jawapan soalan 1

1
DYG SADIAH BT AWG RASIT PPGPJ1212 PJM3142 Pendidikan Jasmani Suaian untuk pelajar keperluan khas yang dirancang dengan baik dan bersesuaian akan dapat memenuhi Falsafah Pendidikan Khas. Namun begitu, terdapat beberapa masalah yang dihadapi dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian. Masalah yang pertama yang dihadapi adalah masalah bahasa dan komunikasi. Guru akan menghadapi masalah dalam penggunaan bahasa yang bersesuaian dan mudah difahami oleh murid. Sekiranya penggunaan bahasa yang terlalu sukar difahami oleh murid, ia akan menjejaskan komunikasi di antara guru dengan murid. Masalah ini akan menyebabkan objektif pengajaran dan pembelajaran seseorang guru tidak akan tercapai seperti yang dirancang. Ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran akan mengambil masa yang lama agar objektif akan dicapai sepenuhnya. Cadangan penyelesaian bagi masalah bahasa dan komunikasi ialah guru mestilah mahir dalam penggunaan bahasa isyarat dan menghadiri kursus atau latihan yang akan meningkatkan tahap komunikasi dan bahasa mereka. Masalah yang kedua ialah masalah kekurangan kemudahan asas dan prasarana di sekolah. Kemudahan asas seperti tandas yang khas, tangga yang sesuai dan laluan jalan bagi murid yang menghadapi masalah penglihatan. Penyediaan prasarana yang tidak mencukupi terutama bahan bantu mengajar untuk guru bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran. Cadangan penyelesaian ialah pihak sekolah mesti menyediakan kemudahan asas dan prasarana yang mencukupi dengan memohon dari kementerian pendidikan, NGO dan agensi-agensi yang berkaitan. Masalah yang ketiga ialah kekurangan guru pendidikan khas. Masalah ini sering dihadapi oleh mana-mana sekolah. Ini kerana bidang pendidikan khas kurang mendapat sambutan dan bukan merupakan opsyen yang menjadi pilihan. Cadanga penyelesaian ialah pihak kementerian pendidikan mestilah mengambil inisiatif dengan pemberian elaun yang lebih kepada guru yang mengajar pendidikan khas dan ini juga akan menarik minat guru atau bakal guru yang lain.

Upload: sherry-hall

Post on 25-Dec-2015

227 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

oll

TRANSCRIPT

Page 1: Jawapan Soalan 1

DYG SADIAH BT AWG RASIT PPGPJ1212PJM3142

Pendidikan Jasmani Suaian untuk pelajar keperluan khas yang dirancang dengan baik dan bersesuaian akan dapat memenuhi Falsafah Pendidikan Khas. Namun begitu, terdapat beberapa masalah yang dihadapi dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian.

Masalah yang pertama yang dihadapi adalah masalah bahasa dan komunikasi. Guru akan menghadapi masalah dalam penggunaan bahasa yang bersesuaian dan mudah difahami oleh murid. Sekiranya penggunaan bahasa yang terlalu sukar difahami oleh murid, ia akan menjejaskan komunikasi di antara guru dengan murid. Masalah ini akan menyebabkan objektif pengajaran dan pembelajaran seseorang guru tidak akan tercapai seperti yang dirancang. Ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran akan mengambil masa yang lama agar objektif akan dicapai sepenuhnya. Cadangan penyelesaian bagi masalah bahasa dan komunikasi ialah guru mestilah mahir dalam penggunaan bahasa isyarat dan menghadiri kursus atau latihan yang akan meningkatkan tahap komunikasi dan bahasa mereka.

Masalah yang kedua ialah masalah kekurangan kemudahan asas dan prasarana di sekolah. Kemudahan asas seperti tandas yang khas, tangga yang sesuai dan laluan jalan bagi murid yang menghadapi masalah penglihatan. Penyediaan prasarana yang tidak mencukupi terutama bahan bantu mengajar untuk guru bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran. Cadangan penyelesaian ialah pihak sekolah mesti menyediakan kemudahan asas dan prasarana yang mencukupi dengan memohon dari kementerian pendidikan, NGO dan agensi-agensi yang berkaitan.

Masalah yang ketiga ialah kekurangan guru pendidikan khas. Masalah ini sering dihadapi oleh mana-mana sekolah. Ini kerana bidang pendidikan khas kurang mendapat sambutan dan bukan merupakan opsyen yang menjadi pilihan. Cadanga penyelesaian ialah pihak kementerian pendidikan mestilah mengambil inisiatif dengan pemberian elaun yang lebih kepada guru yang mengajar pendidikan khas dan ini juga akan menarik minat guru atau bakal guru yang lain.