jenayah pemerdagangan manusia ~ pengajian...

Download JENAYAH PEMERDAGANGAN MANUSIA ~ PENGAJIAN …pambaharu.blogspot.com/2012/09/jenayah-pemerdagangan...2012-09-212012-09-21 · Mungkin ramai yang tidak sedar, kes sebegini berlaku dalam

If you can't read please download the document

Upload: lylien

Post on 13-Feb-2018

239 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

JENAYAH PEMERDAGANGAN MANUSIA ~ PENGAJIAN AM STPM BAHARU CIKGU RAZALI SAMAD

Home

HomeSukatan PelajaranPenggal 1Penggal 2Penggal 3

DownloadsSukatan Pelajaran Pengajian Am BaharuGamesSoftwareOffice

Kerja RumahPU1F1Penggal 1Penggal 2Penggal 3

Tugasan KumpulanTugasan Individu

Soalan RamalanTema PilihanTadbir Urus NegaraPencemaran

Penanda Aras

TERIMA KASIH atas sokongan dan kunjungan anda ke blog ini. Anda merupakan pengunjung yang ke

Sejak September 2012

PELAJAR ONLINE

Reka Lencana Anda

Blog Archive

2014

(1)

January

(1)

2013

(1)

January

(1)

2012

(13)

October

(8)

September

(5)KESAN-KESAN KEMASUKAN PENDATANG ASING TANPA IZIN K...LATIHAN 1 : Sistem Penyampaian PerkhidmatanSUKATAN PENGGAL 1JENAYAH PEMERDAGANGAN MANUSIATEKNOLOGI HIJAU

Followers

STPM TERMINAL

KERTAS 1 : KENEGARAAN

PROSEDUR RAYUAN KES JENAYAH

KERTAS 2B : LARAS SAINS

PEMBENTANGAN TUGASAN KUMPULAN PRAU2B3 PADA 8 FEB 2012

KERTAS 2C : KEFAHAMAN PENGAJIAN AM

CARA PEMARKAHAN BAHAGIAN C

PENGAJIAN AM STPM @ PRA U

GERAK GEMPUR 2 STPM BAHARU (A)

21.9.12

JENAYAH PEMERDAGANGAN MANUSIA

2:49 AM No comments

DERITA KANAK-KANAK MANGSA PEMERDAGANGAN

LINA (bukan nama sebenar) baru berumur lapan tahun. Pada usia tersebut, dia sepatutnya menghabiskan masa di sekolah, bergaul bersama rakan-rakan sebaya, bermain dan mengulang kaji pelajaran. Namun nasib Lina tidak seindah yang dilalui kanak-kanak seusianya. Dia melalui hari-hari yang gelap sejak beberapa bulan lepas setelah dijual bapanya sendiri kepada pihak ketiga yang kemudian memperdagangkan dirinya untuk tujuan seks.

Sekadar Gambar Hiasan

Setiap hari, Lina yang berasal dari sebuah kawasan di Selangor, dipaksa bekerja dengan memberi perkhidmatan seks kepada lelaki yang boleh dipanggil abang, bapa atau datuk kepadanya. Dia, yang dikawal oleh lelaki yang dipanggil uncle, tidak mengerti dengan apa yang sedang dilaluinya dan kenapa diperlakukan sebegitu apatah lagi untuk memahami akan haknya sebagai seorang kanak-kanak.

Mungkin ramai yang tidak sedar, kes sebegini berlaku dalam masyarakat kita. Realitinya, kisah Lina hanyalah secubit kisah daripada kehidupan sebenar kanak-kanak yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia. Jika kita beranggapan, isu pemerdagangan kanak-kanak hanya berlaku di negara seperti Thailand, Filipina, Vietnam dan Kemboja, ia adalah silap kerana sebenarnya jenayah tersebut turut berlaku dengan meluas di negara ini.

Koordinator Tenaganita, Aegile Fernandez dalam temubual sebelum ini menyatakan ramai kanak-kanak Malaysia yang menjadi mangsa kes seumpama telah diselamatkan dari negara seperti Kanada, Jepun, Jerman dan Amerika Syarikat. Malaysia kini bukan sahaja dijadikan sebagai negara transit malahan mengeksport dan terlibat dengan negara destinasi untuk aktiviti pemerdagangan.

Menurut statistik, antara Februari 2008 hingga October 2010, sebanyak 118 kes pemerdagangan kanak-kanak dilaporkan di Malaysia dan sebanyak 1,843 kes dilaporkan dalam tempoh yang sama di sekitar negara Asia.

Kenapa kanak-kanak?

Kanak-kanak didefinasikan oleh undang-undang dunia (International Laws) sebagai mereka yang berumur bawah 18 tahun. Sama ada bayi sehingga yang berumur 18 tahun, kanak-kanak boleh menjadi mangsa aktiviti jenayah pemerdagangan manusia yang bergantung kepada bentuk ekploitasi yang dikehendaki. Contohnya, remaja kebiasaannya digunakan untuk pelacuran atau ekploitasi seks, kanak-kanak bawah 10 tahun digunakan untuk meminta sedekah, manakala bayi dijual terutama kepada keluarga yang tidak mempunyai anak.

Pertubuhan Buruh Antarangsa (ILO) menganggarkan RM48 billion setahun diperoleh daripada sindiket penjualan bayi dan kanak-kanak yang menjadikan jenayah penyeludupan manusia adalah yang ketiga terbesar di dunia selepas penyeludupan dadah dan senjata api.

Kira-kira 2.7 juta orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, terbabit dalam kes pemerdagangan manusia di seluruh dunia setiap tahun dan jenayah melangkaui sempadan yang berlaku di merata negara di dunia ini diangkat menjadi isu global yang ditangani secara serius di peringkat antarabangsa termasuk Malaysia.

Keadaan fizikal dan pemikiran yang belum matang menyebabkan kanak-kanak lebih mudah dieksploitasi berbanding lelaki dan wanita dewasa.

Pengutip Dana dan Pakar Advokasi Yayasan Chow Kit, Dr. Hartini Zainudin berkata, kadang kala di kalangan kanak-kanak yang meningkat dewasa mengetahui mereka dieksploitasi untuk memberi khidmat seks namun mereka tidak mengetahui atau menyedari tahap penganiayaan yang diperlakukan atau kesan fizikal dan mental.

Beliau yang berpengalaman luas berhubung isu pemerdagangan kanak-kanak terutama di Chow Kit berkata, banyak faktor yang mendorong kanak-kanak mudah terjerat hingga bersetuju untuk dibawa pergi dari satu tempat ke satu tempat tanpa mengetahui yang mereka akan dieksploitasi.

Ada sebahagian mereka percaya dijanjikan pekerjaan seperti di hotel dan spa, berkahwin dan dapat hidup lebih bahagia. Namun ada juga dijual keluarga sendiri dan diculik oleh sindiket untuk dijual.

Sekarang memang penjualan bayi yang kita nampak menonjol. Mereka yang tidak punya anak biasanya akan membeli bayi itu tanpa diketahui latar belakang mereka. Menjadi satu kebimbangan jika perkara ini tidak dibendung kerana mereka yang mampu boleh membelinya. Perkara ini akan berterusan kerana cuba kita lihat berapa ramai yang mengandung anak luar nikah, wanita yang tidak mempunyai dokumen diri, wanita yang tidak diketahui warganegaranya yang menyebabkan mereka tidak tahu di mana harus diletakkan bayi tersebut, jadi jalan paling mudah adalah dengan menjualnya, katanya.

Keadaan menjadi lebih sukar sekiranya bayi tersebut tidak mempunyai dokumen, kerana tidak diketahui asal-usul. Namun yang menjadi fokusnya kini ialah kanak-kanak yang diperdagangkan untuk komersial antaranya dijadikan pelacur, peminta sedekah, mahupun keldai dadah dan aktiviti jenayah lain.

Sumber:Utusan Malaysia, 17 Mei 2011

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Reactions:

Newer Post

Older Post

Home

0comments:

Post a Comment

Subscribe to:Post Comments (Atom)

MAJLIS RESTU ILMU STPM

Majlis Restu Ilmu Sekolah Tinggi Kluang Slideshow: Poks trip to Kluang was created with TripAdvisor TripWow!

Social Profiles

PopularTagsBlog Archives

KENALI CIKGU

RAZALI SAMAD

Guru Akademik Tingkatan 6 (Pengajian Am)Sekolah Tinggi Kluang, Johor(Sekolah Cemerlang Malaysia 2007)Bukan Guru Cemerlang Pengajian Am KPM

View my complete profile

Powered by Blogger.

BAHAN @ MAKLUMAT TERKINI

Berikut adalah maklumat @ bahan terkini

LATIHAN 1 : Sistem Penyampaian Perkhidmatan

SOALAN : Dalam usaha meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan, kebanyakan agensi kerajaan telah menyediakan laman web dan perkhidmatan d...

KESAN-KESAN KEMASUKAN PENDATANG ASING TANPA IZIN KEPADA NEGARA

KESAN-KESAN KEMASUKAN PENDATANG ASING TANPA IZIN KEPADA NEGARA Ekonomi Malaysia kebelakangan ini berkembang dengan pesat. Projek pembang...

TEKNOLOGI HIJAU

TEKNOLOGI HIJAU Definisi Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekita...

GERAK GEMPUR 1 STPM BAHARU (C)

1. Integrasi Nasional sangat penting di negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Jelaskan halangan-halangan yang mela...

SUKATAN PENGGAL 1

SUKATAN ..

GERAK GEMPUR 1 STPM

SOALAN 1 : Kenaikan harga bahan api di pasaran dunia telah menyebabkan berlakunya inflasi di Malaysia. Walau bagaimanapun ...

GERAK GEMPUR 2 STPM

Soalan 2. Hampir 70 % bentuk muka bumi Malaysia diliputi kawasan hutan yang menyumbangkan pelbagai kepentingan kepada manusia sejaga...

SELAMAT DATANG KE PENGGAL 2

Penggal ini anda perlu membuat satu kerja kursus (Kerja Projek) ... berikut adalah contoh-contoh tajuk yang anda boleh gunakan. Tema untuk p...

GERAK GEMPUR 2 STPM BAHARU (C)

Globalisasi akan membawa lebih banyak manfaat kepada pembangunan sesebuah negara berbanding kesan sebaliknya. Bincangkan

JENAYAH PEMERDAGANGAN MANUSIA

DERITA KANAK-KANAK MANGSA PEMERDAGANGAN LINA (bukan nama sebenar) baru berumur lapan tahun. Pada usia tersebut, dia sepatutnya menghab...

BLOG PENGAJIAN AM TOP 10

CIKGU JUP

Namaku JUPILIN

-

Jangan kau bersedihUsiamu akan menghampiri angka lima puluhPerasaan itu memang lumrah hidupIngatlah kematianLalai adalah kebodohanInsan akhir zamanNikm...

GOAY PA STPM's Blog

11 langkah penstrukturan dan pengubahsuaian Bajet 2016 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Langkah-langkah ini dijangka menjimatkan kerajaan sehingga RM9 bilion dalam perbelanjaan mengurus dan pembangunan.

-

11 langkah penstrukturan dan pengubahsuaian Bajet 2016 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Langkah-langkah ini dijangka menjimatkan k...

PANITIA PENGAJIAN AM SEMEGA

200 PASAR TANI 'MY BEST BUY' DIWUJUD

-

200 PASAR TANI 'MY BEST BUY' DIWUJUD[image: pasartani] Putrajaya: Sebanyak 200 pasar tani My Best Buy berskala sederhana akan diwujudkan di seluruh nega...

Albayuni's Blog

6 INISIATIF PEMBAHARUAN BAGI MENINGKATKAN DAYA SAING

-

Bahagian kesimpulan Model Ekonomi Baru (New Economic Model, atau NEM) telah mengetengahkan sejumlah 51 dasar polisi untuk membolehkan Malaysia untuk kekal ...

Pengajian Am

Akta Patriotik dan kesejahteraan kaum perlu digubal

-

Akta Patriotik dan kesejahteraan kaum perlu digubal PBTM Berita Harian 2012/10/16 19:03:53 PM Cetak Emel Kawan KUALA LUMPUR: Persatuan Bekas Tentera Ma...

PENGAJIAN AM 900

Kemahiran Menyoal

-

*Pendahuluan*

Kemahiran menyoal dalam sesi pengajaran dan Pembelajaran adalah salah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mendapatkan tindak balas dar...

Blog Archive

2014

(1)

January

(1)

2013

(1)

January

(1)

2012

(13)

October

(8)

September

(5)KESAN-KESAN KEMASUKAN PENDATANG ASING TANPA IZIN K...LATIHAN 1 : Sistem Penyampaian PerkhidmatanSUKATAN PENGGAL 1JENAYAH PEMERDAGANGAN MANUSIATEKNOLOGI HIJAU

Blogger news

Blogroll

About

Copyright PENGAJIAN AM STPM BAHARU CIKGU RAZALI SAMAD | Powered by Blogger

Design by FThemes | Blogger Theme by Lasantha - Premium Blogger ThemesMicrosoft Exchange Hosting