jenis bilik darjah

9
JENIS-JENIS BILIK DARJAH Sejajar dengan perkembangan sistem,terdapat beberapa jenis bilik darjah pada masa kini dan diklasifikasikan mengikut perbezaan ciri dan fungsinya. Antara jenis bilik darjah yang telah dikenal pasti ialah bilik darjah tradisi,bilik darjah KBSR dan KBSM,bilik darjah mata pelajaran khas dan bilik darjah terbuka. Bilik darjah tradisi Bilik darjah jenis ini telah lama digunakan di Negara kita untuk mendidik murid di bawah kurikulum lama iaitu KLSM dan KLSR iaitu sebelum KBSR dan KBSM diperkenalkan. Bilik darjah tradisi ini merupakan satu tempat bagi sekumpulan pelajar mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh guru menggunakan kaedah keseluruhan kelas. Di dalam bilik darjah jenis ini biasanya pelajar duduk mengikut susunan kerusi dan meja sebaris demi sebaris. Guru lazimnya berdiri di hadapan bilik darjah dan meyampaikan pengajaran menggunakan kaedah dan strategi tertentu. Terdapat juga kerusi dan meja guru serta papan hitam yang digantung dihadapan kelas. Ciri-ciri bilik darjah tradisi: 1) Kerusi dan meja disusun mengikut baris demi baris 2) Pelajar yang rendah.bertubuh kecil dan kurang pengelihatan dan pendengaran ditempatkan di hadapan 3) Kerusi dan meja pelajar disusun sesuai dengan kaedah pengajaran yang lebih berpusat pada guru. 4) Cara pengajaran keseluruhan kelas merupakan kaedah mengajar utama di

Upload: khoonthin

Post on 28-Jun-2015

1.090 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: JENIS bilik darjah

JENIS-JENIS BILIK DARJAH

Sejajar dengan perkembangan sistem,terdapat beberapa jenis bilik darjahpada masa kini dan diklasifikasikan mengikut perbezaan ciri dan fungsinya.Antara jenis bilik darjah yang telah dikenal pasti ialah bilik darjah tradisi,bilikdarjah KBSR dan KBSM,bilik darjah mata pelajaran khas dan bilik darjahterbuka.

Bilik darjah tradisi

Bilik darjah jenis ini telah lama digunakan di Negara kita untuk mendidikmurid di bawah kurikulum lama iaitu KLSM dan KLSR iaitu sebelum KBSR danKBSM diperkenalkan. Bilik darjah tradisi ini merupakan satu tempat bagisekumpulan pelajar mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh gurumenggunakan kaedah keseluruhan kelas. Di dalam bilik darjah jenis ini biasanyapelajar duduk mengikut susunan kerusi dan meja sebaris demi sebaris. Gurulazimnya berdiri di hadapan bilik darjah dan meyampaikan pengajaranmenggunakan kaedah dan strategi tertentu. Terdapat juga kerusi dan meja guruserta papan hitam yang digantung dihadapan kelas.

Ciri-ciri bilik darjah tradisi:

1) Kerusi dan meja disusun mengikut baris demi baris2) Pelajar yang rendah.bertubuh kecil dan kurang pengelihatan danpendengaran ditempatkan di hadapan3) Kerusi dan meja pelajar disusun sesuai dengan kaedah pengajaran yang lebihberpusat pada guru.4) Cara pengajaran keseluruhan kelas merupakan kaedah mengajar utama didalam bilik darjah.5) Jarang mempraktikkan aktiviti berkumpulan

6) Pelajar berada dalam keadaan pasif dan menerima apa sahaja yang disampaikan oleh guru.

Page 2: JENIS bilik darjah

Bilik darjah KBSR dan KBSM

Bilik darjah KBSR telah diperkenalkan di Negara kita pada tahun 1982 dibeberapa buah sekolah rendah sebagai percubaan manakala bilik darajah KBSMpula diperkenalkan apabila pelajar dari sekolah rendah tadi meneruskanpengajian ke sekolah menengah pada tahun 1988. Bilik darjah jenis inimempunyai perbezaan yang begitu ketara jika dibandingkan dengan bilik darjahtradisi.

Dari segi susunan fizikal,kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kaedahkumpulan. Ini kerana program KBSR menekankan aktiviti pembelajaran secaraberkumpulan dan interaksi antara guru dengan pelajar serta pelajar denganpelajar sangat ditekankan. Dari segi strategi pengajaran,pendekatan yangdigunakan lebih bersifat berpusatkan pelajar dan pengelibatan mereka secaraaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat digalakkan.Dari segi bentuk dan kemudahan,di dalam bilik darjah KBSR dan KBSMdisediakan ruang pembelajaran untuk memudahkan pelajar menjalankan aktivitipembelajaran. Selain itu bahan pengajaran dan hasil pembelajran jugadiletakkan di ruang tersebut. Hal ini menimbulkan suasan bilik darjah yangmenarik dan merangsang proses pengajran dan pembelajaran

Ciri-ciri bilik darjah KBSR dan KBSM

1) Kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kumpulan2) Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan tertentu berdasarkan kobolehantersendiri3) Menggalakkan pengelibatan pelajar secara aktif4) Menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar5) Kerap melaksanakan interaksi antara guru dengan pelajar dan pelajar denganpelajar

6) Hasil kerja yang dipamerkan memperlihatkan suasan pembelajaran yangkondusif7) Pelajar sentiasa berada dalam keadaan aktif.

Bilik darjah mata pelajaran khas

Dalam KBSM,beberapa bilik darjah mata pelajaran khas juga disediakan.Antaranya ialah makmal sains,bilik ekonomi rumah tangga,bilik seniperusahaan,pusat sumber dan sebgainya. Bilik darjah mata pelajaran khas inidilengkapi dengan pelbagai jenis alatan yang membolehkan guru membuatdemonstrasi serta memberi peluang kepada pelajar menggunakannya dalamamali. Bentuk meja dan kerusi diubahsuai untuk memudahkan peljarmenjalankan kerja amali. Selain itu,dalam bilik darjah ini juga dilengkapkandengan alatan perabot seperti almari untuk menyimpan bahan-bahan specimendan alatan-alatan malahan sinki dan paip air juga disediakan lebih-lebih lagidalam makmal sains dan bilik kemahiran hidup.

Page 3: JENIS bilik darjah

Bilik darjah terbuka

Bilik darjah terbuka wujud hasil daripada konsep pendidikan terbukaR.S Barth ada menyatakan bahawa konsep pendidikan terbuka sebagai suatu‘pendekatan pengajaran dan pembelajaran,ruang-ruang pembelajaran bahan-bahan pelajaran serta pengelibatan pelajar dalam membuat pemilihan daripadapendekatan dan strategi pembelajaran’.Jelasnya,dalam sistem pendidikan terbuka,pelajat diberi peluang untukmerancang aktiviti pembelajaran sendiri dan pengajaran guru dikurangkan keperingkat minimum. Guru hanya berperanan sebagai penasihat sebagaipembimbing dan memilih bahan pengajaran dan aktiviti pengajaran samadasecara berkumpulan atau individu.

Biasanya,pendekatan pengajaran secara berpasukan yang melibatkan beberapa orang guru terlatih dalam pelbagai bidang pengajaran digunakan untukmembimbing pelajar dalam bilik darjah terbuka. Situasi pengajaran di bilik darjahterbuka ini diubahsuai agar pelajar senang bergerak dari satu tempat ke satutempat untuk memilih bahan pengajaran yang diminati dan menjalankan aktivitipelajaran selepas berbincang dengan guru.

Ciri-ciri bilik darjah terbuka:

1) Pengajaran biasanya dijalankan dalam kumpulan kecil atau individu2) Pelbagai aktiviti dilaksanakan dan jadual mudah diubah.3) Kaya dengan bahan dan peralatan mengajar.4) Tiada kurikulum dihadkan. Pelbagai mata pelajran diintegrasiakn5) Pelajar bebas bergerak dan memilih bahan yang diminati6) Kumpulan pelajar dibentuk berdasarkan akedami dan minat7) Mempunyai suasana saling mempercayai dan menghormati perbezaan8) Ujian dan peperiksaan dikurangkan begitu juga dengan pembahgian gred.9) Perhubungan antara guru dengan pelajar dan pelajar denagn pelajar secaraterbuka dan jujur.

Dari segi ciri bilik darjah terbuka,kita dapati bahawa guru dalam bilikdarjah hanya berperanan sebagai pembimbing,penguruspembelajaran,kaunselor,pemudah cara atau fasilitator. Ini jelas berbeza denganbilik darjah biasa yang menekankan aspek kawalan kelas. Implikasi daripada iniialah pelajar diberi peluang untuk membentuk disiplinnya sendiri. Suasanaberlumba-lumba untuk memperoleh markah tertinggi,ujian dan tekanan dari luaruntuk menghabiskan sukatan pelajaran tidak berlaku.Sesetengah guru khususnya yang tidak terlatih menganggap bahawa bilik darjahterbuka ini akan menimbulkan pelbagai masalah kepada guru. Antara masalahyang dijangkakan timbul seperti menyusun ruang dan mewujudkan persekitaranpengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Penyediaan bahan juga akanmenimbulkan masalah bagi guru yang tidak terlatih.

Bilik Darjah PrasekolahReka bentuk bilik darjah prasekolah perlu selesa, menjamin keselamatan serta merangsangkan kanak-kanak.

Page 4: JENIS bilik darjah

Suasana yang memudahkan pembentukan hubungan mesra antara guru dengan kanak-kanak.Terdapat dua jenis bangunan prasekolaha) Bilik-bilik serba lengkap atau self-contained di mana melengkapi pelbagai jenis peralatan pembelajaran.b) Corak terbuka di mana kanak-kanak mengajar di ruang-ruang pembelajarantertentu.

Kelas bercantum

Kelas bercantum atau kelas campuran dibuat disebabkan oleh bilangan murid dalam sebuah kelas tidak mencukupi untuk dijadikan kelas biasa. Murid-murid yang digabungkan terdiri dari murid yang mempunyai tahun pembelajaran yang berbeza. Sebagai contoh Tahun 1 bergabung dengan tahun 2. Ianya tidak terhad kepada sekolah kurang bilangan murid sahaja . Terdapat juga setengah sekolah yang mana bilangan murid yang bukan beragama Islam atau sebaliknya tidak mencukupi untuk dibuat kelas. Oleh itu terjadi juga keadaan kelas Pendidikan Agama Islam dicantumkan bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau Tamil.Ini memandang bilangan murid yang beragama isIam kurang.

Merupakan kelas yang mengandungi pelajar yang terdiri lebih dari satu tahun persekolahan. Diwujudkan kerana bilangan murid di dalam satu tahun persekolahan kurang 15 orang. Seorang guru dikehendaki mengajar lebih dari satu tahun persekolahan secara serentak di dalam sebuah kelas bercantum. Biasanya didapati di sekolah pedalaman / terpenci

Ciri-Ciri Kelas Bercantum

- Murid-murid didalam kelas bercantum adalahberbeza peringkat umur mereka- Bilangan muridnya kurang daripada 15 orang dan tidak megizinkan untuk

dijadikan satu kelas tunggal

- Guru mengajar lebih daripada satu tahun persekolahan kerana peruntukan guru adalah mengikut bilangan kelas

Bilik Darjah Multimedia

Bilik darjah yng melengkapi dengan pelbagai kemudahan perisian multimedia untuk penyampaian dan penerimaan pengetahuan. Ia selaras dengan perwujudan sekolah bestari. Murid belajar dengan menggunakan perisisan tersebut dan lebih bertindak sebagai fasilitator pembelajaran

Ciri-ciri

- Terdapat computer dengan jumlah yang mencukupi bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.

- Bahan pembelajaran diadakan dalam bentuk perisian dan bahan daripada internet

Page 5: JENIS bilik darjah
Page 6: JENIS bilik darjah