jawapan...2 adab berdoa ialah: • memulakan dan mengakhiri doa dengan memuji nama allah swt dan...

23
Revisi Cepat PT3 Pendidikan Islam KSSM Tingkatan 1,2 & 3 Maha Suci Allah SWT 3 Pelajaran Semak Cepat 1 Sifat-sifat Allah SWT dalam ayat Kursi: Maha berkuasa ke atas sesuatu Pengetahuan Allah SWT amat luas 2 Bukti kekuasaan Allah SWT: Wujudnya alam yang luas ini tanpa memerlukan bantuan serta kecanggihan teknologi daripada sesiapa. 3 Cadangan Jawapan KBAT Orang yang beriman akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati (Isi) kerana yakin Allah SWT akan memberi hidayah kepada sesiapa sahaja yang dihendaki-Nya selagi mana hamba-Nya berusaha dan sentiasa beribadah kepada-Nya (H). Kesannya, mereka akan sentiasa diberi petunjuk ke arah keimanan dan keilmuwan (HL). Kesimpulannya, kita jangan berputus asa dalam mencari hidayah Allah SWT kerana Allah SWT sahaja berkuasa memberikan hidayah kepada manusia (K). Allah SWT Penguasa Mutlak 4 Pelajaran Semak Cepat 1 Inti sari ayat 285-286 surah al-Baqarah: Semua utusan Allah SWT memiliki akidah mentauhidkan Allah SWT. Segala perbuatan manusia akan dihitung oleh Allah SWT. 2 Sebab nuzul (turun) ayat 285 dan 286 surah al-Baqarah: TINGKATAN 1 Mukmin yang Bertakwa 1 Pelajaran Semak Cepat 1 Inti sari ayat: Umat Islam hendaklah berpegang teguh dengan ajaran al-Quran. Mengawal diri daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT. 2 Takwa ialah mengawal diri daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT dan melakukan perkara yang diperintahkan oleh-Nya. 3 Ciri Mukmin bertakwa ialah: Mendirikan solat Mengimani perkara ghaib Mengimani kewujudan hari akhirat Memohon Kebahagiaan Hakiki 2 Pelajaran Semak Cepat 1 Doa ialah: Memohon kepada Allah SWT akan sesuatu perkara yang diharuskan oleh syarak. 2 Adab berdoa ialah: Memulakan dan mengakhiri doa dengan memuji nama Allah SWT dan selawat ke atas Rasulullah SAW. 3 Contoh doa memohon kebaikan di akhirat: Memohon keampunan dan keredaan Allah SWT. Memohon ditempatkan di dalam syurga. Jawapan 1

Upload: others

Post on 01-Sep-2020

50 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jawapan...2 Adab berdoa ialah: • Memulakan dan mengakhiri doa dengan memuji nama Allah SWT dan selawat ke atas Rasulullah SAW. 3 Contoh doa memohon kebaikan di akhirat: • Memohon

Revisi Cepat PT3 Pendidikan Islam KSSM Tingkatan 1,2 & 3

Maha Suci Allah SWT3Pelajaran

Semak Cepat

1 Sifat-sifat Allah SWT dalam ayat Kursi: • Maha berkuasa ke atas sesuatu • Pengetahuan Allah SWT amat luas 2 Bukti kekuasaan Allah SWT:

• Wujudnya alam yang luas ini tanpa memerlukan bantuan serta kecanggihan teknologi daripada sesiapa.

3 Cadangan Jawapan KBAT Orang yang beriman akan berusaha

bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati (Isi) kerana yakin Allah SWT akan memberi hidayah kepada sesiapa sahaja yang dihendaki-Nya selagi mana hamba-Nya berusaha dan sentiasa beribadah kepada-Nya (H). Kesannya, mereka akan sentiasa diberi petunjuk ke arah keimanan dan keilmuwan (HL). Kesimpulannya, kita jangan berputus asa dalam mencari hidayah Allah SWT kerana Allah SWT sahaja berkuasa memberikan hidayah kepada manusia (K).

Allah SWT Penguasa Mutlak4Pelajaran

Semak Cepat

1 Inti sari ayat 285-286 surah al-Baqarah: • Semua utusan Allah SWT memiliki

akidah mentauhidkan Allah SWT. • Segala perbuatan manusia akan

dihitung oleh Allah SWT. 2 Sebab nuzul (turun) ayat 285 dan 286

surah al-Baqarah:

TINGKATAN 1

Mukmin yang Bertakwa1Pelajaran

Semak Cepat

1 Inti sari ayat:• Umat Islam hendaklah berpegang

teguh dengan ajaran al-Quran.• Mengawal diri daripada

melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT.

2 Takwa ialah mengawal diri daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT dan melakukan perkara yang diperintahkan oleh-Nya.

3 Ciri Mukmin bertakwa ialah:• Mendirikan solat• Mengimani perkara ghaib• Mengimani kewujudan hari

akhirat

Memohon Kebahagiaan Hakiki2

Pelajaran

Semak Cepat

1 Doa ialah:• Memohon kepada Allah SWT akan

sesuatu perkara yang diharuskan oleh syarak.

2 Adab berdoa ialah: • Memulakan dan mengakhiri doa

dengan memuji nama Allah SWT dan selawat ke atas Rasulullah SAW.

3 Contoh doa memohon kebaikan di akhirat:

• Memohon keampunan dan keredaan Allah SWT.

• Memohon ditempatkan di dalam syurga.

Jawapan

1

Jawapan.indd 1 08/10/2019 10:21:34

Page 2: Jawapan...2 Adab berdoa ialah: • Memulakan dan mengakhiri doa dengan memuji nama Allah SWT dan selawat ke atas Rasulullah SAW. 3 Contoh doa memohon kebaikan di akhirat: • Memohon

• Para sahabat merasa bebanan yang berat apabila diturunkan ayat 284 surah al-Baqarah kerana Allah SWT menilai segala amalan manusia lalu mereka mengadu kepada Rasulullah SAW. Maka, turunlah ayat 285 dan 286 surah al-Baqarah.

3 Pengajaran ayat: • Kita hendaklah meyakini Allah

SWT maha berkuasa atas segalanya.

• Kita hendaklah memelihara setiap amalan yang dilakukan kerana ia mendapat perhitungan daripada Allah SWT

Indahnya Tajwid5Pelajaran

Semak Cepat

1 Tujuan belajar tajwid: • Memperbetulkan bacaan al-Quran. 2 Maksud makhraj huruf: • Tempat keluar huruf hijaiyah yang

membezakan antara satu huruf dengan huruf yang lain.

3 Ungkapan izti’azah:جمي • يطان الر بالهل من الش أعوذ

Segala Puji bagi Allah SWT6Pelajaran

Semak Cepat

1 Maksud potongan kalimah: • Segala pujian 2 Kepentingan lafaz Basmalah: • Melatih diri melakukan sesuatu

perkara ikhlas kerana Allah SWT. 3 Perbandingan: • Golongan yang mendapat hidayah

sentiasa mentaati perintah dan menjauhi larangan Allah SWT.

• Golongan yang tidak mendapat hidayah tidak melaksanakan perintah dan melakukan perkara yang dilarang oleh-Nya.

Iblis dan Syaitan yang Durjana7

Pelajaran

Semak Cepat

1 Perbandingan ketaatan malaikat dan penderhakaan iblis:

• Malaikat sentiasa mentaati segala perintah Allah SWT, manakala iblis sentiasa menderhakai perintah Allah SWT.

• Malaikat tidak pernah berbangga meskipun dicipta daripada cahaya, manakala iblis sangat berbangga dengan asal kejadiannya daripada api.

2 Cara syaitan menyesatkan manusia:• Menimbulkan rasa was-was dalam

diri manusia.• Menghasut manusia supaya

meninggalkan perintah Allah SWT.

3 Cadangan Jawapan KBAT Disebabkan lemah pegangan iman (Isi)

sehingga tidak dapat membezakan kebenaran dengan keburukan (H). Hal yang demikian kerana iman merupakan benteng utama dalam diri daripada melakukan perkara yang tidak baik (HL). Kesimpulannya, kita hendaklah mantapkan iman dengan ilmu agar berjaya di dunia dan akhirat (K).

Sabar Menghadapi Dugaan Kehidupan8

Pelajaran

Semak Cepat

1 Cara Allah SWT menguji hamba-Nya: Mengurniakan kesihatan dan kesakitan, kemewahan dan kemiskinan, hidayah dan kesesatan dan pensyariatan halal dan haram.

2 Antara amalan yang perlu dilazimi ketika ditimpa musibah:

• Meyakini bahawa musibah yang menimpa merupakan ketentuan dari-Nya.

• Bersangka baik dengan Allah SWT bahawa setiap ujian yang berlaku

2

Jawapan.indd 2 08/10/2019 10:21:34

© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2020

Page 3: Jawapan...2 Adab berdoa ialah: • Memulakan dan mengakhiri doa dengan memuji nama Allah SWT dan selawat ke atas Rasulullah SAW. 3 Contoh doa memohon kebaikan di akhirat: • Memohon

Revisi Cepat PT3 Pendidikan Islam KSSM Tingkatan 1,2 & 3

pasti ada hikmah di sebaliknya. 3 Hikmah di sebalik musibah bahawa

setiap ujian yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.• Menguji tahap keimanan manusia• Membezakan antara Mukmin dan

kafir

Makanan Halal lagi Baik9Pelajaran

Semak Cepat

1 Makanan halal ialah makanan yang dibenarkan syarak, manakala makanan haram ialah makanan yang dilarang oleh syarak.

2 Cadangan Jawapan KBAT Makanan haram boleh memudaratkan

kesihatan (Isi) kerana ianya tidak baik untuk pertumbuhan fizikal dan mental (H). Hal yang demikian kerana cop halal yang disahkan oleh JAKIM tidak akan diberi kepada pengusaha yang mengabaikan proses makanan yang halal dan bersih (HL). Oleh itu, kita hendaklah sentiasa makan makanan yang halal dan segar untuk menjaga kesihatan badan (K).

3 Kebaikan mematuhi tuntutan ayat 168, surah al-Baqarah:

• Menjana kesihatan badan • Dapat melaksanakan tuntutan

Islam dengan baik

Hadis Sumber Hukum10Pelajaran

Semak Cepat

1 Pengertian:• Hadis: Sesuatu yang disandarkan

kepada Rasulullah SAW sama ada berbentuk percakapan, perbuatan, pengakuan atau persetujuan dan sifat

• Sanad: Rangkaian perawi yang menyampaikan sesuatu matan hadis

• Matan: Teks hadis yang terdapat

selepas berakhirnya sanad 2 Peranan hadis:

• Menguatkan hukum yang terdapat dalam al-Quran seperti kewajipan berpuasa

• Memperincikan kandungan al-Quran seperti cara melaksanakan solat

Semak Cepat

1 Pengertian: • Hadis qudsi: Makna daripada

Allah SWT manakala lafaz daripada Rasulullah SAW

• Hadis nabawi: Makna dan lafaz daripada Rasulullah SAW

2 Cadangan Jawapan KBAT Menyebabkan hilang daripada

mendapat keberkatan Allah SWT (Isi) kerana amalan asas dalam Islam tidak dapat dilaksanakan dengan betul (H). Akibatnya, amalan tersebut tidak mendapat penerimaan Allah SWT (HL). Kesimpulannya, berpeganglah dengan al-Quran dan hadis kerana kedua-duanya saling memerlukan (K).

Ikhlas dalam Kehidupan11Pelajaran

Semak Cepat

1 Pengertian ikhlas dari segi istilah:• Semua amalan zahir dan batin

yang dilakukan semata-mata mengharapkan keredaan Allah SWT tanpa menyekutukannya dengan yang lain.

2 Sifat yang berlawanan dengan sifat ikhlas:• Riak• Sum’ah• ‘ujub

3 Ciri-ciri orang yang ikhlas:• Istiqamah melakukan kebaikan• Tidak mengharapkan pujian

manusia• Sentiasa mengharapkan keredaan

Allah SWT• Tidak mengungkit kebaikan yang

telah dilakukan

3

Jawapan.indd 3 08/10/2019 10:21:35

Page 4: Jawapan...2 Adab berdoa ialah: • Memulakan dan mengakhiri doa dengan memuji nama Allah SWT dan selawat ke atas Rasulullah SAW. 3 Contoh doa memohon kebaikan di akhirat: • Memohon

Jihad dalam Islam12Pelajaran

Semak Cepat

1 Pengertian jihad dari segi istilah:• Menggunakan seluruh

kemampuan yang dimiliki untuk menegakkan agama Islam dan mempertahankannya.

2 Jenis jihad:• Jihad menentang hawa nafsu• Jihad menuntut ilmu• Jihad memajukan ekonomi• Jihad menentang golongan yang

melakukan maksiat3 Kelebihan berjihad di jalan Allah SWT:

• Diampunkan dosa oleh Allah SWT• Mendapat rahmat dan kasih

sayang Allah SWT• Mendapat ganjaran pahala berlipat

ganda

Islam Agama Fitrah13Pelajaran

Semak Cepat

1 Maksud Islam sebagai agama fitrah: • Merupakan naluri fitrah (semula

jadi) manusia untuk beragama dengan menyembah dan berdoa kepada Allah SWT iaitu tuhan yang satu serta berkuasa atas segala sesuatu.

2 Bukti Islam sebagai agama fitrah manusia:

Agama Islam sesuai diamalkan oleh semua bangsa, tanpa mengira tempat dan masa.

3 Ciri Islam sebagai agama fitrah:• Rabbaniyah: Agama yang

bersumberkan wahyu Allah SWT iaitu Al-Quran dan Hadis.

• Syumuliyah: Agama yang lengkap dan memenuhi segala keperluan hidup manusia.

Akidah Islam14Pelajaran

Semak Cepat

1 Pengertian akidah dari segi:• Bahasa: Ikatan atau simpulan• Istilah: Keyakinan dan keimanan

yang mantap terhadap rukun iman dan perkara-perkara ghaib.

2 Langkah untuk memelihara akidah yang benar adalah:• Berpegang dengan al-Quran dan

hadis serta berdoa kepada Allah SWT agar terlindung daripada berpegang dengan akidah yang salah.

3 Cadangan Jawapan KBAT Pelbagai kemungkaran akan berlaku

(Isi) kerana tiada iman yang menjadi benteng diri (H). Hal yang demikian kerana segala perbuatan yang dilakukan atas dorongan nafsu semata tanpa mementingkan reda Ilahi (HL). Kesimpulannya, peranan iman begitu penting dalam menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat (K).

Beriman kepada Allah SWT15Pelajaran

Semak Cepat

1 Maksud iman:• Bahasa : Membenarkan• Istilah : Membenarkan dengan

hati, mengaku dengan lisan dan beramal dengan anggota badan.

2 Dalil naqli kewajipan menyembah Allah SWT:

هۥ

ه غي ـ ن إل قوم ٱعبدوا ٱللـه ما لكم م ـ فقال ي(Surah al-A’raf: 59)

3 Perbandingan ciri orang beriman dan orang tidak beriman kepada Allah SWT:• Orang beriman akan

melaksanakan perintah Allah SWT dengan taat, manakala orang yang

4

Jawapan.indd 4 08/10/2019 10:21:35

© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2020

Page 5: Jawapan...2 Adab berdoa ialah: • Memulakan dan mengakhiri doa dengan memuji nama Allah SWT dan selawat ke atas Rasulullah SAW. 3 Contoh doa memohon kebaikan di akhirat: • Memohon

Revisi Cepat PT3 Pendidikan Islam KSSM Tingkatan 1,2 & 3

tidak beriman akan melakukan segala tegahan-Nya.

Al-Kholiq dan Al-Musowwir 16Pelajaran

Semak Cepat

1 Maksud al-Kholiq dan al-Musowwir:• Al-Kholiq: Allah SWT Maha

Mencipta makhluk daripada tiada kepada ada mengikut kehendak-Nya.

• Al-Musowwir: Allah SWT yang Maha Mencipta makhluk dengan pelbagai rupa dan identiti yang tersendiri tanpa berpandukan sebarang contoh sebelumnya.

2 Bukti Allah SWT al-Kholiq:• Kejadian manusia• Kejadian alam

3 Cadangan Jawapan KBAT Memanfaatkan ciptaan-Nya dengan

kebaikan (Isi) kerana ia menjamin kesejahteraan kehidupan makhluk (H). Contoh, tidak membuat perkara yang mengakibatkan pencemaran alam (HL). Kesimpulannya, berhati-hati dalam tindakan agar tidak memudaratkan ciptaan Allah SWT (K).

Konsep Ibadah dan Jenis Hukum 17

Pelajaran

Semak Cepat

1 Pengertian ibadah:• Bahasa : Tunduk dan patuh

kepada Allah SWT• Istilah : Semua perkataan dan

perbuatan zahir atau batin yang disukai dan diredai Allah SWT.

2 Perbandingan jenis ibadah:• Ibadah khusus: Ibadah yang telah

ditetapkan oleh syariat Islam dari segi cara, rukun dan syaratnya serta tidak boleh diubah.

• Ibadah umum: Ibadah yang meliputi segala aspek kehidupan

sama ada berkaitan dengan hubungan manusia atau dengan makhluk lain dan tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Bersuci Asas Kebersihan18Pelajaran

Semak Cepat

1 Pengertian toharoh dari segi bahasa:• Suci dan bersih

2 Alat bersuci:• Air• Tanah• Batu atau benda kesat• Bahan yang bersifat tajam

3 Kepentingan bersuci:• Memelihara kesihatan diri• Sentiasa bersedia dalam

melaksanakan ibadah

Suci daripada Najis19Pelajaran

Semak Cepat

1 Pengertian najis:• Bahasa: Semua benda kotor• Istilah: Benda kotor yang

menyebabkan solat tidak sah 2 Hukum bersuci:

• Wajib 3 Pembahagian jenis najis:

• Mukhaffah• Mutawassitoh• Mughallazoh

Istinjak Suatu Tuntutan20Pelajaran

Semak Cepat

1 Pengertian istinjak:• Bahasa: Selamat daripada penyakit• Istilah: Perbuatan menghilangkan

najis yang keluar daripada qubul atau dubur

5

Jawapan.indd 5 08/10/2019 10:21:35

Page 6: Jawapan...2 Adab berdoa ialah: • Memulakan dan mengakhiri doa dengan memuji nama Allah SWT dan selawat ke atas Rasulullah SAW. 3 Contoh doa memohon kebaikan di akhirat: • Memohon

2 Istinjak menjadi wajib kerana menjadi salah satu syarat penting dalam penerimaan ibadah oleh Allah SWT.

3 Bahan istinjak:• Air mutlak• Batu atau benda kesat seperti

tisu, kain, kertas, kulit kayu, daun kering

Wuduk dan Syarat Kesempurnaannya21

Pelajaran

Semak Cepat

1 Pengertian wuduk:• Istilah: Membasuh anggota

tertentu berserta niat 2 Hukum wuduk menunaikan ibadah

tawaf:• Wajib

3 Hikmah wuduk:• Membersihkan anggota badan dan

menjernihkan rohani• Mendapat keampunan daripada

Allah SWT.

Mandi Wajib Penyuci Diri22Pelajaran

Semak Cepat

1 Pengertian mandi wajib: • Bahasa: Mengalirkan air ke atas

sesuatu • Istilah: Mengalirkan air mutlak ke

atas badan dengan niat tertentu 2 Contoh diwajibkan mandi wajib bagi

perempuan: • Haid • Nifas • Wiladah3 Hikmah mandi wajib: • Mendapat ganjaran pahala oleh

Allah SWT • Membolehkan ibadah yang haram

dilaksanakan semasa berhadas besar dapat dilaksanakan semula.

Solat Mercu Kejayaan23Pelajaran

Semak Cepat

1 Pengertian solat:(a) Bahasa: Doa(b) Istilah: Perbuatan dan perkataan

yang dimulai dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam.

2 Syarat wajib solat:• Islam• Baligh• Berakal• Suci daripada haid dan nifas bagi

perempuan Syarat sah solat:

• Suci daripada najis pada badan, pakaian dan tempat

• Suci daripada hadas kecil dan besar

• Menghadap kiblat• Menutup aurat

Riwayat Hidup Nabi Muhammad SAW24

Pelajaran

Semak Cepat

1 Nama penuh: Muhammad bin Abdullah bin Abdul

Mutalib bin Hasyim 2 Sifat mulia Nabi Muhammad SAW

ketika berurus niaga dengan Saidatina Khadijah r.a:• Menunaikan amanah• Menjalankan kerja dengan mahir

dan bijaksana 3 Sebab Nabi Muhammad gemar

bersendirian di gua Hira’: • Untuk beribadat dan memikirkan

cara untuk menyelamatkan umat daripada kesesatan jahiliyah.

Era Masyarakat Jahiliyah25Pelajaran

Semak Cepat

1 Pengertian jahiliyah dari segi bahasa:

6

Jawapan.indd 6 08/10/2019 10:21:35

© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2020

Page 7: Jawapan...2 Adab berdoa ialah: • Memulakan dan mengakhiri doa dengan memuji nama Allah SWT dan selawat ke atas Rasulullah SAW. 3 Contoh doa memohon kebaikan di akhirat: • Memohon

Revisi Cepat PT3 Pendidikan Islam KSSM Tingkatan 1,2 & 3

• Tidak tahu, bodoh atau jahil 2 Aspek kejahilan masyarakat Arab pada

zaman dahulu:• Jahil akidah• Jahil akhlak

3 Ciri-ciri kepercayaan agama Hanif:• Percaya kepada Allah SWT, tuhan

yang satu.• Percaya kepada hari kebangkitan

dan hidup sesudah mati• Percaya kepada dosa dan pahala.

Keunggulan Perjuangan Khulafa ar-Rashidin26

Pelajaran

Semak Cepat

1 Senarai nama Khulafa ar-Rasyidin:• Abu Bakar as-Siddiq • Umar bin al-Khattab • Uthman bin ‘Affan• Ali bin Abu Talib

2 Zaman pemerintahan khalifah Umar bin al-Khattab dikenali sebagai zaman keemasan kerana banyak pembaharuan dan perubahan yang dilakukan.

3 Sumbangan khalifah Abu Bakar dari aspek agama:

Khalifah Abu Bakar as-Siddiq telah memerangi golongan yang enggan membayar zakat, murtad dan nabi palsu.

Akhlak Terpuji Hiasa Diri27Pelajaran

Semak Cepat

1 Pengertian akhlak: • Bahasa: budi pekerti, kelakuan dan

tabiat. • Istilah: Sifat yang tertanam dalam

jiwa yang mendorong lahirnya sesuatu perbuatan dengan mudah tanpa pertimbangan dan pemikiran yang mendalam

2 Contoh: • Akhlak mahmudah: tawaduk,

menghormati orang lain, pengasih dan pemurah

• Akhlak mazmumah: sombong, memandang hina terhadap orang lain, kasar, memfitnah, khianat dan bakhil

3 Cadangan Jawapan KBAT Mendapat kemurkaan Allah SWT

(Isi) kerana akhlak melambangkan keperibadian agama (H). Hal yang demikian kerana akhlak mazmumah perlu dijauhi demi mencapai reda Ilahi (HL). Kesimpulannya, amalkan akhlak mahmudah demi kebahagiaan di dunia dan di akhirat (K).

Amanah Tunggak Kesejahteraan28

Pelajaran

Semak Cepat

1 Maksud amanah:• Bahasa: Tunai janji• Istilah: Setiap sesuatu yang

dipertanggungjawabkan dalam urusan harta benda, kehormatan dan kerahsiaan.

2 Allah SWT memerintahkan manusia bersifat amanah kerana:• Ia menjamin kesejahteraan hidup

di dunia dan di akhirat. 3 Cadangan Jawapan KBAT Tidak mendapat keberkatan dan

keredaan Allah SWT (Isi) kerana kurang mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan (H). Kesannya, ilmu yang dipelajari tidak dapat dimanfaatkan untuk kebaikan diri dan masyarakat (HL). Oleh itu, kita haruslah beradab dalam menuntut ilmu supaya tindakan kita disenangi oleh orang lain (K).

Ilmu Cahaya Kehidupan29Pelajaran

Semak Cepat

1 Ilmu menjadi penting dalam kehidupan manusia kerana:• Ia merupakan syarat sesuatu

7

Jawapan.indd 7 08/10/2019 10:21:35

Page 8: Jawapan...2 Adab berdoa ialah: • Memulakan dan mengakhiri doa dengan memuji nama Allah SWT dan selawat ke atas Rasulullah SAW. 3 Contoh doa memohon kebaikan di akhirat: • Memohon

amalan yang dilakukan diterima oleh Allah SWT.

2 Jenis ilmu yang perlu dikuasai oleh orang Islam:• Fardu ain• Fardu kifayah

3 Kesan mengabaikan adab menuntut ilmu:• Sukar untuk mengingati dan

memahami ajaran guru• Tidak mendapat kebaikan

daripada ilmu yang dipelajari

Maruah Diri Cermin Peribadi30Pelajaran

Semak Cepat

1 Pengertian muru’ah:• Keelokan peribadi

2 Kepentingan memelihara maruah diri:• Memelihara kemuliaan diri,

keluarga, masyarakat dan agama.• Mengelakkan diri daripada

mencemarkan nama baik diri dan keluarga.

• Memelihara diri daripada mudah terpengaruh dengan unsur yang tidak baik.

3 Cara menjaga maruah diri dari segi aspek percakapan:• Percakapan yang sopan dan tidak

keterlaluan• Intonasi dan nada suara yang

sesuai dengan suasana dan orang yang mendengar

TINGKATAN 2

Allah SWT Pengurnia Hidayah1Pelajaran

Semak Cepat

1 Doa mohon dikekalkan dalam hidayah Allah SWT:

رحة نك ل من لنا وهب هديتنا إذ بعد قلوبنا

تزغ ل ربنا

﴾٨ ﴿ اب وهال أنت إنك

2 Pemberi hidayah kepada manusia: Allah SWT

Hanya Allah SWT yang Maha Esa2

Pelajaran

Semak Cepat

1 Yang mengakui keesaan, keagungan dan kebijaksanaan Allah SWT:• Para malaikat dan orang berilmu

2 Bukti keagungan dan kebijaksanaan Allah SWT:(a) Allah SWT mencipta air laut yang

masin dan air sungai yang tawar. Walaupun bertemu, air laut tetap masin dan air sungai tetap tawar.

(b) Setiap manusia mempunyai cap jari yang berbeza.

Luasnya Kuasa Allah SWT3Pelajaran

Semak Cepat

1 Yang berkuasa menciptakan siang dan malam:• Allah SWT

2 Kemuliaan yang diberikan Allah SWT kepada manusia:(a) Harta benda(b) Ilmu

Mudahnya Tajwid4Pelajaran

Semak Cepat

1 Huruf idgham bila ghunnah:ر ل •

2 Cara bacaan ikhfa’ haqiqi:• Bunyi nun dibaca secara samar

antara izhar dengan idgham serta dengung

8

Jawapan.indd 8 08/10/2019 10:21:35

© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2020

Page 9: Jawapan...2 Adab berdoa ialah: • Memulakan dan mengakhiri doa dengan memuji nama Allah SWT dan selawat ke atas Rasulullah SAW. 3 Contoh doa memohon kebaikan di akhirat: • Memohon

Revisi Cepat PT3 Pendidikan Islam KSSM Tingkatan 1,2 & 3

Manisnya Persaudaraan5Pelajaran

Semak Cepat

1 Maksud berpegang dengan tali Allah:• Berpegang teguh dengan ajaran

Islam 2 Cara mengukuhkan persaudaraan:

• Hati: Sentiasa bersangka baik dengan orang lain

• Lisan: Bertanya khabar dan bertegur sapa setiap kali berjumpa

Mengharap Keampunan Allah SWT6

Pelajaran

Semak Cepat

1 Hukum bertaubat:• Wajib setelah melakukan dosa

2 Syarat-syarat taubat:• Menyesal atas dosa yang

dilakukan.• Beristighfar memohon keampunan

daripada Allah SWT.• Berhenti daripada melakukan

dosa dan berazam untuk tidak mengulanginya.

• Jika dosa tersebut berkait dengan orang lain, minta maaf dan pulangkan haknya serta minta agar dihalalkannya.

Kesantunan Dakwah Rasulullah SAW7

Pelajaran

Semak Cepat

1 Sifat Rasulullah SAW yang perlu diikuti:• Lemah lembut• Pemaaf• Memohon keampunan untuk

orang lain 2 Contoh sifat lemah lembut Rasulullah

SAW:• Baginda menggunakan tutur kata

yang baik dan intonasi suara yang sesuai walaupun ketika berada di pasar

Amanah terhadap Harta dan Nyawa8

Pelajaran

Semak Cepat

1 Contoh perbuatan mengambil harta secara batil:• Mencuri atau merompak• Terlibat dengan riba

2 Perbuatan tidak menghargai nyawa:• Membunuh diri sendiri• Membunuh orang lain• Menagih dadah

Mungkar Dicegah Hidup Berkat9

Pelajaran

Semak Cepat

1 Hukum menangani kemungkaran:• Wajib mengikut kemampuan

masing-masing 2 Cara mencegah rakan yang ingin

ponteng sekolah: Cadangan Jawapan KBAT Melaporkan kepada guru disiplin

sekiranya didapati mereka ingin melakukan kesalahan (Isi) supaya dapat diambil tindakan yang sewajarnya (H). Hal yang demikian dapat melahirkan insan yang berdisiplin dan bertanggungjawab sebagai seorang pelajar (HL). Oleh itu, kita hendaklah berani menegakkan kebenaran walaupun terdapat ugutan kerana Allah SWT sentiasa menolong mereka yang benar (K).

Mencari yang Halal10Pelajaran

Semak Cepat

1 Maksud halal:• Sesuatu yang dibenarkan oleh

syarak 2 Contoh perkara yang halal:

• Haiwan yang disembelih dengan cara Islam

9

Jawapan.indd 9 08/10/2019 10:21:35

Page 10: Jawapan...2 Adab berdoa ialah: • Memulakan dan mengakhiri doa dengan memuji nama Allah SWT dan selawat ke atas Rasulullah SAW. 3 Contoh doa memohon kebaikan di akhirat: • Memohon

• Pakaian yang menutup aurat

Kekuatan dan Kekuasaan Allah SWT11

Pelajaran

Semak Cepat

Unit 1 Al-Qadir 1 Maksud al-Qadir:

• Bahasa: Yang menentukan• Istilah: Nama Allah SWT yang

menunjukkan bahawa Allah SWT yang Maha Berkuasa menentukan sesuatu perkara berdasarkan kehendak (iradat) dan ilmu-Nya.

2 Bukti Allah SWT bersifat al-Qadir:• Allah SWT menguasai seluruh

alam meliputi matahari, bulan, bintang dan cakerawala

• Allah SWT berkuasa menukarkan siang dan malam

• Allah SWT berkuasa mencipta langit dan bumi serta berkuasa mencipta dan menghancurkan segala yang ada di langit dan di bumi

Unit 2 al-Qawiy 1 Maksud al-Qawiy dari segi istilah:

• Nama Allah SWT yang menunjukkan bahawa Allah SWT yang Maha Kuat dan mempunyai kekuatan yang sempurna

2 Bukti Allah SWT bersifat al-Qawiy:• Allah SWT berkuasa memberi

rezeki kepada sesiapa sahaja yang berusaha mencarinya mengikut cara yang betul

• Allah SWT berkuasa mengazab sesiapa yang melakukan dosa dengan azab yang sangat pedih

Ketaatan Malaikat12Pelajaran

Semak Cepat

1 Hukum beriman dengan malaikat:• Wajib

2 Ciri malaikat:• Dicipta daripada cahaya

• Tidak berjantina• Memiliki sayap

Panduan daripada Allah SWT13Pelajaran

Semak Cepat

1 Nama kitab dan penerimanya:• Zabur: Nabi Daud a.s• Taurat: Nabi Musa a.s

2 Maksud suhuf:• Kalamullah yang mengandungi

hukum dasar, kata-kata hikmah dan pengajaran kepada manusia

Solat Berjemaah Pengikat Hati14

Pelajaran

Semak Cepat

1 Hukum mengerjakan solat secara berjemaah bagi individu Muslim:• Sunat muakkad

2 Jenis makmum:• Makmum muwafik• Makmum masbuk

Solat Jumaat Wadah Kesatuan15

Pelajaran

Semak Cepat

1 Maksud mastautin:• Orang yang tinggal tetap di

sesuatu tempat 2 Rukun khutbah Jumaat:

• Memuji Allah SWT sekurang-kurangnya Alhamdulillah

• Berselawat ke atas Rasulullah SAW sekurang-kurangnya Allahumma solli ‘ala saiyidina Muhammad

Tayamum dengan Debu Suci16Pelajaran

Semak Cepat

1 Anggota-anggota tayamum:

10

Jawapan.indd 10 08/10/2019 10:21:35

© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2020

Page 11: Jawapan...2 Adab berdoa ialah: • Memulakan dan mengakhiri doa dengan memuji nama Allah SWT dan selawat ke atas Rasulullah SAW. 3 Contoh doa memohon kebaikan di akhirat: • Memohon

Revisi Cepat PT3 Pendidikan Islam KSSM Tingkatan 1,2 & 3

• Muka dan dua tangan 2 Sebab diharuskan tayamum:

• Tiada air atau tidak cukup kerana keperluan lain

• Sejuk yang boleh memudaratkan kesihatan

Rukhsah Anugerah daripada Allah SWT17

Pelajaran

Semak Cepat

1 Maksud rukhsoh dari segi bahasa:• Mudah dan ringan

2 Solat fardu yang diharuskan qasar:• Zuhur, asar dan isyak

Semak Cepat

1 Solat ketika sakit:• Maksud: Solat yang dilaksanakan

oleh pesakit yang tidak dapat menyempurnakan sebahagian rukun solat dengan sempurna

• Dalil:

لم فإن فقاعدا، تستطع لم فإن قائما، صل

جنب. فعلى تستطع

)البخاري(

Terjemahan: Solatlah dalam keadaan berdiri. Jika tidak mampu, maka solatlah dalam keadaan duduk. Jika tidak mampu, maka solatlah dalam keadaan mengiring.

2 Cara solat ketika sakit bagi pesakit yang tidak mampu menggerakkan seluruh tubuhnya:(i) Pesakit berada dalam keadaan

menelentang dengan kepala diangkat sedikit agar mukanya dapat menghadap kiblat dan kakinya pula melunjur ke arah yang sama, iaitu kiblat.

(ii) Solat dilakukan dengan isyarat kepala:

- Rukuk dilakukan dengan menundukkan sedikit kepala

- Sujud dilakukan dengan menundukkan kepala melebihi kadar rukuk

- Jika tidak mampu menundukkan kepala, gunakan isyarat mata

- Rukuk dilakukan dengan menutup separuh kelopak mata

- Sujud dilakukan dengan menutup seluruh kelopak mata atau memejamkan mata

(iii) Jika tidak mampu menggunakan isyarat mata, solat boleh dilakukan di dalam hati

Puasa Benteng Diri18Pelajaran

Semak Cepat

1 Rukun puasa:• Niat puasa dalam hati• Tidak melakukan perkara yang

membatalkan puasa 2 Perkara yang membatalkan puasa:

• Makan dan minum• Muntah dengan sengaja• Haid atau nifas

Solat Sunat Menampung Kefarduan19

Pelajaran

Semak Cepat

1 Maksud solat sunat rawatib:• Solat sunat yang mengiringi solat

fardu dan waktunya mengikut waktu solat fardu

2 Bilangan rakaat solat witir yang boleh dikerjakan:• Dalam bilangan ganjil, iaitu tiga

rakaat dengan dua salam hingga sebelas rakaat dengan enam salam. Makruh dilaksanakan satu rakaat

Terbitnya Fajar Dakwah20Pelajaran

Semak Cepat

1 Peringkat dakwah:• Dakwah secara sulit• Dakwah secara terang-terangan

11

Jawapan.indd 11 08/10/2019 10:21:35

Page 12: Jawapan...2 Adab berdoa ialah: • Memulakan dan mengakhiri doa dengan memuji nama Allah SWT dan selawat ke atas Rasulullah SAW. 3 Contoh doa memohon kebaikan di akhirat: • Memohon

2 Strategi dakwah Rasulullah SAW:• Ucapan awam contohnya baginda

naik ke bukit Safa dan mengajak masyarakat Mekah beriman kepada Allah SWT

• Mencari sokongan contohnya Rasulullah SAW bertemu dengan kabilah-kabilah yang datang ke Mekah pada setiap musim haji

Hijrah Detik Bersejarah21Pelajaran

Semak Cepat

1 Maksud hijrah dari segi bahasa:• Berpindah dari satu tempat ke

tempat yang lain 2 Faktor yang mendorong berlakunya

hijrah:• Allah SWT memberikan isyarat

kepada Rasulullah SAW supaya berhijrah seperti dalam surah al-Anfal ayat 30

• Umat Islam mengorbankan tanah air dan harta mereka demi menyelamatkan akidah tauhid yang lebih berharga

Kepimpinan Rasulullah SAW di Madinah22

Pelajaran

Semak Cepat

1 Asas pembinaan negara Islam Madinah:• Membina masjid• Mempersaudarakan Muhajirin

dengan Ansar• Menggubal piagam Madinah• Membina pusat perniagaan

2 Kehebatan kepimpinan Rasulullah SAW dari aspek politik:• Rasulullah SAW bijak menjaga

keamanan dan kestabilan negara Madinah seperti mengamalkan syura dalam pemerintahan baginda.

Wanita Suri Teladan Ummah23Pelajaran

Semak Cepat

1 Wanita pertama memeluk Islam:• Sayidatina Khadijah r.a

2 Kelebihan Sayidatina Sumaiyah:• Wanita pertama yang mati syahid

Malu Perisai Iman24Pelajaran

Semak Cepat

1 Maksud malu dari segi bahasa:• Kembali kepada perasaan fitrah

dan rasa segan 2 Sifat malu yang dituntut:

• Malu melakukan perkara maksiat dan yang haram

• Malu meninggalkan perkara sunat 3 Kepentingan sifat malu:

• Wujud rasa takut dan segan untuk melakukan maksiat kepada Allah yang Maha Melihat

• Berlumba-lumba mentaati perintah Allah SWT dan rasul serta mengharapkan reda Allah SWT

• Menjadi benteng keimanan agar maruah diri terjaga dan terhindar daripada terjebak dengan gejala tidak bermoral

Menyemai Kasih Menuai Sayang25

Pelajaran

Semak Cepat

1 Maksud kasih sayang dari segi istilah:• Kecenderungan diri terhadap

sesuatu yang baik 2 Sifat kasih sayang yang diredai Allah

SWT:• Mencintai Allah SWT dan rasul

seperti mendahulukan perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW

• Mengasihi ibu bapa, adik beradik dan kaum kerabat seperti

12

Jawapan.indd 12 08/10/2019 10:21:35

© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2020

Page 13: Jawapan...2 Adab berdoa ialah: • Memulakan dan mengakhiri doa dengan memuji nama Allah SWT dan selawat ke atas Rasulullah SAW. 3 Contoh doa memohon kebaikan di akhirat: • Memohon

Revisi Cepat PT3 Pendidikan Islam KSSM Tingkatan 1,2 & 3

menziarahi sanak saudara dan memenuhi undangan

3 Cadangan Jawapan KBAT Keamanan sukar dinikmati (Isi) kerana

berlaku kekecohan dan pergaduhan sesama rakyat (H). Hal yang demikian memberi peluang kepada pihak musuh untuk campur tangan dan mengambil kesempatan (HL). Oleh itu, setiap orang perlu mengamalkan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain supaya maruah Islam terpelihara (K).

Muliakan Ibu Bapa Bahagiakan Keluarga26

Pelajaran

Semak Cepat

1 Hukum berbuat baik kepada ibu bapa:• Wajib

2 Cara beradab kepada keluarga dari segi percakapan:• Bersopan santun iaitu bercakap

dengan nada suara dan intonasi yang lemah lembut

3 Akibat tidak beradab kepada kedua-dua ibu bapa:• Mendapat kemurkaan Allah SWT

kerana derhaka kepada ibu bapa bererti melanggar perintah Allah SWT

• Susah untuk mendapat kawan yang baik kerana orang yang baik tidak akan berkawan dengan anak derhaka

• Negara tidak maju kerana institusi kekeluargaan runtuh

Santuni Jiranmu27Pelajaran

Semak Cepat

1 Maksud jiran dari segi istilah:• Orang yang tinggal berdekatan

sehingga empat puluh buah rumah dari setiap penjuru.

2 Hikmah mengamalkan adab berjiran:

• Hidup aman dan damai kerana masing-masing mengamalkan tanggungjawab yang sewajarnya seperti membantu ketika diperlukan.

Masjid Destinasiku28Pelajaran

Semak Cepat

1 Maksud masjid dari segi istilah:• Tempat yang dibina khusus untuk

solat lima waktu dan solat sunat bagi orang Islam

2 Hikmah beradab di dalam masjid:• Dapat menenangkan akal fikiran

kerana semua orang menjaga adab masing-masing

TINGKATAN 3

Allah SWT Pengampun Segala Dosa1

Pelajaran

Semak Cepat

1 Inti sari ayat:• Melakukan dosa merupakan suatu

kezaliman terhadap diri sendiri• Umat Islam yang melakukan

kesalahan wajib segera memohon keampunan daripada Allah SWT

• Sesungguhnya Allah SWT sentiasa menerima taubat hamba-Nya yang menyesal atas dosa yang dilakukan

2 Maksud:• Keampunan Allah SWT:

Penghapusan dosa oleh Allah SWT kepada hamba-Nya yang berdosa dan memohon taubat kepada-Nya

• Rahmat Allah SWT: Belas ihsan yang dilimpahkan oleh Allah SWT kepada orang yang dikehendaki-Nya

3 Cadangan Jawapan KBAT Bertaubat dan berazam tidak akan

mengulangi dosa yang dilakukan (Isi)

13

Jawapan.indd 13 08/10/2019 10:21:36

Page 14: Jawapan...2 Adab berdoa ialah: • Memulakan dan mengakhiri doa dengan memuji nama Allah SWT dan selawat ke atas Rasulullah SAW. 3 Contoh doa memohon kebaikan di akhirat: • Memohon

kerana Allah SWT sentiasa menerima taubat hamba-Nya yang menyesal atas dosa yang dilakukan (H). Kesannya, orang yang mendapat keampunan Allah SWT akan menjadi orang yang beruntung di dunia dan akhirat (HL). Oleh itu, kita jangan berputus asa dalam mengharapkan rahmat Allah SWT kerana Allah SWT berkuasa memberikan rahmat-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (K).

Al-Quran Petunjuk Kebenaran2Pelajaran

Semak Cepat

1 Inti sari ayat 1-10 surah al-Kahfi:• Allah SWT menjadikan al-Quran

sebuah kitab yang benar dan sebagai petunjuk kepada manusia.

• Al-Quran diturunkan untuk memberi peringatan tentang balasan neraka kepada orang yang melakukan syirik.

2 Kelebihan membaca dan menghafaz surah al-Kahfi:• Membaca surah al-Kahfi pada hari

Jumaat akan terpancar cahaya untuknya di antara dirinya dengan Baitullah

• Menghafaz sepuluh ayat daripada permulaan surah al-Kahfi, dia akan terpelihara daripada (fitnah) dajjal

Hukum Tajwid: Hukum Mad 3Pelajaran

Semak Cepat

1 Maksud:• Mad jaiz munfasil: Huruf mad

bertemu dengan huruf (ء) pada dua kalimah berlainan

• Mad ‘aridh lissukun: Huruf mad yang bertemu dengan huruf hijaiyah di akhir kalimah dan dibaca secara waqaf

2 Cara bacaan:• Mad ‘iwadh: Dibaca baris satu di

atas sekadar dua harakat• Mad badal: 2 harakat

Pancaindera yang Dimanfaatkan 4

Pelajaran

Semak Cepat

1 Nikmat yang disebut dalam ayat 179 surah al-A’raf:• Hati• Akal• Mata• Telinga

2 Fungsi hati dan mata untuk memperoleh hidayah dengan melakukan perkara makruf:• Hati: Memahami dan menghayati

ayat-ayat suci al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

• Mata: Melihat dan memerhati segala ciptaan Allah SWT seperti melihat kejadian gunung-ganang dan laut.

3 Cadangan Jawapan KBAT Sentiasa melakukan kemungkaran

serta sombong dengan kedudukan yang diperoleh (Isi) kerana lupa untuk bersyukur dengan nikmat tersebut (H). Kesannya boleh menyebabkan mereka lalai melakukan perintah Allah SWT kerana terlalu mengejar nikmat dunia yang sementara (HL). Oleh itu, kita hendaklah sentiasa mendalami ilmu agama dan mengamalkan setiap ilmu yang dipelajari supaya hidup sentiasa diberkati oleh Allah SWT (K).

Zikir Penenang Hati 5Pelajaran

Semak Cepat

1 Maksud zikir:• Bahasa: Ingatan• Istilah: Mengingati Allah SWT

sama ada melalui hati atau lisan

14

Jawapan.indd 14 08/10/2019 10:21:36

© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2020

Page 15: Jawapan...2 Adab berdoa ialah: • Memulakan dan mengakhiri doa dengan memuji nama Allah SWT dan selawat ke atas Rasulullah SAW. 3 Contoh doa memohon kebaikan di akhirat: • Memohon

Revisi Cepat PT3 Pendidikan Islam KSSM Tingkatan 1,2 & 3

2 Jenis zikir:(Basmalah) بسم الله الرحمن الرحيم •

(Tasbih) سبحان الله •

(Tahmid) الحمد لله •

(Takbir) الله أكبر •

(Tahlil) ل إله إل الله •

3 Peranan zikir:• Menimbulkan rasa syukur kepada

Allah SWT• Menjadi perisai untuk melindungi

diri daripada gangguan syaitan• Memberi ketenangan jiwa dan

mententeramkan hati

Generasi Unggul 6Pelajaran

Semak Cepat

1 Perbezaan antara Muhajirin dan Ansar:• Muhajirin: Penduduk Mekah yang

beriman kepada Rasulullah SAW. Mereka berhijrah ke Madinah dan tinggal di sana

• Ansar: Penduduk Madinah daripada kalangan kabilah Aus dan Khazraj yang beriman kepada Rasulullah SAW. Mereka membantu Rasulullah SAW dan golongan Muhajirin ketika tiba di Madinah

2 Maksud sahabat:• Bahasa: Yang mendampingi• Istilah: Sesiapa yang berjumpa

dengan Rasulullah SAW dan beriman kepadanya serta meninggal dunia dalam Islam

3 Pengajaran ayat:• Setiap Muslim hendaklah

berlumba-lumba dalam urusan kebaikan agar menjadi seperti “as-sabiqun al-awwalun” yang membantu perjuangan Rasulullah SAW ketika orang lain menolaknya

• Kita hendaklah bersyukur kepada Allah SWT atas segala nikmat kurniaan Allah SWT dengan

menjauhi larangan-Nya supaya kita beroleh kesejahteraan yang berpanjangan

Kewajipan Memelihara Kehormatan Diri 7

Pelajaran

Semak Cepat

1 Perintah Allah SWT daripada ayat 30-31 surah an-Nur:• Menundukkan pandangan

daripada melihat perkara yang haram

• Memelihara kehormatan daripada hubungan yang menyalahi syarak

• Menutup aurat dan had batasan aurat

• Bertaubat 2 Batasan aurat antara perempuan

dengan lelaki bukan mahram:• Seluruh tubuh kecuali muka dan

kedua-dua tapak tangan 3 Cadangan Jawapan KBAT Perbuatan tersebut boleh membawa

kepada fitnah dan mudah untuk melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT (Isi) kerana tiada perasaan malu dan takut kepada Allah SWT (H). Kesannya menyebabkan masyarakat yang bukan beragama Islam memandang rendah terhadap orang Islam serta agama Islam. (HL). Oleh itu, Kita wajib berpakaian menutup aurat agar selamat daripada keburukan di dunia dan akhirat (K).

Penciptaan Manusia Bukti Kekuasaan Allah SWT 8

Pelajaran

Semak Cepat

1 Fasa kehidupan manusia pada peringkat tua:• Daya fizikal mereka semakin

lemah, namun pengalaman hidup yang telah dilalui sangat berharga untuk dijadikan pedoman kepada generasi berikutnya

15

Jawapan.indd 15 08/10/2019 10:21:36

Page 16: Jawapan...2 Adab berdoa ialah: • Memulakan dan mengakhiri doa dengan memuji nama Allah SWT dan selawat ke atas Rasulullah SAW. 3 Contoh doa memohon kebaikan di akhirat: • Memohon

2 Pengajaran ayat:• Kita hendaklah meyakini bahawa

Allah SWT Maha Berkuasa mencipta manusia dengan sangat sempurnanya agar kita menjadi hamba yang bertakwa

• Kita hendaklah menghargai anggota badan ciptaan Allah SWT kerana manusia merupakan sebaik-baik kejadian

Sedekah Kunci Kebaikan 9Pelajaran

Semak Cepat

1 Maksud sedekah dari segi istilah: Sesuatu pemberian yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT

2 Amalan sedekah yang dinyatakan dalam hadis:• Berlaku adil terhadap dua pihak

yang bertelingkah• Membantu orang menaiki

kenderaan atau mengangkat barangannya ke dalam kenderaan

• Mengucapkan perkataan yang baik• Berjalan untuk menunaikan solat• Mengalihkan sesuatu yang

berbahaya di jalan 3 Kelebihan amalan sedekah dalam

kehidupan seharian:• Mententeramkan hati kedua-dua

pihak yang bertelingkah• Meringankan beban orang lain • Menunjukkan keimanan kepada

Allah SWT

Hindari Sifat Negatif 10Pelajaran

Semak Cepat

1 Sifat negatif yang terdapat dalam hadis:• Lemah• Malas• Pengecut• Nyanyuk

2 Kesan nyanyuk kepada seseorang individu:• Mengganggu kewarasan fikiran

seseorang individu hingga menyebabkannya berkelakuan seperti kanak-kanak

3 Pengajaran hadis:• Setiap individu Muslim hendaklah

mengamalkan doa yang dipesan dan diamalkan oleh Rasulullah SAW agar dijauhkan daripada sifat-sifat yang tidak disukai oleh Allah SWT

Allah SWT Maha Kaya Pengurnia Rezeki11

Pelajaran

Semak Cepat

1 Maksud:• Al-Ghaniy: - Bahasa: Tidak memerlukan

kepada yang lain - Istilah: Nama Allah SWT

yang menunjukkan bahawa Allah Maha Kaya dan tidak memerlukan kepada sesuatu yang lain

• Ar-Razzaq: - Bahasa: Amat banyak memberi

rezeki - Istilah: Nama Alllah SWT

yang menunjukkan bahawa Allah Maha Pemberi Rezeki, Dia yang menjadikan rezeki dan mengurniakannya kepada seluruh makhluk

2 Bukti:• Allah SWT bersifat al-Ghaniy:

Allah SWT menguasai seluruh makhluk di dunia ini termasuklah langit dan bumi serta alam semesta

• Allah SWT bersifat ar-Razzaq: Allah SWT memberi rezeki kepada seluruh makhluk-Nya sama ada manusia, jin atau haiwan mahupun tumbuh-tumbuhan

3 Cadangan Jawapan KBAT

16

Jawapan.indd 16 08/10/2019 10:21:36

© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2020

Page 17: Jawapan...2 Adab berdoa ialah: • Memulakan dan mengakhiri doa dengan memuji nama Allah SWT dan selawat ke atas Rasulullah SAW. 3 Contoh doa memohon kebaikan di akhirat: • Memohon

Revisi Cepat PT3 Pendidikan Islam KSSM Tingkatan 1,2 & 3

Rezeki orang yang bersedekah akan semakin bertambah (Isi) kerana orang yang menerima sedekah sering mendoakan yang baik-baik kepada pemberi sedekah (H). Kesannya, Allah SWT akan membalas setiap kebaikan yang dilakukan dan menggantikan harta yang disedekahkan (HL). Oleh itu, kita hendaklah sentiasa menggunakan harta ke arah kebaikan sebagai tanda bersyukur kepada Allah SWT (K).

Beriman kepada Rasul 12Pelajaran

Semak Cepat

1 Maksud ‘ismatur rasul: • Bahasa: Terpelihara daripada

sesuatu yang buruk• Istilah: Pemeliharaan Allah SWT

terhadap para rasul daripada melakukan dosa dalam apa bentuk sekalipun sama ada dosa kecil atau dosa besar

2 Sebab Allah SWT melantik rasul daripada kalangan manusia:• Rasul dapat menunjukkan contoh

ikutan yang sempurna kerana rasul lebih mengetahui keperluan manusia. Manusia tidak boleh menolak ajaran rasul dengan alasan di luar kemampuan mereka.

• Menunjukkan kemuliaan manusia yang dipilih menjadi khalifah di bumi berbanding dengan makhluk lain.

• Manusia lebih mudah beriman kepada rasul apabila dapat membuktikan kerasulannya dengan mukjizat.

3 Rasul yang berbangsa Arab:• Nabi Hud a.s• Nabi Soleh a.s• Nabi Syuib a.s• Nabi Muhammad SAW

4 Cadangan Jawapan KBAT Mudah terpengaruh dengan golongan

yang menolak ajaran nabi terutama

golongan yang mengamalkan ajaran sesat (Isi) kerana tiada kesedaran dalam diri untuk memahami isi kandungan al-Quran (H). Kesannya, mereka tidak berusaha untuk mendekatkan diri dengan al-Quran walaupun setiap rumah terdapat al-Quran (HL). Oleh itu, kita sebagai orang Islam hendaklah berusaha sedaya upaya untuk membaca al-Quran setiap hari walaupun sebaris kerana pahala yang diperoleh terlalu banyak (K).

Beriman kepada Hari Akhirat 13Pelajaran

Semak Cepat

1 Pengertian pahala: Ganjaran yang dijanjikan Allah SWT kepada orang yang mematuhi perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya

2 Pengertian dosa menurut syarak: Balasan buruk yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada orang yang melanggar larangan-Nya

3 Tanda kecil hari kiamat:• Kurang bilangan para ulama’• Kejahilan berleluasa• Tersebarnya perzinaan dan arak• Manusia berlumba-lumba

membina bangunan pencakar langit

4 Maksud alam barzakh: Alam pemisah antara dunia dengan akhirat. Selepas berlaku kematian ruh manusia akan ditempatkan di alam barzakh

Beriman kepada Qada’ dan Qadar14

Pelajaran

Semak Cepat

1 Pengertian beriman kepada qada’ dan qadar:

Meyakini bahawa:• Allah SWT yang menentukan

setiap perkara yang berlaku kepada makhluk dengan ilmu dan kehendak-Nya (iradat)

17

Jawapan.indd 17 08/10/2019 10:21:36

Page 18: Jawapan...2 Adab berdoa ialah: • Memulakan dan mengakhiri doa dengan memuji nama Allah SWT dan selawat ke atas Rasulullah SAW. 3 Contoh doa memohon kebaikan di akhirat: • Memohon

• Allah SWT melaksanakan ketentuan tersebut mengikut ketetapan-Nya

• Semua perkara tertakluk kepada kehendak dan kekuasaan Allah SWT sama ada yang baik atau yang buruk

• Semua ketentuan Allah SWT mempunyai hikmah terhadap hamba-Nya

2 Jenis qada’ berserta contoh: • Qada’ Mubram: Bangsa dan

jantina seseorang yang telah ditentukan tidak akan berubah

• Qada’ Mu’allaq: Seseorang yang sakit (qada’ asal), menjadi sembuh (qada’ yang berubah) dengan sebab bersedekah kepada fakir miskin (asbab)

3 Kesan beriman kepada qada’ dan qadar dari segi akhlak Islamiah:• Bersabar dan reda ketika ditimpa

musibah kerana yakin adanya hikmah pada setiap perkara

• Bersyukur atas nikmat kurniaan Allah SWT kerana meyakini bahawa apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT adalah terbaik untuknya.

• Berusaha mencapai kecemerlangan dalam segala bidang kerana yakin Allah SWT mengurniakan kejayaan bagi orang yang berusaha

Konsep Fardu Ain dan Fardu Kifayah15

Pelajaran

Semak Cepat

1 Maksud:• Fardu ain: Tuntutan yang telah

ditetapkan oleh Allah SWT ke atas setiap orang Islam yang mukallaf. Sekiranya tuntutan ini tidak dilaksanakan, maka individu tersebut akan berdosa

• Fardu kifayah: Tuntutan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT ke atas masyarakat Islam secara kolektif. Sekiranya sebahagian

sahaja melaksanakan tuntutan fardu kifayah ini, maka gugurlah kewajipan tersebut ke atas orang Islam yang lain

2 Contoh: • Fardu ain: - Menutup aurat - Solat fardu lima waktu• Fardu kifayah: - Menguruskan jenazah - Menjadi usahawan Muslim

dalam bidang yang penting 3 Cadangan Jawapan KBAT Negara menjadi mundur (Isi) kerana

tidak dapat melahirkan insan yang berilmu dan berwawasan untuk membangunkan negara (H). Hal yang demikian boleh menyebabkan maruah negara dipandang rendah kerana rakyatnya tidak mempunyai daya saing serta gagal untuk melahirkan mereka yang boleh mencipta kemajuan untuk negara (HL). Oleh itu, setiap orang berkewajipan menguasai pelbagai bidang ilmu supaya dapat bersaing dengan bangsa lain dalam menjamin keutuhan negara (K).

Pengurusan Jenazah16Pelajaran

Semak Cepat

Unit 1 Konsep Pengurusan Jenazah 1 Hukum menguruskan jenazah: Fardu

kifayah 2 Adab ketika menziarahi jenazah:

• Mendoakan keampunan dan rahmat Allah SWT untuk jenazah

• Mengucapkan takziah kepada keluarga si mati dalam tempoh tiga hari daripada tarikh kematian

Semak Cepat

Unit 2 Kewajipan terhadap Jenazah 1 Kedudukan imam ketika hendak

menyembahyangkan jenazah:• Jenazah lelaki: Imam berdiri

bersetentang dengan kepala jenazah. Kepalanya di sebelah kiri

18

Jawapan.indd 18 08/10/2019 10:21:36

© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2020

Page 19: Jawapan...2 Adab berdoa ialah: • Memulakan dan mengakhiri doa dengan memuji nama Allah SWT dan selawat ke atas Rasulullah SAW. 3 Contoh doa memohon kebaikan di akhirat: • Memohon

Revisi Cepat PT3 Pendidikan Islam KSSM Tingkatan 1,2 & 3

imam• Jenazah perempuan: Imam berdiri

bersetentang dengan pinggul jenazah. Kepalanya di sebelah kanan imam

2 Rukun solat jenazah: • Niat• Bertakbir kali pertama (Membaca

surah al-Fatihah selepas takbir pertama)

• Takbir kedua (Membaca selawat ke atas nabi selepas takbir kedua

• Takbir yang ketiga (Berdoa untuk si mati selepas takbir ketiga

• Takbir yang keempat (Digalakkan membaca doa sebelum memberi salam)

• Memberi salam ke kanan dan ke kiri

Zakat Penyuci Harta17Pelajaran

Semak Cepat

1 Pengertian zakat:• Bahasa: Subur, suci, berkat dan

berkembang• Syarak: Mengeluarkan sebahagian

daripada harta tertentu untuk diberikan kepada golongan yang berhak menerimanya dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak

2 Jenis harta yang diwajibkan zakat berserta contohnya:• Hasil pertanian seperti tanaman

dan buah-buahan. Contohnya, padi, gandum, barli, jagung, kurma dan anggur kering

• Binatang ternakan. Contohnya, kambing, biri-biri, lembu, kerbau dan unta

• Emas, perak dan mata wang. Contohnya, jongkong emas, syiling emas

• Perniagaan. Contohnya, perbankan Islam, koperasi.

• Harta rikaz dan galian. Contohnya, emas, perak, bijih timah,

petroleum dan bahan mineral 3 Syarat wajib zakat binatang ternakan:

• Dipelihara di padang rumput yang bebas seperti di tanah rizab kerajaan atau di padang rumput yang disewa dengan bayaran yang murah

• Tidak digunakan untuk bekerja seperti membajak sawah atau mengangkut barang, mengepam air dan sebagainya

4 Golongan yang berhak menerima zakat:• Fakir: Orang yang tidak

mempunyai harta yang mencukupi untuk keperluan dirinya termasuk makan, minum, pakaian dan tempat tinggal. Contohnya seseorang yang memerlukan RM10 sehari tetapi hanya memperoleh sekitar RM3 sahaja.

• Miskin: Orang yang hanya mampu menampung sebahagian sahaja daripada keperluan hidupnya. Contohnya seseorang yang memerlukan RM10 sehari, tetapi dia hanya meperoleh sekitar RM8 sahaja.

• Amil: Mereka yang dilantik oleh pemerintah untuk mengumpul dan mengagihkan zakat.

Aidilfitri dan Aidiladha18Pelajaran

Semak Cepat

1 Maksud:• Solat sunat Aidilfitri: Solat sunat 2

rakaat yang dilakukan oleh umat Islam pada pagi 1 Syawal

• Solat sunat Aidiladha: Solat sunat 2 rakaat yang ditunaikan pada pagi 10 Zulhijjah

2 Amalan yang disunatkan semasa menyambut hari raya:• Menghidupkan malam raya

dengan ibadat seperti takbir, zikir, solat sunat tahajud dan membaca al-Quran

• Memakai wangi-wangian bagi

19

Jawapan.indd 19 08/10/2019 10:21:36

Page 20: Jawapan...2 Adab berdoa ialah: • Memulakan dan mengakhiri doa dengan memuji nama Allah SWT dan selawat ke atas Rasulullah SAW. 3 Contoh doa memohon kebaikan di akhirat: • Memohon

lelaki ketika keluar menunaikan solat hari raya

• Pada Hari Raya Aidilfitri, makan sedikit sebelum solat manakala pada Hari Raya Aidiladha, makan sedikit selepas solat

3 Hikmah pensyariatan hari raya:• Membesarkan Allah SWT atas

kurniaan nikmat iman dan Islam• Tanda syukur daripada seorang

hamba terhadap penciptanya• Melahirkan rasa kegembiraan

merayakan hari kebesaran Islam

Qiamullail Pemangkin Kekuatan Jiwa19

Pelajaran

Semak Cepat

1 Maksud qiamullail dan hukumnya:• Amalan bangun pada waktu

malam (menghidupkan malam) dengan beribadat kepada Allah SWT seperti bersolat, membaca al-Quran dan berzikir semata-mata mengharap keredaan Allah SWT.

• Hukumnya sunat 2 Amalan sunat yang boleh dilakukan

ketika qiamullail:• Memulakan qiamullail dengan

solat tahajud dua rakaat dan diikuti solat sunat yang lain seperti solat hajat, solat taubat dan solat tasbih

• Memperbanyak zikir, istighfar, membaca al-Quran dan berdoa

3 Kelebihan orang yang mengamalkan qiamullail:• Doa dimakbulkan Allah SWT• Menjadi hamba yang bersyukur

Solat Sunat Tahiyatul Masjid dan Solat Sunat Hajat20

Pelajaran

Semak Cepat

1 Pengertian solat sunat tahiyatul masjid:• Solat dua rakaat sebelum duduk

setiap kali masuk ke dalam masjid

2 Dalil naqli tuntutan solat sunat hajat:• Abu Hurairah r.a meriwayatkan

bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ركعتين ثم صلى الوضوء فأسبغ توضأ من

أعطاه اهللا عز وجل ما سأل معجل يتمهما

أو مؤخرا.

أحمد( )رواية

Terjemahan: Sesiapa berwuduk dengan sempurna, kemudian melakukan solat dua rakaat dengan sempurna, Allah SWT akan mengurniakan apa-apa sahaja yang dipohon sama ada cepat atau lambat.

3 Hikmah menunaikan solat sunat tahiyatul masjid:• Melatih diri supaya beradab

apabila berada di tempat-tempat mulia

• Memupuk sifat rendah diri sebagai tetamu di rumah Allah SWT

Perjanjian Hudaibiah dan Pembukaan Kota Mekah21

Pelajaran

Semak Cepat

Unit 1 Perjanjian Hudaibiah 1 Maksud “Bai’ah ar-Ridwan”:

• Perjanjian para sahabat untuk setia bersama dengan Rasulullah SAW dan tidak meninggalkan baginda

2 Isi kandungan Perjanjian Hudaibiah:• Rasulullah SAW tidak dibenarkan

mengerjakan umrah pada tahun tersebut, iaitu tahun keenam Hijrah. Mereka dibenarkan mengerjakan umrah pada tahun berikutnya

• Kedua-dua pihak tidak boleh berperang selama 10 tahun

• Mana-mana kabilah yang mengikat perjanjian dengan Rasulullah SAW turut tertakluk dengan perjanjian Hudaibiyah. Mana-mana kabilah yang mengikat perjanjian dengan

20

Jawapan.indd 20 08/10/2019 10:21:36

© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2020

Page 21: Jawapan...2 Adab berdoa ialah: • Memulakan dan mengakhiri doa dengan memuji nama Allah SWT dan selawat ke atas Rasulullah SAW. 3 Contoh doa memohon kebaikan di akhirat: • Memohon

Revisi Cepat PT3 Pendidikan Islam KSSM Tingkatan 1,2 & 3

Musyrikin Mekah, mereka juga tertakluk dengan perjanjian Hudaibiyah

3 Tindakan susulan Rasulullah SAW selepas Perjanjian Hudaibiah:• Rasulullah SAW membuka ruang

dakwah Islam dengan menghantar surat kepada kerajaan lain

• Rasulullah SAW mengikat perjanjian dengan kabilah-kabilah di sekitar Madinah

• Rasulullah SAW menumpukan perhatian kepada Yahudi di Khaibar

Semak Cepat

Unit 2 Pembukaan Kota Mekah 1 Strategi Rasulullah SAW untuk

memasuki Kota Mekah:• Perancangan pembukaan Kota

Mekah secara rahsia agar tidak diketahui oleh pihak Musyrikin Mekah

• Menyalakan 10,000 unggun api pada waktu malam untuk menimbulkan rasa gerun pihak musuh

• Membahagikan pasukan tentera kepada empat pasukan yang masuk ke Mekah mengikut arah yang berbeza

2 Langkah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW selepas pembukaan Kota Mekah:• Menunaikan tawaf dan

mengucup Hajarul Aswad serta memusnahkan 360 berhala yang berada di sekeliling Kaabah dengan menggunakan busurnya

• Berbaiah dengan penduduk Mekah di Bukit Sofa agar tidak melakukan syirik kepada Allah SWT, tidak mencuri, berzina dan membunuh anak

• Rasulullah SAW telah mengishtiharkan kemaafan kepada Musyrikin Mekah yang pernah mengingkari baginda

3 Faktor kejayaan Rasulullah SAW membuka Kota Mekah:

• Mimpi Rasulullah SAW sebelum Perjanjian Hudaibiah menjadi tanda pembukaan Kota Mekah semakin hampir

• Kesatuan tentera di bawah panji Islam tanpa mengira perbezaan suku kaum dan kabilah

• Ramai pemimpin Quraisy telah memeluk Islam sebelum pembukaan Kota Mekah seperti Abu Sufian dan Khalid bin Al-Walid

Tokoh Sahabat22Pelajaran

Semak Cepat

1 Gelaran Bilal bin Rabah: Abu Abdullah 2 Kepakaran Muaz bin Jabal: Antara

sahabat yang paling alim dalam ilmu halal dan haram serta al-Quran

3 Sifat Abdurrahman bin `Auf yang boleh kita contohi:• Berniaga dengan jujur dan amanah• Zuhud dan tawaduk

4 Iktibar yang boleh diambil daripada riwayat hidup Khalid bin al-Walid:• Kita hendaklah berjuang

bersungguh-sungguh untuk menegakkan ajaran Islam yang sebenar

Pemaaf Melunakkan Hati23Pelajaran

Semak Cepat

1 Maksud pemaaf:• Bahasa: Melepaskan atau

membebaskan• Istilah: Melepaskan seseorang

daripada kesalahan dan membebaskannya daripada hukuman

2 Contoh sikap pemaaf yang boleh kita contohi daripada Rasulullah SAW:• Rasulullah SAW sentiasa berlapang

dada memaafkan kesalahan orang

21

Jawapan.indd 21 08/10/2019 10:21:36

Page 22: Jawapan...2 Adab berdoa ialah: • Memulakan dan mengakhiri doa dengan memuji nama Allah SWT dan selawat ke atas Rasulullah SAW. 3 Contoh doa memohon kebaikan di akhirat: • Memohon

lain. Baginda memaafkan dan mendoakan penduduk Taif “Ya Allah, berilah petunjuk kepada kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui”.

3 Adab memohon maaf:• Bersegera memohon maaf

dengan cara bertemu muka dan bersalaman

• Mengakui kesalahan tanpa alasan dan memulangkan hak atau barang yang diambil

• Berazam tidak mengulangi kesalahan serta ikhlas memohon kemaafan

Qanaah Hiasan Peribadi24Pelajaran

Semak Cepat

1 Maksud qanaah dari segi bahasa dan istilah:• Bahasa: Reda• Istilah: Berasa cukup dan reda

dengan nikmat kurniaan Allah SWT

2 Dalil naqli berkenaan dengan sifat qanaah:• Abu Hurairah r.a meriwayatkan

bahawa Rasulullah SAW bersabda:

الغنى ولكن العرض كثرة عن الغنى ليس

النفس غنى

عليه( )متفق

Terjemahan: Kekayaan itu bukanlah dengan banyaknya harta, tetapi kekayaan itu adalah dengan kaya jiwa (hati yang selalu berasa cukup)

3 Sifat qanaah Rasulullah SAW yang boleh dijadikan contoh:• Rasulullah SAW berbaring di

atas tikar daun tanpa beralaskan apa-apa hingga berbekas badan baginda. Baginda menjawab persoalan Sayidina Abu Bakar dengan bersabda: “Tidakkah

engkau reda bagi mereka dunia dan bagi kita akhirat?”

Syukur Penyubur Iman25Pelajaran

Semak Cepat

1 Maksud syukur dari segi bahasa dan istilah:• Bahasa: Pujian• Istilah: Menzahirkan pujian

kepada Allah SWT terhadap nikmat yang dikurniakan serta mematuhi semua perintah-Nya

2 Contoh sifat syukur Rasulullah SAW:• Rasulullah SAW sentiasa

mengerjakan solat malam sehingga kaki Rasulullah SAW bengkak kerana berdiri terlalu lama

• Rasulullah SAW sentiasa menyeru umatnya supaya sentiasa bersyukur sama ada sesama makhluk atau kepada pencipta

3 Cara seorang Muslim bersyukur kepada Allah SWT:• Dengan hati: Yakin bahawa nikmat

yang diterima adalah daripada Allah SWT

• Dengan lisan: Menyebut dan memuji Allah SWT dengan berzikir

• Dengan amal perbuatan: Melakukan sujud syukur apabila mendapat nikmat atau terlepas daripada musibah

Adab Berkomunikasi26Pelajaran

Semak Cepat

1 Maksud komunikasi:• Bahasa: Perhubungan• Istilah: Perhubungan antara dua

individu atau lebih secara langsung atau melalui perantaraan seperti emel, surat, radio dan telefon

22

Jawapan.indd 22 08/10/2019 10:21:36

© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2020

Page 23: Jawapan...2 Adab berdoa ialah: • Memulakan dan mengakhiri doa dengan memuji nama Allah SWT dan selawat ke atas Rasulullah SAW. 3 Contoh doa memohon kebaikan di akhirat: • Memohon

Revisi Cepat PT3 Pendidikan Islam KSSM Tingkatan 1,2 & 3

2 Adab berkomunikasi dalam ajaran Islam:• Tidak melalaikan daripada

melakukan ibadat dan tanggungjawab seperti menjaga solat dan tidak mengabaikan perintah ibu bapa

• Menggunakan bahasa yang sesuai dan sopan seperti kata-kata berhikmah, nasihat serta menjauhi perdebatan dan gurauan berlebihan

3 Cadangan Jawapan KBAT Mewujudkan suasana aman dalam

masyarakat (Isi) supaya hubungan baik sesama mereka terjalin dengan lebih mesra (H). Hal yang demikian dapat mengelak perkara-perkara sensitif yang boleh memutuskan hubungan silaturrahim (HL). Oleh itu, kita hendaklah sentiasa beradab sopan ketika berkomunikasi supaya menjadi contoh kepada orang lain (K).

Adab Bemusafir27Pelajaran

Semak Cepat

1 Maksud musafir:

• Bahasa: Keluar• Istilah: Seseorang yang keluar

daripada kawasan bermukim menuju ke suatu tempat yang jaraknya melebihi 2 marhalah

2 Dalil naqli galakan bermusafir:• Allah SWT berfirman:

كيف ا و

نظر فٱ ض ر

ل ٱ ف ا و سي

قلق

خل

ل ٱ أ بد

(Surah al- ‘Ankabut: Ayat 20) Terjemahan: Katakanlah,

"Mengembaralah kamu di muka bumi serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya…"

3 Cadangan Jawapan KBAT Mematuhi adab-adab bermusafir yang

dituntut dalam Islam (Isi) seperti mengerjakan solat musafir dan berdoa sebelum memulakan perjalanan (H). Hal yang demikian dapat meningkatkan keyakinan kita kepada Allah SWT agar memudahkan urusan perjalanan kita (HL). Oleh itu, sebelum memulakan perjalanan perbetulkan niat kita hanya kerana Allah SWT agar diberi ganjaran pahala (K).

23

Jawapan.indd 23 08/10/2019 10:21:36