jenis kebangsaan tamil batang berjuntai

5
SEJARAH SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL BATANG BERJUNTAI. Sejak sekolah ini ditubuhkan di Pekan Batang Berjuntai, ia telah mengalami banyak perubahan dari segi kemudahan insfrastruktur, bangunan, kurikulum, ko-kurikulum dan lain-lain lagi dari masa ke semasa. Sekolah ini mempunyai sejarahnya tersendiri dan kajian sejajarnya adalah meliputi dari aspek-aspek sejarah infrastruktur, peristiwa-peristiwa bersejarah, pentadbiran sekolah dan kejayaan- kejayaan yang diperolehi dari bidang kurikulum dan ko-kurikulum. Latarbelakang Sebelum sekolah ini didirikan di sini, pelajar-pelajar telah menuntut di sebuah bangunan kecil yang terletak di pekan tersebut. Pelajar – pelajar mula belajar di sini pada tahun 1945 dan ia diketahui oleh En.Iyam Pillai. Seramai 30 orang pelajar telah mula menuntut di bangunan kecil tersebut. Oleh kerana bilangan pelajar telah bertambah dari masa kesemasa dan hasrat penduduk tempatan untuk mendapatkan bangunan yang tetap untuk menyampaikan pengajaran yang sempurna maka usaha-usaha telah dibuat untuk mendidirikan sebuah bangunan yang tetap di pelan Batang-berjuntai. Suatu ahli jawatan kuasa telah dibentuk untuk mencapai hasrat tersebut dan banyak pihak termasuk penduduk tempatan serta pihak kerajaan telah menyumbangkan bantuan kewangan supaya bangunan baru dapat didirikan di sini. Maka hasil daripada usaha-usaha tersebut maka wujudnya SRJK (T) BATANG BERJUNTAI di suatu kawasan yang lebih strategik. SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH Mulai tahun 1962, bangunan SRJK(T) BATANG BERJUNTAI kekal disini dan seramai 45 orang memulakan pengajian mereka di sekolah ini pada tahun pertama dan dari tahun tersebut bilangan pelajar telah bertambah secara mendadak kepada suatu angka yang lebih memeranjatkan iaitu kepada 70 orang pada tahun kedua. Dalam masa 27 tahun (sehingga

Upload: t-aruna-pugal

Post on 27-Dec-2015

27 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jenis Kebangsaan Tamil Batang Berjuntai

SEJARAH SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL BATANG BERJUNTAI.

Sejak sekolah ini ditubuhkan di Pekan Batang Berjuntai, ia telah mengalami banyak perubahan dari segi kemudahan insfrastruktur, bangunan, kurikulum, ko-kurikulum dan lain-lain lagi dari masa ke semasa. Sekolah ini mempunyai sejarahnya tersendiri dan kajian sejajarnya adalah meliputi dari aspek-aspek sejarah infrastruktur, peristiwa-peristiwa bersejarah, pentadbiran sekolah dan kejayaan-kejayaan yang diperolehi dari bidang kurikulum dan ko-kurikulum.

Latarbelakang

Sebelum sekolah ini didirikan di sini, pelajar-pelajar telah menuntut di sebuah bangunan kecil yang terletak di pekan tersebut. Pelajar –pelajar mula belajar di sini pada tahun 1945 dan ia diketahui oleh En.Iyam Pillai. Seramai 30 orang pelajar telah mula menuntut di bangunan kecil tersebut. Oleh kerana bilangan pelajar telah bertambah dari masa kesemasa dan hasrat penduduk tempatan untuk mendapatkan bangunan yang tetap untuk menyampaikan pengajaran yang sempurna maka usaha-usaha telah dibuat untuk mendidirikan sebuah bangunan yang tetap di pelan Batang-berjuntai. Suatu ahli jawatan kuasa telah dibentuk untuk mencapai hasrat tersebut dan banyak pihak termasuk penduduk tempatan serta pihak kerajaan telah menyumbangkan bantuan kewangan supaya bangunan baru dapat didirikan di sini. Maka hasil daripada usaha-usaha tersebut maka wujudnya SRJK (T) BATANG BERJUNTAI di suatu kawasan yang lebih strategik.

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH

Mulai tahun 1962, bangunan SRJK(T) BATANG BERJUNTAI kekal disini dan seramai 45 orang memulakan pengajian mereka di sekolah ini pada tahun pertama dan dari tahun tersebut bilangan pelajar telah bertambah secara mendadak kepada suatu angka yang lebih memeranjatkan iaitu kepada 70 orang pada tahun kedua. Dalam masa 27 tahun (sehingga sekarang) beribu-beribu pelajar talah keluar daripada sekolah ini dan telah memberi sumbangan yang berguna kepada pembangunan Negara.

Sebenarnya sekolah tersebut tidak mempunyai nama khas seperti sekolah-sekolah lain tetapi ia dinamakan mangikut nama Pekan Batang Berjuntai. Dari segi lambang, ia tidak mempunyai lambang-lambang kemegahan tetapi sekadar mempunyai lencana sekolah yang bercogankan Pelajaran dan Kesihatan dimana kedua-duanya mempunyai perhubungan yang rapat diantara satu sama lain.

SEJARAH INSFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN ASAS.

Hasil daripada usaha-usaha yang telah dijalankan oleh jawatankuasa yang dibentuk pada tahun 1961, hanya satu bangunan sahaja dapat di dirikan iaitu bangunan yang boleh dilihat apabila berlalu semasa

Page 2: Jenis Kebangsaan Tamil Batang Berjuntai

pergi ke Batang Berjuntai. Walaupun pada awal tahun 1962 an adalah agak kecil tetapi dari tahun tersebut bilangan pelajar telah bertambah dan ini telah menyebabkan pihak-pihak berkenaan untuk mendapatkan bangunan bangunan tambahan untuk menemuhi permintaan pertambahan pelajar-pelajar dari kawasan pekan Batang Berjuntai. Oleh yang demikian, dua lagi bangunan tambahan telah didirikan pada tahun 1969. Maka pada hari ini sekolah mempunyai lebih daripada 800 orang murid tetapi bilangan bangunan yang ada sekarang tidak mencukupi dan terpaksa pihak pentadbir sekolah mangadakan dua sessi iaitu sesi pagi dan petang.

Namun demikain, pihak pentadbir dan persatuan-persatuan social yang ada dikawasan ini terus menuntut pihak kerajaan untuk mendirikan suatu bangunan yang lebih besar bagi menampung pertambahan pelajar pelajar.

Bangunan Pusat sumber telah didirikan pada tahun 1984 untuk kegunaan pelajar-pelajar sekolah ini. Pada hari ini ia telah memainkan peranan yang penting dari segi akademik pelajar-pelajar sekolah ini. Selain dari itu, sebuah kantin telah didirikan untuk memudahkan murid-murid membeli makanan pada masa rehat sekolah dan tidak perlu keluar sekolah pada waktu tersebut. Pada awal penubuhan sekolah ini, ia tidak mempunyai suatu padang permainan dan hanya menggunakan padang majlis tempatan untuk semua aktiviti sekolah tetapi setelah Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Seri Cahaya iaitu YB Dato Mahalingam, JP, JMN menghadiri disini, maka beliau telah memperuntukan peruntukan untuk memperluaskan kawasan hadapan sekolah ini untuk dijadikan padang yang luas bagi sekolah ini. Dengan usaha yang gigih beliau, maka pada hari ini sekolah mempunyai padang yang luas semua aktiviti dijalankan disini tanpa bergantung kepada pihak lain. Beliau bersara setelah berkhidmat selama 32 tahun. Beliau telah menyumbangkan banyak tenaganya untuk memperbaiki sekolah dan pernah menjadi Setiausaha Jawatankuasa Bangunan yang dibentuk pada tahun 1961. Melalui jawatan setiausaha, beliau telah berusaha sedaya upaya bersama –sama dengan ahli –ahli yang lain untuk mendapatkan banguna yang tetap bagi menggantikan sekolah yang lama. Beliau tidak mengira masa dan waktu dan sentiasa berusaha untuk meninggatkan taraf-taraf sekolah ini ke suatu peringkat yang standard.

Hasil daripada usaha beliau juga sekolah ini juga mendapat beberapa bangunan tambahan bagi memenuhi pertambahan pelajar dari masa –ke semasa. Dalam masa beliaulah sebuah bangunan pusat sumber telah didirikan di sekolah ini untuk kegunaan para pelajar.

Oleh kerana sumbangan beliau yang tidak ternilai maka Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agung tellah mengurniakan penganugerahan yang tinggi iaitu pingat AMN pada tahun 1981.

Akhir sekali orang yang paling lama memegang jawatan sebagai guru Besar maka beliau telah memainkan peranan yang penting terhadap sekolah ini dari segi kurikulum iaitu beberapa pelajar telah masuk ke tingkatan satu tanpa mengikut kelas peralihan iaitu pada tahun 1987. Selain dari itu, peratus kelulusan pepriksaan Penilaian sejak ia diadakan sentiasa meningkat dari tahun ketahun.

Page 3: Jenis Kebangsaan Tamil Batang Berjuntai

Persatuan Ibubapa dan Guru sekolah ini telah memainkan peranan untuk meninggikan taraf pendidikan disekolah ini dari tahun ketahun. Persatuan tersebut talah menyumbangkan tenaganya untuk membantu murid-murid miskin melalui bantuan kewangan kepada mereka. Buku latihan diberi percuma kepada pelajar-pelajar miskin dan telah memperindahkan lagi kawasan persekitaran sekolah ini. Sekarang kawasan sekitar sekolah ini adalah lebih cantik berbangding dengan masa dahulu. Selain dari itu, pihak PIBG sekolah ini sudah dua kali mengadakan bengkel UPSR iaitu pada tahun lepas dan pada tahun ini.

Tambahan lagi, pihak PIBG telah menghulurkan bantuan kewangan untuk membeli buku-buku latihan Bahasa Malaysia dan Inggeris bagi pelajar-pelajar yang menghadapi peperiksaan penilaian (dulu) dan UPSR (sekarang). Pada kesimpulannya bolehlah dikatakan bahawa sumbangan PIBG terhadap sekolah ini tidak boleh dipandang ringan malah suatu yang tidakk bernilai.

Peristiwa-peristiawa Bersejarah

Sebagaimana yang diterangkan bahawa tahun 1962 merupakan tahun bersejarah bagi guru-guru yang telah berkhidmat pada masa itu dan penduduk –penduduk tempatan kerana ia merupakan tahun perletakan batu asas bagi mendidirikan bangunan yang kekal bagi sekolah ini,. Peristiwa meletakkan batu asas dijalankan oleh En. Harisson yang ketika itu menjadi pengerusi Jawatankuasa Bangunan. Peristiwa tersebut tidak dapat dilupakan oleh setiap insan yang berkhidmat disekolah ini dan akan terus menjadi peristiwa kenangan bagi mereka yang bakal mengajar di sini.

Pada amnya, tokoh-tokoh sentiasa melawat ke sekolah dan di antara mereka ialah Dato Abu Hassan bin Hj Omar, Dato M.Mahalingam dan Dato S.Samy Veloo.Tokoh- Tokoh tersebut sentiasa mengambil berat terhadap sekolah ini dari masa ke semasa.

Pada tiap-tiap tahun Mesyuarat Agung PIBG,m Sukan, Hari Penyampaian Hadiah di jalankan di sekolah ini.

Suatu lagi peristiwa yang menjadi kenangan manis dikalangan setiap pelajar-pelajar, guru. Para ibu bapa dan penduduk kawasan sekitar pekan Batang Berjuntai ialah Perayaan Jubli Perak yang telah dirayakan pada tahun 1987. Iaitu sempena dua puluhlima tahun. Perbagai acara telah dijalankan pada tahun tersebut.

PRESTASI DAN KEJAYAAN AKADEMIK DAN KO-KURIKULUM

Sebagaimana yang sedia dimaklumkan bahawa sekolah ini merupakan sekolah tunggal di kawasan Batang-Berjuntai, maka setakat ini sekolah ini taleh Berjaya menghasilkan ramai guru, jurutera, doctor, pegawai penyiaran Radio Malaysia, Pensayarah Maktab. Tidak ada Tokoh-tokoh VIP yang popular. Ada seorang pelajar menjadi doctor di Singapura.

Pada masa kini sekolah ini mempunyai pelbagai persatuan, Kelab dan pakaian seragam seperti Pengakap., Persatuan Bulan Sabit Merah dan Pandu Puteri. Oleh kerana semua badan tersebut hanya bergerak cergas beberapa tahun yang lepas maka sehingga kini tidak ada sebarang kejayaan yang membanggakan.

Page 4: Jenis Kebangsaan Tamil Batang Berjuntai

Kesimpulan

Pada keseluruhan sekolah ini telah memcapai usia selama 51 tahun dan dalam masa tersebut banyak peristiwa tealah berlaku yang akan menjadi kenangan bagi setiap insan. Setiap pelajar dan guru yang bakal mestilah memahami segala peristiwa-peristiwa yang telah berlaku untuk penubuhan sekolah ini. Dan tidak dapat melupakan dalam sepanjang hanyat mereka.