garis panduan pengendalian pameran bergerak …€¦ · garis panduan pengendalian pameran bergerak...

19
Garis Panduan Pengendalian Pameran Bergerak Hidupan Liar 1 GARIS PANDUAN PENGENDALIAN PAMERAN BERGERAK HIDUPAN LIAR JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA (PERHILITAN) SEMENANJUNG MALAYSIA 1 MEI 2017

Upload: others

Post on 25-Sep-2019

68 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Garis Panduan Pengendalian Pameran Bergerak Hidupan Liar

1

GARIS PANDUAN

PENGENDALIAN PAMERAN BERGERAK HIDUPAN LIAR

JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA (PERHILITAN) SEMENANJUNG MALAYSIA

1 MEI 2017

Garis Panduan Pengendalian Pameran Bergerak Hidupan Liar

2

KANDUNGAN

BIL. TAJUK MUKA SURAT

1.0 PENDAHULUAN 3

2.0 MATLAMAT GARIS PANDUAN PENGENDALIAN PBHL 3

3.0 PEMAKAIAN 3

4.0 TAFSIRAN 4

5.0 SENARAI HIDUPAN LIAR YANG DIBENARKAN 4

6.0 PROSEDUR PERMOHONAN PERMIT 5

7.0 SYARAT-SYARAT PENGENDALI PBHL 5

8.0 SYARAT -SYARAT PERMIT PBHL 6

9.0 LOKASI PBHL YANG DIBENARKAN 6

10.0 AKTIVITI YANG DILARANG DALAM PBHL 6

11.0 PENUTUP 7

LAMPIRAN 1

SENARAI HIDUPAN LIAR YANG DIBENARKAN BAGI PENGENDALIAN PAMERAN BERGERAK

8

LAMPIRAN 2

BORANG PERMOHONAN LESEN/PERMIT 18

Garis Panduan Pengendalian Pameran Bergerak Hidupan Liar

3

1.0 PENDAHULUAN

Garis panduan ini adalah sebagai rujukan untuk orang ramai yang ingin memohon

permit mengendalikan Pameran Bergerak Hidupan Liar (PBHL) serta syarat-

syarat yang perlu diikuti oleh pemegang permit.

2.0 MATLAMAT GARIS PANDUAN PENGENDALIAN PBHL

Matlamat Garis Panduan Pengendalian PBHL ini ialah:

i. Memastikan kebajikan hidupan liar yang digunakan terjaga dan tidak

dizalimi.

ii. Pameran hidupan liar yang dijalankan hendaklah memberi

pendidikan dan pengetahuan tentang kepentingan hidupan liar

kepada golongan sasaran yang ditetapkan.

iii. Memastikan pengendali PBHL bertanggungjawab dalam aspek

keselamatan penonton yang menyaksikan atau berinteraksi dengan

hidupan liar yang dipamerkan.

iv. Memastikan pengendali PBHL tidak mengeksploitasi hidupan liar

agar tidak menyalahi peraturan dan akta yang berkuatkuasa.

3.0 PEMAKAIAN

Garis panduan ini terpakai di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan

Labuan. Sebarang percanggahan dalam garis panduan ini perlu dirujuk kepada

Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716], Peraturan-Peraturan

Pemuliharaan Hidupan Liar (Pameran) 2013 dan Garis Panduan Pengurusan

Program Interaktif Hidupan Liar.

Garis Panduan Pengendalian Pameran Bergerak Hidupan Liar

4

4.0 TAFSIRAN

“Akta 716” ertinya merujuk kepada Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010;

“Hidupan liar” merujuk kepada tafsiran “hidupan liar” di dalam Akta Pemuliharaan

Hidupan Liar 2010 [Akta 716];

“Pameran bergerak” ertinya suatu aktiviti mempamerkan secara sementara

hidupan liar di mana-mana premis dan dibuka kepada umum;

“Pengendali pameran” ertinya mana-mana orang yang menjalankan aktiviti

pemeran hidupan liar, sama ada secara bergerak atau tetap;

“Hidupan liar berlesen” ertinya mana-mana hidupan liar yang dilindungi di bawah

Akta 716 dan mempunyai lesen menyimpan yang sah;

“Pertunjukan hidupan liar” ertinya aktiviti berasaskan perlakuan semulajadi

hidupan liar yang melibatkan persembahan satu (1) atau lebih spesies di suatu

tapak khas atau pentas di luar eksibit atau di dalam eksibit di kawasan premis yang

dikendalikan oleh jurulatih;

“Lesen” merujuk kepada tafsiran “lesen” di dalam Akta Pemuliharaan Hidupan Liar

2010 [Akta 716]

5.0 SENARAI HIDUPAN LIAR YANG DIBENARKAN

Hidupan liar yang dibenarkan untuk tujuan pameran bergerak adalah

sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama [Subperaturan 5(1)]

Peraturan-Peraturan Pemuliharaan Hidupan Liar (Pameran) 2013 (Lampiran 1).

Garis Panduan Pengendalian Pameran Bergerak Hidupan Liar

5

6.0 PROSEDUR PERMOHONAN PERMIT

Permohonan pameran bergerak perlu dikemukakan melalui Jabatan

PERHILITAN Negeri di mana pameran hendak dijalankan selewat-lewatnya 10

hari sebelum pameran.

Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut:

i. Borang Permohonan Lesen/Permit (Lampiran 2);

ii. Salinan lesen menyimpan hidupan liar;

iii. Menyatakan senarai bilangan dan spesies hidupan liar yang hendak

digunakan;

iv. Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan atau pemilik premis

atau pihak berkuasa yang berkaitan;

v. Jangkaan jadual dan lokasi pameran; dan

vi. Pelan kecemasan yang berhubung dengan wabak, bencana alam

dan pembebasan tidak sengaja mana-mana hidupan liar.

7.0 SYARAT-SYARAT PENGENDALI PBHL

Pengendali PBHL hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut:

i. Pengendali PBHL hendaklah merupakan penama kepada lesen

menyimpan hidupan liar tersebut;

ii. Pekerja-pekerja lain yang bertugas di bawah penama lesen

hendaklah didaftarkan di dalam syarat-syarat permit dengan

maksimum sepuluh orang dalam satu permit;

iii. Berpengetahuan dan berkemahiran dalam pengendalian hidupan

liar;

iv. Pengendalian PBHL hanya boleh dijalankan di satu tempat pada

satu masa dengan menggunakan satu permit;

v. Aktiviti yang dijalankan hendaklah mempunyai ciri-ciri pendidikan

konservasi dan kesedaran awam; dan

Garis Panduan Pengendalian Pameran Bergerak Hidupan Liar

6

vi. Permit PBHL beserta lesen menyimpan hidupan liar yang digunakan

perlu dipamerkan sepanjang tempoh pameran dijalankan.

8.0 SYARAT-SYARAT PERMIT PBHL

i. Tempoh sah setiap permit PBHL adalah selama satu tahun dengan

fi sebanyak RM100;

ii. Bilangan hidupan liar yang dibenarkan untuk dipamer bagi setiap

permit PBHL adalah tidak melebihi 10 ekor; dan

iii. Pameran PBHL hanya dibenarkan bagi suatu tempoh yang tidak

melebihi 14 hari di sesuatu lokasi pada satu-satu masa

melainkan dengan kelulusan Ketua Pengarah [Peraturan 5(4)

Peraturan-Peraturan Pemuliharaan Hidupan Liar (Pemeran) 2013].

9.0 LOKASI PBHL YANG DIBENARKAN

i. Lokasi PBHL hendaklah diadakan hanya di premis yang

dinyatakan dalam permit atau yang diluluskan di dalam

permohonan; dan

ii. Jika terdapat perubahan tempat pameran selain yang diluluskan,

pengendali hendaklah memaklumkan kepada pihak Ibu Pejabat

Jabatan PERHILITAN sekurang-kurangnya tiga (3) hari sebelum

pameran dijalankan sama ada melalui e-mel ataupun surat.

10.0 AKTIVITI-AKTIVITI YANG DILARANG DALAM PBHL

Berikut ialah aktiviti-aktiviti yang dilarang dalam PBHL:

i. Melibatkan spesies hidupan liar berbisa, buas dan yang tidak

tersenarai dalam Jadual Pertama [Subperaturan 5(1)] Peraturan-

Peraturan Pemuliharaan Hidupan Liar (Pameran) 2013;

ii. Sebarang pertunjukan hidupan liar;

Garis Panduan Pengendalian Pameran Bergerak Hidupan Liar

7

iii. Menunjukkan ciri-ciri bukan perlakuan semulajadi hidupan liar

tersebut seperti bermain bola, melukis dan berbasikal;

iv. Mengadakan aktiviti sentuhan terus ke atas hidupan liar oleh orang

awam tanpa pengawasan pengendali PBHL;

v. Pemakaian kostum dan solekan ke atas hidupan liar tersebut;

vi. Menempatkan hidupan liar dalam kurungan yang tiada aliran

pengudaraan;

vii. Menempatkan hidupan liar dalam kurungan dengan bilangan yang

tidak sesuai dan bersesak-sesak;

viii. Menggunakan hidupan liar yang sakit,berpenyakit dan tercedera;

ix. Mendedahkan hidupan liar dengan keadaan cuaca yang boleh

memudaratkan seperti tiada tempat perlindungan atau teduhan; dan

x. Aktiviti yang akan mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan

atau keselamatan mana-mana orang atau komuniti di kawasan

sekeliling.

11.0 PENUTUP

Pengendali PBHL hendaklah mematuhi peraturan-peraturan, perintah atau arahan

lain yang berkuatkuasa berkaitan pameran hidupan liar dengan penuh

tanggungjawab. Kegagalan pematuhan akan menjejaskan permohonan permit

PBHL di masa hadapan dan jika sabit kesalahan akan dikenakan tindakan undang-

undang.

Garis Panduan Pengendalian Pameran Bergerak Hidupan Liar

8

LAMPIRAN 1

SENARAI HIDUPAN LIAR YANG DIBENARKAN BAGI PENGENDALIAN

PAMERAN BERGERAK

Jadual Pertama (Subperaturan 5(1)Peraturan-Peraturan Pemuliharaan Hidupan Liar (Pameran) 2013

A. Mamalia

FAMILI NAMA TEMPATAN SPESIES

Viverridae Musang Pulut Paradoxurus hermaphroditus

Phalangeridae

Cuscus Phalanger spp.

Cuscus Spilocuscus spp.

Talpidae Himalayan Mole Euroscaptor micrura

Marmoset Callithrix spp. (kecuali spesies

yang termasuk dalam Jadual

Kedua Akta)

Capuchins Cebus spp.

Spix's Saddle-backed Tamarin Saguinus fuscicollis

Emperor Tamarin Saguinus imperator

Mottle-faced Tamarin Saguinus inustus

Geoffrey's Moustached Tamarin Saguinus labiatus

Cebidae Red-headed Tamarin Saguinus midas

Spix's Moustached Tamarin Saguinus mystax

Spix's Black-mantle Tamarin Saguinus nigricollis

Tamarins Saguinus spp. (kecuali spesies

yang termasuk dalam Jadual

Kedua Akta)

Squirrel Monkeys Saimiri spp. (kecuali spesies

yang termasuk dalam Jadual

Kedua Akta)

Lorisidae Golden Potto Arctocebus aureus

Angwantibo Arctocebus calabarensis

Grey Slender Loris Loris lydekkerianus

Slender Loris Loris tardigradus

Potto Perodicticus potto

False Potto Pseudopotto martini

Titi Callicebus spp.

Bearded Saki Chiropotes spp. (kecuali

Pitheciidae spesies yang termasuk dalam

Garis Panduan Pengendalian Pameran Bergerak Hidupan Liar

9

Jadual Kedua Akta)

Saki Pithecia spp.

B. Reptilia dan Amfibia

FAMILI NAMA TEMPATAN SPESIES

Ular Sawa Python reticulatus

Pythonidae

Blood Python Python curtus

Burmese Python Python molurus bivittatus

Ball Python Python regius

Sesumpah Tanduk Acanthosaura armata

Acanthosaura crucigera

Sesumpah Tanpa Telinga Aphaniotis fusca

Calotes emma emma

Sesumpah Kuning Calotes versicolor

Draco blanfordii

Draco maculatus

Draco melanopogon

Cicak Terbang Lima Jalur Draco quinquefasciatus

Agamidae Cicak Kobin Draco sumatranus

Gonocephalus bellii

Gonocephalus

chamaeleontinus

Gonocephalus doriae abbotti

Cicak Kepala Segi Besar Gonocephalus grandis

Gonocephalus liogaster

Gonocephalus robinsonii

Leiolepis belliana

Leiolepis triploida

Boidae Boas Boa spp. (kecuali subspesies yang termasuk dalam Jadual Kedua Akta 716)

Bradypodion spp.

Brookesia spp. (kecuali

Chamaeleonidae spesies yang termasuk dalam Jadual Kedua Akta 716)

Calumma spp.

Chamaeleo spp.

Furcifer spp.

Dibamidae

Dibamus booliati

Dibamus tiomanensis

Aeluroscalabotes felinus

Cnemaspis nigridius

Garis Panduan Pengendalian Pameran Bergerak Hidupan Liar

10

Cyrtodactylus consobrinus

Cyrtodactylus peguensis

Cicak Belang Cyrtodactylus pulchellus

Cicak Jari Bengkok Cyrtodactylus quadrivirgatus

Gekkonidae Tokay Gekko gecko

Gekko smithii

Serpent Island Gecko Cyrtodactylus serpensinsula

Sticky-toed Geckos Hoplodactylus spp.

Naultinus spp.

Phelsuma spp.

Uroplatus spp.

Galapagos Marine Iguana Amblyrhynchus cristatus

Iguanidae

Conolophus spp.

Iguana spp.

Coast Horned Lizard Phrynosoma coronatum

Lacertidae

Balearic Lizard Podarcis lilfordi

Ibiza Wall Lizard Podarcis pityusensis

Sphenomorphus praesignis

Scincidae

Sphenomorphus stellatus

Prehensile-tailed Skink Corucia zebrata

Orange-Throated Whiptail Aspidoscelis hyperythra

Geoemydidae Cyclemys dentata

Jelebu Siput Besar Malayemys macrocephala

Trionychidae

Labi-labi Biasa Amyda cartilaginea

Labi-labi Melayu Dogania subplana

Ansonia leptopus

Bufonidae

Kodok Sungai Pulau Pinang Ansonia penangensis

Kodok Sungai Pulau Tioman Ansonia tiomanica

Ingerophrynus kumquat

Katak Demam Limnonectes blythii

Dicroglossidae

Katak Paya Tanah Gambut Limnonectes malesianus

Limnonectes tweediei

Katak Paya Kecil Limnonectes paramacrodon

Katak Bertanduk Borneo Megophrys nasuta

Megophryidae Katak Tanduk Kecil Xenophrys aceras

Xenophrys longipes

Microhylidae

Katak Lekit Kalophrynus palmatissimus

Kalophrynus robinsoni

Garis Panduan Pengendalian Pameran Bergerak Hidupan Liar

11

Ranidae Amolops larutensis

Hylarana banjarana

Katak Sawah Hijau Hylarana erythraea

Katak Sungai Berbintik Hylarana picturata

Katak Anak Sungai Kesat Hylarana raniceps

Katak Batu Beracun Odorrana hosii

Katak Perang Berbintik Nyctixalus pictus

Katak Batu Beracun Odorrana hosii

Polypedates colletti

Rhacophoridae Katak Terbang Wallace Rhacophorus nigropalmatus

Rhacophorus pardalis

Rhacophorus prominanus

Rhacophorus reinwardtii

C. Burung

FAMILI NAMA TEMPATAN SPESIES

Phasianidae Ayam Hutan Gallus gallus

Rallidae Ruak-ruak Amaurornis phoenicurus

Sturnidae Tiong Mas Gracula religiosa

Turdidae Murai Batu Copsychus malabaricus

Zosteropidae Kelicap Kunyit Zosterops palpebrosus

Bernier's Teal Anas bernieri

Baikal Teal Anas formosa

Cape Teal Anas capensis

Egyptian Goose Alopochen aegyptiacus

Ferruginous Duck Aythya nyroca

Red-breasted Goose Branta ruficollis

Coscoroba Swan Coscoroba coscoroba

Black-necked Swan Cygnus melanocoryphus

Anatidae

Jankwoski’s Swan Cygnus columbianus

Black-billed Wood-Duck Dendrocygna arborea

Black-bellied Whistling Duck Dendrocygna autumnalis

Fulvous Whistling Duck Dendrocygna bicolor

White-faced Whistling Duck Dendrocygna viduata

African Pygmy Goose Nettapus auritus

White-headed Duck Oxyura leucocephala

Spur-winged Goose Plectropterus gambensis

Hartlaub's Duck Pteronetta hartlaubii

Comb Duck Sarkidiornis melanotos

Yellow-faced Siskin Carduelis yarrellii

Streaky-headed Seedeater Serinus gularis

Garis Panduan Pengendalian Pameran Bergerak Hidupan Liar

12

Fringillidae White-rumped Seedeater Serinus leucopygius

Yellow-fronted Canary Serinus mozambicus

Island Canary Serinus canaria

Ramphastidae Saffron Toucanet Baillonius bailloni

Black-necked Aracari Pteroglossus aracari

Chestnut-eared Aracari Pteroglossus castanotis

Green Aracari Pteroglossus viridis

Red-breasted Toucan Ramphastos dicolorus

Keel-billed Toucan Ramphastos sulfuratus

Toco Toucan Ramphastos toco

Red-billed Toucan Ramphastos tucanus

Channel-billed Toucan Ramphastos vitellinus

Spot-billed Toucanet Selenidera maculirostris

Cacatua spp.(kecuali spesies

yang termasuk dalam Jadual

Cacatuidae Kedua Akta 716)

Gang-gang Cockatoo Callocephalon fimbriatum

Calyptorhynchus spp.

Eolophus roseicapillus

Chalcopsitta spp.

Charmosyna spp.

Eos spp.(kecuali spesies yang

termasuk dalam Jadual Kedua

Akta 716)

Glossopsitta spp.

Lorius spp.

Yellow-billed Lorikeet Neopsittacus musschenbroekii

Loriidae Emerald Lorikeet Neopsittacus pullicauda

Plum-faced Lorikeet Oreopsittacus arfaki

Collared Lory Phigys solitarius

Dusky Lory Pseudeos fuscata

Psitteuteles spp.

Trichoglossus spp.

Vini spp. (kecuali spesies yang termasuk dalam Jadual Kedua Akta 716)

Bayan Serindit Loriculus galgulus

Agapornis spp. (kecuali spesies yang termasuk dalam Jadual Kelima Akta 716)

Alisterus spp.

Psittacidae

Amazon Parrot Amazona spp. (kecuali spesies

yang termasuk dalam Jadual

Kedua Akta 716)

Garis Panduan Pengendalian Pameran Bergerak Hidupan Liar

13

Red-winged Parrot Aprosmictus erythropterus

Olive-shouldered Parrot Aprosmictus jonquillaceus

Ara spp. (kecuali spesies yang

termasuk dalam Jadual Kedua

Akta 716)

Aratinga spp.

Australian Ringneck Barnardius zonarius

Guaiabero Bolbopsittacus lunulatus

Bolborhynchus spp.

Brotogeris spp.

Burrowing Parakeet Cyanoliseus patagonus

Coracopsis spp.

Cyanoliseus spp.

Cyanoramphus spp. (kecuali

spesies yang termasuk dalam

Jadual Kedua Akta 716)

Cyclopsitta spp. (kecuali

spesies yang termasuk dalam

Jadual Kedua Akta 716)

Hawk-headed Parrot Deroptyus accipitrinus

Hahn's Macaw Diopsittaca nobilis

Electus Parrot Eclectus roratus

Enicognathus spp.

Forpus spp.

Geoffroyus spp.

Short-tailed Parrot Graydidascalus brachyurus

Hapalopsittaca spp.

Swift Parrot Lathamus discolor

Golden-plumed Conure Leptosittaca branickii

Loriculus spp.

Micropsitta spp.

Myiopsitta spp.

Black-headed Conure Nandayus nenday

Amazonian Parakeet Nannopsittaca dachilleae

Tepui Parakeet Nannopsittaca panychlora

Neophema spp. (kecuali

spesies yang termasuk dalam

Jadual Kedua Akta 716)

Bourke's Parrot Neopsephotus bourkii

Kaka Nestor meridionalis

Kea Nestor notabilis

Blue Bonnet Northiella haematogaster

Red-bellied Macaw Orthopsittaca manilata

White-bellied Parrot Pionites leucogaster

Garis Panduan Pengendalian Pameran Bergerak Hidupan Liar

14

Black-headed Parrot Pionites melanocephala

Pionopsitta spp. (kecuali

spesies yang termasuk dalam

Jadual Kedua Akta 716)

Pionus spp.

Platycercus spp.

Poicephalus spp.

Polytelis spp.

Yellow-collared Macaw Primolius auricollis

Prioniturus spp.

Prosopeia spp.

Psephotus spp. (kecuali

spesies yang termasuk dalam

Jadual Kedua Akta 716)

Mountain Parakeet Psilopsiagon aurifrons

Grey-hooded Parakeet Psilopsiagon aymara

Psittacella spp.

Rose-ringed Parakeet Psittacula krameri

Psittacula spp. (kecuali

spesies yang termasuk dalam

Jadual Kedua Akta 716)

Psittaculirostris spp.

Grey Parrot Psittacus erithacus

Pesquet's Parrot Psittrichas fulgidus

Red-capped Parrot Purpureicephalus spurius

Pyrrhura spp. (kecuali spesies

yang termasuk dalam Jadual

Kedua Akta 716)

Tanygnathus spp.

Touit spp.

Blue-bellied Parrot Triclaria malachitacea

D. Serangga dan Araknida

FAMILI NAMA TEMPATAN SPESIES

Liphisitiidae Liphistius spp. (kecuali spesies yang termasuk dalam Jadual Kedua Akta 716)

Chilobrachys spp.

Coremiocnemis spp.

Cyriopagopus spp.

Haplopelma spp.

Lampropelma violaceopes

Lyrognathus robustus

Garis Panduan Pengendalian Pameran Bergerak Hidupan Liar

15

Theraphosidae Phlogiellus spp.

Phormingochilus spp.

Poecilotheria spp.

Selenocosmia spp.

Amula Red Rump Tarantula Aphonopelma albiceps

Chihuahua Rose-grey Tarantulla Aphonopelma pallidum

Pinktoe Tarantula Avicularia avicularia

Brachypelma spp.

Tetragnathidae Nephila spp.

Scorpionidae Heterometrus spp.

Catoxantha spp.

Chrysochroa spp.

Buprestidae Demochroa spp.

Megaloxantha spp.

Mormolyce spp.

Stigmodera armata

Anoplophora birmanica

Anoplophora elegans

Anoplophora horsfieldi

Anoplophora medenbachi

Anoplophora longehisuta

Anoplophora zonatrix

Apriona elsa

Apriona marcusina

Apriona rixator

Cerambycidae

Arctolamia cruciatus Actolamia fasciata

Actolamia villosa

Batocera lombokiana

Batocera rosenbergi

Batocera sumbaensis

Combe brianus

Cyriopalus wallacei

Cheliadonium venereum

Glenea spp.

Nemophas tricolor

Lucanidae Lamprima spp.

Riang-riang Ambragaeana ambra

Riang-riang Zamrut Hijau Angamiana floridula

Cicadidae

Riang-riang Hantu Ayuthia spectabile

Riang-riang Merah Bersayap Huechys sanguinea

Putih

Garis Panduan Pengendalian Pameran Bergerak Hidupan Liar

16

Riang Pomponia adusta

Pomponia imperatoria

Aphaena aurantia

Fulgoridae

Aphaena submaculata

Pyrops spp.

Scamandra sanguiflua

Danaus affinis

Danaidae

Idea hypermnestra

Idea jasonia

Idea leuconoe

Idea lynceus

Idea stolli

Agatasa calydonia

Charaxes spp.

Enispe intermedia

Nymphalidae

Kallima paralekta

Polyura eudamippus

Polyura schreiber

Prothoe franck

Zeuxidia aurelius

Chilasa agestor

Graphium empedovana

Meandrusa payeni

Lamproptera curius

Lamproptera meges

Ornithoptera spp.

Papilio mahadeva

Papilionidae

Papilio palinurus

Trogonoptera brookiana

Troides spp.

Sri Lanka Rose Atrophaneura jophon

Malabar Rose Atrophaneura pandiyana

Bhutan Swallowtails Bhutanitis spp.

Apollo Butterfly Parnassius apollo

Kaiserihinds Teinopalpus spp.

Birdwing Butterflies Trogonoptera spp.

Hymenopodidae Mentadak Orkid Hymenopus coronatus

Mentadak Daun Deroplatys spp.

Theopompa spp.

Mantidae Paratoxodera cornicollis

Garis Panduan Pengendalian Pameran Bergerak Hidupan Liar

17

Theopropus elegan

Parhymenopus davidsoni

Gryllacrididae Cengkerik Raksasa Gryllacris spp.

Bacillidae Heteropteryx dilatata

Heteronemiidae

Serangga Ranting Bersayap Phaenopharos struthioneus

Merah Kecil

Tagesoidea nigrofasciata

Phasmatidae Eurycnema versirubra

Extatosoma tiaratum

Phyllidae

Serangga Daun Phyllium pulchrifolium

Serangga Daun Besar Phyllium giganteum

Garis Panduan Pengendalian Pameran Bergerak Hidupan Liar

18

LAMPIRAN 2

** Sila lampirkan sekiranyan ruangan tidak mencukupi

Tandatangan / Cap Jari Pemohon;

Tarikh

Nama: Alamat Surat Menyurat:

No. Telefon: Alamat E-mel:

JENIS LESEN YANG DIPOHON JENIS PERMIT YANG DIPOHON

Memburu atau mengambil hidupan liar No. Lesen Senjata Api :

Memungut sarang burung Mengendalikan Zoo Alamat premis:

Menyimpan bahagian atau terbitan hidupan liar

Mengimport hidupan liar Melalui:

Pembiakbakaan dalam Kurungan Komersial Alamat premis:

Menjalankan urusniaga berniaga (Sila isi ruangan C)

Mengeksport hidupan liar Melalui:

Mengendalikan Sarkas atau Pameran Hidupan Liar Alamat premis:

Menjalankan perniagaan taksidermi (Sila isi ruangan C)

Mengeskport semula hidupan liar Melalui:

Menjalankan Penyelidikan ke atas Hidupan Liar Alamat premis:

Menjual mana-mana hidupan liar yang dilindungi atau bahagian atau terbitan hidupan liar sebagai makanan atau bagi maksud perubatan

Menjual atau membeli untuk dijual semula bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar

Menempat, mengurung atau membiakkan mana-mana hidupan liar untuk dijual

Menyediakan, mengawet, mengisi atau melekapkan hidupan liar atau bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar

Membuat atau mencipta suatu barang atau benda daripada hidupan liar atau bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar

No Nama Saintifik / Nama Tempatan Jantina No. Penandaan Sumber

JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA (PERHILITAN) www.wildlife.gov.my

Sila kepilkan

satu keping

gambar

ukuran

pasport

No. K/P:

BORANG PERMOHONAN LESEN / PERMIT

A. Maklumat Pemohon

B. Jenis Permohonan Lesen / Permit

C. Jenis Perniagaan (Bagi LESEN Berniaga dan Taksidermi SAHAJA)

D. Maklumat Spesies Hidupan Liar

Saya mengaku bahawa segala maklumat yang diberikan adalah

benar.

Garis Panduan Pengendalian Pameran Bergerak Hidupan Liar

19

Salinan Kad Pengenalan / Pasport Gambar Pemohon

Lesen Memburu / Mengambil;

Lesen Senjata Api

Lesen Menyimpan;

Salinan Resit Pembelian

Lesen Peniaga / Taksidermi; Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan

Salinan Surat PBT

Lesen Import / Eksport / Eksport Semula;

Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan

Salinan CITES

Senarai spesies

Salinan Kad Pengenalan / Pasport Gambar Pemohon

Zoo

Salinan Surat Kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan

Pembiakbakaan

Salinan Surat Kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan

Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan

Sarkas atau Pameran

Salinan Surat Kelulusan Pihak

Berkuasa Tempatan Jadual Pertunjukan (Tarikh, Tempat dan Tempoh)

Penyelidikan

Surat Sokongan IPT/Agensi (Tempatan)

Surat Kelulusan dari EPU (Luar Negara)

Untuk Pengarah Negeri

SOKONG TIDAK SOKONG Catatan; Tandatangan Nama: Tarikh:

Untuk Ketua Pengarah

SOKONG TIDAK SOKONG Catatan; Tandatangan Nama: Tarikh:

E. Senarai Semak Pemohon F. Kegunaan Jabatan

PERMOHONAN LESEN

PERMOHONAN PERMIT