jabatan perancangan bandar dan desa … kaw… · persekutuan yang dipengerusikan oleh y.a.b...

14
JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA PERKELILING KETUA PENGARAH PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA BILANGAN 4 TAHUN 2006 JAYAKAN PERKHIDMATAN BERKUALITI DAN DINAMIK PINDAAN 2009

Upload: duongkien

Post on 23-Jul-2018

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA … Kaw… · persekutuan yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana ... Menteri Kabinet yang berkaitan.Ianya bertindak selaku forum ... 2.4.1 Kerja-kerja

JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA

PERKELILING KETUA PENGARAH PERANCANGAN BANDAR DAN DESA

SEMENANJUNG MALAYSIA BILANGAN 4 TAHUN 2006

JAYAKAN PERKHIDMATAN BERKUALITI DAN DINAMIK

PINDAAN 2009

Page 2: JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA … Kaw… · persekutuan yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana ... Menteri Kabinet yang berkaitan.Ianya bertindak selaku forum ... 2.4.1 Kerja-kerja

1

1. TUJUAN

1.1 Pekeliling ini bertujuan untuk memberi panduan kepada Pengarah-

pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri (JPBD Negeri), Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) dan agensi-agensi yang berkaitan berkenaan proses permohonan kebenaran merancang di bawah subseksyen 22(2A) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

2. LATAR BELAKANG

2.1 Antara perkara penting dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976

(Akta 172) yang telah dipinda melalui Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2001 (Akta A1129) adalah mengadakan peruntukan di bawah subseksyen 22(2A) berkenaan permohonan kebenaran merancang yang perlu dirujuk oleh Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) kepada Majlis Perancang Fizikal Negera (MPFN) untuk mendapatkan nasihatnya.

2.2 MPFN adalah suatu badan penyelarasan yang ditubuhkan di peringkat

persekutuan yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteri dan dianggotai oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri serta Menteri-Menteri Kabinet yang berkaitan.Ianya bertindak selaku forum perundingan perancangan bandar dan desa antara Kerajaan Persekuatuan dan Kerajaan Negeri. Ketua Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Bertindak sebagai setiausaha kepada MPFN.

2.3 Subseksyen 22(2A) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (selepas

ini akan disebut sebagai Akta 172), memperuntukkan bahawa permohonan untuk kebenaran merancanng diperlukan bagi pembangunan yang melibatkan :-

2.3.1 pembangunan sesuatu perbandaran baru bagi penduduk yang

melebihi sepuluh ribu (10,000 orang), atau meliputi suatu kawasan yang melebihi seratus (100) hektar atau kedua-duanya;

2.3.2 sesuatu pemajuan bagi pembinaan apa-apa infrastruktur atau kemudahan utama; atau

2.3.3 sesuatu pemajuan yang melibatkan puncak atau lereng bukit,

dalam kawasan yang ditetapkan sebagai kawasan alam sekitar yang sensitif dalam sesuatu racanagn pemajuan.

2.4 Bagi maksud subseksyen 22(2A), pemajuan bagi pembinaan infrastruktur

atau kemudahan utama termasuklah-

2.4.1 Kerja-kerja infrastruktur negara seperti lapangan terbang, pelabuhan laut, landasan keretapi dan lebuhraya; dan

2.4.2 kerja-kerja kemudahan negara seperti pembinaan empangan,

stesen janakuasa utama dan tapak pembuangan sisa toksik.

2.5 JPN hendaklah merujuk kepada MPFN untk mendapatkan nasihatnya sebelum pihak berkuasa perancang tempatan terlibat membuat keputusan melulus atau menolak sesuatu permohonan tersebut.

Page 3: JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA … Kaw… · persekutuan yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana ... Menteri Kabinet yang berkaitan.Ianya bertindak selaku forum ... 2.4.1 Kerja-kerja

2

2.6 Peruntukan subseksyen 22(2A) Akta 172 ini adalah selaras dengan usaha untuk memastikan pembangunan fizikal yang mempunyai kesan langsung dalam imbangan ekonomi hartanah dan alam sekitar dikawal dan dipertingkatkan pemantauan ke atasnya secara bersama oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

3. MEKANISME KAWAL SELIA PEMBANGUNAN DI BAWAH PERUNTUKAN

SUBSEKSYEN 22(2A) AKTA 172

3.1 Bagi melaksanakan kerja-kerja kawal selia satu mekanisme telah diwujudkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia sebagai tatacara semakan maklumat pembangunan bagi permohonan kebenaran merancang yang tertakluk di bawah subseksyen 22(2A) Akta 172, untuk diterimapakai oleh semua jabatan atau agensi yang terlibat. Tatacara yang dimaksudkan adalah seperti berikut:-

Langkah 1 : PBPT, atau JPBD Negeri, atau Pejabat Tanah dan Galian

(PTG), atau Pejabat Tanah Daerah (PTD), atau Unit Perancangan Ekonomi Negeri, atau mana-mana jabatan atau agensi yang berkenaan, setelah mengenalpasti permohonan kebenaran merancang yang melibatkan peruntukan di bawah subseksyen 22(2A) Akta 172, akan menyediakan Kertas Perakuan Permohonan Pembangunan di Bawah Subseksyen 22(2A) Akta 172 dan mengemukakan kepada JPN untuk mendapatkan ulasan dan pandangan.

Permohonan yang diterima melalui PBPT hendaklah mendapat perakuan dari Mesyuarat Majlis Penuh PBPT berkaitan. (Lampiran A : Format Kertas Perakuan Permohonan Pembangunan di Bawah Subseksyen 22(2A) Akta 172 )

Langkah 2: JPN memberikan ulasan dan pandangan, dan seterusnya

memperakukan bahawa permohonan kebenaran merancang yang melibatkan peruntukan di bawah subseksyen 22(2A) Akta 172 perlu dirujuk kepada MPFN.

Langkah 3: Setiausaha JPN (Pengarah Jpbd Negeri) mengemukakan

cabutan ulasan dan pandangan JPN, Kertas Perakuan Permohonan Pembangunan di Bawah Subseksyen 22(2A) Akta 172 bersama dengan Borang Permohonan Pembangunan Di Bawah Subseksyen 22(2A) Akta 172 kepada Setiausaha MPFN (Ketua pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia).

(Lampiran B : Format Borang Permohonan Pembangunan

di Bawah subseksyen 22(2A) Akta 172)

Page 4: JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA … Kaw… · persekutuan yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana ... Menteri Kabinet yang berkaitan.Ianya bertindak selaku forum ... 2.4.1 Kerja-kerja

3

Langkah 4: Setiausaha MPFN menyerahkan cabutan ulasan dan

pandangan JPN, Kertas Perakuan Permohonan Pembangunan di Bawah Subseksyen 22(2A) Akta 172 bersama dengan Borang Permohonan Pembangunan Di bawah Subseksyen 22(2A) Akta 172 kepada Bahagian Perundangan dan Kawal Selia Perancangan (BPKSP) atau melalui Bahagian Keurusetiaan dan Perancangan Korporat (Urusetia MPFN) untuk membuat semakan dan tindakan selanjutnya.

Langkah 5: Unit Kawal Selia Perancangan (UKSP), BPKSP, Jabatan

Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBDSM), hendaklah mendaftarkan permohonan tersebut dan direkodkan.

Langkah 6: UKSP hendaklah menyemak dan mengesahkan bahawa

permohonan yang dikemukakan dengan dokumen-dokumen adalah lengkap, dan menetapi jenis pembangunan seperti mana yang tertakluk di bawah subseksyen 22(2A) Akta 172.

Langkah 7: Sekiranya permohonan dikemukakan tidak lengkap,

BPKSP hendaklah meminta setiausaha JPN menggemukakan dokumen-dokumen tambahan yang diperlukan.

Langkah 8: UKSP menjalankan semakan terhadap cadangan

pembangunan dan meneliti permohonan berkenaan dengan:-

a. Membuat analisis awal terhadap cadangan pembangunan. b. Membuat pemerhatian dan siasatan di tapak. c. Mengumpul maklumat dan data tambahan

(sekiranya perlu). d. Menyediakan ulasan dan pandangan perancangan. e. Menyediakan Laporan Perakuan Projek. (Lampiran C : Format Laporan Perakuan Projek)

Langkah 9: UKSP menyediakan Laporan Perakuan Projek. Langkah 10: UKSP bertindak selaku urusetia mesyuarat membuat

persediaan untuk Mesyuarat Jawatankuasa Kawal Selia MPFN (JTKS).

Page 5: JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA … Kaw… · persekutuan yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana ... Menteri Kabinet yang berkaitan.Ianya bertindak selaku forum ... 2.4.1 Kerja-kerja

4

Langkah 11: Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

Semenanjung Malaysia (KP JPBDSM) selaku pengerusi mesyuarat JTKS MPFN hendaklah meneliti permohonan tersebut dan membuat pengesyoran untuk pertimbangan Jawatankuasa Kerja MPFN.

(Lampiran D : Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal

Kawal Selia) Jawatankuasa yang ditubuhkan ini antara lain

bertanggungjawab untuk :-

a. menyemak ulasan yang diterima untuk tujuan penyelarasan;

b. menjalankan semakan lanjut, jika perlu;

c. mendapatkan nasihat pakar-pakar, jika perlu;

d. meminta pemaju mengemukakan dokumen-

dokumen tambahan jika perlu; dan

e. membuat pengesyoran dan ulasan terhadap permohonan.

Langkah 12: UKSP menyediakan Minit Mesyuarat JTKS MPFN dan

mendapatkan pengesahan KP JPBDSM. Langkah 13: UKSP menyediakan Draf Kertas MPFN dan diserahkan

kepada urusetia MPFN bagi semakan dan perakuan Setiausaha MPFN.

(Lampiran E : Format Kertas MPFN)

Langkah 14: Setiausaha MPFN membentangkan Draf Kertas MPFN di

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja MPFN yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementrian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KSU KPKT).

(Lampiran F : Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja MPFN) Jawatankuasa Kerja MPFN bertanggungjawab meneliti

ulasan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Teknikal Kawal Selia, dan hendaklah membuat pengesyoran untuk pertimbangan dan keputusan.

Langkah 15: Sekiranya terdapat pindaan atau tambahan dari Mesyuarat

Jawatankuasa Kerja MPFN, UKSP akan mengemaskini Kertas MPFN dan dikemukakan semula kepada urusetia MPFN untuk semakan dan perakuan Setiausaha MPFN.

Page 6: JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA … Kaw… · persekutuan yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana ... Menteri Kabinet yang berkaitan.Ianya bertindak selaku forum ... 2.4.1 Kerja-kerja

5

Langkah 16: Setiausaha MPFN hendaklah mengangkat Kertas MPFN

untuk pertimbangan dan keputusan MPFN yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri/ Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

(Lampiran G : Ahli Jawatankuasa MPFN)

Tugas-tugas MPFN berdasarkan peruntukan subseksyen

2A(2) Akta 172 adalah :

a. untuk menggalakkan di dalam negara, dalam rangka dasar negara, perancangan bandar dan desa sebagai suatu alat yang berkesan dan efisien bagi memperelok persekitaran dari segi fizikal dan ke arah pencapaian suatu pemajuan yang mampan di dalam negara;

b. untuk menasihati Kerajaan Persekutuan atau

Kerajaan mana-mana Negeri, mengenai perkara-perkara yang berhubung dengan perancangan bandar dan desa yang dikehendaki di bawah Akta ini; dan

c. untuk melaksanakan apa-papa tugas yang lain

yang diberikan kepada Majlis di bawah Akta ini.

Langkah 17: Setiausaha MPFN hendaklah menyampaikan keputusan dan nasihat MPFN kepada Setiausaha JPN untuk dikemukakan ke JPN dan PBPT masing-masing.

Langkah 18: UKSP hendaklah memantau status kemajuan projek dan pematuhan terhadap nasihat-nasihat yang disyorkan oleh MPFN.

Langkah 19: UKSP menyediakan Laporan Pemantauan Projek. Langkah 20: BPKSP mengemukakan Laporan Pemantauan Projek

kepada urusetia MPFN untuk dibentangkan kepada MPFN sekiranya perlu.

3.2 Carta aliran kerja bagi permohonan kebenaran merancang di bawah

subseksyen 22(2A) Akta 172 adalah seperti di dalam Lampiran H.

Page 7: JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA … Kaw… · persekutuan yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana ... Menteri Kabinet yang berkaitan.Ianya bertindak selaku forum ... 2.4.1 Kerja-kerja

6

4. TANGGUNGJAWAB PENGARAH JPBD NEGERI

4.1 Memandangkan MPFN telah memperakukan mekanisme ini di Mesyuarat MPFN Bilangan 1 pada Jun 2003, semua Pengarah JPBD Negeri diminta untuk menerimapakai arahan ini dan meneliti di dalam memproses permohonan kebenaran merancang yang berkaitan dengan Para 2.3.1, 2.3.2 dan 2.3.3.

4.2 Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing,

peruntukan Pekeliling Ketua Pengarah Perancang Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia ini pada keseluruhannya perlu dipanjangkan juga kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Tanah dan Galian, Agensi-Agensi teknikal di peringkat Persekutuan dan Negeri yang terlibat di dalm mengawal dan meluluskan pembangunan infrastruktur dan kemudahan utama negara.

5. TARIKH KUATKUASA

5.1 Pekeliling ini berkuatkuasa dengan serta merta. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah (t.t) (DATO’ MOHD FADZIL B. HJ. MOHD KHIR)

Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan) Merangkap SETIAUSAHA KEPADA MAJLIS PERNCANG FIZIKAL NEGARA Mei 2006 Edaran kepada:

Semua Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri di Semenanjung Malaysia Semua Pengarah Negeri Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semua Pihak Berkuasa Tempatan Semua Pengarah Tanah dan Galian / Pentadbiran Tanah dan Daerah

Page 8: JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA … Kaw… · persekutuan yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana ... Menteri Kabinet yang berkaitan.Ianya bertindak selaku forum ... 2.4.1 Kerja-kerja

7

LAMPIRAN A

CONTOH FORMAT KERTAS PERAKUAN JKS MPFN

SULIT

TAJUK

-Nama Projek-

1.0 TUJUAN

2.0 LATAR BELAKANG PROJEK

2.1 Profil Pemilik dan Pemaju

2.2 Lokasi Tapak

2.3 Keluasan Tapak Pemajuan

2.4 Hakmilik dan Status Tanah

2.5 Keadaan Topografi dan Kecerunan

2.6 Guna tanah Sedia Ada dan Sekitar Tapak Cadangan

2.7 Lain-lain Yang Berkaitan

3.0 CADANGAN PEMAJUAN

3.1 Komponen Pembangunan (jadual)

3.2 Cadangan Fasa Pembangunan (jika ada)

4.0 ASAS-ASAS PERTIMBANGAN

4.1 Pematuhan kepada Rancangan Fizikal Negara (RFN)

4.2 Pematuhan kepada Rancangan Struktur Negeri (RSN)

4.3 Pematuhan kepada Rancangan Tempatan Daerah (RTD)

4.4 Strategi Pembangunan Wilayah Yang Berkaitan

5.0 ULASAN JABATAN TEKNIKAL BERKAITAN

6.0 PERAKUAN JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI

7.0 ULASAN SETIAUSAHA JAWATANKUASA KAWAL SELIA MPFN

8.0 SYOR

SULIT

Page 9: JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA … Kaw… · persekutuan yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana ... Menteri Kabinet yang berkaitan.Ianya bertindak selaku forum ... 2.4.1 Kerja-kerja

8

LAMPIRAN B

KEAHLIAN JAWATANKUASA KAWAL SELIA MPFN

Ahli Jawatankuasa Tetap

1. Ketua Pengarah, JPBD SM - Pengerusi

2. Timbalan Ketua Pengarah 1, JPBD SM - Timb. Pengerusi

3. Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

4. Jabatan Kerja Raya Persekutuan

5. Jabatan alam sekitar

6. Jabatan Pengairan dan Saliran, Malaysia

7. Jabatan Pertanian, Malaysia

8. Jabatan Mineral dan Geosains, Malaysia

9. Jabatan Perkhidmatan Pembentungan

10. Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia

11. Pihak Berkuasa Air Persekutuan

12. Tenaga Nasional Berhad (TNB)

13. Syarikat Telekom Malaysia Berhad (STMB)

14. Bahagian Keurusetiaan, Penyelarasan dan Perancangan Korporat, JPBD SM

15. Pengarah Bahagian Perundangan,

Perancangan dan Kawal Selia, JPBD SM - Setiausaha

16. Unit Perancangan dan Kawal selia, BPKSP< JPBD SM - Urusetia

Ahli Jawatankuasa Terbabit

17. Pejabat Tanah Daerah (terbabit)

18. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri (terbabit)

19. Pihak Berkuasa Tempatan (terbabit)

20. Jabatan-jabatan/ Agensi-agens lain yang berkaitan

Page 10: JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA … Kaw… · persekutuan yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana ... Menteri Kabinet yang berkaitan.Ianya bertindak selaku forum ... 2.4.1 Kerja-kerja

9

LAMPIRAN C

KEAHLIAN

JAWATANKUASA KERJA MPFN

1. Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan

Dan Kerajaan Tempatan - Pengerusi

2. Ketua-Ketua Setiausaha bagi semua Kementerian yang

Menganggotai Majlis

3. Setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri

di Semenanjung Malaysia

4. Setiausaha Jabatan Perdana Menteri yang

bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan

(Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan)

5. Wakil-wakil lain yang berkaitan mengikut keperluan; dan

6. Ketua Pengarah, Jabatan Perancangan Bandar

Dan Desa Semenanjung Malysia - Setiausaha

Page 11: JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA … Kaw… · persekutuan yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana ... Menteri Kabinet yang berkaitan.Ianya bertindak selaku forum ... 2.4.1 Kerja-kerja

10

LAMPIRAN D

KEAHLIAN

MAJLIS PERANCANGAN FIZIKAL NEGARA

(Subseksyen 2A(1). Akta 172)

1. Perdana Menteri Pengerusi

2. Timbalan Perdana Menteri Timbalan

Pengerusi

3. Menteri

4. Menteri Yang Bertanggungjawab Bagi Perumahan Jika Dia Bukan Juga Menteri

Yang Dipertanggungjawabkan Dengan Tanggungjawab Bagi Perancangan

Bandar dan Desa

5. Menteri Kewangan

6. Menteri Yang Bertanggungjawab Bagi Tanah

7. Menteri Besar Atau Ketua Menteri Setia Negeri

8. Menteri yang Bertanggungjawab Bagi wilayah Persekutuan

9. Tidak Lebih Daripada Tujuh (7) * Ahli Lain Yang Hendaklah Dilantik Oleh

Pengerusi, dan

10. Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

Semenanjung Malaysia Setiausaha

* 7 ahli lain yang telah dilantik adalah;

Menteri Kerja Raya

Menteri Pengangkutan

Menteri Sains, Teknologi dan Onnovasi

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Menterian Pertanian dan Industri Asas Tani

Ketua Setiausaha Negara

Peguam Negara

Page 12: JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA … Kaw… · persekutuan yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana ... Menteri Kabinet yang berkaitan.Ianya bertindak selaku forum ... 2.4.1 Kerja-kerja

11

LAMPIRAN E

CARTA ALIRAN MEMPROSES PERMOHONAN DI BAWAH

SUBSEKSYEN 22(2A) AKTA 172

PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG YANG MELIBATKAN SUBSEKSYEN 22(2A)

AKTA 172

PIHAK BERKUASA PERANCANG

TEMPATAN

PEJABAT TANAH GALIAN / PEJABAT

TANAH DAERAH

UPEN/HPU/JKR/ KEMENTERIAN

PENDIDIKAN/ LAIN AGENSI. (PROJEK PENSWASTAAN)

PERAKUAN MAJLIS

PENUH

PERAKUAN KETUA

PENGARAH PTG/PTD

JAWATANKUASA PERANCANGAN DAN

PEMBANGUNAN NEGERI

JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI

SETIAUSAHA JPN KEMUKA PERMOHONAN KEPADA SETIAUSAHA MPFN

SETIAUSAHA MPFN KEMUKA PERMOHONAN KEPADA BPKSP MELALUI URUSETIA MPFN

UKSP MENDAFTAR PERMOHONAN DAN DIREKOD

1 Hari

UKSP SEMAK DOKUMEN PERMOHONAN DAN YANG TERTAKLUK DI BAWAH

SUBSEKSYEN 22 (2A)

7 Hari

SEKIRANYA TIDAK LENGKAP

SAMBUNG

1

2

3

4

5

6 & 7

Page 13: JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA … Kaw… · persekutuan yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana ... Menteri Kabinet yang berkaitan.Ianya bertindak selaku forum ... 2.4.1 Kerja-kerja

12

UKSP MEMBUAT PENELITIAN PERMOHONAN DAN MENYEDIAKAN

LAPORAN PERAKUAN PROJEK

14 Hari

SAMBUNG

UKSP SELAKU URUSETIA MESYUARAT MEMBUAT PERSEDIAAN UNTUK

MESYUARAT JTKS

7 Hari

KPJPBDSM MENELITI PERMOHONAN DALAM MESYUARAT JTKS

1 Hari

UKSP MENYEDIAKAN MINIT MESYUARAT DENGAN PENGESAHAN

KPJPBDSM

3 Hari

UKSP MENYEDIAKAN DRAF KERTAS MPFN DENGAN PERAKUAN

SETIAUSAHA MPFN

14 Hari

SETIAUSAHA MPFN MEMBENTANGKAN DRAF KERTAS MPFN DI MESYUARAT JK

KERJA MPFN

SAMBUNG

14

11

13

12

8 & 9

10

Page 14: JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA … Kaw… · persekutuan yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana ... Menteri Kabinet yang berkaitan.Ianya bertindak selaku forum ... 2.4.1 Kerja-kerja

13

Langkah 4 – 13 yang melibatkan kerja-kerja dalaman UKSP mengambil masa selama 8 minggu,

Manakala Langkah 1 – 3 dan 16 – 20 bergantung kepada kelulusan/ perlaksanaan yang melibatkan bahagian/ jabatan/ agensi lain.

UKSP MENGEMASKINI KERTAS MPFN DAN DIKEMUKAKAN SEMULA UNTUK

PERAKUAN SETIAUSAHA MPFN

(SEKIRANYA PERLU)

SAMBUNG

SETIAUSAHA MPFN HENDAKLAH MENGANGKAT KERTAS MPFN UNTUK

PERTIMBANGAN DAN KEPUTUSAN

MPFN

SETIAUSAHA MPFN MENYAMPAIKAN KEPUTUSAN DAN NASIHAT MPFN KEPADA SETIAUSAHA JPN UNTUK

DIPANJANGKAN KE JPN DAN PBPT

BERKENAAN

UKSP HENDAKLAH MEMANTAU STATUS KEMAJUAN DAN PEMATUHAN

TERHADAP NASIHAT MPFN

UKSP MENYEDIAKAN LAPORAN PEMANTAUAN PROJEK

BPKSP MENGEMUKAKAN LAPORAN PEMANTAUAN PROJEK KEPADA

URUSETIA MPFN UNTUK

PEMBENTANGAN SEKIRANYA PERLU

16

17

18

19

20

15