JPT Projek SCE3110 2012

Arahan Am :

1. Serahkan hasil projek di dalam portfolio yang mengandungi: 6 bahan bercetak daripada sekurang-kurangnya 3 jenis sumber berkaitan topik yang dipilih. 1 rencana pakej sumber pengajaran dan laporan pelaksanaan aktiviti P & P (10 – 12 mukasurat); penulisan refleksi (1.5 - 2 mukasurat); senarai rujukan ; dan Borang Rekod Kolaborasi

2. Hanya satu portfolio disediakan bagi setiap pasangan pelajar.

3. Semua penulisan hendaklah ditaip kemas menggunakan tulisan jenis ‘Arial’ bersaiz 11 dan langkau 1.5 baris.

4. Maklumat di muka hadapan adalah seperti berikut:

Nama pelajar Kumpulan Angka giliran Nombor kad pengenalan Kod dan nama kursus Nama pensyarah Tarikh serahan

Disediakan oleh:

_______________________________ (RAHIMAWATI BT ABDUL RAHIM) Penyelaras kursus SCE3110 Tarikh : 2 Februari 2012