jawi hamzah.docx

3

Click here to load reader

Upload: rodiq

Post on 29-Nov-2015

91 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jawi dan kedudukan huruf hamzah

TRANSCRIPT

Page 1: jawi hamzah.docx

HAMZAH SELEPAS   BER? Published December 20, 2011 Keliru Jawi , Pantau Tegur 2 Comments 

“KENAPA letakkan huruf hamzah selepas ber?” Tanya seorang kawan. Setelah

Persidangan Kebangsaan Tulisan Jawi, bertubi rakan-rakan baharu bertanya

khabar. Maaf lambat saya menjawabnya. Banyak tuntutan fardu lain yang

terpaksa didahulukan. “Adakah wujud hukum baharu selepas persidangan?”

Tanya kawan itu lagi. “Seolah-olah selepas kata dasar yang diawali dengan

huruf alif hendaklah diletakkan hamzah?” Rungutnya lagi. Saya jawab, tiada

hukum hamzah bertopi alif  [ber + alif] Kalau tak percaya, cuba lihat apa kata

Za’ba.

HAMZAH DI ATAS ALIFPublished May 15, 2011 Keliru Jawi Leave a Comment 

 DALAM Sistem Ejaan Jawi yang Disempurnakan, huruf hamzah mempunyai

fungsi dan kedudukannya yang tersendiri. Kekeliruan sering kali timbul dalam

memahami fungsi huruf hamzah di atas huruf alif. Berasaskan kaedah, huruf

hamzah diletakkan di atas huruf alif, apabila kata dasar yang diawali oleh

huruf alif diimbuhkan dengan awalan di-, ke- dan se-.

Berasaskan contoh di atas, kata ‘(a)ngkat’ ialah kata dasar yang diawali dengan

huruf alif dan ‘di’ ialah kata imbuhannya. Maka sewajarnya huruf alif pada

kata ‘diangkat’ diletakkan hamzah di atasnya. Perlu diingat, huruf hamzah di

atas alif berperanan sebagai persempadanan atau pemisah di antara kata depan

Page 2: jawi hamzah.docx

(di-, ke-, se-) dengan kata dasar yang berawalkan huruf alif. Huruf

hamzah bukanlah lambang kepada fonem seperti yang berlaku kepada

hamzah qat’i dalam bahasa Arab. Selain fungsinya sebagai pemisah, ia juga

bertujuan untuk mengelak kekeliruan menyebutnya. Tanpa hamzah, kata itu

boleh dibaca sebagai ‘dangkat’. – Doktor Jawi

KERJA & BIASA HUKUM BERBEZAPublished April 7, 2011 Keliru Jawi , Uncategorized Leave a Comment 

BUKAN Bintu Muhammad sahaja yang keliru mengeja kata ‘kerja’ dengan kata

‘biasa. Saya menerima banyak panggilan daripada anak murid.

Sebenarnya kata ker(ja) dan kata bia(sa) ialah dua kata yang berbeza. Kedua-

duanya dieja dengan huruf yang sama iaitu menggunakan huruf alif dihujung.

Sifirnya seperti yang berikut:

ker (KVK = suku kata tertutup) + ja (KV suku kata terbuka) =k(kaf) e(tidak

dilambangkan) r (ra) j(jim) a(alif)

bia (KVV = suku kata terbuka) + sa (KV suku kata

terbuka) = b(ba)i(ya) a (alif) s(sin) a(alif)

Tiada hukum khusus yang berlaku bagi mengeja kata kerja. Walau

bagaimanapun kata biasa mengandungi dua hukum iaitu hukum ‘betapa

ganasnya cik jam’ dan …a/…a. Oleh yang demikian itu kata biasa ada alif.

Fahami kaedah, jangan keliru! - Doktor Jawi

 search go