jawi adalah merupakan satu bidang dalam mata pelajaran pendidikan islam yang wajib dipelajari oleh...

16
Jawi adalah merupakan satu bidang dalam mata pelajaran Pendidikan Islam yang wajib dipelajari oleh setiap murid muslim di peringkat rendah . Namun adalah menjadi masalah kepada murid dalam menguasai kemahiran penulisan dan pembacaan Jawi. Murid lemah dan keliru dalam mengesan huruf-huruf yang bersambung dalam membentuk perkataan. Oleh yang demikian, satu kajian telah dijalankan untuk mengatasi masalah tersebut . Saya telah jalankan kajian ini kepada kumpulan sasaran saya, iaitu murid tahun 2 Perdana dari SK Kota Aur, Sik, Kedah seramai 24 orang. Majoriti kumpulan ini adalah lemah dalam Jawi dan Al-Quran. Namun, merekalah pemberi semangat kepada saya untuk berinovatif. Guru telah memfokuskan kajian kepada huruf-huruf Jawi tidak bersambung selepasnya., Berfokuskan kepada masalah tersebut guru telah membentuk satu formula iaitu “ DAVA RAWAT A2Z : DAL-VA- RA’-WAU-TA MARBUTAH -ALIF-ZAL-ZAI( 2 Z). Guru telah menjelaskan kepada murid bahawa, apabila hendak menyambung sesuatu huruf, ingatlah DAVA RAWAT A2Z . Berdasarkan kepada formula tersebut, guru telah menjalankan tiga aktiviti untuk membolehkan murid mengingat formula dan dapat mengatasi masalah penguasaan Jawi, iaitu : 1. Murid menyebut huruf - huruf yang ditunjukkan oleh guru berulangkali secara individu,kumpulan dan kelas berulang kali. 2. Murid menghafal formula secara berintonasi , samaada intonasi ayat Tanya atau intonasi ayat penyata.Mereka akan menyebut kepada guru setelah diminta berbuat demikian. 3. Penilaian / Ujian bertulis . Penilaian dilakukan untuk menguji samaada mereka dapat menyambung huruf atau sebaliknya dengan diberi sepuluh soalan berbentuk subjektif yang pernah dijawab ketika ujian pra.. Hasil dari tiga aktiviti yang dijalankan, didapati ramai murid dapat menguasai kemahiran Jawi. Mereka dapat menulis dan membaca Jawi

Upload: asyussof

Post on 06-Sep-2015

23 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Jawi

TRANSCRIPT

Jawi adalah merupakan satu bidang dalam mata pelajaran Pendidikan Islam yang wajib dipelajari oleh setiap murid muslim di peringkat rendah . Namun adalah menjadi masalah kepada murid dalam menguasai kemahiran penulisan dan pembacaan Jawi. Murid lemah dan keliru dalam mengesan huruf-huruf yang bersambung dalam membentuk perkataan. Oleh yang demikian, satu kajian telah dijalankan untuk mengatasi masalah tersebut .Saya telah jalankan kajian ini kepada kumpulan sasaran saya, iaitu murid tahun 2 Perdana dari SK Kota Aur, Sik, Kedah seramai 24 orang. Majoriti kumpulan ini adalah lemah dalam Jawi dan Al-Quran. Namun, merekalah pemberi semangat kepada saya untuk berinovatif.

Guru telah memfokuskan kajian kepada huruf-huruf Jawi tidak bersambung selepasnya., Berfokuskan kepada masalah tersebut guru telah membentuk satu formula iaitu DAVA RAWAT A2Z : DAL-VA-RA-WAU-TA MARBUTAH -ALIF-ZAL-ZAI( 2 Z).Guru telah menjelaskan kepada murid bahawa, apabila hendak menyambung sesuatu huruf, ingatlahDAVA RAWAT A2Z.

Berdasarkan kepada formula tersebut, guru telah menjalankan tiga aktiviti untuk membolehkan murid mengingat formula dan dapat mengatasi masalah penguasaan Jawi, iaitu :1.Murid menyebut huruf - huruf yang ditunjukkan oleh guru berulangkali secara individu,kumpulan dan kelas berulang kali.2.Murid menghafal formula secara berintonasi , samaada intonasi ayat Tanya atau intonasi ayat penyata.Mereka akan menyebut kepada guru setelah diminta berbuat demikian.3.Penilaian / Ujian bertulis . Penilaian dilakukan untuk menguji samaada mereka dapat menyambung huruf atau sebaliknya dengan diberi sepuluh soalan berbentuk subjektif yang pernah dijawab ketika ujian pra..

Hasil dari tiga aktiviti yang dijalankan, didapati ramai murid dapat menguasai kemahiran Jawi. Mereka dapat menulis dan membaca Jawi dengan agak baik.Perbandingan keputusan sebelum dan selepas aktiviti dijalankan amat memberansangkan.Seramai 23/ 24 orang murid mempunyai peningkatan selepas ujian Pasca dijalankan.

Walaupun pelbagai cabaran telah dihadapi oleh guru untuk membolehkan murid mengingatDAVA RAWAT A2Ztetapi saya berasa cukup berpuas hati kerana tindakan inovatif yang telah diambil oleh guru telah Berjaya dengan peningkatan pencapaian murid.Hanya seorang murid sahaja , iaitu murid KIA yang mampu menyebut dengan bantuan guru.

1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALUPelajaran Pendidikan Islam adalah merupakan salah satu matapelajaran yang wajib dipelajari oleh setiap murid Muslim di peringkat sekolah rendah.Manakala Pelajaran Jawi adalah salah satu bidang dalam Pendidikan Islam,malah buku teks juga ditulis dengan tulisan jawi. Menyedari hakikat ini, semestinya setiap murid perlu menguasai pelajaran Jawi , iaitu mereka dapat membaca dan menulis Jawi dengan baik.Dalam menguasai pembacaan Jawi, murid-murid mempunyai masalah untuk mengenal huruf apabila bersambung, manakala dalam penulisan Jawi pula mereka bermasalah untuk menyambung huruf-huruf dalam membentuk perkataan , Masalah ini mungkin wujud walaupun mereka mahir dalam mengenal huruf tunggal Jawi mahupun huruf-huruf Hijaiyyah ( al-Quran ). Keadaan ini akan menyebabkan mereka sukar untuk menjalankan aktiviti pembelajaran dan mengikuti pengajaran di dalam bilik darjah serta bermasalah untuk menduduki peperiksaan dan ujian secara bertulis.Masalah kurangnya penguasaan jawi di kalangan murid adalah berpunca dari kurangnya penekanan dan kesedaran daripada pihak penjaga . Ibubapa dan penjaga kurang menghiraukan anak-anak sekiranya mereka gagal dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan Jawi.Keadaan ini menyebabkan murid kurang memberi penekanan kepada Jawi.Selain itu, sikap murid sendiri yang kurang berminat dengan matapelajaran Jawi dan Pendidikan Islam. Keadaan ini berlaku kerana mereka menganggap bahawa pelajaran berkenaan tidak dinilai dalam peperiksaan peperiksaan dan mereka mengambil sikap sambil lewa dalam mengikuti pelajaran tersebut.Justeru, saya telah mencuba mencari jalan penyelesaian demi memantapkan penguasaan jawi di kalangan mereka, sekaligus menjadikan mereka murid yang pintar dan cekap Jawi.

2. FOKUS KAJIAN/ISU KEPRIHATINANKajian ini adalah menjurus kepada kaedah menyambung huruf-huruf jawi dan al-Quran di kalangan murid.Ini disebabkan murid-murid saya adalah terdiri daripada murid-murid tahun dua yang kebanyakannya tidak dapat menyambung huruf-huruf dengan betul.Melalui kajian yang dijalankan ini telah dapat menambahkan kemahiran serta kefahaman murid tentang cara memindahkan maklumat yang betul . Aktiviti yang dijalankan dapat menambahkan pencapaian kumpulan sasaran dalam ujian bulanan, peperiksaan penggal dan peperiksaan akhir tahun.

3. OBJEKTIF KAJIANObjektif Umum:i.Dapat meningkatkan penguasaan Jawi di kalangan murid sebaiknya.ii.Dapat menambahkan minat dan pencapaian murid dalam pelajaran Jawi.iii.Dapat memperbaiki kualiti pengajaran guru.

Objektif Khusus:i.Murid-murid dapat menyebut huruf-huruf yang boleh disambung selepasnya dengan baik.ii.Murid-murid dapat menyenaraikan huruf-huruf yang boleh disambung selepasnya dengan baik.iii.Murid-murid dapat menyambung huruf-huruf Jawi menjadi perkataan dengan betul.iv.Dapat membantu guru mengenalpasti masalah pembelajaran murid.v.Dapat membantu guru mengatasi masalah pembelajaran murid.

4. KUMPULAN SASARANKumpulan sasaran adalah terdiri daripada murid-murid Tahun Dua Perdana. Jumlah murid ialah seramai 24 orang sahaja. Mereka terdiri daripada 12 orang lelaki dan 12 orang perempuan.Walaupun bilangan murid agak kecil, namun julat pencapaian murid sangat ketara. Kesemua mereka terpilih untuk menjadi responden bagi membantu guru memperbaiki strategi pengajaran dan membantu murid menguasai kemahiran jawi sepenuhnya. Terdapat seorang murid KIA dalam kumpulan sasaran ini. Jadual 1 menunjukkan jumlah responden yang terlibat.

Graf 1

Responden yang terlibat mengikut jantina dan kumpulan muridKumpulan murid mengikut jantinaJantinaLemahSederhanaCemerlangJumlah

Lelaki3 orang6 orang3 orang12 orang

Perempuan1 orang7 orang4 orang12 orang

5. PELAKSANAAN KAJIAN

5.1Tinjauan MasalahMasalah murid dapat dikenalpasti melalui beberapa kaedah:a)Soal jawab di dalam bilik darjah telah banyak membantu guru dalam mengesan murid lemah dalam penguasaan jawi.b)Pemerhatian dari buku latihan dan buku aktiviti murid telah menampakkan mereka lemah Jawi.c)Pertandingan membaca teks dan petikan Jawi di dalam bilik darjah. Kegagalan murid membaca dengan lancar juga telah menguatkan lagi bukti lemahnya murid dengan Jawi.d)Analisa Ujian PKBS 1 menunjukkan Tulisan Jawi menjadi punca murid mendapat markah rendah dalam Pendidikan Islam.

5.2 Analisis Tinjauan MasalahJadual menunjukkan pencapaian murid sebelum dan selepas formulaDAVA RAWAT A2Z diperkenalkanBILNAMAMARKAH SEBELUMMARKAH SELEPAS

1M.RIEZMAN HAFIZ57

2M.IRFAN48

3M.EKHMAL710

4M.TARMIZI78

5M.QAYYUM16

6M.FAHIM AZIM47

7M.NUR NAJMI24

8M.FAIZ1010

9M.AIMAN HAQEM14

10M.AMSYAR HASIF19

11M.AMIR03

12M.NAJMI37

13YASMIN BAITI1010

14ZULAIKHA510

15SITI AISYAH49

16NUR AISYAH SYAZWANI79

17NUR SYARAFINA910

18NUR DINI ZULAIKHA25

19SITI MARIAM910

20ATHIRAH1010

21NURUL ANIS ADILLA03

22SITI NUR SYAZIRA810

23NUR NAJWA AFIQAH710

*24NURUL FASEHAH00

Murid KIA

Graf 2

Carta menunjukkan pencapaian murid sebelum dan selepas formula DAVA RAWAT A2Z diperkenalkan5.3 Tindakan yang dijalankanAktiviti 1:Menyebut Huruf : DAL VA RA WAU TA ALIF ZAL ZAI -Kad Huruf

Guru telah menunjukkan kad huruf setiap huruf-huruf yang tidak bersambung .Guru telah menyuruh murid menyebut huruf dengan mengikut sebutan guru mengikut kumpulan jantina setiap kumpulan berulang kali. Guru juga telah meminta beberapa orang murid mengetuai murid -murid yang lain untuk menyebut huruf demi huruf yang ditunjukkan secara bergilir.Di samping itu, beberapa orang murid telah dipilih untuk mempamerkan kad huruf ,manakala murid-murid yang lain akan menyebut huruf-huruf yang dipamerkan berulang kali.Guru juga menerangkan bahawa huruf-huruf yang disebutkan itu adalah merupakan huruf yang tidak boleh disambung selepasnya.

Guru menunjukkan kad huruf untuk disebut oleh murid

Murid-murid menyebut huruf-huruf secara bergilir

Pemerhatian Aktiviti 1:Murid-murid memberi respon yang sangat baik untuk menjadi ketua semasa menyebut huruf-huruf. Mereka aktif mengangkat tangan untuk mengambil bahagian sebagai ketua dalam menyebut huruf yang dipamerkan.Manakala murid lain turut menyebut huruf-huruf yang disebut oleh ketua dengan baik.

Refleksi Aktiviti 1:Semua murid dapat menyebut huruf-huruf yang ditunjukkan dengan baik.Guru dapati kaedah ini amat menyeronokkan murid dan berkesan.

Aktiviti 2: Menghafal Formula : DAVA RAWAT A2Z

Guru telah menyebutDAVA RAWAT A2Z secara berintonasi, seolah-olah membaca satu ayat. Guru juga menerangkan maksud dan pengertian DAVA RAWAT A2Z ,iaitu Da mewakili huruf dal, masing-masing huruf Va, Ra,Wau,Ta marbutah, Alif dan dua( two ) Z membawa maksud Zal dan Zai.Guru telah meminta setiap murid menghafal formula secara berintonasi.Setelah murid bersedia ,mereka diuji untuk menyebut formula seorang demi seorang.

Pemerhatian Aktiviti 2:

Murid-murid bersungguh-sungguh menghafalDAVA RAWAT A2Z secara berintonasi. Beberapa orang murid berdialog dengan rakan menggunakan formula ini dengan pelbagai intonasi,iaitu intonasi ayat tanya dan ayat penyata.Mereka begitu teruja dengan aktiviti ini.Keadaan agak riuh. Dengan mudah mereka telah dapat mengingat formula ini.Refleksi Aktiviti 2:

Seramai 23 orang murid dapat menghafal DAVA RAWAT A2Z dengan baik dalam masa 2 minit sahaja,manakala seorang murid yang terdiri dari murid KIA telah mencuba sedaya upaya untuk menyebut formula, namun ia perlu dibantu oleh guru untuk menyebut DAVA RAWAT A2Z .

Guru sedang membimbing seorang murid KIA untuk menyebutDAVA RAWAT A2Z

Aktiviti 3: Penilaian / Ujian bertulis

Guru telah mengedarkan soalan bertulis yang mengandungi sepuluh soalan subjektif kepada 24 orang murid responden. Mereka dikehendaki menyambung huruf-huruf tunggal supaya menjadi perkataan yang ditulis dengan betul. Soalan bertulis itu pernah dijawab oleh mereka sebelum diperkenalkan formula.

Rujuk lampiran 1.

Guru sedang mengedarkan lembaran latihan untuk dijawab oleh murid

Murid-murid sedang tekun menjawab latihan yang diberiPemerhatian Aktiviti 3:

Beberapa orang murid tersenyum melihat kertas soalan yang diberi kerana soalan itu pernah dijawab oleh mereka. Namun pada murid yang sederhana dan lemah, mereka tidak menyedari bahawa soalan tersebut pernah dijawab oleh mereka. Pada keseluruhannya murid sangat tekun menjawab soalan-soalan yang diberi.Terdapat juga murid yang cuba untuk bertanya dan berbincang sesama mereka tentang soalan yang diberi.

Refleksi Aktiviti 3:

Keseluruhan murid mempunyai kemajuan .Murid berasa bangga dengan penguasaan yang diperolehi.Seramai 23 daripada 24 orang murid telah menunjukkan perubahan berbanding sebelum didedahkan DAVA RAWAT A2Z.

Graf 3 menunjukkan murid yang mempunyai peningkatan dan tiada peningkatan

5.4PenilaianBerdasarkan maklumat ujian pra dan ujian pasca, didapati kajian tindakan yang dijalankan ini telah memberikan impak yang agak baik dalam membantu murid-murid meningkatkan penguasaan penulisan dan pembacaan jawi. Hasil dapatan daripada kajian tindakan ini telah menunjukkan peningkatan murid-murid dalam ujian PKBS 2.Berikut adalah pencapaian dalam ujian sebelum dan selepas pendedahan.BILNAMAMARKAH SEBELUMMARKAH SELEPAS

1M.RIEZMAN HAFIZ6284

2M.IRFAN4458

3M.EKHMAL4859

4M.TARMIZI4870

5M.QAYYUM4450

6M.FAHIM AZIM7890

7M.NUR NAJMI2226

8M.FAIZ9298

9M.AIMAN HAQEM5661

10M.AMSYAR HASIF5662

11M.AMIR7680

12M.NAJMI8594

13YASMIN BAITI8792

14ZULAIKHA8082

15SITI AISYAH7884

16NUR AISYAH SYAZWANI5480

17NUR SYARAFINA8598

18NUR DINI ZULAIKHA6063

19SITI MARIAM5278

20ATHIRAH8488

21NURUL ANIS ADILLA4656

22SITI NUR SYAZIRA8492

23NUR NAJWA AFIQAH8088

*24NURUL FASEHAH1420

Murid KIA

5.5Refleksi KajianHasil daripada kajian yang telah dijalankan , guru mendapati bahawa formula DAVA RAWAT A2Z telah berjaya membantu meningkatkan keupayaan murid dalam kemahiran membaca dan menulis Jawi . Saya berasa puas hati apabila usaha yang saya jalankan membuahkan hasil 100% terhadap sasaran saya. Murid juga telah cekap membaca dan menulis jawi ketika pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.6. Cadangan untuk kajian seterusnya

Berdasarkan pencapaian murid setelah diperkenalkan formula DAVA RAWAT A2Z kepada responden begitu memberangsangkan, saya telah berbincang dengan guru-guru Pendidikan Agama Islam di sekolah saya untuk mengkaji pula bagaimana cara yang sesuai untuk menjadikan murid lancar membaca Jawi. Kami akan merancang apakah pendekatan yang harus kami lakukan untuk mencapai matlamat tersebut.

7. Rujukan

Zarina Binti Mahyuddin,Rasimah Binti Idrus,(2005).Pelajaran Jawi Tahun 2,DBP,Kuala Lumpur.

Matlob,(2003),Modul Cekap Jawi :Pandai Jawi Pandai Khat,Penerbitan Matlob,Kuala Lumpur.

Buku Tinta Dikara Masalah Pengajaran dan Pembelajaran oleh Jabatan Pelajaran Kedah dan Majlis Guru Cemerlang Kedah,Kedah.