jabatan perlindungan hidupan liar dan taman negara ... · 1.6 taklimat dan lawatan tapak adalah...

30
1 JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA (PERHILITAN) SEMENANJUNG MALAYSIA DOKUMEN SEBUT HARGA:JPHL&TN(J):SH(B)03/2018 KERAJAAN MALAYSIA JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA (PERHILITAN) SEMENANJUNG MALAYSIA NO. SEBUT HARGA:JPHL&TN(J):SH(B)03/2018 SEBUT HARGA B: PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBERSIH KAWASAN PEJABAT DAN RUMAH REHAT DI PUSAT KONSERVASI HIDUPAN LIAR, BANGAS, SEGAMAT, JOHOR

Upload: others

Post on 17-Nov-2020

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ... · 1.6 Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN iaitu pada 4 Disember 2017 (Isnin) jam 2.00 petang di Pusat Konservasi Hidupan

1

JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA (PERHILITAN)

SEMENANJUNG MALAYSIA

DOKUMEN SEBUT HARGA:JPHL&TN(J):SH(B)03/2018

KERAJAAN MALAYSIA

JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA (PERHILITAN) SEMENANJUNG MALAYSIA

NO. SEBUT HARGA:JPHL&TN(J):SH(B)03/2018

SEBUT HARGA B: PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBERSIH KAWASAN PEJABAT DAN RUMAH REHAT DI PUSAT KONSERVASI HIDUPAN LIAR, BANGAS, SEGAMAT,

JOHOR

Page 2: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ... · 1.6 Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN iaitu pada 4 Disember 2017 (Isnin) jam 2.00 petang di Pusat Konservasi Hidupan

2

PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH DALAM DOKUMEN PEROLEHAN KERAJAAN

i) Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau

menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694). Any act or attempt to corruptly offer or give, solicit or receive any gratification to and from any person in connection with this procurement is a criminal offence under the Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 (Act 694).

ii) Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai polis yang berhampiran.Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694). If any person offers or gives any gratification to any members of the public service, the latter shall at the earliest opportunity thereafter lodge a report at the nearest office of the Malaysia Anti-Corruption Commission or police station. Failure to do so is an offence under the Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 (Act 694).

iii) Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694). Without prejudice to any other action, disciplinary action against a member of the public service and blacklisting of the contractor or supplier may be taken if the parties are involved with any act of corruption under the Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 (Act 694).

iv) Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694). Any contractor or supplier who makes a claim for payment in relation to this procurement although no work was carried out or no goods were supplied or no services rendered in accordance with the specifications and any member of the Fpublic service who certifies the claim commits an offence under the Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 (Act 694).

Page 3: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ... · 1.6 Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN iaitu pada 4 Disember 2017 (Isnin) jam 2.00 petang di Pusat Konservasi Hidupan

3

SEBUT HARGA B: PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBERSIH KAWASAN PEJABAT DAN RUMAH REHAT DI PUSAT KONSERVASI HIDUPAN LIAR, BANGAS, SEGAMAT,

JOHOR

DOKUMEN SEBUT HARGA:JPHL&TN(J):SH(B)03/2018

JADUAL KANDUNGAN

PERKARA NO. DOKUMEN MUKA SURAT

LAMPIRAN Q 4 SYARAT – SYARAT SEBUT HARGA 1 6 ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA 2 16 PENENTUAN SPESIFIKASI 3 19 BORANG JADUAL HARGA 4 21 BORANG KETERANGAN MENGENAI PENYEBUT HARGA 5

24

BORANG PENGISYTIHARAN STATUS PENDAFTARAN GST 6

28

SURAT AKUAN PENYEBUT HARGA LAMPIRAN A

29

PELAN LOKASI PUSAT KONSERVASI HIDUPAN LIAR, BANGAS, SEGAMAT, JOHOR

LAMPIRAN B 30

Page 4: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ... · 1.6 Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN iaitu pada 4 Disember 2017 (Isnin) jam 2.00 petang di Pusat Konservasi Hidupan

4

LAMPIRAN Q (ARAHAN PERBENDAHARAAN 170)

Bila menjawab, sila nyatakan nombor ini

KERAJAAN MALAYSIA NEGERI JOHOR

SEBUT HARGA UNTUK BEKALAN/PERKHIDMATAN

Dokumen ini hendaklah disifatkan menjadi dan dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian daripada perjanjian sebut harga. Kepada (Nama Syarikat) Pelawaan sebut harga dikeluarkan

oleh: ........................................................ ........................................................ ........................................................

No. Telefon........................................ No. Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan……………………………… Kod Bidang Pendaftaran yang relevan dengan perkhidmatan ini: 221001 dan 221002 Tarikh: 24 November 2017 1. Sila beri sebut harga bagi bekalan/perkhidmatan yang disenaraikan di bawah tertakluk

kepada syarat-syarat yang ditetapkan:- 1.1 Syarat penyerahan/penyempurnaan: Seperti di Dokumen No. 1 1.2 Tarikh penyerahan/penyempurnaan dikehendaki adalah tidak lewat jam 12.00 tengah

hari pada 11 Disember 2017 (Isnin). 1.3 Arahan pengiriman: Seperti di Dokumen No. 1 1.4 Sebut harga boleh dikemukakan melalui surat, faks atau emel seperti di bawah:

Pengarah Jabatan PERHILITAN Negeri Johor Tkt. 9, Blok B, Wisma Persekutuan, Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor No. Faks : 07 - 2235702 Emel : [email protected]

1.5 Tempoh sahlaku sebut harga hendaklah 90 hari selepas tarikh tutup. 1.6 Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN iaitu pada 4 Disember 2017 (Isnin)

jam 2.00 petang di Pusat Konservasi Hidupan Liar Bangas, Segamat, Johor (Penama dalam sijil MOF sahaja yang dibenarkan menghadiri taklimat dan lawatan tapak).

Tarikh: 24 November 2017 Tandatangan : t.t Nama Pegawai : JAMALUN NASIR BIN IBRAHIM Jawatan : Pengarah Jabatan PERHILITAN Negeri Johor

No. Sebut harga:JPHL&TN(J):SH(B)03/2018

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Johor Tkt. 9, Blok B, Wisma Persekutuan Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor No. Telefon : 07-2230580 No. Faks : 07-2235702

(Kew. 284-Pin. 5/94)

Page 5: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ... · 1.6 Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN iaitu pada 4 Disember 2017 (Isnin) jam 2.00 petang di Pusat Konservasi Hidupan

5

Bil Perihal bekalan/perkhidmatan dan

Syarat-syarat Khas

Unit

Ukuran

Kuantiti /

Kekerapan

Kadar

(RM) Harga (RM)

Untuk diisi oleh Kementerian/Jabatan Untuk diisi oleh Penyebut

Harga

1.

PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBERSIH KAWASAN PEJABAT DAN RUMAH REHAT DI PUSAT KONSERVASI HIDUPAN LIAR, BANGAS, SEGAMAT, JOHOR Tarikh penyerahan / penyempurnaan

ditawarkan adalah selama Dua Belas

(12) bulan.

* Sila sertakan sesalinan Sijil

Pendaftaran dengan Kementerian

Kewangan Malaysia.

Rujuk

Dokumen

No. 3

Rujuk

Dokumen

No. 4

JUMLAH

………………..

(i) Harga yang ditawarkan adalah bersih dan hendaklah dikemukakan tanpa kenaan GST: dan

(ii) Tarikh penyerahan/penyempurnaan ialah Dua Belas (12) bulan.

Saya/kami dengan ini menawarkan untuk melaksanakan bekalan/perkhidmatan di atas dengan

harga dan syarat-syarat yang dinyatakan di atas tertakluk kepada syarat-syarat di atas dan di

belakang ini.

Tarikh: ……………………..

Mustahak – Lihat Syarat-syarat Am Di Belakang

Tandatangan Penyebut Harga : ………………………. Nama : ………..……………… No. K/P : ………….…..….…….

Alamat Syarikat : ……………...………

Page 6: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ... · 1.6 Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN iaitu pada 4 Disember 2017 (Isnin) jam 2.00 petang di Pusat Konservasi Hidupan

6

SEBUT HARGA B: PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBERSIH KAWASAN PEJABAT DAN RUMAH REHAT DI PUSAT KONSERVASI HIDUPAN LIAR, BANGAS, SEGAMAT, JOHOR

DOKUMEN SEBUT HARGA:JPHL&TN(J):SH(B)03/2018

SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA DOKUMEN NO. 1

SYARAT-SYARAT AM

Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh Penyebut Harga. 1. PERKHIDMATAN Perkhidmatan hendaklah dijalankan mengikut spesifikasi sepertimana yang dinyatakan dalam

Dokumen No. 3. 2. HARGA

2.1 Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun dan kos tambahan yang berkaitan; dan

2.2 Harga hendaklah dikemukakan tanpa kenaan GST.

3. PERSETUJUAN

Penyebut Harga adalah disifatkan telah membaca sebut harga ini dan telah berpuas hati tentang peralatan yang perlu, risiko dan segala hal yang mempengaruhi dan menjejaskan tawaran sebut harga, sebelum mengambil bahagian dalam sebut harga ini.

4. PERAKUAN MENYATAKAN SPESIFIKASI TELAH DIPATUHI Penyebut Harga dikehendaki memperakui bahawa perkhidmatan yang dilaksanakan oleh mereka

adalah mengikut spesifikasi atau piawai yang dinyatakan di dalam pelawaan ini. 5. PENGIKLANAN Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana sebut harga boleh disiarkan

dalam mana-mana akhbar, majalah, atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri terlebih dahulu.

6. TAFSIRAN Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan

dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan Penyebut Harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai sebut harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

7. CUKAI

7.1. Penyebut Harga hendaklah menawarkan harga sebut harga tanpa mengambil kira bayaran

cukai di bawah Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan 2014 (Goods and Services Tax Act

2014-Akta GST 2014) (selepas ini dirujuk sebagai Harga Sebut Harga Tanpa GST).

Page 7: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ... · 1.6 Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN iaitu pada 4 Disember 2017 (Isnin) jam 2.00 petang di Pusat Konservasi Hidupan

7

Meskipun demikian Penyebut Harga masih bertanggungan untuk mengambil kira dalam

Harga Sebut Harga Tanpa GST tersebut bagi bayaran kos yang berkaitan dengan

pematuhan kepada mana-mana peruntukan undang-undang, peraturan-peraturan, undang-

undang kecil atau mana-mana perintah atau arahan yang dikeluarkan oleh mana-mana

Pihak Berkuasa Tempatan atau Syarikat Perkhidmatan Awam berkaitan dengan perolehan

ini.

7.2. Penyebut Harga hendaklah mengisytiharkan status pendaftaran GST dengan Jabatan

Kastam DiRaja Malaysia pada tarikh tutup sebut harga. Untuk pengisytiharan tersebut, satu

salinan surat kelulusan pendaftaran GST daripada Jabatan Kastam DiRaja Malaysia

beserta dengan nombor pendaftarannya hendaklah dikemukakan bersama dengan

Dokumen Sebut Harga pada tarikh tutup sebut harga.

7.3. Sekiranya Penyebut Harga yang berjaya didapati berdaftar di bawah Akta GST 2014, maka

Kerajaan akan mengeluarkan Surat Setujuterima (SST) dengan menawarkan Harga Sebut

Harga Tanpa GST yang dicampurkan dengan kos kenaan cukai GST. Sebaliknya sekiranya

Penyebut Harga yang berjaya tidak berdaftar di bawah Akta GST 2014, maka hanya Harga

Sebut Harga Tanpa GST sahaja akan disetujuterima melalui SST.

7.4. Bagi Penyebut Harga yang mengisytiharkan tidak berdaftar di bawah Akta GST 2014,

namun akan menjadi syarikat yang berdaftar di bawah Akta GST 2014 setelah Harga Sebut

Harga Tanpa GST tersebut disetujuterima oleh Kerajaan, maka Penyebut Harga yang

berjaya tersebut hendaklah memohon kepada Kerajaan bagi pelarasan harga berkaitan

dengan kenaan GST semasa bagi baki Harga Kontrak yang dikenakan GST.

10. Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-

syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh Penyebut Harga.

11. Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang seperti berikut serta masih sah dan belum tamat tempoh:

11.1 221001 - Pembersihan Bangunan dan Pejabat 11.2 221002 - Membersih Kawasan

12. Semua kerja-kerja bagi perkhidmatan yang disebut dalam Sebut Harga ini mestilah dibuat,

dilaksana dan disiapkan dengan sempurna mengikut syarat-syarat dalam Penentuan Spesifikasi serta arahan Ketua Pengarah, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Semenanjung Malaysia atau wakilnya dari semasa ke semasa.

13. Penyebut Harga hendaklah tidak muflis dan tidak pernah disenaraihitamkan.

14. Harga yang ditawarkan adalah termasuk kos pengangkutan dan lain-lain yang berkaitan dengannya.

15. Kerajaan tidak terikat untuk menyetuju terima sebut harga yang terendah atau mana- mana sebut harga.

16. Penyebut Harga dikehendaki memperakui bahawa perkhidmatan yang dibekalkan oleh mereka adalah mengikut penentuan dan piawaian (jika ada) yang dinyatakan di dalam pelawaan ini.

Page 8: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ... · 1.6 Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN iaitu pada 4 Disember 2017 (Isnin) jam 2.00 petang di Pusat Konservasi Hidupan

8

17. Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia dan Penyebut Harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan apa jua pun yang mungkin timbul mengenai sebut harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

18. Sebut harga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM).

19. Semua tindakan Penyebut Harga dalam memberikan perkhidmatan ini mestilah dijalankan

mengikut kehendak undang-undang, akta-akta dan peraturan-peraturan Kerajaan.

20. Jika Penyebut Harga yang berjaya gagal membekalkan perkhidmatan yang diberikan tidak mengikuti spesifikasi, Kerajaan berhak membatalkan (terminate) perjanjian tersebut dan seterusnya melantik pembekal lain untuk membekalkan perkhidmatan berkenaan.

21. Pelawaan sebut harga ini adalah terikat dengan syarat-syarat perjanjian yang terkandung di dalam

dokumen sebut harga ini. 22. Penyebut Harga yang berjaya adalah bermaksud Penyebut Harga yang diluluskan dan diterima

oleh Jawatankuasa Sebut Harga, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Semenanjung Malaysia yang telah mematuhi semua syarat-syarat yang terkandung dalam sebut harga ini.

23. Tiada apa-apa maklumat mengenai sebut harga boleh disiarkan dalam sebarang akhbar, majalah,

media atau didedahkan kepada mana-mana pihak. 24. Penyebut Harga yang berjaya hendaklah bertanggungjawab bagi semua ganti rugi dan

mengenepikan Kerajaan terhadap segala tuntutan kehilangan, kerosakan, kecurian, kemalangan, tindakan mahkamah dan sebagainya yang berbangkit semasa menjalankan perolehan ini.

25. Bayaran hanya akan dibayar setelah Penyebut Harga menyiapkan kerja dengan sempurnanya.

SYARAT-SYARAT KHAS Penyebut Harga dikehendaki mematuhi syarat-syarat di bawah dan juga mengemukakan butir-butir yang dikehendaki dalam syarat-syarat (yang perlu sahaja).

1. UMUM

1.1 Secara umumnya perkhidmatan ini adalah merangkumi perkara-perkara berikut:

1.1.1 Menanggal dan membersih kotoran seperti debu, tanah, lumpur, sampah sarap

dan sebagainya dari berbagai jenis permukaan (various surfaces) termasuk ruang bilik bangunan dan pejabat, rumah tamu, rumah kayu bilik mesyuarat, dewan, surau,laluan, jalan, longkang, serta termasuk pembersihan tandas.

1.1.2 Kawasan dan bangunan yang perlu dibersihkan adalah seluruh kawasan dan

semua bangunan (di dalam dan juga luar bangunan) dalam kawasan Pusat Konservasi Hidupan Liar Bangas, Segamat, Johor.

1.1.3 Penyebut Harga adalah dikehendaki mengadakan sendiri pekerja-pekerja,

membekalkan segala jenis bahan mencuci dan membersih, peralatan dan kenderaan sendiri dalam menjalankan Perkhidmatan Cuci Kawasan Dan Bangunan Di Pusat Konservasi Hidupan Liar Bangas, Segamat, Johor.

Page 9: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ... · 1.6 Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN iaitu pada 4 Disember 2017 (Isnin) jam 2.00 petang di Pusat Konservasi Hidupan

9

1.1.4 Penyebut Harga hendaklah mengemukakan kepada Pengarah Jabatan PERHILITAN jadual pusingan kerja dan Penyebut Harga hendaklah mengikut jadual tersebut. Pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara (PERHILITAN ) akan memeriksa mutu kerja mengikut jadual tersebut.

2. ANGGARAN KELUASAN

2.1 Kawasan-kawasan yang terlibat adalah meliputi seluas lebih kurang 5 ekar iaitu Pusat

Konservasi Hidupan Liar, Bangas, Segamat dan Kuarters Kakitangan dan Rumah Rehat dan Kawasan Kuarantin dan Kawasan Kandang Kijang Dan Pelanduk.

2.2 Penyebut Harga adalah dinasihatkan supaya memeriksa dan membuat lawatan sendiri

untuk mempastikan keadaan sebenar keluasan kawasan bangunan yang berkaitan.

2.3 Bangunan dan kawasan yang terlibat dinyatakan dalam pelan di Lampiran B.

3. BIDANG KERJA

3.1 Perkhidmatan ini hendaklah dilaksanakan mengikut bidang kerja terperinci serta kekerapan seperti di dalam Penentuan Spesifikasi (Dokumen No. 3) dan Borang Jadual Harga (Dokumen No. 4). Walau bagaimanapun Penyebut Harga boleh melaksanakannya lebih dari itu tanpa menjejaskan mana-mana peruntukan harga.

4. KEMUDAHAN, BAHAN DAN PERALATAN

4.1 Penyebut Harga bertanggungjawab menyediakan segala jenis mesin, peralatan,

perkakasan dan kelengkapan yang sesuai dengan permukaan yang hendak dicuci atau dibersihkan dan terjamin penggunaannya bagi melaksanakan perkhidmatan ini dan bekalan tersebut hendaklah mencukupi pada setiap masa.

4.2 Penyebut Harga bertanggungjawab menyediakan segala bahan kimia, bahan cucian dan lain-lain bahan yang bermutu tinggi termasuk baja pokok hiasan atau pokok bunga dan tidak membahayakan kesihatan serta diluluskan oleh peraturan dan Undang-Undang Kerajaan.

4.3 Penyebut Harga adalah bertanggungjawab terhadap kemalangan yang berlaku kepada

pelanggan atau kakitangan Pusat Konservasi Hidupan Liar, Bangas, Segamat yang disebabkan oleh segala bahan kimia yang digunakan, mesin, peralatan, perkakasan dan kelengkapan serta kenderaan Penyebut Harga.

4.4 Jika mesin, peralatan, perkakasan dan kelengkapan serta kenderaan yang digunakan

telah tidak sesuai, Penyebut Harga perlu menggantinya dengan serta-merta atau pihak Ibu Pejabat Jabatan PERHILITAN boleh mencari alternatif dan mendapatkan bayaran balik daripada Penyebut Harga.

5. PEKERJA DAN PENYELIA

5.1 Penyebut Harga hendaklah menyatakan dalam borang tawaran sebutharga jumlah

pekerja yang akan digunakan bagi mengendalikan perkhidmatan ini. Jumlah pekerja

hendaklah sesuai dengan bebanan kerja yang akan dijalankan. Jumlah pekerja

hendaklah termasuk seorang penyelia yang dilantik oleh Penyebut Harga bagi melicinkan

perjalanan kerja.

5.2 Penyebut Harga tidak boleh menggajikan pekerja di bawah umur seperti yang termaktub di bawah Akta Buruh 1955 .

Page 10: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ... · 1.6 Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN iaitu pada 4 Disember 2017 (Isnin) jam 2.00 petang di Pusat Konservasi Hidupan

10

5.3 Penyebut Harga hendaklah menyediakan pekerja yang terdiri daripada Warganegara Malaysia atau pekerja asing yang memiliki permit bekerja daripada Jabatan Imegresen Malaysia dalam bidang yang ditetapkan dan lulus ujian kesihatan daripada FOMEMA. Salinan dokumen tersebut perlu dikemukakan kepada Jabatan ini.

5.4 Penyebut Harga bertanggungjawab memberitahu dengan jelas kepada pekerja-

pekerjanya tentang tanggungjawab mereka semasa menjalankan tugas di Pusat Konservasi Hidupan Liar, Bangas, Segamat supaya tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini sama ada kepada pekerja itu sendiri, pelawat, kakitangan mahupun aset-aset kerajaan.

5.5 Pekerja mestilah memastikan kawasan, bangunan serta kelengkapan di dalam bangunan

sentiasa berada dalam keadaan bersih.

5.6 Penyebut Harga bertanggungjawab terhadap kemalangan yang berlaku kepada kakitangan atau pelanggan Pusat Konservasi Hidupan Liar, Bangas, Segamat akibat kecuaian samada secara sengaja atau tidak sengaja oleh pihak pekerja Penyebut Harga.

5.7 Mencuri, memusnah atau mengambil apa-apa harta benda Pusat Konservasi Hidupan

Liar, Bangas, Segamat adalah satu kesalahan jenayah. Sekiranya pekerja-pekerja Penyebut Harga terlibat dengan kesalahan tersebut mereka akan dirujuk kepada pihak berkuasa.

5.8 Semua pekerja hendaklah dibekalkan dengan pakaian seragam beserta kasut (selipar

tidak dibenarkan). Pekerja perlulah memakai pakaian seragam yang mempunyai nama dan logo syarikat serta tanda nama pekerja. Pekerja yang mendapat kelulusan pihak pengurusan Pusat Konservasi Hidupan Liar, Bangas, Segamat sahaja dibenarkan bekerja dan pihak Pusat Konservasi Hidupan Liar, Bangas, Segamat berhak menarik balik pas pekerja yang dikeluarkan di atas sebab-sebab keselamatan atau kesalahan yang bercanggah dengan peraturan kerajaan yang berkuatkuasa.

5.9 Apa-apa kerja yang dinyatakan dalam perjanjian hendaklah dilaksanakan tanpa

peringatan yang kerap daripada Jabatan PERHILITAN.

5.10 Setiap surat peringatan daripada pihak pengurusan Jabatan PERHILITAN Negeri Johor berkaitan perkhidmatan yang tidak memuaskan, dan tidak diambil tindakan oleh pihak Penyebut Harga akan melibatkan denda seperti pemotongan bayaran seterusnya penamatan kontrak selepas surat amaran terakhir dikeluarkan.

5.11 Segala akibat atau kesulitan yang timbul di antara Penyebut Harga dengan pihak ketiga

seperti pihak berkuasa tempatan, pihak keselamatan, Jabatan Imigresen, orang perseorangan dan sebagainya adalah tanggungjawab Penyebut Harga sendiri.

5.12 Penyebut Harga hendaklah sentiasa memaklumkan kepada Jabatan PERHILITAN jika

setiap kali berlakunya pertukaran pekerja.

5.13 Masalah pekerja dari segi keselamatan, kesihatan dan kebajikan adalah tanggungjawab Penyebut Harga sendiri.

5.14 Penyebut Harga hendaklah mengemukakan senarai nama-nama pekerja dan nombor kad

pengenalan kepada pihak Jabatan PERHILITAN.

Page 11: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ... · 1.6 Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN iaitu pada 4 Disember 2017 (Isnin) jam 2.00 petang di Pusat Konservasi Hidupan

11

6. CARA DAN WAKTU BEKERJA

6.1 Perkhidmatan ini secara umumnya perlu dijalankan mengikut waktu pejabat yang berkuatkuasa di Jabatan PERHILITAN. Waktu permulaan kerja bermula 8.00 pagi. Pekerja boleh dipanggil bila-bila masa untuk membuat kerja jika ada keperluan yang mendesak (seperti lawatan VIP, majlis-majlis tertentu dan lain-lain) dan mestilah mengetik kad kedatangan (Punch Card) di tempat disediakan oleh Jabatan ini.

6.2 Hari bekerja adalah hari bekerja biasa bagi Pusat Konservasi Hidupan Liar, Bangas, Segamat dan tidak termasuk hari cuti hujung minggu, cuti am dan cuti umum. Kebenaran bertulis hendaklah diperolehi daripada Jabatan ini untuk memasuki premis ini bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan kawasan atau bangunan di luar waktu pejabat, hari minggu atau cuti umum.

6.3 Penyebut Harga diwajibkan mengadakan buku rekod kehadiran pekerja, buku rekod

pembersihan kawasan, dan buku rekod pembersihan bangunan bagi tujuan pemeriksaan oleh Jabatan PERHILITAN.

6.4 Perkhidmatan ini hendaklah dilakukan mengikut penjadualan yang ditentukan oleh pihak

Pusat Konservasi Hidupan Liar, Bangas, Segamat dan dipersetujui oleh pihak syarikat Penyebut Harga. Walau bagaimanapun Penyebut Harga dikehendaki mengemukakan cadangan jadual kerja harian dan bulanan selama 12 bulan.

6.5 Bagi pembersihan tandas, Penyebut Harga juga mesti menyediakan satu kad

pembersihan yang ada dibangunan. Tandas ini hendaklah dibersihkan diwaktu pagi dan petang setiap hari bekerja.

7. PEMBUANGAN/ PENGANGKUTAN SAMPAH

7.1 Semua sampah-sarap yang dikutip dari semua tong-tong sampah dalam bangunan, rumah rehat dan kawasan Pusat Konservasi Hidupan Liar, Bangas, Segamat mestilah dimasukkan ke dalam karung plastik (Heavy Duty Bag) yang dibekalkan sendiri oleh Penyebut Harga dan dibuangkan ke kawasan pengumpulan sampah yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

7.2 Penyebut Harga bertanggungjawab memastikan tong sampah yang ditentukan tidak ada sampah sarap bertaburan di sekelilingnya. Sekiranya ia berlaku, sampah tersebut perlulah dipungut dan dikemaskan segera walaupun ia berpunca daripada pihak lain.

7.3 Rumput yang dipotong juga hendaklah dibersihkan serta merta dan dimasukkan ke

dalam karung plastik (Heavy Duty Bag). Rumput berkenaan tidak boleh dibuang di rumah sampah utama dan hendaklah dibuang oleh syarikat Penyebut Harga sendiri ditempat yang dibenarkan oleh PBT.

8. MENCUCI BANGUNAN DAN PEJABAT

8.1 Bangunan Pejabat, Bilik Mesyuarat, dewan, surau, rumah tamu dan rumah kayu

8.1.1 Menanggal, menyapu dan membersih kotoran seperti debu, sawang, tanah,

lumpur, sampah sarap, pokok-pokok liar yang tumbuh dan sebagainya dari berbagai jenis permukaan (various surfaces) di luar dan di dalam bangunan dan bilik pejabat termasuk bilik-bilik peralatan seperti bilik ibusawat dan bilik AHU. Penyebut Harga dikehendaki memaklumkan kepada Pegawai Pusat Konservasi Hidupan Liar, Bangas, Segamat sebelum kerja-kerja pembersihan dibuat di bilik ibusawat dan bilik AHU.

Page 12: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ... · 1.6 Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN iaitu pada 4 Disember 2017 (Isnin) jam 2.00 petang di Pusat Konservasi Hidupan

12

8.1.2 Menyedut habuk (vacuum) segala kotoran dan mempastikan semua bilik-bilik

mesyuarat sentiasa kemas dengan susun atur kerusi yang teratur setiap pagi seawal 8.00 pagi atau sebelum bilik mesyuarat digunakan.

8.1.3 Membersih dan memastikan kekemasan seluruh kawasan dalam surau sekurang-kurangnya satu (1) kali iaitu pada setiap minggu dan juga pada setiap kali diminta berbuat demikian.

8.1.5 Kerja-kerja pembersihan juga dibuat walaupun spesifikasi bangunan dan susun atur ruang pejabat berubah-ubah dan ini hendaklah tidak mempengaruhi nilai kontrak.

8.2 Tandas 8.2.1 Menanggal, menyapu dan membersih kotoran seperti debu dan sawang di

dinding, lantai tandas, dan semua permukaan perlu dibersihkan sepenuhnya dengan kekerapan dua (2) kali sehari iaitu sekali waktu pagi dan sekali waktu tengahari dengan sempurna, selesa dan selamat digunakan. Memastikan lantai tandas berkeadaan kering dalam tandas.

8.3.1 Penyebut Harga dikehendaki menyediakan secukupnya bahan-bahan cuci dan membersih seperti sabun, tisu dan juga pewangi tandas termasuk peralatan yang sesuai untuk pekerjanya melaksanakan tugas.

9. MUTU KEBERSIHAN DAN PERKHIDMATAN

9.1 Mutu kebersihan dan perkhidmatan yang dikehendaki adalah pada tahap yang

memuaskan Jabatan ini.

9.2 Sekiranya terdapat mutu kebersihan dan perkhidmatan yang tidak memuaskan pada pandangan Jabatan ini, maka Jabatan ini berhak mengarahkan pekerja Penyebut Harga melakukan semula kerja-kerja pembersihan tanpa sebarang bayaran tambahan .

10. BAYARAN

10.1 Bayaran akan dibuat secara bulanan berdasarkan perkhidmatan sebenar oleh pekerja

Penyebut Harga. Pada akhir setiap bulan, Penyebut Harga dikehendaki mengemukakan invois/bil tuntutan serta dokumen yang lengkap kepada Jabatan ini dalam tempoh 7 hari dari tarikh awal bulan berikutnya bagi tujuan pembayaran. Jabatan ini tidak akan bertanggungjawab di atas kelewatan pembayaran kepada Penyebut Harga yang lewat mengemukakan bil tuntutan.

10.2 Pembayaran adalah tertakluk kepada fasal 3 hingga fasal 9 dan fasal lain yang berkaitan dalam penentuan kerja ini.

11. PERALATAN DAN KELENGKAPAN PEMBERSIHAN

11.1 Penyebut Harga perlu menyediakan keperluan peralatan dan kelengkapan seperti berikut bagi melicinkan kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan di Pusat Konservasi Hidupan Liar, Bangas, Segamat :

a) Mesin rumput sandang b) Water jet c) Blower d) Penyapu dan pongkes sampah e) Mop f) Penyapu sawang

Page 13: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ... · 1.6 Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN iaitu pada 4 Disember 2017 (Isnin) jam 2.00 petang di Pusat Konservasi Hidupan

13

g) Bahan-bahan pencuci h) Karung plastik (polythene bag) i) Pencakar sampah j) Parang k) Tali mesin rumput l) Peralatan pembersihan tandas m) Sarung tangan n) Penyedut habuk (vacuum) o) Peralatan penyelenggaraan pokok dan tanaman hiasan

11.2 Penyebut Harga juga boleh diminta oleh pihak pengurusan Pusat Konservasi Hidupan Liar, Bangas, Segamat untuk menyediakan keperluan peralatan dan kelengkapan lain sekiranya diperlukan oleh pihak pengurusan Pusat Konservasi Hidupan Liar, Bangas, Segamat.

11.3 Penyebut Harga perlu menyediakan segala bahan kimia, bahan cucian dan lain-lain bahan yang bermutu tinggi dan tidak membahayakan kesihatan serta diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

11.4 Penyebut Harga adalah bertanggungjawab terhadap kemalangan atau kecederaan yang

berlaku kepada pelawat atau kakitangan Pusat Konservasi Hidupan Liar, Bangas, Segamat disebabkan oleh segala bahan kimia yang digunakan,mesin, peralatan, perkakasan, kelengkapan dan kenderaan Penyebut Harga.

11.5 Sekiranya mesin, peralatan, perkakasan dan kelengkapan serta kenderaan yang

digunakan telah tidak sesuai, Penyebut Harga perlu menggantikannya dengan serta-merta atau pihak Pusat Konservasi Hidupan Liar, Bangas, Segamat boleh mencari alternatif dan mendapatkan bayaran balik daripada Penyebut Harga.

12. TEMPOH KONTRAK

12.1 Kontrak ini adalah untuk tempoh selama Dua Belas (12) bulan. Kontrak ini boleh

ditamatkan oleh mana-mana pihak yang terlibat dengan memberi tiga (3) bulan notis bertulis.

13. SUB-KONTRAK 13.1 Penyebut Harga tidak dibenarkan sama sekali memberi atau menyerahkan semua

bahagian kerja ini kepada mana-mana pihak. 14. PEMETERI SETEM PERJANJIAN (STAMPING AGREEMENT)

14.1 Penyebut Harga yang berjaya dikehendaki membiayai sendiri perbelanjaan pemeteri

setem perjanjian (stamping agreement) dan yang berkaitan dengannya. 15. TANGGUNGJAWAB PENYEBUT HARGA KEPADA PEKERJA

15.1 Penyebut Harga yang berjaya dikehendaki dan bertanggungjawab sepenuhnya mematuhi

semua Ordinan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Caruman PERKESO yang sedang berkuatkuasa seperti yang dikanunkan termasuk semua syarat dan peraturan pindaannya dan membayar semua caruman yang dikehendaki di bawah ordinan tersebut bagi semua pekerja yang diambil.

15.2 Penyebut Harga yang berjaya dikehendaki mengambil suatu polisi insurans Ganti Rugi

Pekerja dengan ”Endorsement” ”A” dan ”B” (Workmen’s Compensation Insurance With Endorsement ”A” dan ”B”). Polisi Insurans ini hendaklah berkuatkuasa sepenuhnya sepanjang tempoh kontrak ini berjalan atau dalam tempoh lanjutan kontrak jika berkaitan.

Page 14: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ... · 1.6 Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN iaitu pada 4 Disember 2017 (Isnin) jam 2.00 petang di Pusat Konservasi Hidupan

14

16. HAL-HAL LAIN 16.1 Penyebut Harga hendaklah sentiasa mematuhi sebarang arahan tambahan yang

dikeluarkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa tanpa dikenakan sebarang caj tambahan termasuk mengangkat atau mengangkut peralatan dan kelengkapan pejabat dalam kawasan Jabatan ini.

16.2 Penyebut Harga hendaklah sentiasa bersedia dalam membekalkan segala keperluan

bahan kimia, mesin dan peralatan mencuci bengunan dan pejabat serta membersih kawasan termasuk membekalkan ubat jentik-jentik bagi mengelakkan kolam ikan dan hiasan di kawasan Pusat Konservasi Hidupan Liar, Bangas, Segamat menjadi tempat pembiakan nyamuk.

17. DENDA

17.1 Jabatan berhak untuk memotong sebarang bayaran sama ada sebahagian atau sepenuhnya dari bulanan, jika pada pendapat pihak Pengurusan Jabatan, perkhidmatan yang dijalankan tidak memuaskan atau didapati Penyebut Harga tidak menjalankan perkhidmatan seperti di dalam bidang kerja yang telah ditetapkan atau tidak memenuhi syarat yang telah dipersetujui.

17.2 Pemotongan bayaran bulanan akan dilakukan berdasarkan gaji seorang pekerja sekiranya didapati berlaku perkara-perkara seperti berikut: 17.2.1 Kegagalan menyediakan bilangan pekerja yang mencukupi seperti yang

ditetapkan dalam penentuan spesifikasi; 17.2.2 Tidak menjalankan sepenuhnya kerja-kerja yang ditetapkan dalam penentuan

spesifikasi dengan sempurna; dan 17.2.3 Kelewatan kehadiran pekerja bagi melaksanakan perkhidmatan seperti spesifikasi

yang ditetapkan atau seperti yang diarahkan oleh Jabatan

17.3 Pemotongan bayaran atas perkara 17.2.1, 17.2.2 dan 17.2.3 tersebut akan dibuat berdasarkan kepada perkiraan berikut: Formula Kiraan:

17.4 Penyebut Harga bertanggungjawab sepenuhnya jika terdapat apa-apa kerosakan atau kehilangan yang dilakukan oleh pekerja Penyebut Harga terhadap bangunan dan segala harta benda yang menjadi hak kepada Jabatan ini. Jabatan ini berhak menuntut ganti rugi atas perkara tersebut seperti mana yang dinilaikan atau membuat pemotongan bayaran atau meminta Penyebut Harga menggantikannya.

18. PENAMATAN PERJANJIAN

18.1 Perjanjian ini juga boleh ditamatkan sekiranya Penyebut Harga gagal menyediakan perkerja yang secukupnya seperti spesifikasi dengan erti kata lain berlaku perkara-perkara seperti di bawah: (a) Pekerja gagal hadir bekerja dengan jumlah terkumpul sepuluh (10) hari

sepanjang tempoh kontrak berkuatkuasa atau;

(b) Tujuh (7) hari berturut-turut bagi kesalahan yang sama.

Jumlah Pekerja X Jumlah Hari Tidak Hadir atau Kelewatan

yang Terlibat atau Perkhidmatan Tidak Sempurna

Jumlah Hari dalam Bulan yang Dikenakan Denda

Nilai Gaji Bulanan Seorang Pekerja

X

Page 15: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ... · 1.6 Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN iaitu pada 4 Disember 2017 (Isnin) jam 2.00 petang di Pusat Konservasi Hidupan

15

19. UNDANG-UNDANG

Kontrak perkhidmatan ini adalah dibuat dan dikawal di bawah undang-undang Malaysia.

Saya/Kami bersetuju dengan dengan syarat–syarat di atas.

…………………………………… (Tandatangan Penyebut Harga) Nama : ……………………………………………………… Jawatan : ...………………………………………………........ Cop Syarikat : Tarikh : ...………………………………………………….....

Page 16: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ... · 1.6 Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN iaitu pada 4 Disember 2017 (Isnin) jam 2.00 petang di Pusat Konservasi Hidupan

16

SEBUT HARGA B: PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBERSIH KAWASAN PEJABAT DAN RUMAH REHAT DI PUSAT KONSERVASI HIDUPAN LIAR, BANGAS, SEGAMAT, JOHOR

DOKUMEN SEBUT HARGA:JPHL&TN(J):SH(B)03/2018

ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA DOKUMEN NO. 2

1. HAK KERAJAAN UNTUK MENERIMA/MENOLAK SEBUT HARGA

Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu sebut harga. Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad.

2. CARA-CARA MELENGKAPKAN DOKUMEN SEBUT HARGA

2.1 Penyediaan Sebut Harga Penyebut Harga adalah dikehendaki mengisi segala maklumat berikut dengan sepenuhnya (DITAIP ATAU DITULIS DENGAN TULISAN BERCETAK):

a) Tawaran Harga dan tandatangan Penyebut Harga dalam Lampiran Q; b) Tandatangan dalam Syarat-Syarat Sebut Harga (Dokumen No. 1); c) Tandatangan dalam Penentuan Spesifikasi (Dokumen No. 3); d) Harga dan tandatangan Penyebut Harga di Borang Jadual Harga (Dokumen No. 4); e) Mengisi dengan lengkap Borang Keterangan Mengenai Penyebut Harga (Dokumen

No. 5); f) Mengisi dengan lengkap Borang Pengisytiharan Status Pendaftaran GST

(Dokumen No. 6); g) Mengisi dan menandatangani Surat Akuan Penyebut Harga (Lampiran A); h) Menyertakan Surat perwakilan Kuasa untuk menandatangani dokumen sekiranya

nama yang diberi kuasa tidak dinyatakan dalam Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) sekiranya berkaitan; dan

i) Profil Syarikat; i. Salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); ii. Salinan sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

dalam kod bidang 221001 dan 221002 (masih sah tempoh); iii. Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera (MOF) (sekiranya

ada); iv. Salinan Pendaftaran GST dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (sekiranya

berkaitan); v. Salinan dokumen sokongan pengalaman perkhidmatan yang berkaitan; vi. Ringkasan Eksekutif Syarikat; vii. Latar Belakang Syarikat; viii. Carta Organisasi Syarikat; dan ix. Salinan penyata bank bagi tiga (3) bulan terkini (perlu disahkan oleh bank

yang mengeluarkan penyata).

Jika berlaku kesilapan dalam mengisi maklumat-maklumat di atas, Penyebut Harga hendaklah menandatangani ringkas semua pembetulan. Tawaran akan DITOLAK sekiranya Penyebut Harga tidak menandatangani ringkas terhadap pembetulan.

Page 17: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ... · 1.6 Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN iaitu pada 4 Disember 2017 (Isnin) jam 2.00 petang di Pusat Konservasi Hidupan

17

2.2 Penyerahan Dokumen Sebut harga

a) Dokumen sebut harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke

dalam sampul surat berlakri yang dicatatkan dengan No. SEBUT HARGA: JPHL&TN(J):SH(B)03/2018 serta tajuk sebut harga.

b) Dokumen sebut harga boleh atau dikemukakan melalui faks, pos, emel atau

diserahkan dengan tangan (waktu pejabat bermula 8.00 pagi hingga 4.30 petang) dan mestilah tiba pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan (sebarang kelewatan adalah tanggungjawab Penyebut Harga).

c) Dokumen sebut harga yang diserahkan selepas masa yang ditetapkan, berbangkit

dari sebarang sebab tidak akan dipertimbangkan.

2.3 Penjelasan Lanjut

Sekiranya terdapat maklumat dalam dokumen sebut harga yang tidak jelas atau bercanggah, Penyebut Harga boleh menghubungi pejabat ini untuk penjelasan lanjut.

3. TAWARAN DAN DOKUMEN SEBUT HARGA

3.1 Dokumen tersebut mestilah mengandungi dan mengikut susunan perkara-perkara di

bawah. Pihak Jabatan berhak untuk menolak sebarang cadangan sebut harga yang tidak mematuhinya:-

i. Lampiran Q; ii. Syarat-Syarat Sebut Harga (Dokumen No.1); iii. Penentuan Spesifikasi (Dokumen No.3); iv. Borang Jadual Harga (Dokumen No. 4); v. Borang Keterangan Penyebut Harga (Dokumen No. 5); vi. Pengisytiharan Status Pendaftaran GST (Dokumen No. 6); vii. Lampiran A (Surat Akuan Penyebut Harga); viii. Surat perwakilan Kuasa untuk menandatangani dokumen sekiranya nama yang

diberi kuasa tidak dinyatakan dalam Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) sekiranya berkaitan; dan

ix. Profil Syarikat.

3.2 Kegagalan mengemukakan tawaran sebut harga seperti dinyatakan perenggan 3.1 hingga akan menyebabkan tawaran sebut harga DITOLAK.

4. PERTANYAAN Sebarang pertanyaan berkaitan dengan urusan sebut harga ini hendaklah dirujuk kepada:

Pengarah Jabatan PERHILITAN Johor Tkt. 9, Blok B, Wisma Persekutuan Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru No Tel : 07-2230580 No Faks : 07-2235702

(u.p: En. Mohd Syazwan Fais b. Rodzi)

5. TEMPOH KERJA

Penyebut Harga perlu menyiapkan kontrak perkhidmatan ini dalam tempoh 12 bulan.

Page 18: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ... · 1.6 Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN iaitu pada 4 Disember 2017 (Isnin) jam 2.00 petang di Pusat Konservasi Hidupan

18

6. PERBELANJAAN PENYEDIAAN DOKUMEN SEBUT HARGA

Semua perbelanjaan bagi penyediaan Sebut Harga ini hendaklah ditanggung oleh Penyebut Harga.

7. TEMPOH SAH SEBUT HARGA

Sebut Harga ini sah selama 90 hari dari tarikh tutup Sebut Harga. Syarikat tidak boleh menarik balik Sebut Harga sebelum tamat tempoh sah Sebut Harga. Tindakan tatatertib melalui Kementerian Kewangan Malaysia akan diambil sekiranya Syarikat menarik balik tawaran Sebut Harga sebelum tamat tempoh sah Sebut Harga.

8. PERINGATAN

(a) Tawaran Sebut Harga yang lewat tidak akan dipertimbangkan;

(b) Sebarang kelewatan yang melibatkan penghantaran melalui perkhidmatan pos adalah tanggungjawab Penyebut Harga;

(c) Dokumen yang tidak lengkap, tidak mengikut arahan dan tidak teratur akan DITOLAK;

dan

(d) Jabatan tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran dari Penyebut Harga. Keputusan yang dikeluarkan adalah muktamad.

Page 19: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ... · 1.6 Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN iaitu pada 4 Disember 2017 (Isnin) jam 2.00 petang di Pusat Konservasi Hidupan

19

SEBUT HARGA B: PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBERSIH KAWASAN PEJABAT DAN RUMAH REHAT DI PUSAT KONSERVASI HIDUPAN LIAR, BANGAS, SEGAMAT, JOHOR

DOKUMEN SEBUT HARGA:JPHL&TN(J):SH(B)03/2018

__________________________________________________________________________________ PENENTUAN SPESIFIKASI DOKUMEN NO. 3 __________________________________________________________________________________

1. Kerja-kerja mencuci dan membersihkan kawasan Pejabat dan Rumah Rehat di Pusat Konservasi Hidupan Lair, Bangas, Segamat, Johor. Kawasan utama yang terlibat dengan kerja-kerja ini adalah:- i. Kawasan dalam dan luar pejabat; ii. Kawasan rumah rehat; iii. Kawasan program pendidikan (surau, tandas di luar pejabat, pondok pengawal

keselamatan, wakaf dan bilik interpretasi).

LOKASI KETERANGAN KERJA KEKERAPAN

1. BANGUNAN PENTADBIRAN DAN KAWASAN PERSEKITARAN

Kawasan lobi

Ruang kaunter

Tandas wanita/lelaki

Ruang pejabat pentadbiran

Jalan

Tanaman lanskap

Longkang

Surau

Wakaf

Bilik interpretasi

A. KERJA- KERJA HARIAN

Menyapu dan membersih semua lantai dan bilik pejabat meliputi keseluruhan bangunan pejabat pentadbiran manakala tempat pengesat kaki juga hendaklah dibersih dan dikibaskan.

1 kali sehari

Menggosok, membersih semua sinki, mangkuk tandas, besin cuci tangan, cermin, lantai dan dinding di dalam kawasan bilik air dengan menggunakan bahan pencuci dan pewangi yang bermutu dan bersesuaian meliputi bangunan pejabat pentadbiran, surau dan dewan.

2 kali sehari

Membuang semua sampah sarap yang terdapat di dalam bakul sampah dan tong-tong sampah bangunan pejabat pentadbiran dan rumah rehat. Sampah-sampah hendaklah dibuang ke tong sampah yang disediakan dan dilupuskan di Pusat Pelupusan Sampah yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

1 kali sehari

Menyapu dan membersih jalan, laluan kenderaan dan tempat-tempat letak kereta dan kawasan-kawasan berumput di sekeliling kawasan bangunan pejabat dan perumahan..

1 kali sehari

2. BANGUNAN PENTADBIRAN

Kawasan lobi

Ruang kaunter

Tandas wanita/lelaki

Ruang pejabat pentadbiran

Jalan

Tanaman lanskap

Longkang

Surau

Wakaf

Bilik interpretasi

B. KERJA-KERJA MINGGUAN

Mengemop dan membersih semua kotoran di semua permukaan lantai jubin yang terdedah dengan penggunaan kerap di seluruh bangunan pejabat pentadbiran, rumah tamu, asrama, rumah kayu dan surau dengan menggunakan bahan pencuci yang bermutu dan bersesuaian.

2 kali seminggu

Membersihkan semua longkang terbuka dan tertutup di dalam kawasan pusat bagi memastikan ianya tidak tersumbat dari segala bentuk halangan yang boleh menghalang perjalanan air dengan licin.

1 kali dalam 2

minggu

Menyapu dan membersih “flatroof” dan “gutter” serta bumbung bangunan bagi memastikan “drain holes” tidak tersumbat meliputi bangunan pentadbiran, surau, rumah rehat dan asrama.

1 kali dalam 2 minggu

Page 20: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ... · 1.6 Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN iaitu pada 4 Disember 2017 (Isnin) jam 2.00 petang di Pusat Konservasi Hidupan

20

LOKASI KETERANGAN KERJA KEKERAPAN

3. KAWASAN PEJABAT DAN KEDIAMAN

Kawasan kediaman

Sekitar kawasan pejabat pentadbiran

Surau

C. KERJA – KERJA MINGGUAN

Memesin/memotong rumput di kawasan berumput yang terdapat di sekeliling bangunan di sekitar kawasan bangunan pejabat pentadbiran, kawasan perumahan, termasuk kawasan luar. Rumput-rumput hendaklah dipotong pendek anggaran kurang 1 inci dari permukaan tanah dan kawasan berkenaan hendaklah dibersihkan dan dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.

2 kali seminggu

Menyedut hampagas (vakum) dan membersih permaidani di dalam dewan utama.

1 kali dalam 2 minggu

Menyiram dan menjaga pokok bunga yang berada dipersekitaran bangunan pejabat.

3 kali seminggu

4. KAWASAN PENTADBIRAN

Kawasan kediaman

Sekitar kawasan pejabat pentadbiran

D. KERJA-KERJA BULANAN

Membersih semua habuk, kotoran, sawang-sawang yang terdapat di dinding, siling, sudut-sudut dalam/luar bangunan pejabat pentadbiran, surau dan rumah rehat.

2 kali sebulan

Membersihkan kawasan tepi pagar di sekeliling kawasan daripada semak samun, sampah sarap, ranting-ranting, pokok-pokok menjalar dan dahan-dahan pokok mati/tumbang serta lain-lain yang seumpamanya.

1 kali sebulan

*Saya/kami dengan ini menawarkan untuk perkhidmatan dengan spesifikasi yang dinyatakan di atas. (*) potong yang mana tidak berkenaan

Tempoh : DUA BELAS (12) BULAN ............................................................. (Tandatangan Penyebut Harga)

Nama : ……………………………………………………… Jawatan : ...………………………………………………........ Cop Syarikat :

Page 21: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ... · 1.6 Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN iaitu pada 4 Disember 2017 (Isnin) jam 2.00 petang di Pusat Konservasi Hidupan

21

SEBUT HARGA B: PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBERSIH KAWASAN PEJABAT DAN RUMAH REHAT DI PUSAT KONSERVASI HIDUPAN LIAR, BANGAS, SEGAMAT, JOHOR

DOKUMEN SEBUT HARGA:JPHL&TN(J):SH(B)03/2018

BORANG JADUAL HARGA DOKUMEN NO. 4 ___________________________________________________________________________________

LOKASI KETERANGAN KERJA KEKERAPAN HARGA (RM) / 30

HARI

HARGA (RM) / 365

HARI

1. BANGUNAN PENTADBIRAN DAN KAWASAN PERSEKITARAN

Kawasan lobi

Ruang kaunter

Tandas wanita/ lelaki

Ruang pejabat pentadbiran

Jalan

Tanaman lanskap

Longkang

Surau

Wakaf

Bilik interpretasi

A. KERJA- KERJA HARIAN

Menyapu dan membersih semua lantai dan bilik pejabat meliputi keseluruhan bangunan pejabat pentadbiran manakala tempat pengesat kaki juga hendaklah dibersih dan dikibaskan.

1 kali sehari

Menggosok, membersih semua sinki, mangkuk tandas, besin cuci tangan, cermin, lantai dan dinding di dalam kawasan bilik air dengan menggunakan bahan pencuci dan pewangi yang bermutu dan bersesuaian meliputi bangunan pejabat pentadbiran, surau dan dewan.

2 kali sehari

Membuang semua sampah sarap yang terdapat di dalam bakul sampah dan tong-tong sampah bangunan pejabat pentadbiran dan rumah rehat. Sampah-sampah hendaklah dibuang ke tong sampah yang disediakan.

1 kali sehari

Menyapu dan membersih jalan, laluan kenderaan dan tempat-tempat letak kereta dan kawasan-kawasan berumput di sekeliling kawasan bangunan pejabat dan perumahan.

1 kali sehari

2. BANGUNAN PENTADBIRAN

Kawasan lobi

Ruang kaunter

Tandas wanita /lelaki

Ruang pejabat pentadbiran

Jalan

Tanaman lanskap

Longkang

B. KERJA-KERJA MINGGUAN

Mengemop dan membersih semua kotoran di semua permukaan lantai jubin yang terdedah dengan penggunaan kerap di seluruh bangunan pejabat pentadbiran, rumah tamu, asrama, rumah kayu dan surau dengan menggunakan bahan pencuci yang bermutu dan bersesuaian.

2 kali seminggu

Menyapu dan membersih “flatroof” dan “gutter” serta bumbung bangunan bagi memastikan “drain

1 kali dalam 2 minggu

Page 22: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ... · 1.6 Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN iaitu pada 4 Disember 2017 (Isnin) jam 2.00 petang di Pusat Konservasi Hidupan

22

LOKASI KETERANGAN KERJA KEKERAPAN HARGA (RM) / 30

HARI

HARGA (RM) / 365

HARI

Surau

Wakaf

Bilik Interpretasi

holes” tidak tersumbat meliputi bangunan pentadbiran, surau, rumah rehat dan asrama.

Membersihkan semua longkang terbuka dan tertutup di dalam kawasan pusat bagi memastikan ianya tidak tersumbat dari segala bentuk halangan yang boleh menghalang perjalanan air dengan licin.

1 kali dalam 2 minggu

Menyiram dan menjaga pokok bunga yang berada dipersekitaran bangunan pejabat.

3 kali seminggu

3. KAWASAN PEJABAT DAN KEDIAMAN

Kawasan kediaman

Sekitar kawasan pejabat pentadbiran

Dewan dan sekitarnya

C. KERJA – KERJA MINGGUAN

Memesin/memotong rumput di kawasan berumput yang terdapat di sekeliling bangunan di sekitar kawasan bangunan pejabat pentadbiran, kawasan perumahan, termasuk kawasan luar. Rumput-rumput hendaklah dipotong pendek anggaran kurang 1 inci dari permukaan tanah dan kawasan berkenaan hendaklah dibersihkan dan dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.

1 kali dalam 2 minggu

Menyedut hampagas (vakum) dan membersih permaidani di dalam dewan utama.

1 kali seminggu

4. KAWASAN PENTADBIRAN

Kawasan kediaman

Sekitar kawasan pejabat pentadbiran

Kawasan program pendidikan dan sekitarnya

D. KERJA-KERJA BULANAN

Membersih semua habuk, kotoran, sawang-sawang yang terdapat di dinding, siling, sudut-sudut dalam/luar bangunan pejabat pentadbiran, surau, rumah rehat, asrama dan dewan.

2 kali sebulan

Membersihkan kawasan tepi pagar di sekeliling kawasan pusat daripada semak samun, sampah sarap, ranting-ranting, pokok-pokok menjalar dan dahan-dahan pokok mati/tumbang serta lain-lain yang seumpamanya di bahagian hadapan pusat dan di belakang kawasan perumahan kakitangan.

1 kali sebulan

Jumlah bersih sebulan (30 hari) (RM)

Harga setahun (365 hari) (RM)

Harga satu (1) tahun (12 bulan) (RM)

Page 23: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ... · 1.6 Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN iaitu pada 4 Disember 2017 (Isnin) jam 2.00 petang di Pusat Konservasi Hidupan

23

LOKASI KETERANGAN KERJA KEKERAPAN HARGA (RM) / 30

HARI

HARGA (RM) / 365

HARI

Bilangan pekerja (orang)

RINGGIT MALAYSIA : ................................................................................................................. (dengan perkataan) ................................................................................................................ TEMPOH SIAP PERKHIDMATAN: DUA BELAS (12) BULAN *Saya/kami dengan ini menawarkan perkhidmatan seperti spesifikasi yang dinyatakan di Dokumen No. 3 dengan harga tanpa kenaan GST seperti di atas dan tertakluk kepada Syarat-Syarat Am Sebut Harga dan Syarat-syarat Khas Sebut Harga.

…………………………………. Tandatangan Penyebut Harga Cop Rasmi Syarikat: Nama : ............................................ Jawatan : ............................................

Tarikh : ............................................

(*) potong yang mana tidak berkenaan

Page 24: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ... · 1.6 Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN iaitu pada 4 Disember 2017 (Isnin) jam 2.00 petang di Pusat Konservasi Hidupan

24

PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBERSIH KAWASAN PEJABAT DAN RUMAH REHAT DI PUSAT KONSERVASI HIDUPAN LIAR, BANGAS, SEGAMAT, JOHOR

DOKUMEN SEBUT HARGA:JPHL&TN(J):SH(B)03/2018

BORANG KETERANGAN MENGENAI PENYEBUT HARGA DOKUMEN NO. 5

BIL PERKARA

MAKLUMAT

1. Nama Syarikat

2. No. Pendaftaran Syarikat

3. Alamat Pendaftaran/Syarikat

4. Alamat Cawangan (jika ada)

5. Alamat Surat-menyurat

6. No. Telefon Syarikat

7. No. Faks Syarikat

8.

No. Pendaftaran dan Tempoh Kuatkuasa Dengan Kementerian Kewangan Malaysia (salinan sijil mesti disertakan)

9. Status Bumiputera, Salinan Sijil Mesti Disertakan (sekiranya ada)

10. Bidang Pendaftaran (Kementerian Kewangan Malaysia)

11. Hak Milik Syarikat Persendirian/Perkongsian/Koperasi*

12. Senarai/ Jumlah Pekerja Dalam Syarikat

13. Profil Syarikat Yang Lengkap Ada/Tiada*

Page 25: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ... · 1.6 Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN iaitu pada 4 Disember 2017 (Isnin) jam 2.00 petang di Pusat Konservasi Hidupan

25

14. Senarai kenderaan yang dimiliki oleh Penyebut Harga yang akan digunakan untuk melaksanakan perkhidmatan ini. (Sila kemukakan salinan geran atau bukti pemilikan yang sah bagi milikan sendiri atau disewa).

BIL JENIS/KAPASITI MUATAN JENIS MILIKANSENDIRI/SEWA

(SILA SERTAKAN SURAT KEBENARAN PENYEWAAN)

BILANGAN

1.

2.

3.

4.

Catatan: Sila gunakan lampiran jika ruangan tidak mencukupi. 15. Butir-butir Lembaga Pengarah Syarikat:-(sila tambah ruangan jika tidak mencukupi)

BIL NAMA

NO. KAD

PENGENALAN

WARGANEGARA

1.

2.

3.

Catatan: Sila nyatakan tiada atau ( - ) pada ruangan yang tidak berkaitan.

16. Pengurusan Syarikat:- (sila tambah ruangan jika tidak mencukupi)

BIL

NAMA

JAWATAN

PENGALAMAN

1.

2.

3.

Catatan: Sila nyatakan tiada atau ( - ) pada ruangan yang tidak berkaitan.

17. Struktur Pengurusan Syarikat:- (sila tambah ruangan jika tidak mencukupi) 17.1 Eksekutif

BIL

TARAF

BIL KAKITANGAN

PERATUSAN (%)

1. Bumiputera

2. Bukan Bumiputera

3. Bukan Warganegara

Catatan: Sila nyatakan tiada atau ( - ) pada ruangan yang tidak berkaitan.

Page 26: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ... · 1.6 Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN iaitu pada 4 Disember 2017 (Isnin) jam 2.00 petang di Pusat Konservasi Hidupan

26

17.2 Bukan Eksekutif

BIL

TARAF

BIL KAKITANGAN

PERATUSAN (%)

1. Bumiputera

2. Bukan Bumiputera

3. Bukan Warganegara

Catatan: Sila nyatakan tiada atau ( - ) pada ruangan yang tidak berkaitan. 18. Peratusan pekerja-pekerja dari segi bangsa yang digunakan oleh Syarikat tuan bagi menjalankan

perkhidmatan ini:- (sila tambah ruangan jika tidak mencukupi)

BIL

WARGANEGARA

PERATUSAN (%)

1. Melayu

2. Cina

3. India

4. Lain-lain

Catatan: Sila nyatakan tiada atau ( - ) pada ruangan yang tidak berkaitan.

19. Nyatakan butir-butir pengalaman Penyebut Harga dalam perkhidmatan yang telah dijalankan (3 tahun kebelakangan) (sila tambah ruangan jika tidak mencukupi) (salinan dokumen sokongan berkaitan perlu dikemukakan bersama):-

BIL NAMA KONTRAK NO.

KONTRAK

NAMA & ALAMAT JABATAN / MAJIKAN

HARGA KONTRAK

TEMPOH KONTRAK

1.

2.

3.

4.

5.

Catatan: Sila nyatakan tiada atau ( - ) pada ruangan yang tidak berkaitan.

Page 27: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ... · 1.6 Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN iaitu pada 4 Disember 2017 (Isnin) jam 2.00 petang di Pusat Konservasi Hidupan

27

20. Senarai peralatan dan kelengkapan yang akan digunakan untuk melaksanakan perkhidmatan ini. (sila tambah ruangan jika tidak mencukupi):-

BIL JENIS PERALATAN YANG DICADANGKAN KEGUNAAN BILANGAN

1.

2.

3.

4.

5.

Catatan: Sila nyatakan tiada atau ( - ) pada ruangan yang tidak berkaitan.

21. Senarai bahan kimia/ bahan pencuci/ pewangi yang akan digunakan untuk melaksanakan perkhidmatan ini:-

BIL

JENIS BAHAN

JENAMA

KEGUNAAN

1.

2.

3.

4.

5.

(Sila gunakan lampiran jika ruangan tidak mencukupi)

Catatan: Sila nyatakan tiada atau ( - ) pada ruangan yang tidak berkaitan.

Saya mengaku bahawa segala keterangan di atas adalah benar. ............................................... Tandatangan Penyebut Harga Cop Syarikat: Nama : .............................................................. Jawatan : .............................................................. Tarikh : ..............................................................

Page 28: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ... · 1.6 Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN iaitu pada 4 Disember 2017 (Isnin) jam 2.00 petang di Pusat Konservasi Hidupan

28

SEBUT HARGA B: PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBERSIH KAWASAN PEJABAT DAN RUMAH REHAT DI PUSAT KONSERVASI HIDUPAN LIAR, BANGAS, SEGAMAT, JOHOR

DOKUMEN SEBUT HARGA:JPHL&TN(J):SH(B)03/2018

BORANG PENGISYTIHARAN PENDAFTARAN GST DOKUMEN NO. 6

BIL PERKARA MAKLUMAT

1. Status Pendaftaran GST *Telah Berdaftar/ Akan Berdaftar/ Tidak Berdaftar

2. No. Pendaftaran GST (GST ID)

3. Tarikh Kuatkuasa Pendaftaran

4. Asas Perakaunan

5. Tempoh Bercukai

6. Stesen & Alamat Mengawal

Catatan: Sila nyatakan tiada atau ( - ) pada ruangan yang tidak berkaitan Saya mengaku bahawa segala keterangan di atas adalah benar. ............................................... Tandatangan Penyebut Harga Cop Syarikat: Nama : .............................................................. Jawatan : .............................................................. Tarikh : ..............................................................

Page 29: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ... · 1.6 Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN iaitu pada 4 Disember 2017 (Isnin) jam 2.00 petang di Pusat Konservasi Hidupan

29

LAMPIRAN A

SURAT AKUAN PENYEBUT HARGA

BAGI

PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBERSIH KAWASAN PEJABAT DAN RUMAH REHAT DI PUSAT KONSERVASI HIDUPAN LIAR, BANGAS, SEGAMAT, JOHOR

DOKUMEN SEBUT HARGA: JPHL&TN(J):SH(B) 03/2018

Saya …………………………………………… nombor K.P………………….………………… yang mewakili …………………………………………………..……………………………………. nombor (Nama Syarikat) Pendaftaran ………………………………………………… dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi (Nama Kementerian/Agensi) rasuah kepada mana-mana individu dalam ………………………………………………………. atau mana-mana individu lain, sebagai ganjaran mendapatkan tender/sebutharga* seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengistiharan ini. 2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam (Nama Kementerian/Agensi) ……………………………………………………………. atau mana-mana individu lain sebagai ganjaran mendapatkan tender/sebutharga* seperti diatas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil: 2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebutharga* di atas; atau 2.2 penamatan kontrak bagi tender/ sebutharga* di atas; dan 2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan. 3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai ganjaran mendapatkan tender/sebutharga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Seruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran. Yang Benar, ……………………………….. Nama : No K.P : Cop Syarikat :

Page 30: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ... · 1.6 Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN iaitu pada 4 Disember 2017 (Isnin) jam 2.00 petang di Pusat Konservasi Hidupan

30

KUARTERS

Rumah

Ketua

Pusat

LAMPIRAN B

PELAN LOKASI PEJABAT DAN RUMAH REHAT DI PUSAT KONSERVASI HIDUPAN LIAR, BANGAS, SEGAMAT, JOHOR

PELAN LAKARAN PUSAT KONSERVASI HIDUPAN

LIAR BANGAS KANDANG KIJANG

STOR SIMPAN

MAKANAN KIJANG

Kunci jam Wakaf

SAJ

Wakaf

Gelanggang TNB

af

PE

JA

BA

T

PE

NT

AD

BIR

AN

Para

Bola

Tandas

Awam

Ken

dera

an

Post

Guard

Rumah

Rehat