jerebu 1

2
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MAKLUMAN MENGENAI ISU JEREBU DI SEKOLAH Berdasarkan pemantauan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sehingga jam 3.00 petang hari ini bersamaan 22 Oktober 2015, didapati tahap bacaan IPU bagi kawasan-kawasan di negeri Perlis , Kedah, Pulau Pinang dan Perak masih menunjukkan tahap bacaan IPU Tidak Sihat. Malah ada juga daerah yang telah mencapai bacaan IPU Sangat Tidak Sihat. Sehubungan itu KPM memaklumkan semua sekolah di negeri tersebut (kecuali negeri Kedah kerana hari Jumaat merupakan hari cuti hujung minggu) perlu ditutup pada 23 Oktober 2015 (Jumaat). Penutupan ini akan melibatkan sejumlah 1,600 buah sekolah dan seramai 728,739 orang murid di negeri tersebut. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah terlibat hendaklah memaklumkan kepada sekolah-sekolah dan ibu bapa di kawasan masing-masing akan penutupan ini dengan kadar segera. Manakala bagi semua sekolah di Negeri Sembilan , Selangor , Wilayah Persekutuan Putrajaya , Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur , daerah Bentong di negeri Pahang serta Bahagian Kuching , Bahagian Sri Aman , Bahagian Samarahan dan Bahagian Betong di negeri Sarawak yang ditutup pada hari ini bersamaan 22 Oktober 2015 perlu dibuka seperti biasa pada 23 Oktober 2015 (Jumaat). Dalam hal ini, pihak sekolah hendaklah sentiasa mengingatkan dan menasihati murid-murid agar sentiasa menjaga kesihatan seperti memakai topeng penutup mulut dan hidung semasa kehadiran mereka di sekolah. KPM juga ingin menjelaskan sekali lagi bahawa penutupan sekolah akibat jerebu ini adalah untuk memastikan tahap kesihatan murid tidak terjejas. Manakala guru-guru dan kaki tangan sekolah masih boleh hadir ke sekolah dalam tempoh penutupan ini untuk merancang dan menyelesaikan tugas- tugas mereka di sekolah tanpa sebarang paksaan oleh pihak pengurusan sekolah.

Upload: asdfghjkllz

Post on 27-Jan-2016

237 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

WE

TRANSCRIPT

Page 1: JEREBU 1

KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MAKLUMAN MENGENAI ISU JEREBU DI SEKOLAH

Berdasarkan pemantauan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sehingga jam 3.00 petang hari ini bersamaan 22 Oktober 2015, didapati tahap bacaan IPU bagi kawasan-kawasan di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak masih menunjukkan tahap bacaan IPU Tidak Sihat. Malah ada juga daerah yang telah mencapai bacaan IPU Sangat Tidak Sihat. Sehubungan itu KPM memaklumkan semua sekolah di negeri tersebut (kecuali negeri Kedah kerana hari Jumaat merupakan hari cuti hujung minggu) perlu ditutup pada 23 Oktober 2015 (Jumaat). Penutupan ini akan melibatkan sejumlah 1,600 buah sekolah dan seramai 728,739 orang murid di negeri tersebut. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah terlibat hendaklah memaklumkan kepada sekolah-sekolah dan ibu bapa di kawasan masing-masing akan penutupan ini dengan kadar segera. Manakala bagi semua sekolah di Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, daerah Bentong di negeri Pahang serta Bahagian Kuching, Bahagian Sri Aman, Bahagian Samarahan dan Bahagian Betong di negeri Sarawak yang ditutup pada hari ini bersamaan 22 Oktober 2015 perlu dibuka seperti biasa pada 23 Oktober 2015 (Jumaat). Dalam hal ini, pihak sekolah hendaklah sentiasa mengingatkan dan menasihati murid-murid agar sentiasa menjaga kesihatan seperti memakai topeng penutup mulut dan hidung semasa kehadiran mereka di sekolah. KPM juga ingin menjelaskan sekali lagi bahawa penutupan sekolah akibat jerebu ini adalah untuk memastikan tahap kesihatan murid tidak terjejas. Manakala guru-guru dan kaki tangan sekolah masih boleh hadir ke sekolah dalam tempoh penutupan ini untuk merancang dan menyelesaikan tugas-tugas mereka di sekolah tanpa sebarang paksaan oleh pihak pengurusan sekolah.

Page 2: JEREBU 1

Dalam tempoh penutupan ini juga, guru-guru disaran untuk memanfaatkan platform Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) bagi membolehkan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) kepada murid-murid terus berjalan. Arahan penutupan ini juga adalah tertakluk kepada semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Manakala bagi sekolah-sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM, mereka juga tertakluk dengan arahan ini, namun sekiranya sekolah-sekolah berkenaan ingin meneruskan persekolahan tersebut, maka mereka perlu mematuhi peraturan dan garis panduan sedia ada yang dikeluarkan oleh KPM. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah termasuk pengurusan sekolah di seluruh negara juga hendaklah secara berterusan memantau bacaan IPU yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh pihak berwajib. Sekiranya berlaku peningkatan ke tahap Tidak Sihat dan Sangat Tidak Sihat, maka pihak berkenaan boleh mengambil tindakan di peringkat masing-masing seperti yang telah ditetapkan oleh KPM. Sekian dimaklumkan. Kementerian Pendidikan Malaysia 22 Oktober 2015