jati diri dalam kepimpinan sekolah

3
JATI DIRI DALAM KEPIMPINAN SEKOLAH 1. Pengetua Cemerlang diyakini mempunyai kepakaran mengurus dan memimpin sekolah dengan cemerlang untuk menuju kecemerlangan pendidikan. 2. Pengetua Cemerlang mestiterus meningkatkan dan memantapkan pengurusan sekolah untuk mencipta kecemerlangan sekolah ke tahap yang lebih tinggi. 3. Pendidikan tidak akan maju jika kita selesa dan berpuas hati dengan kejayaan sekarang. Kejayaan masa ini harus dijadikan landasan dan lonjakan untuk meneruskan usaha meningkatkan kualiti pendidikan yang dapat membawa Malaysia ke persada dunia. 4. Untuk kekal sebagai golongan pemimpin yang mampu membawa pendidikan negara ke tahap yang cemerlang, Pengetua Cemerlang mesti membina jati diri dan mengamalkan kepimpinan holistik. 5. Untuk membina keunggulan kepimpinan Pengetua Cemerlang, model Kepimpinan Taggart (2010) adalah lebih sesuai. Taggart menerangkan Kepimpinan Holistik seperti berikut: “Holistic Leadership is founded upon the premise that each of us must strive throughout our lifetime to become a balanced, centered individual who is able to effectively use the four principal components of leadership: teaching, directing, participating and nurturing.” (hal.19) Taggart menetapkan empat prinsip dalam kepemimpin holistik iaitu Pelajar(Teaching),Penunjuk Arah (Directing), Peserta (Participating) dan Pemupuk (Nurturing) seperti yang ditunjukkan.Keempat-empat prinsip berpusat kepada pemimpin sendiri. Keempat-empat prinsip Pelajar, Penunjuk Arah, Peserta dan Pemupuk mesti wujud bersama.Berdasarkan Model Kepimpinan Holistik, pemimpin sekolah tidak hanya mengutamakan fungsi sebagai pemimpin instruksional, malah mesti sentiasa mempraktikkan prinsip-prinsip Pelajar, Penunjuk Arah, Peserta dan Pemupuk.Untuk mempraktikkan prinsip-prinsip ini, Pengetua Cemerlang mesti membina jati diri. PEMBINAAN JATI DIRI PENGETUA CEMERLANG 6. Sebagai golongan pemimpin sekolah yang unggul, Pengetua Cemerlang mesti membina jati diri.Jati diri bermaksud kekuatan dalaman, keperibadian dan ciri-ciri yang dikaitkan dengan individu, golongan atau bangsa.Dengan membina jati diri, Pengetua Cemerlang memaparkan kekuatan dalaman, penampilan keperibadian yang terpuji dan ciri-ciri kepimpinan yang unik dan unggul. 7. Pemimpin sekolah yang mempunyai jati diri dan mengamalkan kepimpinan holistik akan mengelakkan kepincangan-kepincangan kepimpinan yang disebut

Upload: tengku-fariza-tengku-ibrahim

Post on 26-Oct-2015

604 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jati Diri Dalam Kepimpinan Sekolah

JATI DIRI DALAM KEPIMPINAN SEKOLAH

1. Pengetua Cemerlang diyakini mempunyai kepakaran mengurus dan memimpin sekolah dengan cemerlang untuk menuju kecemerlangan pendidikan.

2. Pengetua Cemerlang mestiterus meningkatkan dan memantapkan pengurusan sekolah untuk mencipta kecemerlangan sekolah ke tahap yang lebih tinggi.

3. Pendidikan tidak akan maju jika kita selesa dan berpuas hati dengan kejayaan sekarang. Kejayaan masa ini harus dijadikan landasan dan lonjakan untuk meneruskan usaha meningkatkan kualiti pendidikan yang dapat membawa Malaysia ke persada dunia.

4. Untuk kekal sebagai golongan pemimpin yang mampu membawa pendidikan negara ke tahap yang cemerlang, Pengetua Cemerlang mesti membina jati diri dan mengamalkan kepimpinan holistik.

5. Untuk membina keunggulan kepimpinan Pengetua Cemerlang, model Kepimpinan Taggart (2010) adalah lebih sesuai. Taggart menerangkan Kepimpinan Holistik seperti berikut:

 “Holistic Leadership is founded upon the premise that each of us must strive throughoutour lifetime to become a balanced, centered individual who is able to effectively use thefour principal components of leadership: teaching, directing, participating and nurturing.” (hal.19)

 

 

Taggart menetapkan empat prinsip dalam kepemimpin holistik iaitu Pelajar(Teaching),Penunjuk Arah (Directing), Peserta (Participating) dan Pemupuk (Nurturing) seperti yang ditunjukkan.Keempat-empat prinsip berpusat kepada pemimpin sendiri.

 

Keempat-empat prinsip Pelajar, Penunjuk Arah, Peserta dan Pemupuk mesti wujud bersama.Berdasarkan Model Kepimpinan Holistik, pemimpin sekolah tidak hanya mengutamakan fungsi sebagai pemimpin instruksional, malah mesti sentiasa mempraktikkan prinsip-prinsip Pelajar, Penunjuk Arah, Peserta dan Pemupuk.Untuk mempraktikkan prinsip-prinsip ini, Pengetua Cemerlang mesti membina jati diri. 

PEMBINAAN JATI DIRI PENGETUA CEMERLANG 

 

 

 

6. Sebagai golongan pemimpin sekolah yang unggul, Pengetua Cemerlang mesti membina jati diri.Jati diri bermaksud kekuatan dalaman, keperibadian

dan ciri-ciri yang dikaitkan dengan individu, golongan atau bangsa.Dengan membina jati diri, Pengetua Cemerlang memaparkan kekuatan dalaman, penampilan keperibadian yang terpuji dan ciri-ciri kepimpinan yang unik dan unggul.

 

7. Pemimpin sekolah yang mempunyai jati diri dan mengamalkan kepimpinan holistik akan mengelakkan kepincangan-kepincangan kepimpinan yang disebut oleh Zenger dan Folkman (2009) sebagai Ten fatal flaws that derail leaders.Kepincangan-kepincangan kepimpinan itu ialah pemimpin yang kurang bersemangat, berpuas hati dengan prestasi diri yang sederhana, tiada visi dan hala tuju yang jelas, tidak membuat pertimbangan yang wajar, tidak bekerjasama, tidak mempraktikkan apa yang dikata, menolak idea baru, tidak mengambil ikhtibar daripada kesilapan lepas, tiada kemahiran interpersonal dan gagal membangunkan kapasiti pengikut. 

 

8.Kepincangan kepimpinan yang disenaraikan oleh Zenger dan Folkman (2009) itu akan menggagalkan hasrat untuk membangunkan kualiti pendidikan negara.Sehubungan dengan itu, Pengetua Cemerlang mesti membina jati diri ke arah kepimpinan holistik.Pembinaan jati diri Pengetua Cemerlang meliputi tiga lapisan peningkatan keperibadian dan identiti diri seperti berikut: 

1.Kredibiliti Diri (Self-Credibility)2.Tabah (Resilience)3.Tangkas (Agile)

 

Empat Teras Kredibiliti Diri Pemimpin: 1. Integriti 2. Niat.   3.Kebolehan 4. Hasil 

Page 2: Jati Diri Dalam Kepimpinan Sekolah

Teras yang pertama, Integriti bermaksud sifat seseorang yang jujur, bercakap benar danmemberikan gambaran yang sebenar.

Teras yang kedua ialah Niat.Niat seseorang wujud dalam hati, sama ada niat yang baik atau niat yang tidak baik.Niat tidak boleh direka atau dipalsukan sebaliknya akan berkembang menjadi motif untuk sesuatu tindakan dan seterusnya menjadi agenda.

Teras yang ketiga ialah Kebolehan.Pemimpin yang mempunyai kredibiliti (credible) sentiasa menambahbaik kebolehan dirinya.

Covey mengklasifikasikan kebolehan kepada lima dimensi yang diakronimkan sebagai TASKSiaitu Talent, Attitude, Skills, Knowledge dan Style. 

Teras terakhir Kredibiliti Diri ialah Hasil.Pemimpin yang mempunyai kredibiliti (credible) berupayamenunjukkan hasil dan pencapaian organisasi yang dipimpin 

.9.Tabah (Resilience) 

Dalam pengurusan sekolah, Pengetua kerap menghadapi pelbagai isu murid, guru dan ibu bapa.Sudah tentu kadangkala Pengetua akan berhadapan dengan kekangan.Pengetua Cemerlang yang tabah dapat menguruskan keresahan dan gangguan emosi.Selain bersikap positif, optimis dan memaparkan emosi yang tenang, pemimpin yang tabah mempunyai hubungan yang baik dengan ahli keluarga, sahabat dan rakan sekerja.Sikap positif, optimis dan emosi yang tenang memberi keyakinan kepada guru, staf dan ibu bapa terhadap kita.Hubungan yang baik dengan ahli keluarga, sahabat dan rakan sekerja pula membantu kita menguruskan kerungsingan dan keresahan kerja. 

10.Tangkas (Agile) 

Pengurusan sekolah ini tidak statik tetapi sentiasa berkembang dan berubah.Transformasi pendidikan, transformasi pentaksiran, MBMMBI dan sebagainya, dilaksanakan pada peringkat sekolah. Menurut Joiner dan kkpmx01ephs (2007), ketangkasan kepemimpinan (leadership agility) bermaksud keupayaan untuk memimpin dengan berkesan dalam keadaan perubahan yang pantas dan kompleks.Dengan kata lain, ketangkasan bererti kelincahan untuk menggerakkan sumber dan jentera organisasi untuk berubah dan mengikuti perkembangan global.Pemimpin mesti tangkas menangani tuntutan perubahan dengan menerima inovasi dan kreativiti, sesuai dengan kehendak pelanggan. 

Bagi membina jati diri yang tangkas, Pengetua Cemerlang perlu mengkaji persekitaran, menjangka perubahan yang penting dan menentukan langkah yang perlu diambil.Pemimpin juga mesti berupaya menggemblengkan tenaga sumber manusia di sekolah, bekerja secara kolaborasi dan membina komitmen guru dan staf.Untuk membangunkan kapasiti guru dan staf, Pengetua Cemerlang perlu memudah cara untuk membina komuniti pembelajaran. 

Penutup 

Untuk menjayakan transformasi pendidikan dan meneruskan budaya kecemerlangan murid, perubahan mesti bermula di sekolah.Pengetua Cemerlang tiada pilihan melainkan menjadi Pemimpin Holistik.Maka Pengetua Cemerlang mesti bermula dengan transformasi diri dahulu iaitu membina jati diri yang kuat.Pengetua Cemerlang mesti meningkatkan kredibiliti diri, ketabahan dan ketangkasan dalam pengurusan sekolah dan seterusnya mengamalkanKepimpinan Holistik.Pengetua Cemerlang perlu melaksanakan prinsip-prinsip yang lain, iaitu sebagai Pelajar, Penunjuk Arah, Peserta dan Pemupuk.Dengan mengamalkan Kepimpinan Holistik, Pengetua Cemerlang akan pasti berjaya menggemblengkan sumber dan tenaga di sekolah dan komuniti demi kecemerlangan sekolah.