jenis-jenis tulisan khat (2)

7
Jenis-jenis Tulisan Khat: 1)Khat Kufi Fatimi: Dinamakan Fatimi kerana Kufi ini terkenal pada zaman pemerintahan Fatimi di Mesir. Kufi ini juga mempunyai pelbagai bentuk antaranya ialah Kufi Muwarraq (berdaun), Kufi Muzzahar (berbunga) dan Kufi Mudhaffar (bersimpul). Kufi Fatimi adalah antara jenis Kufi yang masih digunakan hingga ke hari ini. Ia tidak dibaris dan boleh dihias di ruang kosong antara huruf dengan ragam hias yang bercirian pokok dan batang pokok kacang sebagai latar belakang ayat.

Upload: kaihern

Post on 11-Aug-2015

210 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Jenis-jenis Tulisan Khat

TRANSCRIPT

Page 1: Jenis-jenis Tulisan Khat (2)

Jenis-jenis Tulisan Khat:

1)Khat Kufi Fatimi:

Dinamakan Fatimi kerana Kufi ini terkenal pada zaman pemerintahan Fatimi di

Mesir. Kufi ini juga mempunyai pelbagai bentuk antaranya ialah Kufi Muwarraq

(berdaun), Kufi Muzzahar (berbunga) dan Kufi Mudhaffar (bersimpul). Kufi

Fatimi adalah antara jenis Kufi yang masih digunakan hingga ke hari ini. Ia tidak

dibaris dan boleh dihias di ruang kosong antara huruf dengan ragam hias yang

bercirian pokok dan batang pokok kacang sebagai latar belakang ayat.

Page 2: Jenis-jenis Tulisan Khat (2)

2)Khat Diwani Jali:

Khat ini dicipta pada zaman pemerintahan kerajaan Uthmaniah

olehkhattat bernama Syahla Pasya pada abad ke-10H. Ia berbeza dengan Khat

Diwani kerana terdapat baris-baris dan titik hiasan serta mempunyai bentuk

huruf yang lebih besar dan jelas. Dinamakan Jali bererti jelas kerana terdapat

kelainan yang jelas dari segi bentuk tulisannya. Digunakan untuk tulisan rasmi

diraja dan surat menyurat kepada kerajaan asing. Bentuknya memenuhi

kesemua ruang kosong sehingga membentuk satu ciptaan yang tersusun indah.

Page 3: Jenis-jenis Tulisan Khat (2)

3)Khat Ijazah:

Khat ini dicipta/diambil dari dua jenis khat iaitu Nasakh dan Thuluth. Ini

bermakna khat Ijazah merupakan adunan dua jenis khat menjadi satu.

Dinamakan Ijazah kerana Ijazah bermakna syahadah atau sijil yang dikurniakan

kepada mereka yang betul-betul cemerlang dalam bidang khat. Maka guru khat

tersebut akan menuliskan ijazah yang memperakui muridnya adalah orang yang

berkelayakkan dalam bidang seni khat, ia juga digunakan untuk tandatangan

sultan dan kalifah.

Page 4: Jenis-jenis Tulisan Khat (2)

4)Khat Huruf Taj:

Al-Taj bermaksud mahkota. Bentuk ini dicipta oleh pakar khat Mesir Muhammad

Mahfiz pada zaman pemerintahan Raja Ahmad Fuad 1349H dengan meletakkan

satu tanda seperti lam alif terbalik (seperti bentuk mahkota) di atas kepala huruf

Nasakh dan ada juga di atas huruf Riq'ah.

Page 5: Jenis-jenis Tulisan Khat (2)

5) Khat Nasakh:

Dinamakan Nasakh kerana tulisannya digunakan untuk menaskhahkan atau

membukukan al-Quran serta pelbagai naskhah ilmiah yang lain. Bentuk ini

merupakan hasil daripada pengubahsuaian yang dilakukan oleh Ibnu Muqlah.

Tulisan Nasakh munculpada akhir abad ke 3H/8M dan berkembang meluas pada

penghujung abad 4H/9M. Ciri-cirinya ialah mempunyai kelembutan, mudah

dibentuk, praktikal dan mudah dibaca. Ia sesuai digunakan dalam penulisan al-

Quran, akhbar dan majalah.

Page 6: Jenis-jenis Tulisan Khat (2)

6)Khat Farisi:

Dinamakan Farisi kerana dinisbahkan kepada bangsa Iran. Dicipta oleh Mir Ali

al-Tibrisi, kemudian diperelok oleh Imaduddin al-Syirazi. Khat ini juga dikenali

sebagai Khat Taliq/Nastaliq, terkenal dan digunakan secara meluas di Iran.

Keindahan khat ini terletak pada bentuk lengkungannya yang menarik, kurang

garisan menegak dan bentuk hurufnya yang condong kekanan dan tidak

berbaris. Banyak digunakan untuk menulis syair, dan kegunaan harian.