journal of muslim affairs - umexpert.um.edu.my · no. 3, jalan tun abdul razak, presint 3 62100...

154
VOLUME 3 . NUMBER 2 2017 . ISSN 2289-8654 . KDN: PQ/PP1505 (18650) JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS Tafsir Al-Maghari Jilid 1 - Juz 1 & 2 (Kitab Tafsir Al-Maraghi Oleh Ahmad Mustafha Al-Maraghi) Ahmad Nasir Mohd. Yusoff Potensi Pembangunan Tanah Wakaf Dalam Bidang Pertanian Amaludin Ab.Rahman & Zaid Ahmad Premis Nilai Dalam Sistem Demokrasi Di Malaysia: Respons Intelektual Muda Melayu Hairol Anuar Mak Din & Ahmad Zul Hakimi Hassim Proses Pemerintahan Ke Arah Pembinaan Negara Dan Tadbir Urus Yang Baik Berdasarkan Kitab Taj Us-Salatin Karya Buhari al-Jauhari Mohd. Mahadee Ismail, Sri Rahayu Ismail & Azlina Abdullah Ekonomi Keusahawanan Islam Menurut Teori Ibnu Khaldun Norsazali Abdullah & Mohd Daud Awang Keperluan Penyemakan Semula Zakat Pendapatan Mohd Fazli Sabri, Nurani Abdullah & Laily Paim Takaful Mikro Bagi Warga Emas Sebagai Instrumen Kewangan Islam: Satu Kajian Literatur Asiah Kamal, Ahmad Azam Sulaiman @ Mohamad & Mohammad Taqiuddin Mohamad Perubahan Amalan Budaya Masyarakat Orang Asli (Muslim): Satu Kajian Awal di Pos Pantas, Kuala Lipis, Pahang Faezah Kasim, Zamre Abu Hassan, Norazlan Hadi Yaacob & Abd. Wahid Jais Sejarah Perkembangan Dan Pelaksanaan Aktiviti Keilmuan Islam Di Sarawak Najihah Abdul Mutalib Peranan Agensi Wakaf Ke Arah Kelestarian Kewangan: Kajian Pengalaman Di Malaysia Saleh Hashim, Amalina Abdullah & Amaludin Ab. Rahman Komunikasi dan Kekeluargaan: Satu Perspektif Islam Amini Amir Abdullah & Siti Zobidah Omar Nilai Kesederhanaan (Wasatiyyah) Dalam Kalangan Belia Pelbagai Etnik Di Selangor Adlina Ab. Halim, Wan Nor Azilawatie Tun Ismail, Lee Yok Fee & Zarina Mohammad

Upload: nguyenkhue

Post on 04-Apr-2018

278 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

VOLUME 3 . NUMBER 2 2017 . ISSN 2289-8654 . KDN: PQ/PP1505 (18650)

JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS

Tafsir Al-Maghari Jilid 1 - Juz 1 & 2 (Kitab Tafsir Al-Maraghi Oleh Ahmad Mustafha Al-Maraghi) Ahmad Nasir Mohd. Yusoff

Potensi Pembangunan Tanah Wakaf Dalam Bidang PertanianAmaludin Ab.Rahman & Zaid Ahmad

Premis Nilai Dalam Sistem Demokrasi Di Malaysia: Respons Intelektual Muda MelayuHairol Anuar Mak Din & Ahmad Zul Hakimi Hassim Proses Pemerintahan Ke Arah Pembinaan Negara Dan Tadbir Urus Yang Baik Berdasarkan Kitab Taj Us-Salatin Karya Buhari al-Jauhari Mohd. Mahadee Ismail, Sri Rahayu Ismail & Azlina AbdullahEkonomi Keusahawanan Islam Menurut Teori Ibnu KhaldunNorsazali Abdullah & Mohd Daud Awang Keperluan Penyemakan Semula Zakat PendapatanMohd Fazli Sabri, Nurani Abdullah & Laily PaimTakaful Mikro Bagi Warga Emas Sebagai Instrumen Kewangan Islam: Satu Kajian LiteraturAsiah Kamal, Ahmad Azam Sulaiman @ Mohamad & Mohammad Taqiuddin MohamadPerubahan Amalan Budaya Masyarakat Orang Asli (Muslim): Satu Kajian Awal di Pos Pantas, Kuala Lipis, PahangFaezah Kasim, Zamre Abu Hassan, Norazlan Hadi Yaacob & Abd. Wahid JaisSejarah Perkembangan Dan Pelaksanaan Aktiviti Keilmuan Islam Di SarawakNajihah Abdul MutalibPeranan Agensi Wakaf Ke Arah Kelestarian Kewangan: Kajian Pengalaman Di MalaysiaSaleh Hashim, Amalina Abdullah & Amaludin Ab. RahmanKomunikasi dan Kekeluargaan: Satu Perspektif IslamAmini Amir Abdullah & Siti Zobidah OmarNilai Kesederhanaan (Wasatiyyah) Dalam Kalangan Belia Pelbagai Etnik Di SelangorAdlina Ab. Halim, Wan Nor Azilawatie Tun Ismail, Lee Yok Fee & Zarina Mohammad

C

M

Y

CM

MY

CY

CMY

K

Page 2: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik
Page 3: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

Published byYAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA

UMRANVOLUME 3 . NUMBER 2, 2017 . ISSN 2289-8654 . KDN: PQ/PP1505 (18650)

JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS

Page 4: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

UMRANJournal of Muslim Affairs

ADVISORSDr Yusri Mohamad

Chairman, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

Profesor Datin Paduka Dr Aini IderisVice Chancellor, Universiti Putra Malaysia

EDITORS-IN-CHIEFMohd. Zaidi Ramli

Zaid Ahmad

EDITORSMohd Shauki Abd Majid

Adlina Ab. HalimAhmad Tarmizi Talib

Amaludin Ab. Rahman

ADVISORY BOARDAbdul Salam Muhammad Shukri

Azizan BaharudinIsmail Hj. Bakar

Mahmood Zuhdi Hj. Ab. MajidMuhammad Kamal HassanMuhammad Syukri Salleh

Wan Mohd Azam Wan Mohd AminWan Mohd Nor Wan Daud

Page 5: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

OBJECTIVES AND SCOPE

UMRAN is a refereed Journal of Muslim Affairs. It is published twice yearly by Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). The Journal publishes academic articles, book reviews, research notes and features. As an academic journal, UMRAN will provide academic venue for scholars around the globe to write and debate on various theoretical as well as practical issues pertaining to Islam and Muslim affairs. Papers and articles submitted to the Journal are subject to blind peer review. Comments will be made available to the contributors if necessary.

©Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia 2017All right reserved; no part of this publication may be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted in any form or by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise without either the prior written permission of publisher. It is a condition of publication in the Journal that authors assign copyright to YADIM. This ensures that requests from third parties to reproduce articles are handled efficiently and consistently and will also allow the articles to be as widely disseminated as possible. In assigning copyright, authors may use their own material in other publications provided that the Journal is acknowledged as the original place of publication, and YADIM is notified in writing and in advance.

Published byYayasan Dakwah Islamiah Malaysia

Aras 4, Blok D, Kompleks Islam PutrajayaNo. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3

62100 Putrajaya.

Tel.: 03-88703870 Fax.: 03-88703871www.yadim.com.my

Printed byPERCETAKAN MZ PERMAI SDN. BHD

Lot 4, Kolej Kediaman MelatiUiTM Shah Alam, 40450 Shah Alam, Selangor

Tel: 03-55456759, 012-3825759Email: [email protected]: www.mzprinting.com.my

The Publisher wishes to thank and express its gratitude to Majlis Agama IslamWilayah Persekutuan (MAIWP) for funding the publication of this journal.

Page 6: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

GUIDELINE FOR CONTRIBUTORS

ManuscriptsManuscripts should be written as accurately as possible with high academic standard and should be typed double-spaced, with wide margins, include the author’s name, address, telephone number, and professional background. Manuscripts can be written in either or Malay, English or Arabic. Manuscripts should be prepared in American Psychological Association (APA) style and size font using the Times New Roman (12) or Traditional Arabic font (16) with 1.5 spacing.

AbstractAbstract should be brief, self-contained, explicit and should not exceed 100 words. Articles in Malay and Arabic should be accompanied by an abstract in English.

SubmissionAuthors are advised to submit their writings by e-mail attachment to the Editor at mail, a hardcopy and softcopy

The EditorThe Journal of Muslim Affairs

Yayasan Dakwah Islamiah MalaysiaAras 4, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya

No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 362100 Putrajaya.

Tel.: 03-88703870 Fax.: 03-88703871E-mail: [email protected]

[email protected]

Page 7: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

CONTENTS

ARTICLES

• Premis Nilai Dalam Sistem Demokrasi Di Malaysia: Respons Intelektual Muda MelayuHairol Anuar Mak Din & Ahmad Zul Hakimi Hassim

• Proses Pemerintahan Ke Arah Pembinaan Negara Dan Tadbir Urus Yang Baik Berdasarkan Kitab Taj Us-Salatin Karya Buhari al-Jauhari Mohd. Mahadee Ismail, Sri Rahayu Ismail & Azlina Abdullah

• Ekonomi Keusahawanan Islam Menurut Teori Ibnu KhaldunNorsazali Abdullah & Mohd Daud Awang

• Keperluan Penyemakan Semula Zakat PendapatanMohd Fazli Sabri, Nurani Abdullah & Laily Paim

• Takaful Mikro Bagi Warga Emas Sebagai Instrumen Kewangan Islam: Satu Kajian LiteraturAsiah Kamal, Ahmad Azam Sulaiman @ Mohamad & Mohammad Taqiuddin Mohamad

• Perubahan Amalan Budaya Masyarakat Orang Asli (Muslim): Satu Kajian Awal di Pos Pantas, Kuala Lipis, PahangFaezah Kasim, Zamre Abu Hassan, Norazlan Hadi Yaacob & Abd. Wahid Jais

• Sejarah Perkembangan dan Pelaksanaan Aktiviti Keilmuan Islam Di SarawakNajihah Abdul Mutalib

• Peranan Agensi Wakaf Ke Arah Kelestarian Kewangan: Kajian Pengalaman Di MalaysiaSaleh Hashim, Amalina Abdullah & Amaludin Ab. Rahman

• Komunikasi Dan Kekeluargaan: Satu Perspektif IslamAmini Amir Abdullah & Siti Zobidah Omar

• Nilai Kesederhanaan (Wasatiyyah) Dalam Kalangan Belia Pelbagai Etnik Di Selangor Adlina Ab. Halim, Wan Nor Azilawatie Tun Ismail, Lee Yok Fee & Zarina Mohammad

1

11

29

39

51

63

79

95

107

123

Page 8: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

BOOK REVIEWS

• Tafsir Al-Maghari Jilid 1 - Juz 1 & 2 (Kitab Tafsir Al-Maraghi oleh Ahmad Mustafha Al-Maraghi) Ahmad Nasir Mohd. Yusoff

RESEARCH NOTES

• Potensi Pembangunan Tanah Wakaf Dalam Bidang PertanianAmaludin Ab.Rahman & Zaid Ahmad

135

140

Page 9: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

1

PREMIS NILAI DALAM SISTEMDEMOKRASI DI MALAYSIA:

RESPONS INTELEKTUAL MUDA MELAYU

Hairol Anuar Mak Din1 dan Ahmad Zul Hakimi Hassim2

AbstrakMajoriti kajian mengenai sistem pilihan raya melalui amalan demokrasi adalah berdasarkan kepada output yang terzahir melalui keputusan undi yang menentukan kemenangan atau kekalahan seseorang calon atau sesebuah parti, dan perkara ini adalah sah dalam skema demokrasi yang diamalkan. Makalah ini akan meninjau dari sudut alternatif iaitu kepentingan nilai sebagai salah satu elemen yang turut berperanan dan menjadi kuasa penentu dalam membuat keputusan kepada pemilihan kepimpinan politik. Justeru, kajian telah dilakukan dengan menggunakan kaedah tinjauan. Responden yang dipilih adalah eksklusif dalam kalangan generasi muda Melayu yang mempunyai latar belakang akademik peringkat Sarjana Muda dan ke atas. Penemuan kajian mendapati bahawa elemen nilai mempunyai konotasi yang signifikan dengan pemilihan kepimpinan politik dalam kalangan intelektual muda Melayu di Malaysia.

AbstractThe majority of surveys on the electoral system through democratic practices are based on output generated by the ballot decision which determines the victory or defeat of a candidate or a party, and this is legitimate in the practice of democracy schemes. Nevertheless, this paper will look at an alternative point of view of the importance of value as one of the elements that will play a role and be a determining authority in making decisions on the selection of political leadership. Hence, research has been done using survey methods and selected respondents are exclusive among Malay youths who have academic background at Bachelor level and above. The findings of the study have found that the value element has a significant connotation with the selection of political leadership among young Malay intellectuals in Malaysia.

1 Pensyarah Kanan, Jabatan Kenegaraan dan Pengajian Ketamadunan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Selangor

2 Pegawai Penyelidik Sosial, Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor

Page 10: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

2

Pengenalan Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi

sebagaimana yang diwarisi daripada peninggalan penjajahan Inggeris; liku-liku kemerdekaan negara ini turut diperolehi melalui jalan demokrasi. Seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, pemerintahan bercorak demokrasi yang dipraktik adalah suatu pemerintahan yang menjadikan suara rakyat dalam menentukan kepimpinan negara atau tampuk pemerintahan (Hairol Anuar, 2010). Perlembagaan negara telah meletakkan syarat-syarat tertentu sebagai garis paduan dalam pengamalan sistem demokrasi agar dapat berjalan lancar.

Demokrasi Berparlimen di Malaysia membolehkan wakil-wakil rakyat dipilih setiap lima tahun sebagai ahli parlimen yang akan menggubal undang-undang demi kepentingan rakyat. Pemilihan wakil rakyat merupakan suatu proses terpenting untuk membentuk kerajaan yang sah seperti yang diperuntuk dalam Perlembagaan. Oleh sebab itu, kaedah pilihan raya merupakan suatu saluran yang sah untuk memperolehi dan menjalankan kuasa pemerintahan.

Artikel ini adalah berkesinambungan dari siri penulisan yang sebenarnya telah menemukan kepentingan nilai di dalam kehidupan (Hairol Anuar 2016). Nilai merupakan sesuatu yang paling utama dan dianggap paling penting serta sangat dihargai oleh sesebuah masyarakat. Rangkuman nilai meliputi bidang ilmu, moral, kekayaan, kuasa, seni, dan sebagainya. Justeru, makalah ini memfokuskan premis nilai di dalam sistem demokrasi di Malaysia dengan meninjau respons kumpulan intelektual muda Melayu.

Permasalahan KajianUmumnya, pemilihan kepimpinan politik amat terbatas dengan kaedah

yang dipersetujui ramai dan diterima oleh majoriti rakyat sesebuah negara. Kaedah ini dikenali sebagai demokrasi dan seringkali digunakan untuk memilih kerajaan oleh kebanyakan negara biarpun cara demokrasi yang diamalkan itu berlawanan mahupun berlainan antara satu negara dengan negara yang lain.

Pilihan raya merupakan elemen yang penting dalam pengamalan demokrasi. Persoalan kini ialah, sejauh manakah kepekaan golongan intelektual Melayu terhadap tahap kesedaran mereka dalam menggunakan hak mereka sebagai pengundi dan terlibat dalam dunia politik? Dengan berkembangnya teknologi maklumat, kesedaran sivil dan iklim politik yang tidak menentu, wujud laporan yang mengatakan bahawa masih ramai

Page 11: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

3

golongan muda belum mendaftar sebagai pengundi. Walaupun pelbagai usaha dipergiat untuk memantau sambil menggalakkan golongan berusia di bawah 40 tahun mendaftar sebagai pengundi, keterlibatan pengundi muda amat mendukacitakan. Kebarangkaliannya, apabila tiba waktu mengundi, golongan ini tidak mengundi dan hal ini amat membimbangkan. Fenomena partisipasi golongan belia dalam politik wajar diambil perhatian serius. Bukan sahaja golongan ini merupakan pewaris negara di masa hadapan, namun lebih daripada itu. Bagi menjamin keharmonian demokrasi negara, golongan ini bukan sahaja mendapat peluang untuk memilih melalui pengundian, malah masa dan pengorbanan mereka amat signifikan dalam membantu demokrasi negara berjalan secara adil, telus dan aman.

Di dalam kajian Kamaruddin M.Said (2012), beliau menukilkan bahawa generasi era nasionalisme akan terus berpegang kepada kesedaran sejarah perjuangan untuk mencapai kemerdekaan. Generasi merdeka dan generasi DEB ingin terus mengingati bagaimana kemerdekaan negara memungkinkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia dilaksanakan dan faedah yang telah dan sedang dikecapi. Generasi pasca DEB, iaitu generasi muda yang turut berpeluang mengecapi hasil DEB terutamanya dalam kalangan masyarakat Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak, lebih cenderung menyimpulkan bahawa kejayaan hidup yang sedang mereka lalui ialah atas usaha serta kebolehan masing-masing. Kisah era penjajahan, perjuangan kemerdekaan dan pelaksanaan DEB ialah kisah sejarah yang tidak menarik untuk sentiasa diperingati.

Latar nilai yang mewarnai kehidupan setiap generasi ini didapati memainkan peranan dalam kehidupan, sekali gus sebagai penentu dalam penzahiran di medan politik bagi memilih kepimpinan politik. Transisi nilai inilah yang menjadi garis pemisah di antara generasi pasca DEB (generasi muda) dengan trio generasi era nasionalisme, generasi merdeka dan generasi DEB (generasi dewasa), dan diterjemahkan di dalam saluran-saluran undi di dalam pilihan raya.

Nilai, menurut Akademi Pengurusan YaPEIM (2010), biasanya dilihat dalam konteks perbandingan iaitu nilai mana yang dianggap lebih utama daripada yang lain. Selain itu, nilai juga ditakrifkan sebagai kepercayaan yang secara realitinya mendorong seseorang atau sesebuah institusi untuk bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilai-nilai utama sesebuah masyarakat. Menurut kajian sejarah, ilmu, kebijaksanaan, keadilan, dan iktidal (temperance) merupakan nilai-nilai utama dalam masyarakat (INTAN 1991). Nilai secara relatifnya menurut Ahmad Sarji (INTAN

Page 12: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

4

1992) merupakan satu rangka keutamaan dalam membuat pilihan yang kekal yang membentuk dan mempengaruhi perilaku semulajadi individu. Nilai seseorang akan memperlihatkan kecenderungannya dalam melakukan sesuatu. Nilai dibentuk pada asasnya oleh tradisi keagamaan. Oleh hal yang demikian, elemen penting dalam sesebuah sistem pilihan raya sebenarnya melibatkan penglibatan masyarakat atau pengundi itu sendiri dalam pilihan raya tersebut. Amer Saifude (2009) menegaskan bahawa kadar keluar mengundi yang tinggi akan menjadi legitimasi kepada keputusan pilihan raya yang dibuat oleh sebahagian besar pengundi di dalam sesebuah kawasan. Kadar keluar mengundi yang rendah akan membawa implikasi keputusan pilihan raya yang hanya dibuat oleh sebilangan kecil pengundi di kawasan pilihan raya tertentu.

MetodologiReka bentuk kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang terkandung

di dalam metode penyelidikan kuantitatif. Seramai 544 orang responden terlibat dalam kajian ini dengan corak pemilihan sampel menggunakan teknik ‘persampelan bertujuan’ dengan penentuan sampel berdasarkan jadual penentu sampel (Krejie & Morgan 1970).

Pembinaan set soalan mendapat persetujuan pakar rujuk yang dilantik dan pengesahan kebolehlaksanaan kajian ini adalah hasil daripada kajian rintis yang telah dijalankan. Penentuan nilai kebolehpercayaan instrumen kajian dibuat mengenal pasti tahap ketekalan dalaman item-item yang digunakan dengan mempraktik Kaedah Pemisahan Separa (Nilai Pekali Korelasi) dan Kaedah Konsistensi Dalaman (Pekali Alfa Cronbach) yang dijana oleh aplikasi analisis SPSS. Dapatan kajian telah dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan peratus, min dan sisihan piawai.

Perbincangan Dapatan KajianKajian ini mendapati bahawa elemen nilai amat signifikan dalam

kehidupan kumpulan kajian. Data menemukan bahawa kefahaman kumpulan kajian terhadap konsep nilai adalah min=4.02/sisihan piawai=.354 yang membawa tahap interpretasi tinggi, manakala pengaruh nilai dalam kehidupan adalah min=3.35/sisihan piawai=.439 yang membawa tahap interpretasi sederhana tinggi.

Signifikan nilai terbukti apabila data menunjukkan bahawa nilai mempunyai peranan dalam memilih kepimpinan politik iaitu min=3.13/sisihan piawai=.464 yang membawa tahap interpretasi sederhana tinggi, dan peranan nilai sebagai faktor utama di dalam memilih kepimpinan politik

Page 13: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

5

adalah min 3.81/sisihan piawai=.563 yang membawa tahap interpretasi sederhana tinggi.

Jadual 1: Peranan Nilai Sebagai Faktor Utama

Bil. Item Soalan MinSisihan Piawai

Tahap

1. Rasa bersalah 3.94 0.97 Sederhana Tinggi

2. Pilih pemimpin tuntutan agama 3.97 0.95 SederhanaTinggi

3. Pilih pemimpin adalah satu ibadah 4.04 0.82 Tinggi

4. Rujuk nilai iman 3.75 0.97 Sederhana Tinggi

5. Dipertanggungjawabkan di akhirat kelak 4.02 0.89 Tinggi

6. Mempengaruhi rakan-rakan/keluarga saya 3.25 1.06 Sederhana Tinggi

7. Tidak mengundang perpecahan 4.30 0.79 Tinggi

8. Setia kepada parti 3.33 1.07 Sederhana Tinggi

9. Setia terhadap satu parti 3.34 1.07 Sederhana Tinggi

10. Penguasaan politik mesti di tangan Melayu 3.96 1.07 Sederhana Tinggi

11.Kepentingan bangsa/negara berbanding kepentingan diri

3.99 0.92 Sederhana Tinggi

Keputusan Keseluruhan 3.81 0.56 Sederhana Tinggi

Jadual 1 menunjukkan analisis deskriptif peranan nilai sebagai faktor

utama. Terdapat 11 item soalan dan penemuan kajian mendapati tiga item di dalam skor min yang membawa interpretasi tinggi dan lapan item yang membawa interpretasi sederhana tinggi. Secara keseluruhan, analisis kajian terhadap keputusan statistik deskriptif konstruk peranan nilai sebagai faktor utama adalah dalam ruangan interpretasi sederhana tinggi (min=3.81, sisihan piawai=0.56).

Selaras dengan pengaruh nilai dalam kehidupan, dalam soal pemilihan kepimpinan politik kelihatan hubungan yang positif terhadap peranan nilai sebagai faktor utama/penentu dalam memilih kepimpinan politik. Ini kerana, sebilangan besar kumpulan sasaran merasa bersalah jika tidak mengundi dalam pilihan raya (78 peratus, min=3.94, SP=0.97) berbanding 22 peratus yang tidak merasa bersalah seandainya tidak menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi. Data ini adalah realistik apabila jumlah responden yang tidak berdaftar sebagai pengundi dalam kajian ini adalah seramai 59 orang (10.8 peratus).Walau bagaimanapun, perlu diperakui sememangnya terdapat dalam kalangan umat Islam yang menolak demokrasi dan menegaskan bahawa demokrasi sebenarnya bercanggah dengan Islam (Asghar Khan 1986).

Page 14: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

6

Penolakan tersebut timbul kerana sesetengah pihak berpandangan bahawa sistem demokrasi menolak konsep ‘al-hakimiyyah’ dan bercanggah dengan prinsip ketauhidan. Dalam Islam sendiri, sumber kedaulatan undang-undang hanyalah hak mutlak Allah SWT, bukannya manusia. Justeru, manusia hanya perlu melaksanakan undang-undang yang sedia ada dan tidak perlu mencipta undang-undang yang baharu (Javid Iqbal 1998). Bertitik tolak daripada peranan agama yang begitu mendominasi nilai kehidupan kumpulan intelektual muda Melayu, ia turut mempengaruhi konteks pemilihan kepimpinan politik. Hal ini terlihat apabila soal mengundi dalam pilihan raya dianggap sebagai satu tuntutan agama (77.5 peratus, min=3.97, SP=0.95).

Malahan, sebilangan besar responden bersetuju bahawa mengundi dalam pilihan raya untuk memilih pemimpin politik adalah suatu ibadah (80.8 peratus, min=4.04, SP=0.82) dan secara kolektifnya, sebanyak 78 peratus (min=4.02, SP=0.89) berfikir lebih jauh lagi apabila menisbahkan tindakan salah pilih pemimpin politik bakal dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

Beriman dengan Hari Akhirat terkandung di dalam Rukun Iman yang menjadi doktrin umat Islam. Di dalam al-Quran surah Al-Israa` ayat 71-72 Allah berfirman yang bermaksud:

“(Ingatlah) hari Kami menyeru tiap-tiap kumpulan manusia dengan nama imamnya; kemudian sesiapa diberikan kitabnya di tangan kanannya, maka mereka itu akan membacanya (dengan sukacita) dan mereka tidak dikurangkan (pahala amal-amalnya yang baik) sedikit pun. Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (mata hatinya), maka ia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya.”

Hal sebegini sejajar dengan pandangan bahawa soal kepimpinan mempunyai kaitan dengan dosa dan pahala, dan ia adalah sebahagian tindakan atau perbuatan yang tidak terlepas daripada penghakiman Allah SWT pada Hari Kiamat. Pandangan sarwa begini adalah sejajar dengan pandangan al-Maududi (1986) yang menjelaskan bahawa konsep politik Islam bermaksud meletakkan Allah SWT sebagai sumber kedaulatan dan bukannya manusia.

Kejelasan kumpulan sasaran mengenai nilai politik dan pemilihan kepimpinan politik ini mewarnai aura positif budaya politik, sekali gus menyaring tanggapan negatif. Manakala, sebahagian pihak yang beranggapan

Page 15: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

7

semasa berlangsung pilihan raya, pelbagai budaya yang tidak sihat juga boleh muncul dan hidup subur seperti budaya rasuah serta ’beli pengundi’. Hal sebegini ditekankan oleh Shukeri Mohamad (2006), malahan beliau ada mempersoalkan bahawa pilihan raya sendiri merupakan satu sistem pemilihan pemimpin yang ditaja oleh demokrasi Barat. Umum mengetahui bahawa sistem barat tidak menekankan syarat kelayakan dari segi akhlak, iman, takwa dan syarat keilmuan Islam bagi calon yang masuk bertanding. Begitu juga, para pengundi tidak disyaratkan dengan kelayakan tersebut. Perkara ini sekali gus mengesahkan peranan nilai sebagai faktor utama/penentu dalam memilih kepimpinan politik. Data menemukan sebanyak 65% dalam skala bersetuju, 26.3% dalam skala kurang bersetuju dan 8.6% dalam skala tidak bersetuju apabila pemilihan kepimpinan politik dikaitkan dengan nilai iman mereka (min=3.75, SP=0.97). Namun, seperti yang dijelaskan oleh Showkat Hussain (1991), sebarang tindakan oleh seseorang manusia adalah untuk mendapat keredaan Allah SWT dan dianggap sebagai ibadah. Ini amat penting kerana ia merupakan tujuan utama manusia wujud sebagai makhluk ciptaan-Nya.

Antara penulis moden Barat seperti yang didedahkan oleh Syed Ahmad Hussein (1996) yang menekankan soal kepelbagaian dan konflik sebagai unsur utama politik ialah Miller (1965) dan Eric Rowe (1969). Tumpuan perbincangan politik kepada soal konflik dan perhubungan antara konflik dengan permuafakatan (atau antara persetujuan dengan tiada persetujuan) dalam masyarakat manusia. Andaian utama dalam pendekatan ini adalah, ahli masyarakat mempunyai matlamat yang berbeza, dan perbezaan matlamat ini membawa kepada pertelingkahan-pertelingkahan yang perlu dikawal sekiranya masyarakat itu mahu terus wujud.

Pengawalan konflik dan penyeimbangan antara konflik dengan permuafakatan memerlukan kuasa, dan kuasa di sini merujuk kepada politik. Namun, sesuatu yang wajar diberi perhatian ialah 88.6% atau 482 orang (min = 4.30, SP=0.79) berpandangan bahawa sewajarnya pemilihan kepimpinan politik tidak mengundang perpecahan dalam kalangan umat Islam.

Relevansinya, politik dalam kalangan bangsa Melayu dipersetujui oleh golongan muda terpelajar dalam kalangan intelektual muda Melayu apabila mendapati bahawa 71.5% (min=3.96, SP=1.07) kekal dengan pandangan bahawa penguasaan politik mesti berada di tangan Melayu. Pendirian kumpulan kelas menengah Melayu ini sekali gus mengesahkan kepentingan politik dalam kalangan bangsa Melayu. Hal ini sejajar dengan

Page 16: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

8

pandangan majoriti pengkaji politik yang mencadangkan bahawa komposisi etnik adalah faktor penting dalam suasana politik Malaysia (Ratnam 1965; Vasil 1971; Rizal & Jummat 2002).

Proses-proses politik seperti pembentukan parti politik, pemilihan calon dan corak sokongan kepada parti dipengaruhi oleh keperluan dan aspirasi komuniti etnik tertentu. Sokongan politik orang Melayu penting dan perkara ini turut disahkan oleh Jayum Jawan (Berita Harian, 23 Februari 2013) bahawa faktor pengundi Melayu yang berpatah balik menyokong Barisan Nasional (BN) penting kerana parti itu pernah mendominasi sokongan Melayu Semenanjung. Apabila BN sudah mampu menarik balik sokongan kumpulan itu, baru pengaruh pengundi Cina, India, Sarawak dan Sabah memainkan peranan.

Merujuk kepada penemuan kajian Geografi Pilihan Raya oleh Amer Saifude (2009), korelasi antara sokongan kepada parti secara individu dengan komposisi etnik dalam pilihan raya parlimen 2008 memperlihatkan dengan jelas pengundian bercorak perkauman. Analisis ini menguatkan lagi pandangan bahawa politik berasaskan etnik atau perkauman menjadi percaturan politik di Malaysia. Oleh kerana itu, parti-parti yang memperjuangkan orang Melayu seperti UMNO dan PAS masih bergantung kepada undi dan sokongan orang Melayu untuk berkuasa. Lingkungan yang sama, data mendapati 76.6% (min=3.99, SP=0.92) mendahulukan kepentingan bangsa/negara berbanding kepentingan sendiri dalam soal kepimpinan politik. Data ini menzahirkan ketinggian nilai patriotisme dalam kalangan kumpulan ini. Dalam ruangan yang sama, Awang Had Salleh (2000) melihat semangat patriotisme dengan menggariskan empat kriteria iaitu, a) rasa sayang dan cinta kepada tanah air sendiri; b) rasa bangga dengan tanah airnya; c) kesediaan untuk mempertahankan tanah airnya daripada ancaman dan serangan musuh, sama ada musuh dalam ataupun luar, dan d) kesediaan untuk membela kepentingan negara apabila dicemuh dan dihina.

KesimpulanAspek nilai amat berpengaruh dalam kehidupan kumpulan intelektual

muda Melayu dan seterusnya menjadi begitu signifikan dalam membuat pertimbangan, khususnya dalam membuat sebarang keputusan berkaitan pemilihan kepimpinan politik. Stratifikasi politik sebagaimana yang diulas oleh Syed Ahmad Hussein (1996) menyatakan bahawa antara yang dipimpin dengan yang memimpin merupakan satu hakikat yang telah disedari dari

Page 17: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

9

zaman silam lagi. Begitu jugalah kesedaran tentang peranan yang lebih mendalam akibatnya yang dimainkan oleh golongan kepimpinan. Dalam zaman moden kini, kepimpinan merujuk kepada kepimpinan politik yang secara sah diamalkan di sebahagian besar negara di dunia. Justeru, elemen nilai dalam kalangan kelas menengah Melayu sebagai generasi muda dan terpelajar wajar diberi penekanan dalam memainkan peranan untuk mengawal sistem politik yang dipusakai turun-temurun melalui kebijaksanaan memilih kepimpinan politik. Hasil kajian ini mendapati bahawa pengaruh nilai amat signifikan apabila memilih kepimpinan politik dalam kalangan kumpulan kelas menengah Melayu yang lahir semasa pelaksanaan DEB.

Rujukan Al-Qur’an al-Karim. 1995. Tafsir Pimpinan Al-Rahman Kepada Pengertian

al-Qur’an. Kuala Lumpur: Bahagian Hal-Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri. Akademi Pengurusan YaPEIM. 2010. Pengurusan Islami: Menghayati Prinsip dan

Nilai Qurani. Kuala Lumpur: Akademi Pengurusan YaPEIM.Al-Maududi, Abu A`la. 1986. Khalifah dan Kerajaan: Satu Penilaian Kritis

terhadap Sejarah Pemikiran Pemerintahan Islam. Terj. Muhamad Al-Baqir. Kuala Lumpur: DBP.

Amer Saifude (2009) Geografi Pilihan Raya dan Tingkah Laku Pilihan Raya Malaysia 1959-2008. Kuala Lumpur: UM.

Awang Had Salleh. 1996. Masyarakat Melayu Dalam Pendidikan dan Sosiobudaya. Pemikir. Julai-September. Berita Harian. 2013. 27 Februari.

Hairol Anuar. 2010. Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan Patriotisme (Edisi Kedua). Bandar Seri Putra: Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Akademik KUIS.

Hairol Anuar. 2016.Pendekatan Nilai Dalam Transformasi Politik Generasi Muda Melayu. Bandar Seri Putra: Penerbit KUIS

INTAN 1991. Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam. Kuala Lumpur: INTAN.Javid Iqbal. 1983. Democracy and The Modern Islamic State, Voices of Resurgent

Islam. New York: Oxford University Press.Kamaruddin M.Said. 2012. Kesedaran Sejarah dan Transformasi Sosial di Malaysia.

Kertas Kerja Seminar Sejarah. Anjuran Persatuan Sejarah Malaysia. Wisma Sejarah, 2011.Miller, J.D.B. 1965. The Nature of Politics. London: Penguin.Ratnam, K.J. 1965. Communalism and the political process in Malaya. Singapore:

University of Malaya Press.Rizal Yaakop & Jummat Abd. Moen. 2002. Politik etnik dan perkembangan politik

baru. Dlm. Mohd Yusof Kasim & Azlan Ahmad. Politik baru dalam Pilihan Raya Umum. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Page 18: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

10

Rowe, E. 1969. Modern Politics. London: Routledge and Kegan Paul.Shukeri Mohamad. 1998. Pengenalan Politik Islam dan Pelaksanaannya dalam

Negara Malaysia. Kertas Kerja Seminar Siasah Syari`ah. Universiti Malaya, Kuala Lumpur 28 Ogos.

Syed Ahmad Hussein. 1996. Pengantar Sains Politik. Kuala Lumpur: DBP.Vasil, R.K. 1971. Politics in Plural Society: A Study of non-communal Political

Parties in West Malaysia. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Page 19: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

11

PROSES PEMERINTAHAN KE ARAH PEMBINAAN NEGARA DAN TADBIR URUS YANG BAIK BERDASARKAN KITAB TAJ US-SALATIN

Mohd. Mahadee Ismail,1 Sri Rahayu Ismail2 dan Azlina Abdullah3

AbstrakMakalah ini bertujuan mengupas proses pemerintahan ke arah pembinaan negara dan tadbir urus yang baik sepertimana yang pernah dikemukakan oleh seorang tokoh terkenal di wilayah Johor-Riau iaitu Bukhari al-Jauhari melalui karyanya Kitab Taj Us-Salatin. Kitab Taj Us-Salatin telah menjadi rujukan utama para pemerintah di Alam Melayu pada suatu ketika dahulu, khususnya dalam hal ehwal pentadbiran negara dan pembinaan negara bangsa. Bagi menjelaskan keadaan pemerintahan pada zaman silam, Bukhari al-Jauhari telah mengemukakan contoh dan teladan dari perbuatan-perbuatan yang terpuji dan keji yang pernah dilakukan oleh raja-raja zaman dahulu, khususnya raja-raja di Timur Tengah. Apa yang diketengahkan oleh Bukhari al-Jauhari juga mempunyai perkaitan yang jelas dengan tindakan tadbir urus yang adil dan saksama, serta pemerintahan berlandaskan hukum Islam. Banyak pedoman dan pengajaran yang bermakna dalam kupasan kitab tersebut. Justeru, idea dan model yang digambarkan oleh Bukhari al-Jauhari menerusi Kitab Taj Us-Salatin ini wajar diberi penilaian semula pada masa kini kerana ia amat relevan dalam konteks pembinaan negara moden hari ini.

AbstractThis paper aims to explain the process of administration towards the state building and good governance, which has been presented by a famous figure in the Johor-Riau region, namely Bukhari al-Jauhari through his popular work, Taj Us-Salatin. Taj Us-Salatin has become a main reference among the rulers of the Malay World particularly in the affairs of the country’s administration and nation states formation. To clarify the state administration in the past, Bukhari al-Jauhari had presented examples and lesson of commendable and vile acts done by kings of ancient times, especially the Middle East kings. What had been revealed by Bukhari al-Jauhari also has a strong relationship with the fair and equitable governance and based

1 Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia

2 Pensyarah, Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia3 Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Page 20: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

12

on the rule of Islamic law. There are important guidelines and lessons from the book. Hence, the idea and models described by Bukhari al-Jauhari through the Taj Us-Salatin deserve to be revised today because of its relevance in the context of modern contemporary state building.

PengenalanBidang persuratan Melayu yang berkembang pada kurun ke-19 telah

dipelopori oleh golongan cendekiawan yang mendapat pendidikan Islam khususnya dari Timur Tengah. Maka, tidak hairanlah pengaruh Islam di Alam Melayu mempunyai perkaitan yang amat rapat dalam bidang persuratan Melayu. Ini adalah hasil kerja tokoh-tokoh yang menghasilkan karya berunsurkan kesusasteraan agama seperti Bukhari al-Jauhari, Raja Ali Haji, Hamzah Fansuri, Nuruddin al-Raniri dan Samsuddin al-Sumaterani. Ketokohan golongan cendekiawan ini telah meletakkan bidang persuratan peradaban Melayu pada kedudukan yang cukup tinggi selaras dengan perkembangan peradaban semasa. Hal ini demikian kerana tokoh-tokoh cendekiawan Islam ini telah memberikan sumbangan yang besar dalam penghasilan karya-karya agung yang menjadi rujukan utama bagi kerajaan-kerajaan awal di Gugusan Kepulauan Melayu suatu ketika dahulu.

Karya-karya Melayu Klasik seperti Sulalatul Salatin hasil karya Tun Seri Lanang, Tuhfat al-Nafis karya Raja Ali Haji serta Bustanul Katibin karya Sheikh Nuruddin al-Raniri sememangnya sudah tidak asing lagi bagi masyarakat di Alam Melayu (Abu Hassan Sham, 1987). Namun, kita seharusnya tidak boleh melupakan satu lagi karya yang tidak kurang pentingnya kepada masyarakat di Alam Melayu iaitu Taj Us-Salatin. Kitab Taj Us-Salatin merupakan karya sastera ketatanegaraan yang bermaksud ‘Mahkota Segala Raja-Raja’. Penghasilan karya ini adalah sebagai garis panduan kepada raja-raja, para menteri dan pembesar di Alam Melayu dalam melaksanakan hal ehwal dan urusan pentadbiran negara sebagaimana yang terkandung dalam karya tersebut yang berbunyi:

“Barang siapa daripada segala raja-raja yang ada kitab ini sertanya dan ia sentiasa dibacanya dan menegarkan katanya dan menurunkan maknanya ialah raja dengan sempurna yang ada mahkotanya dan layak mahkota itu adanya”

(Khalid Hussain, 1966:5)

Ini jelas membuktikan bahawa kitab ini merupakan karya sastera Melayu klasik yang amat terkenal dan menjadi rujukan raja-raja Melayu untuk menjalankan tadbir urus yang baik serta membina negara mereka

Page 21: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

13

sendiri. Umpamanya, ia pernah dicetak di negeri Johor pada tahun 1875/76 Masihi sebagai bahan bacaan kepada para pembesar kerajaan dan masyarakat umum. Di samping itu, ia pernah diterbitkan di Jakarta pada tahun 1901 bagi rujukan raja-raja Jawa dalam urusan pentadbiran kerajaan masing-masing. Malah, ia turut digunakan oleh pemerintahan kolonial Belanda di Indonesia untuk mengetahui sistem pentadbiran peribumi dan kebudayaannya.

Berdasarkan kepada perkembangan tersebut, ternyata kitab Taj Us-Salatin telah menjadi sebuah karya terpilih yang menyediakan garis panduan kepada para pemerintah dahulu khususnya di Johor, Acheh dan Tanah Jawa bagi menjalankan tanggungjawab pemerintahan berlandaskan prinsip keadilan dan kesaksamaan. Maka dengan itu, kitab Taj Us-Salatin dikatakan mempunyai bentuk pemikiran politik Islam terbaik pada suatu ketika dahulu (Shah Rul Anuar, 2012)

Latar Belakang Kitab Taj Us-Salatin Terdapat dua pandangan dalam memperkatakan tentang salasilah

pengarang kitab Taj Us-Salatin ini. Pendapat pertama menyatakan karya ini dihasilkan oleh Bukhari al-Jauhari yang berasal dari Johor. Hal ini kerana berdasarkan kepada kelaziman bagi para pengarang Melayu zaman dahulu, mereka meletakkan nama negeri di hujung nama mereka dan Jauhari itu merujuk kepada negeri Johor. Manakala pendapat kedua pula menyatakan bahawa Bukhari al-Jauhari merupakan seorang pengarang dari Parsi berdasarkan persamaan aspek sintaksis, ungkapan, sajak dan pembahagian teks dalam kitab Taj Us-Salatin dengan karya-karya Parsi. Dakwaan Winstedt (1940) misalnya menyatakan kitab Taj Us-Salatin merupakan hasil kerja seorang cendekiawan Parsi berasaskan dari sumber India yang kemudiannya telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.

Persamaan kesusasteraan klasik Arab sebenarnya merupakan satu pengaruh biasa dalam karya-karya kesusasteraan Melayu lama kerana pengarangnya menulis berpandukan sumber-sumber Arab dan dari Timur Tengah. Keadaan seperti ini dapat juga dilihat dalam karya-karya lain seperti Bustan al-Katibin oleh Raja Ali Haji dan Bustan al-Salatin oleh Nuruddin al-Raniri. Kitab Taj Us-Salatin ini dipercayai dikarang di Aceh pada tahun 1603 oleh Bukhari al-Jauhari yang berasal dari Johor dan kemudiannya menetap di Aceh pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (Norhayati Abdul Rahman, 2003: 47). Hujah ini menyokong pandangan Braginsky (2004) yang menyatakan bahawa kitab Taj Us-Salatin telah ditulis di Acheh khas untuk rujukan pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Shah (1586-1604).

Page 22: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

14

Secara umumnya, kitab ini dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu bahagian pertama merupakan karya sastera Islam yang menekankan aspek kepercayaan dan keimanan kepada Allah sebagai asas kehidupan manusia. Bahagian kedua menerangkan tentang dasar ketatanegaraan iaitu prinsip-prinsip pemerintahan yang perlu dijalankan iaitu model tadbir urus yang baik. Antara perkara yang ditekankan ialah perlunya seorang pemimpin mengambil contoh pimpinan para Nabi dan Rasul, khalifah-khalifah dan sebagainya dalam melaksanakan tanggungjawab kepimpinan. Manakala, bahagian ketiga pula memberi penekanan pada aspek pendidikan akhlak yang perlu dididik kepada masyarakat, bermula dari institusi kekeluargaan. Dalam hal ini, kitab Taj Us-Salatin mengetengahkan tanggungjawab dan peranan ibu bapa dalam membentuk serta mendidik anak-anak berasaskan kepada ajaran Islam.

Oleh yang demikian, kitab Taj Us-Salatin merupakan satu karya yang komprehensif dalam melakarkan senario pentadbiran iaitu tadbir urus yang baik dan pembentukan negara khususnya bagi kerajaan-kerajaan Islam. Kitab ini mengangkat nilai-nilai ketinggian Islam dan menjadikan al-Quran serta hadis sebagai sumber rujukan utama dalam penulisannya (Zainal Kling, 1993). Kitab ini juga telah menjadi panduan utama kepada para pemerintah sezamannya dan amat relevan dijadikan rujukan serta teladan dalam proses pembentukan negara moden kontemporari.

Kitab Taj Us-Salatin: Pemerintahan Ke Arah Pembinaan Negara dan Tadbir Urus yang Baik

Sekiranya ditelusuri pandangan dan panduan daripada Bukhari al-Jauhari di dalam karyanya Taj Us-Salatin ini, pemerintahan ke arah pembinaan negara dan tadbir urus yang baik memerlukan komitmen secara bersepadu daripada pelbagai pihak. Semua pihak perlu memahami tugas, fungsi, peranan serta tanggungjawab masing-masing dengan sebaik-baiknya bagi memastikan usaha pembinaan negara yang berdaulat dapat dilaksanakan dengan jayanya. Untuk tujuan itu, makalah ini memfokuskan kepada proses pemerintahan ke arah pembinaan negara dan model tadbir urus yang baik berdasarkan kepada dua perspektif utama iaitu; pertama, berkaitan dengan tanggungjawab dan perilaku seseorang pemerintah; dan kedua, berkaitan dengan perilaku dan tanggungjawab menteri dan pegawai kerajaan.

Terdapat sepuluh syarat utama yang diutarakan oleh Bukhari al-Jauhari dalam menjelaskan tanggungjawab dan perilaku seseorang pemerintah bagi pembentukan sebuah negara yang mantap, sistem tadbir urus yang baik, sistematik dan efektif. Antara syarat tersebut ialah:

Page 23: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

15

(i) Keadilan: elemen ini dijadikan sebagai elemen yang paling utama dalam melaksanakan sistem pemerintahan yang berkesan. Bukhari al-Jauhari telah mengemukakan contoh teladan kepimpinan para nabi dan rasul seperti Nabi Musa, Nabi Sulaiman, Nabi Yusof dan Nabi Muhammad, di mana kehidupan mereka serba sederhana walaupun mempunyai kekuasaan untuk menikmati kemewahan duniawi (Abdul Hadi, 2007). Adil merujuk kepada pemberian hak kepada yang sepatutnya mengikut kadar masing-masing. Para pemerintah diwajibkan berlaku adil dalam semua aspek kehidupan khususnya berkaitan dengan hukuman yang dijatuhkan terhadap seseorang pesalah. Sekiranya pemerintah yang melakukan kesalahan, maka hukuman yang sama harus dikenakan kerana pelaksanaan keadilan tidak melihat kepada keturunan, darjat, pangkat, status, warna kulit, perbezaan agama mahupun kuasa seseorang. Tidak kira yang melakukan kesalahan itu di pihak pemerintah atau pihak yang diperintah, hukumannya adalah sama. Ini selaras dengan firman Allah SWT di dalam al-Quran yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan kebenaran kerana Allah, lagi menjadi saksi dengan adil dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa; dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.”

(Surah Al-Maidah:8)

Bukhari al-Jauhari turut merujuk kepada sepotong hadis yang berbunyi “Raja yang tidak mencintai rakyatnya akan susah untuk memasuki pintu syurga dan tidak akan mendapat rahmat Allah” (Abdul Hadi, 2007). Selain itu, kepentingan keadilan ini juga turut diperjelaskan oleh Bukhari al-Jauhari berdasarkan petikan berikut:

“Demikianlah harus menghukumkan ia atas segala rakyat itu dan barang hukum yang tiada diperkenankan di atas dirinya tiada harus diperkenankan di atas segala rakyat itu. Maka perbuatan itulah adil namanya…” (Khalid Hussain, 1966:170)

Dalam konteks ini, soal keadilan ditekankan secara menyeluruh kerana ia merupakan kunci kejayaan sesebuah pentadbiran dan satu jaminan kepada pemantapan sesebuah kerajaan. Persoalan keadilan telah menjadi teras kepada pemerintahan kerajaan Malaysia yang meletakkan ketinggian

Page 24: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

16

Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Pelaksanaan undang-undang Malaysia tidak akan mengambil kira apa jua kedudukan seseorang, di mana pesalah akan dijatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang.

(ii) Mendahulukan tanggungjawab sebagai pemerintah berbanding tanggungjawab yang lain. Dalam konteks ini, para pemerintah perlu mengutamakan kepentingan rakyat berbanding kepentingan diri sendiri demi memenuhi segala amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Hal ini perlu disedari, difahami dan diamalkan oleh setiap pemerintah memandangkan kuasa yang dimilikinya itu merupakan satu amanah sebagaimana firman Allah SWT di dalam Al-Quran yang jelas maksudnya:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”

(Surah Al-Nisa:58)

Perkara yang sama turut ditekankan oleh Bukhari al-Jauhari sepertimana yang dinyatakan dalam kitab Tajus Us-Salatin iaitu:

“Bermula Raja itu yang terbuka pintunya menepikan segala hamba Allah datang mengadukan halnya dan menghukumkan pada antara mereka itu dengan kebenaran itu adalah terlebih pahalanya daripada berdiri sembahyang”

(Khalid Hussain, 1966:171)

Ini menjelaskan bahawa setiap pemerintah tidak boleh membelakangkan kepentingan awam untuk kepentingan peribadi. Kepentingan awam perlu diutamakan dalam apa jua keadaan. Andainya setiap pemerintah dapat melaksanakan tanggungjawab ini dengan sebaik-baiknya, nescaya kepercayaan rakyat kepada pemimpin akan meningkat. Rakyat dari semasa ke semasa akan terus memberi kepercayaan dan menumpah ketaatsetiaan tanpa berbelah bahagi.

(iii) Jangan bermewah-mewah. Negara yang dipimpin oleh pemimpin yang sukakan kemewahan dan bermegah-megah dengan kemewahan akan menyebabkan negaranya menjadi lemah. Ini kerana pemimpin sebegini akan menghabiskan sejumlah wang yang begitu besar bagi pembangunan

Page 25: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

17

fizikal seperti membina bangunan-bangunan tinggi pencakar langit bagi tujuan mendapat kemegahan semata-mata, sedangkan terdapat perkara lain yang perlu diutamakan seperti pembangunan spiritual, intelektual dan juga pembangunan modal insan. Dalam penulisan Taj Us-Salatin, Bukhari al-Jauhari juga turut memberikan peringatan akibat daripada bermewah dengan makanan dan pakaian yang akan menyebabkan seseorang pemerintah itu dikuasai oleh nafsu yang akhirnya akan menjatuhkan dirinya, sebagaimana yang dinyatakan dalam petikan berikut:

“Hendaklah yang raja itu dalam segala hal menurutkan akan peri dan perbuatan segala raja-raja yang beriman dan budiman dan adil itu, jangan dibinasakan nafsu dirinya akan makanan yang sedap dan pakaian yang halus kerana daripada dua perkara ini beroleh kuat nafsu yang seteru manusia”

(Khalid Hussain, 1966:171)

Dalam konteks ini, Bukhari al-Jauhari mengingatkan pemerintah agar tidak leka dengan kemewahan dunia. Walaupun pemerintah mempunyai kebesaran, kekuasaan dan kekayaan, hidup ini perlulah sederhana agar manusia itu tidak akan leka dan lalai daripada tanggungjawab yang sebenarnya. Segala harta negara perlu dibelanjakan dengan sebaik mungkin mengikut keutamaan khususnya berkaitan dengan kepentingan awam.

(iv) Berhikmah, berhemah dan lemah lembut dalam segala urusan pentadbiran. Pemerintah seharusnya bertindak dengan penuh hikmah khususnya dalam mengendalikan sesuatu perkara yang melibatkan kepentingan rakyat. Berhikmah, berhemah dan lemah lembut dalam konteks ini melibatkan soal menjatuhkan hukuman, berbicara penuh lemah lembut agar rakyat tidak takut untuk mengadu segala kesukaran yang mereka hadapi. Sebagai contoh, walaupun ketika menjatuhkan hukuman, pemerintah perlu berbicara dengan lemah lembut dan tidak boleh mencaci, mengutuk atau mengeji pesalah yang dijatuhkan hukuman tersebut (Khalid Hussain, 1966). Sekiranya orang daif, fakir atau miskin yang mengadu tentang kesusahan mereka, maka pemerintah perlu mendengar pengaduan tersebut dengan teliti dan memeriksa segala hal yang diadukan (Khalid Hussain, 1966). Pemerintah tidak boleh menanam rasa benci terhadap apa yang diadukan oleh rakyat.

Tanggungjawab seseorang pemerintah bukan hanya sekadar menjalankan pemerintahan negara semata-mata, tetapi menurut Bukhari al-Jauhari, pemerintah juga mesti menjaga hubungannya dengan rakyat khususnya menjaga hati rakyat. Oleh sebab itu, Bukhari al-Jauhari menegaskan bahawa

Page 26: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

18

pemerintah perlu berhikmah, berhemah dan lemah lembut apabila berurusan dengan rakyat agar rakyat tidak rasa takut dan dizalimi. Sepertimana yang disebutkan oleh Bukhari al-Jauhari iaitu:

“Hendaklah raja yang menjunjung keadilan dan hukum itu lemah lembut perkataannya, manis mukanya, namun keras hukumannya kepada orang yang jahat dan perbuatan jahat”

(Abdul Hadi, 2007)

(v) Pemerintahan perlu berpandukan hukum syarak sepertimana yang ditetapkan oleh al-Quran dan Hadis. Setiap hukum syarak yang ditetapkan dalam al-Quran dan Sunnah mempunyai khasiat tertentu yang tidak mampu untuk dilihat oleh mata kasar manusia. Pemerintah mempunyai tanggungjawab yang besar dalam melaksanakan hukum syarak ini demi untuk mencapai kebenaran yang hakiki. Bukhari al-Jauhari menegaskan bahawa pemerintah sama ada suka ataupun tidak berkewajipan melaksanakan hukum syarak agar tidak memudaratkan pemerintah sendiri dan mendapat keredaan daripada yang maha berkuasa.

“Barang siapa menuntut keredhaan Allah Ta’ala dan tiada cinta daripada murka manusia itu, maka Allah Ta’ala suka daripadanya dan segala manusia pun sukalah daripadanya dan seorang pun tiada dapat memberi mudharat padanya melainkan Allah Ta’ala akan memeliharakan adanya daripada segala kejahatan”

(Khalid Hussain, 1966:173)

(vi) Saling ingat-mengingati dalam hal-hal kebenaran untuk melaksanakan pemerintahan. Pemerintah perlu melihat segala kelemahan di pihak kerajaan dengan sentiasa mengambil tindakan pembetulan demi mencapai kebenaran dan kebaikan sepertimana yang dituntut oleh Islam. Dalam pada itu, pemerintah perlu sentiasa berusaha untuk menegakkan amar makruf nahi mungkar iaitu usaha dakwah berterusan untuk mencegah kejahatan dan menggalakkan orang ramai melakukan kerja-kerja kebaikan. Berdasarkan kitab Taj Us-Salatin, Bukhari al-Jauhari menegaskan pemerintah perlu sentiasa mengingatkan rakyatnya untuk berbuat kebaikan, dan seandainya rakyat melakukan kebaikan, maka pemerintah juga akan mendapat pahala daripada kebaikan tersebut dan begitu jugalah sebaliknya.

“Maka hendaklah raja yang berbudi itu diusahakan pekerjaan yang baik itu supaya dengan suatu pekerjaan itu beroleh pahala beribu-ribu

Page 27: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

19

pekerjaan yang baik dan dengan suatu kebaktian sekalian manusia yang dalam hukumnya itu yang terlebih daripadanya”

(Khalid Hussain, 1966:174)

(vii) Sentiasa merujuk, meminta nasihat serta pandangan daripada orang yang alim dan orang yang berilmu demi mencapai kesempurnaan dalam pemerintahan. Sekiranya pemerintah tidak menjadikan ulama sebagai tempat rujukan dalam proses tadbir urus negara, maka pemerintahan itu akan menuju kehancuran. Bukhari al-Jauhari menegaskan bahawa pemerintah perlu mengenal pasti golongan alim ulama, ilmuan serta cendekiawan, dan mereka perlu bergaul rapat dengan golongan tersebut bagi mendapatkan pandangan dan rujukan daripada mereka dalam urusan pentadbiran negara. Golongan alim ulama dan cendekiawan ini perlu dimuliakan dan disanjung tinggi. Pada masa yang sama pemerintah perlu mengelakkan diri dari bercampur dengan orang-orang jahat, tamak dan tidak boleh dipercayai (Abdul Hadi, 2007).

“Ada pun seperti harus atas raja menteri segala pendeta dan harus di atas raja mengenal segala pendeta dan dibezakan pada antara mereka itu kerana banyak orang. Ada yang mengetahui ilmu barang yang dapat dan ilmu itu yang di atas segala kemuliaan pangkatnya dan tertinggi daripada sekalian pekerjaan tahunya dijadikan di bawah hawa nafsunya dan daripada tamak akan sesuatu kehendak nafsunya tiada menyatakan kebenaran ilmunya…”

(Khalid Hussain, 1966:174)

(viii) Pemerintah tidak boleh meletakkan diri terlalu tinggi. Pemerintah seharusnya tidak bermegah-megah dengan kemuliaan dan kebesaran kuasa yang ada pada mereka. Hal ini kerana ia boleh mewujudkan jurang yang terlalu besar dengan rakyat. Rakyat jelata memang tahu yang pemerintah itu berkuasa, dan oleh sebab itulah pemerintah tidak perlu menunjuk-nunjuk kebesaran mereka (Khalid Hussain, 1966). Rakyat jelata mesti didekati untuk mengetahui segala permasalahan yang dihadapi oleh mereka. Dengan lain perkataan, pemerintah mesti berjiwa rakyat baharulah pemerintahan negara akan mencapai kesempurnaan. Sekiranya pemerintah meletakkan dirinya terlalu tinggi, ia bukan sahaja akan mewujudkan heirarki dan kasta tertentu dalam sesebuah negara tetapi akan mewujudkan konflik dan rasa kurang hormat pihak diperintah terhadap pihak pemerintah. Bukhari al-Jauhari memberikan contoh Nabi Musa a.s. yang penuh dengan adab dan tawaduk sentiasa merendahkan dirinya serta lemah lembut apabila berbicara,

Page 28: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

20

mengutamakan kebajikan rakyat jelata dan memberi pertolongan dengan adil dan saksama (Khalid Hussain, 1966).

(ix) Kepimpinan melalui teladan. Pemerintah perlu menjadi role model dan teladan yang terbaik kepada rakyat jelata dalam memupuk ciri-ciri kepimpinan, sikap dan tingkah laku yang wajar dicontohi, dihayati dan diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat. Teladan pemerintah yang baik akan dapat mengukuhkan nilai-nilai murni yang menjadi teras kepada proses pembinaan negara dan tadbir urus yang baik. Implikasi daripada penghayatan nilai-nilai murni ini seterusnya dapat menyemai keutuhan budaya dan moral sesebuah bangsa. Dalam pada itu, Bukhari al-Jauhari turut menegaskan bahawa pemerintah perlu memuliakan golongan yang membuat bakti demi memelihara kebajikan rakyat. Malah, orang yang membuat kebaktian ini juga perlu dijadikan role model kepada masyarakat umum. Ini dapat dilihat berdasarkan karya Taj Us-Salatin seperti berikut;

“...jikalau ada segala peri dan perbuatan orang itu benar jua akan memeliharakan rakyat dengan kebajikan. Maka haruslah raja itu membesarkan dia pada antara segala orang dan dimuliakan ia supaya segala orang yang lain menurutkan peri dan perbuatan itu dan diusahakan pada hal berbuat kebaktian pada rajanya dan akan memeliharakan segala rakyat dan jikalau peri dan perbuatan orang itu salah dan anaiya jua atas segala rakyat”

(Khalid Hussain, 1966: 177)

(x) Ketelitian dalam menjalankan urusan pentadbiran negara. Apabila sesuatu permasalahan atau aduan dikemukakan oleh rakyat, seseorang pemerintah perlu bijaksana dan teliti dalam menyelesaikan perkara tersebut. Ketelitian ini meliputi pelbagai aspek seperti mendengar apa yang disampaikan, melihat kelakuan dan gelagat si pengadu, dan memastikan kebenaran tentang aduan tersebut (Khalid Hussain, 1966). Setelah sesuatu aduan itu diteliti maka barulah pemerintah dengan budi bicaranya boleh menjatuhkan hukuman atau mengambil keputusan yang sewajarnya. Kebijaksanaan dan ketelitian seseorang pemerintah dapat mengelakkan daripada wujudnya khianat yang boleh menjejaskan kewibawaan pemerintah sendiri.

Di samping mengemukakan tanggungjawab dan perilaku yang seharusnya dimiliki oleh seseorang pemerintah dalam proses pemerintahan ke arah pembentukan sebuah negara yang mantap dan tadbir urus yang baik, Bukhari al-Jauhari juga mengetengahkan perilaku dan tanggungjawab seseorang menteri serta pegawai kerajaan dalam urusan pentadbiran negara.

Page 29: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

21

Melalui rujukan kitab Adab Al-Amr, Bukhari al-Jauhari telah mengemukakan empat sifat yang seharusnya ada pada seseorang menteri atau pegawai kerajaan. Antara sifat tersebut ialah:

a. Berpengalaman (berkebolehan dan bijaksana) dalam menguruskan pentadbiran negara: Menteri yang mempunyai pengalaman luas merupakan tunjang utama dalam mewujudkan pentadbiran yang cekap dan berkesan. Kekuatan pemerintahan negara bergantung kepada kebijaksanaan dan kebolehan menteri yang mengendalikan pelbagai urusan pentadbiran negara (Khalid Hussain, 1966). Sekiranya sesuatu sistem pentadbiran itu ditadbir dan diurus oleh manusia yang berilmu, berketerampilan dan berdedikasi, maka sudah pasti sistem pentadbiran yang dilaksanakan itu mempunyai kualiti yang tinggi. Namun, sekiranya suatu sistem pentadbiran itu dijalankan oleh mereka yang tidak mempunyai ilmu serta kualiti, sahsiah diri yang rendah, sistem pentadbiran akhirnya akan musnah kerana dikendalikan oleh golongan yang bukan ahli dalam bidangnya.

b. Berani dan berjiwa bangsawan: Dari kaca mata Islam, keberanian diperlukan dalam pengurusan pentadbiran kerajaan. Keberanian seharusnya menyertai keimanan dan keyakinan kepada Allah SWT untuk menegakkan keadilan dan mencegah segala perkara mungkar. Dalam konteks ini, Bukhari al-Jauhari menjelaskan bahawa seorang menteri seharusnya berani mempertahankan negara, melindungi rajanya dan mempertahankan hak serta kepentingan rakyat jelata daripada segala bentuk ancaman yang boleh membawa kemusnahan kepada negara. Menteri perlu menjiwai bangsanya dan menghayati semangat patriotisme dalam menjaga kedaulatan negara.

“Dan tiadalah berguna syafaat di sisi Allah kecuali bagi orang yang telah diizinkan Allah memperoleh syafaat itu, sehingga apabila telah dihapuskan perasaan bimbang daripada hati mereka (dengan pemberian izin itu). Mereka (penerima syafaat) bertanya, ‘Apakah yang telah difirmankan oleh Tuhan kamu?’ Sebahagian daripada mereka menjawab, ‘Tuhan telah menfirmankan kebenaran.’ Dialah jua Yang maha Tinggi (keadaan-Nya) lagi Maha Besar (kekuasaan-Nya).”

(Surah Saba’: 23)

Page 30: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

22

c. Amanah: Setiap seorang menteri merupakan pemegang amanah. Amanah bermaksud menunaikan segala tanggungjawab dan kewajipan yang diserahkan kepadanya. Sesiapa sahaja yang terpilih untuk memegang sebarang jawatan dalam sesebuah organisasi berkewajipan untuk menjalankan tugasnya secara amanah. Amanah juga merupakan sesuatu yang wajib dipelihara dengan sebaiknya dan menyerahkan sesuatu kepada yang berhak menerimanya. Apabila seseorang itu gagal melaksanakan amanah, maka dia telah melakukan khianat kerana matlamat amanah adalah untuk mencapai keadilan. Amanah akan menghasilkan keamanan dan kemakmuran kepada masyarakat. Menurut Bukhari al-Jauhari dalam konteks Taj us-Salatin, menteri bertanggungjawab mengurus dan menjaga harta benda negara dengan sempurna sebagaimana seseorang menteri itu beramanah menjaga sembahyangnya. Plato yang merupakan seorang ahli falsafah Greek turut menjelaskan bahawa amanah itu terlaksana apabila seseorang kakitangan pemerintah mengutamakan kebajikan awam. Sekiranya hal ini tidak dititikberatkan, seseorang itu akan mengikut kepentingan dan ketentuan diri sendiri yang akan melunturkan sifat amanah (Mustafa Daud, 1994: 133).

d. Perwakilan: Dalam konteks ini seseorang menteri harus memainkan peranan sebagai wakil rakyat yang menjadi perantara antara pihak pemerintah dengan pihak yang diperintah. Segala apa yang diadukan oleh rakyat perlu disampaikan kepada pemerintah dan begitulah sebaliknya, segala apa yang dimaklumkan oleh pemerintah perlu disampaikan kepada rakyat dengan jelas. Fungsi dan peranan tersebut bukan bersifat sementara tetapi menjadi tanggungjawab hakiki selagi mana seorang menteri itu memegang jawatan tersebut (Mohd Mahadee, 2015).

“...yang membawa khabar pada segala pihak negeri kepada raja dan menyatakan hal segala rakyat dan menyampaikan peri segala yang kasih akan raja dan menunjukkan perbuatan segala yang berseteru dengan raja dan mengingatkan raja daripada segala yang baik dan jatuh dalam kerajaannya itu” (Khalid Hussain, 1966: 120)

Di samping itu, menteri juga turut berperanan mengingatkan pemerintah tentang faktor-faktor lain yang boleh mambawa kegemilangan dan kemusnahan pemerintahan. Pada masa yang sama, menteri bertanggungjawab

Page 31: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

23

menyampaikan kepada pemerintah segala hal ehwal dan tindakan pihak musuh yang boleh membawa kepada kehancuran negara (Khalid Hussain, 1966).

Melalui rujukan kitab Nasaih Al-Muluk, Bukhari al-Jauhari telah mengemukakan enam ciri bagi membentuk kesempurnaan kerajaan. Antara ciri-ciri tersebut ialah:

a. Menteri yang mampu menyimpan rahsia kerajaan dan boleh dipercayai – dalam konteks ini seorang menteri bertanggungjawab menjaga rahsia kerajaan agar tidak diketahui oleh pihak luar khususnya pihak musuh. Kerahsiaan yang perlu dipegang oleh seorang menteri merangkumi pelbagai sudut pentadbiran, misalnya perlu berhati-hati ketika berbicara, mengeluarkan arahan dan sebagainya agar tidak terlepas perkara-perkara sulit pemerintahan negara (Khalid Hussain, 1966).

b. Menteri yang mempunyai tatacara diplomasi yang tinggi dalam memastikan sesebuah negara dapat diurus dan ditadbir dengan baik. Malah sikap diplomasi yang baik ini juga turut dituntut apabila seorang menteri itu berurusan dengan pihak musuh. Bukhari al-Jauhari menegaskan seperti berikut:

“...dapat masuk dalam penerangan dengan dia dan dapat keluar dari dalam segala perhimpunan seteru” (Khalid Hussain, 1966: 123)

c. Sistem pertahanan yang kuat – merangkumi alat persenjataan yang canggih dan anggota masyarakat yang sanggup berkorban demi mempertahankan negara. Benteng pertahanan yang kuat ini mampu menyekat pengaruh musuh dan mengangkat martabat negara (Khalid Hussain, 1966).

d. Harta yang banyak – sebuah kerajaan yang sempurna seharusnya mempunyai sumber harta yang banyak untuk menampung segala kos bagi menjaga kebajikan rakyat dan meningkatkan pertahanan negara. Bukhari al-Jauhari menjelaskan bahawa peruntukan yang besar diperlukan bagi melantik lebih ramai anggota tentera dan menyara kehidupan mereka. Keadaan ini akan mendorong anggota tentera untuk menjalankan tanggungjawab dengan baik (Khalid Hussain, 1966).

e. Setiap kerajaan mesti mempunyai perbendaharaan negara yang banyak – perbendaharaan yang banyak diperlukan untuk merencana

Page 32: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

24

pembangunan, menjana ekonomi, mewujudkan kemakmuran dan kesejahteraan hidup rakyat secara keseluruhan (Khalid Hussain, 1966).

f. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Bukhari al-Jauhari menegaskan tentang kepentingan pihak pemerintah memfokus dan membangunkan golongan belia dan beliawanis dalam pelbagai konteks kehidupan. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah pembangunan sahsiah diri, jati diri, kemahiran, kepimpinan dan ilmu pengetahuan (Khalid Hussain, 1966). Hal ini kerana golongan ini merupakan aset dan tonggak negara di masa depan, di mana berjayanya generasi muda hari akan menjadi penentu kejayaan negara pada masa hadapan (Mohd Mahadee, 2013).

Intipati Penting Kitab Taj Us-SalatinBerdasarkan hujah yang dikemukakan oleh Bukhari al-Jauhari melalui

karyanya Taj Us-Salatin, terdapat beberapa elemen yang perlu diberikan perhatian utama dalam melaksanakan pemerintahan bagi sesebuah negara. Elemen yang cukup diberikan penekanan ialah keadilan dalam semua aspek pemerintahan dan tadbir urus. Dalam konteks ini, soal keadilan yang holistik mencakupi keadilan kepada rakyat jelata, keadilan dari segi undang-undang dan pelaksanaan hukuman, keadilan dalam konteks pengagihan kekayaan negara, keadilan dari aspek cara hidup dan pelbagai dimensi lain. Di Malaysia, persoalan keadilan sentiasa mendapat tempat utama dalam perbahasan ahli politik, para sarjana mahupun rakyat secara umumnya yang mempertikai soal keadilan dalam semua aspek kehidupan. Sebagai contoh keadilan dalam konteks pengagihan subsidi yang dikatakan tidak menyeluruh dan masih wujud pengklasifikasian berdasarkan parti politik dan kepentingan pihak-pihak tertentu.

Begitu juga dalam konteks perbicaraan di mahkamah, masih ada pihak yang merasakan wujudnya elemen campur tangan politik dalam penentuan hukuman kepada pesalah. Sedangkan secara jelas Malaysia mengamalkan doktrin pengasingan kuasa yang memisahkan kuasa eksekutif dengan kuasa kehakiman sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Memandangkan masih banyak pihak yang mempertikaikan persoalan keadilan di negara ini, adalah sewajarnya pihak pemerintah menilai dan mengkaji semula perkara ini supaya proses pelaksanaan tadbir urus dapat dilaksanakan dengan lebih bersih, telus, sistematik dan efektif serta

Page 33: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

25

membela kebajikan rakyat seluruhnya. Sepertimana yang ditegaskan oleh Johnson (1997), aspek terpenting berkaitan tadbir urus kini ialah apakah mekanisme yang diperlukan bagi membincangkan dan menyelesaikan pelbagai kepentingan dalam masyarakat. Kepentingan awam yang perlu diutamakan.

Selain itu, elemen kedua yang ditekankan oleh Bukhari al-Jauhari dalam meletakkan model asas pemerintahan sesebuah negara dan pelaksanaan tadbir urus yang baik ialah pemimpin perlu amanah terhadap segala tanggungjawab yang diberikan kepada mereka. Setiap orang pemimpin perlu sedar bahawa mereka adalah seorang wakil rakyat yang diberikan amanah untuk membela nasib rakyat, mereka sebagai pentadbir yang berkuasa untuk menggubal dan melaksanakan dasar-dasar yang membela kepentingan awam, mereka sebagai menteri yang bertanggungjawab menguruskan perbelanjaan negara dengan sempurna, dan mereka sebagai individu yang bertanggungjawab mencorak dan menjana pembangunan negara. Kesemua amanah tersebut perlu dipikul sebaik-baiknya, membuang sikap yang mementingkan diri sendiri, tidak salah guna kuasa, tidak sombong dan angkuh, mahupun terlibat dalam sebarang bentuk jenayah kolar putih ataupun rasuah. Dalam konteks Malaysia, perkara sedemkian dinyatakan dengan jelas dalam Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam (1993) dan Tonggak Dua Belas Perkhidmatan Awam.

Pada masa yang sama, Bukhari al-Jauhari menasihatkan kepada para pemimpin supaya sentiasa merujuk kepada alim ulama, para bijak pandai, ilmuwan dan cendekiawan dalam melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan tadbir urus yang baik. Mereka adalah golongan yang arif, bijaksana serta mempunyai intelektual sebagai penasihat kepada pemerintah untuk bertindak dengan lebih rasional, tidak emosional dalam membuat sesuatu keputusan, membuat pertimbangan dengan lebih komprehensif dan tidak terburu-buru dalam mengambil sebarang tindakan. Dalam konteks negara kita, diwujudkan majlis agama Islam negeri-negeri, jabatan-jabatan agama Islam, Majlis Fatwa Kebangsaan serta Pejabat Mufti sebagai tempat rujukan untuk perkara-perkara yang melibatkan kepentingan agama Islam. Selain daripada itu, langkah kerajaan mewujudkan Majlis Profesor Negara (MPN) merupakan suatu tindakan yang bijak bagi mengumpul para bijak pandai negara ini di bawah satu penaungan rasmi. Persoalannya, sejauhmana pihak pemerintah merujuk kepada MPN dalam mendapatkan pandangan serta nasihat berkaitan aspek pembinaan negara mahupun pelaksanaan tadbir urus yang baik.

Page 34: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

26

Bukhari al-Jauhari menghuraikan dengan panjang lebar peri pentingnya pemerintahan negara dilaksana berlandaskan kepada hukum syarak. Negara Islam dan pemerintahan Islam wajib berpandukan kepada lunas-lunas Islam dalam menunaikan tanggungjawab pemerintahan dan pelaksanaan tadbir urus yang baik. Malangnya, dalam konteks Malaysia pemerintahan tidak boleh berpandukan kepada hukum syarak Islam secara total kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Perkara ini jelas berlaku apabila kerajaan negeri Kelantan meluluskan Hukum Kanun Syariah II (Hudud) tetapi tidak boleh dilaksanakan disebabkan terdapat percanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan. Namun begitu, gaya pemerintahan dan tadbir urus yang berlandaskan Islam masih boleh diaplikasi oleh pihak pemerintah di Malaysia sekiranya mereka mahu mengaplikasinya, menyesuaikannya dengan persekitaran semasa dan sentiasa merujuk kepada model kepimpinan Islam.

Sekiranya diperinci dengan teliti, proses pemerintahan ke arah pembentukan sesebuah negara dan pelaksanaan tadbir urus yang baik sepertimana yang dikemukakan oleh Bukhari al-Jauhari melalui karyanya, Taj Us-Salatin, sebenarnya tidak banyak berbeza daripada nilai-nilai universal yang diterima oleh dunia umumnya dan pelbagai bentuk pemerintahan khususnya. Nilai-nilai tersebut sememangnya diterima dan menjadi landasan utama dalam merealisasi suatu bentuk pemerintahan yang holistik dan ideal, mementingkan kebajikan awam, menjaga keadilan untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira perbezaan yang wujud dalam kalangan mereka. Sepertimana yang dijelaskan oleh Pierre dan Peters (2000), peranan pemerintah dalam melaksanakan tadbir urus adalah pelbagai dan tidak tetap bergantung kepada tahap dan bentuk sebuah kerajaan itu, sama ada sistem yang berpusatkan negara atau negeri, mahupun sistem yang berpusatkan masyarakat. Apa yang lebih signifikan ialah bagaimana pelbagai peringkat kerajaan yang wujud dalam sesebuah negara itu melaksanakan peranan tadbir urus dengan berkesan, jujur, adil, ikhlas, telus dan bertanggungjawab (Pierre & Peters, 2000).

KesimpulanMelihat kepada persoalan yang berlaku dalam sistem pemerintahan

hari ini, kandungan kitab Taj-us-Salatin dilihat amat relevan dalam menangani segala isu dan krisis pemerintahan semasa. Walaupun kitab ini diterjemahkan pada kurun ke-17, idea dan panduan yang digarapkan melalui karya ini perlu dilihat semula oleh generasi pemerintah hari ini bagi memastikan proses pembinaan negara moden dan tadbir urus yang

Page 35: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

27

baik dapat direalisasikan dengan efektif dan secara bersepadu oleh pelbagai pihak. Pihak pemerintah Malaysia khususnya perlu menilai kembali bentuk tadbir urus yang diamalkan masa kini, memperbaiki segala kelemahan dan kembali kepada hukum syarak yang sebenarnya dalam menjalankan pemerintahan negara. Pemerintah seharusnya menjadi role model kepada rakyat secara keseluruhannya. Walaupun penulisan makalah ini hanya membincangkan proses pemerintahan ke arah pembinaan negara dan model tadbir urus yang baik di mana menjadi tanggungjawab golongan pemerintah, namun ini tidak bermakna pihak yang diperintah tidak mempunyai sebarang kewajipan terhadap negara. Golongan pemerintahan menjadi fokus utama memandangkan golongan ini merupakan pencorak yang menjadi penentu kejayaan bagi sesebuah negara. Sekiranya para pemerintah berjaya menunaikan tanggungjawab mereka dengan sempurna, maka akan mantaplah sesebuah negara yang dibina.

RujukanAbd. Manaf Ahmad. 2004. Negara Islam: Satu Analisa Perbandingan. Kuala

Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.Abdul Karim Ali dan Raihanah Azahari (peny.). 1999. Hukum Islam Semasa Bagi

Masyarakat Malaysia Yang Membangun. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Abu Hassan Sham. 1987. Karya-karya Yang Berlatar belakangkan Islam dari pengarang Melayu Riau-Johor Sehingga Awal Abad Kedua Puluh. Dalam Tradisi Johor Riau. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Braginsky, V.I. 2004. The Heritage of Traditional Malay Literature. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies.

Institut Tadbiran Awam Malaysia. 1991. Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Malaysia (INTAN).

Johnson, I. 1997. Redefining The Concept Of Governance. Quebec: Canadian International Development Agency.

Khalid Hussain. 1966. Taj us-Salatin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Konsep Islam Hadhari Satu Penjelasan. 2005. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan

Islam Malaysia.Mohd. Mahadee Ismail. 2015. Sosialisasi Politik, Etos Nasional dan Negara-

Bangsa: Kajian Pendidikan Sivik dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dalam kalangan Mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM). Tesis Doktor Falsafah, Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd. Mahadee Ismail. 2013. Etos Bangsa dan Pembinaan Negara-Bangsa: Analisis Pelatih Program Latihan Khidmat Negara. Dlm. Pue Giok Hun (pnyt.). Menyelusuri Cabaran Kepelbagaian: Pengalaman Malaysia Terkini. Bangi: Institut Kajian Etnik, UKM.

Page 36: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

28

Mustafa Daud. 1994. Pengurusan Islam. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors.

Norhayati Abdul Rahman. 2003. Warisan Persuratan Johor II. Johor Bahru: Yayasan Warisan Johor.

Pierre, J. and Peters, B. G. 2000. Governance, Politics and the State. New York: Palgrave Macmillan Press Ltd.

Shah Rul Anuar Nordin . 2012. Pemikiran Politik Islam di Aceh Pada Abad Ke-17 M: Kajian Perbandingan Antara Kitab Taj Al-Salatin, Sulalah Al-Salatin Dan Bustan Al-Salatin. Tesis Doktor Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Winstedt, R.O. 1962. Malay Chronicles from Sumatra and Malaya. Dlm. D.G.E. Hall (pnyt.) Historians of South East Asia. London: O.U.P.

Zainal Kling. 1993. Asas Ketuhanan dalam Pemikiran Sosiopolitik Melayu. Dlm. Tamadun Melayu. Ismail Hussein (pngr.). Jil. 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zalila Sharif dan Jamilah Ahmad. 1980. Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 37: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

29

EKONOMI KEUSAHAWANAN ISLAM MENURUT TEORI EKONOMI IBNU KHALDUN

Norsazali Abdullah1 dan Mohd Daud Awang2

AbstrakMakalah ini membincangkan aspek keusahawanan Islam menurut Ibnu Khaldun. Ramai pemikir Islam membahaskan teori ekonomi Ibn Khadun yang mendepani zamannya sehingga ke hari ini. Persoalannya, adakah teori Ibn Khaldun tersebut mencakupi perbincangan aspek keusahawanan? Justeru, makalah ini menilai perbahasan teori Ibn Khaldun tersebut dan dibandingkan dengan penulisan keusahawanan Islam semasa. Metode yang digunakan adalah dengan merujuk bahan-bahan ilmiah berkaitan keusahawanan Islam. Kajian ini telah berjaya mentafsirkan kerelevanan teori keusahawanan Ibn Khaldun sebagai ilmu keusahawanan Islam yang sistematik. Teori Ibnu Khaldun menekankan dua aspek penting dalam keusahawanan Islam iaitu sumber manusia berkemahiran dalam keusahawanan dan pengurusan kewangan yang cekap. Teori ini mampu meningkatkan pengetahuan usahawan dalam bidang perniagaan yang berdaya maju.

AbstractThis paper discussed regarding Islamic entrepreneurship according to Ibn Khaldun. Majority of Islamic scholars studying about economy theory of Ibn Khaldun which are expressed that his theory has beyound until present.The question is, It is the theory of Ibn Khaldun has covered the discussion of entreprenuershio aspect ? Therefore, this paper has been examined the discussion of the economy theory of Ibn Khaldun and current studies of Islamic entrepreneirship comparatively.The method of study this study such as refering to Islamic entrepreneurship sources.The finding of this study has succeed to proof that his theory quite relevant to consider as entrepreneurship Islamic theory systematically. It also emphasizes that there are two important factorsin Islamic entrepreneurship as effeciencyl of Human capital and financial management. In addtional, this theory might be able to enhance the knowledge of entrepreneurs in succesfull business sector.

1 Pensyarah Kanan, MIIT, Universiti Kuala Lumpur 2 Pensyarah Kanan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor

Page 38: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

30

PengenalanTidak dapat dinafikan bahawa semua aspek kehidupan menghendaki

manusia memiliki ilmu pengetahuan. Ini menunjukkan bahawa adalah suatu kemestian bagi manusia untuk melalui proses pendidikan sama ada secara formal atau tidak formal untuk menguasai ilmu pengetahuan. Demikian juga ilmu keusahawanan, kerana tanpa ilmu keusahawanan yang sistematik maka perniagaan tidak akan berjaya. Justeru, usahawan Muslim tidak hanya dituntut agar berkeinginan kuat melakukan tindakan perniagaan tetapi yang lebih penting adalah menguasai ilmu dan kemahiran berniaga yang sentiasa berkembang dari semasa ke semasa. Penguasaan ilmu keusahawanan mampu menjadikan seorang usahawan mengurus perniagaannya secara berkesan dan dinamik dalam mencipta kekayaan seperti penghasilan produk baharu, peningkatan perniagaan sama ada barangan atau perkhidmatan. Walaupun begitu, masih ramai usahawan Muslim di Malaysia yang berpendirian untuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan yang sentiasa mengharapkan bantuan kerajaan. Sikap ini adalah salah sama sekali. Bagi merealisasikan maksud sebenar usahawan, dua aspek penting perlu ditekankan iaitu kemahiran berniaga dan modal insan yang cekap.

Dua faktor tersebut telah diutarakan oleh Ibn Khaldun dalam penulisannya. Perbahasan faktor ini juga dibahaskan oleh ramai sarjana keusahawanan Islam semasa seperti Ab. Aziz Yusof, Muhammad Syukri Salleh, Adnan Alias dan banyak lagi. Penulisan ini diketengahkan untuk membuktikan bahawa Ibn Khaldun merupakan bapa kepada bidang keusahawanan Islam walaupun beliau lebih dikenali sebagai bapa ketamadunan Islam. Ini juga menunjukkan bahawa sarjana Islam telah mendahului perbahasan ilmu keusahawanan termasuk konsep keusahawanan moden yang menekankan aspek kualiti serta kemahiran tertentu dalam bidang keusahawanan.

DefinisiKonsepKeusahawanIslamPerkataan usahawan menurut Dewan Belia Malaysia bermaksud

seorang yang berkeinginan kuat dalam melakukan tindakan perniagaan yang bermanfaat dan patut menjadi teladan hidup. Usahawan juga diertikan dengan maksud seseorang yang mengurus perniagaan yang berkesan dan satu proses yang dinamik untuk mencipta kekayaan (Mohd Daud Awang, 2009). Dalam bahasa Indonesia, usahawan dipanggil “Wiraniaga” iaitu seseorang yang bersungguh-sungguh menjalankan perniagaan sehingga berjaya. Dalam Islam, usahawan digambarkan sebagai individu yang mempunyai peranan besar dalam membangunkan dunia.

Page 39: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

31

Dari sudut istilah, pelbagai pengtakrifan telah diberikan oleh para sarjana Islam terhadap konsep keusahawanan Islam. Menurut Ibn Khaldun, keusahawanan Islam yang berkualiti menghendaki usahawan Muslim mempunyai tahap modal insan yang tinggi berteraskan al-Quran dan sunnah. Menurut Ab. Aziz Yusof (2004), Islam menggambarkan usahawan sebagai individu yang diberi kelebihan oleh Allah SWT untuk berusaha memanfaatkan kurniaan-Nya dengan tujuan meningkatkan kesejahteraan penghuni semesta alam. Adnan Alias (2002) mentakrifkan usahawan Muslim sebagai individu yang sentiasa memburu dan menilai peluang perniagaan dengan tujuan meraih keuntungan serta mengembangkan perniagaan dengan melabur sebahagian dari hartanya; sepanjang usaha itu, individu berkenaan sedar akan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah SWT. Sudin Haron (1990), tokoh kewangan Islam di Malaysia mendefinisikan usahawan Muslim sebagai seorang yang berterusan mencari, gigih dan memanfaatkan kurniaan Allah untuk faedah diri sendiri, ummah dan makhluk Allah yang lain, selari dengan tuntutan yang telah ditetapkan dalam Islam. Akhir sekali ialah pandangan Abdul Hassan (1991); beliau mengtakrifkan usahawan Muslim sebagai individu yang menjalankan aktiviti keusahawanan dan mempraktik tuntutan agama dengan sempurna atas dasar dirinya sebagai seorang Muslim, mukmin dan muhsin.

Takrifan di atas menunjukkan bahawa konsep keusahawanan Islam menekankan supaya seseorang Muslim mendalami ilmu keusahawanan atau perniagaan sesuai dengan syariat yang bersumberkan kepada al-Quran dan al-sunnah. Sebagaimana yang diketahui, al-Quran dan sunnah banyak memerihalkan kepentingan sifat-sifat peniaga yang mulia seperti jujur, amanah dan benar. Kepentingan al-Quran dan sunnah sebagai sumber disebut oleh Ibn Khaldun yang menyatakan bahawa usaha melahirkan usahawan Islam yang berkualiti bermakna seorang usahawan Muslim itu perlu mempunyai tahap modal insan yang tinggi berteraskan al-Quran dan sunnah. Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 198 yang bermaksud:

“Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa, talbiah dan tasbih) di tempat Masy’ar Al-Haram (di Muzdalifah), dan ingatlah kepada Allah dengan menyebutnya sebagaimana Dia telah memberikan petunjuk hidayah kepadamu; dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang salah jalan ibadahnya.” (Al-Baqarah: 198)

Page 40: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

32

Pandangan Ibn Khaldun ini turut disokong oleh sarjana Islam yang lain sebagaimana dalam takrifan-takrifan yang dinyatakan atas. Perbahasan maksud konsep keusahawanan Islam mensyaratkan bahawa apabila seseorang terlibat dalam bidang keusahawanan atau perniagaan, wajib baginya mendalami ilmu perniagaan semasa selagi tidak bertentangan dengan Islam. Sebagaimana yang ditulis oleh Muhammad Syukri Salleh (1999) yang mengatakan bahawa tindakan dan keputusan yang diambil usahawan Muslim mestilah selari dengan kehendak syariat Allah SWT. Ibn Majah meriwayatkan sebuah hadis di mana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Peniaga yang amanah, benar dan muslim akan ditempatkan bersama-sama para syuhada di Hari Akhirat.” (Ibn Majah, t. th)

Hadis ini mensyaratkan sifat amanah dan jujur pada usahawan. Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW mensyaratkan urus niaga hendaklah mabrur iaitu memenuhi sifat-sifat yang baik kepada pihak-pihak yang berakad: “Sesungguhnya Rasulullah SAW telah ditanya, ‘Apakah pekerjaan yang terbaik?’ Sabda Baginda SAW, ‘Hasil usaha sendiri dan setiap perniagaan yang bersih (tidak ada tipu daya dan khianat ).” (Ibn Hajar al-Asqalani, 1989)

Berdasarkan hadis-hadis ini, jelas Islam telah menggariskan ciri-ciri perniagaan yang dibenarkan dalam syariah Islam iaitu perniagaan yang bersifat amanah, benar serta melarang amalan sebaliknya seperti penipuan, penyelewengan, khianat dan zalim. Ini menunjukkan bahawa Islam menekankan amalan murni dalam perniagaan serta melarang amalan buruk yang menyebabkan penindasan dan kezaliman sesama manusia. Dengan perkataan lain, Islam menekankan aspek modal insan yang baik dalam pembangunan keusahawanan. Islam juga meletakkan aktiviti keusahawanan sebagai suatu ibadah sehingga digelar ‘jihad ekonomi’ kerana ia dapat membebaskan umat dari belenggu kemiskinan serta mewujudkan kekayaan umat Islam. Kekayaan yang dicapai oleh umat Islam berfungsi sebagai mekanisme perimbangan dalam aspek ekonomi umat Islam melalui zakat, sedekah, amal jariah, wakaf dan sebagainya. Justeru, pemahaman kedudukan keusahawanan dalam Islam sebagai fardu kifayah dapat menggalakkan masyarakat Islam untuk menjadi usahawan atau peniaga yang dapat menyediakan keperluan umat Islam yang lain.

Kenyataan yang membincangkan konsep keusahawan Islam di atas menggambarkan betapa pentingnya bidang keusahawanan menurut Islam. Konsep keusahawanan Islam dapat disimpulkan sebagai usaha untuk membangunkan seseorang yang menjalankan aktiviti perniagaan agar menepati hukum-hukum dan nilai-nilai mulia yang diajar oleh Rasulullah SAW dan sebagai suatu ibadah yang mampu menggalakkan umat Islam menceburi bidang keusahawanan serta memartabatkan syiar ekonomi Islam.

Page 41: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

33

Perbincangan Teori Ekonomi Keusahawanan Ibn Khaldun dan Pandangan Sarjana Keusahawanan Islam Semasa

Ibn Khaldun banyak memberi sumbangan dalam bidang ekonomi. Hasil pemikirannya dimuatkan dalam karyanya yang agung iaitu ‘Al-Muqaddimah’ di mana beliau telah membincangkan secara mendalam mengenai teori-teori ekonomi antaranya teori pengeluaran, pembahagian buruh, pertukaran, nilai wang dan harga, pengagihan, pasaran serta peraturannya, pertumbuhan ekonomi dan pusingan perniagaan, pertumbuhan penduduk, kewangan negara dan pembiayaan awam, peranan kerajaan dalam ekonomi dan perdagangan antarabangsa. Teori ekonomi Ibn Khaldun menjelaskan beberapa prinsip dan falsafah berkaitan ekonomi Islam antaranya keadilan, kesungguhan, kerjasama, kesederhanaan dan kesaksamaan.

Menurut Ibn Khaldun, keadilan merupakan tulang belakang serta asas kekuatan ekonomi keusahawanan. Islam melarang ketidakadilan seperti merampas wang atau harta orang lain tanpa sebab yang dibenarkan, menggunakan tenaga secara paksa atau kerahan, membuat dakwaan palsu, membeli dengan harga yang murah dan menjual dengan harga yang sangat mahal dengan cara paksaan, dan meminta seseorang melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariat. Sikap-sikap ini akan menghancurkan ekonomi negara dan menjadi faktor keruntuhan sesebuah tamadun. Asas kedua dalam teori ekonomi keusahawanan Ibn Khaldun ialah amalan yang menepati ilmu perekonomian kerana ia penting dalam memenuhi tanggungjawab manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Ilmu perekonomian dan kemahiran lain berkaitan urusan harian memberi kelebihan kepada manusia. Asas ketiga yang dibincangkan dalam teori ekonomi keusahawanan Ibn Khaldun ialah, tiada amalan yang dilarang oleh syarak khususnya dalam melaksanakan aktiviti muamalat. Usahawan Muslim wajib mematuhi ajaran Islam dengan menjauhi segala kejahatan dan memberi keutamaan kepada perkara-perkara yang berkaitan akhirat.

Asas keempat pula ialah kerjasama. Kerjasama dalam kalangan usahawan adalah penting untuk perhubungan dan pelaksanaan aktiviti perekonomian seperti rakan niaga, pelaburan dan sebagainya. Menurut Ibn Khaldun, kemampuan seseorang individu tidak memadai untuknya mendapatkan setiap keperluannya. Melalui kerjasama akan dapat memenuhi keperluan jumlah manusia yang lebih besar. Ibn Khaldun juga menegaskan bahawa hukum permintaan dan penawaran semasa yang dinamakan sebagai aliran normal adalah suatu proses yang tidak bertentangan dengan Islam. Ini menunjukkan bahawa kemajuan dalam pendidikan keusahawanan moden mampu membangunkan kualiti kemahiran berniaga serta tidak bertentangan dengan Islam. Teori ekonomi keusahawanan Ibn Khaldun adalah seperti Rajah 1:

Page 42: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

34

Rajah 1: Model Teori Ekonomi Ibn Khaldun

Berdasarkan Rajah 1, ciri pertama iaitu nilai keadilan dalam teori ekonomi di mana Ibn Khaldun membicarakan segala amalan konsep keadilan. Semua pihak yang terlibat dalam aktiviti ekonomi hendaklah mengamalkan konsep keadilan. Ciri kedua iaitu ilmu perekonomian membicarakan pelaksanaan aktiviti keusahawanan yang bertepatan dengan realiti dan keperluan ekonomi semasa. Ciri ketiga pula membicarakan mengenai larangan aktiviti ekonomi, iaitu hendaklah tidak bertentangan dengan syarak. Ini bermaksud aktiviti tersebut hendaklah mematuhi prinsip-prinsip syariah.Ciri keempat pula ialah kerjasama yang membicarakan bahawa pihak-pihak yang terlibat dalam aktiviti ekonomi hendaklah menghayati asas kerjasama yang harmoni seperti telus, amanah dan bertanggungjawab.

Beradasarkan teori tersebut, satu model teori ekonomi keusahawanan dibangunkan bagi menunjukkan kaitannya dengan aspek keusahawanan. Model tersebut digambarkan dalam Rajah 2:

Rajah 2: Penambahbaikan Model Teori Ekonomi Ibn Khladun pada Teori Ekonomi Keusahawanan Islam

PERADABAN

ISLAM

KEADILAN AMALAN YANG

MENEPATI ILMU PEREKONOMIAN

TIADA AMALAN

YANG DILARANG SYARAK

KERJASAMA

EKON

OM

I ISLAM

PELAKSANAAN AKTIVITI

EKONOMI KEUSAHAWANAN

KEADILAN AMALAN YANG

MENEPATI ILMU PEREKONOMIAN

TIADA AMALAN

YANG DILARANG SYARAK

KERJASAMA

EKON

OM

I ISLAM

PERADABAN ISLAM

Usahawan Muslim Berjaya

Usahawan Muslim

Page 43: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

35

Dalam Rajah 2, penyelidik menyesuaikan serta membentuk model ekonomi keusahawanan Islam berteraskan teori ekonomi Ibn Khaldun yang akhirnya akan mencapai peradaban Islam. Teori ekonomi Ibn Khaldun ini sangat bersesuaian dengan kajian yang membincangkan hubungan antara usahawan Muslim dengan ciri-ciri keusahawanan Islam. Terdapat ramai penyelidik yang menyumbang idea dan pandangan terhadap keusahawanan Islam bagi mencapai al-falah iaitu kejayaan di dunia dan akhirat. Hakikatnya, Ibn Khladun yang lahir sekitar tahun 1332 Masihi telah berjaya melahirkan teori ekonomi yang mantap yang mendepani tulisan ramai intelektual semasa.

Antara sarjana semasa dalam keusahawanan Islam adalah Ab. Aziz Yusof (2004) yang telah membuat kesimpulan daripada kajiannya bahawa usahawan Muslim akan berjaya jika mereka mempunyai kriteria dan sifat-sifat seperti gigih mencari peluang perniagaan dan merealisasikan nilai-nilai keusahawanan; bersedia memberi sumbangan tenaga, pengetahuan dalam bidang kewangan secara istiqamah tanpa mengharapkan keuntungan dunia semata-mata; menyedari mengenai sumber yang terhad dan menggunakan sumber tersebut secara optimum, mengelakkan pembaziran dan penyalahgunaan; berani membuat perubahan untuk meningkatkan mutu kehidupan manusia sejagat; sentiasa berusaha secara berterusan dengan mengutamakan aktiviti tambah nilai dalam proses dan produk yang dikeluarkan dan mengetahui kepentingan sumbangannya kepada masyarakat, negara dan agama. Usahawan Muslim perlu istiqamah untuk meningkatkan prestasi perniagaan mereka dalam dunia perniagaan semasa. Adnan Alias (2002) menyifatkan usahawan Muslim sebagai seorang individu yang sentiasa memburu dan menilai peluang perniagaan dengan tujuan meraih keuntungan, mengembangkan perniagaan dengan melabur sebahagian daripada hartanya sepanjang usaha itu, dan individu berkenaan sedar akan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah SWT.

Menurut Muhammad Syukri Salleh (1999) pula, usahawan Muslim adalah individu yang bersedia menyumbang modal, kepakaran dan kemahiran melalui pembangunan kreativiti dan inovasi dengan memastikan tindakan dan keputusan yang diambil selari dengan syariat. Manakala ulama yang terkenal iaitu Dr. Wahbah Zuhaili (1997) menyatakan bahawa kaedah dalam amalan di sisi Allah SWT adalah iman, takwa, tujuan yang tinggi, maksud yang baik serta niat yang selamat dan mendekatkan kepada Allah. Penekanan yang tinggi oleh Islam terhadap amalan-amalan murni dalam perniagaan menunjukkan betapa Islam melarang amalan-amalan buruk

Page 44: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

36

dalam keusahawanan atau dikenali sebagai perlakuan yang menyebabkan aliran tidak normal dalam ilmu keusahawanan moden. Aliran tersebut akan menyebabkan gelagat negatif dalam kalangan para peniaga seperti ihtikar atau sorok barang dan sebagainya.

Islam menekankan aspek modal insan yang baik dalam pembangunan keusahawanan di samping menguasai ilmu-ilmu kemahiran keusahawanan semasa. Usahawan Muslim perlu kepada pengetahuan semasa seperti mengetahui peluang-peluang pembiayaan. Pengurusan yang baik dalam kalangan usahawan Muslim hendaklah mengelak daripada amalan boros yang menyebabkan hutang yang serius, yang akhirnya menyebabkan perniagaan menanggung kerugian. Usahawan Islam juga perlu berani dalam meningkatkan perniagaan demi menegakkan syiar Islam. Ini memerlukan kebijaksanaan dalam meningkatkan keuntungan perniagaan. Kefahaman tentang mardhatillah iaitu usahawan Muslim hendaklah mematuhi segala syariat Islam dalam aktiviti keusahawanan seperti mendapat sumber modal yang halal dan patuh syariah.

Pandangan-pandangan sarjana keusahawanan Islam mengenai kriteria dan sifat-sifat usahawan Muslim sangat bersesuaian dengan perkembangan bidang keusahawan semasa. Prinsip-prinsip yang dibahaskan ini terangkum dalam teori ekonomi Ibn Khaldun yang telah membahaskan prinsip-prinsip tersebut dalam maksud umumnya iaitu keadilan, ilmu perekonomian, syariah dan kerjasama. Hasil daripada model teori ekonomi Ibn Khaldun dan kajian para sarjana keusahawanan Islam semasa, kajian ini membentuk model usahawan Muslim yang berjaya seperti yang dilakarkan dalam Rajah 3:

Rajah 3: Model Usahawan Muslim Yang Berjaya

Berdasarkan perbahasan tulisan ini menunjukkan bahawa ilmu keusahawanan adalah dituntut dalam Islam. Kajian ini juga menekankan

Usahawan Muslim

Peradaban Islam

Gigih istiqamah Tidak membazir Semangat tinggi

untuk maju Sentiasa berusaha

meningkatkan nilai Mardatillah

Usahawan Muslim yang berjaya

Page 45: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

37

bahawa penguasaan ilmu atau dalam kata lain, mendapatkan pendidikan dalam bidang keusahawanan adalah fardu ain kepada usahawan Muslim dan fardu kifayah kepada umat Islam. Pandangan para sarjana keusahawanan Islam semasa mengambil dan menyimpulkan maksud ilmu perekonomian menurut Ibn Khaldun ialah usahawan perlu menguasai ilmu pengetahuan dalam kewangan, pengurusan cekap dalam sumber yang terhad, penggunaan sumber secara optimum, mengelakkan pembaziran, berani membuat perubahan dalam perniagaan dan mengutamakan aktiviti tambah nilai dalam proses dan produk yang dikeluarkan serta mengetahui kepentingannya. Secara tuntasnya, pendidikan menjadi mekanisme penting dalam pembangunan keusahawanan Islam.

Perbincangan mengenai teori keusahawan Islam dalam artikel ini menggambarkan dengan jelas bahawa para usahawan perlu memiliki keilmuan dan kemahiran dalam bidang perekonomian serta penggunaan teknologi seiring dengan keperluan semasa. Usahawan Muslim hendaklah melaksanakan aktiviti perniagaan sama ada menghasilkan barangan atau perkhidmatan bagi memperolehi rezeki yang halal dan tidak bertentangan dengan syarak (Mohd Hafiz Hassan, 2007). Pandangan ini juga menjelaskan bahawa usahawan Muslim perlu membudayakan sikap kesungguhan yang tinggi bagi mencapai kejayaan. Konsep keusahawanan Islam dapat disimpulkan sebagai usaha membangunkan seseorang yang menjalankan aktivti perniagaan dan sentiasa memajukan perniagaan mereka dengan menepati hukum-hukum dan nilai-nilai mulia yang diajar oleh Rasulullah SAW. Dengan maksud yang lain, perniagaan merupakan suatu ibadah yang mampu membangunkan ekonomi umat Islam melalui aktiviti keusahawanan yang berkualiti. Justeru, pengertian usahawan Muslim bukan sahaja merujuk kepada kejayaan perniagaan di dunia semata-mata, tetapi hendaklah patuh pada hukum-hakam dan nilai-nilai Islam bagi mencapai kecemerlangan peradaban Islam. Usaha menjadikan perniagaan suatu ibadah bukan sahaja dapat membangunkan ekonomi Islam tetapi akan melahirkan peniaga-peniaga Muslim yang berjaya dan berkualiti.

KesimpulanIlmu keusahawanan semasa merupakan asas penting dalam

pembangunan keusahawanan Islam. Ia merupakan suatu tuntutan Islam yang sangat mengutamakan modal insan yang berkualiti tinggi serta penguasaan kemahiran berniaga yang sistematik. Istilah ilmu perekonomian yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun bukan setakat mencakupi peraturan dan adab dalam perniagaan Islam, malah juga bermaksud keperluan menguasai

Page 46: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

38

ilmu semasa keusahawanan seperti pengurusan ilmu kewangan, kemahiran teknologi maklumat, ilmu pasaran serta pengurusan modal insan yang cekap. Oleh yang demikian, untuk melahirkan usahawan Muslim yang berjaya, penguasaan ilmu keusahawanan yang mencakupi kemahiran kewangan, teknologi maklumat, pengurusan modal insan menjadi syarat utama kepada bidang keusahawanan yang dinamik dan berdaya maju.

RujukanAl-Quran dan Terjemahan, 1987. Tafsir Pimpinan kepada pengertian al-Quran, Edisi

ke-8, Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. Ab. Aziz Yusof. 2004. Prinsip Keusahawanan. Petaling Jaya, Selangor: Prentice

Hall. Abdul Hassan Muhammad Sadeq. 1991. Economic Growth in An Islamic Economy.

Dalam Development & Finance in Islam, Kuala Lumpur: The Islamic University Press.

Adnan Alias & Mohammad Dahlan Ibrahim. 2002. Keusahawanan Islam. Selangor: Prentice Hall Sdn. Bhd.

Ibn Hajar al-Asqalani, 1989. Bulughu al-Maram. Madinah al-Munawarah: Dar al-Bukhari.

Ibn Khaldun. 1994. Muqaddimah, Bayrut: Dar al-Qalam Issawi, C.1950. An Arab Philosophy of History, London: John Murray, M.A. Enan, 1969. Ibnu Khaldun: His Life and Work, Lahore: Ashraf Press.

Ibn Majah, al-Hafiz abi Abdullah Muhammad ibn. Yazid, t.th. Sunan Ibn Majah, Jilid 2. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

Mohd Daud Awang .2009. Perniagaan di Malaysia Menurut Perspektif Islam, dalam Melangkah ke Alam Keusahawanan oleh kamarulzaman Ismail & Amaludin Ab. Rahman, Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Mohd Hafiz Hassan. 2007. Kepentingan Usahawan Islam Dalam Tuntutan Era Globalisasi. Kajian Ilmiah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Tidak diterbitkan.

Muhammad Syukri Salleh. Kekayaan Bukan Faktor Kejayaan, Dewan Ekonomi, Jun 1999.

Muhammad Syukri Salleh. Usahawan dan Kegemilangan Islam. Dewan Ekonomi, Julai 1999.

Sudin Haron.1990. Ke arah Menjadi Usahawan Yang Berjaya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wahbah Zuhaili, 1997. Al-Quran Perlaksannan Hukum dan Peradaban Manusia. Selangor: ALBAZ.

Page 47: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

39

KEPERLUAN PENYEMAKAN SEMULAZAKAT PENDAPATAN

Mohd Fazli Sabri,1 Nuraini Abdullah2 dan Laily Paim3

AbstrakZakat merupakan kewajipan yang dikenakan ke atas umat Islam yang memenuhi syarat-syaratnya. Kaedah pembayaran zakat pada masa ini terbahagi kepada tiga kaedah. Kaedah yang sering diguna pakai adalah kaedah tolakan perbelanjaan sebenar (jumlah pendapatan tahunan - perbelanjaan sebenar x 2.5%) kerana kaedah ini mengambil kira pendapatan dan perbelanjaan pembayar zakat. Namun, agihan pendapatan yang tidak selari dengan peningkatan perbelanjaan menjadikan golongan berpendapatan sederhana terkesan, ditambah pula dengan kenaikan kos sara hidup. Oleh itu, makalah ini akan membincangkan dan mengenal pasti pendapatan dan corak perbelanjaan isi rumah serta mengenal pasti jenis tolakan yang sesuai dalam kaedah pengiraan zakat pendapatan. Selain itu, simulasi pengiraan turut dicadangkan bagi memantapkan lagi kaedah pengiraan.

AbstractThe obligation to pay for zakat is build upon five pillars of Islam. Therefore, in order to do so, three methods of zakat payment were introduced and the most commonly used method is the deduction of actual expenditure (total annual income-actual expenditure x 2.5%).However, the issues arise when the income distribution does not align with the expenditure of zakat payeeplus the rising of cost of living added up the burden to the payee who mostly comes from middle income group. Therefore, the study were conducted to identify the income and expenditure pattern of household as well as identifying the appropriate deductions in zakat calculation method. Lastly, the computerized simulations were proposed to strengthen the calculation method.

1 Ketua Jabatan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor2 Calon Ph.D Jabatan Pengurusan Sumber Dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia3 Dekan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor

Page 48: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

40

PengenalanZakat merupakan kewajipan ke atas umat Islam. Perkataan zakat menurut

para ulama berasal daripada perkataan ‘zakaa’ yang bermaksud subur, berkat dan terpuji, manakala pengertian zakat menurut syarak ialah harta tertentu yang dikeluarkan dengan syarat-syarat tertentu kepada golongan tertentu (Mohamad, 1967). Terdapat enam syarat wajib sebelum individu diwajibkan mengeluarkan zakat iaitu Islam, merdeka, milik sempurna (harta bukan kepunyaan orang lain dan menerima manfaat daripadanya), cukup nisbah (nisbah adalah bersamaan dengan 85 gram emas nilai semasa), cukup haul dan berkembang (al-nama’), iaitu harta yang memberi pulangan dan pendapatan kepada pemiliknya. Manakala lapan golongan asnaf yang layak menerima zakat terdiri daripada fakir, miskin, mualaf, riqab (hamba), gharim (orang yang memiliki hutang), fisabilillah, musafir dan amil.

Pembayaran zakat pada masa ini adalah terbahagi kepada tiga kaedah iaitu kaedah zakat pendapatan tanpa tolakan (jumlah pendapatan setahun x 2.5%), kaedah tolakan asas (jumlah pendapatan setahun-tolakan asas x 2.5%) dan kaedah tolakan perbelanjaan sebenar (jumlah pendapatan tahunan-perbelanjaan sebenar x 2.5%). Kaedah pembayaran zakat adalah tertakluk kepada pemilihan pembayar zakat. Namun, kaedah ketiga iaitu kaedah tolakan perbelanjaan menjadi perbincangan utama ketika ini disebabkan kaedah ini menjadi pilihan kebanyakan pembayar zakat kerana ianya mengambil kira pendapatan dan perbelanjaan. Oleh sebab agihan pendapatan yang tidak selari dengan peningkatan perbelanjaan, maka pola perbelanjaan semasa golongan pembayar zakat juga turut berbeza. Golongan berpendapatan rendah yang kebanyakannya adalah penerima zakat tidak merasa begitu terbeban dengan peningkatan kos sara hidup, namun golongan berpendapatan sederhana yang paling terkesan dengan kenaikan kos sara hidup.

Kaedah tolakan perbelanjaan menggunakan kadar perbelanjaan yang diterima pakai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi jumlah tolakan dalam pengiraan Zakat Pendapatan. Tolakan perbelanjaan tersebut adalah tolakan dari aspek keperluan peribadi (RM9000), keperluan isteri (RM3000) dan keperluan setiap orang anak (RM1000). Penolakan yang ditentukan tidak menggambarkan situasi sebenar pembayar zakat dalam keadaan ekonomi semasa berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat. Ini adalah berdasarkan Hukum Engel (1857) dalam penulisan Zimmerman (1932), di mana peratusan perbelanjaan golongan berpendapatan tinggi ke atas, keperluan asasi seperti makanan adalah kurang ataupun lebih rendah jika dibandingkan dengan perbelanjaan lain. Manakala, bagi golongan pendapatan pertengahan dan rendah, keperluan asasi sangat perlu untuk

Page 49: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

41

dipenuhi. Oleh sebab itu, individu yang tidak dapat memenuhi keperluan asasi adalah terlepas daripada kewajipan membayar zakat. Ini berikutan menurut asas had al-kifayah, segala keperluan asasi perlu untuk diri dan tanggungan seperti isteri, anak-anak, ibu bapa, adik-beradik dan sebagainya. Keperluan asasi atau al-hawa’ij al-asliyyah perlu diambil kira agar pembayar zakat tidak terbeban kerana mereka sering menghadapi kesukaran dalam memenuhi keperluan asasi mereka (Al-Shatibi, 1997). Oleh yang demikian, kaedah tolakan perbelanjaan perlu dikaji semula. Kajian yang dijalankan adalah merujuk item yang terdapat dalam Indeks Harga Pengguna (IHP) sebagai asas memandangkan item tersebut adalah mewakili perbelanjaan isi rumah Malaysia.

Zakat berperanan mempertingkatkan aktiviti ekonomi sesebuah negara. Zakat penting dalam menjaga kebajikan masyarakat supaya agihan kekayaan antara golongan miskin dengan kaya dapat diatasi. Agihan kekayaan yang tidak setara dapat dlihat berdasarkan statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia 2017 yang mendapati bahawa purata pendapatan bulanan adalah sebanyak 2,463 berbanding dengan pendapatan, perbelanjaan bulanan meningkat kepada RM3,578. Ini menyebabkan golongan berpendapatan rendah mahupun sederhana dikenal pasti berdasarkan pendapatan yang tidak mencukupi untuk membeli keperluan asas, mendapat pendidikan, tidak memiliki harta benda, tidak sihat tubuh badan, kekurangan makanan dan pakaian, tidak mempunyai tempat tinggal yang selesa dan tidak mempunyai pekerjaan yang dapat menjamin kelangsungan hidup (Norzita & Siti Hadijah, 2014).

Namun, berdasarkan peningkatan perbelanjaan, adalah perlu untuk pihak-pihak tertentu mengenal pasti jenis item yang perlu ditolak dalam pengiraan zakat pendapatan. Hal ini demikian kerana, keupayaan segelintir pembayar zakat untuk membayar zakat dengan mengambil kira tolakan perbelanjaan semasa yang terpaksa ditanggung memandangkan mereka juga tidak terkecuali daripada berhadapan dengan peningkatan kos sara hidup dan ketidakcukupan pendapatan. Dengan mengambil kira peningkatan perbelanjaan yang meningkat berkali ganda berbanding pendapatan, berkemungkinan golongan pembayar zakat termasuk dalam golongan asnaf. Oleh yang demikian, kajian dijalankan untuk memenuhi beberapa objektif kajian iaitu:

1. Mengenal pasti pendapatan dan corak perbelanjaan isi rumah2. Mengenal pasti jenis tolakan yang sesuai dalam kaedah pengiraan zakat3. Memberi cadangan pengiraan zakat berdasarkan kaedah subjektif dan

objektif

Page 50: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

42

Metodologi KajianKajian ini melibatkan golongan yang layak membayar zakat pendapatan

di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kriteria utama dalam pemilihan responden kajian adalah yang berpendapatan bulanan melebihi RM3,000.00. Teknik persampelan rawak pelbagai peringkat digunakan dalam pemilihan sampel kajian dan kawasan yang tersenarai adalah kawasan pungutan zakap PPZ-MAWIP. Wilayah Persekutuan Putrajaya dipilih bagi mewakili responden yang bekerja di agensi kerajaan, sementara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dipilih bagi mewakili responden yang bekerja di agensi swasta. Seterusnya, persampelan dilakukan dengan menggunakan kaedah persampelan mudah. Sebanyak lima buah agensi awam dan lima buah agensi swasta dipilih bagi setiap wilayah dengan 200 orang pekerja yang berpendapatan sederhana dipilih sebagai responden. Sebanyak 65 orang responden bagi setiap agensi diperlukan dengan jumlah keseluruhan sasaran sebanyak 650. Namun, hanya 407 sahaja maklum balas yang diterima iaitu 62.32% daripada jumlah sasaran.

Instrumen KajianSoalan berkaitan sumber pendapatan diperolehi daripada Jabatan

Perangkaan berdasarkan Banci Penyiasatan Pendapatan, Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (2014/2015). Di antara soalan dalam bahagian ini adalah mengenai pendapatan yang diperolehi oleh responden dan pasangan. Pendapatan diperolehi adalah daripada sub-kategori iaitu pendapatan pekerjaan bergaji, pendapatan pekerjaan sendiri, pendapatan sewaan premis, pendapatan selain daripada pekerjaan dan sewaan dan pindahan semasa diterima. Manakala, soalan berkaitan aktiviti perbelanjaan merangkumi 13 item iaitu makanan dan minuman, pakaian dan kasut, perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api, hiasan, perkakas dan penyelenggaraan isi rumah, kesihatan, pengangkutan, komunikasi, pendidikan, hiburan, rekreasi dan kebudayaan, restoran dan hotel, pelbagai barangan dan perkhidmatan, pelbagai perbelanjaan lain dan pembantu rumah, dan penjagaan harian. Item perbelanjaan ini diadaptasi daripada Jabatan Perangkaan berdasarkan Penyiasatan Pendapatan, Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (2014/2015).

AnalisisJadual 1 menunjukkan profil responden. Berdasarkan dua lokasi yang dipilih bagi kajian ini didapati bahawa peratusan kutipan soal selidik hampir

Page 51: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

43

sama bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (50.6%) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (49.4%).

Jadual1:ProfilRespondenAngkubah N=407 %

Lokasi

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 206 50.6

Wilayah Persekutuan Putrajaya 201 49.4

Jantina

Lelaki 173 42.5

Perempuan 234 57.5

Umur

< 30 tahun 120 29.6

31-40 tahun 179 44.2

41-50 tahun 80 19.8

> 50 tahun 26 6.4

Purata umur = 36 tahun

Tahap Pendidikan

Sekolah Menengah (SRP/PMR/SPM) 53 13.0

Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/Sijil/Diploma 124 30.5

Ijazah Sarjana Muda 190 46.7

Ijazah Sarjana/PhD 38 9.3

Lain-lain 2 0.5

Status Perkahwinan

Berkahwin 289 71.0

Bercerai/Berpisah 15 3.7

Balu/Duda 6 1.5

Bujang 97 23.8

Bilangan Isi Rumah

≤ 5 337 82.8

> 6 70 17.2

Purata:3.67 orang

Status Milikan Rumah

Milikan Sendiri 172 42.6

Milik Ahli Keluarga 45 11.1

Tanah/Rumah Pusaka 1 0.2

Sewa 131 32.4

Page 52: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

44

Milik Saudara/Rakan 4 1.0

Milik Majikan 49 12.1

Menumpang 2 0.4

Sumber Pendapatan Isi Rumah

Anda/Diri 191 47.0

Pasangan 18 4.04

Kedua-dua 197 48.5

Sektor Pekerjaan

Majikan 8 2.0

Pekerja Swasta 251 61.7

Pekerja Kerajaan 145 35.6

Bekerja Sendiri 3 0.7

Lebih satu perdua responden terdiri daripada wanita (57.5%) dan selebihnya (42.5%) adalah lelaki. Responden berada dalam lingkungan umur 31- 40 tahun (44.2%) dengan purata umur responden, 36 tahun. Sebanyak 46.7% responden berpendidikan Ijazah Sarjana Muda dan 30.5% mempunyai pendidikan sehingga Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/Sijil/Diploma. Majoriti daripada responden telah berkahwin dan hanya 23.8% yang masih bujang. Satu perdua daripada responden mempunyai bilangan isi rumah kurang daripada lima orang dan purata bilangan isi rumah responden adalah seramai 3.6 orang. Dari segi status milikan rumah, didapati bahawa 42.6% responden memiliki rumah sendiri dan 32.4% lagi menyewa. Bagi sumber pendapatan pula, didapati bahawa kedua-dua pasangan (48.5%) menyumbang kepada pendapatan isi rumah. Didapati bahawa 57.3% responden adalah pekerja profesional dan 61.7% bekerja di sektor swasta.

Sumber PendapatanBahagian jumlah pendapatan ini merangkumi keseluruhan pendapatan

bermula dari pekerjaan bergaji, bekerja sendiri, sewaan premis, pendapatan selain daripada pekerjaan dan sewaan dan pindahan semasa yang diterima. Kesemua ini dijumlah untuk mendapatkan purata pendapatan keseluruhan bagi responden, pasangan dan keseluruhan isi rumah. Rajah 1 menunjukkan jumlah keseluruhan pendapatan bagi reponden dan pasangan serta isi rumah.

Page 53: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

45

Rajah 1: Jumlah Tahunan Pendapatan Responden,Pasangan dan Isi Rumah

Berdasarkan Rajah 1, jumlah keseluruhan pendapatan responden adalah sebanyak RM70,425.04 setahun manakala bagi pasangan adalah sebanyak RM63,207.56 setahun. Jumlah pendapatan isi rumah diperolehi setelah menjumlahkan kedua-dua jumlah pendapatan responden dan pasangan. Jumlah pendapatan yang diperolehi bagi isi rumah adalah sebanyak RM105,547.95 setahun.

Walau bagaimanapun, dianggarkan purata kecukupan pendapatan isi rumah bulanan adalah sebanyak RM8,317.73. Ini berdasarkan anggaran yang dianggarkan oleh responden apabila disoal mengenai anggaran kecukupan pendapatan jika tidak termasuk simpanan bagi membolehkan mereka hidup selesa. Ini dikukuhkan lagi dengan perbandingan kecukupan pendapatan isi rumah yang dilakukan berdasarkan pendapatan M40 (RMK-11), Unit Rancangan Ekonomi (2017). M40 adalah merujuk kepada kumpulan pertengahan 40% isi rumah yang berpendapatan antara RM3,860.00 dan RM8,319.00 di mana pendapatan penengah isi rumah M40 adalah sebanyak RM5,465.00. Berdasarkan pendapatan penengah isi rumah, kumpulan pendapatan dibahagikan kepada dua iaitu berpendapatan kurang daripada RM65,580 (RM5465.00x 12 bulan) dan pendapatan melebihi RM65,580 dan dibuat taburan silang dengan kecukupan pendapatan.

Page 54: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

46

Rajah 2: Kecukupan Pendapatan Isi RumahMengikut Kategori Pendapatan Penengah

*RMK-11=M40 purata pendapatan penengah RM5,465/sebulan dan RM65,580/setahun

Rajah 2 menunjukkan golongan berpendapatan di bawah RM65,580.00 setahun, iaitu sebanyak 47.1% menyatakan bahawa pendapatan mereka adalah cukup untuk keperluan asas sahaja. Peratusan ini tidak jauh berbeza dengan responden yang berpendapatan lebih daripada RM65,580.00 setahun di mana sebanyak 43.5% menyatakan bahawa pendapatan mereka cukup untuk keperluan asas. Namun, lebih tinggi peratus responden (24.3%) yang menyatakan bahawa pendapatan mereka tidak mencukupi iaitu daripada kalangan responden yang berpendapatan kurang dari RM65,580.00 setahun berbanding responden yang berpendapatan melebihi RM65,580.00 setahun (8.2%). Sebaliknya, lebih tinggi peratus responden dengan pendapatan melebihi RM65,580.00 setahun yang menyatakan pendapatan isi rumah mereka cukup untuk kebanyakan benda (31.4%) dan cukup untuk semua benda, dan masih boleh menyimpan (16.9%) berbanding responden yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM65,580.00 setahun, iaitu masing-masing 18.4% dan 10.3% yang menyatakan cukup untuk kebanyakan benda dan masih boleh menyimpan.

PerbelanjaanMaklumat perbelanjaan dikumpul daripada responden bagi mendapatkan

maklumat mengenai kekerapan dan anggaran perbelanjaan yang khusus

Page 55: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

47

bagi responden. Bahagian ini merangkumkan secara keseluruhan pola perbelanjaan tahunan bagi responden, pasangan, anak-anak dan keluarga. Jadual 2 pula menunjukkan ringkasan perbelanjaan keseluruhan isi rumah.

Jadual 2: Ringkasan Pola Perbelanjaan Tahunan bagi Responden, Pasangan, Anak-anak dan Keluarga

Item Perbelanjaan Responden (RM)

Pasangan (RM)

Anak-anak(RM)

Keluarga(RM)

JumlahKeseluruhan

(RM)

Makan dan minum 6,344.57 5,539.06 4,651.23 8,007.95 24,542.81

Pakaian dan kasut 3,840.81 2,087.51 2,140.85 2,836.67 10,905.84

Perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api

7,101.45 6,314.67 3,183.15 7,014.39 23,613.66

Hiasan,perkakas dan penyelenggaraan isi rumah

2,673.74 2,301.83 1,700.00 1,934.23 8,609.80

Kesihatan 2,581.82 2,136.37 2,306.15 2,715.74 9,740.08

Pengangkutan 5,313.26 4,794.15 3,044.57 5,469.12 18,621.10

Komunikasi 2,826.41 2,331.68 1,853.03 2,583.98 9,595.10

Pendidikan 3,343.15 3,647.00 5,648.88 4,348.25 16,987.28

Hiburan, rekreasi dan kebudayaan

3,021.00 2,199.14 2,711.42 2,783.81 10,715.37

Restoran dan hotel 3,626.70 2,504.59 2,652.00 3,434.17 12,217.46

Pelbagai barang dan perkhidmatan

4,59.01 4,365.75 2,152.07 5,187.20 16,301.03

Pelbagai perbelanjaan lain 3,805.69 2,635.91 1,537.33 3,127.04 16,301.03

Pembantu rumah dan penjagaan harian

5,725.58 5,189.17 4,301.25 4,331.67 19.547.67

Jumlah 38,490.16 27,464.92 15,483.31 37,209.85 118,648.24*E=Perbelanjaan (Expenses); I= Pendapatan (Income); THI= Jumlah Pendapatan Isi Rumah (Total Household Income)

Jadual ringkasan perbelanjaan bagi responden, pasangan, anak-anak dan keluarga adalah seperti yang dipaparkan. Dapatan kajian mendapati bahawa perbelanjaan yang paling besar bagi responden dan pasangan adalah untuk item perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api. Responden memperuntukkan sebanyak RM7,101.45 setahun manakala pasangan memperuntukkan RM6,314.67 setahun.

Item kedua yang paling banyak diperuntukan adalah item makanan dan minuman di mana responden memperuntukkan sebanyak RM6,344.57 setahun, pasangan RM5,539.06 setahun dan anak-anak RM4,651.23 setahun.

Page 56: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

48

Keluarga pula memperlihatkan peruntukan sebanyak RM8,007.95 setahun, menjadikan item makanan dan minuman mempunyai peruntukan yang paling besar dalam perbelanjaan keluarga.

Berdasarkan jumlah keseluruhan berdasarkan item perbelanjaan, didapati bahawa item makanan dan minuman mencatatkan peruntukan yang tertinggi dengan peruntukan perbelanjaan sebanyak RM24,542.81 setahun manakala peruntukan terendah adalah ke atas item hiasan, perkakas dan penyelenggaraan isi rumah iaitu sebanyak RM8,609.80 setahun.

Jumlah keseluruhan bagi perbelanjaan responden adalah sebanyak RM38,490.16 setahun, pasangan sebanyak RM27,464.92 setahun, anak-anak sebanyak RM15,483.31 setahun dan keluarga sebanyak RM37,209.85 setahun.

Perbelanjaan SampinganPerbelanjaan sampingan merupakan perbelanjaan yang tidak

dimasukkan dalam pengiraan item perbelanjaan.Terdapat dua anggaran perbelanjaan sampingan iaitu pemberian wang bulanan kepada ibu dan bapa, dan simpanan bulanan responden. Didapati bahawa anggaran perbelanjaan bagi pemberian wang kepada ibu dan bapa adalah sebanyak RM450.93 sebulan manakala anggaran perbelanjaan simpanan wang responden adalah RM550.25 sebulan.

Tolakan Zakat PendapatanBahagian ini membincangkan dua kaedah yang dicadangkan

berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan yang didapati daripada responden kajian.Terdapat dua kaedah yang dicadangkan seperti kaedah subjektif dan kaedah objektif.

1) Kaedah SubjektifSubjektif: Pendapatan Kasar (YKasar) - Kecukupan Pendapatan (Y)

Kaedah subjektif adalah kaedah menggunakan sandaran kecukupan pendapatan yang mencukupi oleh responden.

2) Kaedah ObjektifObjektif: Pendapatan Kasar (YKasar) - (Perbelanjaan anda, pasangan,

anak + Simpanan + Pemberian kepada ibu bapa)

Kaedah objektif adalah kaedah yang menjumlahkan kesemua perbelanjaan termasuk simpanan dan pemberian kepada ibu bapa. Kesemua perbelanjaan ini kemudian ditolak dengan pendapatan yang dimiliki.

Page 57: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

49

Jadual 3: Cadangan Pengiraan Zakat di PPZ

KesimpulanTerdapat dua kaedah tolakan pendapatan yang dicadangkan iaitu

kaedah objektif dan kaedah subjektif. Kaedah objektif adalah kaedah yang menjumlahkan kesemua perbelanjaan termasuk simpanan dan pemberian kepada ibu dan bapa, dan kesemua perbelanjaan ini ditolak

DATA PENGIRAANTAHUN HAUL 2015 NISAB

A. PENDAPATAN KASAR (SETAHUN)

B. TOLAK PERBELANJAAN (SETAHUN)

ITEM TOLAKAN RM (MAKS)1. DIRI (MAKAN, PAKAIAN & KEPERLUAN) 10,185.382. BILANGAN ISTERI (CTH : 1 ORANG X RM7,600) 7,626.57/seorang3. BILANGAN ANAK (CTH : 3 ORANG X RM6,800) 6,792.08/seorang4. PEMBERIAN KEPADA IBUBAPA

(Termasuk Pembantu Rumah & Penjagaan Harian) 450+5,725.58=6,175.58

5. PERUBATANi) Diriii) Keluargaiii) Perubatan Yang Serius

2,5002,715

Jumlah sebenar6. PENDIDIKAN KELUARGA

i) Sendiriii) Keluarga

3,3434,348

7. RUMAH, KEPERLUAN, UTILITI, HIASAN, PERKAKAS & PENYELENGGARAAN ISI RUMAH 9,775.19

8. KENDERAAN 5,313.269. TELEKOMUNIKASI 2,826.4110. PERALATAN KEMAHIRAN Jumlah sebenar11. KWSP (11%) Jumlah sebenar12. CARUMAN KE ORGANISASI YANG MEMBAYAR

ZAKAT Jumlah sebenar

JUMLAH PENOLAKAN

PENDAPATAN YANG LAYAK DIZAKAT

ZAKAT YANG WAJIB DI BAYAR

Page 58: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

50

dengan pendapatan yang dimiliki. Manakala kaedah subjektif menggunakan sandaran kecukupan pendapatan yang mencukupi oleh responden. Namun, memandangkan kajian ini hanya bersifat eksploratori, satu kajian yang lebih komprehensif perlu dijalankan sebagai validasi kajian dalam ringkasan pola pendapatan perbelanjaan tahunan bagi responden, pasangan, anak-anak dan keluarga (rujuk Jadual 2). Oleh yang demikian, simulasi pengiraan tolakan zakat pendapatan secara sistem (computerised) dicadangkan seperti jadual di bawah. Pengiraan perbelanjaan ke atas item-item tolakan adalah berdasarkan jumlah yang dipaparkan di jadual 3.

Berdasarkan jadual tersebut, penyelidik memperkenalkan simulasi cadangan pengiraan zakat pendapatan bagi kaedah tolakan perbelanjaan. Kesemua item yang dicadangkan adalah berdasarkan perbelanjaan semasa yang dibelanjakan oleh responden.

RujukanAl-Shatibi, I. (1997). Al Muwafaqat. Dar Ibn ‘AffanJabatan Perangkaan Negara, (2013). Indeks Harga Pengguna. Diambil daripada

https://www.statistics.gov.my/dosm/uploads/files/3_Time%20Series/Malaysia%20Time%20Series%202013/04Indeks_Harga_Pengguna.pdf

Lembaga Zakat Selangor, (2014). Diambil daripada http://www.mais.gov.my/info-mais/informasi/buletin-edisi/muat-turun/72-edisi-04-2015/file

Mohamad, U.K. (1967). Zakat: Teori, Kutipan dan Agihan. Kuala Lumpur: Utusan Publication, ISBN:9676116491

Norzita, J. & Siti Hadijah, C.M. (2014). Realiti Kemiskinan: Satu Kajian Teoritikal. Jurnal Ekonomi Malaysia48(1), 167-177

Unit Perancang Ekonomi. (2017). Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11). Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNB). ISBN: 978-9675842078.

Zimmerman, C. C. (1932). Ernst Engel’s law of expenditures for food. The Quarterly Journal of Economics, 47(1), 78-101.

Page 59: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

51

TAKAFUL MIKRO BAGI WARGA EMAS SEBAGAI INSTRUMEN KEWANGAN ISLAM:

SATU KAJIAN LITERATUR

Asiah Kamal,1 Ahmad Azam Sulaiman @ Mohamad,2 danMohammad Taqiuddin Mohamad3

AbstrakArtikel ini menyorot kajian-kajian berkaitan beberapa aspek tentang takaful mikro dan warga emas termasuk takaful dan prinsip syariah, takaful mikro dan tujuannya, isu-isu penjagaan warga emas, takaful mikro di luar negara dan implimentasi takaful mikro yang memerlukan dana tambahan. Pelbagai tulisan berkaitan takaful mikro dan warga emas dalam ruang lingkup yang dinyatakan telah dirujuk dan dianalisis. Hasil daripada penelitian yang dibuat, didapati bahawa kajian dan penulisan berkaitan takaful mikro dan warga emas di Malaysia kurang dibincangkan walaupun skim tersebut berpotensi untuk dilaksanakan di negara ini. Antara cadangan pelaksanaan instrumen ini adalah dengan mengumpulkan dana tambahan seperti zakat, sedekah, subsidi kerajaan, agensi penderma, tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Oleh yang demikian, skim takaful mikro dapat dilaksanakan bagi menjaga kebajikan warga emas agar bebanan mereka di usia senja dapat dikurangkan.

AbstractThe study attempted to highlight studies on several aspects of microtakaful and senior citizens including takaful and shariah principles, microtakaful and its objectives, senior citizen care issues, implementation of microtakaful in other countries, and implementation of microtakaful which requires additional funding. Various references to microtakaful and senior citizens in the scope of the stated terms have been referred and analysed. As a result of the research, studies and writings on microtakaful and senior citizens in Malaysia are less discussed although the scheme has the potential to be implemented in this country. Among the proposed implementations of this scheme is to raise additional funds from zakat, charity,

1 Calon Ijazah Doktor Falsafah, Jabatan Syariah Dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

2 Pensyarah Kanan, Jabatan Syariah Dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur3 Pensyarah Kanan, Jabatan Syariah Dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Page 60: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

52

government subsidies, donor agencies, corporate social responsibility (CSR) and Non-Governmental Organizations (NGOs). Therefore, the microtakaful scheme can be implemented to safeguard the welfare of senior citizens in order to reduce the burden in their golden years.

PengenalanTakaful mikro merupakan insurans atau takaful yang bertujuan

melindungi golongan miskin atau golongan terjejas. Takaful keluarga boleh diberikan kepada orang miskin, warga emas atau golongan terjejas dengan sedikit pengubahsuaian mengikut keperluan golongan tersebut seperti menawarkan produk yang ringkas, mudah difahami dan harga premium yang berpatutan (Haslifah Mohamad Hasim,2014: 2-3). Takaful mikro telah dilaksanakan di Malaysia sejak tahun 2007 atau mungkin lebih awal. Walaupun skim tersebut tidak dinamakan sebagai takaful mikro, namun konsep yang ditawarkan adalah bertepatan dengan konsep takaful mikro iaitu menyediakan perlindungan dengan harga berpatutan yang mampu dibayar oleh golongan kurang berkemampuan. Sehingga kini sebanyak tiga syarikat takaful telah bekerjasama dengan institusi bukan kerajaan dalam menawarkan produk takaful mikro iaitu Etika Takaful, Takaful Ikhlas dan Takaful Malaysia. Manakala, sebanyak 10 syarikat takaful telah bekerjasama dengan kerajaan untuk menawarkan takaful i-BRIM kepada penerima BRIM (Fatin Nabilah Abdul Wahid dan Kamaruzaman Noordin, 2014:31).

Skim takaful mikro masih baharu dan kurang mendapat sambutan di Malaysia, namun skim ini menunjukkan sumbangan dan matlamat dasar pembangunan sosial yang luas. Bayaran premium yang rendah dengan faedah yang diperolehi dalam tempoh yang panjang akan menjadikan produk ini mampu dimiliki oleh penduduk luar bandar berbanding produk lain yang ditawarkan dalam pasaran industri takaful (Fatin Nabilah Abdul Wahid dan Kamaruzaman Noordin,2014:31). Kajian yang dibuat adalah bertujuan untuk mengkaji potensi pelaksanaan takaful berkos rendah kepada warga emas. Ini bagi melihat manfaat yang sesuai untuk memenuhi keperluan dan kebajikan warga emas dalam masyarakat pada masa kini.

Latar Belakang KajianKajian dijalankan untuk melihat potensi pelaksanaan skim perlindungan

takaful mikro sebagai instrumen kewangan Islam kepada warga emas. Warga emas merupakan golongan yang berusia antara 60 tahun ke atas (Jabatan Kebajikan Masyarakat, 2017). Golongan ini merupakan golongan yang tidak mampu bekerja dan menyara diri kerana kemampuan diri yang

Page 61: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

53

terbatas disebabkan faktor usia. Berdasarkan faktor tersebut, warga emas sering diabaikan oleh anak-anak mereka atas sebab masalah kewangan dan kesihatan. Takaful bermaksud insurans perlindungan Islam yang menepati konsep Islam manakala mikro bermaksud kecil atau rendah. Muhammad Syauqi Al-Fanjary mendefinisikan at-ta’min sebagai saling menanggung atau bertanggungjawab (Muhammad Syauqi al-Fanjary,1994:23). Antara ciri-ciri takaful yang dinyatakan oleh Wahbah Zuhaili ialah nilai atau kadar yang dikenakan oleh setiap individu berbeza mengikut keadaan peserta, peristiwa atau kejadian yang dialami (Wahbah Zuhaili,2002: 373).

Kajian LepasTerdapat pelbagai penyelidikan yang berkaitan dengan kajian ini sama

ada secara langsung atau tidak langsung. Kajian-kajian tersebut dibahagikan mengikut lima tema utama iaitu takaful dan prinsip syariah, takaful mikro dan tujuannya, isu-isu dalam penjagaan warga emas, takaful mikro di luar negara dan implimentasi takaful mikro memerlukan dana tambahan.

Jadual 1: Tema Kajian LepasTema Penerangan Tema

Takaful dan prinsip syariah

Tema ini menerangkan peranan takaful dan prinsip-prinsip syariah yang diguna pakai.

Takaful mikro dan tujuannya

Tema ini menerangkan berkaitan definisi takaful mikro dan tujuannya bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah, golongan bawahan serta golongan terjejas.

Isu-isu dalam penjagaan warga emas

Tema ini menerangkan isu-isu dalam penjagaan warga emas seperti masalah kewangan, taraf dan gaya hidup, cabaran penjagaan warga emas dan keperluan warga emas.

Takaful mikro di luar negara

Tema ini menerangkan perkembangan takaful mikro di negara Iraq, Ghana, India, Nigeria dan Pakistan

Implimentasi takaful mikro memerlukan dana tambahan

Tema ini menerangan pelaksanaan takaful mikro memerlukan dana tambahan seperti zakat, sedekah, subsidi kerajaan, agensi-agensi penderma, tanggungjawab sosial koperat (CSR) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Takaful dan Prinsip SyariahTakaful merupakan skim untuk membantu antara satu sama lain apabila

berlaku sebarang kerugian. Skim ini membantu menyediakan kewangan daripada kerugian masa depan yang tidak dapat dijangka, membantu mengurangkan kemiskinan, menggalakkan kerjasama dan menyebarkan semangat persaudaraan (Zuriah Abdul Rahman dan Norzaidi Mohd Daud,2010:271). Takaful yang berasaskan konsep saling bantu membantu, saling bertanggungjawab serta memberi perlindungan antara satu sama

Page 62: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

54

lain adalah bebas daripada unsur-unsur yang dilarang seperti riba, maysir dan gharar (Syahida Abdullah,2015: 101). Takaful mikro mengamalkan prinsip kerjasama sebagai mekanisme untuk menyediakan perlindungan berteraskan syariah yang memberi kesan terhadap kewangan, kematian dan penyakit kepada golongan miskin sebagai pertukaran dengan premium dan polisi yang telah dimiliki (Haslifah Mohamad Hasim,2014:7). Pemeliharaan agama (din), pemeliharaan kehidupan (nafs), pemeliharaan akal (‘aql), pemeliharaan keturunan (nasl) dan pemeliharaan kekayaan (mal) perlu dipertimbangkan secara kolektif dalam membangun dan menilai produk kewangan Islam ini. Walau bagaimanapun, pemeliharaan agama harus diutamakan dan dilindungi terlebih dahulu daripada yang lain (Wan Nazjmi Mohamed Fisol, Nor Zuhairatun Md. Radzi, Yusuf Othman, 2017:951).

Objektif utama takaful adalah berkongsi risiko dalam kalangan peserta manakala kerugian tidak hanya ditanggung oleh individu tetapi berkongsi dengan semua peserta merupakan keindahan takaful dalam kerangka maqasid syariah (Syahida Abdullah, 2012:540). Takaful merupakan skim patuh syariah yang merupakan altenatif kepada insurans (Ahmad Faizal Abdul Aziz and Shaifulfazlee Mohamad, 2013:22). Takaful atau insurans Islam juga merupakan kontrak perkongsian risiko dalam kalangan pemegang polisi (Hayat Khan, 2015:135). Namun begitu, takaful boleh dipasarkan kepada orang Islam dan bukan Islam (Nico P.Swartz and Pieter Coetzer, 2010: 338). Kekuatan produk takaful terletak pada struktur etika. Struktur ini berfungsi sebagai salah satu cabang daripada prinsip-prinsip keadilan dan saling menanggung risiko (Nico P.Swartz and Pieter Coetzer, 2010: 338).

Di dalam kontrak takaful setiap pemegang polisi mempunyai hak untuk mengetahui bagaimana keuntungan diagihkan kepada peserta berbanding sistem konvensional di mana pengagihan keuntungan bergantung sepenuhnya kepada pengurusan syarikat (Mher Mushtaq Hussain and Ahmad Tisman Pasha,2011:27). Insurans konvensional berbeza daripada takaful. Dari sudut paradigma konseptual dan operasi utama, cukup untuk membezakan kedua-duanya (Mher Mushtaq Hussain and Ahmad Tisman Pasha, 2011:27). Selain itu, prinsip tabarru’ ialah konsep asas kepada takaful yang membezakannya daripada insurans konvensional (Azman Mohd Noor dan Mohamad Sabri Zakaria,2010: 21).

Takaful Mikro dan TujuannyaTujuan utama takaful mikro membantu orang miskin bukanlah untuk

mendapatkan keuntungan (Nikunjkumar Gor, 2013: 24). Insurans mini atau

Page 63: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

55

insurans mikro boleh ditakrifkan sebagai “insurans untuk golongan miskin” (Tajudeen Olalekan Yusuf, 2012:108). Skim ini juga merujuk pasaran tertentu yang dikhaskan untuk kumpulan masyarakat yang mempunyai pendapatan rendah atau golongan miskin (Fatin Nabilah Abdul Wahid dan Kamaruzaman Noordin, 2014:31). Ini bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah untuk turut mempunyai hak mendapatkan perlindungan dan keselamatan daripada sebarang musibah (Sheila Nu Nu Htay and Nur Shazwani Sadzali, 2015: 63).

Takaful mikro juga merupakan kunci kepada elemen kewangan golongan bawahan (Anuradha PS dan Rajitha Ramachandran, 2015:53). Bayaran premium bagi skim ini adalah rendah dengan faedah yang diperolehi dalam tempoh yang panjang akan mampu dimiliki oleh kumpulan yang kurang berkemampuan (Fatin Nabilah Abdul Wahid dan Kamaruzaman Noordin, 2014:31). Takaful ta’wuni merupakan salah satu skim yang tidak mencari keuntungan dan berbentuk saling membantu sesama ahli. Pendekatan Islam untuk mengurangkan kemiskinan melibatkan asas kepada semangat ingin membantu golongan fakir dan miskin bagi mengurangkan jurang sosial masyarakat (Noor Ashikin Mohd Rom and Zuriah Abdul Rahman, 2012:136).

Isu-isu Penjagaan Warga emas

a) Masalah KewanganRakyat Malaysia kurang mengutamakan perancangan tempat tinggal

dan sumber kewangan di usia tua (Wook Endut dan Fariza Ahmad, 2009:342). Masalah kewangan merupakan satu tekanan hidup yang akan dilalui oleh warga emas terutamanya mereka yang miskin, tiada harta benda atau hanya bergantung kepada wang pencen (Wook Endut dan Fariza Ahmad, 2009:340). Peningkatan jangka hayat di Malaysia menyebabkan berlakunya peningkatan dalam perbelanjaan kerajaan terhadap kos ganjaran dan pencen, KWSP dan kos kesihatan untuk warga emas. Keadaan ini dapat dibuktikan berdasarkan data-data perbelanjaan kerajaan dalam tempoh 15 tahun yang menunjukkan wujud hubungan signifikan di antara peningkatan jangka hayat warga emas dengan perbelanjaan kerajaan (Doris Padmini, Nor Aini Idris, Norlaila Abu Bakar dan Ong Bee Kim,2009:315).

Pertambahan peruntukan untuk menjaga kebajikan warga emas terutama yang tinggal di rumah jagaan orang tua yang ditanggung oleh kerajaan yang mana perbelanjaan tersebut sepatutnya ditanggung oleh kaum

Page 64: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

56

keluarga warga emas. Peruntukan daripada kerajaan tersebut sepatutnya digunakan untuk projek pembangunan lain yang dapat memberi kebaikan bersama (Surina Nayan, 2006:101). Bagi warga emas yang tiada simpanan dan bergantung sepenuhnya kepada wang pesaraan memberi kesan separuh atau dua pertiga pendapatan yang menyebabkan pesara tergolong dalam kumpulan berpendapatan rendah (Wan Ibrahim Wan Ahmad et.al,2009: 71-72).

b)Taraf dan Gaya HidupAnalisis menggunakan teknik regresi berganda menunjukkan

pendidikan, pekerjaan, kualiti perumahan, hubungan dengan pasangan dan hubungan jiran tetangga adalah lima pemboleh ubah yang mempunyai pengaruh signifikan kepada kesejahteraan warga tua di kawasan desa (Wan Ibrahim Wan Ahmad et.al, 2009:91). Kebanyakan warga emas mempunyai tahap pendidikan rendah, malah ramai yang tidak bersekolah menyebabkan kebanyakan mereka hanya bekerja di sektor pertanian (Wan Ibrahim Wan Ahmad et.al, 2009:37). Warga emas yang mempunyai masalah kesihatan dan tidak berkeupayaan perlu dijaga maruah dan kebajikan mereka (Siti Zaila Husin dan Khadijah Alavi, 2016: 478). Tidak wujud perbezaan yang signifikan antara individu yang tinggal dengan keluarga atau masih mempunyai pasangan hidup dengan individu yang tinggal bersendirian (Ponnusamy Subramanian, Azlina Wati Nimat dan Shazli Ezzat Ghazali, 2009:43). Golongan lelaki lebih cenderung mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti merokok, minum alkohol dan tidak menitikberatkan keseimbangan nutrisi makanan berbanding wanita. Oleh itu, jangka hayat lelaki lebih pendek daripada wanita (Ponnusamy Subramanian, Azlina Wati Nimat dan Shazli Ezzat Ghazali, 2009:43).

Kualiti hidup warga tua menurun apabila kemampuan fizikal dan ekonomi mula menurun. Apabila tidak bekerja, bukan sahaja tidak ada pendapatan tetapi pada masa yang sama kehilangan rakan. Mereka memerlukan bantuan anak-anak atau orang lain untuk mengurus kehidupan harian (Aishah@Eshah Haji Mohamed dan Katiman Rostam, 2012:13). Kehidupan komuniti yang baik banyak bergantung kepada tahap pencapaian kesihatan sama ada secara fizikal, mental ataupun psikologi (Amran Hassan, Fatimah Yusooff dan Khadijah Alvi, 2012:62). Penjagaan warga emas dari kalangan ahli keluarga lebih dipercayai berkualiti kerana ikatan kasih sayang dan rasa tanggungjawab yang wujud antara warga tua dan penjaga (Khadijah Alvi dan Rahim M.Sail, 2010:95).

Page 65: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

57

c) Cabaran Menjaga Warga EmasCabaran bagi anak-anak dalam memberi penjagaan kepada warga

emas ialah dari segi kewangan, emosi, masa, perubahan rutin kehidupan harian, pengetahuan dan sumber maklumat tentang penjagaan warga tua serta membahagi perhatian di antara kerjaya, keluarga sendiri dan penjagaan ibu bapa (Khadijah Alvi dan Rahim M.Sail, 2010:72). Terdapat anak-anak yang lebih mementingkan kerjaya atau tinggal jauh daripada ibu bapa untuk bekerja, jurang komunikasi antara warga emas dan anak, warga emas tidak mempercayai anak-anak boleh menjaga mereka; anak-anak yang mempunyai masalah kewangan dan taraf kesihatan warga emas yang kurang baik merupakan faktor yang menjadi penyumbang tertinggi berlakunya pengabaian terhadap warga emas dalam komuniti (Noraini Che’ Sharif et.al, 2015:131).

d) Keperluan Warga EmasPenglihatan yang merosot dengan pertambahan usia boleh memberi

kesan signifikan terhadap kualiti hidup warga emas. Pemeriksaan optometri awal, menukar kaca mata menurut preskipsi terkini dan menggunakan alat bantuan penglihatan membolehkan warga emas berdikari lebih lama (Rokiah Omar et.al., 2011:26). Warga emas yang tinggal di Kompleks Warga Emas al-Jenderami mempunyai matlamat untuk memperbaiki ibadat secara berterusan tanpa gangguan di samping menjalankan aktiviti harian seperti belajar ilmu agama. Kemudahan yang disediakan oleh Kompleks Warga Emas al-Jenderami sesuai dengan keperluan warga emas yang tidak lagi mahu memikirkan kehidupan keduniaan (Nor Raudah Siren, 2015:93). Risiko kesunyian akan meningkat jika warga emas tidak didekati dan didengari sedangkan mereka sangat memerlukan sokongan daripada orang sekeliling, terutamanya keluarga. Mereka ingin rasa diperlukan, dihargai dan penting. Kesunyian yang dihadapi akan membawa kepada gejala kemurungan jika ia tidak ditangani segera, malah di dalam kes yang kritikal, ia boleh membawa kepada cubaan membunuh diri (Siti Marziah Zakaria, Khadijah Alavi dan Nasrudin Subhi, 2013:53).

Hubungan mesra dengan rakan/staf, rutin seharian dan hobi boleh mengurangkan risiko kesunyian dalam kalangan warga tua di institusi penjagaan (Siti Marziah Zakaria, Khadijah Alavi dan Nasrudin Subhi, 2013:54). Kebanyakan warga tua memerlukan kerusi roda untuk pergerakan sama ada untuk pergerakan sementara atau kekal (Shalini Sanmargaraja dan Seow Ta Wee,(t.t):150). Perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat

Page 66: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

58

insurans menjadi faktor utama yang mendorong pengguna membeli insurans perubatan dan kesihatan (Lee Mun Yee dan Noriza Majid, 2014:56)

Takaful Mikro di Luar NegaraPerkembangan skim takaful di Iraq memerlukan dana sokongan

daripada kerajaan, dana zakat, sumbangan daripada organisasi zakat antarabangsa, wakaf, derma, geran daripada badan kerajaan dan bukan kerajaan serta daripada badan-badan amal dan badan kebajikan. Pendidikan perlu diberikan mengenai manfaat takaful mikro. Pertubuhan masyarakat tempatan menyediakan khidmat penerangan mengenai skim takaful mikro kepada isi rumah miskin dan berpendapatan rendah (Haslifah Mohamad Hasim, 2014:2324). Berdasarkan kajian soal selidik yang telah dilakukan di Ghana, menunjukkan ramai yang berminat terhadap insurans mikro serta potensi tinggi bagi permintaan produk ini (Oscar Joseph Akotey, Kofi A. Osei and Albert Gemegah, 2011: 191).

Di India, insurans mikro menyokong pembangunan mampan golongan miskin dan mengurangkan ketidaksamaan di negara tersebut (Priti Bakhshi, 2016:1673). Pembiaya kewangan Islam seperti takaful mikro menjadi salah satu instrumen pertumbuhan dan pembangunan yang berpotensi di Nigeria (Tajudeen Olalekan Yusuf, 2012: 114). Walaupun insurans mikro telah wujud lebih dari satu dekad, takaful mikro masih dianggap baharu dalam bidang kewangan Islam. Hal ini dapat dilihat berdasarkan masih kurang dari segi kajian empirikal lebih-lebih lagi apabila berbincang mengenai penawaran skim ini di pasaran (Siti Khadijah. A.M, N.E.P Saleh, M.F. Kamarudin, Haryadi A, 2013:76). Selain itu, terdapat usaha untuk menggabungkan wakaf di dalam takaful yang telah dijalankan di Pakistan dengan menggunakan model wakalah wakaf. Dana yang terbentuk adalah usaha awal pemegang saham, kemudiannya disertai oleh peserta-peserta yang berkeinginan menjadi ahli wakaf. Sumber dana menjadi besar setelah keuntungan yang diperoleh dideposit ke dalam dana dan segala kerugian yang dialami oleh peserta akan ditanggung oleh dana wakaf. Lebihan dana yang diperoleh akan dijadikan rizab untuk menampung sebarang kerugian, dibahagi sesama peserta dan syarikat untuk digunakan bagi tujuan amal (Wan Mohd Al Faiee Wan Ab Rahaman dan Salmy Edawati Yaacob, 2014:53). Di Malaysia, kerajaan memberi sokongan penuh dalam mempromosi takaful dan menjadikan Malaysia hab takaful di Asia Tenggara (Haslifah Mohamad Hasim, 2014: 2324).

Page 67: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

59

Takaful Mikro Memerlukan Dana TambahanTakaful mikro juga memerlukan penglibatan industri takaful, subsidi

kerajaan, wang zakat, penglibatan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan agensi penderma untuk kemampanan. Terdapat sebahagian industri takaful yang menganggap takaful mikro sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial koporat (CSR) (Haslifah Mohamad Hasim, 2014: 2-3). Kerajaan perlu menggesa pengendali insurans atau takaful Islam mereka bentuk produk mikro takaful yang berpotensi untuk ditawarkan di pasaran. Badan zakat dan kerajaan juga perlu menyediakan dana sokongan bagi membolehkan golongan fakir dan miskin menyertai skim mikro takaful (Noor Ashikin Mohd Rom and Zuriah Abdul Rahman, 2012: 136). Haslifah Mohamad Hasim menyatakan bahawa skim takaful mikro memerlukan kerjasama institusi untuk dikembangkan dengan melibatkan sekurang-kurangnya lima pihak iaitu kerajaan, pengendali takaful mikro atau institusi takaful mikro, dana zakat, organisasi penderma atau NGO, dan peserta takaful mikro (Haslifah Mohamad Hasim, 2014:7).

Jurang PenyelidikanBerdasarkan kajian literatur yang telah dijalankan, didapati bahawa

jurang penyelidikan dalam bidang skim takaful dan warga emas adalah skim takaful sebagai instrumen kewangan Islam yang boleh menawarkan produk takaful mikro dengan bantuan dana tambahan daripada zakat, sedekah, subsidi kerajaan, agensi-agensi penderma, tanggungjawab sosial koporat (CSR) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) agar skim ini dapat ditawarkan secara meluas dan mampu dimiliki dengan oleh mereka dengan pelbagai latar belakang taraf kewangan.

Rajah 1: Ringkasan Jurang Penyelidikan

Skim Takaful

Sasaran

Jurang Penyelidikan

Dana tambahan: zakat,sedekah, subsidi kerajaan, agensi penderma, tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Warga Emas

Skim Takaful Mikro

Page 68: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

60

KesimpulanMakalah ini membincangkan alternatif yang boleh ditawarkan kepada

warga emas bagi jaminan penjagaan kesihatan dan kewangan warga emas kerana keterbatasan mereka dalam keupayaan mengurus diri. Terdapat waris atau anak-anak yang ingin menjaga warga emas atau kedua-dua orang tua mereka. Namun, kekangan kewangan menyebabkan waris atau anak-anak merasa terbeban untuk memberi penjagaan kepada ibu bapa yang telah uzur. Oleh itu, kajian ini mencari alternatif instrumen kewangan Islam melalui skim takaful di Malaysia bagi menawarkan produk takaful mikro yang sesuai kepada masyarakat.

RujukanAhmad Faizal Abdul Aziz and Shaifulfazlee Mohamad.(2013). Fullfillment of

Maqasid al-Shariah via Takaful. International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF) Malaysia.

Ahmed MH. (2016). Micro Takaful Insurance as a Tool to Guaranteeing Financing and Protecting Micro Enterprises. Journal of Business & Financial Affairs, Vol.5, Issue 4.

Aishah@Eshah Haji Mohamed dan Katiman Rostam. (2012). Warga tua Melayu di pinggir wilayah metropolitan, Selangor: Pengalaman dan persepsi tentang diri. Malaysia Journal of Socienty and Space 8, Issue6.

Amran Hassan, Fatimah Yusooff dan Khadijah Alvi. (2012). Keluarga sihat melahirkan komuniti sejahtera: satu ulasan. Malaysia Journal of Socienty and Space 8, Issue 5.

Anuradha PS dan Rajitha Ramachandran. (2015). Micro Insurance Dimension for Financial Inclusion: An Agenda for Further Research. Journal of Research in Management & Technology, Vol.4, Issue 10.

Azman Mohd Noor dan Mohamad Sabri Zakaria. (2010). Takaful: Analisis Terhadap Konsep dan Akad. Jurnal Muamalat, Bil 30.

Doris Padmini, Nor Aini Idris, Norlaila Abu Bakar dan Ong Bee Kim. (2009). Kesan Peningkatan Jangka Hayat di Malaysia. Prosiding Perkem IV, Jilid 1.

Fatin Nabilah Abdul Wahid dan Kamaruzaman Noordin.(2014). Skim Takaful Sumbangan Rendah serta Prospek pelaksanaan takaful Mikro di Malaysia. International Conference on Postgraduate Rerearch (ICPR), 1-2 Disember, Kuala Lumpur.

Haslifah Mohamad Hasim. (2014). Developing a Conceptual Framework of Microtakaful as a Strategy towards Pverty Alleviation. Journal of Economics and Sustainable Development, Vol.5, No.28.

Haslifah Mohamad Hasim. (2014). Microtakaful asan Islamic Financial Instrument, for Poverty Alleviation in Iraq. Middle-East Journal of Scientific Rerearch 21.

Page 69: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

61

Hayat Khan. (2015). Optimal Incentives For Takaful (Islamic Insurance) Operators. Journal of Econimic Behavior & Organization, no. 109.

Jabatan Kebajikan Masyarakat. (2017). Warga emas. Laman sesawang definisi warga eams, dicapai pada 31 Oktober 2017, http://www.jkm.gov.my.

Khadijah Alvi dan Rahim M.Sail. (2010). Peranan Wanita Melayu dalam Proses Penjagaan Ibu Bapa Tua: Dilema dan Cabaran dalam Era Globalisasi. Kajian Malaysia Journal of Malaysian Studies, Vol.28, No.2.

Lee Mun Yee dan Noriza Majid.(2014). Faktor yang Mempengaruhi Pembelian Insurans Perubatan dan Kesihatan di Kuala Lumpur. Jurnal Pengukuran Kualiti dan Analisis.

Mher Mushtaq Hussain and Ahmad Tisman Pasha.(2011). Conceptual and Operational Differences between General Takaful and Conventional Insurance.Australian Journal of Business and Management Research, Vol.1, No.8.

Muhammad Syauqi al-Fanjary. (1994). Al-Islam Wa At-Takmin. Arab Saudi: Riyadh.Nico P.Swartz and Pieter Coetzer. (2010). Takaful: An Islamic insurance instrument.

Journal of Development and Aricultural Economics, 10, Vol.2.Nikunjkumar Gor. (2013). Microtakaful-Islamic Insurance For Deprived:

Innovation, Sustainability and Inclusive Growth. International Journal of Business, Economics and Law, Vol.3, Issue 2.

Noor Ashikin Mohd Rom and Zuriah Abdul Rahman. (2012). Financial Protection for the Poor in Malaysia: Role of Zakah and Micro-Takaful. JKAU:Islamic Econ, Vol.25, No.1.

Nor Raudah Siren.(2015). Psikologi dan Penerimaan Warga Emas di Kompleks Warga Emas al-Jenderami. Jurnal Usuluddin, no.41.

Noraini Che’ Sharif et.al.(2015). Pengalaman dan Faktor Pengabaian Warga Emas dalam Komuniti. Journal of Social Sciences and Humanities, Vol.10, No.1.

Oscar Joseph Akotey, Kofi A. Osei and Albert Gemegah. (2011). The demand for micro insurance in Ghana. The Journal of Risk Finance, Vol.2, No.3.

PritiBakhshi. (2016). Review of Progress and Potential of Micro Insurance in India.International Jounal of Advance Research, Vol.4, Issue 4.

Rokiah Omar et.al.(2011). Gangguan Penglihatan dan Kualiti Hidup Warga Emas di Pusat Jagaan. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, Bil.9, No.1.

Shalini Sanmargaraja dan Seow Ta Wee. (t.t). Pandangan Warga Tua di Rumah Warga Tua: Kajian Kes di Bandaraya Ipoh dan Johor Bahru. Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar Kali Ke 4, Anjuran Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Sheila Nu Nu Htay and Nur Shazwani Sadzali. (2015). An Analysis of the viability of micro health takaful in Malaysia. Journal of Islamic Accounting and Business Research, Vol.4, Issue 1.

Siti Khadijah. A.M, N.E.P Saleh, M.F. Kamarudin, Haryadi A. (2013). Sustainability of Islamic Micro Finance Institutions (IMFIs). Universal Journal of Accounting and Finance, 1, 2.

Page 70: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

62

Siti Marziah Zakaria, Khadijah Alavi dan Nasrudin Subhi. (2013). Risiko Kesunyian dalam Kalangan Warga Tua di Rumah Seri Kenangan. Journal of Psychology & Human Development, Bil.1, Isu. 1.

Syahida Abdullah. (2012). Risk Management via Takaful from a Perspective of Maqasid of Shariah. Social and Behavioral Sciences, 65.

Syahida Abdullah. (2015). The Objectives of Takaful and Shariah: Towards The Achievement of Maqasid Shariah. Journal of Human Capital Development, Vol.8, No.1.

Tajudeen Olalekan Yusuf. (2012). The Role of Islamic Micro Insurance in Economic Growth and Development: The Nigerian Experience: A Case Study of Al-Barakah Microfinance Bang, Lagos. International Journal of Business and Commerce, Vol.1, No.10.

Wahbah Zuhaili. (2002). Al-Mua‘malat al-Maliyyah al-Mua‘sarah. Damsyik: Dar al-Fakr.

Wan Mohd Al Faiee Wan Ab Rahaman dan Salmy Edawati Yaacob. (2014). Takaful Wakaf di Syarikat Takaful Malaysia Berhad: Sorotan Literatur. Islamiyyat 36, 2.

Wan Nazjmi Mohamed Fisol, Nor Zuhairatun Md. Radzi, Yusuf Othman. (2017). The Engineering of Islamic Legal Opinion (IJTIHAD) on the Maqasid Al-Shari’ah Development in the Assessment of Islamic Financial Products.International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, Vol.7, No.4.

Wook Endut dan Fariza Ahmad.(2009). Prospek Permintaan Terhadap Perkhidmatan Penjagaan Warga Tua. Prosiding Perkem IV, Jilid 1.

Zuriah Abdul Rahman dan Norzaidi Mohd Daud.(2010). Adverse selection and its consequences on medical and health insurance and takaful in Malaysia.Humanomics, Vol.26, No.4.

Page 71: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

63

PERUBAHAN AMALAN BUDAYA MASYARAKAT ORANG ASLI (MUSLIM): SATU KAJIAN AWAL DI

POS PANTOS, KUALA LIPIS, PAHANG

Faezah Kassim,1 Zamre Abu Hassan,2

Norazlan Hadi Yaacob3 dan Abd. Wahid Jais4

AbstrakDi Malaysia, masyarakat Orang Asli merupakan salah satu kelompok sasaran untuk diasimilasikan ke dalam masyarakat Melayu. Menurut Fariza Md Sham & Ahmad Redzuwan Mohd. Yunus (2012), atas tujuan tersebut usaha dakwah perlu dilakukan terhadap kelompok ini bagi membentuk semula identiti mereka dengan mengubah kepercayaan kepada akidah tauhid tetapi mengekalkan amalan dan adat resam yang sedia ada sekiranya tidak bertentangan dengan Islam. Syarifah Zaleha Syed Hassan (2012) memerihalkan tiga konsep dalam mengenal pasti perubahan gaya hidup Muslim iaitu ‘mukmin’, ‘umat Muhammad’ dan ‘ummah’. Makalah ini akan membincangkan pemahaman dan pelaksanaan cara hidup Islam serta perubahan dalam amalan budaya masyarakat Orang Asli dari suku Semai di Pos Pantos, Lipis, Pahang setelah usaha pendakwahan Islam dijalankan di kawasan tersebut. Sebagai kajian awal, sebanyak 30 borang soal selidik telah diedarkan kepada responden. Analisis data yang digunakan adalah berbentuk deskriptif dan data dihuraikan menggunakan nilai kekerapan dan peratusan. Temubual iaitu semi-structured interviews dijalankan terhadap kumpulan fokus yang telah dikenal pasti. Soalan untuk temubual dan soal selidik yang diedarkan kepada responden adalah berpandukan kepada tiga konsep yang dinyatakan di atas. Lima orang responden telah ditemubual di mana setiap daripada mereka mewakili sebuah keluarga besar (extended family). Berdasarkan kepada temubual, hanya responden dan isteri atau suami (lima orang responden beserta suami atau isteri) yang memahami ajaran Islam pada peringkat asas dan mereka juga mengamalkan ajaran Islam. Sebagai kajian awal, fokus adalah terhadap perubahan kehidupan seharian dan amalan budaya mereka selaras dengan Islam sahaja. Berdasarkan tiga konsep di atas, didapati peratusan yang sederhana dalam pelaksanaan ibadat dan amalan budaya hidup mereka sebagai seorang Muslim.

1 Pensyarah, Pusat Pencetus Bakat dan Latihan Industri (CITra), Universiti Malaya, Kuala Lumpur2 Pensyarah, Pusat Pencetus Bakat dan Latihan Industri (CITra), Universiti Malaya, Kuala Lumpur3 Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Kemasyarakatan Dan Kewarganegaraan, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti

Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak4 Pensyarah Kanan, Pusat Pencetus Bakat dan Latihan Industri (CITra), Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Page 72: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

64

AbstractThe Aborigines or Orang Asli of Malaysia is one of the groups that is the target of an assimilation process into the Malay society. According to Fariza Md Sham & Ahmad Redzuwan Mohd Yunos (2012), the process of Islamization on the group is to establish a cultural identity and to change their beliefs into believing in God simulthneously maintaining their own identity as long as it does not contravene with the Islamic principles. Sharifah Zaleha Syed Hassan (2012) concludes that there are three concepts to identify the Muslim way of life, i.e., ‘mukmin’, ‘followers of Muhammad’ and ‘ummah’. Accordingly, this study aims at identifying the understanding and implementation of the Islamic way of life and change in the cultural life of the Orang Asli Semai tribe at Pos Pantos, Kuala Lipis, Pahang after a process of Islamization was conducted in the area. As a preliminary study, 30 questionnaires were distributed to the respondents in the area. The descriptive data analysis was used adapting percentage and frequency methods. Semi structured interviews were also conducted on selected groups with questions and surveys based on the three concepts mentioned above. Five respondents who represented the extended family were interviewed and it can be concluded that only the respondents (husband and wife) understood and practised the basic Islamic teachings. As a preliminary study, the focus is on the change in their daily way of life according to Islamic principles only. Based on the three concepts, a moderate percentage of the target group adopts the Muslim way of life.

PengenalanMasyarakat Orang Asli terdiri daripada tiga buah rumpun bangsa utama

iaitu Semang-Negrito, Senoi dan Proto-Melayu. Mereka mengamalkan cara hidup yang berbeza dan bertutur dalam bahasa dan dialek yang berbeza juga (Juli Edo, 2001). Rumpun Semang-Negrito terdiri daripada suku kaum Kensiu, Kintak, Jahai, Lanoh, Mendriq dan Batek. Rumpun Senoi terdiri daripada Che Wong, Jahut, Mahmeri, Semai, Semoq Beri dan Temiar. Rumpun Proto-Melayu pula terdiri daripada suku kaum Temuan, Semelai, Jakun, Orang Kanak, Orang Kuala dan Orang Seletar. Berdasarkan statistik tahun 2000, jumlah Orang Asli ialah 132,873 orang iaitu 0.5% daripada penduduk Malaysia (21.9 juta). Pembahagian kepada golongan-golongan tersebut adalah berdasarkan rupa fizikal, bahasa dan adat yang diamalkan oleh setiap golongan (Harun, N. & Hamid, N. A., 2010). Menurut Suhakam 2013, pada tahun 2003 sebanyak 147,412 Orang Asli. Pada tahun 2010 pula, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), telah menganggarkan terdapat sejumlah 178,197 Orang Asli atau 36,658 keluarga Orang Asli, iaitu kurang sedikit dari 0.5% dari penduduk pelbagai etnik dan budaya di negara ini. Berikut adalah kelompok suku kaum Orang Asli mengikut tiga kelompok

Page 73: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

65

besar yang dinyatakan di atas. Suku kaum Semai yang menjadi fokus kajian ini adalah dari kelompok Senoi.

Kelompok suku kaum Orang Asli di Semenanjung Malaysia (Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, 2010)

Senoi Melayu-Proto Negrito

Semai Temuan Kensiu

Temiar Semelai Kintak

Jahut Jakun Jahai

Che Wong Kanaq Mendriq

Mah Meri Orang Kuala Lanoh

Semoq Beri Orang Seletar Bateq

Di dalam Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) di bawah Aborigional Peoples Ordinance No. 3, 1954 yang telah dipinda pada tahun 1974, menetapkan istilah dan kelayakan untuk dikatakan sebagai komuniti Orang Asli telah dijelaskan dengan terperinci. Berdasarkan Seksyen 3 dalam Akta Orang Asli 1954 (Akta 134), Orang Asli ditakrifkan seperti berikut:

1. mana-mana yang bapanya ialah ahli daripada kumpulan etnik Orang Asli, yang bercakap bahasa Orang Asli dan lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat kepercayaan Orang Asli, dan termasuklah seorang keturunan melalui lelaki itu;

2. mana-mana orang daripada mana-mana kaum yang diambil sebagai anak angkat semasa budak oleh Orang Asli dan yang telah dibesarkan sebagai seorang Orang Asli, lazimnya bercakap bahasa Orang Asli, mengikut cara hidup Orang Asli dan adat kepercayaan Orang Asli, dan menjadi ahli daripada suatu masyarakat Orang Asli; atau

3. anak daripada mana-mana penyatuan antara seorang perempuan Orang Asli dengan seorang lelaki daripada suatu kaum lain, dengan syarat anak itu lazimnya bercakap bahasa Orang Asli dan kepercayaan Orang Asli dan masih lagi menjadi ahli daripada suatu masyarakat Orang Asli (www.jakoa.gov.my).

Manakala dari segi petempatan, berdasarkan laporan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), terdapat 840 petempatan Orang Asli pada tahun 1997 iaitu 13 daripada penempatan tersebut terletak di kawasan bandar, 440 penempatan terletak di kawasan pinggir hutan, sementara 387 penempatan lagi terletak di dalam hutan (Nicholas, 2003). Suku kaum Semai tinggal bertaburan di kawasan Banjaran Titiwangsa meliputi Perak Tengah, Perak

Page 74: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

66

Selatan dan Pahang Barat. Bancian pada tahun 1993 menunjukkan jumlah mereka telah meningkat lebih daripada 42,000 orang dan merupakan suku kaum Orang Asli yang terbesar jumlahnya. Mereka hidup bermasyarakat. Sebuah kampung biasanya terdapat antara 60 hingga 300 penduduk yang diketuai oleh seorang Penghulu atau Tok Batin yang dilantik dari golongan berpengaruh seperti pawang, bomoh dan ketua adat (www.jakoa.gov.my).

Orang Asli adalah sebahagian daripada masyarakat yang terdapat di Malaysia. Namun, jika dibandingkan dengan kaum lain, mereka merupakan masyarakat yang ketinggalan dalam pelbagai aspek kehidupan. Mereka merupakan golongan yang telah dikenal pasti sebagai kelompok ‘poverty eradication policies and programmes’ dalam pelbagai rancangan pembangunan negara (Nair, 2007). Orang Asli masih lagi kekal sebagai kelompok masyarakat yang hidup dalam kemiskinan. Misalnya, berdasarkan kepada Laporan Tahunan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) pada tahun 2006, kira-kira 147, 412 orang Asli tinggal di Pahang dan Perak, dan 76.9% daripada mereka ini berada di bawah paras kemiskinan. Sebanyak 35.2% berada dalam kemiskinan tegar (Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, 2006). Melalui penubuhan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) yang kini dikenali sebagai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) pada akhir tahun 50-an, pihak kerajaan telah mula memberikan perhatian yang serius untuk melibatkan suku kaum Orang Asli dalam persada kemajuan dan pembangunan negara. Oleh itu, pihak kerajaan telah mewujudkan Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) untuk suku kaum Orang Asli yang bertebaran di hutan hujan sepanjang Banjaran Titiwangsa agar hidup berkelompok dan memudahkan agenda pembangunan disalurkan kepada mereka serta mengintegrasikan kehidupan masyarakat Orang Asli dalam kehidupan yang moden dengan infrastruktur asas (Ahmad, A. R. & M. Jelas, Z., 2009).

RPS dimulakan pada tahun 1980 (RMK 4), keputusan kabinet bertujuan pada asalnya membendung kegiatan anasir subversif (komunis) yang mempengaruhi Orang Asli di kawasan pedalaman. Rancangan ini banyak melibatkan perpindahan Orang Asli ke lokasi baharu dari penempatan asal. Sejumlah 17 lokasi RPS iaitu 6 di Negeri Perak, 7 di Negeri Pahang, 3 di Negeri Kelantan dan 1 di Negeri Johor. Antara insentif dan projek pembangunan yang disalurkan menerusi RPS ialah penyediaan rumah kediaman kepada peserta program, pembangunan infrastruktur dan prasarana secara bersepadu serta program tanaman komersial seperti kelapa sawit dan getah. Menerusi tanaman komersial tersebut peserta bukan sahaja menerima dividen menerusi hasil ladang malah turut diberi peluang untuk terlibat secara langsung sebagai pekerja ladang (www.jakoa.gov.my). Manakala

Page 75: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

67

dalam usaha untuk menggantikan sumber pendapatan mereka dengan mengutip hasil hutan dengan tanaman yang memberi pendapatan, Orang Asli telah ditempatkan semula dalam RPS. Kehidupan harian, status dan identiti komuniti ini berada dalam krisis setelah segala hak milik mereka diambil. Akibatnya, “This includes not only loss of land but also a sense of denied belonging being disappropriated from their indigenousness, which strikes at the soul of the Orang Asli” (Nair, 2007).

Masyarakat Orang Asli dari suku kaum Semai di Pos Pantos, Kuala Lipis, Pahang merupakan komuniti yang menduduki kawasan tersebut. RPS telah dilaksanakan ke atas mereka kerana tanah asal mereka diperlukan untuk projek pembinaan empangan hidro. Inilah keadaan yang seringkali dihadapi oleh masyarakat Orang Asli. Perpindahan dan penempatan semula ini memberi impak kepada mereka dalam segala aspek kehidupan. Pengambilan tanah asal mereka telah mengubah kehidupan harian, status dan identiti komuniti ini. Orang Asli masih lagi terbelenggu dalam kemiskinan, ketinggalan dalam pendidikan dan integrasi serta asimilasi yang diusahakan juga telah mengikis identiti mereka sebagai Orang Asli. Kehidupan orang Asli menghadapi transisi apabila berlaku penempatan semula kerana tanah yang mereka duduki diterokai atas kepentingan lain sehingga menyebabkan mereka tidak lagi mempunyai hutan (Gomes, 2004). Begitu juga yang berlaku terhadap Orang Asli suku Semai di Pos Pantos, Kuala Lipis, Pahang. Mereka telah dipindahkan dari kawasan asal mereka ke satu kawasan penempatan yang baharu kerana keperluan untuk membina empangan. Jumlah Orang Asli di Pos Pantos baharu ini adalah seramai 1,500 orang yang terdiri daripada 183 keluarga yang mempunyai rumah, manakala 75 keluarga lagi tidak mempunyai rumah.

Transformasi dalam masyarakat Orang Asli memperlihatkan berlakunya perubahan dalam segenap aspek kehidupan masyarakat mereka – meliputi aspek ekonomi, pendidikan, kegiatan sosial dan kebudayaan. Pada dasarnya, perubahan yang berlaku adalah disebabkan keprihatinan pihak-pihak tertentu khususnya pihak kerajaan dalam berusaha membantu masyarakat ini keluar dari kepompong yang lama dengan pelbagai langkah. Malah, kesedaran masyarakat itu sendiri juga sebenarnya mendorong kepada modenisasi mentaliti ke arah kemajuan dan taraf hidup yang lebih baik seiring dengan era globalisasi (Farah Shaqhirah, 2011).

Dasar kerajaan dalam usaha mengintegrasi dan mengasimilasi Orang Asli boleh dikategorikan kepada dua. Pertama, meletakkan komuniti ini di dalam masyarakat sementara bagi memastikan perlindungan dapat diberikan semasa proses transformasi ke dalam masyarakat moden. Kedua, asimilasi

Page 76: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

68

ke dalam komuniti Melayu adalah bersesuaian untuk membawa mereka ke dalam arus pembangunan. Kedua-dua dasar ini akan menjadi asas kepada identiti Orang Asli kemudiannya (Nair, 2007). Strategi yang digunakan ialah memperkenalkan nilai sistem berasaskan Islam bagi mengintegrasikan Orang Asli dalam masyarakat umum dan Melayu khususnya (Nicholas 2000, Nair 2007). Sebagaimana yang dinyatakan oleh Nicholas dan Nair (2007) “…to increase efforts at introducing a value system based on Islam for the integration of the Orang Asli with the wider society in general and Malays in particular”. Sejak berakhirnya zaman darurat, kerajaan mempunyai matlamat untuk membawa Orang Asli ke dalam arus perdana. Kementerian Dalam Negeri di dalam Statement Policy 1961 menyatakan bahawa “…their ultimate integration with the Malay section of the community”. Integrasi yang dilakukan hendaklah secara semulajadi. Oleh itu, “Special measures should be adopted for the protection of the institutions, customs, mode of life, persons, property and labor of the aborigines peoples” (Kementerian Dalam Negeri, 1961).

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Sharifah Zaleha, 2012(a), agama berpotensi mempengaruhi jati diri dan identiti seseorang atau kelompok. Agama boleh berbuat demikian kerana ia mempunyai ajaran, kepercayaan dan amalan-amalan yang boleh mendorong empat perkara. Pertama, ia boleh mendorong manusia menubuhkan komuniti iman atau faith community yang berbeza dari segi amalan dan tingkah lakunya daripada kumpulan lain. Kedua, agama boleh menentukan dengan siapa ahli-ahli komuniti tersebut boleh atau tidak boleh berinteraksi dan berhubungan. Ketiga, agama boleh menggalak manusia membandingkan komuniti yang mereka anggotai dengan kumpulan atau komuniti lain. Keempat, agama boleh menanam keinginan mendalam dalam kalangan ahli-ahli kelompok untuk memberi pernyataan kepada keyakinan mereka mengenai perkara-perkara yang dianggap penting dalam agama tersebut. Jadi, dengan mematuhi tuntutan-tuntutan sesuatu agama, manusia akan membentuk kumpulan yang mempunyai budaya atau tradisinya yang tersendiri. Budaya ini boleh menyatupadukan penganut sesuatu agama. Ini bersesuaian dengan hasrat kerajaan sejak 1980-an lagi, khususnya Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) yang amat cenderung untuk mengasimilasi Orang Asli terutamanya setelah terdapatnya desakan dan tekanan daripada Seksyen Hal Ehwal Agama, Jabatan Perdana Menteri. Pada 1990, Ketua Pengarah JIMIN menyatakan harapan supaya Orang Asli menyerap sepenuhnya ke dalam masyarakat Malaysia, “preferably as an Islamized subgroup of the Malays”. JHEOA yakin dengan menganut Islam maka budaya Melayu yang lain akan mudah meresap ke dalam cara hidup

Page 77: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

69

Orang Asli dan sehingga beberapa generasi kemudiannya Orang Asli akan menjadi sebahagian daripada orang Melayu (Endicott & Dentan, 2004).

Umumnya, masyarakat Orang Asli memiliki dan mengamalkan pelbagai jenis adat budaya, pantang-larang, kepercayaan, amalan kesihatan dan nilai hidup mereka yang unik dan tersendiri. Mereka mempunyai satu nilai hidup yang harmoni antara sesama insan dan alam persekitaran semula jadi mereka. Hal ini demikian kerana, hubungan mereka sesama manusia dan alam persekitaran banyak mempengaruhi cara hidup dan sumber ekonomi mereka. Kehidupan masyarakat ini banyak dipengaruhi oleh alam persekitaran dan amalan lama tinggalan nenek moyang mereka (Mee, S. & Ibrahim, Y., 2008). Walaupun setelah menganut agama Islam, bukan mudah untuk Orang Asli meninggalkan terus amalan budaya warisan daripada nenek moyang mereka. Pada masa yang sama, hasrat untuk melihat Orang Asli saudara baru menerima dan mengamalkan budaya orang Melayu juga diinginkan oleh pihak kerajaan. Menurut Amran Kasimin (1995), Orang Asli menerima sesetengah adat resam orang Melayu misalnya dalam adat perkahwinan, adat menyambut kelahiran bayi dan sebagainya. Jika bagi kebanyakan orang Melayu, integrasi Orang Asli dengan orang Melayu bermakna “menjadi Melayu” dengan matlamat akhirnya menjadi orang Islam, bagi orang Asli pula ini bermakna “menjadi seperti Melayu”. Namun, sejauh manakah Orang Asli benar-benar mengubah budaya asal kepada budaya orang Melayu dan menerima konsep “menjadi Melayu” setelah mereka memeluk agama Islam?

Bagi mengenal pasti pemahaman dan pelaksanaan cara hidup Islam serta perubahan dalam amalan budaya masyarakat Orang Asli, konsep yang dinyatakan oleh Syarifah Zaleha Syed Hassan (2012(b)) telah digunakan di dalam kajian ini. Beliau memerihalkan tiga konsep dalam mengenal pasti perubahan gaya hidup Muslim iaitu ‘mukmin’, ‘umat Muhammad’ dan ‘ummah’. Istilah ‘mukmin’ merujuk kepada orang mempunyai tahap komitmen terhadap Islam yang tinggi. ‘Umat Muhammad’ pula merujuk kepada kelompok yang taat kepada Rasulullah SAW dan menjadikan Baginda SAW ikon mereka manakala ‘ummah’ seperti yang dinyatakan, merujuk kepada komuniti moral yang ahli-ahlinya dikaitkan antara satu dengan lain oleh kepercayaan yang sama, bukan semangat kedaerahan atau ketaatan kepada pemimpin. Seperkara tentang identiti yang dijelmakan melalui ketiga-tiga konsep ini ialah ia tidak bersifat primordial kerana ciri-ciri kebudayaan identiti Islam ini tidak dikaitkan dengan sesuatu kelompok yang khusus seperti konsep ‘Melayu’ dan ‘bangsa Melayu’ misalnya. Lebih-lebih lagi, tersirat di dalam konsep-konsep ‘mukmin’, ‘ummah’ dan ‘umat

Page 78: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

70

Muhammad’ ialah kecenderungan untuk mengiktiraf kesamaan taraf antara individu, bukan untuk menekankan perbezaan dan pemeringkatan status antara individu dan kelompok seperi yang tersirat dalam konsep-konsep Melayu dan bangsa Melayu (Sharifah Zaleha, 2012(b)).

Orang Islam yang unggul ialah orang yang menghargai keluarga dan perpaduan kekeluargaan, sedia membantu golongan yang lemah, sedia bekerjasama dengan orang lain termasuk mereka yang berlainan agama dan budaya dan sentiasa berusaha memperbaiki diri sendiri serta meningkatkan ketakwaannya iaitu menjadi seorang ʽmukmin’. Bagi ‘umat Muhammad’, kesungguhan untuk menjadikan Baginda SAW contoh dalam membentuk keperibadian adalah ditekankan. Konsep ‘ummah’ ialah organisasi yang unggul tetapi ia bukan satu keteraturan sosial seperti negara Islam, republik Islam atau kampung Islam. Ummah boleh direalisasikan melalui institusi-institusi yang mencerminkan nilai-nilai Islam. Ketakwaan kepada Allah SWT penting kerana ia membuat kehidupan seseorang lebih bermakna. Orang yang bertakwa ialah orang yang melaksanakan tanggungjawab dan kewajipan sosial mengikut kedudukan dan peranannya dalam masyarakat mengikut hukum dan lunas-lunas Islam (Sharifah Zaleha, 2012(b)).

Kaedah KajianKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pemahaman dan pelaksanaan

cara hidup Islam serta perubahan dalam amalan budaya masyarakat Orang Asli dari suku Semai di Pos Pantos, Lipis, Pahang setelah usaha pendakwahan Islam dijalankan di kawasan tersebut. Sebagai kajian awal, sebanyak 30 borang soal selidik telah diterima daripada responden. Analisis data yang digunakan adalah berbentuk deskriptif dan data dihuraikan menggunakan nilai kekerapan serta peratusan. Temu bual iaitu semi-structured interviews dijalankan terhadap focus group atau kumpulan berfokus yang telah dikenal pasti. Soalan untuk temu bual dan soal selidik yang diedarkan kepada responden adalah berpandukan kepada tiga konsep yang dinyatakan di atas. Lima orang “key informant” telah ditemu bual di mana setiap daripada mereka mewakili sebuah keluarga besar (extended family).

Temu bual berdasarkan satu set soal selidik dengan pemimpin serta kumpulan berfokus. Kumpulan berfokus ini dilakukan bersama sekumpulan Orang Asli yang berpengetahuan dan berpengalaman, dan dikumpulkan secara berkelompok untuk temu bual. Seramai lima orang “key informant” telah dikumpulkan dan temubual secara mendalam telah dijalankan terhadap mereka. Temu bual digunakan untuk memperolehi maklumat berkenaan fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya yang diperlukan

Page 79: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

71

untuk mencapai objektif penyelidikan (Mohd. Majid Konting, 2005). Temu bual sangat praktikal digunakan untuk mendapatkan maklumat yang tepat daripada populasi yang kecil, yang buta huruf, populasi yang berumur dan kanak-kanak. Temu bual telah digunakan dalam kajian ini kerana faktor-faktor yang disebut di atas.

Analisis dokumen merupakan kaedah penyelidikan deskriptif yang bermatlamat untuk menjelaskan sesuatu keadaan yang sedang berlaku berpandukan kepada dokumen-dokumen yang berkaitan dengan keadaan tersebut (Abd. Majid Konting, 2003). Di dalam kajian ini, dokumen-dokumen rasmi, data dan laporan dari JAKOA, SUHAKAM dan sebagainya dilihat.

Dapatan Kajian a)ProfilRespondenDi Pos Pantos ini terdapat dua kelompok Orang Asli iaitu beragama

Islam dan bukan beragama Islam. Sebahagian besar daripada penduduk Orang Asli di Pos Pantos menganuti agama Islam. Maklumat mengenai responden yang seramai 30 orang tersebut terdiri daripada 15 orang perempuan dan lima orang lelaki. Kesemua 15 orang wanita tersebut sudah berkahwin dan tidak bekerja. Antara lima orang lelaki tersebut, dua orang masih bujang dan tiga orang sudah berkahwin. Kategori umur telah dibahagikan kepada tiga iaitu di bawah 50, di bawah 40 dan di bawah 30. Tiga orang di bawah umur 50 iaitu dua orang lelaki dan seorang wanita. Terdapat 10 orang responden di bawah umur 40 iaitu seorang sahaja lelaki dan selebihnya adalah perempuan. Manakala kategori umur di bawah 30, berjumlah sembilan orang di mana dua orang adalah lelaki bujang dan tujuh orang lagi adalah wanita. Kesemua responden wanita adalah suri rumah dan kesemua responden lelaki bekerja sendiri iaitu mengutip hasil hutan dan mengusahakan tanaman sawit serta getah. Kesemua responden merupakan saudara baru Islam. Mereka merupakan generasi pertama dalam kalangan orang Semai di situ yang memeluk Islam dan pemilihan mereka sebagai responden adalah bersesuaian dengan objektif kajian yang mahu mengenal pasti pemahaman dan pelaksanaan cara hidup Islam serta perubahan dalam amalan budaya masyarakat Orang Asli.

b) Hasil Soal SelidikSebanyak 30 borang soal selidik diedarkan dan dipulangkan dengan

jawapan lengkap, dan dianalisis. Bahagian B soal selidik adalah mengenai komitmen terhadap Islam atau amal ibadat asas yang dilakukan dalam kehidupan seharian oleh masyarakat Semai:

Page 80: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

72

Jadual 1: Bahagian B: Mukmin: Komitmen terhadap Islam

Bil. Item

Jawapan

Sangat Setuju

Tidak Setuju Setuju Sangat

Setuju

Jum. % Jum. % Jum. % Jum. %

1.Saya mengetahui rukun Islam dan rukun iman serta penjelasan mengenainya.

0 0 12 40 18 60 0 0

2. Saya menunaikan solat lima waktu penuh. 0 0 15 50 15 50 0 0

3. Saya berpuasa penuh di bulan Ramadan. 5 16.6 9 30 16 53.3 0 0

4. Saya boleh membaca al-Quran. 11 36.6 13 43.3 5 16.6 1 3.3

5.Saya menjaga pemakanan, pakaian, pergaulan dan tingkah laku menurut Islam.

0 0 0 0 30 100 0 0

Berdasarkan Jadual 1, seramai 18 responden menyatakan bahawa mereka mengetahui rukun Islam dan rukun Iman serta penjelasan mengenainya. Pelaksanaan solat lima waktu menunjukkan 15 responden atau 50 peratus sahaja melakukan ibadah tersebut dengan penuh. Manakala dari segi berpuasa penuh pada bulan Ramadan, hanya 16 responden atau 53.3 peratus yang menunaikannya. Bagi kaum lelaki, mereka mengakui bahawa tidak dapat berpuasa penuh sebulan kerana alasan bekerja berat dan adakalanya tidak dapat berpuasa. Penjagaan makanan, pakaian, pergaulan dan tingkah laku menurut Islam diikuti oleh kesemua responden. Soalan keempat dalam soal selidik ini adalah berdasarkan kebolehan membaca al-Quran, dan hanya enam orang yang menyatakan boleh membacanya. Selebihnya, iaitu 24 orang responden masih lagi di peringkat awal membaca Iqra’. Diandaikan bahawa mereka yang di peringkat awal ini akan mampu membaca al-Quran dalam sedikit masa lagi. Keadaan ini menunjukkan bahawa mereka berikhtiar dan bersungguh-sungguh untuk memastikan mereka mampu untuk melaksanakan ajaran Islam.

Bahagian C pula merupakan soalan yang berkaitan dengan pengakuan dan tingkah laku responden sebagai ‘umat Muhammad’ iaitu dari segi ketaatan kepada ajaran oleh Rasulullah SAW dan menjadikan Baginda SAW sebagai ikon:

Page 81: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

73

Jadual 2: Bahagian C: Umat Muhammad: Taat kepada Rasulullah SAW

Bil. Item

Jawapan

Sangat Setuju

Tidak Setuju Setuju Sangat

Setuju

Jum. % Jum. % Jum. % Jum. %

1. Saya mengetahui banyak mengenai sirah Rasulullah. 5 16.6 10 33.3 15 50 0 0

2. Saya mengetahui dan memahami hadis-hadis. 5 16.6 10 33.3 15 50 0 0

3.Saya mengagumi Rasulullah dan ingin mencontohi keperibadian baginda.

0 0 0 0 30 100 0 0

4.Saya sering berselawat ke atas Nabi terutamanya selepas menunaikan solat.

0 0 0 0 30 100 0 0

Hanya 15 atau 50 peratus responden mengetahui banyak tentang sirah Rasulullah SAW dan mengetahui serta memahami hadis. Walau bagaimanapun, kesemua responden mengagumi Rasulullah SAW dan ingin mencontohi keperibadian Baginda SAW. Mereka juga menyatakan bahawa sering berselawat terutamanya selepas menunaikan solat lima waktu. Di sini didapati bahawa hanya 50 peratus atau keputusannya adalah sederhana dari segi pengetahuan mengenai sirah dan hadis. Namun, peratusan yang tinggi diperolehi dalam mengagumi keperibadian Rasulullah SAW, begitu juga dengan selawat ke atas Rasulullah SAW menjadi amalan mereka.

Bahagian D: Ummah: Komuniti Moral

Bil. Item

Jawapan

Sangat Setuju

Tidak Setuju Setuju Sangat

Setuju

Jum. % Jum. % Jum. % Jum. %

1.

Saya meraikan atau menyambut hari kebesaran dalam Islam bersama komuniti Islam yang lain.

0 0 0 0 15 50 15 50

2.Saya meninggalkan adat, pantang larang dan cara hidup sebelum memeluk Islam.

5 16.6 5 16.6 15 50 5 16.6

3.Saya mengikuti kelas ilmu dan ceramah agama yang diadakan oleh pelbagai pihak berautoriti.

0 0 0 0 25 83.3 5 16.6

4. Saya merasakan masuk Islam bermakna saya menjadi Melayu. 0 0 30 100 0 0 0 0

Page 82: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

74

5.Saya ada mengikuti cara hidup dan budaya Melayu setelah memeluk Islam.

0 0 30 100 0 0 0 0

Dapatan daripada Bahagian D soal selidik iaitu berkenaan ummah dan komuniti moral, menunjukkan bahawa kesemua responden meraikan atau menyambut hari kebesaran Islam bersama komuniti Islam yang lain. Berdasarkan kepada amalan budaya tradisional sebelum Islam, 10 orang responden atau 33.3 peratus mengakui masih belum meninggalkan sepenuhnya adat, pantang larang dan cara hidup sebelum memeluk Islam. Seramai 20 orang atau 66.6 peratus lagi telah meninggalkan amalan budaya yang bagi mereka bertentangan dengan Islam. Kesemua responden mengikuti kelas ilmu dan ceramah agama yang dianjurkan sama ada oleh Majlis Agama Islam Pahang atau pihak yang dibenarkan untuk menganjurkan aktiviti keagamaan di dalam komuniti tersebut. Dua soalan di dalam soal selidik ini adalah berkaitan dengan konsep “masuk Melayu” atau perubahan identiti Orang Asli kepada menjadi orang Melayu. Kesemua 30 orang responden tidak bersetuju apabila dikatakan bahawa memeluk agama Islam bermakna mereka menjadi Melayu. Mereka juga tidak bersetuju dengan penyataan bahawa setelah memeluk agama Islam mereka mengikuti dan cara hidup orang Melayu.

c) Hasil Temu bual Kumpulan Berfokus“Key Informant” dalam kajian ini adalah Tok Batin iaitu Ketua

Penduduk, pendakwah atau guru agama bagi masyarakat Orang Asli di sana serta temu bual bersama beberapa penduduk iaitu tiga orang informan daripada penduduk Pos Pantos, merupakan satu permulaan untuk mendalami lagi perkembangan pendakwahan dan penerimaan masyarakat Semai di kawasan tersebut. Antara ketiga-tiga informan tersebut, dua orang merupakan wanita dan seorang lagi, lelaki. Informan wanita tersebut merupakan kaum ibu yang mengikuti kelas agama fardu ain dan al-Quran di masjid Pos Pantos. Manakala informan lelaki itu ialah daripada kalangan pemimpin Pos Pantos.

Temu bual bersama Tok Batin mendapati bahawa beliau menganggarkan lebih kurang 60% daripada kaum lelaki beragama Islam menunaikan solat Jumaat. Sebahagian besar daripada mereka bekerja sendiri, oleh itu setiap Jumaat dapat dilihat sejumlah kaum lelaki sebagaimana yang dianggarkan oleh beliau pergi menunaikan solat Jumaat. Aktiviti keagamaan yang dianjurkan oleh pelbagai pihak berkuasa Islam juga mendapat sambutan

Page 83: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

75

daripada sebahagian besar penduduk. Beliau begitu mengalu-alukan pihak yang ingin memberi sumbangan dalam bentuk ilmu agama kepada penduduk. Kedudukan kampung yang agak jauh daripada petempatan Melayu dan bandar menyukarkan mereka untuk bergerak keluar bagi mendalami ilmu agama. Berkenaan perubahan amalan budaya dalam kalangan komuniti tersebut, beliau menyatakan bahawa masih terdapat lagi terdapat kepercayaan terhadap adat dan pantang-larang yang diamalkan oleh komuniti mereka. Antaranya ialah pantang-larang apabila memasuki hutan dan sungai untuk mencari hasil hutan serta memburu binatang. Selain itu, perubatan tradisional yang mempercayai bahawa sesetengah penyakit disebabkan oleh makhluk ghaib atau terlanggar pantang-larang.

Satu temu bual juga telah dibuat dengan seorang pendakwah atau guru agama yang merupakan salah seorang penduduk Pos Pantos. Beliau mengajar kelas fardu ain dan al-Quran di masjid. Pendakwah atau ustazah tersebut telah dilantik oleh Majlis Agama Islam Pahang di bawah Briged Dakwah untuk Orang Asli. Mereka diberi elaun mengikut tugasan iaitu bergantung kepada program yang telah dirancang oleh pihak Majlis. Mesyuarat dan perbincangan bagi pendakwah daerah Kuala Lipis dilakukan di Kuala Lipis. Mereka ini dilatih dan dimantapkan ilmu agama dari semasa ke semasa oleh pihak Majlis.

Menurut ustazah tersebut, kelas agama yang diadakan di masjid mendapat sambutan sebanyak 60% daripada penduduk yang beragama Islam. Namun, semakin merosot kepada 40% kerana mereka dikatakan bosan atau jemu dengan pengajar yang sama setiap minggu. Bagi ustazah, 40% yang mengikuti kelas agama ini adalah golongan yang komited dan amat jarang sekali tidak menghadiri kelas. Berbeza dengan sambutan majlis besar seperti program ibadah korban, pengajian al-Quran dan ceramah agama daripada pihak luar yang mendapat sambutan ramai. Hampir 90% daripada penduduk beragama Islam menghadiri aktiviti yang dianjurkan. Hingga kini pihak yang aktif menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan dakwah di Pos Pantos terdiri daripada pelajar universiti awam iaitu daripada Universiti Putra Malaysia dan Universiti Malaya. Selain itu, sumbangan dan pengajian al-Quran juga pernah diadakan oleh Masjid Dato’ Abdul Aziz, Seksyen 14 Petaling Jaya. Sebagaimana yang dinyatakan oleh ustazah tersebut, sumbangan daripada pelbagai pihak sama ada dalam bentuk kewangan, material dan ilmu sememangnya sentiasa dialu-alukan oleh penduduk Pos Pantos.

Informan wanita dalam temu bual ini telah dilabel sebagai I1 dan I2. Manakala, informan lelaki dilabel sebagai I3. Ketiga-tiga informan memeluk

Page 84: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

76

Islam hasil daripada penerangan para pendakwah Islam yang memasuki kampung mereka. I1 dan I2 merupakan suri rumah dan mengikuti kelas agama yang diadakan sebanyak dua kali seminggu di masjid Pos Pantos. Mereka menyatakan bahawa sebagai ibu, mereka cuba memastikan ahli keluarga yang tinggal sebumbung melaksanakan solat lima waktu sehari semalam dan berpuasa pada bulan Ramadan. Anak-anak yang bersekolah menerima pendidikan agama Islam secara formal iaitu di sekolah. Melalui pendidikan Islam yang disediakan oleh pihak sekolah, memudahkan kaum ibu dalam memastikan anak-anak menerima pendidikan yang sewajarnya. Bagi I2 yang tinggal bersama ibu bapa yang telah berusia lebih 60 tahun dan masih kekal dengan kepercayaan nenek moyang, mengakui sukar untuk meminta ibu bapanya mengubah kepercayaan. Kesemua informan I1, I2 dan I3 mengakui bahawa mereka masih belum meninggalkan sepenuhnya kepercayaan adat resam dan pantang-larang lama. Antara amalan budaya yang kuat mempengaruhi mereka ialah pantang-larang apabila memasuki hutan, hubungan dengan alam sekeliling iaitu flora dan fauna (setiap daripada unsur alam mempunyai semangat dan kuasa luar biasa). Ini diikuti dengan kepercayaan terhadap perubatan tradisional setelah penyakit yang dihidapi sukar untuk sembuh.

Apabila diaju soalan mengenai perubahan budaya Orang Asli kepada budaya orang Melayu, kesemua informan tidak bersetuju untuk mengubah budaya asal mereka kepada budaya orang Melayu selagi ia tidak bertentangan dengan Islam. Walaupun mereka tidak menafikan masih mengamalkan budaya asal dan didapati tidak bersesuaian dengan Islam, mereka tetap menolak untuk mengikut cara hidup orang Melayu. Bagi mereka, perubahan yang berlaku dalam budaya dan cara hidup adalah kerana mengikut landasan Islam dan bukannya Melayu. Meninggalkan amalan budaya warisan yang telah begitu lama berada dalam hidup orang Semai bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan.

KesimpulanBerdasarkan kepada soal selidik dan temu bual yang telah dilakukan,

sememangnya tanda-tanda budaya identiti Islam telahpun terjelma dalam komuniti Semai di Pos Pantos. Mereka memahami dan melaksanakan kehidupan seharian mengikut ajaran Islam. Walaupun hasil dapatan menunjukkan kekerapan dan peratusan yang sederhana iaitu purata peratusan bagi kesemua soalan soal selidik adalah 59.27% sahaja bagi pemahaman dan pelaksanaan cara hidup Islam, golongan ini mempunyai kecenderungan untuk meraikan ketakwaan kepada Allah. Dalam aktiviti di

Page 85: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

77

masjid seperti ceramah dan kelas agama, konsep seperti ‘mukmin’, ‘umat Muhammad’ dan ‘ummah’ sering diketengahkan untuk memerihalkan identiti yang bersumberkan Islam dan ertinya kepada suku Semai yang menghadiri aktiviti tersebut. Melihatkan kepada dapatan kajian ini ternyata bahawa suku Semai tidak merasakan bahawa mereka mengamalkan budaya Melayu dan kurang senang apabila dikatakan “masuk Melayu” setelah memeluk Islam. Mereka merasakan identiti sebagai Orang Asli tidak perlu diubah dan mereka tidak bersedia untuk memasuki arus perdana iaitu menjadi sebahagian daripada orang Melayu. Perubahan budaya yang berlaku dalam kehidupan mereka setelah memeluk Islam adalah kerana ajaran agama tersebut. Namun, amalan budaya Orang Asli yang tidak selaras dengan ajaran Islam ada antaranya yang masih lagi diteruskan oleh mereka. Responden dan informan dalam kajian ini merupakan generasi pertama suku Semai yang beragama Islam, sudah pasti sukar untuk meninggalkan amalan budaya asal tersebut. Perubahan amalan budaya Orang Asli kepada budaya hidup yang selaras dengan tuntutan Islam dalam kalangan suku Semai ini masih lagi sederhana peratusannya, namun kecenderungan mereka untuk berubah dari segi amalan budaya asal dan menerima dakwah Islam masih lagi positif. Oleh itu, usaha dan bantuan yang lebih giat diperlukan dalam aktiviti pendakwahan dalam kalangan Orang Asli diperlukan serta dilakukan secara berterusan.

RujukanAbdullah Alwi Hj. Hassan, 2001. “Adat Melayu Mengikut Perspektif Perundangan

Orang Islam di Malaysia”. Dlm. Abdul Latiff Abu Bakar (penyelanggara). Adat Melayu Serumpun. Diselenggarakan oleh. Melaka: Perbadanan Muzium Melaka.

Abd. Majid Konting, 2003. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad, A. R. & Mohd. J, Z., 2009. “Kesedaran Pendidikan Dalam Kalangan Masyarakat Orang Asli”. Dlm. Masyarakat Orang Asli : Perspektif Pendidikan dan Sosiobudaya. Bangi : Penerbit UKM.

Endicott, Kirk & Dentan, Robert Knox, 2004. “Into the mainstream or into the backwater? Malaysian Assimilation of Orang Asli”, in Christopher R. Duncan (ed.). Civilizing the Margins: Souteast Asian Government Policies for the Development of Minorities. New York: Cornell University Press.

Farah Shaqhirah, 2011. Kepentingan Pemuliharaan Warisan Kebudayaan Di Negara Malaysia. Dicapai pada 10 Mac, 2017 dari http://www.scribd.com/doc/52306655/Kepentingan-Pemuliharaan-Warisan- Kebudayaan-di-Negara-Malaysia.

Page 86: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

78

Gomes, Alberto G., “The Orang Asli of Malaysia”. IIAS Newsletter No. 35, November 2004.

Hood Salleh, 2001. “Kosmologi Lama dan Kosmologi Baru: Beberapa Kaitan Teoritis”. Yaacob Harun (ed.). Dlm. Kosmologi Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Idris Jimin, 1968. “Distribution of Orang Asli in West Malaysia”. JMBRAS. Vol. VIII. Hlm. 45-8.

Juli Edo, 2001. “Tamadun Peribumi Malaysia”. Dlm. Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Laman Web Rasmi Jabatan Kemajuan Orang Asli. Dicapai pada 10 Mac 2017 dari http://www.jakoa.gov.my/orang-asli/maklumat-orang-asli/

Mee. S. & Ibrahim, Y., 2008. “Pembandaran dan Penempatan Semula Komuniti Orang Asli”. Dlm. Redzuan, M. & Gill, S. (Ed). Orang Asli: Isu, Trasformasi dan Cabaran. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Nair, Sulochana, 2007. “Fostering Ethnic Unity and Enhancing Ethnic Accomodation: The Role of Povery Eradication Policies in Malaysia”, in Abdul Rahman Embong, Rethinking Ethnicity & Nation-Building. Kajang: Persatuan Sains Sosial Malaysia.

Nicholas, C., 2000. The Orang Asli And The Contest For Resources. Indigenous politics, Development And Identity In Peninsular Malaysia. Copenhagen: International Work Group For Indigenous Affairs.

Nicholas, Colin, Tijah Yok Chopil dan Tiah Sabak, 2003. Orang Asli Women and The Forest. Subang Jaya: Center for Orang Asli Concerns.

Orang Asli 1954 – 2009. JHEOA. Ampang : Kuala Lumpur.Sharifah Zaleha Syed Hassan, 2012. “Agama dan Pembentukan Identiti:

Mengungkapkan Pengalaman Masyarakat Malaysia”. Dlm. Sharifah Zaleha Syed Hassan (ed.) Agama dan pembentukan Identiti: Kumpulan Esei tentang Pengalaman Masyarakat Malaysia. Bangi: Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sharifah Zaleha Syed Hassan, 2012. “Islamisasi dan Transformasi Identiti Melayu”. Dlm. Sharifah Zaleha Syed Hassan (ed.) Agama dan pembentukan Identiti: Kumpulan Esei tentang Pengalaman Masyarakat Malaysia. Bangi: Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), 2013. Laporan Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asal/Asli. Kuala Lumpur: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).

PenghargaanPenghargaan dan ucapan terima kasih kepada Universiti Malaya yang telah membiayai geran penyelidikan UMRG RP008C-14HNE bagi projek kajian komuniti Orang Asli di Pos Pantos, Kuala Lipis, Pahang ini serta penduduk Pos Pantos, Kuala Lipis, Pahang.

Page 87: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

79

SEJARAH PERKEMBANGAN DAN PELAKSANAAN AKTIVITI KEILMUAN

ISLAM DI SARAWAK

Najihah Abdul Mutalib1

AbstrakArtikel ini meninjau sejarah pelaksanaan aktiviti keilmuan dan pendidikan Islam yang berjalan pada zaman-zaman awal pemerintahan Brooke dan inisiatif yang telah dilakukan oleh masyarakat Melayu Sarawak dahulu untuk meningkatkan tahap kefahaman dan syiar Islam dalam masyarakat. Artikel ini juga akan melihat penglibatan ulama silam Sarawak yang berusaha untuk mempertahan dan mengembangkan Islam di negeri ini. Akhir sekali, penulisan ini turut memberi fokus kepada usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak berwajib pada masa kini dalam melaksanakan aktiviti keilmuan Islam di Sarawak terutamanya di bahagian Bintulu. Maklumat dan data diperolehi daripada kajian kepustakaan dan kajian lapangan melalui temu bual, penglibatan dan pemerhatian. Hasil kajian mendapati bahawa telah wujud satu usaha murni oleh ulama dan masyarakat Islam Sarawak suatu masa dahulu terutamanya orang Melayu untuk memartabatkan Islam dan meningkatkan syiarnya di negeri ini. Usaha itu telah berkesinambungan sehingga kini apabila pelaksanaannya masih diteruskan dengan penganjuran pelbagai aktiviti dan program keilmuan dalam kalangan masyarakat Islam yang sememangnya amat dahagakan ilmu dan pendidikan Islam di negeri ini.

AbstractThis paper looks at the history of Islamic scholarly activities and education during the early days of Brooke’s rule and the initiatives undertaken by the Sarawak Malay community to enhance the level of understanding and symbolism of Islam in society. This article will also look at the involvement of the ‘ulama’ of Sarawak who seek to defend and develop Islam in this country. Finally, this article also focuses on the efforts made by the current authorities in carrying out Islamic activities in Sarawak especially in Bintulu. Information and data were obtained from library

1 Pensyarah, Pusat Pendidikan Asas dan Liberal, Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu.

Page 88: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

80

research and field studies through interviews, engagements and observations. The findings suggest that there has been a pursuit of pure scholars by the ‘ulama’ and the Muslim community of Sarawak in the past, especially the Malays to uphold Islam and increase its symbolism in this state. And that effort has been continuous until now when its implementation is still ongoing with organizing various Islamic programs and activities to the Muslim community that is indeed very thirsty for Islamic knowledge and education in the state.

Pengenalan Aktiviti keilmuan dalam kalangan masyarakat Melayu Islam atau juga

disebut sebagai pendidikan tidak formal telah berlaku sejak awal kemasukan Islam ke negara ini. Fenomena ini turut berlaku di negeri Sarawak, namun tidak banyak kajian yang dilakukan oleh para sarjana dan penulis terdahulu yang dapat menggambarkan perkembangan aktiviti ilmu dalam kalangan masyarakat Islam di negeri Sarawak sejak awal kemasukan Islam dan pelaksanaannya sehingga kini. Sarawak merupakan negeri terbesar dalam Malaysia yang kini mempunyai 11 bahagian keseluruhannya. Sarawak ialah sebuah negeri yang unik; ia mempunyai lebih daripada 26 kumpulan etnik dengan bahasa, budaya dan cara hidup yang tersendiri. Sarawak pernah diperintah oleh beberapa kuasa besar iaitu Kesultanan Brunei (1476-1841), Keluarga Brooke (1841-1941), Jepun (1941-1945) dan British (1946-1963). Sejarah kemasukan Islam ke negeri Sarawak masih menjadi perbahasan dalam kalangan para sarjana. Walau bagaimanapun, dikatakan Islam mulai masuk ke Sarawak semasa pemerintahan Kesultanan Brunei iaitu pada abad ke-15M. Pada masa itu, sedikit demi sedikit Islam disebarkan terutamanya kepada kaum Melayu, Melanau dan juga Dayak. Aktiviti keilmuan turut berlaku dalam kalangan masyarakat Islam pada zaman itu, namun setelah Keluarga Brooke memerintah Sarawak, perkembangan ini beransur-ansur tenggelam dan tidak serancak seperti pada awalnya (Sanib 1980: 183).

Perkembangan aktiviti keilmuan dalam kalangan masyarakat Islam di Sarawak pada hari ini masih berlaku walaupun kurang menyerlah berbanding di negeri-negeri lain dalam Malaysia. Sekolah-sekolah agama kerajaan dan persendirian juga wujud, namun bilangannya terhad. Banyak pihak berpendapat bahawa situasi ini berlaku mungkin disebabkan kesan penjajahan keluarga Brooke dan British yang bertapak lama, di samping masyarakat Islam di Sarawak perlu berlumba dengan etnik-etnik yang beragama lain terutamanya Kristian, yang diterapkan oleh penjajah.

Page 89: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

81

Sejarah Ringkas Kemasukan Islam Ke SarawakSejarah kemasukan Islam ke Sarawak berkait rapat dengan sejarah

kemasukan Islam ke Brunei. Walaupun tarikh tepat kemasukan Islam ke Borneo amnya dan ke Sarawak khasnya masih menjadi perdebatan dalam kalangan para penyelidik, kebanyakan sarjana yang mengkaji tentang Islam di Sarawak bersetuju bahawa kedatangan dan perkembangan agama Islam di Sarawak bermula sejak pemerintahan Kesultanan Brunei di negeri ini iaitu sejak abad ke-15 lagi.

Menurut Pengiran Dr. Hj. Mohammad b. Pengiran Hj. Abdul Rahman (2001: 59), Islam mula masuk ke Brunei secara tidak rasmi sekurang-kurangnya pada tahun 1264 Masihi, tetapi pengaruh dan perkembangannya bukanlah satu pencapaian yang besar. Susur galur peringkat permulaan kedatangan Islam ke Brunei sebenarnya mempunyai kaitan dengan kedatangan pedagang-pedagang China ke negara tersebut sejak kurun ke-6 Masihi. Hubungan pedagang Islam dari Negara China dengan penduduk tempatan telah meresapkan pengaruh Islam di negara Brunei. Selain itu, terdapat bukti-bukti arkeologi berbentuk wang dan tembikar yang mengandungi tulisan jawi dan ciri-ciri ukiran Cina, serta sebuah batu nisan bertulisan Cina yang menunjukkan bahawa si mati adalah berketurunan Cina dan beragama Islam, bernama ‘P’u Kung Chih-mu’ yang meninggal pada tahun 1264 Masihi.

Menurut Silsilah Raja-Raja Berunai, Raja Brunei yang pertama bernama Awang Alak Betatar telah memeluk Islam di negeri Johor dan menukar namanya kepada Sultan Muhammad (Sweeney: 1968). Peristiwa ini dijangkakan telah berlaku kira-kira pada pertengahan abad ke-14 Masihi (Pg. Mohammad, 2001). Dengan pengislaman Sultan Muhammad ini, secara rasminya tertubuhlah Kerajaan Islam Brunei. Pada tahun 1521, Antonio Pigafetta melalui catatannya dalam rombongan pelayaran Magellan mengelilingi dunia menjelaskan bahawa pada ketika itu kerajaan Brunei telah memeluk Islam. Wan Hussein Azmi (1980) dalam tulisannya turut menegaskan bahawa pada tahun 1571 Masihi, dakwah Islam telah sampai ke kawasan Barat Laut Brunei.

Walau bagaimanapun, agama Islam hanya menjadi kuasa yang kuat di Kepulauan Borneo pada abad ke-17. Agama Islam telah mula disebar luas ke Manila di Kepulauan Filipina semasa pemerintahan Sultan Bulkiah iaitu Raja Brunei yang ke-5. Pada masa tersebut iaitu antara tahun 1600 hingga 1771 Masihi, kerajaan-kerajaan di Pantai Barat Pulau Kalimantan seperti Kutai, Sukadana, Kota Waringin, Mata, Mampwa dan Pontianak juga telah

Page 90: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

82

memeluk agama Islam. Walaupun kerajaan-kerajaan ini terletak berdekatan dengan negeri Sarawak, pengaruh Islam dari Kerajaan Islam Brunei lebih kuat menular ke negeri ini (Sanib, 1980: 182).

Kesultanan Brunei telah meletakkan pegawai-pegawai berketurunan Arab yang bergelar ‘syarif’ untuk mentadbir wilayah-wilayah di bawah jajahannya termasuklah di Sarawak. Syarif-syarif ini dipilih kerana pengetahuan mereka mengenai Islam dan kemampuan mereka dalam urusan pentadbiran, dan mungkin juga kerana Sultan Brunei yang ke-3 berketurunan Arab iaitu Syarif Ali Bilfalih. Menurut Sanib Said (1980), syarif-syarif ini telah berjaya mengislamkan hampir keseluruhan orang Melayu dan sebahagian besar puak Dayak di Sarawak sebelum abad ke-19. Kesultanan Brunei juga telah berjaya mengislamkan hampir 75% bangsa Melanau dan puak-puak kecil lain seperti Bliun, Seru dan Bukitan. Hasilnya, menjelang abad ke-19 Islam telah bertapak kuat di Sarawak khasnya dan di Pulau Kalimantan amnya. Namun begitu, penjajahan keluarga Brooke di Sarawak pada tahun 1841 hingga 1941 telah menjejaskan pengaruh Islam di negeri ini (Sanib, 1980).

Ulama Dalam Perkembangan Aktiviti Keislaman di SarawakPerkembangan aktiviti keilmuan Islam di Sarawak suatu waktu dahulu

amat berkait rapat dengan kewujudan golongan ulama. Mereka telah bergerak aktif untuk menyebarkan Islam di samping mengajar ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat Sarawak. Malah, ada dalam kalangan mereka telah dilantik memegang jawatan penting dalam jentera pentadbiran Brooke kerana keilmuan, keperibadian dan sifat mulia yang ditunjukkan oleh golongan ini. Pelantikan tersebut menunjukkan bahawa ulama Sarawak merupakan golongan yang disanjungi suatu ketika dahulu. Namun, ramai daripada kalangan generasi kini tidak mengenali, malah ada yang tidak pernah langsung mendengar nama-nama ulama silam Sarawak ini. Ulama silam Sarawak yang terkenal dan banyak berjasa antaranya adalah Datuk Hakim Keramat, Sheikh Uthman Sarawak, Datuk Hakim Imam Abang Haji Mursyidi, Datuk Hakim Haji Muhammad Asy`ari dan lain-lain.

Datuk Hakim KeramatSemasa pemerintahan Raja Charles Brooke - sekitar pertengahan tahun

1840-an - salah seorang pembesar negeri iaitu Datuk Patinggi Ghafur telah pergi menunaikan haji di Makkah. Pada waktu itu juga, seorang rakyat Sarawak berada di sana kerana melanjutkan pengajian dalam bidang agama. Beliau dikenali sebagai Datuk Hakim Keramat yang dipercayai merupakan

Page 91: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

83

seorang ulama perintis yang telah mendidik anak-anak didiknya menjadi ulama besar Sarawak (Abu Muhammad, 2006). Datuk Patinggi Ghafur telah memaklumkan kepada Datuk Hakim Keramat bahawa negeri Sarawak telah diperintah oleh Raja Charles Brooke yang beragama Kristian. Demi untuk menyelamatkan akidah dan kepercayaan umat Islam di Sarawak pada ketika itu, Datuk Hakim Keramat mengambil keputusan untuk pulang ke negeri kelahirannya kira-kira sekitar tahun 1850-an. Dengan kepulangan beliau ke tanah air sendiri, bermulalah perjuangan ulama Sarawak dalam mempertahankan pegangan masyarakat Melayu Sarawak dari diragut oleh pemerintah kafir. Tambahan pula, pengaruh Islam pada ketika itu sudah sedikit terhakis akibat daripada penjajahan tersebut.

Nama sebenar beliau adalah Abang Haji Abdul Rahman bin Abang Haji Brahim. Beliau diberi gelaran Datuk Hakim Keramat kerana kealimannya dalam agama dan pegangannya yang kuat kepada ajaran Islam (Juanda, 2003). Oleh sebab tindakan dan amalan sehariannya yang suci berlandaskan ajaran Islam, beliau dianggap keramat dan mempunyai ilmu ladunni. Pengajian agamanya bermula apabila beliau berguru dengan seorang pendakwah yang datang dari Makkah iaitu Syeikh Ahmad al-Makki. Pada tahun 1840-an, beliau menyambung pengajiannya ke Makkah sehingga tahun 1850-an. Datuk Hakim pulang ke Sarawak apabila mendapat berita bahawa negeri Sarawak telah diperintah oleh James Brooke yang kafir. Beliau amat risau dan khuatir pihak penjajah akan cuba mengubah dan memesongkan akidah rakyat Sarawak yang beragama Islam. Setelah pulang ke Sarawak, Datuk Hakim Keramat giat berdakwah dan menyebarkan ilmu pengetahuan agama kepada rakyat Sarawak demi memberi kefahaman yang jelas tentang Islam serta mengukuhkan akidah mereka. Demi melaksanakan hasratnya itu, beliau telah mendirikan sebuah surau di Kampung Bandarsah untuk dijadikan pusat penyebaran dakwahnya dan menjalankan tugas-tugas kehakiman. Beliau lebih suka menggunakan cara diplomasi apabila berhadapan dengan penjajah Inggeris kerana beliau beranggapan bahawa perjuangan bersenjata tidak akan membawa apa-apa kebaikan kepada anak bangsanya terutamanya orang Melayu.

Beliau telah dilantik oleh James Brooke sebagai pembesar negeri yang menjaga hal ehwal agama Islam kerana kemasyhuran beliau sebagai ilmuwan Islam yang disegani. Datuk Hakim Keramat telah menerima lantikan tersebut demi kemaslahatan masyarakat dan kepentingan agama Islam. Sungguhpun begitu, semangat anti-penjajah dan perjuangan membela bangsa dan agama Islam terus membara dalam diri beliau. Dengan jawatan

Page 92: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

84

yang disandangnya, beliau telah memanfaatkannya sebaik mungkin dan berusaha untuk menjaga kesucian agama Islam dari terus dicerobohi penjajah Inggeris pada waktu itu.

Datuk Hakim Keramat mengajar murid-muridnya dengan berpandukan pegangan Sunni Syafie. Kebanyakan anak-anak didik beliau telah dihantar menyambung pengajian agama mereka ke Makkah. Antara mereka yang dihantar ke sana ialah anakanda-anakandanya sendiri iaitu Datuk Hakim Haji Muhammad Azhari, Datuk Hakim Haji Muhammad Asy`ari, Datuk Imam Haji Suhaili, Syeikh Syibli, Datuk Hakim Haji Muasli dan juga anak susuannya, ulama terbilang Sarawak iaitu Syeikh Uthman Sarawak.

Hakim Haji Muhammad Asy`ari bin Datuk Hakim Abang Haji Abdul Rahman

Beliau ialah anakanda kepada Datuk Hakim Keramat. Beliau telah dihantar oleh ayahandanya ke Makkah untuk menyambung dan mendalami pengajian agama pada tahun 1299H (Johari, 1979; Juanda, 2003). Namun begitu, pengajiannya di Makkah tidak dapat diteruskan untuk suatu tempoh masa yang lama kerana khidmat beliau amat diperlukan di Sarawak setelah kematian ayahandanya. Datuk Hakim Haji Muhammad Asy`ari telah diberi kepercayaan mengambil alih jawatan ayahandanya sebagai Datuk Hakim. Beliau merupakan seorang ulama yang progresif dan teliti dalam bidang agama terutamanya ilmu fiqh. Sebagai seorang ulama yang komited dengan Islam, beliau sentiasa berdakwah dan menyebarkan agama walau di mana sahaja beliau ditugaskan. Datuk Hakim Haji Muhammad Asy`ari akhirnya dilantik sebagai Datuk Hakim setelah beliau menetap di Kuching. Menurut Zainudin (t.t) dan Juanda (2003), beliau adalah orang pertama yang memecah tradisi masyarakat tempatan yang berpandangan bahawa orang biasa tidak boleh mengahwini orang yang berketurunan Syed, Sharifah atau Wan.

Syeikh Othman SarawakNama sebenar beliau ialah Othman bin Abdul Wahab, dilahirkan di

Kampung Sinjan, Sarawak pada tahun 1863 (Sabri, 1993). Beliau merupakan seorang ulama besar yang terkenal bukan sahaja di Sarawak bahkan di dunia Melayu keseluruhannya. Sheikh Othman Sarawak merupakan anak yatim piatu sejak kecil apabila bapanya, Tuan Haji Abdul Wahab meninggal dunia semasa beliau masih dalam kandungan ibunya. Manakala ibunya pula meninggal dunia tiga hari selepas beliau dilahirkan (Sabri, 1993). Semasa hayatnya, Syeikh Othman Sarawak pernah berkahwin sehingga sembilan orang isterinya tetapi kebanyakannya bercerai mati. Menurut Sabri

Page 93: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

85

Abdul Rahman (1993), perkahwinan ini berlaku disebabkan penghormatan tinggi masyarakat tempatan terhadap golongan ulama menyebabkan mereka berkeinginan untuk mempunyai hubungan dengan para ulama dengan mengahwinkan anak mereka dengan ulama tersebut.

Syeikh Othman Sarawak merupakan anak angkat dan murid kepada Datuk Hakim Haji Abdul Rahman dan telah menghafal al-Quran sejak usia 14 tahun lagi. Natijah daripada kebolehannya yang tinggi menguasai al-Quran dan ilmu agama yang lain, Datuk Hakim Haji Abdul Rahman telah mengambil keputusan untuk menghantar beliau ke Makkah mempelajari ilmu agama bersama-sama dengan anaknya, Datuk Hakim Haji Asy`ari pada tahun 1299H (Sabri, 1993 & Juanda, 2003). Sepanjang pengajiannya di Makkah, Syeikh Othman Sarawak telah belajar ilmu agama daripada tokoh-tokoh ulama besar dan hebat dalam usia yang masih muda iaitu 18 tahun. Ketika di sana, beliau berazam untuk menetap dan mengakhiri hayatnya di Kota Suci Makkah. Beliau telah belajar dengan gigih selama 15 tahun dan telah berguru dengan ulama besar di Makkah seperti Tuan Syed Ahmad Zaini Dahlan yang berkhidmat sebagai Mufti Makkah ketika itu, Tuan Syed Abu Bakar Shata, Tuan Syed Ali bin Zahir al-Witri al-Mughi dan lain-lain. Antara ilmu yang dipelajarinya ialah ilmu al-Quran dan tajwid secara mendalam dan juga ilmu hadis (Sabri, 1993). Syeikh Othman Sarawak juga terkenal sebagai seorang yang alim dalam bidang bahasa Arab seperti ilmu Nahu, Saraf, ilmu Bayan dan ilmu Badie’. Di samping itu, beliau mahir dalam bidang ilmu lain seperti handasah, falaq, faraid, fikah, hadis, tafsir dan sebagainya.

Syeikh Othman Sarawak tidak banyak menyumbang dalam aspek pentadbiran negeri Sarawak memandangkan beliau hanya pulang tiga kali sahaja sepanjang 15 tahun beliau menetap di Makkah. Kali pertama beliau pulang pada tahun 1312H selama satu setengah tahun; kali kedua ialah pada tahun 1335H selama setahun, dan kali terakhir beliau sempat pulang selama empat bulan sahaja iaitu pada tahun 1338H. Setiap kali beliau pulang ke negeri kelahirannya, Syeikh Othman Sarawak akan mengajar ilmu agama kepada masyarakat setempat di masjid dan surau berdekatan. Beliau meninggal dunia pada tahun 1339H iaitu selepas setahun beliau pulang ke Sarawak buat kali terakhir selama empat bulan itu. Murid beliau seperti Datuk Hakim Imam Haji Mursyidi banyak menyumbang khidmat bakti kepada negeri Sarawak. Datuk Hakim Imam Haji Mursyidi turut mendirikan sebuah sekolah agama atas permintaan gurunya, Sheikh Othman Sarawak (Sabri 1993).

Page 94: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

86

Datuk Hakim Imam Haji MursyidiNama sebenar beliau ialah Datuk Hakim Imam Abang Haji Mursyidi

bin Abang Haji Nuruddin bin Datuk Bandar Bolhassan. Beliau dilahirkan di tengah-tengah bandar Kuching berdekatan dengan Masjid India di Jalan Gambir, Kuching. Disebabkan kehidupannya yang dikelilingi oleh suasana Islam, keperibadian Islam telah terbentuk dalam diri beliau sejak lahir lagi. Datuk Hakim Imam Haji Mursyidi mendapat pendidikan di Makkah dan pernah berguru dengan Syeikh Othman Sarawak yang turut mengajar di sana. Beliau juga pernah berguru dengan guru-guru kepada Syeikh Othman seperti Syeikh Ahmad al-Fathani dan Syed Bakri Shata. Beliau juga dikatakan pernah sama-sama berguru dengan ulama-ulama tersohor dari negeri lain seperti Syeikh Muhammad Sa`id dari Negeri Sembilan, Haji Muhammad Sa`id dari Yan, Kedah dan Haji Umar Besut dari Terengganu.

Setelah pulang ke Kuching dari pengajiannya di Makkah, beliau pernah berkhidmat sebagai imam, khatib dan guru agama. Selain mengajar agama di surau, masjid dan rumah, beliau turut melanjutkan minat dan khidmatnya kepada masyarakat dengan mendirikan sebuah madrasah yang dinamakan al-Madrasah Mursyidiyah. Madrasah yang didirikan ini merupakan madrasah pertama di Kuching dan juga di negeri Sarawak. Kemudian, beliau telah menukar nama madrasah tersebut kepada Madrasah Islamiyah kerana tidak mahu riyak dan meninggi diri disebabkan nama asal madrasah itu (Madrasah Mursyidiyah) adalah sempena nama beliau. Dalam pada itu, beliau bersama seorang sahabatnya iaitu Datuk Petinggi Abang Haji Abdullah telah mendirikan tempat pengajian khas untuk kaum wanita mendalami ilmu agama. Sekolah tersebut dinamakan Sekolah Kajang (Wan Muhd. Saghir, 2006).

Imam Haji Mursyidi turut dilantik sebagai Datuk Hakim pada 23 Februari 1925. Kemudian, beliau dilantik sebagai Datuk Imam pada 1 Julai 1932, dan dilantik menjadi Pengadil Darjah yang keempat pada 1 Ogos 1933. Imam Haji Mursyidi turut dilantik sebagai ahli jawatankuasa lembaga peperiksaan bagi pegawai-pegawai tinggi kerajaan pada 26 September 1936. Beliau bersama-sama beberapa orang ulama di Sarawak turut menubuhkan Majlis Syuyukhil Islami yang kemudiannya dikenali sebagai Majlis Agama Islam Sarawak pada 1 Mei 1955. Beliau merupakan pencetus idea dan ketua yang telah menggerakkan usaha penubuhan Majlis Agama Islam Sarawak ini (Wan Muhd. Saghir, 2006). Walaupun beliau berkhidmat sebagai Datuk Hakim sewaktu zaman penjajahan Inggeris, usahanya memperjuangkan pendidikan Islam dan kepentingan-kepentingan Islam di

Page 95: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

87

Sarawak dipandang tinggi oleh masyarakat pada waktu itu. Sesungguhnya beliau tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya untuk berbakti kepada Islam dan masyarakat setempat dengan menyebarkan ilmu agama kepada mereka.

Sejarah Perkembangan Aktiviti Keilmuan Masyarakat Islam di Sarawak

Sebelum pemerintahan Regim Brooke pada tahun 1841, perkembangan aktiviti keilmuan dalam kalangan masyarakat Islam di Sarawak telah mula menular. Fenomena ini banyak dikaitkan dengan pemerintahan Kesultanan Brunei yang memerintah Sarawak pada ketika itu. Masyarakat Islam terutamanya orang Melayu, telah memiliki sistem pendidikan tidak formal atau dikenali juga sebagai sistem pendidikan tradisional. Menurut Sabihah (1990:43) dan Syed Idrus & R. Santhiram (1990:29), pendidikan tradisional yang wujud pada waktu itu lebih bercorak keagamaan, merangkumi kaedah penulisan jawi dan membaca al-Quran. Kelas-kelas pengajian ini selalunya dijalankan di rumah-rumah tok guru, di surau dan masjid di kampung-kampung Melayu pada ketika itu.

Bagi masyarakat Melayu tradisional, pengajian al-Quran merupakan pelajaran yang penting dan mesti dipelajari serta diketahui oleh setiap umat Islam. Hugh Low (1988:138) dalam tulisannya berkaitan pemerhatiannya ke atas sekolah-sekolah Melayu pada ketika itu, mengakui wujudnya sekolah-sekolah (madrasah) ini yang mengajar pelajaran membaca dan menulis dalam bahasa mereka sendiri di samping pelajaran agama Islam. Pada peringkat kanak-kanak, mereka diajar cara sebutan dan bacaan al-Quran dengan betul dan lancar tanpa perlu mengetahui makna ayat-ayat tersebut. Berkaitan hal ini, Hugh Low (1988) membuat ulasan berikut:

...The children are not supposed to understand a single word of the book, nor could their teachers translate it; and as it cannot be translated into any language and remain pure, according to the instructions of the prophet, the form of the religion and preserved by the oral precepts of the hadjis who has visited the holy city. The children in the schools are only tought to give it in reading in proper intonation, and to repeat it precepts in the singing, chanting method supposed to be practised in the temple of Mecca. The great use of their learning to read the Koran at all is, that by using a chapter of it they pretend to be able to drive away the spirit which is supposed to possess an insane person, or one in a fit...

Page 96: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

88

Pengajian peringkat yang lebih tinggi meliputi pengajian al-Quran dan subjek-subjek lain seperti Syariah, Usuluddin, Tafsir, Bahasa Arab dan lain-lain (Abdul Ghani, 1972: 43). Pada masa itu, hanya kaum lelaki sahaja yang diberi pendedahan dan galakan untuk keluar menimba ilmu-ilmu agama terutamanya pengajian al-Quran. Para ibu bapa berasa amat bangga sekiranya anak-anak mereka dapat membaca al-Quran dengan betul dan lancar, bahkan sekiranya anak-anak mereka berjaya menamatkan kelas pengajian al-Quran ini dengan jayanya, satu kenduri besaran-besaran akan diadakan bagi meraikan kejayaan ini (Hugh Low, 1988: 139).

Sementara itu, bagi kaum wanita dan anak-anak perempuan pula, mereka lebih suka berkumpul untuk mendengar cerita-cerita rakyat yang disampaikan oleh para penglipur lara. Menurut Margaret Brooke2 (1913) dalam bukunya “My Life In Sarawak”, beliau sendiri akan turut serta dalam perhimpunan tersebut yang kebiasaannya diadakan pada waktu petang di istana atau di rumah-rumah orang Melayu. Cerita-cerita sebegini, secara tidak langsung telah membantu kaum ibu mengajar anak-anak mereka tentang adat budaya Melayu, tatasusila dan adab sopan serta tatacara hidup bermasyarakat. Masyarakat Melayu Sarawak ketika itu juga turut mempelajari pelajaran tidak formal lain yang meliputi amalan untuk hidup seperti kaedah bercucuk tanam, berternak, menangkap ikan, bertukang, menganyam dan sebagainya. Pelajaran ini biasanya diperturunkan oleh para ibu bapa kepada anak-anak mereka sebagai bekalan untuk kehidupan mereka pada masa hadapan (Syed Idrus & R.Santhiram, 1990: 30).

Pada waktu itu, pelajaran menulis dan membaca tidak didedahkan kepada kaum perempuan Melayu kerana para ibu bapa bimbang dengan memiliki kepandaian tersebut, anak-anak gadis mereka akan terjebak dengan gejala-gejala negatif yang dapat merosakkan akhlak dan tatasusila anak-anak mereka. Margaret Brooke (1913: 159) pernah menyuarakan hasratnya untuk mengajak anak-anak perempuan Melayu belajar menulis dan membaca namun, hasrat tersebut mendapat tentangan daripada Datu Isa (Datu Bandar), iaitu seorang pembesar Melayu pada masa itu. Datu Isa menegaskan bahawa perkara ini tidak akan berlaku sama sekali. Menurut catatan Margaret Brooke:

...Writing amongst women is a bad habit, a pernicious custom. Malay girls would be writing love letters to clandestine lovers, and undesirable man might come into contact with the daughters of our

2 Margaret Brooke adalah isteri kepada Rajah Charles Brooke, iaitu Rajah Sarawak Kedua yang memerintah Sarawak dari tahun 1868 – 1917.

Page 97: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

89

house...

Akhirnya Margaret Brooke atas usahanya sendiri telah belajar menulis dan membaca dengan seorang guru yang amat terkenal di Kuching pada masa itu yang bernama Inchi Sawal.3 Usaha dan kebolehan Margaret berbahasa Melayu akhirnya menarik minat Datu Isa untuk membenarkan anak-anak buah perempuannya belajar membaca dan menulis dengan Inchi Sawal di rumahnya sendiri. Kemajuan yang memberangsangkan ini telah ditunjukkan oleh Dayang Sahada (menantu Datu Isa) apabila beliau telah berjaya menulis mengenai sejarah Sarawak dengan tulisan Jawi (Ooi: 2001, 42). Rentetan dari peristiwa inilah akhirnya Dayang Sahada dan suaminya Abang Kasim, telah membuka sebuah kelas untuk kaum wanita dan kanak-kanak lelaki belajar menulis dan membaca. Sambutan yang amat menggalakkan terhadap penubuhan kelas ini akhirnya telah menarik minat Charles Brooke untuk menubuhkan sebuah sekolah Melayu tajaan Kerajaan yang pertama pada tahun 1883. Inchi Sawal telah dilantik sebagai Guru Besar dan sekolah ini dinamakan Sekolah Abang Kasim (Brooke M.: 1913, 162). Pendaftaran pelajarnya telah meningkat dari tahun ke tahun pada tahun-tahun awal penubuhannya (rujuk Jadual 1). Akhirnya sekolah ini telah ditukar namanya menjadi Sekolah Kampung Jawa. Sehingga tahun 1889, terdapat enam buah kelas dengan murid seramai 117 orang yang belajar di sekolah ini.

Jadual 1: Pendaftaran Pelajar Sekolah Melayu, 1883-1909

TAHUN SEK. KG. JAWA SEK. KG. GERSIK JUMLAH

1883 70 - 70

1889 117 - 117

1894 112 56 168

1897 89 41 130

1909 67 57 124

Sumber: Sabihah Osman 1990Rentetan daripada ini, sekolah-sekolah pengajian formal mula

diwujudkan untuk anak-anak Melayu Sarawak dan kaum-kaum lain. Fenomena ini terus berkembang terutamanya selepas penjajahan Jepun antara tahun 1941 hingga 1945, yang mana sepanjang tentera Jepun menduduki Sarawak, aktiviti keilmuan telah terbantut. Banyak sekolah dan pusat pengajian yang musnah akibat serangan tentera Jepun.

3 Inchi Sawal adalah seorang Melayu Sumatera yang merupakan Sarjana Melayu yang amat hebat pada ketika itu. Beliau pandai berbahasa Arab dan telah menjadi guru bahasa kepada para pegawai Brooke. Beliau juga merupakan bekas penulis kepada James Brooke. Keterangan lanjut sila rujuk Margaret Brooke, m.s 159-161.

Page 98: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

90

Pelaksanaan Aktiviti Keilmuan Islam Kini: Kajian Di Bahagian BintuluAktiviti ilmu secara tidak formal masih dilaksanakan di kebanyakan

bahagian di negeri Sarawak. Hasil dari kajian lapangan yang telah penulis jalankan di bahagian Bintulu misalnya, menunjukkan bahawa masyarakat Islam telah disajikan dengan pelbagai kegiatan atau majlis-majlis ilmu yang kebiasaannya dijalankan di masjid, surau, dewan orang ramai dan tempat-tempat yang bersesuaian. Antara agensi yang mengerakkan kegiatan keilmuan ini adalah seperti Jabatan Agama Islam Sarawak, jawatankuasa masjid dan surau, jawatankuasa penduduk dan pihak-pihak NGO seperti Bintulu Iqra Center (BIC), Pertubuhan Ikram, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan agensi-agensi lain. Masyarakat Islam terus memberi sokongan pada aktiviti-aktiviti keilmuan ini.

Sarawak mempunyai 11 bahagian pentadbiran dan Bintulu adalah bahagian ke-8 yang dibangunkan. Secara umumnya, aktiviti keilmuan Islam telah berjalan dengan baik di setiap bahagian di negeri ini. Pihak berwajib yang bertanggungjawab terhadap perjalanan aktiviti-aktiviti keilmuan Islam di seluruh negeri Sarawak ialah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) yang ditempatkan di setiap bahagian negeri ini. Pihak JAIS memberi kebenaran kepada jawatankuasa masjid di setiap bahagian dan daerah untuk melaksanakan sebarang aktiviti keilmuan Islam kepada masyarakat setempat dengan pemantauan pihak JAIS sendiri. Pihak berwajib lain yang turut memainkan peranan menjalankan aktiviti keilmuan Islam di Sarawak termasuklah pihak swasta, NGO dan para pendakwah bebas.

Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) bahagian Bintulu telah menjalankan pelbagai program dan aktiviti dalam usaha untuk meneruskan tradisi keilmuan serta mengembangkan syiar dan dakwah Islam dalam masyarakat di daerah ini. Menurut Penolong Pegawai Agama di Jabatan Agama Islam Sarawak bahagian Bintulu dalam temu bual bersama beliau pada 20 Disember 2009, antara aktiviti dan program tersebut, ada yang dijalankan secara tahunan seperti program sempena sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti sambutan Maal Hijrah, Malidur Rasul, Nuzul al-Quran dan seumpamanya. Sempena sambutan-sambutan tersebut, JAIS Bintulu dengan kerjasama jabatan-jabatan lain telah menjalankan pelbagai akitiviti seperti seminar, ceramah dan sebagainya.

Selain program-program tahunan tersebut, JAIS Bintulu turut menganjurkan program-program mingguan dan bulanan seperti kelas fardu ain, kuliah dan ceramah agama, kursus-kursus berkaitan al-Quran, solat, pengurusan jenazah, pemantapan akidah dan sebagainya. Sambutan yang

Page 99: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

91

diberikan oleh masyarakat Islam di Bintulu setiap kali diadakan program-program sebegini adalah amat menggalakkan sehinggakan ada kalanya melebihi sasaran yang ditetapkan. Program-program seperti kelas dan kuliah mingguan mendapat permintaan yang tinggi terutamanya daripada kaum wanita tetapi disebabkan kekurangan tenaga pengajar di pihak JAIS, program-program tersebut terpaksa dikurangkan. Inilah antara masalah utama yang dihadapi oleh pihak JAIS Bintulu iaitu kekurangan pegawai yang berkelayakan untuk menjalankan sesuatu program. Selain itu, pertembungan tarikh dengan program-program besar anjuran jabatan lain menyebabkan pihak JAIS terpaksa menunda tarikh yang telah ditetapkan atau terpaksa membatalkan programnya.

Selain JAIS, pihak jawatankuasa Masjid Assyakirin iaitu Masjid Bahagian Bintulu turut aktif melaksanakan pelbagai aktiviti ilmiah dalam usaha untuk menyalurkan ilmu Islam kepada masyarakat setempat secara tidak formal. Masjid Assyakirin merupakan salah sebuah institusi yang memainkan peranan penting untuk menyatukan masyarakat Islam di Bintulu. Masjid ini merupakan Masjid Bahagian dan pembinaannya adalah hasil ilham dan cita-cita YAB Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Haji Abdul Taib Mahmud. Kepesatan pembangunan di Bintulu menyebabkan pertambahan bilangan penduduk sehingga Masjid Bintulu (sekarang dikenali sebagai Masjid Daerah) tidak dapat menampung jumlah jemaah yang semakin meningkat. Oleh yang demikian, sebuah jawatankuasa telah dibentuk pada 28 Ogos 1985 dan diberi tanggungjawab untuk menjayakan projek pembinaan masjid ini. Selain dijadikan tempat untuk beribadat, masjid ini juga dilengkapi beberapa kemudahan lain seperti dewan serba guna dan perpustakaan yang secara tidak langsung berjaya menghidupkan budaya ilmu dalam kalangan masyarakat Islam setempat, selain mengeratkan lagi hubungan persaudaraan antara mereka.

Menurut Ketua Imam Masjid Assyakirin dalam temu bual bersama beliau pada 25 Jun 2008, aktiviti dan program yang dijalankan oleh pihak Masjid Assyakirin mendapat sambutan yang baik daripada kalangan masyarakat Islam di Bintulu, terutamanya jemaah masjid. Beliau turut menegaskan bahawa jumlah peserta selalunya akan melebihi sasaran awal yang dibuat. Aktiviti seperti kuliah mingguan dihadiri majoritinya oleh golongan dewasa terutamanya ahli jemaah yang sentiasa menunaikan solat di masjid ini. Golongan muda hanya melibatkan diri dalam program-program yang dijalankan khas untuk mereka, contohnya program Remaja Cinta Rasul dan seumpamanya. Pihak jawatankuasa masjid turut mendapat kerjasama

Page 100: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

92

daripada pelbagai agensi kerajaan mahupun swasta terutamanya dari segi kewangan bagi menampung kos penganjuran aktiviti-aktiviti tersebut. Ustaz Mahdi turut menyatakan bahawa sepanjang tempoh beliau menjalankan tugas di masjid ini, tiada sebarang masalah besar yang dihadapinya ketika merancang dan melaksanakan program serta aktiviti yang telah diatur. Malah, menurut beliau lagi sokongan baik yang diberikan oleh masyarakat Islam setempat menggambarkan bahawa mereka amat dahagakan program-program yang bersifat ilmiah dan islamik.

Program dakwah dan keislaman di Bintulu turut dilaksanakan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan pendakwah Islam secara individu mahupun berkumpulan. Antara NGO yang bergiat aktif melaksanakan aktiviti keilmuan dan pendidikan Islam di Bintulu khasnya dan Sarawak amnya ialah Pertubuhan Harakah Islamiyah (HIKMAH) Sarawak, Bintulu Iqra’ Centre (BIC), AMAL Sarawak, Pertubuhan Jemaah Islam Malaysia (JIM) yang kini dikenali sebagai Pertubuhan IKRAM serta badan-badan Islam di bawah seliaan pihak swasta seperti PETRONAS, Bintulu Port dan lain-lain. Pihak NGO dan swasta sama-sama mengambil tanggungjawab untuk menyemarakkan syiar Islam di bumi Bintulu khususnya dan bersatu mengembleng tenaga dengan pihak berwajib terutamanya JAIS Bintulu bagi merealisasikan hasrat yang satu demi agama Islam. Sebahagian besar masyarakat Islam di sini amat dahagakan ilmu agama, oleh sebab itu mereka menyambut baik sebarang bentuk aktiviti keislaman yang dianjurkan oleh pelbagai pihak tadi.

KesimpulanBerdasarkan maklum balas yang diterima hasil daripada temu bual dengan

pihak berwajib terutamanya mereka yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan aktiviti keilmuan Islam di Bintulu khususnya dan di Sarawak amnya, penulis dapat simpulkan bahawa pihak-pihak yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik dalam usaha menyebarkan ilmu, kefahaman dan dakwah Islam kepada masyarakat Islam di sana. Masyarakat setempat turut berpuas hati dengan pelaksanaan aktiviti keilmuan Islam di Bintulu pada masa kini, namun dalam masa yang sama mereka mengharapkan kekerapan dan keberkesanan aktiviti diambil berat dan dipertingkatkan. Berdasarkan pemerhatian penulis sepanjang terlibat dengan pelbagai program dan aktiviti ilmiah dan keagamaan di Bintulu, didapati bahawa masyarakat Islam setempat amat dahagakan ilmu-ilmu Islam berdasarkan kepada sambutan mereka terhadap sebarang aktiviti yang dianjurkan. Namun begitu, pihak berwajib turut

Page 101: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

93

berhadapan dengan beberapa masalah dalam usaha untuk melaksanakan aktiviti keilmuan Islam ini terutamanya kekangan dari aspek kewangan, kekurangan tenaga pengajar atau pendakwah terutamanya penduduk tempatan atau rakyat Sarawak sendiri serta masalah pengangkutan untuk ke kawasan pedalaman. Walau bagaimanapun, kekangan-kekangan ini dapat diatasi sedikit demi sedikit dengan sebaiknya kerana pihak berwajib seperti JAIS dan jawatankuasa masjid atau surau telah menjalinkan kerjasama dan mendapat bantuan daripada NGO serta pihak swasta. Sekiranya aktiviti dan program-program keilmuan ini dapat dipertingkat, usaha para ulama silam Sarawak dapat diteruskan demi kesinambungan dakwah Islam di negeri ini. Semoga program dan aktiviti keilmuan Islam di Sarawak akan terus subur dan berkembang sebagaimana negeri-negeri lain di Malaysia.

RujukanAbdul Ghani Ismail. 1972. Changing landscapes-the history of Islam in Malaysia.

Journal of the Southeast Asian Regional Branch International Council on Archives 5(1): 45-65.

Ismawi Ishak. 2010. Peranan HIKMAH, Bintulu. Temu bual, 6 November.Johari Bojeng. 1979. Memperingati Ulama’ Sarawak. Kuching: Terbitan BINA.Juanda Jaya. 2003. Dakwah Islamiah di Sarawak: kajian terhadap pengurusan

dakwah secara berorganisasi. Tesis Dr. Falsafah, Jabatan Dakwah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Low H. 1988. Sarawak: Notes During A Residence In That Country With H.H. The Rajah Brooke. Singapore: Oxford University Press.

Mahdi Lamit. 2008. Peranan Masjid Assyakirin Bintulu, Bintulu. Temu bual, 25 Jun.Margaret Brooke. 1913. The Ranee Of Sarawak, My Life In Sarawak. Selangor:

Oxford University Press.Ooi Keat Gin. 2001. Dunia di Seberang Sungai: Pendidikan di Sarawak dari Zaman

Pemerintahan Brooke hingga ke Pentadbiran Pejabat Penjajah 1841-1963. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Pg. Mohammad Abd. Rahman. 2001. Islam di Brunei Darussalam. Brunei: Dewan Bahasa & Pustaka.

Rogayah Chek. 2009. Peranan JAIS Bahagian Bintulu, Bintulu. Temu bual, 20 Disember.

Sabihah Osman. 1990. Perkembangan Pelajaran Bumiputera Sarawak 1841-1941. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Sabri Abdul Rahman. 1993. Syeikh Othman Sarawak. Dlm. Ismail Mat (pnyt.).

Page 102: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

94

Ulama’ Silam dalam Kenangan,. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sanib Said. 1980. Islam di Sarawak: Sejarah Ringkas 1476-1941. Dlm. Khoo Kay Kim (pnyt.). Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia.

Sanib Said. 1990. The History Of Sarawak: Where Do We Begin?. The Sarawak Museum Journal 17(75): 212-223.

Sweeney, P.L. Amin. 1968. Silsilah Raja-Raja Brunei. The Journal of Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society 41(2): 56-66.

Syed Idrus Syed Ahmad & R. Santhiram. 1990. Perkembangan Pendidikan di Sarawak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Wan Mohd. Saghir Abdullah. 2004. Imam Haji Mursyidi Tokoh Pentadbir Sarawak. Utusan Malaysia, 29 Mac.

Page 103: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

95

PERANAN AGENSI WAKAFKE ARAH KELESTARIAN KEWANGAN: KAJIAN PENGALAMAN DI MALAYSIA

Saleh Hashim,1 Amalina Abdullah2 dan Amaludin Ab. Rahman3

AbstrakMakalah ini bertujuan untuk meneroka peranan agensi wakaf yang ditubuhkan di bawah Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebagai agensi berbentuk korporat yang mampu membawa wakaf mencapai tahap kelestarian kewangan. Kelestarian kewangan merujuk kepada keadaan di mana institusi wakaf mempunyai keupayaan kewangan yang kukuh untuk melaksanakan fungsinya bagi tempoh masa yang panjang. Kajian yang dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif dengan menemu duga beberapa orang pegawai dari agensi wakaf di Malaysia untuk mendapatkan maklumat yang mendalam mengenai peranan agensi wakaf. Hasil kajian mendapati bahawa agensi wakaf berperanan membantu pihak MAIN meningkatkan lagi keupayaan kewangan wakaf. Ini menunjukkan bahawa penubuhan agensi wakaf di beberapa buah negeri merupakan langkah yang positif demi untuk menambah baik pentadbiran wakaf dan penghasilan manfaat yang lebih baik kepada masyarakat dalam jangka masa panjang.

AbstractThis paper aims to explore the role of waqf agency established under the State

Islamic Religious Council (MAIN) as a corporate entity to bring waqf into the level of financial sustainability. Financial sustainability is refers to the ability of waqf institution has a strong financial capacity to perform its functions for a long period of time. This study is using qualitative approach by interviewing several officers from various waqf agencies in Malaysia to get an in-depth information on the role of waaf agencies. The findings show that waqf agencies play a role in assisting MAIN to increase the financial sustainability of waqf. This shows that the establishment of waqf agencies in several states is a positive action to improve the waaf administration and generated better benefits for the people in the long run.

1 Calon Dr Falsafah, Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor2 Pensyarah, Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor3 Pensyarah, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor

Page 104: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

96

Pengenalan Berdasarkan undang-undang Malaysia, bidang kuasa pentadbiran

wakaf terletak di bawah bidang kuasa negeri-negeri sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Jadual 9, Senarai II: Senarai Negeri (Perlembagaan Persekutuan, 1963). Negeri-negeri menerusi Enakmen/Ordinan Agama Islam masing-masing telah menetapkan bahawa Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) merupakan pemegang amanah tunggal (sole trustee) bagi harta wakaf di negeri masing-masing (Mat Rani & Abdul Aziz, 2010). Sebelum wujudnya agensi wakaf di beberapa buah negeri, pengurusan wakaf diuruskan oleh MAIN yang merupakan sebuah jabatan kerajaan negeri. Namun begitu, peranan wakaf dilihat sukar mencapai tahap kelestarian terutamanya dari aspek menjana manfaat. Masyarakat amat menaruh kepercayaan pada institusi wakaf untuk menggembleng hartanah wakaf sedia ada yang berjumlah 11,091.82 hektar (Anan, 2015) bagi menghasilkan manfaat demi kesejahteraan masyarakat masa kini dan juga masa akan datang. Walaupun terdapat berbagai-bagai idea dan model pembangunan wakaf yang lahir daripada para ilmuwan dewasa ini, pelaksanaan oleh MAIN selaku pemegang amanah tunggal harta wakaf di negara ini agak terhalang disebabkan beberapa kekangan. Antara kekangan yang dikenal pasti ialah kekangan dari segi operasi, kekangan sumber manusia dan paling utama ialah kekangan dari segi kewangan yang diperlukan untuk melaksanakan fungsi wakaf dengan baik dalam tempoh jangka masa panjang.

Mulai tahun 2001, beberapa buah negeri telah mengambil inisiatif menubuhkan agensi wakaf sendiri untuk melaksanakan pengurusan wakaf dengan mengekalkan MAIN sebagai pemegang amanah tunggal wakaf. Makalah ini membincangkan mengenai peranan agensi wakaf yang ditubuhkan di bawah MAIN sebagai agensi berbentuk korporat yang mampu membawa wakaf mencapai tahap kelestarian kewangan.

Penubuhan Agensi WakafAgensi wakaf merujuk kepada organisasi sama ada dalam bentuk

perbadanan, syarikat atau koperasi yang ditubuhkan oleh MAIN untuk mengurus dan membangunkan harta wakaf. Agensi wakaf ini yang merupakan hak milik penuh MAIN dan mempunyai punca undang-undang yang sah untuk mengurus dan membangunkan wakaf.

Negeri Sarawak merupakan negeri pertama yang mempunyai agensi wakafnya sendiri iaitu Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) yang ditubuhkan pada tahun 1984. Walau bagaimanapun, peranan Wakaf hanya dapat

Page 105: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

97

dilaksanakan setelah mendapat punca kuasa pelantikan sebagai pemegang amanah wakaf daripada Majlis Islam Sarawak (MIS) pada tahun 2001 (Tabung Baitulmal Sarawak, n.d.). Negeri kedua yang menubuhkan agensi wakaf ialah Negeri Sembilan dengan nama Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan (PWNS) pada tahun 2005 (Wakaf Negeri Sembilan, n.d.). Negeri yang ketiga pula ialah Negeri Selangor yang menubuhkan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) pada tahun 2011 (Perbadanan Wakaf Selangor, n.d.). Negeri-negeri lain yang menubuhkan agensi wakaf ialah negeri Perak dengan nama Wakaf Ar-Ridzuan pada tahun 2016 (Wakaf Perak Ar-Ridzuan, n.d.), dan diikuti oleh Wilayah Persekutuan dengan nama Pusat Wakaf Wilayah Persekutuan juga pada tahun 2016 (Pusat Wakaf MAIWP, n.d.). Penubuhan agensi ini menunjukkan komitmen MAIN selaku pemegang amanah wakaf melaksanakan pengurusan wakaf secara lebih baik dengan penubuhan agensi wakaf secara korporat.

Perubahan pentadbiran wakaf daripada Jabatan Kerajaan kepada agensi wakaf berbentuk korporat ini sebenarnya telah berlaku di beberapa buah negara luar. Sebagai contoh, negara Kuwait telah mengkorporatkan institusi wakafnya pada tahun 1993 (Kuwait Awqaf Public Foundation, n.d.). Manakala, Qatar telah mengkorporatkan institusi wakafnya pada tahun 1996; Singapura telah mengkorporatkan Bahagian Hartanah, Majlis Ugama Islam Singapura kepada Warees Investment Pte Ltd (Warees) pada tahun 2002 (Warees Investment Ptd Ltd, n.d.); Jordan pada tahun 2003; UAE pada tahun 2004 dan yang terkini ialah Arab Saudi iaitu pada tahun 2016 (Sami, 2016). Justeru, penubuhan agensi wakaf oleh beberapa negara Arab juga menunjukkan keperluan untuk mewujudkan agensi wakaf yang ditadbir secara korporat untuk melihat perkembangan wakaf yang lebih positif.

Peranan Agensi WakafAgensi wakaf berperanan membantu pihak MAIN menguruskan

harta wakaf dengan lebih efisien dan profesional. Walaupun MAIN merupakan pemegang amanah tunggal hartanah wakaf, pengurusan hartanah memerlukan mereka yang pakar dan berpengetahuan terutamanya berkaitan pembangunan hartanah yang merupakan core business bagi pengurusan wakaf. Sebagai contoh, peranan agensi wakaf seperti TBS di Sarawak adalah untuk membangunkan serta meneroka peluang dan potensi hartanah wakaf di Sarawak (Tabung Baitulmal Sarawak, n.d.). Manakala peranan PWS adalah menguruskan harta wakaf Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan baik seperti mengkaji, merancang, membangun serta menyelenggara aset wakaf (Perbadanan Wakaf Selangor, n.d.). Peranan PWNS pula adalah untuk menjalankan pengurusan wakaf dan perkara-perkara yang berkaitan

Page 106: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

98

dengan wakaf secara profesional dan teratur. Peranan yang hampir sama ini menunjukkan bahawa ketiga-tiga agensi diperlukan oleh MAIN untuk membangunkan dan menguruskan harta wakaf dengan lebih cekap dan profesional.

Selain dari peranan yang telah dibincangkan, kesemua agensi wakaf ini juga berperanan memungut wakaf tunai yang dibenarkan dilaksanakan di Malaysia selaras dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-77 pada tahun 2007 (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2009). Wakaf tunai ini dapat membantu agensi wakaf membina dan memperolehi dana untuk membangunkan dan mengembangkan aset wakaf oleh pihak MAIN.

Keperluan Penubuhan Agensi WakafSecara amnya, penubuhan agensi wakaf ini dilihat lebih fleksibel

berbanding pentadbiran secara terus oleh MAIN yang mempunyai kekangan dalam melaksanakan peranan wakaf. Beberapa kekangan berikut dilihat sebagai keperluan untuk menubuhkan agensi wakaf oleh MAIN:

i) Kekangan operasiWalaupun MAIN dari segi undang-undang adalah pemegang amanah

tunggal harta wakaf di negara ini, fungsi dan peranannya untuk menguruskan wakaf adalah terhad. Hal ini demikian kerana Majlis Agama Islam dari segi undang-undang mempunyai kekangan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti menjana pendapatan perniagaan daripada wakaf. Umum mengetahui bahawa terdapat banyak tanah wakaf yang tidak diuruskan dengan baik menyebabkan tanah-tanah terbiar dan tidak dapat digunakan (Isamail, Rosele, & Anuar, 2015). Harta wakaf adalah harta yang perlu diuruskan dengan baik supaya dapat menghasilkan manfaat yang maksimum bagi disalurkan kepada penerima manfaat (Isamail et al., 2015).

Dalam persekitaran ekonomi semasa, adalah sukar bagi Kerajaan untuk menjalankan perniagaan (Mintzberg, 1996) kerana ini akan mengurangkan keyakinan pelabur untuk melabur disebabkan campur tangan Kerajaan dalam perniagaan. Keterhadan ini menyebabkan pulangan daripada manfaat yang diterima menjadi rendah dan ini meminimumkan agihan manfaat tersebut.

ii) Kekangan sumber manusia Banyak kajian yang dijalankan oleh para pengkaji sebelum ini mendapati

bahawa MAIN mempunyai masalah kekurangan sumber tenaga manusia serta kepakaran untuk menguruskan harta wakaf. Pengurusan hartanah

Page 107: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

99

memerlukan mereka yang pakar dan profesional dalam pengurusan ini (Isa, Ali, & Harun, 2011). Terdapat juga cadangan agar pihak MAIN menambah kakitangan untuk mempertingkatkan keupayaan menguruskan aset wakaf (Azizi Zakaria, 2013). Walau bagaimanapun, harus diingat bahawa MAIN merupakan sebuah agensi Kerajaan yang mempunyai kekangan dari segi sumber manusia (Majid & Said, 2014). Hal ini demikian kerana, adalah sukar bagi pihak MAIN untuk menambah atau mengubah struktur organisasi MAIN kerana perlu melalui proses dan prosedur tertentu yang memakan masa. Kakitangan MAIN adalah penjawat awam dan mereka tertakluk kepada prosedur kakitangan Kerajaan sedia ada seperti sistem pencen, waran perjawatan dan sebagainya. Perkara ini merupakan satu perkara yang sukar untuk dilaksanakan oleh pihak MAIN dalam masa yang singkat, sedangkan sumber manusia dengan kepakaran tertentu adalah amat diperlukan untuk membolehkan hartanah wakaf diuruskan dengan baik.

iii) Kekangan pengurusan kewanganPengurusan kewangan wakaf oleh pihak MAIN adalah kurang fleksibel

berbanding pengurusan oleh pihak agensi wakaf. Sebagai sebuah jabatan Kerajaan, MAIN tertakluk pada prosedur kewangan Kerajaan yang perlu melalui prosedur-prosedur tertentu seperti kelulusan belanjawan, yang perlu pula mendapat kelulusan Dewan Undangan Negeri (Siraj & Karbhari, 2014). Perbelanjaannya pula perlu mengikut tatacara kewangan Kerajaan dan prosedur kewangan lain. Ini memberi kesukaran kepada mereka untuk menguruskan wakaf dengan baik.

Peranan Agensi Wakaf Dalam Konteks Kelestarian KewanganMenurut John Elkington (2001), kelestarian dipacu oleh tiga

faktor utama iaitu planet, manusia dan keuntungan (Planet, People, Profit). Ketiga-tiga faktor ini saling berkaitan antara satu sama lain bagi menyokong kelestarian. Berdasarkan teori ini, tanah wakaf (planet) haruslah dibangunkan, diusahakan dan diselenggarakan dengan baik agar masyarakat (people) dapat menggunakannya, seterusnya dapat menjana pendapatan (profit). Hartanah yang tidak diuruskan dengan baik akan menyebabkannya terbiar dan tidak dapat menjana manfaat. Ini menunjukkan hubungan antara ketiga-tiga faktor ini, iaitu planet dan people menyokong kepada kelestarian manfaat (profit). Oleh yang demikian, cadangan model untuk kelestarian kewangan wakaf berikut (Jadual 1) telah dirangka dengan mengikut idea John Elkington (2001) sebagai asas panduan untuk mengklasifikasi sejauh mana peranan agensi wakaf dapat membantu melestarikan kewangan.

Page 108: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

100

Jadual 1 : Cadangan Model Kelestarian Kewangan

Planet Hartanah Wakaf Pembangunan Hartanah

Pengurusan dan Penyelenggaraan Hartanah

Manusia

Kakitangan Teraju pimpinan

Kakitangan yang berkepakaran dan berpengetahuan

Masyarakat

Program promosi dan kesedaran

Penglibatan komuniti

Kerjasama pintar

Pemegang kepentingan Kebertanggungjawaban

Polisi Kerajaan

Keuntungan/ Manfaat

Manfaat kewangan

Pengurusan Kewangan

Penjanaan Manfaat Kewangan

Peningkatan dana

Manfaat bukan kewangan Manfaat kepada Masyarakat

(Diubahsuai daripada Model Elkington, 2001)

A. Faktor PlanetPlanet dalam konteks wakaf merujuk kepada harta wakaf yang

diamanahkan oleh pewakaf kepada MAIN. Tanah wakaf telah wujud dan sentiasa lestari kerana aset wakaf ini bersifat kekal, tidak boleh dijual, dipindah milik atau diwarisi sebagaimana yang telah ditetapkan oleh hukum syarak. Sekiranya harta wakaf ini diuruskan dengan teratur seperti diselenggara dan dibangunkan, maka harta wakaf tersebut dapat memberi manfaat yang maksimum kepada masyarakat. Umum mengetahui bahawa terdapat banyak tanah wakaf yang tidak diuruskan dengan baik menyebabkan ia menjadi terbiar dan tidak boleh digunakan. Menurut Omar (2016), terdapat kira-kira 88% daripada keseluruhan tanah wakaf yang tidak dibangunkan. Jumlah tanah wakaf yang terletak berjauhan antara satu sama lain juga menyebabkan tanah-tanah wakaf ini sukar dipantau agar tidak disalahgunakan. Sekiranya dioptimumkan, hartanah wakaf ini dapat memberi pulangan manfaat yang besar kepada masyarakat. Peranan agensi wakaf ini yang dianggotai oleh pakar-pakar yang diperlukan dapat memberikan idea terbaik untuk pembangunan aset wakaf.

i. Pembangunan HartanahAktiviti pembangunan hartanah merangkumi aktiviti merancang dan

membangunkan hartanah wakaf. Dengan penubuhan agensi wakaf, pelan

Kel

esta

rian

Kew

anga

n

Page 109: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

101

perancangan wakaf dapat diatur dengan lebih baik. PWS misalnya telah mengklasifikasikan kategori-kategori tanah wakaf mengikut gred bagi menentukan kesesuaian tanah yang boleh dibangunkan ataupun tanah yang sukar dibangunkan. Terdapat pelbagai projek dan pembangunan dirancang di atas tanah wakaf seperti projek perumahan, projek komersil dan projek sosial yang memberi impak kepada masyarakat di samping menambah pulangan kewangan ke atas aset. Tanah-tanah yang terletak berjauhan dan sukar dibangunkan akan diistibdalkan untuk memudahkan urusan pengurusan dan pembangunan. Manakala TBS pula telah membangunkan beberapa projek secara bersepadu yang dapat memberi impak pada masa ini dan juga untuk jangka masa panjang. Dengan adanya agensi wakaf, pembangunan tanah wakaf dapat diuruskan dengan lebih baik dan profesional.

Kos bagi pembangunan hartanah memakan nilai yang cukup besar. Oleh itu, keputusan pembangunan hartanah adalah satu keputusan yang strategik dan memerlukan perancangan yang tepat. Oleh itu, peranan agensi wakaf yang mempunyai tenaga pakar dan profesional dapat membantu pembangunan hartanah ini.

ii. Pengurusan dan PenyelenggaraanPengurusan dan penyelenggaraan hartanah adalah penting untuk

kelestarian kewangan wakaf. Pengurusan dan penyelenggaraan hartanah meliputi segala aspek operasi, penyelenggaraan serta menjaga keselamatan aset daripada kerosakan, pencerobohan atau salah guna. Sekiranya kesemua elemen ini tidak diuruskan dengan baik, harta wakaf tadi berkemungkinan akan rosak atau terbiar menyebabkan ianya tidak dapat digunakan.

Dengan adanya agensi wakaf yang ditubuhkan sama ada dalam bentuk perbadanan, syarikat ataupun koperasi, operasi pengurusan hartanah wakaf dapat dilaksanakan dengan lebih baik kerana agensi wakaf boleh melaksanakan aktiviti-aktiviti menjana manfaat dan pendapatan. Pelbagai aktiviti di atas tanah wakaf boleh diatur oleh agensi tersebut untuk memaksimumkan manfaat seperti pengurusan sewaan, aktiviti perniagaan dan juga pertanian. Dengan adanya hasil manfaat yang lebih baik, agensi wakaf akan mempunyai dana yang lebih tinggi untuk membiayai kos pengurusan hartanah wakaf di samping memberikan manfaat yang lebih baik kepada penerima manfaat.

B. Faktor ManusiaManusia merupakan peranan terpenting berbanding dua faktor yang

lain. Manusia yang dijadikan sebagai khalifah di muka bumi ini bertindak

Page 110: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

102

menyusun dan menguruskan semua faktor untuk mencapai matlamat. Peranan manusia dalam kajian ini dibahagi kepada tiga kumpulan iaitu kakitangan agensi wakaf, masyarakat dan pemegang amanah.

i. KakitanganDengan adanya agensi wakaf, pengambilan kakitangan profesional dan

pakar lebih mudah diuruskan kerana ia hanya melalui prosedur dalaman sahaja bergantung pada keperluan dan keupayaan kewangan agensi tersebut. Kakitangan seperti jurutera, jurunilai hartanah dan profesional lain amat diperlukan oleh agensi wakaf. PWS misalnya mempunyai juruteranya sendiri untuk membantu kerja-kerja pembangunan dan juga penyelenggaraan aset-aset wakaf. Begitu juga dengan TBS yang mempunyai jurutera di bawah anak syarikatnya yang dapat memberi nasihat teknikal untuk pembangunan dan penyelenggaraan wakaf. Dengan adanya kepakaran ini, pengurusan pembangunan dan pengurusan hartanah menjadi lebih mudah. Agensi wakaf boleh mengatur struktur kakitangan mengikut kesesuaian dan keperluan agensi dari peringkat atasan hinggalah ke peringkat bawahan. Ini merupakan satu kelebihan yang membolehkan agensi wakaf bergerak pantas bagi meningkatkan pengurusan hartanah wakaf.

ii. MasyarakatMasyarakat yang prihatin pasti tidak keberatan menyumbangkan wakaf

dalam pelbagai bentuk kerana keikhlasan mereka untuk membantu agama dan masyarakat. Penglibatan masyarakat dilihat sebagai suatu tindakan yang baik agar masyarakat turut sama-sama bertanggungjawab terhadap pengurusan harta wakaf. Masyarakat yang dididik dengan sifat pemurah dapat membantu meningkatkan peranan wakaf.

Melalui agensi wakaf yang ditubuhkan, pelbagai program promosi dan kesedaran dilaksanakan oleh agensi wakaf bagi menggalakkan orang ramai berwakaf. Antara program yang telah dilaksanakan oleh agensi wakaf adalah seperti karnival wakaf, program bantuan wakaf dan program kesedaran melalui khutbah Jumaat. Di samping itu, program kerjasama pintar dengan pelbagai pihak dapat menggalakkan masyarakat berwakaf dan bertanggungjawab kepada wakaf. Kerjasama pintar yang dijalankan dengan pihak institusi perbankan, institusi pendidikan dan sebagainya, mampu membudayakan amalan berwakaf dalam kalangan masyarakat. Kerjasama antara PWS dengan Bank Muamalat adalah satu contoh jaringan kerjasama yang berjaya untuk membantu melestarikan kewangan wakaf.

Page 111: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

103

iii. Pemegang KepentinganMajlis Agama Islam Negeri merupakan pemegang kepentingan

kepada agensi wakaf. Walau bagaimanapun, kebanyakan agensi wakaf ini turut mengambil tenaga pakar luar yang berpengalaman menganggotai lembaga pemegang amanah. Terdapat juga agensi wakaf yang mewujudkan jawatankuasa kecil yang dianggotai oleh beberapa orang pakar luar mengikut bidang jawatankuasa yang ditubuhkan seperti jawatankuasa pembangunan hartanah. PWS sebagai contoh, menjemput beberapa orang pakar daripada universiti tempatan untuk memberi idea pembangunan aset wakaf. Begitu juga dengan TBS yang mendapat idea hasil kerjasama dengan beberapa pihak seperti pakar hartanah untuk membangunkan wakaf. Dengan gabungan buah fikiran, mereka mampu menyumbang idea untuk pengurusan wakaf yang lebih baik.

Pemegang kepentingan juga bertindak menjaga dari segi integriti dan kebertanggungjawaban agensi wakaf. Mereka perlu memastikan bahawa harta wakaf diurus dengan cara terbaik dan tidak berlaku salah guna ke atas harta wakaf tersebut. Laporan berkala boleh dibuat untuk meyakinkan masyarakat tentang tadbir urus agensi wakaf.

C. Faktor Keuntungan/ManfaatTerdapat dua bentuk manfaat yang disediakan oleh wakaf, pertama

ialah manfaat dari segi penggunaan seperti penggunaan masjid dan surau, dan yang kedua ialah manfaat dalam bentuk kewangan. Kedua-dua manfaat ini penting untuk menunaikan amanah pewakaf. Manfaat penggunaan membolehkan penerimanya memperolehi manfaat daripada harta yang ditinggalkan oleh pewakaf. Sebagai contoh, seorang pelajar dapat belajar dalam bilik darjah yang kondusif di sekolah yang diwakafkan oleh pewakaf. Manakala, manfaat dalam bentuk kewangan pula boleh digunakan untuk memberi bantuan kepada pihak yang layak menerima manfaat di samping digunakan untuk menampung kos pengurusan dan penyelenggaraan hartanah tersebut.

Peranan agensi wakaf adalah untuk memaksimumkan manfaat wakaf dalam pelbagai bentuk. PWS sebagai contoh telah membangunkan masjid, sekolah, pusat tahfiz yang cantik dan moden untuk kegunaan masyarakat. PWS juga telah membeli beberapa buah kedai untuk disewakan, dan hasil pulangan daripada sewaan tersebut digunakan untuk kos pembangunan dan penyelenggaraan harta wakaf yang lain serta sebahagiannya untuk kos operasi. Begitu juga dengan model wakaf yang dilaksanakan di TBS, mereka

Page 112: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

104

telah membangunkan beberapa projek pembangunan bersepadu yang terdiri daripada ruang pejabat, ruang perniagaan dan ruang untuk aktiviti sosial yang boleh memberi manfaat dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan.

KesimpulanPenubuhan agensi wakaf secara korporat oleh MAIN banyak membantu

melengkapkan peranan MAIN sebagai pemegang amanah wakaf. Banyak projek dapat dilaksanakan oleh agensi wakaf berdasarkan keupayaan, kepakaran dan kebolehan mereka melaksanakannya. Agensi wakaf dapat membantu menjana manfaat dengan lebih baik selain mempunyai kakitangan yang sesuai untuk pembangunan dan pengurusan wakaf. Bentuk-bentuk kerjasama oleh agensi wakaf dengan pelbagai pihak seperti institusi bank dan institusi pendidikan juga banyak membantu untuk menjayakan pembangunan wakaf dan menyedarkan masyarakat. Hasil kajian ini mendapati faktor-faktor untuk kelestarian kewangan dapat ditingkatkan dengan penubuhan agensi wakaf. Sehubungan itu, penubuhan agensi wakaf adalah satu perubahan positif yang boleh dilaksanakan oleh MAIN untuk membawa wakaf kepada kelestarian kewangan.

Rujukan Anan, C. M. (2015). Pembangunan Wakaf Menerusi Pendanaan Kerajaan Dan

Kerjasama Institusi Kewangan Dan Korporat: Hala Tuju, Cabaran Dan Harapan. dalam Program Muzakarah Wakaf 2015 (Vol. 1, pp. 1–42). https://doi.org/10.1017/CBO9781107415324.004

Azizi Zakaria. (2013). Pencerobohan tanah kerajaan dari sudut perundangan tanah. Jurnal Pentadbiran Tanah, 3(1), 61–87.

Elkington, J. (2001). Enter the Triple Bottom Line. The Triple Bottom Line: Does It All Add Up?, 1(1986), 1–16. https://doi.org/10.1021/nl034968f

Isa, Z. M., Ali, N., & Harun, R. (2011). A Comparative Study of Waqf Management in Malaysia. International Conference on Sociality and Economics Development, 10, 561–565.

Isamail, M. Z., Rosele, M. I., & Anuar, M. (2015). Pemerkasaan Wakaf Di Malaysia: Satu Sorotan. Labuan E-Journal of Muamalat and Society, 9, 1–13.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2009). Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Kuwait Awqaf Public Foundation. (n.d.). The Establishment of Kuwait Awqaf Public Foundation. dilayari pada 29 September 2017, dalam www.awqaf.

Page 113: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

105

org.kw/English/AboutMunicipality/GeneralSecretariatOfAwqaf/Pages/Establishment.aspx

Majid, R. A., & Said, R. (2014). Permasalahan Pengurusan Hartanah. International Surveying Research Journal (ISrJ), 4(1), 29–43.

Mat Rani, M. A., & Abdul Aziz, A. (2010). Waqf Management And Administration In Malaysia: Its Implementation From The Prespective of Islamic Law. Malaysian Accounting Review, 9(2), 115–121.

Mintzberg, H. (1996). Managing Government , Governing Management Why Do Employees Resist Change ? Ruling The Net Making Local Knowledge Global. Harvard Business Review, 74(3), 75–83.

Omar, P. D. I. (2016). Wakaf Tanah Untuk Rumah Rakyat. Utusan Online. dilayari dalam http://www.utusan.com.my/rencana/wakaf-tanah-untuk-rumah-rakyat-1.194456

Perbadanan Wakaf Selangor - Laman Utama. (n.d.). Dilayari pada 4 Mei 2016, daripada http://www.wakafselangor.gov.my/

Persekutuan, P. (1963). Perlembagaan Persekutuan.Pusat Wakaf MAIWP. (n.d.). Pusat Wakaf MAIWP - Halaman Utama | Facebook.

Dilayari pada 25 September 2017, dalam https://www.facebook.com/wakafmaiwp/

Sami, A. S. (2016). AWAQF landmarks in the Arab world. Kuala Lumpur.Siraj, S.-A., & Karbhari, Y. (2014). Financial Accountability of Waqf ( Pious

Endowment ) Institutions in Malaysia : The Case of Budgeting Practices in State Islamic Religious Councils. BAFA Conference, (4), 1–24. https://doi.org/10.13140/2.1.1138.5289

Tabung Baitulmal Sarawak. (n.d.). Laman Web Rasmi Tabung Baitulmal Sarawak. Dilayari pada 4 Mei 2016, daripada http://www.tbs.org.my/www/?

Wakaf Negeri Sembilan. (n.d.). Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan. Dilayari pada 2 Mac 2016, daripada http://www.wakafnegerisembilan.com/

Wakaf Perak Ar-Ridzuan. (n.d.). Laman Web Rasmi Wakaf Perak Ar-Ridzuan. Dilayari pada 29 Mei 2016, daripada http://wakafperak.maiamp.gov.my/v1/

Warees Investment Ptd Ltd. (n.d.). Warees Investments Pte. Ltd. dilayari pada 25 September 2017, dalam http://www.warees.sg/

Page 114: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

106

Page 115: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

107

KOMUNIKASI DAN KEKELUARGAAN:SATU PERSPEKTIF ISLAM

Amini Amir Abdullah1 dan Siti Zobidah Omar2

AbstrakArtikel ini adalah satu kertas konsep mengenai kekeluargaan dan komunikasi dari perspektif Islam. Jack G. McAuley (1979) dalam bukunya, People to People: Essentials of Personal and Public Communication telah melahirkan kebimbangan terhadap suatu fenomena dalam aspek komunikasi. Menurutnya, kemajuan komunikasi tidak banyak membantu dalam menyelesaikan masalah komunikasi yang paling asas. Alat-alat canggih komunikasi membantu menghantar dan menerima mesej; ia tidak membantu memahami mesej itu. Beliau kemudiannya menyimpulkan bahawa masalah komunikasi yang paling genting bukanlah masalah mekanikal, ia adalah manusia sendiri. Kepincangan komunikasi dan kurangnya keberkesanan di dalam berkomunikasi antara ahli-ahli dalam sesebuah keluarga adalah antara faktor berlakunya krisis dalam sesebuah rumahtangga. Makalah ini bertujuan mengutarakan suatu perspektif Islam tentang komunikasi dan kekeluargaan. Islam amat menitikberatkan komunikasi di dalam sistem kekeluargaannya. Komunikasi haruslah secara hikmah (kebijaksanaan) yang merangkumi tatacara dan ketentuan syarak, keikhlasan, diplomasi, pendekatan psikologi dan adil. Perbincangan juga berkisar soal bagaimana mewujudkan komunikasi keluarga seterusnya meningkatkan interaksi, persefahaman dan jalinan kasih sayang antara komponen kekeluargaan. Dalam konteks Dasar Keluarga Negara, makalah ini menyumbang kepada pengisian dasar tersebut dalam mewujudkan keluarga yang bahagia dan sejahtera.

AbstractThis article is a concept paper on family and communication from Islamic perspectives. Jack G. McAuley (1979) in his book, People to People: Essentials of Personal and Public Communication has expressed concerns about a phenomenon in communication. He said that the progress of communication has helped to solve

1 Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia1 Profesor Madya, Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia

Page 116: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

108

our most basic communication. Advanced communication tools have helped us to send and receive messages but it does not help us to understand the message. He then concluded that the most critical communication problems are not mechanical problems, it is man himself. In the Muslim family, humans are the principal components. Often happens, the collapse of marriage is because people who are within the family institution is not able to create harmony and peace as the basis of marital happiness. Although there are other factors, communication factors no less important in a family institution. Communication breakdown and lack of effectiveness in communication between members of the family are among the factors of family crisis. How to foster a happy family if the communication between each member of the family does happen at all? Based on this premise, this paper seeks to discuss family communication from an Islamic perspectives. Muslims place great emphasis on communication in their family system. Communication should be established with wisdom which includes procedures, legislation, sincerity, diplomacy, and psychological approaches to justice (i.e. putting things in the right place). The issue to be discussed also revolves around the question of how to establish communication and family interaction, understanding and improving ties of love and affection among husband and wife as well as family members. In the context of the National Family Policy, this paper contributes to the enhancement of the policy in creating a happy and prosperous family. When the family component is good, the society also will be good as well as the country.

PengenalanKemajuan pesat komunikasi masa kini membuktikan bahawa taraf

komunikasi antara manusia semakin meningkat. Islam amat menitikberatkan komunikasi antara manusia, begitu juga komunikasi manusia dengan khaliqnya (Pencipta). Islam memandang kewujudan komunikasi yang harmoni sesama manusia boleh mewujudkan persefahaman dan kedamaian manusia sejagat bermula daripada sebuah komponen keluarga, membentuk sebuah masyarakat, menuju kepada sebuah negara dan hubungan antara bangsa, ras, agama dan negara jagat. Pencapaian tertinggi yang melibatkan elemen-elemen ini ialah untuk mencapai martabat keredaan Allah SWT (Mardhat Allah). Pelaksanaan dasar-dasar kekeluargaan dan kenegaraan harus tidak terkeluar daripada garis panduan syariat dan konsep al-amr bi al-ma’ruf (menyuruh berbuat kebaikan) dan al-nahy ’an al-munkar (menegah daripada kemungkaran).

Komunikasi kekeluargaan Islam bukan hanya tertumpu kepada aspek-aspek dalaman rumahtangga semata-mata, malahan ia juga melibatkan masyarakat persekitaran. Aspek-aspek komunikasi yang wujud di dalam

Page 117: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

109

sistem kekeluargaan Islam termasuklah:

1. Komunikasi sesama pasangan (suami dan isteri)2. Komunikasi ibu bapa dan anak-anak3. Komunikasi komponen keluarga dengan kerabat atau keluarga

terdekat4. Komunikasi komponen keluarga dengan jiran5. Komunikasi komponen keluarga dengan masyarakat keseluruhan

Dalam konteks kekeluargaan, Zaleha Ismail (2000) berpendapat bahawa cabaran utama bagi wanita Malaysia ialah membina keluarga bahagia. Seorang isteri yang menyediakan juadah untuk suami dan anak-anaknya bukan hanya mempunyai sumbangan kepada keluarganya, bahkan turut menyumbang kepada pembangunan masyarakat juga. Kedudukan seorang isteri dalam rumahtangga amat penting kerana tanpa peranan dan komitmen mereka, rumahtangga bahagia tidak akan tercapai.

Prestasi keluarga yang baik akan menghasilkan rumahtangga yang bahagia. Rika Fatimah dan A.A. Jemain (2009) telah menggunakan tiga kaedah untuk mengukur prestasi keluarga di Malaysia iaitu hubungan kekeluargaan, perkembangan kekeluargaan dan kelestarian kekeluargaan. Mereka mendapati bahawa kepincangan dalam hubungan kekeluargaan menjejaskan kepuasan keluarga dan prestasi keluarga. Helen B. Andelin (1984) pula menekankan konsep wanita ideal yang boleh dicapai oleh setiap wanita yang berumahtangga. Di samping kepentingan aspek komunikasi keluarga, beliau menumpukan kepada kaedah menjadi isteri yang menarik dan memberi perhatian kepada memahami suami, perasaan dan cita rasa suami. Beliau juga memberikan pelbagai panduan kepada isteri mengenai kaedah untuk bertindak jika suami dalam keadaan terganggu atau tertekan.

Pembentukan Rumahtangga dan Matlamat Pembentukan Keluarga Islam

Rumahtangga dan keluarga bahagia merupakan idaman setiap pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan. Terlebih dahulu asas-asas pembinaan rumahtangga haruslah dititikberatkan semasa melakukan pemilihan jodoh lagi. Tidak kira sama ada pemilihan itu berdasarkan pilihan sendiri ataupun pilihan ibu bapa, yang penting pemilihan jodoh mestilah dibuat berasaskan kriteria-kriteria yang telah diajarkan oleh Islam. Dalam suatu hadis, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud, “Wanita dikahwini kerana empat perkara, iaitu kerana hartanya, kerana

Page 118: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

110

keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Pilihlah yang beragama nescaya membahagiakan kamu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Dalam satu sabdanya yang lain, dijelaskan, “Dunia itu adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan itu ialah isteri yang solehah.” (Riwayat Muslim)

Islam menggalakkan agar mencari pasangan yang beragama demi untuk menjaga keharmonian rumahtangga itu sendiri kerana isteri yang beragama akan sentiasa kasih dan sayang kepada suami dalam apa juga situasi, sedar akan tanggungjawabnya dan taat serta patuh. Pasangan yang beragama ialah pasangan yang sedar akan peranan dan tanggungjawab masing-masing terhadap Tuhan, sesama pasangan dan rumahtangga. Apabila kesedaran ini timbul, sikap bekerjasama, tolong menolong, toleransi, kemesraan dan keramahan akan menjelma kemudian. Sikap-sikap ini merupakan kaedah komunikasi interpersonal masing-masing. Komunikasi tidak akan berlaku dengan licin dan lancar jika wujud nilai-nilai negatif. Komunikasi yang berkesan akan berlaku sekiranya pasangan berlapang dada, saling memahami dan yang penting, bersedia untuk mengadakan interaksi.

Hubungan komunikasi yang wujud dalam sesebuah sistem kekeluargaan bukan sahaja melibatkan pasangan suami isteri dan anak-anak, malah turut melibatkan ibu bapa dan kerabat kedua-dua pasangan. Sebab itu, apabila berlaku perceraian, hubungan kekeluargaan tadi akan turut melibatkan ibu bapa dan kaum kerabat kedua-dua pasangan. Oleh hal yang demikian, komunikasi yang baik harus dijalin dengan semua pihak; suami harus menghormati dan mengadakan interaksi yang baik dengan ibu bapa dan kaum kerabat isterinya, begitu juga dengan isterinya.

Menjalin Komunikasi Keluarga Secara Mudah Dari Perspektif IslamIbu bapa perlu memainkan peranan yang proaktif untuk mewujudkan

jalinan komunikasi keluarga yang berkesan. Antaranya:i) Ibu bapa perlu berusaha menjalin komunikasi yang berkesan dalam

semua aspek demi kecemerlangan akademik dan sahsiah anak-anak, antaranya melalui doa dan tawakal kepada Allah SWT seperti kisah Nabi Lut yang pernah berdoa untuk keluarganya. Di dalam al-Quran Allah berfirman yang bermaksud:

(Nabi Lut berdoa), “Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikut-pengikutku daripada apa yang dilakukan oleh golongan (yang jahat) itu.” Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya serta pengikut-pengikutnya – semuanya.

(Al-Syu’ara’: 169-170)

Page 119: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

111

ii) Ibu bapa perlu menasihati anak-anak dengan penuh hikmah dan kasih sayang. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya semasa dia memberi nasihat kepadanya, ‘Wahai anak kesayanganku, janganlah Engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain). Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.’ Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung sehingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian), bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

(Luqman: 13-14)

Namun, dalam soal akidah, ibu bapa perlu bertegas, umpamanya ibu bapa perlu bertegas dalam soal solat.

iii) Ibu bapa berlu berkomunikasi mengikut tahap intelektual dan umur anak-anak. Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, “Serulah anak-anak kamu bersembahyang apabila mereka mencapai umur tujuh tahun dan pukullah mereka (dengan tujuan mendidik) apabila mereka mencecah umur sepuluh tahun.” (hadis riwayat Muslim)

iv) Menerangkan kelebihan mencintai Allah dan Rasul-Nya dalam komunikasi keluarga.

v) Komunikasi suami isteri yang berkesan akan mewujudkan kecenderungan yang mendalam, ketenteraman serta kecintaan. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan antara tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya) bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu hidup bahagia dengannya dan dijadikan-Nya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan kasihan belas. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang yang berfikir;”

(Al-Rum: 21)

vi) Menjelaskan secara mudah dan dapat difahami mengenai kesyumulan Islam dan mudahnya mengamalkan Islam.

Page 120: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

112

vii) Komunikasi keluarga banyak membabitkan prinsip-prinsip komunikasi antara peribadi. McAuley (1979) mendefinisikan komunikasi antara peribadi sebagai komunikasi antara manusia yang berlaku dalam keadaan yang membolehkan seseorang membalas secara terus antara satu sama lain. Berkait dengan soal ini, pembuka bicara dalam berkomunikasi secara Islam ialah memberi salam kepada saudara seagama, isteri, suami, ibu bapa, anak-anak atau kepada audiens yang majoritinya Islam. Memberi salam dan menjawab salam adalah etika komunikasi Islam yang penting. Ia mudah serta ringkas, dan secara tidak langsung mendoakan kesejahteraan dan kebaikan orang lain.

Memberi salam dapat memupuk rasa cinta dan kasih sayang, mengeratkan tali silaturahim dan keakraban sesama manusia. Rahsia keharmonian rumahtangga ini kurang disedari oleh orang ramai, namun perhatikan sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sukakah kamu aku tunjukkan sesuatu, apabila kamu kerjakan kamu akan saling mencintai? Sebar luaskanlah salam sesama kamu.” (Al-Sabuni, 1987: 239). Memberi salam dan menjawab salam memanifestasikan rasa kesatuan dan sikap ambil berat.

Orang yang berbuat baik, berkomunikasi secara sopan, lemah-lembut dan bersikap toleran dan sabar terhadap isterinya menunjukkan kesempurnaan akhlak dan kemantapan imannya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya. Dan orang yang paling baik di antara kami ialah orang yang sangat baik kepada isterinya.” (Imam Muslim, 1981: 512-513). Dalam konteks berbuat baik kepada isteri, bermaksud suami yang berbaik-baik dengan isterinya, berkomunikasi dan berinteraksi secara bersopan dan beradab, berlemah-lembut serta bersikap halus terhadap isteri.

Komunikasi Suami dan Isteri Serta Adabnya Dalam IslamOrang yang menghormati isterinya dianggap sebagai seorang yang

berhati mulia. Rasulullah SAW memuji orang yang memuliakan wanita. Rasulullah SAW sendiri merupakan model terunggul yang harus diteladani. Baginda SAW mesra dan menjaga perhubungan dengan para isterinya. Baginda SAW sering menghabiskan masa senggangnya dengan mereka, maka tidak hairanlah isteri Baginda SAW, contohnya Sayidatina Aishah r.ha., adalah antara orang yang paling banyak meriwayatkan hadis daripada Baginda SAW.

Page 121: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

113

Islam mewajibkan setiap komponen keluarga berkomunikasi sesama mereka secara baik. Suami isteri perlulah melayani dan memperlakukan pasangan masing-masing dengan baik dan hormat untuk mewujudkan persefahaman, kemesraan dan ketenangan dalam keluarga. Islam memberikan garis panduan yang jelas untuk mewujudkan keharmonian dan kedamaian sebuah rumahtangga. Isteri sebagai “tiang seri” rumahtangga diberi penghormatan yang sewajarnya daripada Islam. Al-Quran dan hadis banyak menyentuh agar para suami melayani isteri dengan baik. Firman Allah SWT yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepada mereka, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).”

(Surah Al-Nisa’: 19)

Ayat ini menjelaskan bahawa komunikasi antara suami-isteri perlu dijalankan secara baik. Sebagai manusia, ada saja kerenah mahupun peristiwa yang menyebabkan suami merasa marah atau kecewa dengan isterinya. Al-Quran menasihatkan para suami agar bersabar kerana Islam mengajar sikap sabar dan menahan diri daripada kemarahan yang melampau akibat sikap yang tidak menyenangkan para isteri. Harus diingat bahawa kesabaran merupakan ‘senjata’ penting apabila berlakunya konflik dalam rumahtangga. Natijahnya, kadar perceraian dapat dikurangkan sekiranya setiap pasangan mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.

Komunikasi sesama anggota keluarga Islam mesti berlandaskan hikmah. Hikmah bermaksud bijaksana dalam segala hal, menggunakan diplomasi serta psikologi, berlemah-lembut sesuai pada tempatnya, bertolak ansur, bersabar, tegas dan sebagainya. Bimbingan suami adalah perlu kerana suami merupakan peneraju rumahtangga. Oleh sebab itu, suami haruslah berilmu kerana tanpa ilmu, pendidikan tidak akan berhasil. Ketua keluarga juga perlu mempunyai akhlak yang baik kerana kelak akan menjadi teladan kepada anggota keluarganya yang lain. Seorang suami haruslah menggunakan

Page 122: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

114

pendekatan penuh hemah, lemah-lembut dan bijaksana. Satu perkara yang harus diambil kira ialah naluri dan sifat semula jadi kewanitaan isteri. Di dalam satu hadis digambarkan bahawa kaum wanita dicipta daripada tulang rusuk yang bengkok. Sekiranya para suami menggunakan kekerasan untuk mendidik mereka, nescaya tulang rusuk itu akan patah. Sebaliknya, jika dibiarkan, nescaya ia akan bengkok untuk selama-lamanya. Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, “Berpesan-pesanlah kepada wanita secara baik kerana perempuan itu dijadikan daripada tulang rusuk yang paling bengkok, dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang di atasnya. Jika engkau cuba meluruskannya dengan cara yang keras nescaya engkau akan mematahkannya. Tetapi sekiranya engkau biarkan sahaja, nescaya ia tetap bengkok sedemikian rupa.” (Nasaruddin, 2004: 14)

Hadis ini menerangkan unsur penting dalam aspek pendidikan dan komunikasi kekeluargaan Islam iaitu kalimah berpesan-pesan iaitu menasihati, mendidik dan mendekati para isteri dengan tujuan untuk mengajar dan memperbetulkan. Ini haruslah dilakukan secara khair iaitu secara terbaik. Hadis ini secara tidak langsung menyentuh sifat wanita sebagai makhluk yang sensitif, bernaluri lembut, perlukan kasih sayang serta didikan. Suatu perkiraan penting untuk mendekati sifat-sifat mereka ini adalah melalui kelembutan, diplomasi dan psikologi. Kekerasan akan menyebabkan tujuan pengajaran dan nasihat tidak tercapai kerana pendekatan yang salah tidak akan mencapai matlamat.

Secara tidak langsung hadis ini juga menerangkan betapa sukarnya mendidik kaum wanita. Tulang rusuk yang keras tidak semudah itu untuk diluruskan: proses pendidikan memakan masa yang lama dan perlukan kesabaran. Adalah lebih baik didikan dan pemulihan dilakukan pada peringkat awal lagi. Sekiranya akhlak buruk sudah menjadi kebiasaan dan terlalu lama berakar umbi, tugas memperbetulkan akan menjadi semakin sukar namun, bukanlah sesuatu yang mustahil.

Satu lagi perspektif komunikasi kekeluargaan Islam ialah permuafakatan. Setiap perkara berkaitan kebaikan rumahtangga mestilah didasari atas perkiraan permuafakatan suami dan isteri. Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud, “Bermuafakatlah dengan mereka (para ibu) tentang kemaslahatan anak-anak perempuannya.” (Riwayat Abu Daud) (Mansor Asy’ari, t.t.: 10). Suami isteri haruslah menanam sikap saling memaafkan. Konsep memaafkan tidak hanya wujud pada Hari Raya sahaja. Saling bermaafan walaupun setiap hari, akan mewujudkan suasana harmoni kerana setiap salah faham yang wujud tidak akan berpanjangan dan merebak.

Page 123: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

115

Salah faham yang tidak berkesudahan dan pertelingkahan yang tidak berpenghujung akan mencetuskan keretakan dalam keluarga. Bermasam muka dan tidak bertegur sapa akan menjadikan hubungan semakin dingin, seterusnya timbul sikap benci dan kemarahan yang akan membawa kepada keadaan yang lebih parah yang mungkin membawa kepada perceraian.

Suami isteri juga haruslah memberikan pertimbangan yang adil ke atas tindak-tanduk pasangan masing-masing. Manusia mempunyai sifat-sifat yang baik dan juga sifat-sifat yang buruk. Manusia sering melakukan kesilapan. Jangan terlalu cepat mengambil kesimpulan tentang keburukan pasangan masing-masing; pertimbangkan juga kebaikan pasangan masing-masing. Rasulullah SAW melarang seseorang manusia membenci seseorang yang lain disebabkan sifatnya kerana tentu ada sifat-sifat lain yang disenangi.

Komunikasi dan Tanggungjawab Anak-anak Terhadap Ibu bapa Menurut Islam

Anak-anak mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap ibu bapa mereka. Islam mengajar anak-anak agar memberi perhatian dan penghormatan kepada ibu bapa. Apatah lagi jika ibu bapa telah lanjut usia dan mengharapkan bantuan anak-anak. Anak-anak yang menderhaka kepada ibu bapa, tidak mengambil berat mengenai mereka, tidak menghormati - bahkan menyanggahi mereka walau dengan berkata “ah”, dianggap tidak akan mencium bau syurga. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada kedua-duanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘Ah’, dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan-santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duanya dengan penuh belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata), ‘Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

(Al-Isra’: 23-24)

Ayat ini menegaskan bahawa Allah memerintahkan supaya manusia tidak menyembah selain daripada Dia dan kemudian perintah agar manusia berbuat baik kepada ibu bapa mereka. Jika salah seorang di antara kedua

Page 124: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

116

ibu bapa atau kedua-duanya sudah lanjut umur dalam pemeliharaan anak-anak, sesekali janganlah diherdik walau dengan perkataan “ah”, sebaliknya, ucapkan kepada mereka perkataan yang mulia. Allah juga menegaskan agar anak-anak merendahkan diri kepada ibu bapa dengan kasih sayang, serta mendoakan mereka. Kita wajib berterima kasih kepada ibu bapa kerana mendidik kita menjadi manusia yang sebenarnya. Tanda terima kasih terhadap ibu bapa bukanlah hanya melalui ucapan semata-mata, bahkan melalui perlakuan dan perbuatan, menjaga kebajikan, memberi perhatian dan mendoakan kebaikan mereka. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun, (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Aku jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”

(Surah Luqman: 14)

Ramai ibu bapa menghadapi masalah mendidik anak-anak perempuan mereka menutup aurat sedangkan ia adalah perintah Allah. Firman Allah yang bermaksud:

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

(Surah Al-Ahzab: 59)

Menutup aurat termasuk dalam adab berpakaian. Rasulullah SAW pernah menegur Asma’ binti Abu Bakar ketika beliau memasuki rumah Rasulullah SAW dengan berpakaian nipis. Rasulullah SAW menyatakan kepada Asma’ bahawa wanita yang telah baligh, aurat mereka ialah keseluruhan badan kecuali muka dan dua tangannya sahaja (Nik Ismah, 1989: 10).

Ibu bapa harus mewujudkan komunikasi yang berkesan dengan anak-anak sama ada dalam memberi nasihat, mengajar, kaunseling, mendidik, ibadah, adab dan budaya. Fungsi keberkesanan komunikasi adalah untuk

Page 125: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

117

kelancaran mesej yang disampaikan. Komunikasi wujud apabila anak-anak merasakan selamat dan selesa untuk berbuat demikian. McAuley, semasa mengemukakan konsep asas menggalakkan komunikasi telah menekankan mengenai perlunya diwujudkan suasana yang mana orang dapat merasakan selamat untuk berkomunikasi. Menurutnya, “Satu daripada cara yang cukup pasti untuk menggalakkan komunikasi ialah dengan mewujudkan suasana di mana semua rakan merasakan selamat untuk berkomunikasi. Sebaliknya, satu daripada cara yang paling pasti untuk tidak menggalakkan komunikasi ialah memenuhi persekitaran dengan ancaman dan tindak balas pembelaan diri akibat ancaman.” (MacAuley, 1979: 61)

Sebenarnya komunikasi dan interaksi telah wujud antara ibu bapa dengan anak semenjak anak berada dalam kandungan lagi. Kajian-kajian yang dilakukan di Barat telah membuktikan bahawa bayi di dalam kandungan yang berumur empat bulan ke atas dapat mendengar aktiviti-aktiviti bunyi yang berlaku di luar perut ibunya. Islam sendiri menggalakkan ibu-ibu yang mengandung membacakan ayat-ayat suci al-Quran dengan harapan anak dalam kandungan menjadi anak yang soleh, selain mendapat pahala kerana membacanya.

Mendidik anak-anak pada permulaan pertumbuhan mereka adalah termasuk dalam perkara yang utama dan penting. Anak-anak pada prinsipnya dicipta dengan fitrah yang dapat menerima kebaikan atau kejahatan. Hanya ibu bapa sahaja yang dapat membawa anak-anak kepada salah satu unsur ini. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Setiap bayi itu dilahirkan atas fitrahnya, hanya ibu bapanya sahaja yang boleh menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Hardianto, 1999: 338) Ibu bapa mempunyai tanggungjawab besar mendidik anak-anak demi untuk mendapatkan keredaan Allah SWT. Seorang bapa sebagai pemimpin keluarga bertanggungjawab besar memelihara keluarganya daripada cengkaman api neraka. Allah berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya ialah manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”

(Al-Tahrim: 6)

Page 126: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

118

Ibu bapa juga berperanan dalam usaha-usaha mentarbiah, menasihati dan membentuk keperibadian anak-anak. Ramai yang beranggapan bahawa tanggungjawab ini lebih tertumpu secara formal kepada para guru di sekolah mahupun institusi pendidikan bukan formal. Untuk itu, ibu bapa perlu melengkapkan diri mereka dengan ilmu keibubapaan.

Mewujudkan Komunikasi Antara Keluarga

a. Mengadakan Perbincangan Secara Tidak FormalBapa sebagai ketua keluarga boleh mewujudkan sesi perbincangan tidak

formal bersama-sama anggota keluarganya pada situasi dan masa-masa yang difikirkan sesuai, contohnya selepas waktu makan, selepas minum petang ataupun ketika waktu makan. Kebiasaan mengadakan perbincangan seperti ini akan mewujudkan ruang komunikasi untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat, mengetahui masalah masing-masing, menenangkan fikiran, meluahkan perasaan, menyelesaikan masalah, merapatkan silaturahim dan sebagainya. Anak-anak harus diberi peluang untuk mengadu dan memperkatakan soal-soal pembelajaran atau apa juga masalah yang dihadapi. Beri perhatian kepada apa yang mereka perkatakan dan yakinkan mereka bahawa ibu bapa prihatin dengan apa yang mereka hadapi, dan berikan jalan penyelesaian. Ini akan mewujudkan sikap tanggungjawab terhadap suatu perkara, mewujudkan perbincangan yang sihat, penuh kegembiraan dan yang penting mereka merasakan bahawa mereka dihargai dan diberi perhatian.

b. Menunaikan Tuntutan Agama Secara BersamaSeorang bapa yang ingin mewujudkan komunikasi yang berkesan

sesama keluarga akan melibatkan anggota keluarga dalam aktiviti keagamaan seperti solat berjemaah, berpuasa sunat dan membaca al-Quran dapat membuka ruang kepada komunikasi yang berkesan. Begitu juga aktiviti gotong-royong seperti membersihkan halaman dan persekitaran rumah. Ini akan membiasakan anak-anak dengan sikap tanggungjawab, tolong-menolong, melahirkan keakraban sesama anggota keluarga, kasih sayang dan kemesraan.c. Perbincangan

Perbincangan hati ke hati adalah penting apabila melibatkan masalah yang dihadapi oleh anak-anak yang sudah dewasa (baligh). Kebanyakan persoalan yang dihadapi oleh anak-anak yang meningkat dewasa ialah seperti persoalan seks, hubungan sosial dan hukum-hakam mengenai anak-

Page 127: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

119

anak yang meningkat baligh. Demikian juga peranan ibu untuk mendidik anak-anak perempuan berkenaan hal-hal kewanitaan terutamanya ketika meningkat dewasa dan membantu anak-anak mengatasi masalah yang dihadapi dalam usia begitu. Perbincangan begini memerlukan pendekatan psikologi dan penuh diplomasi. Ibu bapa boleh menjadikan pengalaman mereka semasa remaja sebagai panduan menyelesaikan masalah anak-anak ataupun menggunakan ungkapan yang menarik perhatian anak-anak untuk meneruskan perbincangan. Seandainya pendekatan yang digunakan mengguris perasaan anak, komunikasi secara perbincangan ini tidak akan berjaya.

d. Mengadakan Aktiviti Sosial Secara BerkeluargaIbu bapa perlu meluangkan masa bersama-sama anak. Jangan biarkan

mereka “jauh” atau membiarkan diri mereka rasa tersisih daripada ibu bapa. Implikasinya boleh membawa kepada masalah lebih serius kerana kurangnya kawalan dan pengawasan ibu bapa terhadap pergerakan anak-anak. Anak-anak perlu diasuh supaya sentiasa gembira apabila bersama-sama keluarga. Aturkan program khusus untuk bersantai bersama-sama keluarga seperti berkelah, melancong, bersiar-siar pada waktu cuti dan sebagainya. Anak-anak yang berada di bawah kawalan tidak akan merasa terbiar dan cenderung akan lebih patuh.

e. Hindarkan Perselisihan BerpanjanganPerselisihan faham adalah lumrah dalam kehidupan berumahtangga.

Namun, manusia sebagai makhluk yang berakhlak mampu mencegah dan mengawal perselisihan daripada berpanjangan ataupun menjadi semakin buruk.

Konflik suami isteri janganlah sama sekali dipertontonkan kepada anak-anak. Ini akan meninggalkan kesan psikologi yang kurang baik ke dalam jiwa anak-anak.

Anak-anak mudah terpengaruh dengan kejadian-kejadian yang berlaku di sekeliling mereka. Mereka cenderung meniru perlakuan ibu bapa yang ditunjukkan di hadapan mereka. Melihat ibu bapa bergaduh akan mengganggu emosi anak-anak; mereka akan kebingungan tentang kebenaran: apakah ibunya yang betul atau bapanya yang betul? Keadaan ini akan menjadi semakin parah seandainya si anak dipaksa mengambil sikap menyebelahi salah satu pihak. Keharmonian komunikasi keluarga perlu dijaga kerana ia mempunyai pengaruh yang besar. Barbara Bate dan

Page 128: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

120

Judy Bowker (1992: 109) mengatakan: “The family is the first communication setting in which you learn who you

are and who you are expected to become. For some, the family is the place for observing clear human models of effective relationships and the smooth completion of cooperative tasks. For others, the family is the source of painful memories of abuse or neglect, pressures to achieve or lack of recognition for achievements. Whichever version or what ever parts of both scenarios fit your own experience, you certainly have received many forms of gender communication during your early years.”

f. Bercakap BenarIbu bapa perlu bercakap benar dengan anak-anak kerana anak-anak

akan mencontohi ibu bapa mereka. Anak-anak yang sedar diri mereka dibohongi berkemungkinan akan membohongi ibu bapa mereka pula.

Komunikasi serta interaksi harian harus diisi dengan bicara yang baik-baik, kejujuran, penuh teladan dan pengajaran. Ibu bapa perlu menanam sikap saling menghormati, jujur, amanah dan mesra terhadap anak-anak. Sikap saling menghormati antara pasangan suami isteri harus dijalin setiap masa kerana anak-anak sentiasa memerhatikan gelagat mereka. Ibu bapa yang saling tidak menghormati pasangan masing-masing mungkin tidak akan dihormati oleh anak-anak kerana mereka melihat contoh yang terdekat.

g. PrihatinSuami ataupun bapa haruslah mempunyai sikap wibawa, terbuka

untuk perbincangan dan bertukar-tukar pendapat serta bertolak ansur. Suami haruslah mewujudkan keadaan di mana interaksi dan komunikasi dapat berjalan dengan lancar. Isteri ataupun ibu lebih menjurus peranannya menjaga hal ehwal rumahtangga dan anak-anak sesuai dengan sifatnya yang pengasih, penyabar dan lemah lembut. Walaupun kata pemutus terletak di tangan suami, beliau juga harus mengambil kira pandangan dan pendapat isteri serta anggota keluarga yang lain. Berilah perhatian kepada pandangan anak-anak sambil memberi maklum balas yang diselitkan unsur-unsur nasihat, teladan dan pengajaran. Anak-anak akan gembira apabila merasakan diri mereka dihargai. Ini akan mewujudkan suasana yang harmoni kerana setiap anggota keluarga merasakan mereka turut berperanan.

KesimpulanPerbincangan mengenai konsep kekeluargaan dan komunikasi

dari perspektif Islam ini sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada

Page 129: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

121

pengisian Dasar Keluarga Negara dalam mewujudkan keluarga yang sejahtera. Apabila komponen kekeluargaan itu baik, maka akan baik jugalah sesebuah masyarakat dan begitu juga sesebuah negara. Masalah komunikasi yang genting bukanlah masalah mekanikal; ia adalah kerana manusia sendiri. Dalam sistem kekeluargaan Islam masa kini wujud kelompangan sehingga menyebabkan keruntuhan rumahtangga. Keruntuhan rumahtangga disebabkan mereka yang dalam lingkungan institusi keluarga gagal mewujudkan keharmonian dan kedamaian yang menjadi asas kebahagiaan dan keutuhan rumahtangga tersebut. Walaupun terdapat faktor-faktor lain, faktor komunikasi adalah penting dalam sesebuah institusi keluarga. Kepincangan komunikasi dan kurangnya keberkesanan dalam berkomunikasi antara ahli-ahli dalam sesebuah keluarga adalah antara punca berlakunya krisis dalam sesebuah rumahtangga sama ada di peringkat hubungan suami isteri ataupun ibu bapa dengan anak-anak. Asas-asas komunikasi dan kekeluargaan menurut perspektif Islam perlu diketengahkan agar pasangan Islam memahami kepentingan mewujudkan komunikasi keluarga yang berkesan seterusnya meningkatkan interaksi, persefahaman dan jalinan kasih sayang berterusan antara suami dan isteri, dan komponen keluarga keseluruhannya.

RujukanAl-Quran Al-Karim.Al-Sabuni, Muhammad Ali (1987), Tafsir Ayat-ayat Hukum Dalam Al-Quran, Jilid

2, Kuala Lumpur: Pustaka Al-Azhar.Al-Turki, Yusuf Abdullah (1992), Nasaih wa Taujihat ila Al-Usrah Al-Muslimah,

Riyadh: Al-Maktab Al-Ta’awuni li Al-Da’wah wa Al-irsyad bi Al-Badi’ah.Bate, Barbara dan Bowker, Judy (1992), Communication and the Sexes, Illinois:

Waveland Press.Hardianto Prihasmoro (1999), Ringkasan Kitab Hadist Sahih Imam Bukhari,

Jakarta: Pustaka Mizan.Syeikh Abdullah Basmeih (1989), Tafsir Pimpinan Al-Rahman Kepada Pengertian

Al-Quran, Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri. Andelin, Helen B. (1984), Fascinating Womanhood, California: Christian Life

Publishers. Imam Abi Al-Husin Muslim bin Al-Hajjaj Al-Khusyairi Al-Naisaburi (1981), Sahih

Muslim, Juz. 1, Istanbul: Dar Al-Dakwah.Mansor Asy’ari (t.t), Rumahtangga Yang Bahagia, Pulau Pinang: Majlis Ugama

Islam Negeri Pulau Pinang dan Seberang Perai.

Page 130: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

122

McAuley, Jack G. (1979), People to People: Essentials of Personal and Public Communication, Belmont, California: Wadsworth Publication Company.

Nasaruddin Umar (2004), Kudrat Wanita dalam Islam, Petaling Jaya: Sisters in Islam.

Nik Ismah Nik Abdul Rahman (1989), Bentuk Pakaian Wanita Bekerja Sekarang: Antara Beruniform dan Tidak Beruniform, Kuala Lumpur: Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri.

Rika Fatimah dan A.A. Jemain (2009), “Status Keluarga Malaysia dalam Perspektif Kualiti”, Sains Malaysiana, 38 (5): 735–743.

Zaleha Ismail (2000), Perjuangan Wanita Malaysia Dalam Pembangunan Negara, Batu Caves: Thinker’s Library.

Page 131: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

123

NILAI KESEDERHANAAN (WASATIYYAH) DALAM KALANGAN BELIA

PELBAGAI ETNIK DI SELANGOR

Adlina Ab. Halim,1 Wan Nor Azilawanie Tun Ismail,2

Lee Yok Fee3 dan Zarina Muhammad4

AbstrakNilai kesederhanaan melalui pendekatan wasatiyyah yang berlandaskan Islam bertujuan mendidik masyarakat agar menjadi umat yang berimbang (sederhana) dalam kehidupan seharian. Kesederhanaan dalam apa jua perkara melambangkan keperibadian yang unggul dalam diri seseorang. Justeru, makalah ini akan membincangkan tahap pengamalan belia pelbagai etnik terhadap nilai kesederhanaan dalam masyarakat. Reka bentuk kajian yang dijalankan adalah melalui pendekatan kuantitatif dengan menggunakan kaedah survei iaitu edaran borang soal selidik. Pengumpulan data dijalankan di empat daerah iaitu Gombak, Ulu Langat, Petaling dan Klang dengan menggunakan teknik persampelan mudah. Seramai 400 orang responden terlibat dalam kajian ini dan kategori umur mereka adalah antara 15 hingga 25 tahun. Jumlah responden bagi setiap daerah adalah seramai 100 orang belia yang terdiri daripada etnik Melayu, Cina dan India. Teknik perbincangan kumpulan berfokus juga diguna pakai bagi menyokong data kuantitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden mempunyai tahap pengamalan yang sederhana (memuaskan) terhadap nilai kesederhanaan (wasatiyyah). Kesimpulannya, nilai murni ini perlu difahami dan diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira etnik bagi mewujudkan keharmonian dan kesepaduan sosial antara masyarakat pelbagai etnik di Malaysia. Justeru, golongan belia yang merupakan pewaris kepimpinan negara perlulah dididik dengan nilai murni seperti nilai kesederhanaan agar terbentuk masyarakat yang bertamadun, beretika dan bermoral.

1 Profesor Madya, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor2 Graduan M.A, Falsafah Dan Pengajian Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang,

Selangor3 Profesor Madya, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor4 Pensyarah, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor

Page 132: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

124

Abstract

A moderation value through an Islamic-wasatiyyah approach, aims to educate the community to be a balanced (moderate) community in everyday life. The moderate way of life symbolizes a better-quality personality of a person. Hence, this study aims to identify the level of moderation value among multiethnic youth in the society. The research design is a quantitative approach using survey method through questionnaires distribution. Data collection was conducted in four districts, namely Gombak, Ulu Langat, Petaling and Klang), using a convenient sampling technique. A total number of 400 respondents were involved in this study and their age category ranged from 15 to 25 years. The number of respondents in each district is 100 youths comprising of ethnic Malays, Chinese and Indians. Focus group discussion technique was also employed to support the quantitative data. The findings showed that the respondents have moderate (satisfactory) level of moderation (waisatiyyah). In conclusion, this noble value should been understood and practiced regardless ethnicity to create harmony and social cohesion between various ethnic groups in Malaysia. Therefore, youth generation as the future leader of this state should be educated with noble value such as the moderation value in order to form a civilized, ethical and moral society.

PengenalanNilai murni merupakan elemen penting dalam pembinaan insan yang

menjadi tunggak peradaban dan tamadun manusia. Pembinaan insan harus meliputi ciri-ciri individu yang memiliki budaya ilmu, berkeyakinan, memiliki nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan santun, berdisiplin dan sebagainya (Faridah Che Husain dan Fakhrul Adabi Abdul Kadir, 2011). Justeru, pengamalan nilai murni oleh seluruh anggota masyarakat menjadi asas penting dalam usaha membentuk identiti dan perpaduan bagi masyarakat Malaysia (Fazilah Idris & Fatin Hazwani Siran, 2008). Menurut Aizat Khairi (2011), teras-teras perpaduan dalam gagasan 1Malaysia adalah berlandaskan nilai-nilai murni seperti berbudi bahasa, kesederhanaan, hormat menghormati, rendah hati dan bertimbang rasa sebagai mekanisme penggerak agar proses perpaduan antara kaum berjalan dalam suasana harmoni. Dalam suasana masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya, sifat sederhana, timbang rasa, berbudi bahasa serta saling hormat-menghormati amat penting bagi menghalang sebarang ancaman kepada keharmonian yang dinikmati.

Makalah ini akan membincangkan satu nilai yang penting dalam kehidupan seharian iaitu nilai kesederhanaan. Nilai kesederhanaan yang juga dikenali sebagai nilai wasatiyyah merupakan satu amalan dan nilai murni yang perlu dipraktik dalam kehidupan seharian tidak kira dalam diri individu,

Page 133: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

125

masyarakat mahupun negara (Azyati Azhani Mohd Mazuki, Wan Kamal Mujani, Azmi Aziz, & Ermy Azziaty Rozali, 2013). Nilai kesederhanaan membawa maksud sifat kesederhanaan dari segi pertuturan, perbelanjaan, cara berpakaian, pemakanan, pekerjaan dan berehat. Kesederhanaan merupakan gaya hidup yang tidak terlalu berlebih-lebihan, tidak mudah terpengaruh dan mencari jalan penyelesaian melalui rundingan terutamanya apabila menghadapi situasi yang negatif (Aizat Khairi, 2011). Menurut Harun Arrasyid Tuskan (2003) pula, seorang individu yang sederhana dalam seluruh aspek kehidupannya akan sentiasa mengisi hidupnya dengan nilai murni. Seseorang yang mempunyai sifat kesederhanaan akan meletakkan sesuatu itu sesuai pada tempatnya, mendahulukan kerja yang lebih penting dan sederhana dalam ibadahnya, tidak berlebihan dalam hal makan dan minum serta sederhana dalam penampilan mahupun pergaulan dengan rakan-rakan.

Nilai kesederhanaan merupakan sikap tidak keterlaluan ketika membuat pertimbangan dan tindakan, sama ada dalam bentuk pemikiran, pertuturan atau perlakuan agar sesuai dengan norma dan nilai masyarakat; sederhana dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain dengan tidak mementingkan diri sendiri, dan tidak pula terlalu menjaga kepentingan orang lain sehingga merosakkan diri sendiri. Kesederhanaan juga merujuk kepada pertuturan dan tingkah laku yang tidak melampaui batas kesopanan, tidak menyinggung perasaan atau menimbulkan kemarahan orang lain bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini dalam masyarakat (Mardzelah Makhsin, 2007). Menurut Hamka (2009), tujuan sederhana tidak terletak pada bentuk lahir. Bukan kemestian untuk orang kaya dan masyhur sahaja, bukan juga kemestian si fakir dan papa sahaja. Nilai sederhana perlu bermula dari niat dan sederhana dari sudut tujuan/matlamat hidup adalah sifat manusia yang berakal.

Makalah ini akan memfokuskan amalan nilai kesederhanaan dalam kalangan belia kerana mereka merupakan aset penting negara. Belia bertanggungjawab untuk mengekalkan nilai dan budaya yang akan melahirkan kesepaduan generasi pelapis. Belia mewarisi nilai dan budaya masyarakat yang terdahulu dan berperanan untuk mewariskannya kepada generasi seterusnya. Menurut Turiman Suandi, Nobaya Ahmad, Ezhar Tamam & Azimi Hamzah (2008) dan Syed Othman Syed Omar (2005), belia perlu membangunkan konsep kendiri mereka dengan lebih mantap di samping menerapkan nilai murni secara berterusan. Ini kerana cabaran dalaman dan luaran sentiasa memberikan cabaran kepada golongan muda yang sememangnya begitu rapuh jika tidak diberi bimbingan yang bersepadu.

Page 134: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

126

Dalam konteks belia pelbagai etnik, nilai kesederhanaan dapat meningkatkan rasa toleransi dan mengatasi sikap tidak puas hati antara mereka. Nilai kesederhanaan dapat menjamin perseimbangan amalan hidup, tindakan dan tingkah laku dalam diri seseorang individu. Pendekatan yang sederhana dan adil merupakan sifat yang betul ketika berhadapan dengan masyarakat pelbagai etnik dengan mengimbangi perbezaan dan kelainan yang ada serta mengiktiraf wujudnya keunikan yang ada pada etnik tersebut (www.iwm.jpm.gov.my).

Justeru, makalah ini bertujuan mengetengahkan kajian mengenai pengamalan nilai kesederhanaan dalam kalangan belia pelbagai etnik di negeri Selangor. Skop perbincangan dalam makalah ini lebih tertumpu kepada sifat kesederhanaan dalam urusan kewangan dan sifat berhemah dalam perbelanjaan harian. Perbincangan seterusnya akan menelusuri huraian metodologi, dapatan kajian dan kesimpulan.

MetodologiReka bentuk penyelidikan yang dipilih dalam kajian ini adalah

penyelidikan kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Kajian ini dijalankan di empat daerah di Selangor iaitu daerah Gombak, Ulu Langat, Petaling dan Klang. Keempat-empat daerah ini dipilih kerana lokasi-lokasi ini mengalami pembangunan yang pesat dan stabil, mempunyai penduduk yang ramai serta berbilang etnik berbanding daerah-daerah lain di negeri Selangor. Seramai 400 orang belia terlibat dalam kajian ini. Jumlah responden bagi setiap daerah (seramai 100) orang belia terdiri daripada etnik Melayu, Cina dan India. Kategori umur responden adalah di antara 15 hingga 25 tahun.

Pengukuran kebolehpercayaan semasa kajian rintis menggunakan pekali Cronbach alpha’ untuk menguji instrumen kajian. Nilai Cronbach alpha’ bagi instrumen pengamalan nilai adalah 0.897. Data kajian yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian komputer SPSS versi 22.0. Data kajian dianalisis secara deskriptif; bagi data yang melibatkan analisis kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai bagi melihat profil demografi responden dan mengenal pasti tahap pengamalan responden terhadap nilai murni. Manakala ujian ANOVA sehala digunakan bagi melihat perbezaan tahap-tahap pengamalan nilai kesederhanaan dalam kalangan responden berdasarkan etnik (Melayu, Cina dan India). Bagi menyokong dapatan yang diperolehi menerusi pendekatan kuantitatif, pengkaji turut menjalankan pendekatan kualitatif menerusi kaedah Perbincangan Kumpulan Berfokus. Perbincangan Kumpulan Berfokus melibatkan tiga kumpulan etnik utama belia yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India. Seramai 9 orang

Page 135: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

127

informan dipilih; pemilihan informan adalah dengan menggunakan teknik pensampelan bertujuan.

Dapatan KajianTahap pengamalan belia terhadap nilai kesederhanaan telah diukur

dengan menggunakan instrumen yang dibina sendiri oleh kumpulan pengkaji. Terdapat sebanyak 8 item yang dirangka bagi mengukur tahap pengamalan nilai kesederhanaan dengan menggunakan empat Skala Likert iaitu Tidak Pernah (1), Tidak Kerap/Jarang (2), Kerap (3) dan Sangat Kerap (4).

ProfilDemografiRespondenJadual 1 menunjukkan taburan profil responden mengikut kategori

yang telah diperinci. Jumlah responden kajian adalah seramai 400 orang belia di empat daerah di negeri Selangor iaitu Gombak, Klang, Petaling dan Ulu Langat. Responden yang terlibat dalam kajian ini berumur dalam lingkungan 15 hingga 25 tahun. Dapatan menunjukkan bahawa majoriti responden adalah lelaki dengan peratusan 51.0% (204) manakala perempuan 49.0% (196). Responden terdiri daripada etnik Melayu iaitu 33.3% (133), etnik Cina 33.5% (134) dan etnik India 33.3% (133). Dari segi kepercayaan beragama, responden kajian ini merangkumi pelbagai latar belakang agama. Didapati kebanyakan responden terdiri daripada mereka yang menganuti agama Islam iaitu 35.3% (141). Responden yang beragama Buddha adalah sebanyak 28.0% (112) dan responden yang beragama Hindu sebanyak 26.5% (106). Peratusan penganut agama Kristian adalah 9.5% (38). Akhir sekali sebanyak 0.8% (3) daripada sampel menganuti agama-agama lain. Didapati 0.3% (1) menganuti agama Tao dan 0.5% (2) tidak mempunyai agama.

Jadual1:ProfilDemografiResponden(n=400)FaktorDemografi Kekerapan (n) %

JantinaLelaki 204 51.0

Perempuan 196 49.0

Etnik

Melayu 133 33.3

Cina 134 33.5

India 133 33.3

Agama

Islam 141 35.3

Buddha 112 28.0

Kristian 38 9.5

Hindu 106 26.5

Lain-lain 3 0.8

Page 136: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

128

Agama LainTao 1 0.3

Tiada Agama 2 0.5

Daerah Selangor

Gombak 100 25.0

Klang 100 25.0

Petaling 100 25.0

Ulu Langat 100 25.0

Tahap Pengamalan Nilai Kesederhanaan Dalam Kalangan RespondenBerdasarkan Jadual 2, min bagi pengamalan responden ialah,

min=2.8616. Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati bahawa tahap pengamalan responden terhadap nilai murni yang diamalkan dalam masyarakat berada pada tahap yang sederhana. Ini menunjukkan nilai kesederhanaan masih diterima namun kurang diamalkan oleh masyarakat khususnya dalam kalangan belia kerana mereka kurang merasakan kepentingan nilai dalam kehidupan seharian.

Jadual 2: Taburan Penentuan Skor Min Tahap Pengamalan Responden

Tahap N %

Rendah (1.000-2.000) 124 31.0

Sederhana (2.001-3.000) 141 35.3

Tinggi (3.001-4.000) 135 33.8

Min = 2.8616 ; Skor = 98.090

Taburan Kekerapan Pengamalan Nilai Kesederhanaan Dalam Kalangan Responden

Jadual 3 menunjukkan pengukuran pengamalan responden terhadap dimensi nilai kesederhanaan iaitu bagi item 1 hingga 8.

Jadual 3: Pengamalan Responden Terhadap Nilai Kesederhanaan

Item Pernyataan Tidak Pernah

Tidak Kerap/Jarang

Kerap Sangat Kerap

Min

n(%)

n(%)

n(%)

n(%)

Mengamalkan nilai kesederhanaan

1. Saya mengawal keinginan hati daripada boros berbelanja

35(8.8)

83 (20.8)

172 (43.0)

110 (27.5) 2.893

2. Saya membeli barang-barang yang diperlukan sahaja walaupun mampu untuk berbelanja lebih dari itu

24 (6.0)

101 (25.3)

182 (45.5)

93 (23.3) 2.860

Page 137: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

129

3. Saya merancang dalam perbelanjaan harian saya

37 (9.3)

115 (28.8)

160 (40.0)

88 (22.0) 2.748

4. Saya tidak makan banyak pada satu masa yang sama bagi menjaga kesihatan

31 (7.8)

120 (30.0)

169 (42.3)

80 (20.0) 2.745

Kurang mengamalkan nilai kesederhanaan

5. Saya menukar telefon bimbit setiap kali ada keluaran terbaharu

30 (7.5)

42 (10.5)

104 (26.0)

224 (56.0) 3.305

6. Saya sanggup mengeluarkan wang simpanan untuk ke konsert yang saya minati

43 (10.8)

65 (16.3)

84 (21.0)

208 (52.0) 3.143

7. Saya membeli pakaian berjenama sahaja 38 (9.5)

64 (16.0)

198 (49.5)

100 (25.0) 2.900

8. Saya berhibur tanpa menurut hawa nafsu 97 (24.3)

133 (33.3)

123 (30.8)

47 (11.8) 2.300

Min Keseluruhan

Item 1 dalam Jadual 3 menunjukkan majoriti responden 70.5% (282) mengawal keinginan hati daripada boros berbelanja. Item 2 menunjukkan 68.8% (275) responden mengamalkan nilai kesederhanaan dengan membeli barang-barang yang diperlukan sahaja walaupun mampu untuk berbelanja lebih daripada itu. Kebanyakan daripada responden 62.0% (248) merancang perbelanjaan harian mereka yang merujuk kepada pernyataan Item 3. Lebih daripada separuh responden dengan peratusan sebanyak 62.3% (249) menyatakan bahawa mereka tidak makan banyak pada satu masa yang sama bagi menjaga kesihatan yang merujuk pada Item 4.

Item 5 menunjukkan responden kurang mengamalkan nilai kesederhanaan iaitu majoriti 82.0% (328) daripada responden menukar telefon bimbit setiap kali ada keluaran terbaharu. Taburan bagi Item 5 ini disokong oleh dapatan daripada Perbincangan Kumpulan Berfokus. Menurut Syafiq, dia akan menukar telefon bergantung pada keadaan dan kemampuan dirinya.

“Sebenarnya bergantung pada keadaan. Kalau saya mampu, saya akan tukar.” (Informan Shafiq)

Menurut Leong pula dia akan menukar telefon selepas harga bagi keluaran tersebut telah turun.

“...saya akan tukar selepas...macam sekarang S4 sudah keluar, saya akan tunggu harga turun dulu sampai harga yang saya rasa berpatutan...” (Informan Leong)

Page 138: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

130

Ini menunjukkan responden akan menukar telefon baharu sekiranya mereka mampu untuk memilikinya serta bergantung pada keadaan seperti menukar ketika harga dalam pasaran sudah rendah. Seterusnya, Item 6 menunjukkan majoriti responden iaitu 73.0% (292) sanggup mengeluarkan wang simpanan untuk ke konsert yang mereka minati. Taburan bagi Item 6 ini disokong oleh dapatan daripada Perbincangan Kumpulan Berfokus. Informan memberitahu bahawa mereka sanggup mengeluarkan wang ke konsert yang mereka minati. Menurut Shafiq dia akan ke konsert yang dia minat bergantung pada situasi dan duit pada ketika itu. Selain itu, faktor kawan juga salah satu sebab dia menghadiri konsert.

“Bagi saya bergantung pada situasi. Jika masa tu saya ada duit yang lebih, sebab saya minat, maka saya akan pergi. Saya pernah hadiri konsert yang berharga RM40. Masa itu saya sudah habis peperiksaan dan saya ada duit lebih dan dengan kawan-kawan. Saya pergi ke konsert atas faktor kawan-kawan dan masa. Pada situasi yang mengizinkan.” (Informan: Shafiq)

Pernyataan Shafiq turut dipersetujui oleh Ai Ling bahawa dia akan akan ke konsert mengikut situasi dan bergantung pada harga tiket.

“...saya akan tengok situasi.. .kalau artis yang datang itu saya minat dan tiket tidak mahal, saya akan pergi. Kalau harga terlalu mahal, RM400 lebih misalnya, saya tidak akan pergi...kalau RM100 lebih, saya akan pertimbangkan untuk pergi...tengok situasi...” (Informan: Ai Ling)

Manakala, Geetha pula memberitahu dengan perasaan yang teruja bahawa dia sanggup mengeluarkan duit untuk ke konsert sekiranya penyanyi yang diminatinya datang membuat persembahan.

“Saya pergi...saya akan berbelanja untuk pergi ke konsert itu...kalau ada penyanyi kegemaran saya datang, saya akan pergi...sebelum ini saya pernah pergi...saya beli tiket yang paling murah...kalau yang ada ‘standing’, saya akan beli...saya pergi ke konsert bergantung pada penyanti itu..kalau penyanyi itu bagus, saya kumpul duit untuk pergi...” (Informan: Geetha)

Ini menunjukkan bahawa responden sanggup mengeluarkan wang untuk ke konsert yang mereka minati bergantung pada situasi pada ketika itu, harga tiket serta kehadiran artis kegemaran mereka. Seterusnya, bagi Item 7, majoriti 74.5% (298) daripada responden membeli pakaian berjenama sahaja dan lebih separuh dari responden 57.6% (230) berhibur dengan menurut hawa nafsu. Taburan bagi item ini disokong oleh dapatan daripada Perbincangan Kumpulan Berfokus. Berdasarkan maklumat daripada

Page 139: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

131

informan, mereka tidak sepenuhnya mementingkan barangan berjenama dan barangan berjenama tersebut mestilah mengikut kemampuan mereka serta bergantung pada barangan. Menurut Hafiz:

“Saya pentingkan barang berjenama tapi tak sepenuhnya. Tengok pada barangnya seperti alat komputer, mesti cari yang berkualiti. Kalau beli yang murah mesti cepat rosak. Biar mahal tapi tahan lama.” (Informan: Hafiz)

Manakala, Lina pula menjelaskan kemampuannya sekiranya mahu membeli barangan berjenama.

“Jenama penting juga untuk saya tapi jenama itu ikut kemampuan saya juga. Kalau barang berjenama tapi saya mampu membelinya dengan keadaan duit saya waktu ketika itu, saya akan beli. Jika duit saya tidak mencukupi, saya tidak akan membeli.” (Informan: Lina)

Kenyataan Geetha yang kadangkala tertarik dengan barangan berjenama:

“...kadangkala akan tertarik juga kalau nampak sesuatu barang yang berjenama...tak kerap...bergantung pada barangan...sebab guna duit sendiri...” (Informan: Geetha)

Ai Ling pula menegaskan dia bukan memilih untuk membeli barangan berjenama atau tidak tetapi dia melihat kepada kualiti sesuatu barangan tersebut.

“...saya akan pertimbangkan dulu. Saya akan tengok harga, kualiti dan saya akan bandingkan harganya...tetapi yang penting ialah kualiti kerana kalau beli sepasang kasut berharga RM10 dan pakai seminggu sahaja...berbanding sepasang kasut yang harga RM200 boleh pakai lama... kasut berjenama itu lebih berbaloi kerana kalau beli RM10 satu minggu, lagi dua minggu, tiga minggu lagi kena beli lagi. Bagi saya kualiti bersamaan jenama. Setakat ini, yang berjenama boleh pakai lama.” (Informan: Ai Ling)

Ini menunjukkan responden membeli barangan berjenama bergantung pada jenis barangan jenama tersebut, kualiti serta kemampuan untuk mereka memilikinya.

Tahap Pengamalan Responden Terhadap Nilai Kesederhanaan Berdasarkan Etnik

Jadual 4 membincangkan perbezaan bagi tahap pengamalan responden terhadap nilai kesederhanaan berdasarkan etnik.

Page 140: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

132

Jadual 4: ANOVA Sehala Perbezaan Tahap Pengamalan Responden Terhadap Nilai Kesederhanaan Berdasarkan Etnik

Kategori Etnik

n Min S.P Jumlah Kuasa Dua

Darjah Kebebasan

Min Kuasa Dua

F p

Melayu 133 98.068 10.736

Cina 134 98.418 11.707

India 133 97.782 15.265

Antara Kumpulan

27.095 2 13.548 .084 .920

Dalam Kumpulan

64197.665 397 161.707

Jumlah 64224.760 399

Hasil ujian ANOVA sehala dalam Jadual 4 menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengamalan responden terhadap nilai kesederhanaan berdasarkan etnik apabila nilai p melebihi atau atas daripada nilai alpha 0.05 (F=.084, dk=2, 397, p>.05). Ini menunjukkan sama ada responden daripada etnik Melayu, Cina dan India tidak memberikan sebarang perbezaan terhadap pengamalan mereka ke atas nilai kesederhanaan yang diamalkan dalam masyarakat. Dalam erti kata lain, semua responden mempunyai tahap pengamalan yang sama walaupun berbeza etnik. Responden daripada etnik Melayu, Cina dan India mempunyai tahap pengamalan yang sama terhadap nilai yang dikaji. Antara contohnya, mereka hanya membeli barang-barang yang diperlukan sahaja walaupun mampu untuk berbelanja lebih dari itu dan mereka juga tidak akan berhibur menurut hawa nafsu. Ini disebabkan setiap agama mempunyai kepercayaan masing-masing dan berkongsi nilai yang baik untuk dimanfaatkan sebagai panduan hidup. Nilai murni itu dipraktik dan merupakan nilai yang diterima dalam masyarakat. Nilai tersebut ada pada setiap individu dan penting untuk perkembangan serta kehidupan.

KesimpulanSecara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan bahawa responden

mengamalkan nilai kesederhanaan dalam diri mereka dengan cara yang berhemah. Namun begitu, ada juga amalan yang tidak menunjukkan sikap bersederhana seperti berhibur dengan menurut hawa nafsu, pembelian telefon bimbit setiap kali ada keluaran terbaharu, membeli pakaian berjenama serta sanggup menghabiskan wang untuk ke konsert. Nilai kesederhanaan ini perlu dipertingkatkan dan dipraktik dengan lebih baik dalam kehidupan seharian. Cita rasa belia hari ini sudah jauh berubah. Ini mungkin disebabkan

Page 141: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

133

pengaruh persekitaran yang menjadikan mereka berubah dan terikut-ikut dengan rentak di sekeliling mereka. Kegagalan mengawal hawa nafsu akan menyebabkan berlakunya pembaziran dan berlebihan dalam melakukan sesuatu, seterusnya merosakkan hidup di kemudian hari. Di samping itu, penghayatan nilai wasatiyyah mendorong ke arah perlakuan yang baik untuk membentuk jati diri dan memelihara maruah diri dan masyarakat. Nilai-nilai yang ditekankan dalam agama Islam, Buddha, Hindu dan Kristian – kesemuanya adalah nilai universal dan sejagat yang boleh saling menerima antara satu sama lain. Bangsa Malaysia pelbagai etnik haruslah berakhlak mulia dan bekerja ke arah mengukuhkan perpaduan serta memupuk nilai murni dalam mempertahankan martabat bangsa. Menurut A. Aziz Deraman (2005), cabaran perbezaan kaum itu sebenarnya menjadi asas yang kukuh mengisi usaha mencorakkan budaya masyarakat masing-masing dalam kesatuan bangsa Malaysia melalui pemupukan nilai murni. Semua agama menyeru penganutnya berkelakuan baik dan menghindari pemikiran, perasaan serta perbuatan yang tidak bermoral.

Dalam hal ini, nilai kesederhanaan atau wasatiyyah ini bertepatan dengan gagasan 1Malaysia yang berhasrat melahirkan masyarakat berimbang (sederhana) dalam kehidupan seharian tanpa mengabaikan tanggungjawab kepada Pencipta dan sesama manusia, dengan konsep amar makruf nahi mungkar. Sifat kesederhanaan dapat memupuk persefahaman dan sikap hormat menghormati dalam kalangan rakyat pelbagai agama dan budaya demi mencapai perpaduan dan keutuhan negara. Selain itu, ia dapat memperkukuh jati diri Malaysia sebagai negara majmuk yang mengamalkan toleransi serta memupuk nilai universal dalam kalangan rakyat Malaysia di samping memantapkan penghayatan nilai murni dalam kalangan rakyat Malaysia. Kajian mengenai pengamalan nilai kesederhanaan dijalankan bagi mengukur sejauh mana responden mempraktik nilai ini sebagai satu kebiasaan dalam kehidupan seharian. Kajian ini boleh dijadikan rujukan oleh para penyelidik dalam bidang falsafah dan pengajian ketamadunan bagi menentukan kepentingan adab dan akhlak mulia dalam membina peradaban ilmu. Usaha ini dapat memberi pendedahan kepada golongan belia khususnya, bahawa nilai kesederhanaan dapat mewujudkan persefahaman dan kesepaduan dalam masyarakat pelbagai etnik di Malaysia, seterusnya menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara.

Page 142: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

134

RujukanA. Aziz Deraman. (2005). Penumpuan Nilai dan Norma. In Asas Pemikiran

Kebudayaan Malaysia (pp. 142–169). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Aizat Khairi. (2011). Konsep 1Malaysia dan Cabaran Pelaksanaannya ke Arah Pemantapan Perpaduan sebuah Negara-Bangsa. Sosiohumanika, 4(1), 129–140.

Azyati Azhani Mohd Mazuki, Wan Kamal Mujani, Azmi Aziz, & Ermy Azziaty Rozali. (2013). Nilai Wasatiyyah Dalam Islam. In Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) V: Ulama dan Cabaran Idealisme Semasa (pp. 340–344).

Faridah Che Husain & Fakhrul Adabi. 2011. Penerapan Unsur-unsur Pembentukan Akhlak Dan Moral Pelajar Dalam Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Dlm, Tarek Ladjal (pnyt). Human Development, hlm 75-92.Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Fazilah Idris, & Fatin Hazwani Siran. (2008). Etika dan Moral Dalam Memupuk Keharmonian di Kalangan Belia Berbilang Etnik. In Prosiding Persidangan Serantau Nilai dan Profesionalisme (pp. 83–98).

Hamka. (2009). Falsafah Hidup. Selangor: Pustaka Dini.Harun Arrasyid Tuskan. (2003). Akhlak Setiap Muslim (p. 26). Kuala Lumpur:

Al-Hidayah Publishers.Mardzelah Makhsin. (2007). Sains Pemikiran dan Etika. Kuala Lumpur: PTS

Professional Publishing Sdn. Bhd.Syed Othman Syed Omar. (2005). Nilai Murni Bangsa Malaysia Melalui Amalan

Perpaduan. Dalam Readings on Ethnic Relations in a Multicultural Society Promoting National Unity and the Practice of Noble Values. Muhammad Kamarul Kabilan & Zaharah Hassan (Eds), (19-27). Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Turiman Suandi, Nobaya Ahmad, Ezhar Tamam & Azimi Hamzah. (2008). Pembangunan Belia ke Arah 2057: Isu dan Cabaran. Jurnal Pembangunan Belia Malaysia, 1(12):1-13.

www.iwm.jpm.gov.my/ (2017). Laman web Institut Wasatiyyah Malaysia, Jabatan Perdana Menteri.

Page 143: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

135

ULASAN BUKU

Tafsir al-Maraghi Jilid 1, Juzuk 1 & 2 (Kitab Tafsir al-Maraghi oleh Ahmad Mustafha al-Maraghi) Terjemahan oleh Muhammad Thalib dengan suntingan baharu oleh Ahmad Nasir Mohd Yusoff, Harris Yunnus, Noralina AliPenerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur; ISBN 983-6131-1) Cetakan:Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd; Cetakan Pertama: 2001

Pengulas: Ahmad Nasir Mohd Yusoff1

Buku yang dikenali sebagai Kitab ‘Tafsir al Maraghi’ ini telah dihasilkan oleh sarjana Islam hebat dikenali sebagai Syeikh Ahmad Mustafha al Maraghi.Kitab Tafsir al Maraghi inimengandungi 15 Jilid. Buku yang menjadi ulasan pada kali ini diambil daripada Kitab Tafsir al Maraghi Jilid 1 yang meliputi Juzuk 1 dan Juzuk 2, serta mengandungi 562 halaman, membicarakan keprihatinan masyarakat Islam terhadap al Quran sebagai sumber rujukan utama perkembangan Tamadun dan Peradaban Islam, fasa mufassir, pandangan ulama berkaitan penggunaan tulisan rasam Uthmani, dan metodologi pentafsiran al Qur’an. Buku ini sesuai dimiliki serta wajar menjadi rujukan bagi pensyarah-pensyarah institusi pengajian tinggi, cendiakawan-cendiakawan Islam, ahli-ahli akademik, penyelidik, pencinta ilmu, individu atau kumpulan pakar yang terlibat secara langsung dalam pengajaran kursus Tamadun Islam, Pengajian Islam di universiti-universiti awam (UA) dan swasta (US), politeknik dan sekolah termasuk penceramah-penceramah agama di institusi masjid, surau dan pondok.

Pada bahagian halaman hadapan buku ini, penulis menyatakan perihal umat Islam yang cakna terhadap pentafsiran isi kandungan al Quran yang menjadi dasar perundangan dan sumber hukum masyarakat Islam. Antara isi kandungan al Quran mencakupi perkara halal haram, perintah dan tegahan, akhlak dan nilai-nilai mulia, hidayah ,jalan menuju syurga serta solusi terbaik memperbaiki nilai ketamadunan manusia. Al Quran sifatnya kekal

1 Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia

Page 144: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

136

sejak penurunan awal kepada Rasulullah saw hinggalah baginda wafat dan sampailah sekarang masih mekar, kekal tanpa sebarang perubahan.

Perbahasan dilanjutkan dengan menjelaskan peringkat kemunculan para pentafsir al Quran dan zaman berkembangnya al Quran. Meskipun selepas kewafatan baginda, umat Islam tetap meneruskan pengajian al Quran dan memahami kandungan al Quran sama sepertimana para sahabat menerima dan memahami al Quran semasa hayat Rasulullah saw. Penulis turut menyatakan kesepakatan ulama tentang 10 sahabat Rasulullah saw yang terkenal sebagai ahli tafsir iaitu : Abu Bakar al Siddik, Umar al Khattab, Uthman ibn Affan, Ali ibn Abi Talib, Abdullah ibn Mas’ud, Ibn Abbas, Ubbay ibn Kaab, Zayd ibn Thabit, Abu Musa al Asha’ary dan Abdullah ibn al Zubair. Manakala zaman-zaman tersebarnya ahli tafsir antaranya:

Jadual 1: Sejarah Kemunculan dan Ahli Tafsir al-Quran Terkenal

Bil Zaman Kemunculan Tokoh Pentafsir Al-Quran

1. Tabi’in A. Murid Abdullah ibn Abbas (Makkah) yang terkenal:• Mujahid ibn Jarir (103H)• Said ibn Jubayr (94H)• Ikrimah (105H)• Tawus ibn Kaysan Al-Yamaniy (106H)• Atta’ ibn Abu Rabah (114H)B. Murid kepada ibn Mas’ud (Kufah) yang terkenal:• Al-Qamah ibn Qays (102H)• Al-Aswad ibn Yazid (75H)• Ibrahim Al-Nakhaiy (95H)• Al-Sha’biy (105H)C Murid Zayd ibn Aslam Al-Adawaiy Al-Madaniy (Madinah):• Abd Rahman ibn Zayd (182H)• Malik ibn Anas (179H)• Al-Hasan Al-Basry 121H)• Muhamad ibn Ka’ab Al-Quraziy (90H)• Abu ‘Aliyah Rafi’ ibn Mihran Al-Rihayiy (90H)• Al-Dahhak ibn Muzahim (105H)• Atiyah ibn Said Al-Awfiy (111H)• Qatadah ibn Di’amah Al-Sudusiy (117H)• Al-Rabi’e ibn Anas (139H)• Ismail ibn Abd Rahman Al-Sudiy Al-Kabir (127H)

2.Pengumpulan pendapat sahabat dan tabi’in

• Sufyan Uyaynah (198H)• Waki’e Ibn Al-Jarrah Al-Kufiy (197H)• Shu’bah Ibn Al-Hajjaj (160H)• Yazid Ibn Harun Al-Sulamiy• Abd Razzaq (211H)• Adam Ibn Abu ‘Iyyas (221H)• Ishaq Ibn Rahawayh Al-Imam Al-Hafiz Al-Naysaburiy(238H)• Rawh Ibn Ubadah (205H)• Abdullah Ibn Hamid Al-Juhaniy• Abu Bakar Ibn Syaybah Al-Imam Al-Hafiz Al Kufiy (335H)

Page 145: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

137

3. Ibn Jarir

• Aliy Ibn Abu Talhah (343H)• Ibn Abu Hathim Abd Rahman Ibn Muhamad Al-Raziy (327H)• Ibn Majah Al-Hafiz Abu Abdullah Muhamad Al-Qazwayniy

(327H)• Ibn Mardawayh Abu Bakar Ahmad Ibn Musa Al-Asfahaniy

(410H)• Abu Al-Syakh Ibn Haban Al-Bustiy (354H)• Ibrahim Ibn Al Mundhir (236H)• Abu Ja’far Muhamad Ibn Jarir Al-Tabarir (310H)

4. Ahli tafsir menulis tafsir tanpa sanad

• Abu Ishaq Al-Zujaj Ibrahim Ibn Al-Sirriy (310H)• Abu Aliy Al-Farisiy (377H)• Abu Bakr Muhamad Ibn Al-Hasan (357H)• Abu Ja’far Al-Nuhas Al-Nahwiy Al-Misriy (338H)• Makkiy Ibn Abu Thalib Al Qaysiy Al-Nahwiy Al-Maghribiy

(437H)• Abu Al-Abbas Ahmad Ibn Ammar Al-Mahdawy (430H)

Penulis juga membicarakan perihal kemukjizatan al Quran sebagai kitab samawi yang diturunkan kepadamanusia. Memiliki nilai ilmu yang tinggi, pembaca al Qur’an menjadi hebat, merupakan cahaya petunjuk, mengandungi ketentuan dan hukum, mudah difahami serta menjawab persoalan akal dan menerangkan pertembungan aliran pemikiran manusia yang mewarisi peradaban dan tamadun Yunani, Parsi dan Hindu serta melunaskan jawapan perdebatan antara Islam dengan yahudi dan Nasrani. Kehebatan kitab al Maraghi ini turut ditekankan penulis bukan semata-mata memahami isi kandungan al Quran malahan turut diutamakan metodologi penulisan dan pembukuan al Quran yang melihat kepada peranan ilmu nahu, balaghah, ilmu kalam, ‘irab, sejarah dan kisah umat, hokum-hukum fiqh dalam ibadah dan muamalat, asas-asas akidah, nasihat tokoh0tokoh sufi dan ahli ibadah serta memastikan pentafsiran al Qur’an dilakukan secara halusi yang dipenuhi dengan cahaya iman dan pengetahuan.

Dalam Juzuk 1 ini, penulis memulakan perbincangan berdasarkan surah Al Fatihah yang memiliki banyak nama antaranya Ummul Kitab, Ummu Al Quran, Al Sab’ul Mathani, Al Asas, Al Fatihah dan lain-lain. Kisah Rasulullah saw menerima wahyu , serta intipati al Quran yang membicarakan persoalan akidah, janji bahagia dan janji buruk, hukum dn peraturan kehidupan di dunia dan akhirat, ciri-ciri ayat Makki dan madaniyyah. Perbincangan dilanjutkan dengan menghuraikan 7 ayat yang berulang-ulang dalam Surah al Fatihah bermula daripada ungkapan basmalah hingga ‘waladdhaa lliin.’ Cara ringkas perbincangan berkaitan surah al Fatihah ini dijelaskan seperti di bawah:

Page 146: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

138

• Ulama sepakat ayat ini ditulis pada awal setiap surah kecuali surah Al-Bara’ah’

• Abu Hurairah, Ali ibn Abi Talib, ibn Abbas dan Ibn Umar (sahabat), Sa’id ibn Jubayr, Atta’, Al-Zuhriy dan Ibn Al- Mubarak (tabi’in), Ibn Kathir (ahli qira’at Makkah) dan ‘Asim Al-Kisa’iy, Imam Al-Shafie dan Ahmad (fukaha Kufah) menyatakan ‘basmalah’ termasuk ayat dalam surah-surah al-Quran.

• Hadis Muslim dalam kitab ‘Sahih Muslim’ menyebut …Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “…sekiranya kamu membaca ‘alhamdulilah’ (iaitu surah Al-Fatihah), maka bacalah ‘bismillahi rahmani rahim’, kerana Al-Fatihah merupakan induk al-Quran (ummul al-Quran dan tujuh ayat yang dibaca berulang (al-sab’ul mathani) dan ‘bismillahi rahmani rahim’ termasuk salah satu ayat Al-Fatihah.

• Kalimah ‘al hamdu’ atau ‘pujian’ hanya layak untuk Allah atas sebab-sebab berikut:a) Pengatur, pendidik, pemelihara seluruh alam

dari awal hingga akhirb) Pengilham kepada semua perkara kebaikan dan

keuntungan

• Sifat ‘al Rahman’ khusus kepada Allah sahaja sebagai Tuhan pengurnia nikmat yang mengurniakan kebaikan kepada makhluk tanpa batasan

• Sifat ‘al Rahim’ juga milik Allah dan manusia yang melambangkan sifat rubbubiyah Allah yang bersifat kasih sayang dan kebaikan

• Tujuan supaya makhluk Allah SWT terutama manusia sentiasa melakukan perkara yang diredai dengan hati yang tenang dan dada yang lapang

• Kalimah ‘maliki’ boleh dibaca secara memanjang ‘mim’-nya (Yang Memiliki) atau memendekkan ‘mim’-nya (berkuasa/raja)

• Al-Raghib berpendapat bahawa kalimah ‘maliki’, sama ada bacaan ‘mim’-nya panjang atau pendek, kedua-duanya bermaksud kebesaran, keagungan serta mencetuskan rasa getar pada jiwa bahawa Allah yang meletakkan hukuman, perintah dan larangan ke atas semua makhluk-Nya

• Kalimah ‘al-Din’ pula untuk menarik perhatian manusia bahawa ada satu alam lain yang lebih kekal yang adil pembalasannya bagi sesiapa yang melakukan kebaikan atau sebaliknya

Page 147: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

139

• Ibadah adalah:a) sikap patuh yang timbul daripada jiwa dan

hati yang sedar terhadap keagungan zat yang disembah

b) yakin bahawa Allah pemilik kuasa dan tidak dapat dijangkau akal fikiran manusia

c) bentuk ibadah adalah pelbagai dan banyak cara yang bertujuan mengajak manusia mengingati Allah Penguasa Yang Maha Tinggi

d) isti’anah pula menjurus kepada:• meminta bantuan dan pertolongan bagi

melengkapkan sesuatu amalan di luar keupayaannnya sendiri

• bantuan Allah terhasil melalui usaha awal manusia dan didahulukan dengan kekuatan ilmu dan akal yang berlandaskan syariat

• Hidayah hanya milik Allah bukan milik makhluk• Ada tiga bentuk hidayah atau petunjuk Allah

menurut penulis kitab ini:1) hidayah ilham2) hidayah hawasi/pancaindera3) hidayah akal 4) hidayah agama

• Hidayah merujuk kepada petunjuk yang disertai ‘mau’mah’ (pertolongan) dan taufik Allah SWT

• Jalan yang lurus ialah jalan yang membawa manusia kepada hidup bahagia di dunia dan akhirat yang merangkumi aspek akidah, humum, nilai-nilai mulia, akhlak dan mematuhi syariat agama

• Jalan bahagia ialah jalan yang dilalui para nabi, rasul, golongan siddiqin dan solihin daripada umat terdahulu

• Jalan dimurkai Allah ialah jalan orang yang menolak kebenaran agama yang disyariatkan Allah

• Jalan yang sesat ialh jalan yang dilalui golongan yang tidak mengetahui kebenaran secara hak, belum menerima seruan Ilahi atau menerima seruan Ilahi tetapi masih celaru dan belum jelas

Sebagai kesimpulannya, Surat Al-Fatihah memiliki kedudukan yang tinggi dalam al-Quran kerana ia merupakan surah teragung. Pentingnya surah ini, ia diletakkan pada awal mushaf lantaran itu ia dikenali sebagai Fatihatul kitab (Pembuka Al-Quran). Ini menunjukkan betapa penting dan tinggi kedudukan surah ini.Manakala hukum membaca Al-Fatihah dalam sembahyang adalah wajib pada setiap rakaat dalam solat. Majoriti ulama berpendapat membaca surat Al-Fatihah dalam solat hukumnya wajib, dan sesiapa tidak membacanya, maka solatnya tidak sah (batal). Sesuai dengan sabda Rasulullah SAW, “Tidak ada solat bagi yang tidak membaca Al-Fatihah.”

Page 148: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

140

NOTA KAJIAN

POTENSI PEMBANGUNAN TANAH WAKAF DALAM BIDANG PERTANIAN1

Amaludin Ab.Rahman1 dan Zaid Ahmad2

Dalam perkembangan ilmu pengetahuan, bidang pertanian mendapat perhatian para ilmuwan Islam. Dalam bidang pertanian hortikultur, al-Awwam Isybili (Al-Falahat) dalam penulisannya menghuraikan tidak kurang daripada 585 jenis tumbuhan dan cara pemeliharaan, merawat dan membaja lebih daripada 50 jenis pokok.4 Dalam bidang botani, al-Riyasi ibn Jarit (meninggal pada 1193M), menulis mengenai pokok limau dan rubab serta kegunaannya. Al-Damasyqi dalam abad ke-13H mengkaji tumbuhan di Damsyik dan Lubnan. Al-Nabati (meninggal pada 1239M) menulis kitab ‘Al-Rihlah’ iaitu tentang tumbuh-tumbuhan baharu di sekitar pantai Laut Merah; Al-Ghafiqi (meninggal, 1165M) menulis tentang tumbuhan di Sepanyol dan Afrika. Abdul Latif (meninggal, 1231M), menulis tentang flora dan fauna di Mesir. Al-Idrisi merupakan pakar geografi juga mengumpul 360 tumbuhan dan mengaitkannya dengan botani.5

Kepentingan pertanian dalam membantu menyelesaikan masalah kehidupan manusia diabadikan dalam kisah Nabi Yusuf AS (yang dilantik sebagai Menteri Kewangan Mesir) dan tafsiran mimpi Raja Mesir menghadapi kemarau. Melalui aktiviti pertanian yang cekap, akhirnya dapat menyelamatkan rakyat Mesir daripada bencana kebuluran akibat kemarau. Firman Allah yang bermaksud: “Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkan dia pada tangkai-tangkai, kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya, kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan

1 Hasil kajian literatur dan kertas kerja berkaitan pernah dibentang dalam International Conference on Humanities, Language,Culture & Business (ICoHLCB), pada 19-20 Mac 2017 di Hotel Bayview Beach Resort, Batu Feringgi, Pulau Pinang

2 Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Kenegaraan Dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor3 Profesor, Jabatan Pengajian Kenegaraan Dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor4 Mustaffa Kamal Ayub. 1994. ‘Menangani Cabaran Membina Kecemerlangan Tamadun Ummah.’ Petaling Jaya:

Budaya Ilmu Sdn. Bhd. hlm.675 Ibid. 64

Page 149: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

141

(untuk dijadikan benih). Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memungut (hasil anggur, zaitun dan sebagainya).” (Surah Yusuf: 47-49)

Ibnu Khaldun menjelaskan bahawa pertanian merupakan aktiviti kehidupan yang penting. Ia menghasilkan makanan untuk manusia.6 Amalan bertani merupakan satu pekerjaan yang mulia. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Tiada seorang lelaki menanam sesuatu tanaman, melainkan Allah SWT menetapkan baginya ganjaran sebanyak jumlah buah yang dihasilkan oleh tanaman berkenaan.” (Hadis riwayat Imam Ahmad). Dalam hadis yang lain pula menyatakan, “Tidaklah seseorang memakan makanan yang lebih baik dari orang yang memakan dari hasil usaha tangannya, dan adalah Nabi Daud AS makan dari hasil tangannya sendiri.” (Hadis riwayat Bukhari). Amalan bertani juga dikaitkan dengan sedekah seperti yang terkandung dalam hadis yang bermaksud, “Tidaklah seorang Muslim menanam tanaman melainkan apa yang dimakan dari tanaman tersebut bagi penanamnya menjadi sedekah, apa yang dicuri dari tanamannya tersebut bagi penanamnya menjadi sedekah, dan tidaklah seorang mengambil tanamannya melainkan bagi penanamnya menjadi sedekah.” (Hadis riwayat Muslim)

Pertanian dan hubungannya dengan amalan berwakaf telah berlaku sekitar tahun ketujuh hijrah iaitu selepas peperangan Khaibar. Ini dibuktikan dalam sebuah hadis yang bermaksud, “Diriwayatkan oleh Abdullah ibn Umar r.a ia berkata: ‘Umar r.a memperoleh tanah di Khaibar, kemudian ia menemui Nabi SAW untuk bertanya tentang tanah tersebut, ia berkata, ‘Wahai Rasulullah, aku memperoleh tanah di Khaibar. Aku tidak pernah memperoleh harta yang lebih bernilai sebelumnya, maka apa yang perlu aku lakukan dengannya?’ Nabi SAW berkata ‘Sekiranya mahu, engkau wakafkanlah dan sedekahkanlah hasilnya, akan tetapi jangan dijual, jangan dihebahkan dan jangan diwariskan.’ Abdullah ibnu Umar berkata, ‘Maka Umar menyedekahkan hasil wakaf tersebut kepada orang-orang fakir, kaum keluarga, hamba-hamba, Ibnu Sabil dan para tetamu. Tidak salah bagi penjaga harta tersebut memakan hasilnya ataupun memberi makan orang lain tanpa menyimpannya.’7

Dalam satu riwayat hadis8 dicatat: “Dari Uthman r.a bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Barang siapa menggali sumur

6 Ibn Khaldun. 2006 . Mukadimah (terj). Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm.4687 Hadis riwayat Bukhari. Kitab al-Syurut . Bab Syurut fi al-Waqf. No . 2568 dan riwayat Muslim. No 16238 Sayid Sabiq. Fikah al-Sunnah. Jil :14. (Terj ) Drs Mudzakir AS. Kuala Lumpur: Victory Agencie

Page 150: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

142

(telaga), maka baginya syurga. Uthman berkata, ‘Maka telaga itupun aku gali.’ Dalam satu riwayat al-Baghawi mencatatkan bahawa seorang lelaki dari Bani Ghifar mempunyai mata air yang dinamakan ‘raumah’. Sedang dia menjual satu bekas airnya dengan harga satu mud, berkata Rasulullah SAW, ‘Mahukah engkau menjualnya kepadaku dengan satu mata air di dalam syurga?’ Orang itu menjawab, ‘Wahai Rasulullah, aku dan keluargaku tidak mempunyai apa-apa selain itu.’ Berita itu sampai kepada Uthman, lalu Uthman membelinya dengan harga 35 ribu dirham. Kemudian datanglah Uthman kepada Nabi SAW, lalu katanya, ‘Mahukah engkau menjadikan bagiku seperti apa yang hendak engkau jadikan baginya (pemilik telaga itu)?’ Baginda SAW menjawab, ‘Ya.’ Uthman pun berkata, ‘Aku telah menjadikan telaga itu wakaf bagi kaum Muslimin.’

Selain itu, terdapat kisah di mana Sayidina Ali r.a mewakafkan tanah di Yanbu’ untuk kegunaan fakir miskin dan untuk tujuan fisibilillah.9 Selepas beberapa peristiwa berlaku, amalan wakaf telah berkembang dengan pesat dalam kalangan para sahabat dan umat Islam sehingga menjadi teras kepada pembangunan umat terdahulu dan berterusan sehingga hari ini. Hal ini berdasarkan perspektif sejarah yang telah membuktikan bahawa institusi wakaf memainkan peranan penting dalam menaikkan taraf hidup masyarakat sejagat amnya dan umat Islam khususnya. Kewujudan institusi wakaf telah membantu pertumbuhan bandar-bandar dengan begitu pesat seperti yang berlaku sejak dari zaman awal Islam.

Tinjauan awal di Malaysia mendapati, daripada 30,000 hektar tanah wakaf di seluruh negara, hanya 12% (3,600 hektar) sahaja dikategorikan sebagai telah dimajukan. Bakinya (88% / 26,400 hektar) lagi masih belum dimajukan. Hanya kira-kira 2% terletak di dalam atau berhampiran pusat pertumbuhan utama iaitu di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang. Justeru, semua pihak perlu sedar mengenai kepentingan untuk memartabatkan wakaf mengikut kebolehan, kemahiran dan kesesuaian masing-masing. Perkara ini bukan sahaja terletak di bahu para ilmuwan agama, malahan golongan profesional juga perlu menggembleng tenaga untuk memajukan tanah-tanah wakaf.10 Di negeri Selangor sahaja terdapat 832 lot dengan keluasan tanah 2,418.57 ekar. Sebanyak 517 lot wakaf am dan 315 lot wakaf khas. Daripada 832 lot, sebahagian besar, iaitu 385 lot, adalah tanah pertanian, 4 lot tanah hutan dan 45 lot tanah kosong. Sebanyak

9 Al-Babili. 1975. al-Fil al-Islam. Beirut : Dar al-Kutub al-Lubnaniyah. h. 9510 Prof. Dr.Ismail Omar. 2017. Wakaf Tanah Untuk Rumah Rakyat. Utusan online. http://www.utusan .com.my/rencana/

wakaf-tanah-untuk-rumah-rakyat dilayari pada 10/2/2017

Page 151: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

143

364 lot adalah untuk bangunan masjid, surau, sekolah, rumah sewa, rumah anak yatim, rumah kedai dan rumah orang tua.11

Dalam hal ini, tanah-tanah terbiar yang dikenal pasti juga merupakan tanah wakaf di bawah bidang kuasa pihak berkuasa Majlis Agama Islam Negeri. Usaha memajukan tanah wakaf dalam sektor pertanian telah dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dengan mengusahakan wakaf ladang kelapa sawit seluas 3,900 ekar di Mersing dengan kerjasama Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ). Pertubuhan Anak Yatim Terengganu (PERKAYA) juga mengusahakan ladang kelapa sawit melalui pembelian saham wakaf untuk pokok dan ladang kelapa sawit. Dana yang diwakafkan digunakan untuk membayar pinjaman daripada Agro Bank. Lebihan dana tersebut digunakan untuk perbelanjaan anak yatim dan perbelanjaan yang berkaitan. Sehingga kini, projek ini telah mendapat hasil pulangan 1.3 juta setahun. Projek ini - dengan bantuan daripada sumber lain - membolehkan PERKAYA berdikari dalam menguruskan rumah anak yatim.12 Terdapat pelbagai masalah dalam usaha memaju dan membangunkan tanah wakaf, khususnya dalam sektor pertanian. Permasalahan ini merangkumi perancangan dan persoalan tadbir urus yang berkaitan dengan perundangan tanah wakaf sendiri.

Pelbagai kaedah boleh digunakan untuk membangun dan memajukan tanah wakaf khususnya dan sektor pertanian. Antaranya kaedah kontrak Musaqah untuk wakaf pertanian. Kaedah ini merupakan usaha sama pengurusan dalam pertanian. Ia satu bentuk penyerahan pemilik tanaman kepada penjaga yang melakukan kerja-kerja pembaikan, pengairan dan perkara-perkara yang berkaitan, dengan syarat pengurusan akan diberi upah berdasarkan hasil tanaman.13 Tanah pertanian juga boleh dibangunkan dengan pelbagai kaedah seperti Ijarah Thumma al-Bay, Ijarah mumtahia bit tamleek dan Muzaraah.14 Usaha memaju dan membangunkan tanah berkaitan boleh dilaksanakan dengan mengadakan kerjasama dengan agensi dan syarikat swasta.

Amalan pertanian mendapat perhatian dalam peradaban Islam. Usaha memartabatkan bidang pertanian sentiasa diberi perhatian dengan mewujudkan pelbagai dasar untuk memajukan sektor tersebut. Dasar yang diwujudkan merupakan agenda nasional. Bagi menjayakan dasar berkaitan,

11 Nik Mohd.Saiful. 2015. Aplikasi Sistem Maklumat Geografi Dalam Pengurusan Institusi Wakaf di Selangor. Tesis Master Universiti Putra Malaysia

12 Asmak Ab.Rahman. 2009. Peranan Wakaf Dalam Pembangunan Ekonomi Umat Islam dan Aplikasinya Di Malysia. Jurnal Syariah. Jil.17.Bil 1 . Hal : 113-152

13 Mohamad Hj. Alias et.al. 2016. Pembiayaan & Pembangunan Wakaf dalam Melastarikan Ekonomi Ummah : Cabaran dan Prospek Masa Hadapan. Sha ALAM: Reka Cetak Sdn.Bhd.; hlm. 195-208

14 Syed Khalid Rashid. 2017. Waqf Laws and Management. Gombak : IIUM Press; hlm. 241

Page 152: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

144

usaha perlu diberi perhatian oleh semua pihak agar tanah-tanah terbiar yang luas beribu hektar dapat dibangunkan dan dimajukan dengan projek pertanian. Usaha ini termasuklah membangunkan tanah-tanah wakaf yang terbiar agar dapat memberi pulangan serta manfaat, dan menyumbang kepada kemajuan sektor pertanian negara. Untuk membangunkan tanah-tanah tersebut, pelbagai kaedah boleh dilaksanakan seperti sewaan dan usaha sama dengan agensi tertentu termasuk syarikat swasta.

Page 153: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik
Page 154: JOURNAL OF MUSLIM AFFAIRS - umexpert.um.edu.my · No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya. Tel.: 03-88703870 Fax.: ... Melayu yang mempunyai latar belakang akademik

HARGA RM 25.00

ISSN 2289-8654

772289 865007 9