jawapan_rayuan

Upload: belray

Post on 02-Nov-2015

13 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

surat rayuan

TRANSCRIPT

  • TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA(PENGURUSAN)KEMENTERIAN PELATARANARAS 6, BLOK E8, KOMPLEKS EPUSAT PENTADBIRAN KERAIAAN PERSEKUTUAN62604 PUTRAIAYA

    Telefon : +603-8884 6L52Faks : +603-8889 5O4OLaman-Web = httptlvwtw.moe.gov.my

    Ruj. KamiTarikh

    : KP(SULTT)NP.0063/57l20 ( t\ ):|f Februari 2009

    Tuan Haji Mohamed Sabri Bin Mohd ArsadPresidenKesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia BaratNo. 720, Tingkat 3Jalan Sentul , 51000KUALA LUMPUR

    Tuan,

    RAYUAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT GRED DG41 KE GRED DG44

    Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah merujukkepada surat tuan bil. KGMMB:|P:01/031032(01) bertarikh 30 Januari 2009mengenai perkara tersebut di atas.

    2. Merujuk kepada perkara yang tuan bangkitkan di para 2 surat tuan itu,sukacita dinyatakan bahawa Y. Bhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara (KSN)dalam pertemuan beliau dengan Kesatuan / Persatuan Guru pada 8 Mei 2008telah bersetuju pada dasarnya untuk mengambilkira setiap 3 tahun pengalamandi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA29,DGA32, DGA34 dan DGA38 sebagai 1 tahun pengalaman di Gred DG41dengan had maksimum pengalaman 9 tahun di PPPLD bersamaan 3 tahunberkhidmat di Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) GredDG41 bagi memenuhi syarat asas kenaikan pangkat PPPS Gred DG41 keGred DG44 secara Khas Untuk Penyandang (KUP). Namun begitu, Y.A.BPerdana Menteri telahpun membuat pengumuman bahawa tarikh kuatkuasaperkara ini ialah pada 16 Mei 2008. Selaras dengan keputusan ini, KementerianPelajaran Malaysia (KPM) mengeluarkan surat siaran urusan kenaikan pangkatTime-based Khas Untuk Penyandang (KUP) dari Gred DG41 ke Gred DG44Ex-PPPLD pada 26 Ogos 2008 melalui surat bil KP. SULIT (NP)0063/57lJld.40(10). Surat siaran tersebut membuka peluang permohonankepada semua PPPS Gred DG41 Ex-PPPLD yang layak termasuk Guru Besar(KUP) Gred DG41 Ex-PPPLD atau PPPS Gred DG41 Ex-PPPLD yang sedangberkhidmat di Bahagian - bahagian di KPM / Jabatan Pelajaran Negeri /Pejabat Pelajaran Daerah. Justeru itu, dakwaan tuan bahawa surat siarantersebut hanya menguntungkan sebahagian guru DG41 Ex-PPPLD adalahtidak benar dan tidak berasas sama sekali.

  • . . t32-

    3. Merujuk kepada perkara yang tuan bangkitkan di para 3 surat tuan itu,pihak tuan telah meminta supaya keputusan dasar yang dibuat oleh Y. Bhg.KSN pada 8 Mei 2008 itu dipanjangkan juga kepada PPPS Gred DG41 Ex-PPPLD yang pernah menyandang jawatan Guru Besar tetapi pada masa inisedang berkhidmat di Bahagian - bahagian di KPM / Jabatan Pelajaran Negeri/ Pejabat Pelajaran Daerah. Dalam konteks ini, adalah dijelaskan bahawa KPMtidak boleh memenuhi permintaan tuan itu kerana catatan yang terkandung didalam minit mesyuarat perbincangan antara Y. Bhg Tan Sri KSN denganKesatuan / Persatuan Guru pada 25 Ogos 2008 tidak merekodkan keputusantersebut. Justeru itu, KPM tidak ada punca kuasa untuk melaksanakannya.

    4. Selain daripada itu, sukacita dijelaskan bahawa ada dua ( 2 ) laluankenaikan pangkat yang berbeza Gred DG41 Ex-PPPLD ke Gred DG44 (KUP)seperti berikut :

    4.1 Pertama - Urusan kenaikan pangkat Time-based KUP GredDG41 ke Gred DG44 bagi Ex-PPLD. Dalam konteks ini, calon -calon mestilah Ex-PPPLD yang telah dilantik ke PPPS GredDG41 dan telah berkhidmat di dalam Gred DG41 sekurang -kurangnya 7 tahun pada atau sebelum 16 Mei 2008 ; dan

    4.2 Kedua - Urusan pemangkuan Guru Besar Ex-PPPLD Gred DG41ke Gred DG44 (KUP). Dalam konteks ini, calon-calon mestilahberkhidmat sebagai Guru Besar di atas Gred DG41 sekurang -kurangnya 3 tahun dan masih lagi menjawat jawatan sebagaiGuru Besar. Syarat ini dengan jelas dan nyata menetapkanbahawa bekas Guru Besar yang sedang menjawat jawatan DG41di Bahagian -bahagian di KPM / JPN / PPD tidak tergolong dalamkategori ini kerana mereka tidak lagi menyandang jawatan GuruBesar.

    5. Sukacita bersama-sama ini disertakan salinan surat siaran bil KP. SULIT(NP)0063/57lJld. }l (10) bertarikh 26 Ogos seperti di Lampiran A dan suratsiaran bil KP. SULIT (NP)0063/57120 ( 2 ) bertarikh 30 Jun 2008 seperti diLampiran B untuk makluman dan rujukan tuan jua.

    6. Sehubungan dengan itu, besarlah harapan Kementerian ini agar tuandapat menjelaskan perkara di perenggan 2 sehingga 5 di atas kepada semuaahli persatuan tuan secepat mungkin. Dengan penerangan tersebut, adalahdiharapkan tidak wujud atau timbul lagi apa-apa salah tanggapan pihak - pihaktertentu diatas keikhlasan dan kesungguhan Kementerian melaksanakan tugasdan tanggungjawab yang diamanahkan dalam urusan pemangkuan dankenaikan pangkat profesyen perguruan sebagai suatu usaha murni untukmemartabatkan profesyen keguruan.

    . . . t3

  • 3-

    7. Di atas segala kerjasama yang tuan berikan di dalam hal ini adalahsangat-sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

    Sekian.

    ..BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

    Saya Yang Menurut Perintah,

    Sdan, hrrr^ct,ln,l VhfflMf,.I( DATUK HAJ| KAMARUZAMAN BIN HAJI MOHD NOOR )

    Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan)b.p. Ketua SetiausahaKementerian Pelajaran Malaysia

    s.k.

    Y.Bhg. Tan Sri Mohd Sidek bin Haji HassanKetua Setiausaha NegaraPejabat Ketua Setiausaha NegaraJabatan Perdana MenteriBangunan Perdana PutraPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62502 PUTRAJAYA

    Y.Bhg. Tan Sri lsmail bin AdamKetua Pengarah Perkhidmatan AwamJabatan Perkhidmatan Awam MalaysiaAras 13, Blok Cl, Kompleks CPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62510 PUTRAJAYA

    Y. Bhg. Tan Sri Dr. Zulkurnain bin HajiAwangKetua SetiausahaKementerian Pelajaran Malaysia

  • Y. Bhg. Dato'Haji Alimuddin bin Haji Mohd. DomKetua Pengarah Pelajaran MalaysiaKementerian Pelajaran Malaysia

    Encik Khalid bin Abu BakarSetiausaha BahagianBahagian Pengurusan Sumber ManusiaKementerian Pelajaran Malaysia