jentera pilihanraya

4
UNIT-UNIT JENTERA PILIHANRAYA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN PENGERANG ____________________________________________________________ ____________ -HURAIAN FUNGSI DAN BIDANG TUGAS- i. UNIT LOGISTIK DAN UNDANG-UNDANG PILIHANRAYA Tanggungjawab : Mengurus selia urusan logistik Jentera Pilihanraya Pemuda serta tafsiran undang-undang pilihanraya. Memastikan Jentera Pilihanraya Pemuda di semua peringkat memperolehi dan mengguna pakai bahan-bahan pilihanraya yang telah disediakan. Memastikan kehadiran Pemuda ‘kelihatan’ dan dilihat dengan bahan-bahan pilihanraya ini khususnya semasa hari penamaan calon dan hari pembuangan undi. ii. UNIT GERAK GEMPUR Tanggungjawab : Menyediakan 30 Jentera Pilihanraya Pemuda di setiap Cawangan. Jentera ini dilatih untuk melaksanakan 3 peranan meliputi Unit Keselamatan, Unit Pemuda Bermotor dan Unit Poster. Memantau kewujudan dan perjalanan ketiga-tiga unit tersebut diperingkat cawangan. Memantau disiplin dan dedikasi setiap jentera agar memastikan Imej UMNO sentiasa tinggi di mata masyarakat. iii. UNIT KESELAMATAN & PEMANTAUAN PEMBANGKANG Tanggungjawab :

Upload: matahatijohor

Post on 06-Jun-2015

737 views

Category:

Documents


48 download

DESCRIPTION

Huraian Fungsi Unit-Unit Jentera Pilihanraya Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pengerang 2004

TRANSCRIPT

Page 1: JENTERA PILIHANRAYA

UNIT-UNIT JENTERA PILIHANRAYAPERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN PENGERANG

________________________________________________________________________-HURAIAN FUNGSI DAN BIDANG TUGAS-

i. UNIT LOGISTIK DAN UNDANG-UNDANG PILIHANRAYA

Tanggungjawab :

Mengurus selia urusan logistik Jentera Pilihanraya Pemuda serta tafsiran undang-undang pilihanraya.

Memastikan Jentera Pilihanraya Pemuda di semua peringkat memperolehi dan mengguna pakai bahan-bahan pilihanraya yang telah disediakan.

Memastikan kehadiran Pemuda ‘kelihatan’ dan dilihat dengan bahan-bahan pilihanraya ini khususnya semasa hari penamaan calon dan hari pembuangan undi.

ii. UNIT GERAK GEMPUR

Tanggungjawab :

Menyediakan 30 Jentera Pilihanraya Pemuda di setiap Cawangan. Jentera ini dilatih untuk melaksanakan 3 peranan meliputi Unit Keselamatan, Unit Pemuda Bermotor dan Unit Poster.

Memantau kewujudan dan perjalanan ketiga-tiga unit tersebut diperingkat cawangan.

Memantau disiplin dan dedikasi setiap jentera agar memastikan Imej UMNO sentiasa tinggi di mata masyarakat.

iii. UNIT KESELAMATAN & PEMANTAUAN PEMBANGKANG

Tanggungjawab :

Menjaga dan memantau keselamatan bilik gerakan agar tidak dicerobohi. Menjaga keselamatan Unit Poster semasa menjalankan tugas. Sentiasa bersama dengan Ahli Wanita dan Puteri dalam menjaga keselamatan

mereka ketika menjalankan tugas meraih undi di semua tempat. Menjaga keselamatan jentera serta pengundi semasa hari mengundi. Melaporkan segera kepada bilik gerakan sekiranya berlaku perkara yang tidak

diingini serta mendapatkan bantuan pihak polis untuk meleraikan keadaan. Memantau dan memaklumkan tentang aktiviti pihak pembangkang. Menimbulkan kesulitan (sabotaj) kepada pihak pembangkang di dalam

menjalankan aktiviti dengan cara dan strategi yang dibenarkan secara rahsia.

iv. UNIT PEMUDA BERMOTOR

Page 2: JENTERA PILIHANRAYA

Tanggungjawab :

Memantau kewujudan dan perjalanan Unit Pemuda Bermotor di setiap cawangan.

Menghiasi motosikal dengan bendera serta boster BN dengan mengambil kira faktor keselamatan

Membantu Unit Keselamatan di dalam menjalankan tugas bersama peraih undi serta semasa sesi ceramah dan di masa-masa yang diperlukan.

Sebelum Pilihanraya; mengiringi Yang Berhormat Ketua Bahagian di dalam lawatan ke setiap cawangan. Semasa Tempoh Kempen Pilihanraya ; mengiringi lawatan calon dan penceramah parti yang datang bertugas ke cawangan.

Mengadakan rondaan secara berkumpulan bagi mempromosi BN mengikut peraturan jalanraya dan secara berkhemah serta bersopan santun.

v. UNIT POSTER & BAHAN PILIHANRAYA

Tanggungjawab :

Memantau kewujudan dan perjalanan Unit Poster & Bahan Pilihanraya di setiap cawangan.

Mengenalpasti tempat yang strategic untuk pemasangan poster dan bahan pilihanraya.

Mempastikan bekalan poster & bahan pilihanraya mencukupi dengan mengambilkira jumlah poster yang mungkin rosak atau disabotaj oleh pihak lawan.

Memastikan poster BN dinaikkan secara keseluruhan kawasan serta bekerjasama dengan Unit Pemuda Bermotor dan Unit Keselamatan di dalam menentukan tempat dan pengawasan poster.

vi. UNIT PENERANGAN & RISIKAN

Tanggungjawab :

Bekerjasama dengan Unit Keselamatan dan Pemantauan Pembangkang di dalam memantau aktiviti ceramah pembangkang.

Mengenalpasti dan melaporkan isu-isu yang dimainkan oleh pihak lawan serta mencadangkan jawapan balas.

Mengatur dan memantau kerja-kerja perang saraf. Membuat kajian dan mengenalpasti sikap pengundi muda. Memastikan Jentera Pilihanraya Pemuda mempunyai kefahaman dan

kemahiran yang tinggi di dalam melaksanakan setiap fungsinya.

vii. UNIT KEAHLIAN DAN PENDAFTARAN PEMILIH

Page 3: JENTERA PILIHANRAYA

Tanggungjawab :

Membuat semakan dan mengumpulkan data dan maklumat kelayakan ahli pemuda sebagai pengundi.

Melaksanakan usaha dan kempen untuk menarik minat golongan muda di bawah 40 tahun untuk menyertai Pemuda UMNO.

Melaksanakan usaha dan kempen pendaftaran ahli-ahli pemuda UMNO sebagai pengundi melalui kerjasama dengan Suruhanjaya Pilihanraya.

Memberikan penerangan terhadap kekeliruan bahawa “mendaftar sebagai ahli UMNO bermakna telah mendaftar sebagai pengundi”.

viii. UNIT PRIHATIN

Tanggungjawab :

Memantau dan mengenalpasti serta melaporkan segala kesulitan hidup yang dialami oleh masyarakat yang mungkin boleh dieksploitasi oleh pihak pembangkang.

Mengusahakan bantuan untuk menunjukkan Kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang prihatin terhadap segala permasalahan yang dihadapi oleh rakyat.

Semasa kempen pilihanraya, bekerjasama erat dengan Bilik Gerakan Bahagian di dalam memastikan kebajikan jentera pilihanraya pemuda di dalam melaksanakan tugasnya.

ix. UNIT TUGAS-TUGAS KHAS

Tanggungjawab :

Melaksanakan segala arahan khas yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Penggerak Jentera Pilihanraya Pemuda Bahagian.