jabatan hal ehwal agama islam negeri …ekhutbah.ns.gov.my/upload/8494-anugerah terindah...

11
1 ڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو بها جابتن حال إ حمم اسڬا ول ا سمبيلن دار نڬري الوص خصJABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TAJUK : “ ANUGERAH TERINDAH RAMADHAN 3 JULAI 2015M / 16 RAMADHAN 1436H ____________________________________________________________ ( Surah al-Baqarah:185 ) شَ أٓ ّ ن لَ أُ دَ ه ـَ ل حَ وُ ا ل ل َ هُ هَ د وُ هَ َ يك ل رَ شَ ل و شَ أَ ، و بَ ا عً د ا مَ حُ م ا نَ أُ دَ هُ هُ د وُ هُ وُ سَ رَ و وَ و لّ لَ ص ا مُ ه ال . ا م لّ لَ س صَ أَ و ل ه ل ى آَ لَ عَ وٍ د ا مَ حُ ا مَ ن ل د لّ يَ ى سَ لَ ع ل ه ل ابَ ح نَ مَ و ح ل إ ل م بُ هَ ع ل بَ ت وَ ى يَ ل ل ٍ انَ س. َ ين لّ د ا ل م

Upload: ngodang

Post on 08-Feb-2018

226 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/8494-ANUGERAH TERINDAH RAMADHAN.… · perasaan kita setelah melalui fasa pertama ... berasakan seolah-olah telah

1

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

TAJUK : “ ANUGERAH TERINDAH RAMADHAN ”

3 JULAI 2015M / 16 RAMADHAN 1436H

____________________________________________________________

(Surah al-Baqarah:185 )

شأ

ن ل

هد أ

ــ ل هللا وح

ال ل ه ودهه

رليك

ش

ول

ش

دا عب ، وأ نا محما

ودههد أ

ههما صلل ووورسو

ام . ال ل

سل ص

هل وأ ل ى آ

د وعل ا محما

ن دل ى سيل

عل هل ومن ےحابل

ح إل عهم بل بلى يو ت

ل ل ين.سان مل ادل

Page 2: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/8494-ANUGERAH TERINDAH RAMADHAN.… · perasaan kita setelah melalui fasa pertama ... berasakan seolah-olah telah

2

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

ا بع ماأ هل اتل

ق

قوا هللا حقا ت تا باد هللا، ال يا عل

نتم ےد، ف

وأ

ال ل

ناموت

ت

، ول

س مون. م لل

SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,

Khatib memperingatkan diri ini dan sidang jemaah yang dimuliakan

sekalian, marilah kita bersama-sama bertaqwa kepada Allah SWT dengan

sebenar-benar taqwa, agar kita dapat melaksanakan segala perintah-Nya

dan menjauhi segala tegahan-Nya. Marilah bersama kita berpegang

kepada tali Allah SWT yakni dengan menjaga hubungan kita sebagai

hamba-Nya dan juga hubungan sesama insan, agar penyatuan ummah

dapat direalisasikan bermula di dalam rumah Allah SWT yang penuh

barakah ini. Nikmat Islam yang dikecapi dan hamparan luas keamanan

yang kita nikmati selama ini, seharusnya kita syukuri dengan

meningkatkan amal ibadah bagi memperkukuhkan lagi hubungan kita

dengan Maha Pencipta lagi Maha Berkuasa serta menjalin eratkan

hubungan kita sesama manusia. Semoga, hidup kita sentiasa dicucuri

rahmat serta kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Firman Allah SWT di

dalam surah Ali ‘Imran petikan ayat 103:

Maksudnya : “Dan berpegang teguhlah kamu semua kepada tali Allah,

dan janganlah berpecah belah”.

Page 3: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/8494-ANUGERAH TERINDAH RAMADHAN.… · perasaan kita setelah melalui fasa pertama ... berasakan seolah-olah telah

3

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

Mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah yang bertajuk

“ANUGERAH TERINDAH RAMADHAN”.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,

Separuh daripada bulan Ramadhan telah kita lalui. Bagaimanakah

perasaan kita setelah melalui fasa pertama Ramadhan? Adakah kita telah

menemui keberkatan Ramadhan pada hari-hari yang telah kita lalui dalam

bulan ini?

Ramadhan itu adalah momentum peningkatan kebajikan bagi orang-orang

yang beriman dan bertaqwa. Ia merupakan hamparan amalan yang

terbentang bagi orang-orang yang soleh. Justeru, Allah SWT telah

memberi anugerah yang hebat dan tidak terhingga kepada umat Islam

untuk merasai, menikmati dan menghayati Ramadhan.

Kini, kita telah pun memasuki fasa kedua Ramadhan yang nyata di

dalamnya mempunyai anugerah terindah kepada semua umat Islam yang

ingin mengabdikan diri kepada Allah SWT. Mendapatkan keampunan

Allah SWT perlu seikhlas yang mungkin. Tidak perlu mendabik dada

berasakan seolah-olah telah cukup segala amalan untuk bekalan di akhirat

kelak. Allah SWT telah menjanjikan Ramadhan dengan penuh keberkatan,

keampunan dan balasan syurga. Justeru, inilah masa dan ketikanya kita

sebagai umat Islam berusaha meraih kasih sayang daripada-Nya.

Ramadhan sememangnya sangat istimewa kepada umat Islam. Di

dalamnya turun al-Quran, iaitu kalam Ilahi yang begitu agung. Ramadhan

juga ada Lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

Page 4: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/8494-ANUGERAH TERINDAH RAMADHAN.… · perasaan kita setelah melalui fasa pertama ... berasakan seolah-olah telah

4

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

Allah SWT menganugerahkan kita dengan keindahan ini pada bulan

Ramadhan kerana di samping memelihara keagungannya, ia juga

mempunyai sejarah dan teladan yang banyak khususnya kepada mereka

yang menyintai seikhlas hati kepada Tuhan mereka.

SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA,

Marilah kita merungkai dan memahami serba sedikit anugerah Allah yang

pertama dalam bulan Ramadhan, iaitu al-Quran. Kita sedia maklum

bahawa al-Quran itu yang diturunkan sebagai panduan dan penunjuk arah

kepada umat Islam pada 17 Ramadhan, mempunyai ciri-ciri Rabbani. Ia

mampu mempengaruhi hati yang sedar dan jiwa yang bersih. Mempunyai

daya tarikan kefasihan, ungkapan ayat dan bahasa yang indah, susunan

kalimah yang mengagumkan, ketegasan dalam memberi perintah dan

pengetahuan yang benar dan jelas.

Setiap kali Ramadhan menjelma, umat Islam rata-ratanya mengisi dan

memenuhi hari-hari dalam bulan ini untuk membaca al-Quran. Masing-

masing mempunyai matlamat tertentu mencari dan menambah pahala

Ramadhan dengan tadarus al-Quran dan ada yang membaca secara

sendiri semata-mata ingin mengejar paling tidak sekali khatam al-Quran

dalam bulan Ramadhan.

Pernah tidak kita berfikir di minda kita adakah kita ini seorang yang benar-

benar mencintai kalam Allah ini? Bagaimanakah perasaan kita semasa

kita membaca ayat-ayat suci dan kalimah-kalimah Allah ini saban hari?

Bahagia, terpesona atau sebaliknya kita sudah jemu? Adakah kita telah

berasa bahawa al-Quran itu memberi hidayah dan ilmu untuk kehidupan

Page 5: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/8494-ANUGERAH TERINDAH RAMADHAN.… · perasaan kita setelah melalui fasa pertama ... berasakan seolah-olah telah

5

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

kita di dunia dan di akhirat? Segala persoalan ini, jawapannya ada dalam

hati kita sendiri. Rasulullah SAW sendiri telah meletakkan kayu ukur

kepada orang-orang yang berilmu itu berdasarkan al-Quran sebagaimana

sabda Baginda SAW yang bermaksud : “Orang yang terbaik dalam

kalangan kamu ialah sesiapa yang belajar al-Quran dan

mengajarkannya.” (Hadis riwayat al-Bukhari).

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,

Firman Allah SWT dalam surah Sad, ayat 29:

Yang bermaksud : "Inilah kitab yang Kami turunkan kepada kamu dengan

keberkatan, untuk mereka perhatikan ayat-ayatnya, dan agar orang-orang

yang berakal mengambil iktibar".

Allah SWT menegaskan bahawa al-Quran itu bukan sahaja untuk dibaca.

Bukan untuk dialunkan dengan penuh kesyahduan. Bukan hanya

membacanya dengan tertib dan adab, menyebut setiap patah perkataan

dengan sebutan makhraj yang betul, dihiasi dengan tajwid pada setiap

baris kalimahnya. Bukan sekadar belajar dan mengajar cara bacaannya,

tetapi belajar dan mengajar cara menyelami lautan ilmu yang terdapat

dalam al-Quran.

Ramai dalam kalangan masyarakat Islam sekarang bijak dalam menghafaz

al-Quran. Sama ada 10 juzuk, 20 atau 30 juzuk. Pandai melagukan al-

Page 6: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/8494-ANUGERAH TERINDAH RAMADHAN.… · perasaan kita setelah melalui fasa pertama ... berasakan seolah-olah telah

6

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

Quran dengan nada alunan yang indah, namun bukan semua daripada

mereka yang benar-benar memahami apa yang tersirat dan tertulis di

dalam isi kandungan ayat yang dihafaz dan dilagukan. Menghafaz al-

Quran sebaiknya hafazlah maksudnya, fahami isi kandungannya, carilah

panduan di dalamnya.

Jika kita benar-benar seorang yang cerdik akal fikiran, kita tahu bahawa al-

Quran itu sepatutnya dibaca untuk difahami. Mentadabbur al-Quran atau

dengan erti kata yang lain kita berusaha memahami ayat yang dibaca

dengan hasrat untuk mencari pedoman, panduan dan tatacara untuk

diamalkan dalam kehidupan kita di dunia ini. Apabila kita telah dengan

ikhlas hati membaca dan mentadabbur al-Quran, barulah cinta kita kepada

kalam Ilahi ini akan mula membibit dan menyubur. Di saat itu, kita akan

dapat merasai bahawa al-Quran itu sememangnya menjadi pedoman untuk

orang-orang yang bertaqwa. Apabila hati mencintai al-Quran, kita pasti

merasai keseronokan untuk membacanya, teruja untuk memahami

maksudnya dan dengan senang hati melafazkan dan mengulangi kalimah-

kalimahnya di bibir kita.

Cuba kita perbaiki amalan kita pada setiap kali Ramadhan dengan

membaca dan mentadabbur al-Quran. Biarlah sedikit yang dibaca,

walaupun satu perempat muka surat sehari namun kita benar-benar

merasai nikmatnya dengan memahami maksud, menghayati isi kandungan

dan seterusnya mengamalkannya. Sebahagian ulama’ salaf berkata : Al-

Quran diturunkan untuk diamalkan. Maka jadikan tujuan membacanya

untuk beramal. Ahli al-Quran adalah mereka yang membaca, mengetahui

Page 7: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/8494-ANUGERAH TERINDAH RAMADHAN.… · perasaan kita setelah melalui fasa pertama ... berasakan seolah-olah telah

7

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

maksud isi kandungannya dan beramal dengannya walaupun tidak

menghafaz.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,

Ramadhan bukan sahaja menyaksikan turunnya kitab suci al-Quran, tetapi

Allah SWT turut menganugerahkan keindahan Ramadhan dengan ’Lailatul

Qadar’ kepada umat Islam. Tiada malam yang seagung ini berlaku pada

bulan-bulan yang lain. Malah al-Quran dan Lailatul Qadar mempunyai

kaitan yang sangat kuat antara satu sama lain. Allah SWT menegaskan

bahawa al-Quran diturunkan pada malam tersebut, iaitu malam yang

penuh kemuliaan dan kebesaran.

Kita semakin menghampiri malam seribu rahmat ini. Setiap tahun umat

Islam yang beriman menanti dengan perasaan teruja hadirnya ‘Lailatul

Qadar’. Malam yang dianugerahkan kepada umat Nabi Muhammad SAW

dan tiada sesiapa yang mengetahui bilakah kemunculan malam tersebut.

Namun Baginda SAW sering mengaitkan 10 malam terakhir Ramadhan

sebagai malam yang sangat dinanti oleh Baginda Rasulullah SAW serta

para sahabat. Lailatul Qadar adalah tanda kebesaran Allah SAW dan juga

malam yang akan menunjukkan tanda kesungguhan hamba

menghubungkan dirinya kepada Allah SWT. Sabda Nabi SAW yang

bermaksud: “Sesiapa yang menghidupkan Lailatul Qadar dengan

penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah SWT akan

diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu.” (Hadis riwayat al-Bukhari).

Justeru, tingkatkanlah amal dan ibadah dengan penuh rasa ikhlas berbakti

kepada-Nya dan mengharapkan keampunan Allah SWT. Contohi amalan

Page 8: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/8494-ANUGERAH TERINDAH RAMADHAN.… · perasaan kita setelah melalui fasa pertama ... berasakan seolah-olah telah

8

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

Rasulullah SAW dalam menghidupkan Ramadhan dengan anugerah

terindah yang diberi oleh Allah SWT. Antaranya:

1. Beri’tikaf dan melakukan solat-solat sunat.

Nabi Muhammad SAW tidak pernah sunyi kehidupan Ramadhan Baginda.

Sentiasa dipenuhi dan disibukkan diri dengan amalan i’tikaf, lebih-lebih lagi

pada 10 malam terakhir Ramadhan. Ketika beri’tikaf, kita digalakkan

melakukan ‘qiamullail’, iaitu bangun malam untuk beribadah, melakukan

solat sunat tahajjud, tasbih, taubat, hajat dan sebagainya. Hidupkan

malam-malam tersebut dengan zikrullah dan penuh keimanan

mengharapkan keredhaan Allah agar mengampunkan dosa-dosa kita yang

telah lalu. Malam-malam terakhir Ramadhan adalah malam yang penuh

ihsan. Banyakkanlah berdoa sebagaimana Baginda mengajar Saidatina

Aisyah RA doa berikut:

ا

ال ماهل

و فع كنات حل ب

وف عا

اع ف

ع ف ينل

Maksudnya : “Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka

memberi pengampunan, maka ampunilah aku.”

2. Perbanyakkan amalan membaca dan mentadabbur al-Quran.

Bacalah al-Quran dengan tartil, iaitu secara perlahan-lahan dan tenang

kerana itu adalah perhiasan al-Quran. Contohilah Rasulullah SAW yang

membaca al-Quran satu persatu kalimahnya dan berhenti pada setiap ayat.

Rasulullah SAW membaca al-Quran dengan memahami benar-benar isi

kandungannya, mengulangi bacaan pada ayat-ayat yang terkesan di hati.

Page 9: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/8494-ANUGERAH TERINDAH RAMADHAN.… · perasaan kita setelah melalui fasa pertama ... berasakan seolah-olah telah

9

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

Abu Zar, seorang sahabat Rasulullah SAW menceritakan bahawa Baginda

menghidupkan qiamullail dengan mengulangi ayat berikut dalam surah al-

Maidah, ayat 118 sampai waktu pagi :

Maksudnya: “Jika Engkau menyiksa mereka, sesungguhnya mereka ialah

hamba-hamba-Mu dan jika Engkau mengampunkan mereka,

sesungguhnya Engkau Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

(Riwayat Ibn. Majah).

Baginda membaca satu surah secara tartil sehingga bacaan surah tersebut

menjadi lebih panjang daripada surah yang terpanjang. Bahkan Nabi SAW

biasa solat malam dengan satu ayat sahaja sehingga subuh.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,

Amalan berpuasa dan membaca al-Quran, kedua-duanya akan menjadi

syafa’at kepada seseorang hamba. Berlapar dahaga pada siang hari dan

pada malamnya pula disajikan dengan membaca dan mentadabbur al-

Quran. Perbetulkan niat bahawa amal ibadah yang dilakukan bukan

sekadar meraih keberkatan dan pengampunan Allah SWT dalam bulan

Ramadhan sahaja. Ia perlu diteruskan sehingga akhir hayat, cuma kita

melebihkannya daripada kebiasaan. Amat menyedihkan jika kita hanya

menumpukan ibadah untuk mendapatkan rahmat Lailatul Qadar,

sedangkan pada hari-hari yang lain kita leka dan lalai daripada urusan

Page 10: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/8494-ANUGERAH TERINDAH RAMADHAN.… · perasaan kita setelah melalui fasa pertama ... berasakan seolah-olah telah

10

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

ibadah. Sebagaimana malam awal Ramadhan masjid dan surau dipenuhi

dengan jemaah, harapnya begitu jugalah pada malam pertengahan dan

malam akhir Ramadhan.

Sebagai menyahut tuntutan sunnah beri’tikaf pada bulan yang mulia ini,

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan sekali lagi meneruskan

program Negeri Sembilan beri’tikaf pada tahun ini melibatkan 33 buah

masjid yang terpilih dalam Negeri Sembilan. Program ini akan bermula

pada 7 – 9 Julai pada minggu hadapan dengan melibatkan penyertaan

daripada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama Negeri, Sekolah

Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama,

Sekolah Menengah Agama Rendah, Kelas Aliran Agama di Sekolah-

Sekolah Menengah, masyarakat setempat dan Ahli Jawatankuasa Masjid.

Mengakhiri khutbah hari ini, Mimbar yang mulia ini menyeru agar bersama-

sama merebut peluang menghidupkan sunnah I’tikaf sambil menjaga adab,

rukun, syarat dan perkara-perkara yang boleh membatalkannya.

Bersyukurlah kepada Allah SWT kerana masih diberi peluang merasai

anugerah terindah dalam bulan Ramadhan ini. Moga sinar Ramadhan

sentiasa bercahaya menerangi hati kita dengan rahmat, nikmat dan

keberkatan yang melimpah ruah serta amalan kita akan semakin

bertambah dan sempurna perlaksanaannya.

Page 11: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/8494-ANUGERAH TERINDAH RAMADHAN.… · perasaan kita setelah melalui fasa pertama ... berasakan seolah-olah telah

11

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

أعوذ باهلل من الشيطان الرجيم

(Surah al-Qadar: 1-5 )

Maksudnya : “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada

malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Ia

malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun para

malaikat dan Jibrail dengan izin Tuhan mereka untuk membawa segala

perkara (yang ditakdirkan berlaku pada tahun yang berikutnya).

Sejahteralah (malam itu) sehingga terbit fajar .”

م ك

بارك هللا لي ول

ر في ال

ق

م ءان ال

اك عني وإي

ف

بما فيه من عظيم، ون

ال ك

ك وال يا

م ر ال

ي ومنك

كل من ب

ق

ميع حكيم، وت ه هو الس

ه إن

وت

تل

و ال

ول ق

ق

عليم، أ س

ا وأ

لي ه

غ

ت

م عفر هللا ال

ك

ئر ظيم لي ول

، ولسا

ال س

وال

لمين س

، وال لما

ؤ

وال

منين

ؤ اس

، ف ا

من

غ

و ت

ياف

فروه ف

ز

ال س

غ

ت

ا الت

جاة

فرين ويا ن

. ئبين