jayakan perancangan berkualiti dan dinamik … ucapan/mesy_pengarah_negeri_tal… · semoga puan...

11
1/11 JAYAKAN PERANCANGAN BERKUALITI DAN DINAMIK ‘TALKING POINT’ PENGERUSI MESYUARAT PENGARAH NEGERI JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA BIL. 4/2013 Tarikh : 6 Disember 2013 (Jumaat) Masa : 8.30 pagi Tempat : Hotel Grand Bluewave, Shah Alam Pengerusi : Ketua Pengarah JPBD SM

Upload: vunga

Post on 06-Feb-2018

225 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: JAYAKAN PERANCANGAN BERKUALITI DAN DINAMIK … ucapan/Mesy_Pengarah_Negeri_Tal… · Semoga Puan dapat melaksanakan tugas-tugas ... 2013 bahawa Memorandum Jemaah Menteri telah diedarkan

1/11

JAYAKAN PERANCANGAN BERKUALITI DAN DINAMIK

‘TALKING POINT’ PENGERUSI

MESYUARAT PENGARAH NEGERI JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA

BIL. 4/2013

Tarikh : 6 Disember 2013 (Jumaat) Masa : 8.30 pagi Tempat : Hotel Grand Bluewave, Shah Alam Pengerusi : Ketua Pengarah JPBD SM

Page 2: JAYAKAN PERANCANGAN BERKUALITI DAN DINAMIK … ucapan/Mesy_Pengarah_Negeri_Tal… · Semoga Puan dapat melaksanakan tugas-tugas ... 2013 bahawa Memorandum Jemaah Menteri telah diedarkan

2/11

Bismillahir rahmanir rahim ... Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam

1Malaysia.

Yang Berusaha En. Kamalruddin b. Samsuddin Timbalan Ketua Pengarah Perancangan

Yang Berusaha Dr. Dahlia bte Rosly Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan

Pengarah JPBD Negeri,

Pengarah JPBW Sabah,

Wakil Kementerian Sumber dan Alam Sekitar Sarawak,

YBhg. Dato’-Dato’, Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

1. Terima kasih di atas kehadiran YBhg. Dato’, tuan-tuan dan

puan-puan ke Mesyuarat Pengarah Negeri Bil. 4 Tahun

2013. Terima kasih kepada JPBD Negeri Selangor kerana

sudi menjadi tuan rumah pada mesyuarat kali ini. Mesyuarat

juga mengucapkan terima kasih kepada Tuan Haji Mohd.

Zaki bin Ibrahim, Pengarah JPBD Negeri Selangor kerana

sudi membentangkan kertas mengenai “Mutiara Disebalik

Pembangunan Selangor: Permatang Kuarza Genting Kelang

(PKGK) dan Kampus FRIM”.

Page 3: JAYAKAN PERANCANGAN BERKUALITI DAN DINAMIK … ucapan/Mesy_Pengarah_Negeri_Tal… · Semoga Puan dapat melaksanakan tugas-tugas ... 2013 bahawa Memorandum Jemaah Menteri telah diedarkan

3/11

2. PERLANTIKAN PENGARAH BAHAGIAN PERUNDANGAN DAN KAWAL SELIA PERANCANGAN Terlebih dahulu, saya selaku Pengerusi Mesyuarat

Pengarah Negeri dan semua ahli mesyuarat ingin

mengucapkan tahniah kepada Cik Norasiah Bee binti Mohd

Haniff yang telah dilantik sebagai Pengarah Perundangan

dan Kawal Selia Perancangan yang juga selaku Urusetia

Mesyuarat Pengarah Negeri Jabatan Perancangan Bandar

dan Desa bermula 1 November 2013 menggantikan Tuan

Haji Ahmad bin Abdullah yang telah bersara pilihan mulai 16

Julai 2013. Semoga Puan dapat melaksanakan tugas-tugas

dan tanggungjawab yang baru ini dengan cemerlang untuk

membantu pencapaian misi dan visi Jabatan.

Dan untuk rekod, mesyuarat mengucapkan ribuan terima

kasih kepada Tn. Hj. Ahmad bin Abdullah di atas khidmat

yang telah diberikan beliau sebagai Setiausaha mesyuarat

sebelum ini.

3. PERLANTIKAN PENGARAH JPBD NEGERI JOHOR

Ucapan tahniah juga diberikan kepada Puan Zaleha binti

Shaari di atas pelantikan sebagai Pengarah JPBD Negeri

Johor berkuatkuasa bermula 2 Disember 2013 bagi

menggantikan Tn. Hj. Mohd Azam bin Mohd Abid yang telah

bersara pilihan mulai 6 Mei 2013.

Page 4: JAYAKAN PERANCANGAN BERKUALITI DAN DINAMIK … ucapan/Mesy_Pengarah_Negeri_Tal… · Semoga Puan dapat melaksanakan tugas-tugas ... 2013 bahawa Memorandum Jemaah Menteri telah diedarkan

4/11

4. BAJET 2014 Bajet Tahun 2014 telah dibentangkan oleh Y.A.B Perdana

Menteri pada 25 Oktober 2013 di Dewan Rakyat bertemakan

“Memperteguhkan Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji” dengan menggariskan

lima teras utama iaitu:

TERAS 1: Merancak Aktiviti Ekonomi

TERAS 2: Mengukuh Pengurusan Fiskal

TERAS 3: Mengunggul Modal Insan

TERAS 4: Mempergiat Pembangunan Bandar dan

Luar Bandar

TERAS 5: Mensejahtera Kehidupan Rakyat

Jumlah peruntukan keseluruhan bagi Bajet 2014 adalah

sebanyak RM 264.2 bilion, dan 25% daripadanya akan

diperuntukan di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan memperlihatkan sektor perumahan terus menerima

peruntukan tambahan dalam usaha kerajaan meningkatkan

bekalan rumah mampu milik.

Di antara intipati Bajet 2014 yang berkaitan KPKT adalah:

i. Menambahbaik sistem cukai sedia ada dengan

memperkenalkan Cukai Barang dan Perkhidmatan

(GST) yang akan mula berkuatkuasa pada 1 April

2015;

Page 5: JAYAKAN PERANCANGAN BERKUALITI DAN DINAMIK … ucapan/Mesy_Pengarah_Negeri_Tal… · Semoga Puan dapat melaksanakan tugas-tugas ... 2013 bahawa Memorandum Jemaah Menteri telah diedarkan

5/11

ii. Meningkatkan kesejahteraan bandar dan luar bandar

melalui National Blue Ocean Strategy (NBOS);

iii. Mengukuhkan jaringan pengangkutan awam;

iv. Merangka dasar dan strategi ke arah meningkatkan

kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat yang akan

diukur melalui Indeks Kesejahteraan Malaysia;

v. Meningkatkan keselamatan dengan penambahan

sebanyak 496 bilangan kamera litar tertutup (CCTV) di

25 buah PBT dengan peruntukan sebanyak RM 20

juta;

vi. Pelaksanaan pelan transformasi di setiap kementerian;

vii. Penubuhan Unit Integriti di setiap agensi kerajaan;

viii. Menambahbaik 81 skim perkhidmatan awam dari

pelbagai peringkat termasuklah penjumudan skim

perkhidmatan Juruteknik Perancang Bandar dan Desa

dan pindaan ke atas skim perkhidmatan Penolong

Pegawai Perancang Bandar dan Desa (Gred J29, J36,

J38 kepada JA29, JA36 dan JA38), dan lain-lain.

Page 6: JAYAKAN PERANCANGAN BERKUALITI DAN DINAMIK … ucapan/Mesy_Pengarah_Negeri_Tal… · Semoga Puan dapat melaksanakan tugas-tugas ... 2013 bahawa Memorandum Jemaah Menteri telah diedarkan

6/11

5. MESYUARAT MAJLIS PERANCANG FIZIKAL NEGARA (MPFN) BIL. 1/2013 PADA 17 OKTOBER 2013 Mesyuarat MPFN Bil. 1/2013 telah diadakan pada 17

Oktober 2013 yang lalu dan sebanyak 13 kertas kerja telah

diangkat ke mesyuarat tersebut untuk mendapatkan nasihat

dan makluman. Terdapat 11 kertas kerja diangkat untuk

mendapatkan pertimbangan dan nasihat MPFN di bawah

Subsekyen 22 (2A) dan Perenggan 2A(2)(b), Akta 172 iaitu:

i. JPBD Negeri Selangor (7 permohonan);

ii. JPBD Negeri Johor (2 permohonan);

iii. JPBD Negeri Pahang (1 permohonan); dan

iv. JPBD Negeri Kelantan (1 permohonan).

9 kertas kerja telah dipertimbang dan diperakukan manakala

2 kertas kerja daripada JPBD Negeri Johor ditangguhkan

keputusannya.

Page 7: JAYAKAN PERANCANGAN BERKUALITI DAN DINAMIK … ucapan/Mesy_Pengarah_Negeri_Tal… · Semoga Puan dapat melaksanakan tugas-tugas ... 2013 bahawa Memorandum Jemaah Menteri telah diedarkan

7/11

6. MESYUARAT PEGAWAI KANAN DAN SAMBUTAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA (HPBS) TAHUN 2013 Seperti yang semua telah maklum, Mesyuarat Pegawai

Kanan dan Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia

(HPBS) Tahun 2013 telah berjaya diadakan dengan jayanya

pada 11 & 12 November 2013 yang lalu dengan tema “Ke Arah Bandar Sejahtera Masa Depan”. Saya ingin

mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah hadir

dan menjayakan majlis tersebut. Ucapan tahniah juga

kepada semua JPBD Negeri yang telah menyelaraskan

pelaksanaan pengukuran MURNInets dan Pelan Tindakan

Kejiranan Hijau di PBT-PBT berkaitan.

Sejumlah 32 PBT telah menerima penghargaan MURNInets

dan 15 PBT menerima Penghargaan Pelaksanaan Inisiatif

Kejiranan Hijau. Diantara Negeri yang telah menerima

Anugerah Penghargaan Pelaksanaan Inisiatif Kejiranan

Hijau Tahun 2013 melalui PBT masing-masing adalah:

i. Negeri Selangor (3 PBT);

ii. Negeri Johor (2 PBT);

iii. Negeri Melaka (2 PBT);

iv. Negeri Pulau Pinang (2 PBT);

v. Negeri Sarawak (2 PBT);

vi. Negeri Kelantan (1 PBT);

vii. Negeri Perak (1 PBT);

viii. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; dan

ix. Wilayah Persekutuan Putarajaya.

Page 8: JAYAKAN PERANCANGAN BERKUALITI DAN DINAMIK … ucapan/Mesy_Pengarah_Negeri_Tal… · Semoga Puan dapat melaksanakan tugas-tugas ... 2013 bahawa Memorandum Jemaah Menteri telah diedarkan

8/11

7. MESYUARAT RANCANGAN KORPORAT JABATAN PADA 21 – 24 OKTOBER 2013 Mesyuarat Rancangan Korporat Jabatan telah diadakan

pada 21 – 24 Oktober 2013 di Hotel Primula, Kuala

Terengganu. Diantara ketetapan penting yang telah

diputuskan adalah; Rancangan Kawasan Khas (RKK) akan

digantikan kepada Pelan Tindakan Khas (PTK) bermula

pada tahun 2014. PTK merupakan pelan pelaksanaan

perancangan yang perlu selaras dengan rancangan

tempatan (RT) sedia ada dan ianya berbentuk project plan /

action plan. Sehubungan itu, Akta 172 berkaitan peruntukan

RKK dalam Sekyen 2B, Seksyen 16B dan peruntukan

kawasan pemajuan dalam Seksyen 38 perlu dibuat pindaan.

8. STATUS PINDAAN AKTA 172 Untuk makluman, Draf Rang Undang-Undang Perancangan

Bandar Dan Desa (Pindaan) 2012 yang baru telah diluluskan

oleh Jabatan Peguam Negara (JPN) pada 11 Oktober 2013.

Walaubagaimanapun, peruntukan baru di dalam Akta 172

iaitu seksyen 57A berkenaan “pengkompaunan kesalahan”

yang dicadangkan dalam Draf RUU tersebut telah

digugurkan oleh JPN. Seterusnya, Bahagian Korporat KPKT

telah memaklumkan melalui emel bertarikh 18 November

2013 bahawa Memorandum Jemaah Menteri telah diedarkan

pada 19 November 2013 untuk mendapatkan ulasan

daripada 6 Kementerian/ Agensi terlibat iaitu:

Page 9: JAYAKAN PERANCANGAN BERKUALITI DAN DINAMIK … ucapan/Mesy_Pengarah_Negeri_Tal… · Semoga Puan dapat melaksanakan tugas-tugas ... 2013 bahawa Memorandum Jemaah Menteri telah diedarkan

9/11

i. Jabatan Peguam Negara;

ii. Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri;

iii. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar;

iv. Kementerian Wilayah;

v. Kementerian Kerja Raya; dan

vi. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Pembentangan Memorandum Jemaah Menteri dijadualkan

pada Disember 2013 tertakluk kepada ulasan-ulasan yang

diterima daripada Kementerian/ Agensi berkenaan.

9. KEPUTUSAN AUDIT PENSIJILAN SEMULA MS ISO 9001:2008 Adalah dimaklumkan Audit Pensijilan Semula MS ISO

9001:2008 telah dijalankan oleh SIRIM pada 25 – 27

November 2013. Untuk pertama kalinya, JPBD SM telah

mendapat pensijilan semula tanpa sebarang NCR ataupun

OFI. Oleh itu, saya mengucapkan tahniah dan ribuan terima

kasih kepada pasukan petugas MS ISO dan semua warga

JPBD SM di peringkat Bahagian di atas kerjasama dalam

melaksanakan sepenuhnya prosedur dalam MS ISO

9001:2008 dan membudayakannya dalam pelaksanaan

tugas-tugas harian.

Page 10: JAYAKAN PERANCANGAN BERKUALITI DAN DINAMIK … ucapan/Mesy_Pengarah_Negeri_Tal… · Semoga Puan dapat melaksanakan tugas-tugas ... 2013 bahawa Memorandum Jemaah Menteri telah diedarkan

10/11

10. MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT PENGARAH NEGERI BAGI KALI YANG TERAKHIR Untuk makluman semua, mesyuarat kali ini adalah yang

terakhir dipengerusikan oleh saya kerana akan bersara wajib

bermula pada 26 Februari 2014. Jika diimbas kembali, saya

mula mempengerusikan Mesyuarat Pengarah Negeri pada

tahun 2005 dan sejumlah 32 mesyuarat telah diadakan

sehingga saat ini. Manakala sejumlah 131 kertas kerja telah

dibentangkan mulai tahun 2005 sehingga hari ini. Oleh itu,

dikesempatan ini ingin saya ucapkan ribuan terima kasih

kepada semua ahli mesyuarat di atas segala kerjasama,

sumbangan idea, pendapat dan khidmat nasihat yang telah

disalurkan melalui Mesyuarat Pengarah Negeri di setiap

mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh saya. Saya juga

ingin memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dan

kesilapan di sepanjang saya mempengerusikan Mesyuarat

Pengarah Negeri.

Page 11: JAYAKAN PERANCANGAN BERKUALITI DAN DINAMIK … ucapan/Mesy_Pengarah_Negeri_Tal… · Semoga Puan dapat melaksanakan tugas-tugas ... 2013 bahawa Memorandum Jemaah Menteri telah diedarkan

11/11

11. PEMBENTANGAN KERTAS Untuk mesyuarat kali ini, selain pelaporan pencapaian negeri

dan status pelaksanaan projek-projek RT, 3 kertas kerja

akan dibentangkan dan akan dibincangkan seperti berikut:

Kertas 1 – Mutiara Disebalik Pembangunan Selangor: Permatang Kuarza Genting Kelang (PKGK) dan Kampus FRIM oleh Tuan Haji Mohd. Zaki bin Ibrahim, Pengarah JPBD Negeri Selangor;

Kertas 2 – Manual Pemantauan dan Penilaian Outcome Rancangan Pemajuan 2013 oleh En. Wan Fauzi bin Wan Hussin (PPZT); dan

Kertas 3 – Status Pelaporan Kawasan Lapang di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Sehingga Bulan Jun 2013 oleh Tuan Haji Abdul Aziz bin Abdullah (BPP).

Sekian, terima kasih.