(jalan dakwah) meneladani imam syahid hassan al-banna

4
8/6/2019 (Jalan Dakwah) Meneladani Imam Syahid Hassan Al-Banna http://slidepdf.com/reader/full/jalan-dakwah-meneladani-imam-syahid-hassan-al-banna 1/4 1 MENELADANI ASY-SYAHID IMAM HASSAN AL-BANNA Oleh: Kamarul Azami bin Mohd Zaini ( http://kamarulazami.blogspot.com  ) Untuk Usrah SISMA 10 Mac 2011 bersamaan 5 Rabiul Akhir 1432 Lima Puluh Tahun Di Atas Jalan Pernah atau tidak diri kita bertanya, adakah aku menghabiskan usiaku dengan cara bermanfaat atau sekadar habis di atas kenderaan kerana kesesakan lalulintas atau perjalanan yang panjang setiap hari? Adakah ia berbaloi dengan panjang masa yang telah Allah s.w.t. anugerahkan kepada kita? Persoalan ini mungkin pernah menjengah kita semua untuk memberikan peringatan agar jangan sesekali kita membuang masa untuk perkara yang amat kurang faedahnya. Mudah-mudahan, usrah SISMA yang telah kita bentukkan dan gerakkan ini, akan menjadi tempat mengukuh, mempertingkatkan hidup kita kepada cara yang lebih baik dan bermanfaat. Pada awalan kita memulakan usrah bersama, kita telah membincangkan marhalah-marhalah yang ada secara umum. Pengalaman yang dikongsikan sendiri oleh Ustaz Mustafa Mahsyur bersama saratnya pengalaman beliau bersama Ikhwanul Muslimin serta Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna. Lima puluh tahun lamanya. Kemudian, perbincangan kita terarah pula kepada perkara-perkara yang mampu menyebabkan usaha dakwah ini menyeleweng dari perkara sebenar. Peringkat demi peringkat diperjelaskan beliau yang dituruti dengan halangan dan rintangan yang mungkin kita akan hadapi dan mehnah serta tribulasi dalam melalui jalan dakwah ini yang sedang menanti kita semua. Kesemua perbincangan ini, apa yang bersama kita harus fahamai adalah sebenarnya kata-kata nasihat dari senior dakwah kita yang telah melalui satu proses yang sehingga ke hari ini masih berjalan dan berlangsung, dan di dalam hati mereka, tiada sebarang keraguan bahawasanya, Islam itu pasti akan tertegak  jua akhirnya. Firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-Ahzab ayat 22 24 menjelaskan; (22) Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka, Inilah yang telah dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kami dan benarlah apa yang telah dijanjikan  ) Allah dan Rasul-Nya. Dan angkatan tentera musuh yang mereka lihat  ) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat -bulat kepada  Allah. (23) Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah untuk berjuang membela Islam  ); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu lalu gugur syahid  )  , dan di antaranya ada yang menunggu giliran  ; dan mereka pula tidak mengubah apa yang mereka janjikan itu  ) sedikitpun. (24) Berlakunya yang demikian  ) 

Upload: kamarul-azami-bin-mohd-zaini

Post on 08-Apr-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: (Jalan Dakwah) Meneladani Imam Syahid Hassan Al-Banna

8/6/2019 (Jalan Dakwah) Meneladani Imam Syahid Hassan Al-Banna

http://slidepdf.com/reader/full/jalan-dakwah-meneladani-imam-syahid-hassan-al-banna 1/4

1

MENELADANI ASY-SYAHID IMAM HASSAN AL-BANNA

Oleh: Kamarul Azami bin Mohd Zaini ( http://kamarulazami.blogspot.com )

Untuk Usrah SISMA 10 Mac 2011 bersamaan 5 Rabiul Akhir 1432

Lima Puluh Tahun Di Atas Jalan 

Pernah atau tidak diri kita bertanya, adakah aku menghabiskan usiaku dengan cara bermanfaat atau

sekadar habis di atas kenderaan kerana kesesakan lalulintas atau perjalanan yang panjang setiap hari?

Adakah ia berbaloi dengan panjang masa yang telah Allah s.w.t. anugerahkan kepada kita? Persoalan ini

mungkin pernah menjengah kita semua untuk memberikan peringatan agar jangan sesekali kita membuang

masa untuk perkara yang amat kurang faedahnya. Mudah-mudahan, usrah SISMA yang telah kita bentukkan

dan gerakkan ini, akan menjadi tempat mengukuh, mempertingkatkan hidup kita kepada cara yang lebih

baik dan bermanfaat.

Pada awalan kita memulakan usrah bersama, kita telah membincangkan marhalah-marhalah yang

ada secara umum. Pengalaman yang dikongsikan sendiri olehUstaz Mustafa Mahsyur bersama saratnya

pengalaman beliau bersama Ikhwanul Muslimin serta Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna. Lima puluh tahun

lamanya. Kemudian, perbincangan kita terarah pula kepada perkara-perkara yang mampu menyebabkan

usaha dakwah ini menyeleweng dari perkara sebenar. Peringkat demi peringkat diperjelaskan beliau yang

dituruti dengan halangan dan rintangan yang mungkin kita akan hadapi dan mehnah serta tribulasi dalam

melalui jalan dakwah ini yang sedang menanti kita semua.

Kesemua perbincangan ini, apa yang bersama kita harus fahamai adalah sebenarnya kata-kata

nasihat dari senior dakwah kita yang telah melalui satu proses yang sehingga ke hari ini masih berjalan dan

berlangsung, dan di dalam hati mereka, tiada sebarang keraguan bahawasanya, Islam itu pasti akan tertegak

 jua akhirnya. Firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-Ahzab ayat 22 24 menjelaskan;

(22) Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka, Inilah

yang telah dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kami dan benarlah ( apa yang telah dijanjikan ) Allah

dan Rasul-Nya. Dan ( angkatan tentera musuh yang mereka lihat  ) itu tidak memberi sebarang kesan

kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat -bulat kepada

 Allah. (23) Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah

dijanjikannya kepada Allah ( untuk berjuang membela Islam ); maka di antara mereka ada yang telah

selesai menjalankan janjinya itu ( lalu gugur syahid  ) , dan di antaranya ada yang menunggu giliran ; dan

mereka pula tidak mengubah ( apa yang mereka janjikan itu ) sedikitpun. (24) ( Berlakunya yang demikian ) 

Page 2: (Jalan Dakwah) Meneladani Imam Syahid Hassan Al-Banna

8/6/2019 (Jalan Dakwah) Meneladani Imam Syahid Hassan Al-Banna

http://slidepdf.com/reader/full/jalan-dakwah-meneladani-imam-syahid-hassan-al-banna 2/4

2

Supaya Allah membalas orang-orang yang benar disebabkan kebenaran mereka, dan menyeksa orang-

orang yang munafik jika ia kehendaki, atau ia menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah

Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Ahzab 33: 22 24)

Sepanjang sejarah pergerakan Ikhwanul Muslimin, Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna tidak nyenyak

di dalam tidurnya kerana memikirkan usaha dakwah yang harus dilakukan dan disampaikan kepada seluruh

masyarakat. Beliau telah memulakan usaha dakwahnya dan mengakhiri hidupnya dengan syahid. Usahanya

membentuk peribadi yang benar-benar kuat pegangan aqidah serta ikatan persaudaraan yang sangat kukuh

dikalangan pejuang agama ini, terbukti mampu menggerakkan usaha dan perjuangan yang telah didahului

oleh Rasulullah s.a.w..

Beberapa Petunjuk Di Atas Jalan Dakwah 

Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna memberikan peringatan bahawa setiap tindakan kita sudah punya

petunjuk dan sumber yang sangat suci dan bersih yakni Al-Quran dan As-Sunnah. Maka, yakinilah pesan

beliau, bahawa selagi keduanya menjadi sumber rujukan dan pegangan, maka jalan dakwah ini tidak akan

malap bahkan jika kita meninggalkannya, pasti Allah akan menggantikan kita dengan mereka yang lebih baik.

Oleh kerana itu, berlaku banyak perkara sehinggakan terdapat dikalangan kita yang sanggup kafir mengkafir

hanya kerana ingin meletakkan siapa lebih baik. Hentikanlah, kerana ini hanya berkenaan dengan perkara-

perkara furu yang akhirnya tidak mendatangkan sebarang kebaikan kepada ummat Islam.

 Beliau juga berpesan agar tidak terburu-buru dalam menjalankan usaha dakwah, ia amat

bersesuaian dengan firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-Baqarah ayat 75;

( Sesudah kamu - Wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu - mengetahui tentang kerasnya hati 

orang-orang Yahudi itu ) Maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada

seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang

mendengar Kalam Allah (T aurat  )  , kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah

mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui ( bahawa perbuatan itu salah )?  (Al-Baqarah 2: 75)

Faktor Zaman

Ini adalah pesan Allah s.w.t. agar kita tidak tamak dalam menyebarkan Islam. Haruslah kita ingati

bahawa, ia perlu dilakukan secar berterusan, bukan dikira berapa yang mengikutinya. Ramai orang yang

mempersoalkan, telah berpuluh tahun usaha dakwah ini dijalankan, namun tidak dapat terlihat pun

Page 3: (Jalan Dakwah) Meneladani Imam Syahid Hassan Al-Banna

8/6/2019 (Jalan Dakwah) Meneladani Imam Syahid Hassan Al-Banna

http://slidepdf.com/reader/full/jalan-dakwah-meneladani-imam-syahid-hassan-al-banna 3/4

3

bangunan utuh Islam yang terbina dalam bentuk empayar pemerintahan walaupun sekadr sebuah negara

yang dipimpin oleh kepimpinan yang benar-benar Islam.

Umur dakwah bukan dikira dari segi berapa usia individu yang melakukannya, tetapi umur ummah

dan pendakwahannya. Segalanya adalah di dalam percaturan Allah s.w.t. Sudah berapa ramai yang syahid

dengan terbentuknya jalan ini. Kelahiran gerakan-gerakan Islam hari ini yang dipelopori oleh Ikhwanul

Muslimin ini, merupakan hadiah dan anugerah Allah s.w.t. kepada ummat manusia setelah runtuhnya

pemerintahan Turki Uthmaniah pada tahun 1942. Gerakan Ikhwanul Muslimin yang memulakan pergerakan

dalam tahun 1928 sehingga hari ini bukanlah satu kuasa baru mahupun jamaah semata-mata tetapi menurut

Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna, ia lebih kepada lahirnya roh baru, jiwa baru mencabar dalam tubuh

ummah ini lalu memperbaharui hidupnya.

Tab

iat Marhalah Ini

Sebagaimana yang kita fahami, apabila kita masih belum melihat bangunan yang terbina, bermakna

kita masih berada pada peringkat awal pembinaan dan pemasakan dasar yang merupakankerja paling sukar

dan mendatangkan kesan besar selepas bangunan disiapkan. Maka yang perlu pada kita adalah usaha yang

tidak pernah kenal erti penat dan lelah dalam menjadikan diri ini lebih baik dan biarlah ianya berterusan.

  Dan katakanlah ( Wahai Muhammad  )  , Beramalah kamu ( akan segala yang diperintahkan )  , maka Allah

dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan

dikembalikan kepada (  Allah ) yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian ia

menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan. (At-Taubah 9: 19-05)

Zaman Ini Kepentingan Dakwah Islam 

Inilah zaman kebangkitan ummat. Pasti kita merasainya. Ia berlaku dimana sahaja. Sehinggakan

mendatangkan ketakutan bagi musuh-musuh Islam. Walaupun dunia melihat Palestin itu mengecil, tetapi

dari segi pengIslaman masyarakat seluruh dunia ternyata Islam semakin berkembang dan membesar.

Manusia telah mula menolak cara hidup yang tidak mendatangkan manfaat dan hari ini kita boleh melihat

kejatuhan nilai dalam kemasyarakatan yang membawa kepada pencarian kehidupan yang lebih menyeluruh.

Maka usaha kita harus terus dan buangkanlah penghalang kepada urusan dakwah ini. Baikilah akhlak dan

 jadikanlah Islam sebagai pegangan hidup dan cara hidup.

Page 4: (Jalan Dakwah) Meneladani Imam Syahid Hassan Al-Banna

8/6/2019 (Jalan Dakwah) Meneladani Imam Syahid Hassan Al-Banna

http://slidepdf.com/reader/full/jalan-dakwah-meneladani-imam-syahid-hassan-al-banna 4/4

4

 Dan adakah orang yang mati  ( hatinya dengan kufur  )  , kemudian Kami hidupkan dia semula ( dengan

hidayah petunjuk  )  , dan Kami jadikan baginya cahaya ( iman ) yang menerangi  ( sehingga dapatlah ia

membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah ) ia berjalan dengan suluhan cahaya itu

dalam masyarakat manusia, ( adakah orang yang demikian keadaannya ) sama seperti yangtinggal tetap

di dalam gelap-gelita ( kufur  )  , yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya?  Demikianlah

( sebagaimana iman itu diperlihatkan keelokannya kepada orang-orang yang beriman ) , diperlihatkan pula

  pada pandangan orang-orang yang kafir itu akan keelokan apa yang mereka telah lakukan ( dari 

 perbuatan kufur dan segala jenis maksiat  ). (Al-Anam 6: 122) 

 ...Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat -Ku

kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu... (Al-Maidah 5: 3)

Rintangan Yang H

ebat

 Ia menurunkan air  ( hujan ) dari langit, lalu membanjiri tanah-tanah lembah ( dengan airnya ) menurut 

kadarnya yang ditetapkan T uhan untuk faedah makhluk-Nya, kemudian banjir itu membawa buih yang

terapung-apung. dan dari benda-benda yang dibakar di dalam api untuk dijadikan barang perhiasan atau

 perkakas yang diperlukan, juga timbul buih seperti itu. Demikianlah Allah memberi misal perbandingan

tentang perkara yang benar dan yang salah. Adapunbuih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut 

terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi.

Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan. (Ar-Rad 13: 17)

Perjalanan ini tidak mudah. Tugas kita adalah meneruskan usaha dakwah dan mengharapkan

bantuan dari Allah s.w.t.. Untuk mendapatkan bantuan dari Allah s.w.t. marilah kita sentiasa melakukan

taubat nasuha, sentiasa bermujahadah, membina sifat-sifat terpuji serta sentiasa mengharapkan bantuan

dari Allah s.w.t. La haulawala quwwata illa billah. Inilah jalan dakwah dan inilah usaha demi masa hidup kita

di akhirat. Laluilah dengan ketabahan, kecekalan dan istiqamah.