jabatan perlindungan hidupan liar dan taman negara ... · aduan dengan segera ke pejabat...

32
1 JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA (PERHILITAN) NEGERI PERLIS DOKUMEN SEBUT HARGA: JPHL&TN(Ps):SH(B)03/2018 KERAJAAN MALAYSIA JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA (PERHILITAN) SEMENANJUNG MALAYSIA NO. SEBUT HARGA:JPHL&TN(Ps):SH(B)03/2018 SEBUT HARGA B: PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN DI PUSAT PENDIDIKAN BIODIVERSITI WANG PINANG, PERLIS

Upload: others

Post on 11-Sep-2019

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA (PERHILITAN)

NEGERI PERLIS

DOKUMEN SEBUT HARGA: JPHL&TN(Ps):SH(B)03/2018

KERAJAAN MALAYSIA JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA (PERHILITAN)

SEMENANJUNG MALAYSIA

NO. SEBUT HARGA:JPHL&TN(Ps):SH(B)03/2018

SEBUT HARGA B: PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN DI PUSAT PENDIDIKAN BIODIVERSITI WANG PINANG, PERLIS

2

PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH DALAM DOKUMEN PEROLEHAN KERAJAAN

i) Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau

menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694). Any act or attempt to corruptly offer or give, solicit or receive any gratification to and from any person in connection with this procurement is a criminal offence under the Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 (Act 694).

ii) Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai polis yang berhampiran.Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694). If any person offers or gives any gratification to any members of the public service, the latter shall at the earliest opportunity thereafter lodge a report at the nearest office of the Malaysia Anti-Corruption Commission or police station. Failure to do so is an offence under the Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 (Act 694).

iii) Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694). Without prejudice to any other action, disciplinary action against a member of the public service and blacklisting of the contractor or supplier may be taken if the parties are involved with any act of corruption under the Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 (Act 694).

iv) Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694). Any contractor or supplier who makes a claim for payment in relation to this procurement although no work was carried out or no goods were supplied or no services rendered in accordance with the specifications and any member of the public service who certifies the claim commits an offence under the Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 (Act 694).

3

SEBUT HARGA B: PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN DI PUSAT PENDIDIKAN BIODIVERSITI WANG PINANG, PERLIS

DOKUMEN SEBUT HARGA:JPHL&TN(Ps):SH(B)03/2018

JADUAL KANDUNGAN

PERKARA NO. DOKUMEN MUKA SURAT

LAMPIRAN Q 4

SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA 1 6 ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA 2 13 PENENTUAN SPESIFIKASI BORANG JADUAL HARGA

3 4

16

22 BORANG KETERANGAN MENGENAI PENYEBUT HARGA

5 23

BORANG PENGISYTIHARAN STATUS PENDAFTARAN GST

6 27

SURAT AKUAN PENYEBUT HARGA LAMPIRAN A 28

SENARAI BANGUNAN DAN KAWASAN YANG PERLU DIPASANG MORSE WATCHMAN CLOCK (MWC) / PUNCH CLOCK

LAMPIRAN 1 29

KELENGKAPAN DAN PERALATAN

LAMPIRAN 2 30

LOKASI ‘MORSE WATCHMAN CLOCK’ (WMC)/PUNCH CLOCK DI PUSAT PENDIDIKAN BIODIVERSITI WANG PINANG, PERLIS

LAMPIRAN 3 31

4

LAMPIRAN Q (ARAHAN PERBENDAHARAAN 170)

Bila menjawab, sila nyatakan nombor ini

(Kew. 284-Pin. 5/94)

KERAJAAN MALAYSIA

NEGERI PERLIS

SEBUT HARGA UNTUK BEKALAN/PERKHIDMATAN

Dokumen ini hendaklah disifatkan menjadi dan dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian daripada Perjanjian Sebut Harga.

Kepada (nama syarikat) Pelawaan sebut harga dikeluarkan oleh : ........................................................ ........................................................ Pengarah ........................................................ Jabatan PERHILITAN Negeri Perlis, ........................................................ Persiaran Wawasan, No. Telefon........................................ 01000 Kangar, Perlis. No. Pendaftaran dengan Kementerian No. Telefon : 04-9761813 Kewangan……………………………… Kod Bidang Pendaftaran yang relevan dengan perkhidmatan ini: 220801 Tarikh: 23 November 2017 1. Sila beri sebut harga untuk bekalan/perkhidmatan yang disenaraikan di bawah tertakluk

kepada syarat-syarat yang ditetapkan:- 1.1 Syarat penyerahan/penyempurnaan: Seperti di Dokumen No. 1 1.2 Tarikh penyerahan/penyempurnaan dikehendaki adalah tidak lewat jam 12.00 tengah hari

pada 28 November 2017 (Selasa) 1.3 Arahan pengiriman: Seperti di Dokumen No. 1 1.4 Sebut harga boleh dikemukakan melalui surat, faks atau emel seperti di bawah:

Pengarah Jabatan PERHILITAN Negeri Perlis Persiaran Wawasan, 01000 Kangar, Perlis. No. Faks : 04-9770689 Emel : [email protected]

1.5 Tempoh sahlaku sebut harga hendaklah 90 hari selepas tarikh tutup.

Tarikh: 23 November 2017 Tandatangan : t.t Nama Pegawai : MOHAMAD AFFENDI BIN IBRAHIM Jawatan : Pengarah Jabatan PERHILITAN Negeri Perlis

No. Sebut Harga: JPHL&TN(Ps):SH(B)03/2018

5

Bil Perihal bekalan dan Syarat-

syarat Khas Unit

Ukuran Kuantiti /

Kekerapan

Kadar Sehari (RM)

Kadar Sebulan

(RM)

Kadar 12 Bulan (RM)

Untuk diisi oleh Kementerian/Jabatan Untuk diisi oleh Penyebut Harga

1.

PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN DI PUSAT PENDIDIKAN BIODIVERSITI WANG PINANG, PERLIS TAHUN 2018 Tarikh penyerahan / penyempurnaan ditawarkan adalah selama Dua Belas (12) bulan. * Sila sertakan sesalinan Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia.

Rujuk

Dokumen No. 3

Rujuk

Dokumen No. 4

JUMLAH

………………..

(i) Harga yang ditawarkan adalah harga bersih dan hendaklah dikemukakan tanpa kenaan

GST; dan (ii) Tempoh perkhidmatan yang perlu dilaksanakan ialah Dua Belas (12) bulan.

Saya/kami dengan ini menawarkan untuk melaksanakan bekalan/perkhidmatan di atas dengan harga dan syarat-syarat yang dinyatakan di atas tertakluk kepada syarat-syarat di atas dan di belakang ini.

Tarikh: ……………………..

Mustahak – Lihat Syarat-syarat Am Di Belakang

Tandatangan Penyebut Harga : ………………………..….…. Nama : ………..………………….…. No. K/P : ………….…….…….…….… Alamat Syarikat : …………….…………….…..

6

SEBUT HARGA B: PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN DI PUSAT PENDIDIKAN BIODIVERSITI WANG PINANG, PERLIS

DOKUMEN SEBUT HARGA:JPHL&TN(Ps):SH(B)03/2018

SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA DOKUMEN NO. 1

SYARAT-SYARAT AM

Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh Penyebut Harga. 1. SKOP PERKHIDMATAN

Perkhidmatan hendaklah dilaksanakan sepanjang tempoh kontrak/perjanjian seperti berikut:

a. menurut skop kerja yang telah ditetapkan iaitu mengikut spesifikasi sepertimana yang dinyatakan dalam Dokumen No. 3;

b. di Premis yang telah ditetapkan iaitu di perkara 1.2 Syarat-syarat Khas; c. mengikut masa yang ditetapkan dalam Dokumen No. 4; dan d. membekalkan kelengkapan dan peralatan seperti dalam Lampiran 2.

2. HARGA

2.1. Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun dan kos tambahan yang berkaitan; dan

2.2. Harga hendaklah dikemukakan tanpa kenaan GST. 3. PERSETUJUAN

Penyebut Harga adalah disifatkan telah membaca sebut harga ini dan telah berpuas hati tentang peralatan yang perlu, risiko dan segala hal yang mempengaruhi dan menjejaskan tawaran sebut harga, sebelum mengambil bahagian dalam sebut harga ini.

4. PERAKUAN MENYATAKAN SPESIFIKASI TELAH DIPATUHI

Penyebut Harga dikehendaki memperakui bahawa perkhidmatan yang dibekalkan oleh mereka adalah mengikut spesifikasi atau piawai yang dinyatakan di dalam pelawaan ini.

5. PENGIKLANAN Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana sebut harga boleh

disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah, atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri terlebih dahulu.

6. TAFSIRAN Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan

mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan Penyebut Harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai sebut harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

7

7. CUKAI

7.1 Penyebut Harga hendaklah menawarkan harga sebut harga tanpa mengambil kira

bayaran cukai di bawah Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan 2014 (Goods and Services Tax Act 2014-Akta GST 2014) (selepas ini dirujuk sebagai Harga Sebut Harga Tanpa GST). Meskipun demikian Penyebut Harga masih bertanggungan untuk mengambil kira dalam Harga Sebut Harga Tanpa GST tersebut bagi bayaran kos yang berkaitan dengan pematuhan kepada mana-mana peruntukan undang-undang, peraturan-peraturan, undang-undang kecil atau mana-mana perintah atau arahan yang dikeluarkan oleh mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan atau Syarikat Perkhidmatan Awam berkaitan dengan perolehan ini.

7.2 Penyebut Harga hendaklah mengisytiharkan status pendaftaran GST dengan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia pada tarikh tutup sebut harga. Untuk pengisytiharan tersebut, satu salinan surat kelulusan pendaftaran GST daripada Jabatan Kastam DiRaja Malaysia beserta dengan nombor pendaftarannya hendaklah dikemukakan bersama dengan Dokumen Sebut Harga pada tarikh tutup sebut harga.

7.3 Sekiranya Penyebut Harga yang berjaya didapati berdaftar di bawah Akta GST

2014, maka Kerajaan akan mengeluarkan Surat Setuju Terima (SST) dengan menawarkan Harga Sebut Harga Tanpa GST yang dicampurkan dengan kos kenaan cukai GST. Sebaliknya sekiranya Penyebut Harga yang berjaya tidak berdaftar di bawah Akta GST 2014, maka hanya Harga Sebut Harga Tanpa GST sahaja akan disetujuterima melalui SST.

7.4 Bagi Penyebut Harga yang mengisytiharkan tidak berdaftar di bawah Akta GST

2014, namun akan menjadi syarikat yang berdaftar di bawah Akta GST 2014 setelah Harga Sebut Harga Tanpa GST tersebut disetujuterima oleh Kerajaan, maka Penyebut Harga yang berjaya tersebut hendaklah memohon kepada Kerajaan bagi pelarasan harga berkaitan dengan kenaan GST semasa bagi baki Harga Kontrak yang dikenakan GST.

8

SYARAT–SYARAT KHAS

Penyebut Harga dikehendaki mematuhi syarat-syarat di bawah dan juga mengemukakan butir-butir yang dikehendaki dalam syarat-syarat (yang berkenaan).

1. UMUM

1.1 Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang seperti

berikut:

a. 220801 – Kawalan Keselamatan (Perlu lesen KDN)

1.2 Secara umumnya kerja-kerja perkhidmatan kawalan keselamatan adalah merangkumi kerja-kerja berikut:

a. Menyediakan perkhidmatan kawalan keselamatan tidak bersenjatapi di

bangunan Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang, Perlis serta kawasan sekelilingnya dua puluh empat (24) jam pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum manakala selama dua belas (12) jam pada hari bekerja biasa (Isnin hingga Jumaat) mulai jam 7.00 malam hingga 7.00 pagi;

b. Bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan bangunan dan semua peralatan

termasuk kenderaan yang terdapat di dalam kawasan berpagar.

1.3 Penyebut Harga adalah dikehendaki mengadakan sendiri pekerja-pekerja iaitu Pengawal Keselamatan dan membekalkan segala jenis kelengkapan dan peralatan sendiri seperti dalam Lampiran 2.

2. ANGGARAN LUAS

2.1 Penyebut Harga adalah digalakan untuk melakukan lawatan tapak untuk

memastikan keadaan sebenar keluasan kawasan bagi perkhidmatan kawalan keselamatan ini.

2.2 Bangunan dan kawasan yang terlibat disenaraikan di Lampiran 1.

2.3 Kawasan-kawasan yang terlibat dengan kawalan keselamatan adalah seluas lebih kurang 2.5 Ekar meliputi bangunan pejabat pentadbiran, blok asrama, kantin dan kawasan sekeliling Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang, Perlis.

3. TEMPOH KONTRAK

Kontrak ini adalah selama Dua Belas (12) bulan.

4. BIDANG KERJA

4.1 Mengadakan rondaan kawasan luar bangunan Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang

Pinang, Perlis dan kawasan sekeliling termasuk di bilik (pos) kawalan pintu masuk utama ke bangunan Pejabat Pentadbiran, Blok Asrama dan kantin setiap dua (2) jam serta merekodkan rondaan dalam buku yang disediakan. Pengawal dibenarkan masuk ke dalam kawasan dalaman bangunan sekiranya berlaku kecemasan dengan menggunakan kunci kecemasan.

9

4.2 Pengawal juga perlu mengunci 3 unit “Morse Watchmen Clock” di tempat yang telah

ditetapkan setiap dua (2) jam sekali semasa mengadakan rondaan. “Morse Watchmen Clock ” hendaklah disediakan oleh Penyebut Harga dan ditempatkan di kawasan yang akan ditetapkan.

4.3 Memastikan orang awam tidak memasuki tanpa kebenaran, kawasan sekitar dan

bangunan Pejabat Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang, Perlis pada setiap masa.

4.4 Kenderaan keluar/masuk perlu dicatat dan diperiksa sekiranya perlu. 4.5 Mengadakan kawalan di pos pintu masuk utama selama dua puluh empat (24) jam

sehari pada hari Sabtu, Ahad, hari pelepasan am dan cuti umum manakala dua belas (12) jam pada hari bekerja biasa.

4.6 Memastikan semua pintu dan tingkap dalam keadaan tertutup dan berkunci selepas

waktu pejabat dan mengemukakan laporan jika didapati ianya tidak ditutup dan dikunci kepada Pegawai Jabatan (Pentadbiran) keesokan harinya.

4.7 Melaporkan kepada Pegawai Jabatan jika berlaku kecemasan atau sebarang

kejadian yang tidak diingini serta merta. 4.8 Mematuhi sebarang arahan tambahan yang dikeluarkan oleh Pegawai Jabatan

(Pentadbiran) atau wakilnya dari masa ke semasa.

5. PEKERJA DAN PENYELIA 5.1 Dalam melantik Pengawal Keselamatan bagi melaksanakan perkhidmatan, Penyebut

Harga hendaklah;

a. memastikan pengambilan Pengawal Keselamatan bagi melaksanakan perkhidmatan ini adalah seperti mana yang digariskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Jabatan berhak untuk meminta Penyebut Harga menukar pekerja sehingga didapati syarat-syarat yang digariskan oleh KDN dipatuhi;

b. melantik Pengawal Keselamatan yang daripada kalangan warganegara Malaysia sahaja yang telah mendapat pengesahan kad pengenalan biometrik di mana-mana Jabatan Pendaftaran Negara;

c. memastikan kawalan keselamatan hendaklah diadakan mengikut bidang

kerja (perkara no.4) dan skop kerja (perkara 1.2) yang ditetapkan;

d. memastikan Pengawal Keselamatan memakai pakaian seragam yang diluluskan oleh KDN dan sentiasa menjaga ketrampilan diri bagi menjaga nama baik Kerajaan/Jabatan;

e. mengemukakan senarai nama Lembaga Pengarah Syarikat atau Pegawai-

pegawai Pentadbiran dan Pengurusan Syarikat atau Agennya dan pekerja iaitu Pengawal Keselamatan, nombor kad pengenalan dan satu (1) keping gambar ukuran ‘passport’ mereka kepada Jabatan sebelum kontrak berkuatkuasa. Sekiranya berlaku pertukaran atau pemberhentian Pengawal Keselamatan, langkah yang sama hendaklah juga diambil dan dimaklumkan kepada Jabatan sebelum memulakan tugas kontrak kawalan keselamatan;

10

f. tidak menggaji atau mengambil bekerja di bawah umur lapan belas (18) tahun atau melebihi 55 tahun sebagai Pengawal Keselamatan;

g. memastikan Pengawal Keselamatan yang dilantik fasih bertutur dan menulis

dalam Bahasa Malaysia;

h. memastikan Pengawal Keselamatan yang diambil bekerja tidak mempunyai rekod jenayah dan telah disahkan lulus tapisan keselamatan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Mana-mana Pengawal Keselamatan yang didapati tidak lulus tapisan keselamatan dalam tempoh yang ditetapkan tidak dibenarkan berkhidmat dan perlu diganti dengan serta-merta dengan Pengawal Keselamatan yang telah lulus tapisan keselamatan; dan

i. memastikan Pengawal Keselamatan yang dilantik berkelakuan baik,

bertatatertib, mematuhi peraturan-peraturan dan tidak melakukan perbuatan-perbuatan buruk, salah laku atau menyalahi undang-undang sepanjang Tempoh Kontrak/Perjanjian.

6. BAYARAN PERKHIDMATAN

6.1 Bayaran akan dibuat secara bulanan berdasarkan kerja kawalan dan rondaan sebenar oleh pekerja syarikat kawalan keselamatan.

6.2 Penyebut Harga hendaklah mengemukakan jumlah tuntutan bayaran perkhidmatan (invois/bil tuntutan) bagi setiap bulan selepas perkhidmatan dilaksanakan berserta dokumen lengkap (rekod Morse Watchmen Clock) kepada Kerajaan tidak lewat dari 10 haribulan bagi setiap bulan kalendar.

6.3 Pembayaran adalah tertakluk kepada syarat-syarat sebut harga ini.

7. SUB-SEWA ATAU SUB-KONTRAK DAN MENYERAH HAK KERJA Penyebut Harga yang berjaya tidak dibenarkan sama sekali memberi atau menyerahkan sebahagian atau sepenuhnya daripada perkhidmatan ini kepada mana-mana pihak atau menyerah hak apa-apa faedah di bawah kontrak ini tanpa terlebih dahulu mendapatkan persetujuan bertulis daripada pihak Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang, Perlis.

8. PEMETERI SETEM PERJANJIAN (STAMPING AGREEMENT)

Penyebut Harga yang berjaya dikehendaki membiayai sendiri perbelanjaan pemeteri setem perjanjian (Stamping Agreement) serta urusan yang berkaitan dengannya.

9. PERLINDUNGAN INSURANS

9.1. Syarikat hendaklah mengambil perlindungan insurans bagi setiap Pengawal Keselamatan dan mana-mana pekerjanya yang ditugaskan melaksanakan Perkhidmatan di bawah Perjanjian ini terhadap apa-apa kecederaan yang dialami oleh mereka semasa menjalankan tugas tersebut dan melainkan kecederaan tersebut disebabkan oleh kecuaian Kerajaan.

9.2 Syarikat hendaklah menanggung rugi Kerajaan terhadap semua tindakan atau

tuntutan yang berkenaan dengan kecederaan tersebut.

11

10. CARUMAN KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP) DAN CARUMAN PERKESO

10.1. Penyebut Harga yang berjaya dikehendaki dan bertanggungjawab mematuhi

semua Ordinan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Caruman PERKESO yang sedang berkuatkuasa seperti yang dikanunkan termasuk semua syarat dan peraturan pindaannya.

10.2. Penyebut Harga yang berjaya adalah bertanggungjawab sepenuhnya membayar semua caruman yang dikehendaki di bawah ordinan tersebut bagi semua kakitangan/ pekerja yang diambil.

11. TOLAKAN (SET-OFF)

11.1 Kerajaan berhak memotong Bayaran Perkhidmatan yang kena dibayar kepada

Penyebut Harga oleh Kerajaan sebagai tolakan daripada apa-apa wang yang perlu dibayar dan terhutang oleh Penyebut Harga mengikut Borang Jadual Harga (Dokumen No.4) sekiranya;-

a. Penyebut Harga gagal menempatkan Pengawal Keselamatan di Premis pada satu-satu masa;

b. Penyebut Harga tidak dapat menyediakan atau menempatkan bilangan Pengawal Keselamatan mengikut cara, masa dan tempat yang ditetapkan

c. Pengawal Keselamatan tidak menjalankan rondaan dan clocking (termasuk kelewatan melaksanakan rondaan dan clocking) di tempat-tempat yang telah ditetapkan;

d. berlakunya kehilangan atau kerosakan harta Kerajaan di Premis yang disebabkan oleh kecuaian, kelalaian atau salah laku Pengawal Keselamatan atau mana-mana pekerja;

e. peralatan atau kelengkapan yang disediakan oleh Penyebut Harga bagi tujuan Perkhidmatan di Premis tidak disediakan atau tidak berfungsi dan tidak disenggara dengan baik; atau

f. Pengawal Keselamatan tidak memakai pakaian seragam yang diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan tidak sentiasa berada dalam keadaan bersedia untuk melaksanakan Perkhidmatan semasa bertugas.

11.2 Jika jumlah tolakan tidak mencukupi bagi menampung tuntutan Kerajaan, Kerajaan berhak memotong Bayaran Perkhidmatan yang kena dibayar kepada Penyebut Harga Berjaya oleh Kerajaan bagi bulan seterusnya.

11.3 Sekiranya jumlah kehilangan atau kerosakan yang berlaku kepada harta benda

Jabatan/Kerajaan lebih besar jumlahnya daripada deposit cagaran yang ada, Penyebut Harga Berjaya adalah bertanggungjawab membayar ganti rugi seperti mana dinilaikan oleh pihak Jabatan/Kerajaan.

11.4 Sekiranya didapati Penyebut Harga Berjaya telah disenaraihitamkan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN), kontrak perkhidmatan ini akan terbatal dengan sendirinya dan dikenakan tindakan mengikut perundangan yang sedang berkuatkuasa.

12

12. PENAMATAN PERJANJIAN

Jabatan berhak menamatkan kontrak/perjanjian tersebut sekiranya Penyebut Harga

berada dalam keadaan berikut dan setelah menerima surat amaran daripada pihak Pusat

Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang, Perlis:-

a. Sekiranya Penyebut Harga masih gagal melaksanakan Perkhidmatan dengan sempurna dan memuaskan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan; atau

b. Sekiranya Penyebut Harga gagal untuk mematuhi atau melaksanakan mana-mana terma atau syarat-syarat sebut harga dan dalam kontrak/perjanjian; atau

c. Apabila Penyebut Harga diisytiharkan muflis oleh pihak yang sah; atau

d. Penyebut Harga gagal memulakan kerja selepas empat belas (14) hari dari tempoh mula kerja yang dinyatakan dalam kontrak kerja atau surat setuju terima.

13. UNDANG-UNDANG

Kontrak perkhidmatan ini adalah dibuat dan dikawal di bawah undang-undang Malaysia.

Saya/Kami bersetuju dengan dengan syarat–syarat di atas.

……………………………………................. (Tandatangan Penyebut Harga ) Nama : …………………………………………………..… Jawatan : ...……………………………………………..........

Cop Syarikat : Tarikh : ...………………………………………………….

13

SEBUT HARGA B: PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN DI PUSAT PENDIDIKAN BIODIVERSITI WANG PINANG, PERLIS

DOKUMEN SEBUT HARGA:JPHL&TN(Ps):SH(B)03/2018

ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA DOKUMEN NO. 2

1. HAK KERAJAAN UNTUK MENERIMA/MENOLAK SEBUT HARGA

Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu sebut harga. Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad.

2. CARA-CARA MELENGKAPKAN DOKUMEN SEBUT HARGA

2.1 Penyediaan Sebut Harga

Penyebut Harga adalah dikehendaki mengisi segala maklumat berikut dengan sepenuhnya: a) Tawaran Harga dan tandatangan Penyebut Harga dalam Lampiran Q; b) Tandatangan dalam Syarat-Syarat Sebut Harga (Dokumen No. 1); c) Tandatangan dalam Penentuan Spesifikasi (Dokumen No. 3); d) Harga dan tandatangan penyebut harga di Borang Jadual Harga (Dokumen

No. 4); e) Mengisi dengan lengkap Borang Keterangan Penyebut Harga (Dokumen

No. 5); f) Mengisi dengan lengkap Borang Pengisytiharan Status Pendaftaran GST

(Dokumen No. 6); g) Mengisi dan menandatangani Surat Akuan Penyebut Harga (Lampiran A); h) Profil Syarikat:

i. Salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); ii. Salinan sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia

(MOF) dalam kod bidang 220801 (Kawalan Keselamatan); iii. Salinan Lesen KDN (masih sah tempoh); iv. Salinan sijil Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan

Malaysia (PPKKM); v. Salinan sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera (MOF)

(sekiranya ada); vi. Salinan Pendaftaran GST dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia

(sekiranya ada); vii. Salinan dokumen sokongan pengalaman perkhidmatan yang berkaitan; viii. Ringkasan Eksekutif Syarikat; ix. Latar Belakang Syarikat; x. Carta Organisasi Syarikat; dan xi. Salinan penyata bank bagi tiga (3) bulan terkini yang disahkan oleh

bank yang mengeluarkan penyata bank.

Jika berlaku kesilapan dalam mengisi maklumat-maklumat di atas, penyebut harga hendaklah menandatangani ringkas semua pembetulan. Tawaran akan DITOLAK sekiranya Penyebut Harga tidak menandatangani ringkas terhadap pembetulan.

14

2.2 Penyerahan Dokumen Sebut Harga

a) Dokumen sebut harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri yang dicatatkan dengan No. SEBUT HARGA:JPHL&TN(Ps):SH(B)03/2018 serta tajuk sebut harga.

b) Dokumen sebut harga boleh atau dikemukakan melalui fax, pos, emel atau diserahkan dengan tangan (waktu pejabat bermula 8.00 pagi hingga 4.30 petang) dan mestilah tiba pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan (sebarang kelewatan adalah tanggungjawab Penyebut Harga).

c) Dokumen sebut harga yang diserahkan selepas masa yang ditetapkan,

berbangkit dari sebarang sebab tidak akan dipertimbangkan. 2.3 Penjelasan Lanjut

Sekiranya terdapat maklumat dalam dokumen sebut harga yang tidak jelas atau bercanggah, Penyebut harga boleh menghubungi Jabatan untuk penjelasan lanjut.

3. TAWARAN DAN DOKUMEN SEBUT HARGA

3.1 Dokumen tersebut mestilah mengandungi dan mengikut susunan perkara-

perkara di bawah. Pihak Jabatan berhak untuk menolak sebarang cadangan sebut harga yang tidak mematuhinya:-

a) Lampiran Q b) Syarat-Syarat Sebut Harga (Dokumen No.1) c) Penentuan Spesifikasi (Dokumen No.3) d) Borang Jadual Harga (Dokumen No. 4) e) Borang Keterangan Penyebut Harga (Dokumen No. 5) f) Borang Pengisytiharan Status Pendaftaran GST (Dokumen No.6) g) Surat Akuan Penyebutharga (Lampiran A) h) Brosur Barangan/Perkhidmatan i) Profil Syarikat

3.2 Kegagalan mengemukakan tawaran sebut harga seperti dinyatakan perenggan 3.1 akan menyebabkan tawaran sebut harga DITOLAK.

4. PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan urusan sebut harga ini hendaklah dirujuk kepada:

Pengarah Jabatan PERHILITAN Negeri Perlis Persiaran Wawasan, 01000 Kangar, Perlis (u/p: Osman Bin Bakar) No. Telefon :604-9761813 (Kangar)/ 604-9855530 (PPBD Wang Pinang) No. Faks :604-9770689

15

5. PERBELANJAAN PENYEDIAAN SEBUT HARGA

Semua perbelanjaan bagi penyediaan sebut harga ini hendaklah ditanggung oleh Penyebut Harga.

6. TEMPOH SAH SEBUT HARGA

Sebut Harga ini sah selama 90 hari dari tarikh tutup Sebut Harga. Syarikat tidak boleh menarik balik Sebut Harga sebelum tamat tempoh sah Sebut Harga. Tindakan tatatertib melalui Kementerian Kewangan Malaysia akan diambil sekiranya Syarikat menarik balik tawaran Sebut Harga sebelum tamat tempoh sah Sebut Harga.

7. PERINGATAN

(a) Tawaran sebut harga yang lewat tidak akan dipertimbangkan;

(b) Sebarang kelewatan yang melibatkan penghantaran melalui perkhidmatan pos adalah tanggungjawab penyebut harga;

(c) Dokumen yang tidak lengkap, tidak mengikut arahan dan tidak teratur akan

DITOLAK; dan

(d) Jabatan tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran daripada Penyebut Harga. Keputusan yang dikeluarkan adalah muktamad.

16

SEBUT HARGA B: PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN DI PUSAT PENDIDIKAN BIODIVERSITI WANG PINANG, PERLIS

DOKUMEN SEBUT HARGA:JPHL&TN(Ps):SH(B)03/2018

PENENTUAN SPESIFIKASI DOKUMEN NO. 3

1. SYARAT SYARAT AM

Perkhidmatan kawalan keselamatan yang diperlukan di Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang, Perlis meliputi tugas:-

a. Menyediakan perkhidmatan kawalan keselamatan (tidak bersenjata api) 12 jam

bagi Isnin hingga Jumaat dan 24 jam bagi Sabtu, Ahad, Cuti Umum dan Pelepasan Am di keseluruhan bangunan dan kawasan Pejabat Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang, Perlis;

b. Bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan semua bangunan, peralatan

termasuk kenderaan yang terdapat di dalam kawasan serta pelawat yang berada dalam kawasan dan sekitarnya berada di dalam keadaan baik;

c. Memantau serta mengawasi pelawat-pelawat daripada melakukan aktiviti-aktiviti

tidak sihat seperti melakukan maksiat, membuang sampah, vandalisme, serta lain-lain perkara yang bercanggah dengan peraturan-peraturan dan Undang-undang Malaysia. Pelawat-pelawat yang melakukan kesalahan di atas hendaklah ditahan dan diserahkan kepada kakitangan Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang, Perlis atau melaporkan kepada pihak polis yang berhampiran; dan

d. Menjalankan segala bentuk tugas kawalan keselamatan yang diarahkan oleh

Jabatan ini dari semasa ke semasa.

2. TEMPAT DAN WAKTU BEKERJA

a. Tempat dan waktu bekerja adalah seperti berikut:-

i. Keseluruhan kawasan Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang, Perlis yang

meliputi bangunan-bangunan, peralatan dan kenderaan serta lain-lain yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh pengurusan Jabatan PERHILITAN Negeri Perlis;

ii. Waktu bekerja adalah dua belas (12) jam setiap hari Isnin - Jumaat iaitu dari 7.00

malam – 7.00 pagi dengan seorang (1) orang pengawal keselamatan setiap masa dan dua puluh empat (24) jam setiap hari Sabtu, Ahad, Cuti Umum dan Kelepasan Am iaitu dengan seorang (1) orang pengawal keselamatan setiap masa giliran iaitu dengan dua (2) kali masa giliran setiap hari.

iii. Pos kawalan utama adalah di pintu masuk utama Pusat Pendidikan Biodiversiti

Wang Pinang, Perlis; dan

3. PENGGUNAAN PERATURAN

a. Peraturan-peraturan kerja bagi semua pengawal keselamatan yang ditetapkan selepas ini berkuatkuasa dari tarikh perkhidmatan ini bermula.

17

b. Peraturan-peraturan yang dinyatakan selepas ini adalah merupakan peraturan kerja rasmi. Penggunaannya adalah merupakan peraturan kerja yang wajib dilaksanakan oleh pengawal keselamatan.

4. PERATURAN KERJA

4.1 SENARAI TUGAS Pada keseluruhan senarai tugas pengawal keselamatan meliputi bidang-bidang pelaksanaan tugas seperti yang berikut:-

a. Masa bertugas bagi setiap hari Isnin – Jumaat (hari bekerja) adalah mulai jam 7.00 malam hingga 7.00 pagi (12 jam) manakala dua puluh empat (24) jam bagi setiap hari Sabtu, Ahad, Cuti Umum dan Hari Kelepasan Am.

b. Pengawal keselamatan hendaklah berada dan bersedia 10 minit lebih awal sebelum memulakan tugas;

c. Pengawal keselamatan dikehendaki menunjukkan budi pekerti yang baik,

berdisiplin, berpakaian seragam yang lengkap dan dalam keadaan kemas serta berambut pendek;

d. Pengawal keselamatan hendaklah melaporkan serta merta kepada Pegawai Keselamatan Jabatan atau agensi lain yang berkaitan (Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan hospital) jika berlakunya hal-hal kecemasan seperti kebakaran, kecurian, kehilangan dan sebagainya;

e. Melapor serta mengesan kejadian-kejadian jenayah dan penyalahgunaan dadah yang melibatkan kakitangan atau pelawat kepada Jabatan serta menyediakan laporan kes jika diarahkan dengan serta merta;

f. Memastikan semua alat pencegah kebakaran berada di tempat yang betul atau sesuai dan perjalanan ke tempat tersebut tidak terhalang serta mahir dalam penggunaan peralatan pencegahan kebakaran dan bertanggungjawab membantu mencegah kebakaran. Pengawal Keselamatan bersedia untuk mengambil tindakan kecemasan jika berlaku kebakaran;

g. Menyediakan laporan keselamatan setiap hari dan menyerahkannya kepada Pegawai Keselamatan Jabatan (PKJ) atau pegawai di Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang, Perlis untuk pengesahan dan semakan dari semasa ke semasa;

h. Membuka dan menutup pintu-pintu pagar dan pintu-pintu keluar/masuk yang lain jika diperlukan;

i. Mengawal pergerakan kakitangan dan orang ramai dengan menggunakan kad pengenalan Jabatan atau cara lain yang diarahkan oleh Jabatan. Memeriksa orang yang disyaki dengan munasabah bahawa orang itu telah atau akan melakukan kesalahan jenayah atau mengganggu atau menyusahkan orang ramai dan menyerahkannya dengan serta-merta kepada Pegawai Keselamatan Jabatan (PKJ) atau pegawai di Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang, Perlis;

j. Memastikan orang awam tanpa kebenaran tidak memasuki kawasan pejabat serta kawasan larangan pada setiap masa;

18

k. Mengawasi dan mengawal trafik dan pergerakan kenderaan yang menggunakan pelekat Jabatan PERHILITAN mahupun pelawat dalam kawasan Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang, Perlis;

l. Tidak membenarkan penjaja, penjual, (termasuk wakil mana-mana insuran/ bank)

atau peminta derma dari memasuki PPBD Wang Pinang, Perlis KECUALI dengan kelulusan pegawai di Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang, Perlis;

m. Memasang lampu-lampu keselamatan termasuk lampu pagar, lampu koridor dan spotlight dan memeriksa dan memastikan semua lampu dalam bangunan ditutup (switch off), kecuali tempat-tempat tertentu dan diperlukan sahaja;

n. Mematuhi dan memenuhi sebarang arahan tambahan yang dikeluarkan oleh di Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang, Perlis atau wakilnya dari semasa ke semasa jika diperlukan berbuat demikian.

4.2 RONDAAN Apabila tugas rondaan dijalankan, peraturan-peraturan dan tatacara berikut hendaklah diikuti dan diawasi. Rondaan hendaklah meliputi bangunan dan kawasan berpagar di Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang, Perlis:-

a. Memastikan kawasan di Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang, Perlis selamat dari sebarang bentuk pencerobohan (intrusion) dengan memastikan semua pintu pagar dan pintu masuk tertutup dan berkunci. Bagi kawasan bangunan pastikan pintu dan tingkap berkunci dan dalam keadaan baik;

b. Membantu menutup lampu, paip air, kipas angin, pendingin udara atau sebarang

alat elektrik di mana penggunaannya tidak diperlukan;

c. Memeriksa jika terdapat sebarang bunyi yang mencurigakan dan memeriksa punca

bunyi tersebut. Bunyi yang berkenaan mungkin menggambarkan percubaan pecah

masuk, bunyi peralatan dan jentera yang rosak atau sebarang kemungkinan

masalah penggunaan;

d. Memeriksa jika terdapat sebarang bau yang luar biasa dan melaporkan dengan

segera jika sumbernya tidak diketahui. Bau yang sedemikian mungkin berpunca dari kebocoran gas, kebakaran atau sebagainya;

e. Semasa rondaan pengawal hendaklah mengunci Morse Watchmen Clock (MWC) di

blok-blok bangunan, pos kawalan atau kawasan di mana ianya dipasang. Morse Watchmen Clock Punch (MWC) disediakan oleh penyebut harga; dan

f. Memastikan semua pintu utama pejabat, dewan dan lain-lain bangunan yang

berkaitan sentiasa dikunci selepas waktu pejabat. Jika terdapat sebarang kerosakan pintu dan didapati pintu terbuka hendaklah diperiksa dan dikunci dan laporkan kepada Jabatan.

4.3 TUGAS-TUGAS TERTENTU

a. Pos Pengawal / Kaunter Pengawal

i. Jabatan berhak untuk menentukan dan menempatkan pengawal keselamatan ke

tempat/lokasi serta kawasan sekitar Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang,

19

Perlis yang difikirkan perlu dari semasa ke semasa, setelah perbincangan dibuat dengan Penyebut Harga mengikut keperluan semasa.

ii. Memastikan buku laporan, buku pelawat dan lain-lain buku sentiasa ditulis

dengan terang, kemas dan teratur setiap masa.

iii. Memastikan bahawa lampu di pos pengawal / kaunter pengawal sentiasa

dipasang sepanjang malam.

iv. Pengawal Keselamatan tidak dibenarkan meninggalkan pos keselamatan

utama selagi tidak ada pengawal gantian walau dengan apa sebab sekalipun

kecuali pada keadaan kecemasan/tertentu dan setelah mendapat kelulusan dari

Pegawai Keselamatan Jabatan di Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang,

Perlis

v. Pengawal Keselamatan hendaklah memastikan apa tujuan atau urusan pelawat

ingin memasuki Jabatan serta memastikan pelawat mengisi borang pelawat dan Pengawal Keselamatan menyerahkan pas pelawat. Pengawal keselamatan juga boleh menghubungi Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang, Perlis terlebih dahulu bagi tujuan pengesahan kebenaran pelawat masuk.

vi. Pengawal Keselamatan memastikan semua pelawat yang meninggalkan Jabatan

menyerahkan kembali pas pelawat dan borang pelawat yang telah ditandatangani oleh pegawai yang ditemui (rujuk format di bawah).

Contoh format

TARIKH NAMA NO. KAD NO. WAKTU WAKTU CATATAN

PENGENALAN KENDERAAN MASUK KELUAR

b. Kakitangan Jabatan dan Kontraktor

i. Kakitangan Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang, Perlis sahaja dibenarkan

masuk tanpa pas kebenaran harian (pas pelawat).

ii. Walau bagaimanapun pekerja-pekerja kontraktor penyelenggaraan dan pekerja

mencuci dan membersih bangunan dan kawasan akan dibenarkan masuk tanpa pas kebenaran harian tetapi perlu mendapat kebenaran khas daripada Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang, Perlis secara bertulis terlebih dahulu.

iii. Kakitangan Jabatan yang BUKAN kakitangan Pusat Pendidikan Biodiversiti

Wang Pinang, Perlis perlu mengisi borang pas kemasukan pelawat dan mendapatkan pengesahan Jabatan semasa berurusan di Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang, Perlis tidak kira apa jua urusan termasuk berurusan dengan Pegawai Keselamatan Jabatan.

c. Keluar/Masuk Barang-barang

i. Kenderaan yang membawa keluar/masuk barang-barang mesti diperiksa dengan

teliti.

ii. Barang-barang atau harta benda Kerajaan hanya boleh dibawa keluar sekiranya

ada surat kebenaran daripada pegawai Pegawai Keselamatan Jabatan

20

iii. Pengawal dikehendaki menghubungi pegawai Keselamatan Jabatan terlebih

dahulu sebelum barang-barang dibenarkan dibawa masuk ke kawasan Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang, Perlis atau keluar dari Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang, Perlis.

d. Buku Laporan

i. Buku laporan seperti dinyatakan dan alat tulis perlu disediakan oleh Penyebut Harga dan dilengkapkan setiap hari oleh Pengawal Keselamatan yang bertugas.

Buku kehadiran; Buku laporan harian; Buku laporan keluar/masuk kenderaan; Buku laporan kebenaran masuk kontraktor/pelawat; Buku rekod kunci Morse Watchmen Clock (MWC)/ Punch Clock; dan

Buku penerimaan/penyerahan kunci.

ii. Buku laporan hendaklah ditulis setiap jam dan dikemukakan oleh Penyelia Keselamatan kepada Pegawai Keselamatan Jabatan yang bertanggungjawab sekurang-kurangnya satu (1) kali setiap satu (1) minggu untuk tujuan pengesahan.

4.3 SENARAI TUGAS KETUA PENGAWAL/ PEGAWAI RONDA

a) Bertindak sebagai pengantaraan antara pengurusan di Pusat Pendidikan Biodiversiti

Wang Pinang, Perlis Jabatan PERHILITAN dan pihak syarikat.

b) Bertanggungjawab terus bagi pihak syarikat kepada Pengarah atau wakil berhubung

dengan pelaksanaan perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat.

c) Menentukan bahawa setiap pengawal keselamatan di bawah jagaan sentiasa

bertugas di tempat kawalan dan melaksanakan tugas dengan sempurna dan memuaskan.

d) Menyediakan jadual bertugas untuk semua pengawal keselamatan.

e) Menentukan setiap pengawal keselamatan dilengkapi dengan peralatan bertugas

yang diperlukan dan memakai pakaian seragam selengkapnya.

f) Mendapatkan pengesahan Pengarah atau pegawai bertanggungjawab mengenai

jumlah kos yang layak dituntut (invois/bil) oleh Penyebut Harga dan dihantar kepada pegawai di Pejabat PERHILITAN Negeri Perlis setiap bulan beserta dengan laporan-laporan yang diperlukan.

g) Melaksanakan arahan-arahan lain dan tugasan yang berkaitan dengan kawalan

keselamatan yang diarahkan oleh Pengarah dari semasa ke semasa. 5. PERTUKARAN PENGAWAL

Setiap pos kawalan mestilah mempunyai bilangan anggota pengawal yang secukupnya seperti yang dikehendaki dan merupakan anggota tetap. Sebarang pertukaran pengawal keselamatan mestilah dirujuk dan mendapat persetujuan terlebih dahulu daripada Pengarah Jabatan PERHILITAN Negeri Perlis.

21

6. HAL-HAL LAIN

a. Pengawal keselamatan yang tidak bertugas mestilah meninggalkan kawasan

Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang, Perlis dengan segera selepas waktu bekerja.

b. Pengawal keselamatan TIDAK DIBENARKAN membuat laporan polis secara terus

tanpa melalui Jabatan PERHILITAN dan hendaklah menyerahkan semua barang-

barang yang tercicir yang dijumpai kepada Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang

Pinang, Perlis

c. Pengawal keselamatan TIDAK DIBENARKAN membiarkan orang yang tidak

berkenaan berada di dalam pos pengawal.

d. Pengawal keselamatan TIDAK DIBENARKAN bergurau senda, membaca akhbar

atau majalah dan menghisap rokok dan bebas dari sebarang penggunaan bahan terlarang semasa menjalankan tugas kawalan dan rondaan.

e. Pintu masuk utama hendaklah dibuka pada jam 6.30 pagi dan ditutup pada jam 10.00

malam setiap hari dan ditutup pada hari cuti minggu dan hari pelepasan am

Saya / Kami bersetuju dengan penentuan spesifikasi di atas. ……………………………………................. (Tandatangan Penyebut Harga) Nama : ……………………………………………………… Jawatan : ...………………………………………………....... Cop Syarikat : Tarikh : ...…………………………………………………..

22

SEBUT HARGA B: PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN DI PUSAT PENDIDIKAN BIODIVERSITI WANG PINANG, PERLIS

DOKUMEN SEBUT HARGA:JPHL&TN(Ps):SH(B)03/2018

BORANG JADUAL HARGA DOKUMEN NO. 4

BIL. HARI KAWALAN KUANTITI

HARGA SEJAM/

SEORANG (RM)

HARGA 1 BULAN

(RM)

JUMLAH 12 BULAN

(RM)

1. Isnin – Jumaat

(Hari Bekerja sahaja)

1 Orang x 12 Jam 07.00 malam – 7.00

pagi

2.

Sabtu – Ahad (Cuti Mingguan, Cuti

umum dan Pelepasan Am)

1 Orang x 24 jam 07.00 pagi – 07.00

malam &

07.00 malam – 07.00 pagi

HARGA TAWARAN (RM)

Nota: Jadual harga yang ditawarkan termasuk gaji bulanan, SOCSO, insurans, peralatan, bayaran lebih masa, cukai perkhidmatan dan lain-lain perbelanjaan berkaitan.

RINGGIT MALAYSIA (dengan perkataan): ………..………………………...............................

……………………………………………………………………………………………………………

* Saya/kami dengan ini menawarkan perkhidmatan seperti spesifikasi yang dinyatakan di Dokumen No. 3 dengan harga tanpa kenaan GST seperti di atas dan tertakluk kepada Syarat-Syarat Am Sebut Harga dan Syarat-syarat Khas Sebut Harga.

…………………………………. Tandatangan Penyebut Harga Cop Rasmi Syarikat: Nama : …………………………….. Jawatan : ……………….……………. Tarikh : ……………….……………

23

SEBUT HARGA B: PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN DI PUSAT PENDIDIKAN BIODIVERSITI WANG PINANG, PERLIS

DOKUMEN SEBUT HARGA:JPHL&TN(Ps):SH(B)03/2018

BORANG KETERANGAN MENGENAI PENYEBUTHARGA DOKUMEN NO. 5

BIL

PERKARA

MAKLUMAT

1. Nama Syarikat

2. No. Pendaftaran Syarikat

3. Alamat Pendaftaran/Syarikat

4. Alamat Cawangan (jika ada)

5. Alamat Surat-menyurat

6. No. Telefon Syarikat

7. No. Faks Syarikat

8. No. Pendaftaran dan Tempoh Kuatkuasa Dengan Kementerian Kewangan Malaysia (salinan sijil mesti disertakan)

9. Status Bumiputera, Salinan Sijil Mesti Disertakan (sekiranya ada)

10. Bidang Pendaftaran (Kementerian Kewangan Malaysia)

11. Hak Milik Syarikat Persendirian/Perkongsian/Koperasi*

12. Senarai/ Jumlah Pekerja Dalam Syarikat

13. Profil Syarikat Yang Lengkap Ada/Tiada*

24

14. Senarai kenderaan yang dimiliki oleh Penyebut Harga yang akan digunakan untuk melaksanakan perkhidmatan ini. (Sila kemukakan salinan geran atau bukti pemilikan yang sah bagi milikan sendiri atau disewa).

BIL JENIS/KAPASITI MUATAN JENIS MILIKANSENDIRI/SEWA

(SILA SERTAKAN SURAT KEBENARAN PENYEWAAN)

BILANGAN

1.

2.

3.

Catatan: Sila gunakan lampiran jika ruangan tidak mencukupi.

15. Butir-butir Lembaga Pengarah Syarikat:-(sila tambah ruangan jika tidak mencukupi)

BIL NAMA

NO. KAD

PENGENALAN

WARGANEGARA

1.

2.

3.

Catatan: Sila nyatakan tiada atau ( - ) pada ruangan yang tidak berkaitan.

16. Pengurusan Syarikat:- (sila tambah ruangan jika tidak mencukupi)

BIL

NAMA

JAWATAN

PENGALAMAN

1.

2.

3.

Catatan: Sila nyatakan tiada atau ( - ) pada ruangan yang tidak berkaitan.

17. Struktur Pengurusan Syarikat:- (sila tambah ruangan jika tidak mencukupi)

17.1 Eksekutif

BIL

TARAF

BIL KAKITANGAN

PERATUSAN (%)

1. Bumiputera

2. Bukan Bumiputera

3. Bukan Warganegara

Catatan: Sila nyatakan tiada atau ( - ) pada ruangan yang tidak berkaitan.

25

17.2 Bukan Eksekutif

BIL

TARAF

BIL KAKITANGAN

PERATUSAN (%)

1. Bumiputera

2. Bukan Bumiputera

3. Bukan Warganegara

Catatan: Sila nyatakan tiada atau ( - ) pada ruangan yang tidak berkaitan. 18. Peratusan pekerja-pekerja dari segi bangsa yang digunakan oleh Syarikat tuan bagi

menjalankan perkhidmatan ini:- (sila tambah ruangan jika tidak mencukupi)

BIL

WARGANEGARA

PERATUSAN (%)

1. Melayu

2. Cina

3. India

4. Lain-lain

Catatan: Sila nyatakan tiada atau ( - ) pada ruangan yang tidak berkaitan.

19. Nyatakan butir-butir pengalaman penyebut harga dalam perkhidmatan yang telah dijalankan (3 tahun kebelakangan) (sila tambah ruangan jika tidak mencukupi) (salinan dokumen sokongan berkaitan perlu dikemukakan bersama):-

BIL NAMA KONTRAK NO.

KONTRAK

NAMA & ALAMAT

JABATAN / MAJIKAN

HARGA KONTRAK

TEMPOH KONTRAK

1.

2.

3.

4.

5.

Catatan: Sila nyatakan tiada atau ( - ) pada ruangan yang tidak berkaitan.

26

20. Senarai peralatan dan kelengkapan yang akan digunakan untuk melaksanakan perkhidmatan ini. (sila tambah ruangan jika tidak mencukupi):-

BIL JENIS PERALATAN YANG DICADANGKAN KEGUNAAN BILANGAN

1.

2.

3.

4.

5.

Catatan: Sila nyatakan tiada atau ( - ) pada ruangan yang tidak berkaitan. Saya mengaku bahawa segala keterangan di atas adalah benar. ............................................... Tandatangan Penyebut Harga Cop Syarikat: Nama : .............................................................. Jawatan : .............................................................. Tarikh : ..............................................................

27

SEBUT HARGA B: PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN DI PUSAT PENDIDIKAN BIODIVERSITI WANG PINANG, PERLIS

DOKUMEN SEBUT HARGA:JPHL&TN(Ps):SH(B)03/2018

BORANG PENGISYTIHARAN PENDAFTARAN GST DOKUMEN NO.6

BIL PERKARA MAKLUMAT

1. Status Pendaftaran GST *Telah Berdaftar/ Akan Berdaftar/ Tidak Berdaftar

2. No. Pendaftaran GST (GST ID)

3. Tarikh Kuatkuasa Pendaftaran

4. Asas Perakaunan

5. Tempoh Bercukai

6. Stesen & Alamat Mengawal

Catatan: Sila nyatakan tiada atau ( - ) pada ruangan yang tidak berkaitan

Saya mengaku bahawa segala keterangan di atas adalah benar.

...............................................

Tandatangan Penyebut Harga: Cop Syarikat:

Nama : ..............................................................

Jawatan : ..............................................................

Tarikh : ..............................................................

28

LAMPIRAN A SURAT AKUAN PENYEBUT HARGA

BAGI SEBUT HARGA B: PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN DI PUSAT PENDIDIKAN

BIODIVERSITI WANG PINANG, PERLIS TAHUN 2018

DOKUMEN SEBUT HARGA:JPHL&TN(Ps):SH(B)03/2018

Saya…………………………………………… nombor K.P………………….………………… yang mewakili …………………………………………………..……………………………………. nombor (Nama Syarikat) Pendaftaran ………………………………………………… dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi (Nama Kementerian/Agensi) rasuah kepada mana-mana individu dalam ………………………………………………………. atau mana-mana individu lain, sebagai ganjaran mendapatkan tender/sebutharga* seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengistiharan ini. 2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam (Nama Kementerian/Agensi) ……………………………………………………………. atau mana-mana individu lain sebagai ganjaran mendapatkan tender/sebutharga* seperti diatas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil: 2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebutharga* di atas; atau 2.2 penamatan kontrak bagi tender/ sebutharga* di atas; dan 2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan. 3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai ganjaran mendapatkan tender/sebutharga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Seruhanjaya Pencegahan Rasuah Malysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran. Yang Benar, ……………………………….. Nama: No K.P: Cop Syarikat:

29

LAMPIRAN 1

SENARAI BANGUNAN DAN KAWASAN YANG PERLU DIPASANG MORSE WATCHMAN CLOCK (MWC) / PUNCH CLOCK

1. Bangunan Pejabat / Pentadbiran

2. Bangunan Kantin/ stor

3. Bangunan Blok Asrama

30

LAMPIRAN 2

KELENGKAPAN DAN PERALATAN

BIL KELENGKAPAN DAN PERALATAN KUANTITI

1. Pakaian Seragam Lengkap

2. Mesin Perakam Waktu (Jika Perlu)

3. Walkie-Talkie (Jika Perlu)

4. Wisel

5. Cota

6. Sistem Watchman Clocking atau Guard Tour

7. Lampu Suluh dan Bateri

8. Baju Hujan

9. Vest

10. Kon

11. “First Aid Kit” di pejabat urusan/operasi di pos utama

12. Alat tulis, buku harian, borang laporan harian, dairi dan lain-lain

31

LAMPIRAN 3

LOKASI ‘MORSE WATCHMAN CLOCK’ (WMC)/PUNCH CLOCK DI PUSAT PENDIDIKAN BIODIVERSITI WANG PINANG, PERLIS

GAMBARAJAH 1 : LOKASI MORSE WATCHMAN CLOCK’ (MWC)/PUNCH CLOCK

32