jabatan pelajaran melaka 2010 · pdf filebukti prasejarah diperolehi melalui kajian terhadap...

20
SULIT Kod Kertas : 940/1 JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 UJIAN BULANAN SELARAS SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA SEJARAH 940/1 Tamadun Dunia Hingga Tahun 1800 Masa : 1 ½ jam Arahan kepada calon : Jawab dua soalan sahaja : satu ( 1 ) soalan daripada Bahagian A dan satu ( 1 ) soalan daripada Bahagian B ( Kertas soalan ini terdiri daripada dua ( 2 ) halaman bercetak ) ( Lihat Sebelah SULIT

Upload: hangoc

Post on 12-Feb-2018

225 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileBukti prasejarah diperolehi melalui kajian terhadap ... Dalam masyarakat bertamadun berlaku perubahan pada alam sekitar, ... Kesan daripada

SULIT Kod Kertas : 940/1

JABATAN PELAJARAN MELAKA

2010

UJIAN BULANAN SELARAS

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

SEJARAH 940/1

Tamadun Dunia Hingga Tahun 1800

Masa : 1 ½ jam

Arahan kepada calon :

Jawab dua soalan sahaja : satu ( 1 ) soalan daripada Bahagian A dan satu ( 1 ) soalan daripada

Bahagian B

( Kertas soalan ini terdiri daripada dua ( 2 ) halaman bercetak )

( Lihat Sebelah

SULIT

Page 2: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileBukti prasejarah diperolehi melalui kajian terhadap ... Dalam masyarakat bertamadun berlaku perubahan pada alam sekitar, ... Kesan daripada

Bahagian A

Jawab satu soalan sahaja.

1. Huraikan peranan masyarakat pada zaman Neolitik kepada perkembangan tamadun awal

manusia.

(25M)

2. Huraikan pengaruh alam sekitar dalam pembentukan masyarakat berkebudayaan pada

zaman prasejarah.

(25M)

3. Sejauh manakah masyarakat pada zaman pra-sejarah awal merupakan masyarakat

berbentuk mudah ( simple society ).

(25M)

Bahagian B

Jawab satu soalan sahaja

4. Jelaskan konsep manusia mengikut pandangan Islam dan Arab Jahiliah.

(25M)

5. Jelaskan langkah-langkah yang diambil oleh Nabi Muhammad s.a.w. ke arah

pembentukan negara Islam di Madinah.

(25M)

6. Bandingkan ciri-ciri masyarakat Arab pada zaman Jahiliyah dengan masyarakat Islam

pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah.

(25M)

SOALAN TAMAT

SULIT

Page 3: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileBukti prasejarah diperolehi melalui kajian terhadap ... Dalam masyarakat bertamadun berlaku perubahan pada alam sekitar, ... Kesan daripada

SULIT Kod Kertas : 940/1

JABATAN PELAJARAN MELAKA

2010

UJIAN BULANAN SELARAS

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

SKEMA PEMARKAHAN

SEJARAH KERTAS 1

( TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 )

PERINGATAN :

Skema pemarkahan ini adalah khas untuk kegunaan pemeriksa dan tidak boleh dikemukakan kepada

pihak yang tidak berkenaan.

Skema ini terdiri daripada 18 halaman bercetak.

© Hakcipta Jabatan Pelajaran Negeri Melaka 2010

( Lihat Sebelah

SULIT

Page 4: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileBukti prasejarah diperolehi melalui kajian terhadap ... Dalam masyarakat bertamadun berlaku perubahan pada alam sekitar, ... Kesan daripada

2

Soalan 1:

Huraikan peranan masyarakat pada zaman Neolitik kepada perkembangan tamadun awal

manusia.

Pengenalan : ( 3 M )

1. Zaman Prasejarah

i. Definisi prasejarah: sebahagian daripada masa silam manusia yang tidak

dicatatkan dalam bentuk tulisan.

ii. Bukti prasejarah diperolehi melalui kajian terhadap artifak dan fosil-fosil oleh

ahli-ahli arkeologi.

iii. Zaman prasejarah dibahagi kepada 3 peringkat iaitu zaman Paleolitik, Mesolitik

dan Neolitik. Perkembangan zaman Paleolitik dan Mesolitik banyak

mempengaruhi kemajuan pada zaman Neolitik.

2. Zaman Neolitik :

i. Manusia dikatakan menyara hidup dengan bercucuk tanam dan menternak

binatang.

ii. Corak kehidupan mereka berubah yang bermula dari tahun 7000 S.M hingga 3500

SM iaitu mula menetap dan berorganisasi berbentuk mudah.

iii. Pada zaman ini manusia mula berfikir, mengetahui dan mengamalkan cara-cara

kehidupan lebih baik sama ada dari segi peralatan, ekonomi, sosial, politik dan

lain-lain

Isi : ( 7 x 3M = 21M )

Peranan Masyarakat Neolitik :

1. Memperkembangkan dan Mengubah Aspek Pertanian :

i. Pakar sejarah yakin penemuan kaedah menanam dan menternak binatang

dimulai sekitar 10, 000 SM hingga 5000 SM lalu di Asia Barat.

ii. Di kawasan utama seperti Jericho, Catal Huyuk, Iran, Syria, Mesir dan Iraq

manusia mula menanam gandum dan barli serta menternak binatang seperti

kambing, biri-biri dan babi sebagai sumber makanan mereka yang berterusan.

iii. Bekalan makanan yang mewah menggalakkan pertambahan penduduk.

Page 5: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileBukti prasejarah diperolehi melalui kajian terhadap ... Dalam masyarakat bertamadun berlaku perubahan pada alam sekitar, ... Kesan daripada

3

2. Memajukan Aspek Teknologi :

i. Pada zaman Neolitik penemuan bajak dan roda sebagai kemajuan teknologi telah

meningkatkan lagi daya pengeluaran hasil pertanian.

ii. Bajak menyebabkan manusia mula menggunakan tenaga binatang membantu

meringankan tugas mereka.

iii. Binatang seperti kuda atau kerbau dilatih untuk mengangkut barang (anok) atau

membajak sawah.

iv. Penemuan roda memudahkan pengangkutan hasil pertanian ke bandar-bandar atau

pelabuhan dan perkembangan pembuatan tembikar.

3. Mewujudkan Perkampungan Tetap :

i. Kemajuan pertanian (menanam dan menternak) membolehkan manusia mula

membina kawasan penempatan kekal di kawasan-kawasan yang subur,

terutamanya di lembah sungai seperti Tigris atau Furat.

ii. Manusia tidak perlu lagi hidup secara nomad kerana kini dapat menyara hidup

daripada bekalan makanan yang dihasilkan di kawasan tempat tinggal mereka.

iii. Mereka dapat mengawal bekalan makanan sendiri dan bekalan berterusan di

samping dapat mengawal perubahan musim.

4. Mewujudkan Pertambahan Penduduk :

i. Kemajuan pertanian dan teknologi pertanian pada zaman Neolitik menyebabkan

manusia dapat mengawal dan menggunakan sumber alam. Perubahan ini

menyebabkan kehidupan manusia menjadi lebih stabil, selamat dan terjamin

daripada kebuluran atau ancaman lain.

ii. Kehidupan sebagai individu atau anggota masyarakat bertambah baik.

iii. Fenomena ini membawa kepada berlakunya peningkatan bilangan penduduk pada

sesuatu kawasan dan akhirnya membentuk kawasan penempatan penduduk

semakin kompleks seperti bentuk negara kota.

5. Mewujudkan Pengkhususan Kerja :

i. Pada zaman Neolitik berhasilnya peningkatan daya pengeluaran hasil pertanian

yang menjamin bekalan makanan mencukupi dan berterusan membolehkan

sebahagian penduduk telah menjalankan aktiviti bukan pengeluaran pertanian

seperti kegiatan kesenian atau kegiatan keagamaan yang melahirkan pusat ibadat.

ii. Hal ini mencetuskan proses pembahagian kerja dalam masyarakat.

Page 6: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileBukti prasejarah diperolehi melalui kajian terhadap ... Dalam masyarakat bertamadun berlaku perubahan pada alam sekitar, ... Kesan daripada

4

6. Membentuk Organisasi Sosial :

i. Perubahan kehidupan manusia bertambah kompleks menyebabkan perlunjukan

pengkhususan dalam menjalankan tugas tertentu bergantung kepada kemahiran

dan kebolehan seseorang.

ii. Kini diperlukan pemimpin untuk memandu dan memberi arahan kepada semua

anggota masyarakat.

iii. Tentera dan pahlawan diperlukan untuk mengawal dan menjaga keamanan

daripada ancaman.

iv. Pendeta diperlukan untuk mengetuai kegiatan keagamaan.

v. Petani menumpukan usaha mempertingkatkan hasil pertanian

7. Mewujudkan Institusi Pemerintahan :

i. Pada zaman ini juga lahir institusi pemerintahan, pendidikan, keagamaan dan

sebagainya untuk membolehkan manusia mengeksploitasi dan mengawal alam

sekitar mereka seperti bencana alam ( banjir, kemarau ).

ii. Pemimpin, pahlawan dan pendeta muncul sebagai orang berkuasa.

iii. Pemimpin dengan ideanya dan tipu helahnya, pahlawan dengan senjatanya dan

paderi dengan pengetahuannya.

8. Mengasaskan Kelahiran Agama dan Kepercayaan :

i. Manusia pada zaman Neolitik sudah ada kepercayaan berkaitan dengan unsur

dewa-dewi.

ii. Minda pemikiran konseptual ketuhanan ini dimanifestasikan melalui upacara

agama dan simbol-simbol pemujaan.

iii. Mereka yakin dan percaya upacara penyembahan akan melipatgandakan hasil

pengeluaran pertanian.

9. Mewujudkan Petempatan Bandar :

i. Perkembangan petempatan dan perkampungan yang tetap menyebabkan

peningkatan bilangan penduduk.

ii. Kehidupan manusia secara berkelompok dengan menjalankan aktiviti pertanian

telah menyebabkan mereka mengalami proses pembandaran yang pesat seperti

bandar Catal Huyuk.

10. Mengasaskan Sistem Tulisan :

i. Masyarakat Neolitik menjadi lebih kompleks dan merintis jalan ke arah

perkembangan sistem tulisan.

ii. Sistem tulisan lahir kerana keperluan untuk menyimpan rekod-rekod hasil

pertanian serta jumlah keluasan tanah yang semakin meningkat.

Page 7: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileBukti prasejarah diperolehi melalui kajian terhadap ... Dalam masyarakat bertamadun berlaku perubahan pada alam sekitar, ... Kesan daripada

5

Kesimpulan : ( 1 M )

i. Neolitik merupakan zaman titik mula terbina tamadun awal manusia apabila manusia

mulai bercucuk tanam dan berternak binatang telah menjana perkembangan faktor lain

seperti teknologi, pengkhususan kerja, organisasi, institusi politik dan sebagainya.

ii. Implikasi daripada tinggal menetap kesan daripada berlaku revolusi pertanian (bertanam

dan menternak) menyebabkan V. Gordon Childe merumuskan sebagai satu revolusi

dalam kehidupan manusia atau sebagai titik tolak perubahan kepada kemunculan

tamadun awal manusia.

Page 8: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileBukti prasejarah diperolehi melalui kajian terhadap ... Dalam masyarakat bertamadun berlaku perubahan pada alam sekitar, ... Kesan daripada

6

Soalan 2 :

Huraikan pengaruh alam sekitar dalam pembentukan masyarakat berkebudayaan pada

zaman prasejarah.

Pendgenalan : ( 3M )

1. Pengertian dan ciri-ciri prasejarah

2. Latar masa prasejarah dan latar belakang perkembangan manusia

Isi : ( 7 X 3M = 21M )

Pengaruh Alam Sekitar Terhadap Masyarakat Prasejarah :

1. Alam sekitar mengubah corak penempatan masyarakat. Perkembangan pertanian dan

penternakan membolehkan manusia membina kawasan petempatan tetap di kawasan-

kawasan tertentu dan mereka tidak lagi perlu berpindah randah kerana kini mereka sudah

dapat bergantung kepada bekalan makanan yang dihasilkan di sekitar kawasan

petempatan mereka. Manusia tidak lagi berpindah-randah untuk memburu binatang dan

mengutip makanan. Corak masyarakat adalah lebih menetap dengan penanaman

tanaman-tanaman makanan dan menternak binatang menjadi bertambah penting untuk

menampung kehidupannya. Manusia mengubahsuaikan ekonomi memburu kepada

ekonomi pertanian. Perkembangan penempatan-penempatan kekal dengan perkampungan

diwujudkan di kawasan yang tanahnya subur dan berhampiran air yang diperlukan untuk

kegiatan pertanian.

2. Alam sekitar melahirkan konsep pertanian dan berlaku revolusi pertanian.

Kemajuan pertanian dalam zaman ini menyebabkan manusia semakin berupaya

mengawal dan menggunakan sumber alam. Ini menyebabkan kehidupan mereka lebih

stabil dan terjamin baik sebagai individu mahupun sebagai satu komuniti. Peningkatan

bukan sahaja berlaku bukan sahaja dari segi kuantiti, tetapi juga kualitinya. Ini

menyebabkan kawasan petempatan itu semakin berkeupayaan menampung jumlah

penduduk yang ramai. Kualiti pemakanan manusa bertambah baik dan bekalannya juga

dapat diperolehi secara berterusan. Justeru wujud Revolusi pertanian yang berupaya

mengawal bekalan makanan dan menawarkan secara berterusan, penggunaan alat-alat

yang khusus untuk pertanian yang lebih baik dan pemilihan jenis tanaman dan ternakan

yang sesuai. Kelahiran revolusi pertanian telah memberikan kesan yang besar kepada

kehidupan manusia dan menjadi penyambung kepada permulaan tamadun. Manusia mula

berhenti dengan cara hidup secara nomad dan mula hidup menetap secara bermasyarakat.

Page 9: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileBukti prasejarah diperolehi melalui kajian terhadap ... Dalam masyarakat bertamadun berlaku perubahan pada alam sekitar, ... Kesan daripada

7

3. Alam sekitar mempengaruhi peralatan dan teknologi. Pada zaman paleolitik alat

batunya kasar kerana mereka berpindah randah. Selepas zaman bertamadun mereka

telah menetap dan bercucuk tanam dan berlakunya pertambahan penduduk. Justeru

peralatan adalah lebih halus dan juga diubahsuaikan dengan keperluan zaman. Keadaan

ini menunjukkan manusia menggunakan alam untuk lebih inovatif dan kreatif.

Contohnya penciptaan tenggala yang dicipta untuk memudahkan pertanian dan roda

untuk mengangkut hasil pertanian bagi menampung permintaan yang banyak bukan

sahaja mengubah corak pengangkutan tetapi mempercepatkan perkembangan industri.

Peningkatan teknologi membolehkan manusia menguasai persekitaran kehidupan dan

merupakan asas kelahiran masyarakat yang kompleks.

4. Alam sekitar mempengaruhi perkembangan kegiatan ekonomi. Perubahan orientasi

ekonomi daripada sara diri kepada komersial. Mereka menyimpan lebihan hasil untuk

meningkatkan pengeluaran. Pada peringkat paleolitik alam sekitarnya adalah hutan dan

sungai. Kegiatan mereka tertumpu kepada memburu, memungut hasil hutan dan

menangkap ikan. Dalam masyarakat bertamadun berlaku perubahan pada alam sekitar,

dimana mereka mula menetap di kawasan yang subur di tepi sunggai dan menjalankan

pertanian secara agresif. Lebihan hasil ditukarkan dan ada juga yang diperdagangkan.

Contoh, pertukaran perdagangan antara Tamadun India dengan Tamadun Mesopotamia.

5. Alam sekitar mempengaruhi perkembangan sistem kepercayaan. Percaya kepada

kuasa-kuasa luar biasa yang dianggap suci, berpunca daripada kepercayaan kuasa

semula jadi yang menentukan hasil pertanian dan kebajikan masyarakatnya. Mereka

juga menjalankan upacara ritual dan amalan korban untuk meningkatkan kesuburan

tanaman dan binatang ternakan. Keadaan ini akhirnya mewujudkan konsep ketuhanan

dalam sejarah ketamadunan manusia.

6. Alam sekitar mempengaruhi pertumbuhan penduduk. Kemajuan pertanian dalam

zaman ini menyebabkan manusia semakin berupaya mengawal dan menggunakan sumber

alam. Ini menyebabkan kehidupan mereka lebih stabil dan terjamin baik sebagai individu

mahupun sebagai satu komuniti. Keadaan ini membawa kepada berlakunya pertambahan

penduduk yang semakin pesat. Kehidupan di satu-satu kawasan petempatan juga menjadi

semakin kompleks. Pertumbuhan penduduk memang mendorong masyarakat meneroka

kawasan-kawasan baru yang tanahnya yang subur untuk pertanian. Pertumbuhan bilangan

penduduk dan wujudnya perbandaran menggalakkan perkembangan pasaran baru,

peningkatan hasil pengeluaran pertanian dan kemajuan dalam bidang teknologi untuk

pertanian yang mendorong kepada kelahiran masyarakat yang kompleks.

7. Alam sekitar mewujudkan pengkhususan kerja. Kehidupan yang bertambah

kompleks telah menyebabkan masyarakat perlu kepada pengkhususan kerja untuk

menjalankan tugas tertentu mengikut kemahiran dan kebolehan seseorang. Misalnya

masyarakat memerlukan pemimpin untuk mengkoordinasi dan memberi arahan kepada

mereka. Pahlawan pula diperlukan untuk menjaga keamanan. Masyarakat memerlukan

Page 10: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileBukti prasejarah diperolehi melalui kajian terhadap ... Dalam masyarakat bertamadun berlaku perubahan pada alam sekitar, ... Kesan daripada

8

pendita untuk menjalankan kegiatan agama. Kesan daripada pertumbuhan penduduk

yang mendadak melahirkan institusi sosial atau kerajaan yang berfungsi mengawal dan

menyelia urusan pemerintahan dan pentadbiran dan menyelesaikan masalah dan hak

rakyat yang semakin kompleks. Peningkatan produktiviti yang dapat menjamin keperluan

bekalan di satu-satu kawasan membolehkan sesetengah penduduk di situ menjalankan

kegiatan bukan pengeluaran seperti kegiatan kesenian atau aktiviti keagamaan. Ini

membawa kepada bermulanya penambahan bilangan kerja dalam masyarakat.

8. Alam sekitar mewujudkan sistem dalam masyarakat (organisasi sosial). Kewujudan

sistem dalam masyarakat seperti institusi pemerintahan, keagamaan, pendidikan dan

sebagainya sebagai organisasi untuk membolehkan manusia dapat mengadaptasi dan

mengawal alam sekeliling mereka. Pemimpin, pahlawan dan pendita muncul sebagai

orang berkuasa. Pahlawan dengan senjatanya. Paderi pula dengan pengetahuannya

mengenai tuhan. Sementara majoriti masyarakat yang tidak memiliki alat dan

pengetahuan itu menjadi pengikut. Lama-kelamaan masyarakat di suatu petempatan

terbahagi kepada kelas pemerintah dan rakyat.

Kesimpulan : ( 1M )

Alam sekitar telah mengubah corak kehidupan dan masyarakat. Situasi ini telah melahirkan

tamadun-tamadun awal seperti Tamadun Mesopotamia dan Tamadun Mesir yang lebih

kompleks sesuai dengan zamannya.

Page 11: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileBukti prasejarah diperolehi melalui kajian terhadap ... Dalam masyarakat bertamadun berlaku perubahan pada alam sekitar, ... Kesan daripada

9

Soalan 3 :

Sejauh manakah masyarakat pada zaman pra-sejarah awal merupakan masyarakat

berbentuk mudah ( simple society ).

Pengenalan : ( 3 M )

1. Konsep maksud pra-sejarah.

2. Tahap-tahap dan tempoh masa prasejarah paleolitik, mesolitik dan Neolitik.

3. Menyenaraikan ciri-ciri masyarakat prasejarah dan mengaitkan masyarakat berbentuk

mudah hanya dua zaman iaitu Paleolitik dan Mesolitik sahaja.

Isi : ( 5 x 4 M =20M )

1. Penempatan :

Pada zaman Paleolitik masyarakatnya hidup berbentuk mudah secara pindah randah,

nomad, menggunakan sepenuhnya alam sekitar dengan tinggal di gua, rimbunan pokok

renek, atas pokok dan lubang bawah tanah. Zaman Mesolitik masih meneruskan

penempatan Paleolitik tetapi memilih lokasi berhampiran sumber air untuk kepentingan

harian iaitu sungai dan laut.

2. Peralatan/Teknologi :

Zaman Paleolitik peralatan dari kayu, batu dan tulang. Menghasilkan api melalui kaedah

geseran, pakaian dari kulit kayu, daun kayu dan kulit binatang. Gaya hidup ini masih

diteruskan pada zaman Mesolitik tetapi penciptaan senjata dan alatan lebih halus dan

telah menggunakan panah dari kayu yang panjang dan tajam.

3. Kegiatan Ekonomi :

Kegiatan ekonomi untuk kelompok mereka sahaja. Mendapatkan makanan dengan cara

berburu binatang, menangkap ikan, memungut hasil hutan menyebabkan penempatan

mereka nomad dan bergantung dengan alam sekitar sepenuhnya . Ia berlangsung

sehingga zaman Mesolitik.

4. Agama dan Kepercayaan :

Berpegang kepada kepercayaan animmisme iaitu setiap benda ada roh. Menyembah alam

semulajadi seperti matahari, guruh, api dan pokok. Mempercayai ukiran gambar di

dinding gua akan mempunyai kuasa ghaib.

Page 12: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileBukti prasejarah diperolehi melalui kajian terhadap ... Dalam masyarakat bertamadun berlaku perubahan pada alam sekitar, ... Kesan daripada

10

5. Organisasi Sosial :

Berbentuk mudah, tiada ketua, dalam kelompok yang kecil dan tiada organisasi sosial.

6. Kesenian :

Pada zaman Paleolitik mereka mengukir gambar di dinding gua dan kulit kayu yang

dijangka boleh membantu menambahkan hasil pemburuan dan berbentuk idealisme.

7. Pengkhususan Kerja :

Tiada pengkhususan kerja kepada lelaki dan perempuan, semua kerja dijalankan bersama.

Kesimpulan : ( 2M )

Masyarakat prasejarah awal sebagai peneroka menuju kepada kehidupan kompleks dalam zaman

Neolitik. Bermula dari sini tamadun manusia berkembang sehingga wujud tamadun awal dunia

seperti Tamadun Mesopotamia dan Mesir.

Page 13: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileBukti prasejarah diperolehi melalui kajian terhadap ... Dalam masyarakat bertamadun berlaku perubahan pada alam sekitar, ... Kesan daripada

11

Soalan 4 :

Jelaskan konsep manusia mengikut pandangan Islam dan Arab Jahiliah.

Pengenalan : ( 3M )

1. Pengertian Jahiliah

2. Pengertian manusia, dalam bahasa Latin, manusia dipanggil sebagai homospiens.

Manusia adalah sejenis haiwan mamalia yang boleh berfikir dan berkata-kata. Mengikut

kajian arkeologi, manusia sudah pun wujud sejak 500,000 tahun dahulu, iaitu pada zaman

Air Batu.

3. Pengertian Islam

Isi : ( 20M )

Konsep Manusia Menurut Islam : ( 10M = 5 x 2M )

1. Pengertian manusia dari segi bahasa mengikut perspektif islam :

i. Pengertian manusia dari segi bahasa.

ii. Pengertian dari segi istilah.

2. Mengikut Islam, manusia diciptakan oleh Allah s.w.t. untuk menjadi khalifah di atas

muka bumi. Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud :

“ Ingatlah ketika TuhanMu berfirman kepada para malaikat ( sesungguhnya Aku hendak

menjadikan seorang khalifah di muka bumi ) ”

3. Di samping itu, manusia diciptakan oleh Allah s.w.t. untuk mengabdikan diri kepada

Allah s.w.t. agar menjadi seorang hamba yang soleh. Dalam hubungan ini, Allah s.w.t.

telah menjelaskan matlamat penciptaan manusia menerusi firmanNya: dalam surah al-

Zaariyat ayat 56 yang bermaksud: “Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan

untuk beribadah kepadaKu”.

4. Agama Islam juga menyarankan kepada manusia agar membangunkan unsur-unsur

rohani dan jasmani demi mencapai keseimbangan dalam diri manusia. Keseimbangan di

antara fizikal dan spiritual ini penting demi mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat

kelak.

5. Kedudukan manusia di sisi Allah s.w.t. juga dikira sama tarafnya tanpa mengira warna

kulit, keturunan, pangkat, dan lain-lain, Islam melarang perhambaan di kalangan

manusia.

6. Manusia dicipta sebaik-baik kejadian. Bagi membolehkan manusia yang begitu sempurna

penciptaannya agar hidup aman bahagia serta selamat sejahtera, Allah s.w.t. telah

menjadikan segala sesuatu yang dapat menyempurnakan keperluan manusia.

Page 14: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileBukti prasejarah diperolehi melalui kajian terhadap ... Dalam masyarakat bertamadun berlaku perubahan pada alam sekitar, ... Kesan daripada

12

7. Manusia yang paling mulia adalah manusia yang bertaqwa

8. Manusia sebagai pemegang amanah.

9. Semua manusia dari keturunan Adam dan manusia dijadikan dari tanah.

10. Manusia terdiri daripada 5 komponen iaitu : jasad, roh, akal, nafsu dan hati/jiwa.

11. Akal membezakan manusia dengan makhluk – makhluk lain.

12. Manusia dijadikan dalam keadaan fitrah.

Konsep Manusia Menurut Jahiliah : ( 10M = 5 x 2M )

1. Manusia tidak bersifat abadi dan akan terhapus setelah berlakunya kematian dan tidak

mempercayai adanya Hari Akhirat dan Hari Pembalasan. Dengan sebab itulah

kehidupan manusia pada zaman berkenaan penuh dengan kemaksiatan.

2. Di samping itu, manusia menurut pandangan Jahiliah lagi menjadikan hawa nafsu

sebagai panduan bagi kehidupan mereka di dunia ini. Sehubungan dengan ini,

berjudi, minum arak, dan makan riba dianggap sebagai satu jalan mencari rezeki yang

baik dan mudah, oleh itu, mereka melakukannya. Minum arak pula dianggap satu

perbuatan yang baik dan mulia.

3. Status mereka dalam masyarakat bergantung kepada keturunan dan kabilah. Sekiranya

kabilah itu kaya, kuat, dan berpengaruh maka seseorang anggota kabilah itu dipandang

mulia. Begitulah sebaliknya.

4. Menghargai dan mendewakan kuasa alam sekeliling.

5. Mempercayaai adanya tuhan tetapi tidak beriman kepada satu tuhan.

6. Mereka tidak tahu asal-usul kejadian manusia.

7. Mereka melihat manusia dari sudut jasadiah semata-mata.

Kesimpulan : ( 2 M )

Manusia menurut pandangan Islam adalah untuk melaksanakan perintah-perintah Allah s.w.t.

bagi mendapatkan keredhaannya dan kemuncaknya mencapai kebahagiaan di dunia serta akhirat.

Sementara manusia menurut pandangan Jahiliah pula mengikut telunjuk hawa nafsu dengan

mengenepikan soal akhirat.

Page 15: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileBukti prasejarah diperolehi melalui kajian terhadap ... Dalam masyarakat bertamadun berlaku perubahan pada alam sekitar, ... Kesan daripada

13

Soalan 5:

Jelaskan langkah-langkah yang diambil oleh Nabi Muhammad s.a.w. ke arah pembentukan

negara Islam di Madinah.

Pengenalan : ( 3M )

1. Demografi Madinah :

Negara kota Madinah terletak kira-kira 320 km ke utara Mekah. Masyarakatnya terdiri daripada suku-suku Arab terutamanya Aus dan Khazraj serta orang-orang Yahudi. Sebelum

agama Islam tersebar ke Madinah suku-suku Arab sentiasa berselisih faham sesama mereka.

Golongan Yahudi memandang rendah orang-orang Arab, memonopolikan kegiatan ekonomi,

hidup mewah dan menguasai pentadbiran. Dari segi agama dan kepercayaan kaum Yahudi memelihara kesucian agama Yahudi dan orang-orang Arab menyembah berhala seperti orang

Quraisy di Mekah. Namun begitu orang Arab Madinah lebih mengerti tentang ketuhanan dan

kenabian berbanding dengan orang Arab Mekah oleh kerana mereka lebih terdedah kepada agama Yahudi. Jadi, pemikiran mereka lebih terbuka kepada usaha dakwah Nabi Muhammad saw dan

lebih bersedia memeluk agama Islam yang dibawanya.

Hijrah dari Mekah ke Madinah oleh Nabi Muhammad s.a.w. merupakan titik permulaan negara Islam di Madinah. Walaupun sebelum ketibaan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah

agama Islam tersebar di Madinah menerusi orang-orang Muslim (kaum Ansar) yang menyertai

dalam Perjanjian Aqabah I dan Aqabah II.

2. Latarbelakang Nabi Muhammad Sebelum Hijrah.

3. Konsep negara

Isi : ( 7 x 3M = 21M )

1 Pembinaan Masjid :

Peristiwa hijrah telah menyebabkan penyebaran agama Islam semakin meluas

terutamanya dengan terbinanya Masjid Quba dan Masjid Madinah yang menjadi tempat

ibadat dan penyebaran agama Islam. Kaum Ansar di Madinah menyambut Muhajirin dari

Mekah dan buat pertama kali, kegiatan dakwah dapat dilakukan secara terbuka. Kaum

Ansar banyak berkorban untuk mengembangkan agama Islam. Setelah tiba ke Madinah

Nabi Muhammad s.a.w. telah membina masjid-masjid yang bukan sahaja menjadi tempat

ibadat dan penyebaran agama Islam tetapi juga digunakan untuk menyebarkan

pendidikan dan ilmu pengetahuan Islam.

Page 16: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileBukti prasejarah diperolehi melalui kajian terhadap ... Dalam masyarakat bertamadun berlaku perubahan pada alam sekitar, ... Kesan daripada

14

2. Pembentukan Ummah :

Nabi Muhammad adalah seorang negarawan. Sebagai langkah pertama terhadap

penyatuan masyarakat Islam di Madinah, Nabi Muhammad s.a.w. mempersaudarakan

kaum Ansar dengan kaum Muhajirin, Muahajirin dengan Muhajirin, Ansar dengan Ansar,

Muhajirin dengan Ansar.

Semangat asabiyah telah digantikan dengan semangat ummah mengikut akidah Islam.

Hubungan persaudaraan mengatasi masalah perbezaan dari segi sosial dan ekonomi.

Kedua-dua golongan bergaul dan bekerjasama untuk kebaikan agama Islam dan negara.

3 Mewujudkan Piagam Madinah :

Baginda seterusnya mewujudkan sebuah piagam untuk dijadikan panduan untuk

membentukkan sebuah negara Islam yang berdaulat. Piagam Madinah bukan sahaja

membentukkan persaudaraan antara Ansar dan Muhajirin tetapi juga perpaduan antara

orang Islam dengan orang bukan Islam terutamanya orang Yahudi. Kaum Yahudi

diberikan kebebasan mengamalkan ibadat mengikut agama mereka selama mereka

mematuhi undang-undang Islam dan peraturan yang diterima umum. Orang Islam dan

bukan Islam dapat hidup secara aman damai dan bebas menjalankan aktiviti masing-

masing. Keselamatan penduduk Madinah terjamin dan mereka bertanggungjawab

mempertahankan negara Madinah daripada serangan musuh. Penduduk Madinah juga

mengiktirafkan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin agama dan ketua negara.

Dengan pengiktirafan itu Nabi telah menjadi pemimpin yang berwibawa dalam urusan

pentadbiran dan pemerintahan negara Islam Madinah.

4 Mengasaskan Pentadbiran Negara Melalui Cara Musyawarah :

Baginda berjaya mengasaskan sistem musyawarah dalam segala hal-hal politik. Dalam

hubungan dengan kaum Yahudi semasa Perang Badar, Nabi Muhammad s.a.w. tidak

menunjukkan permusuhannya terhadap kaum Yahudi tetapi terus mengadakan

perundingannya dengan mereka. Hanya setelah perundingan gagal barulah mereka

disingkirkan secara terhormat dari Madinah. Baginda juga menjalankan musyawarah

semasa mewujudkan persaudaraan antara Ansar dan Muhajirin serta antara Aus dan

Khazrai. Konsep musyawarah terbayang dalam hubungan politik antarabangsa.

5 Mewujudkan Tentera Islam di Madinah :

Baginda juga adalah seorang pemimpin tentera Islam yang menyertai beberapa ekspedisi

ketenteraan untuk mempertahankan kesucian agama Islam daripada ancaman dan

serangan musuh. Dalam mempertahankan kedaulatan negara Islam Madinah. Baginda

merupakan seorang panglima tentera dan ahli strategi dalam bidang ketenteraan.

Page 17: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileBukti prasejarah diperolehi melalui kajian terhadap ... Dalam masyarakat bertamadun berlaku perubahan pada alam sekitar, ... Kesan daripada

15

6 Mengadakan hubungan luar :

Baginda adalah seorang diplomat yang mengambil inisiatif untuk menghantar perwakilan

ke luar seperti Mesir, Byzantine, dan Parsi.

7. Menyusun semula struktur ekonomi Madinah.

Penyatuan masyarakat yang berlaku telah mewujudkan semangat saling membantu

sehingga meliputi segenap bidang.olongan Muhajirin bergiat dalam bidang pertanian.

Nabi menggalakkan umat Islam bergiat dalam bidang perniagaan.

Kesimpulan : ( 1M )

Apa sahaja yang berkaitan

Page 18: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileBukti prasejarah diperolehi melalui kajian terhadap ... Dalam masyarakat bertamadun berlaku perubahan pada alam sekitar, ... Kesan daripada

16

Soalan 6 :

Bandingkan ciri-ciri masyarakat Arab pada zaman Jahiliyah dengan masyarakat Islam

pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah.

Pengenalan : ( 3 M )

1. Zaman jahiliah merujuk kepada masyarakat di Semenanjung Tanah Arab. Mereka hidup

dalam zaman kegelapan tanpa berpandukan ajaran wahyu dan mengamalkan nilai

akhlak yang buruk. Zaman ini berlaku 300 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad

s.a.w. iaitu bermula daripada kejatuhan empangan Maarib sehingga kedatangan Islam.

2. Nabi Muhammad dan orang Islam telah berhijrah ke Madinah pada 622 M. Di Madinah

Nabi Muhammad telah dilantik sebagai ketua negara dan mengasaskan pemerintahan

negara Islam yang pertama.

3. Kedatangan agama Islam telah membawa perubahan yang besar ke atas masyarakat

Arab terutama masyarakat di Madinah.

Isi : ( 7 x 3M = 21M )

1. Kepercayaan / Agama :

a. Majoriti masyarakat Arab Jahiliah menganut agama menyembah berhala.

Pada asalnya mereka ialah pengikut ajaran Haruf tetapi ajaran ini diselewengkan

dengan menganggap berhala sebagai perantaraan antara manusia dengan Tuhan.

Pada masa ini Mekah berperanan sebagai pusat penyembahan berhala. Agama

lain yang dianuti ialah ajaran animisme, sabiah, majusi, nasrani dan yahudi.

Masyarakat pada masa ini juga terikat dengan kepercayaan karut.

b. Masyarakat Islam pada zaman ini mempunyai keimanan yang kukuh. Orang

Ansar secara rela telah memeluk ajaran Islam. Nabi telah melantik guru-guru

agama untuk memperkukuhkan akidah dan amalan mereka. Di samping itu, nabi

telah menjalankan dasar kebebasan beragama terutama ke atas masyarakat

Yahudi dan mereka diberi kebebasan beribadat. Majoriti golongan Arab

Madinah menerima agama Islam.

2. Hubungan Masyarakat / Sosial :

a. Masyarakat Jahiliah hidup terpisah dalam kabilah dan bani masing-masing.

Setiap individu mempunyai ketaatan kepada kabilah dan sangat prejudis kepada

kabilah yang lain. Semangat ini juga menyebabkan mereka memihak kepada

kabilah tanpa mengira sama ada mereka berada dalam keadaan benar atau salah.

Ini telah menimbulkan masalah permusuhan antara kabilah berleluasa.

b. Masyarakat Islam Madinah berjaya membentuk sebuah masyarakat ummah

Islamiyah tanpa mengira kaum dan suku. Kesetiaan kepada kaum tidak lagi wujud

Page 19: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileBukti prasejarah diperolehi melalui kajian terhadap ... Dalam masyarakat bertamadun berlaku perubahan pada alam sekitar, ... Kesan daripada

17

dan digantikan dengan ikatan persaudaraan Islam. Contohnya Nabi berjaya

mempersaudarakan orang Ansar dengan Muhajirin.

3. Peperangan :

a. Permusuhan antara suku atau kabilah telah membawa peperangan di kalangan

masyarakat Arab Jahiliah. Peperangan ini dikenali sebagai Ayyamul Arab.

Perang balas dendam sering berlarutan. Contohnya Perang Al-Basus berlarutan

selama 40 tahun.

b. Persaudaraan Islam telah berjaya menamatkan permusuhan di kalangan

golongan Ansar iaitu suku Aus dan Khazraj. Sebelum memeluk Islam mereka

terlibat dalam peperangan Al-Buath kerana merebut kepimpinan kota Madinah.

Peperangan yang wujud di zaman Islam merupakan satu langkah

mempertahankan agama, masyarakat dan negara Islam daripada ancaman musuh

terutama serangan orang Quraisy Mekah clan pengkhianatan orang Yahudi.

4. Kelas Masyarakat :

a. Masyarakat Jahiliah mementingkan kelas dalam masyarakat. Golongan

bangsawan merupakan golongan tertinggi dan dipandang mulia. Dalam

masyarakat Arab Jahiliah amalan perhambaan berlaku secara meluas. Mereka

tidak mempunyai hak ke atas diri sendiri. Mereka dikehendaki berkhidmat kepada

tuan mereka. Perdagangan hamba berlaku secara meluas. Kekejaman ke atas para

hamba berlaku sekiranya para hamba tidak mengikut kehendak mereka.

b. Dalam masyarakat Islam menitik beratkan konsep persamaan taraf. Semua

manusia dianggap sama taraf di sisi Allah. Kemuliaan manusia berdasarkan

kepada ketakwaannya kepada Allah. Manusia tidak dibezakan mengikut kekayaan

atau pangkat mereka.

5. Kedudukan Wanita :

a. Masyarakat Arab Jahiliah memandang rendah kepada golongan wanita. Fungsi

mereka hanyalah sebagai alat kepada kaum lelaki. Mereka dianggap sebagai

barang dagangan dan ada di kalangan mereka yang kematian suami, menjadi

rebutan anak-anak lelaki suami mereka. Keadaan ini menyebabkan suku ban]

Tamim telah menanam bayi perempuan bagi mengelakkan mereka dipandang

rendah.

b. Nabi mengajar masyarakat Islam di Madinah memandang mulia golongan wanita.

Mereka perlu dipeiihara maruah dan kebajikan mereka. Kaum wanita memainkan

peranan yang sama pentingnya dengan goIongan lelaki.

Page 20: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileBukti prasejarah diperolehi melalui kajian terhadap ... Dalam masyarakat bertamadun berlaku perubahan pada alam sekitar, ... Kesan daripada

18

6. Akhlak :

a. Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan nilai akhlak yang buruk seperti berzina,

melacur, membunuh, minum arak dan berjudi. Nilai ini telah sebati dengan

kehidupan mereka.

b. Islam menekankan akhlak yang mulia.Bermula dengan perjanjian Al-Aqabah I,

masyarakat Madinah berjanji tidak akan menipu, berzina, dan membunuh. Nabi

berjaya mengikis segala amalan akhlak yang buruk di kalangan orang Islam di

Madinah.

7. Politik :

a. Sistem politik dan pentadbiran adalah tidak seragam. Kerajaan yang wujud lebih

bersifat monarki dan terletak di bawah kuasa asing seperti Parsi dan Rom.

Masyarakat golongan Badwi mengamaIkan sistem politik kabilah masing-masing.

Sementara itu masyarakat kota Mekah menjalankan sistem politik kabilah.

b. Kerajaan Islam Madinah wujud berasakan perlembagaan Madinah. Undang-

undang utama yang digunakan ialah Al-Quran. Segala keputusan negara

dilakukan melalui konsep syura. Masjid menjadi institusi yang penting dalam

kerajaan Madinah.

8. Nilai-nilai Positif :

a. Dalam masyarakat jahiliah terdapat nilai-nilai positif seperti menghormati tetamu,

berpegang teguh kepada janji, memberi perlindungan kepada Nabi Muhammad

s.a.w.

b. Dalam masyarakat Islam nilai-nilai ini diperkukuhkan selaras dengan nilai-nilai

Islam.

9. Amalan Ekonomi.

a. Jahiliyah amalkan riba, pencurian dan penipuan.

b. Islam mengharamkan riba dan mewajibkan urusan jual beli. Ada akad dalam

urusan jual beli.

Kesimpulan : ( 1M )

Perbezaa yang ketara, zaman jahiliyah berlandaskan nafsu dan dalam zaman

Islam berdasarkan wahyu daripada Allah s.w.t.

TAMAT