editorial fileeditorial pemadah bil. 3/2018 ’bikers’ meriahkan sambutan program merdeka miri 2...

20

Upload: lamdan

Post on 29-Apr-2019

235 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: EDITORIAL fileEDITORIAL PEMADAH Bil. 3/2018 ’Bikers’ Meriahkan Sambutan Program Merdeka Miri 2 Kenangan Terindah Di Rumah Rosita 3 Seni Kraf tangan Manik Dari Kapit 4
Page 2: EDITORIAL fileEDITORIAL PEMADAH Bil. 3/2018 ’Bikers’ Meriahkan Sambutan Program Merdeka Miri 2 Kenangan Terindah Di Rumah Rosita 3 Seni Kraf tangan Manik Dari Kapit 4

EDITORIAL PEMADAH Bil. 3/2018

’Bikers’ Meriahkan Sambutan Program Merdeka Miri 2

Kenangan Terindah Di Rumah Rosita 3

Seni Kraf tangan Manik Dari Kapit 4

‘Puisi Kemerdekaan’ Jadi Tarikan Pelajar Di Mukah 5

Sayangi Malaysiaku Serlah Sambutan Merdeka Di Daro 6

Basikal Berhias Tarikan Utama Merdeka Samarahan 7

Garam Bukit Sumber Mineral Berkhasiat Tinggi 8

Kembara Media Langkawi 2018: Satu Kenangan 9 - 10

Program ‘MyMerdeka Sayangi Malaysiaku’ Di Mydin Petra Jaya Meriah 11

Pengisahan Kenegaraan Ungkap Sejarah Silam 12

Semarak Patriotisme Di Taman Tasik Sarikei 13

Cerita Lama Pendekatan Baharu 14

Kreativiti Boleh Jana Pendapatan 15

Warna-Warni Di SK Abang Ali Sibu 16

Festival Tanglung Meriahkan Bandar Kapit 17

Warga JaPen Di Media Sosial 18

Quotes & Quips 20

KANDUNGAN

http://www.penerangan.gov.my/sarawak/

http://www.facebook.com/peneranganswk/

peneranganswk

@peneranganswk

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Alhamdulillah, syukur. Bersua lagi kita pada edisi kali ini Buletin Pemadah Bil. 3/2018 yang memaparkan pelbagai aktiviti JaPen Sarawak yang berlangsung sekitar bulan September hingga Oktober 2018.

Tahniah juga diucapkan kepada pegawai-pegawai JaPen yang berjaya menghasilkan artikel untuk dimuatkan dalam keluaran ini. Kepada mereka yang karyanya belum disiarkan, usah berkecil hati. Teruskan berkarya serta mengasah kemahiran penulisan anda.

Semoga paparan kali ini memberi inspirasi serta motivasi buat warga JaPen Sarawak dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab demi merealisasikan Visi dan Misi Jabatan.

Akhir kata, saya menyeru kepada semua warga JaPen Sarawak, gunakanlah Buletin PEMADAH sebagai wadah untuk berkongsi hasil karya penulisan anda demi memantapkan lagi buletin kita ini. Hantarkan sumbangan artikel anda ke [email protected].

Sekian, jumpa lagi.

BULETIN PEMADAH BULETIN KITA

ALI BIN SUHAILIKetua Pengarang

Page 3: EDITORIAL fileEDITORIAL PEMADAH Bil. 3/2018 ’Bikers’ Meriahkan Sambutan Program Merdeka Miri 2 Kenangan Terindah Di Rumah Rosita 3 Seni Kraf tangan Manik Dari Kapit 4

2

Dr. Teo menerangkan mengenai kepentingan Sambutan Bulan Kebangsaan semasa sidang media.

Pegawai Penerangan Bahagian Miri & Bintulu, Aba Sam menyampaikan ucapan aluan sempena kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat Daerah Miri.

Gambar kenangan bersama dengan anggota agensi negeri dan persekutuan.

Sambutan program Merdeka @ Komuniti bagi Daerah Miri dilaksanakan dalam suasana yang agak ringkas tetapi berbeza dari program-program

seperti itu sebelum ini. Buat julung kalinya program tersebut diadakan di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen berkenaan.

Tapak pelancaran program ini pula terletak di tengah-tengah bandar Miri, berdekatan dengan beberapa pusat membeli-belah, hotel mewah, premis bank dan jalan raya yang sibuk dengan kenderaan dan orang ramai.

Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Dr. Michael Teo Yu Keng, Ahli Parlimen P.219 Miri. Lebih kurang 250 tetamu hadir menjayakan majlis tersebut. Antara tetamu jemputan yang hadir ialah Rose Edward Tarang, wakil Residen Bahagian Miri, Sarapiah Wan Kadir, wakil Pegawai Daerah Miri, ketua-ketua jabatan Persekutuan, rakan-rakan media, ahli-ahli parti Pakatan Harapan dan para peserta Kembara Jalur Gemilang Daerah Miri.

Selain itu, anggota Jabatan Bahagian Miri turut mengedar Jalur Gemilang kepada hadirin di kawasan tersebut manakala Ahli Parimen pula memasang Jalur Gemilang di kereta dan motosikal.

Aba Sam di dalam ucapannya mengucapkan terima kasih atas penglibatan semua pihak untuk menjayakan program tersebut. Walaupun agak ringkas namun memberi impak kepada masyarakat di mana, ramai yang singgah untuk mengambil dan memasang bendera Jalur Gemilang di kereta dan motosikal masing-masing.

‘Bikers’ Meriahkan Sambutan Program Merdeka MiriOleh: Rokayah & Ting Ah Tai

Dr. Teo bersama anggota Jabatan Penerangan Bahagian Miri menyerah beberapa bendera Jalur Gemilang kepada orang awam

Page 4: EDITORIAL fileEDITORIAL PEMADAH Bil. 3/2018 ’Bikers’ Meriahkan Sambutan Program Merdeka Miri 2 Kenangan Terindah Di Rumah Rosita 3 Seni Kraf tangan Manik Dari Kapit 4

3

Oleh: Stanley Clarence Eddie

Rh Rosita Dugat, Nanga Budu Saratok telah dipilih sebagai lokasi pelancaran Program Merdeka@Komuniti bagi Peringkat Daerah Sri Aman. Program

tersebut diadakan pada 18 Ogos 2018 dan dirasmikan oleh YB Ali Biju, Ahli Parlimen P205 Saratok yang juga ADUN N39 Krian.

Program ini meninggalkan satu kenangan terindah kepada peserta walaupun diadakan pada sebelah malam tetapi meriah kerana jumlah yang hadir agak ramai. Perbagai acara sampingan seperti gotong-royong pada sebelah pagi manakala pada sebelah malam pula diadakan sukaneka, pertandingan akhir karaoke lagu patriotik, pertandingan poco-poco, penyampaian hadiah dan cendera kenangan kepada tetamu kehormat.

Program ini disambut dalam suasana yang amat meriah kerana diadakan di rumah panjang serta mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat. Sokongan dan kerjasama penduduk setempat amat baik sekali.

Keindahan suasana dapat dirasakan kerana sambutan dan penyertaan yang begitu ramai. Keceriaan rumah panjang semakin terserlah dengan adanya kibaran Jalur Gemilang di setiap “ruai” rumah panjang.

Pengisian program boleh dikatakan sangat memberangsangkan di mana setiap acara melibatkan semua penduduk rumah panjang untuk menyemarakkan lagi semangat patriotik dalam kalangan peserta. Ini secara tidak langsung dapat mewujudkan keharmonian dan perpaduan kaum.

Karaoke dan tarian poco-poco merupakan salah satu daripada aktiviti yang wajib dan menjadi kegemaran penduduk sekiranya aktiviti ini diadakan di rumah panjang. Sambutan yang amat baik daripada kalangan pemimpin kawasan ini juga menambahkan

Kenangan TerindahDi Rumah Rosita

lagi seri program tersebut. Mesej yang disampaikan melalui program ini

dilihat sangat berjaya di mana penduduk memberi kerjasama yang sangat baik serta menyokong usaha kerajaan bagi menjayakan program yang bersifat kenegaraan.

Pegawai Penerangan Bahagian Sri Aman & Betong menyerahkan Jalur Gemilang kepada Tuai Rumah Rosita.

Kelihatan kumpulan yang menyertai pertandingan poco-poco membuat persembahan.

Pegawai Penerangan Bahagian Sri Aman & Betong, Roszilawati binti Nor Aziz bersama dengan PPD Sri Aman, PPD Saratok dan Tuai Rumah Rosita Dugat mengibarkan Jalur Gemilang.

Sukaneka melibatkan golongan warga emas dalam pertandingan mewarna Jalur Gemilang.

Page 5: EDITORIAL fileEDITORIAL PEMADAH Bil. 3/2018 ’Bikers’ Meriahkan Sambutan Program Merdeka Miri 2 Kenangan Terindah Di Rumah Rosita 3 Seni Kraf tangan Manik Dari Kapit 4

4

Saya adalah pencinta kraf tangan manik dan memiliki banyak koleksi seni kraf tangan tersebut. Untuk memenuhi minat, saya selalu melawat

Pasar Tamu Kapit juga dikenali Market Teresang untuk melihat barangan manik hasil buatan penduduk tempatan.

Salah satu daripada produk jualan yang menjadi tarikan dan popular di pasar ini adalah kraf tangan yang dibuat daripada manik-manik. Antaranya ialah anyaman manik, pua kumbu, pakaian tradisional Iban dan Orang Ulu, bakul dan sebagainya. Selain daripada manik terdapat juga kraf tangan daripada kain, rotan, bemban dan buluh.

Anyaman manik dikatakan unik dan istimewa kerana ia mempunyai nilai seni tangan yang tinggi. Uniknya kraf tangan manik dihasilkan oleh berbagai kaum yang terdapat dari sekitar daerah Kapit. Manik sememangnya amat cantik sekiranya dijadikan sebagai kraf tangan.

Kreativiti masyarakat tempatan menghasilkan barangan dan aksesori seperti rantai, gelang tangan, anting-anting, hiasan pakaian tradisional dan beg amatlah dikagumi. Hasil buatan tangan yang halus dan kemas memberi pulangan yang setimpal dengan kualiti barangan tersebut.

Selain daripada orang awam, agensi kerajaan dan swasta juga gemar membeli kraf tangan manik ini kerana keunikan, kecantikan dan kesesuaian sebagai

cenderamata untuk tetamu. Produk kraf tangan yang berkualiti melambangkan ciri-ciri sesuatu masyarakat yang membuatnya.

Kini, produk kraf tangan semakin kreatif dan menarik dengan corak dan motif yang mempunyai kelas tersendiri. Harga produk manik ini bergantung kepada corak dan rekabentuknya, sebagai contoh rantai manik yang trendy, harganya boleh mencecah RM25.00 ke atas.

Manakala harga bagi selampai manik (hiasan pakaian tradisional Iban dan Orang Ulu) boleh mencecah RM250.00 ke atas bergantung dengan saiz dan lebar selampai terbabit. Malah, alas meja juga ada yang diperbuat daripada manik dan harganya agak mahal bergantung kepada saiz, corak dan jenis manik.

Menurut seorang penjual kraf tangan di Pasar Tamu Teresang ini, pada mulanya beliau berkecimpung membuat kraf tangan manik bukan untuk mendapatkan pendapatan semata-mata tetapi disebabkan hobi dan minat mendalam terhadap produk berasaskan manik. Lama kelamaan, minat yang mendalam ini menjadi kerjaya ditambah dengan adanya permintaan yang menggalakkan daripada para pelanggan.

Dengan perkembangan media sosial, produk kraf tangan manik ini semakin mudah dipromosi dan berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan bagi peminat setia keunikan manik.

Antara paparan hasil kraf tangan manik di Pasar Tamu Teresang.

Evelyn Edward Sini dan Wennie Mathew Endah sedang melihat keunikan kraf tangan manik yang dijual di Pasar Tamu Teresang.

Oleh: Evelyn Edward

Evelyn Edward Sini bersama koleksi produk manik beliau.

Seni Kraf tangan Manik Dari Kapit

Page 6: EDITORIAL fileEDITORIAL PEMADAH Bil. 3/2018 ’Bikers’ Meriahkan Sambutan Program Merdeka Miri 2 Kenangan Terindah Di Rumah Rosita 3 Seni Kraf tangan Manik Dari Kapit 4

5

Merdeka@Komuniti 2018 peringkat Daerah Mukah telah diadakan pada 30 Ogos 2018. Program tersebut dianggap unik kerana

dilangsungkan di dua tempat berbeza di mana jarak antara kedua tempat tersebut adalah jauh. Program tersebut dibahagikan kepada dua segmen di mana segmen pertama iaitu pada sebelah pagi diadakan di SMK Three Rivers Mukah dan sebelah petang di Daerah Kecil Balingian.

Jarak antara kedua tempat bagi program ini lebih kurang 70 km. Walaupun jaraknya agak jauh namun berjaya dilaksanakan dalam suasana yang harmoni dan ceria. Program tersebut dirasmikan oleh Rosman Zaini, Pegawai Penerangan Daerah Mukah.

Program di SMK Three Rivers bermula jam 7.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Antara pengisian program ialah wacana bertajuk “Kepentingan Kibar Jalur Gemilang”, deklamasi puisi kemerdekaan dan nyanyian beramai-ramai lagu-lagu patriotik. Lebih kurang 1000 orang hadir terdiri daripada pelajar sekolah, guru dan kakitangan, ibu bapa, ahli Muafakat Komuniti Malaysia Daerah Mukah.

Pada sebelah petang rombongan melakukan Kembara Jalinan Kasih ke Daerah Kecil Balingian. Antara kampung yang terlibat ialah Kpg. Baru Balingian, Kpg. Lintang Balingian, Kpg. Masjid Balingian, Kpg. Pulat Balingian dan Kpg. Suyong Balingian. Antara pengisian program di Balingian ialah penyampaian sumbangan kepada golongan warga emas dan yang kurang upaya.

Antara yang terlibat ialah Encik Shahdan Sahari, Penghulu Daerah Kecil Balingian dan para pengerusi Muafakat Komuniti Malaysia dari Pekan Balingian, Kuala Balingian dan Sg. Buloh.

Oleh: Matsukarmi

‘Puisi Kemerdekaan’ Jadi Tarikan Pelajar Di Mukah

Para jemputan terdiri daripada guru, pelajar, ahli Komuniti Muafakat Malaysia, pemimpin masyarakat dan kakitangan dari jabatan dan agensi kerajaan menghadiri majlis pelancaran di SMK Three Rivers.

Pegawai Penerangan Daerah Mukah menyampaikan sumbangan ke-pada golongan kurang upaya.

Kelihatan Pegawai Penerangan Daerah Mukah bersama Matsukarmi PPDK Balingian dan Penghulu Sahdan menyampaikan sumbangan kepada golongan warga emas.

Page 7: EDITORIAL fileEDITORIAL PEMADAH Bil. 3/2018 ’Bikers’ Meriahkan Sambutan Program Merdeka Miri 2 Kenangan Terindah Di Rumah Rosita 3 Seni Kraf tangan Manik Dari Kapit 4

6

Sayangi Malaysiaku Serlah Sambutan Merdeka Di Daro

Oleh: Syahrulizan Madian

Sambutan Program Merdeka@Komuniti bagi peringkat Daerah Daro telah diadakan pada 13 September 2018 bertempat di SMK Toh Puan

Datuk Patinggi Hajah Normah Daro. Sambutan program ini amat meriah dengan kehadiran lebih kurang 1500 pelajar, guru dan kakitangan sekolah serta anggota Jabatan Penerangan Daerah Daro.

Program ini adalah anjuran bersama Jabatan Penerangan Daerah Daro dengan kerjasama SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Normah Daro. Ia dirasmikan oleh Encik Syahrulizan Madian, Pegawai Penerangan Daerah Daro.

Antara aturcara majlis adalah ucapan aluan oleh Ustazah Norhayati Sulaiman, Pengetua SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Normah dan ucapan perasmian oleh Syahrulizan Madian, Pegawai Penerangan Daerah Daro.

Selain ucapan, antara pengisian lain ialah wacana tentang kemerdekaan, persembahan kebudayaan & deklamasi puisi oleh pelajar-pelajar sekolah, simbolik pelancaran Sayangi Malaysiaku dan penyerahan Jalur Gemilang kepada pengetua sekolah.

Tujuan utama program ini adalah untuk menanam semangat patriotisme dalam kalangan pelajar agar mereka menghargai kemerdekaan dan kemajuan negara yang dikecapi pada masa kini.

Antara objektif program ini adalah untuk menjelaskan tentang Program Sambutan Bulan Kebangsaan agar mereka tidak keliru dengan maklumat yang ditular di media sosial. Ia juga untuk menyangkal setiap isu yang disebarkan dan dipersendakan oleh sesetengah pihak bagi meracuni pemikiran terutama

golongan pelajar.Melalui program ini juga para pelajar dapat

menghayati dan mengingati perjuangan pemimpin untuk membebaskan negara daripada penjajah di samping bertanggungjawab terhadap keharmonian, kesejahteraan dan keamanan negara.

Para pelajar, guru, kakitangan sekolah dan anggota Jabatan Penerangan yang terlibat menjayakan kempen Kibar Jalur Gemilang.

Pegawai Penerangan Daerah Daro, Syahrulizan Madian menyampaikan cenderamata kepada Ustazah Norhayati Sulaiman, Pengetua SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Normah.

Antara acara yang dipersembahkan oleh pelajar berbilang kaum.

Syahrulizan Madian menyampaikan ucapan perasmian serta amanat kepada para pelajar.

Page 8: EDITORIAL fileEDITORIAL PEMADAH Bil. 3/2018 ’Bikers’ Meriahkan Sambutan Program Merdeka Miri 2 Kenangan Terindah Di Rumah Rosita 3 Seni Kraf tangan Manik Dari Kapit 4

7

Basikal Berhias Tarikan Utama Merdeka SamarahanOleh: Meriah Bt Abdul Hamid

Jabatan Penerangan Daerah Samarahan mengadakan Program Merdeka @ Komuniti dengan pelbagai pertandingan yang melibatkan komuniti

setempat. Antara pertandingan yang diadakan ialah pertandingan bolasepak jalanan, karaoke patriotik, konvoi basikal berhias keliling kampung dan sukaneka boling kelapa, tiup belon, balingan kasih sayang dan kerusi berirama.

Di samping itu terdapat juga gerai jualan yang menjual berbagai juadah, jeruk buahan tempatan dan kraf tangan. Program ini diadakan di Dewan Masyarakat Kampung Tambirat pada 17 September 2018. Ia dirasmikan oleh Murni Bt Sahdan, Wakil Pegawai Daerah Asajaya. Lebih kurang 400 orang hadir terdiri daripada penduduk setempat.

Antara pemimpin masyarakat yang hadir ialah Temenggung Haji Chek Bin Bujang dan Penghulu Haji Tamil Bin Mohamad, penduduk kampung Tambirat dan Ahli Muafakat Komuniti Malaysia Tambirat.

Program tersebut diadakan sepanjang hari di mana aktiviti gotong-royong, senaman zumba dan juga beberapa pertandingan diadakan pada sebelah pagi. Manakala pada sebelah petang pula adalah majlis perasmian dan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan.

Aktiviti tersebut amat padat dan meriah sekali. Kerjasama yang erat antara jabatan dengan penduduk setempat menunjukkan rakyat suka kepada perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan.

Penglibatan penduduk di dalam aktiviti gotong-royong dan beberapa pertandingan juga amat menggalakkan. Walaupun diadakan di kawasan kampung, aktiviti seperti ini memang mendapat sambutan dan kerjasama yang erat.

Objektif program ini adalah untuk memupuk dan menyemai semangat cintakan negara dalam kalangan masyarakat. Ia juga memberi pengetahuan tentang

Peserta Pertandingan Basikal Berhias seramai 44 orang.

Tetamu jemputan dan Pegawai Penerangan Daerah bergambar bersama dengan pemenang Pertandingan Basikal Berhias.

Persembahan akhir nyanyian Lagu Sayangi Malaysiaku.

kemerdekaan dan penghormatan terhadap Jalur Gemilang. Penduduk setempat sekurang-kurangnya juga dapat didedahkan mengenai kemerdekaan dan kepentingan Jalur Gemilang.

Page 9: EDITORIAL fileEDITORIAL PEMADAH Bil. 3/2018 ’Bikers’ Meriahkan Sambutan Program Merdeka Miri 2 Kenangan Terindah Di Rumah Rosita 3 Seni Kraf tangan Manik Dari Kapit 4

8

Garam Bukit Sumber Mineral Berkhasiat Tinggi Oleh :Joshua Amir anak Sibat

Kajian saintifik membuktikan kandungan iodin garam bukit adalah lebih baik daripada garam biasa. Bagi masyarakat Limbang mereka amat

bertuah kerana daerah ini mempunyai resab sumber mineral untuk dijadikan garam.

Garam bukit mempunyai tekstur yang lembut, berwarna merah keperangan (garam bukit dari tanah rata), putih halus bak debu (garam bukit dari air tanah tinggi) dan perang (garam bukit yang dipanggang) jelas memberikan kelainan dari pandangan mata kasar dan sudah pasti nutrisinya memberikan khasiat untuk kesihatan.

Masyarakat Lun Bawang turut menjadikan anugerah Tuhan ini sebagai satu daripada punca pendapatan. Sebagai penghuni kawasan tanah tinggi seperti di Ba’kelalan, Bario dan Long Bidang, mereka dikatakan bertuah kerana mempunyai kawasan untuk menghasilkan produk garam bukit.

Jika garam ini dipromosi dengan baik, tidak mustahil ia boleh menembusi pasaran antarabangsa suatu hari kelak. Menurut, Puan Jee, seorang pengusaha dan pengedar garam bukit bahawa sumber air untuk memproses garam datangnya dari dua laluan iaitu laluan air tawar dan satu lagi “apan” – (kawasan minuman haiwan) iaitu air masin.

Air ini dimasak selama satu ke tiga hari sehinggalah wap dan mendapan terhasil menjadi garam. Proses ini memerlukan pemantauan 24 jam sebelum hasilnya diasingkan mengikut permintaan. Garam bukit turut dipanggang dan dibungkus dengan daun sebagai variasi bagi memenuhi kehendak pelanggan.

Garam bukit ini dijual di pasar Limbang dan

juga Lawas. Ia dijual pada harga RM30/kg sebungkus ataupun sebotol. Produk asli ini amat berkualiti tinggi dan memberi manfaat kepada kesihatan.

Oleh kerana adanya bukti yang sahih, saya membeli dan menjadikan ia sebagai bahan perencah utama dalam masakan. Ternyata ia lebih jimat dan tahap masinnya terkawal. Berita baik ini turut saya kongsikan dengan ahli keluarga dan rakan-rakan serta sempat menjadikan ia sebagai ‘buah tangan’ buat mereka.

Masalah sakit kerongkong juga boleh pulih sekiranya anda berkumur dengan segelas air garam bukit ini, Harapan saya, semoga akan ada usaha dari pihak kerajaan untuk mewujudkan kilang memproses, mempromosi dan memasarkannya supaya mampu menjana ekonomi penduduk setempat bagi menambah sumber pendapatan mereka.

Penulis menunjukkan garam bukit yang dibeli.

Jenis-jenis garam bukit yang pelbagai dijual di Pasar Tamu Limbang.

Joshua Amir sedang menemuramah Puan Jee, salah seorang penjual Garam Bukit di Pasar Tamu Limbang.

Page 10: EDITORIAL fileEDITORIAL PEMADAH Bil. 3/2018 ’Bikers’ Meriahkan Sambutan Program Merdeka Miri 2 Kenangan Terindah Di Rumah Rosita 3 Seni Kraf tangan Manik Dari Kapit 4

9

Kembara Media Langkawi 2018: Satu KenanganOleh: Genda Sating

Kembara Media Edisi Ke-13 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia kini kembali dengan pemilihan Pulau Langkawi sebagai destinasi

Kembara Media 2018 yang disertai oleh 21 orang pengamal media (media cetak, elektronik dan online) daripada 15 agensi media seluruh Malaysia.

Program tahunan anjuran Jabatan Penerangan Malaysia ini bertujuan untuk memasarkan maklumat mengenai inisiatif dan kejayaan kerajaan dalam pelaksanaan sistem penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat.

Program ini juga menyediakan platform kepada kerajaan negeri menjelaskan maklumat tepat dan sahih kepada media massa mengenai projek pembangunan dan isu semasa di peringkat negeri.

Ia juga bertujuan untuk mendapatkan kerjasama media massa dalam menyediakan kandungan feel good stories terhadap inisiatif-inisiatif kerajaan menerusi penulisan dan siaran berita atau rencana kepada rakyat serta memantapkan jaringan komunikasi strategik di antara Jabatan Penerangan Malaysia bersama media massa.

Program selama empat hari yang bermula 8 hingga 11 September lalu berlangsung menerusi empat skop iaitu pembangunan, pelancongan, sosio-budaya dan kemasyarakatan.

Menerusi skop pembangunan, peserta kembara telah dibawa meninjau Lapangan Terbang Antarabangsa

Langkawi yang mula beroperasi pada tahun 1986. Lapangan Terbang ini turut melalui beberapa

proses naik taraf pada tahun 1991, 1995 dan 2018. Proses naik taraf lapangan terbang tahun ini hanya mengambil masa 10 bulan untuk disiapkan.

Melalui skop pelancongan, para peserta telah dibawa melawat beberapa lokasi menarik yang terdapat di pulau ini. Antaranya, Crocodile Adventureland Langkawi, Dash Travel Resort, Darulaman Sanctuary, NAAM Paradise 101, Langkawi SkyCab, Galeria Perdana dan Pantai Chenang.

Para peserta turut berpeluang menjejakkan kaki ke NAAM Paradise 101. Difahamkan pusat peranginan ini turut menyediakan pakej-pakej menarik kepada pengunjung. Antaranya aktiviti Zip Line, bermain kayak, menaiki bot pisang, jet ski, bot laju, bermain congkak, karom dan sebagainya selain berjalan menghirup udara segar di pantai ini.

Peserta kembara turut dibawa menaiki SkyCab Langkawi yang menjadi tarikan utama pelancongan di pulau ini. Peserta berpeluang melihat kedamaian puncak Gunung Mat Chinchang dan keindahan pemandangan Lautan Hindi dan Laut Andaman yang luas terbentang serta turut berpeluang menghayati keindahan alam dengan berjalan kaki di Sky Bridge Langkawi.

Para peserta juga turut melawat Galeria Perdana iaitu sebuah agensi yang kini diletakkan di bawah Jabatan Muzium Malaysia, ditubuhkan pada tahun

Penyerahan bendera Jalur Gemilang oleh Ketua Pengarah Penerangan Malaysia, Dato' Ibrahim Abdul Rahman.

Page 11: EDITORIAL fileEDITORIAL PEMADAH Bil. 3/2018 ’Bikers’ Meriahkan Sambutan Program Merdeka Miri 2 Kenangan Terindah Di Rumah Rosita 3 Seni Kraf tangan Manik Dari Kapit 4

10

1995 dan dibuka kepada orang awam pada tahun 1996. Galeria Perdana ini menghimpunkan kira-kira

9,155 koleksi yang terdiri daripada pelbagai bahan dan media yang pernah diterima oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri semasa menjadi Perdana Menteri keempat.

Menurut Pegawai Tadbir Galeria Perdana, Mohd Najib Adenan ketika sesi taklimat bersama media, beliau memaklumkan penubuhan Galeria ini adalah bagi memenuhi hasrat Tun Dr Mahathir yang mahukan semua artifak, cenderamata dan pelbagai koleksi hadiah yang diterima hendaklah diserahkan kepada kerajaan.

Menerusi Sosio-Budaya pula, peserta kembara media turut berpeluang melawat dan meninjau Kompleks Kraf Langkawi yang terletak di Jalan Teluk Yu. Kompleks Kraf ini merupakan pusat pengumpulan dan penjualan barangan kraf tangan tempatan termasuk Sabah dan Sarawak seperti batik, anyaman, seramik, kristal, ukiran kayu, logam dan aneka kraf yang boleh didapati dengan harga yang berpatutan.

Melalui skop Kemasyarakatan, rombongan kembara Media Langkawi 2018 turut bersama-sama rombongan Kembara Merdeka Jalur Gemilang Extra (KMJG) menghadiri program Kenduri Kampung di Sekolah Kebangsaan Kuala Teriang.

Pada masa yang sama, peserta kembara Media juga turut berpeluang bersama-sama rombongan KMJG Extra menghadiri aktiviti penyerahan bendera Jalur Gemilang oleh Ketua Pengarah Penerangan Malaysia,

Dato' Ibrahim Abdul Rahman bersama Kumpulan Kereta 4 X 4, Landy Lover Utara (LLU) yang berakhir di Dataran Underwater World, Pantai Chenang.

Sepanjang program ini peserta kembara Media Langkawi melahirkan rasa gembira dan teruja memandangkan ada dalam kalangan peserta yang belum pernah menjejakkan kaki ke pulau legenda ini.

Kerjasama dan bantuan serta sumbangan kerajaan Negeri Kedah serta rakan strategik daripada Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Bina Darulaman Berhad (BDB) Leisure dan Darulaman Sanctuary, Landy Lover Utara (LLU) serta beberapa agensi kerajaan dan swasta lain turut impak yang positif dalam program ini.

Peserta merakam gambar kenangan bersama pengurusan Lapangan. Terbang Langkawi

Peserta semasa tiba di Naam Paradise 101.

Antara pertunjukan buaya Bujang Lang di Taman Buaya Langkawi.

Peserta Kembara Media bersama rombongan KMJG di SK Kuala Teriang.

Para peserta teruja semasa berada di Darulaman Sanctuary.

Page 12: EDITORIAL fileEDITORIAL PEMADAH Bil. 3/2018 ’Bikers’ Meriahkan Sambutan Program Merdeka Miri 2 Kenangan Terindah Di Rumah Rosita 3 Seni Kraf tangan Manik Dari Kapit 4

11

Program ‘MyMerdeka Sayangi Malaysiaku’ Di Mydin Petra Jaya MeriahOleh: Luhat Ajang

Mydin Petra Jaya, Kuching merupakan lokasi kelima dan terakhir bagi Program MyMerdeka Sayangi Malaysiaku. Program tersebut

diadakan dari 14 sehingga 16 September 2018. Mydin selaku syarikat peruncitan terkenal yang

mempunyai rangkaian peruncitan terbesar di Malaysia menyahut pelawaan Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) untuk bekerjasama mengadakan Program MyMerdeka Sayangi Malaysiaku.

Sepanjang tiga hari program dilaksanakan, berbagai pengisian menarik diadakan untuk pengunjung. Antaranya ialah pameran sejarah negara, pameran koleksi logo-logo Hari Kebangsaan, sudut karikatur, persembahan PENTARAMA, pertandingan bintang patriotik, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, kuiz kenegaraan, sudut tayangan multimedia serta video kenegaraan, layar bestari dan klinik foto@JaPen.

Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para pengunjung melalui pameran berkonsepkan komunikasi visual yang memaparkan aspirasi kerajaan dalam mewujudkan negara yang bersatu padu dan mengamalkan toleransi antara kaum.

Bahagian Penerbitan Dasar Negara (BPDN) JaPen Sarawak turut membuka booth pameran dengan mengedar pelbagai bahan penerbitan di samping mendapatkan maklum balas orang ramai melalui borang kaji selidik.

Sambutan dari pengunjung di booth jabatan dan agensi yang terlibat amatlah menggalakkan. Pengunjung turut berpeluang melihat sendiri buku-buku terbitan Jabatan Penerangan Malaysia seperti buku kecil, majalah dan Buku Mewah (Coffee Table Book). Walau bagaimanapun hanya buku-buku kecil, majalah, buletin dan poster PM diberikan secara percuma kepada orang ramai.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan

Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah mewakili Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.

Timbalan Ketua Pengarah Penerangan Malaysia, Dato' Mohd Sukari Abd Hamid yang mewakili Ketua Pengarah Penerangan Malaysia dalam ucapan memaklumkan penganjuran Program 'MyMerdeka' adalah untuk menyemarakkan lagi kesedaran rakyat terhadap perayaan Sambutan Bulan Kebangsaan yang wajar diraikan seluruh warganegara tanpa mengira fahaman, ideologi politik, budaya dan agama kerana semangat ini dapat membentuk satu nilai sepunya yang berupaya menyatukan seluruh rakyat supaya dapat hidup aman damai.

Turut hadir, Pengarah Eksekutif Mydin Datuk Murad Ali Mydin, Setiausaha Kerajaan Persekutuan Sarawak Datuk Mansor Man, Pengarah JaPen Sarawak Abang Sardon Abang Hashim dan tetamu kehormat lain.

Simbolik pelancaran majlis oleh Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Anggota yang bertugas di ‘booth’ JaPen Sarawak mempamer bahan-bahan penerbitan jabatan.

Pertandingan mewarna kanak-kanak antara pengisian program.

Persembahan salah seorang daripada peserta pertandingan Bintang Patriotik.

Page 13: EDITORIAL fileEDITORIAL PEMADAH Bil. 3/2018 ’Bikers’ Meriahkan Sambutan Program Merdeka Miri 2 Kenangan Terindah Di Rumah Rosita 3 Seni Kraf tangan Manik Dari Kapit 4

12

Pengisahan Kenegaraan Ungkap Sejarah SilamOleh: Luhat Ajang

Pertandingan Pengisahan Kenegaraan 2018 Peringkat Negeri Sarawak anjuran Jabatan Penerangan Malaysia diadakan di Auditorium Tun

Ahmad Zaidi Adruce (TAZA), Institut Perguruan Kampus Batu Lintang pada 29 September lepas.

Pertandingan Pengisahan Kenegaraan adalah aktiviti komunikasi bersemuka berkonsepkan seni lakon dan penceritaan sebagai kaedah pembujukan yang menggabungkan semua kaedah komunikasi yang bermatlamat untuk membentuk minda masyarakat bersatu padu, patriotik, bestari dan cintakan negara.

Program ini yang mula diadakan di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra, Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur pada 12 Oktober 2003. Ia merupakan platform terbaik disediakan oleh Jabatan Penerangan Malaysia bagi mengangkat martabat tokoh-tokoh yang berjasa kepada negara dan diharap menjadi dorongan serta motivasi kepada generasi muda untuk membina negara bangsa mengikut acuan kepimpinan negara.

Tiga kumpulan yang bertanding bagi mewakili negeri Sarawak ke peringkat kebangsaan pada kali ini terdiri dari kumpulan yang mewakili Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian, Bahagian Sri Aman dan Betong dan Bahagian Miri dan Bintulu.

Kumpulan Pendidik Bangsa yang mewakili Bahagian Miri dan Bintulu mengisahkan ‘Melaka Sebuah Nama’ dinobatkan sebagai johan dan seterusnya mewakili negeri Sarawak ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada 7 Oktober 2018 di Kuantan, Pahang. Mereka membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM3,000.00, piala iringan dan sijil.

Naib Johan pula dimenangi oleh Kumpulan Putera-

Puteri Poliku mewakili Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian dengan tajuk ‘Dengan Lagu Kita Bersatu’. manakala tempat ketiga dimenangi oleh Bahagian Sri Aman dan Betong yang membawa kisah ‘Juang Yang Tiada Hilang’

Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Chong Chieng Jen hadir menyempurnakan majlis tersebut. Turut hadir ADUN Pending Violet Yong, ADUN Padungan Wong King Wei dan Pengarah Penerangan Sarawak, Abang Sardon Abang Hashim.

Timbalan Menteri KPDNHEP, Chong Chieng Jen bergambar bersama dengan para pemenang pertandingan.

Juara Pengisahan Peringkat Negeri Sarawak, Kumpulan Pendidik Bangsa beraksi dengan penuh gaya.

Audiens jemputan terdiri daripada penuntut IPG Kampus Batu Lintang, Kolej Vokasional Batu Lintang dan ahli-ahli Muafakat Komuniti Malaysia.

Page 14: EDITORIAL fileEDITORIAL PEMADAH Bil. 3/2018 ’Bikers’ Meriahkan Sambutan Program Merdeka Miri 2 Kenangan Terindah Di Rumah Rosita 3 Seni Kraf tangan Manik Dari Kapit 4

13

Semarak Patriotisme Di Taman Tasik SarikeiOleh: Joseph James

Taman Tasik Sarikei menjadi lokasi pilihan pelancaran Program Merdeka@Komuniti bagi Daerah Sarikei. Program Merdeka@Komuniti ini

merupakan kempen bersempena dengan Sambutan Bulan Kebangsaan 2018. Ia telah dirasmikan oleh YB Tuan Wong Ling Biu, Ahli Parlimen P208 Sarikei pada 29 Ogos 2018.

Pelbagai aktiviti dijalankan seperti persembahan buskers, senamrobik, pertandingan basikal berhias, pertandingan pakaian beragam, pertandingan mewarna kanak-kanak dan kuiz kenegaraan. Lebih kurang 300 orang hadir memeriahkan program tersebut.

Program tersebut diadakan pada sebelah petang bermula dari jam 2.00 petang sehingga 5.00 petang. Ia turut dihadiri oleh ketua-ketua masyarakat dari kaum Melayu, Melanau, Cina dan Iban termasuk pemimpin-pemimpin dari NGO Sarikei.

Selain itu beberapa jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat ialah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Majlis Daerah Sarikei serta beberapa ketua jabatan Persekutuan dan Negeri.

Objektif utama program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada rakyat mengenai Program Sambutan Bulan Kebangsaan yang diadakan setiap tahun, menyemarakkan semangat patriotik serta cintakan negara.

Di samping itu, program ini juga adalah untuk mengajak masyarakat agar bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang di premis masing-masing. Sambutan Bulan Kebangsaan bukan sahaja diraikan melalui aktiviti perbarisan sahaja tetapi juga dengan mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda cintakan negara.

YB. Tuan Wong Ling Biu menyempurnakan gimik perasmian majlis yang disaksikan oleh Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Masyarakat dan para Pengerusi Muafakat Komuniti Malaysia.

YB. Tuan Wong Ling Biu, Ahli Parlimen Kawasan P208 Sarikei menyampaikan ucapan perasmian.

Pemenang pertandingan pakaian beragam (kategori kanak-kanak) menerima hadiah daripada wakil rakyat.

Aktiviti senamrobik beramai-ramai.

Page 15: EDITORIAL fileEDITORIAL PEMADAH Bil. 3/2018 ’Bikers’ Meriahkan Sambutan Program Merdeka Miri 2 Kenangan Terindah Di Rumah Rosita 3 Seni Kraf tangan Manik Dari Kapit 4

14

Cerita Lama Pendekatan BaharuOleh: Mahdini Jaini

Muafakat Komuniti Negeri Sarawak diseru perlu pendekatan baharu agar terus dapat bertindak sebagai penggerak minda rakyat, demikian

menurut Pengarah Penerangan Negeri Sarawak, Abang Sardon Abang Hashim di majlis menghargai Muafakat Komuniti Malaysia Negeri Sarawak bagi sesi 2016-2018.

“Muafakat Komuniti sebagai badan bukan kerajaan (NGO) perlu mengubah minda supaya kita tidak dilihat sebagai entiti yang lama dan tidak terikut-ikut dengan NGO yang lain”, katanya.

Tujuan utama pertemuan Muafakat Komuniti Malaysia Negeri Sarawak adalah untuk menjelaskan halatuju Muafakat Komuniiti Malaysia pada masa hadapan agar selari dengan perubahan masa dan politik tanahair.

Selain itu, beliau turut menjelaskan bahawa kewujudan NGO seperti Muafakat Komuniti Malaysia yang sebelum ini dikenali sebagai Komuniti 1Malaysia (K1M) akan sentiasa diperhati oleh pelbagai pihak

untuk melihat fungsi mereka dalam kalangan rakyat.Beliau turut menyeru agar kepimpinan baharu

Muafakat Komuniti Negeri Sarawak yang bakal dilantik haruslah melakukan pendekatan baru terutama di bawah kepimpinan kerajaan baharu yang lebih terbuka kepada kritikan rakyat.

Seramai 11 orang exco Muafakat Komuniti Negeri Sarawak yang terdiri daripada Pengerusi-Pengerusi Komuniti di peringkat bahagian diraikan dalam Majlis Jasamu Dikenang bagi menghargai sumbangan dan penglibatan mereka sebagai wakil komuniti dalam program-program anjuran Jabatan Penerangan.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Penerangan Negeri Sarawak, Ali Suhaili, Pengerusi Majlis Muafakat Komuniti Negeri Sarawak, Raymond ak James Tawok, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Masyarakat, Ajes Tuah dan pegawai-pegawai kanan jabatan.

Pengarah Penerangan Negeri Sarawak, Abang Sardon Abang Hashim menyampaikan cendera kenangan kepada Pengerusi Muafakat Komuniti Malaysia, Raymond James.

Pegawai Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak bersama dengan Exco Muafakat Komuniti Malaysia Sarawak.

Exco Muafakat Komuniti Malaysia Sarawak bagi tahun 2016-2018.

Page 16: EDITORIAL fileEDITORIAL PEMADAH Bil. 3/2018 ’Bikers’ Meriahkan Sambutan Program Merdeka Miri 2 Kenangan Terindah Di Rumah Rosita 3 Seni Kraf tangan Manik Dari Kapit 4

15

Mengait merupakan aktiviti seni yang kebanyakan diminati oleh kaum wanita. Ia kadang-kadang dijadikan hobi untuk mengisi masa lapang di

samping mempelajari teknik-teknik kaitan yang boleh memberi keseronokan kepada pengait atau orang lain. Ada juga yang menjadikan aktiviti ini sebagai sumber pendapatan.

Minat mengait ini bermula semenjak dari bangku sekolah lagi berikutan pengaruh daripada komuniti di rumah panjang. Oleh kerana ramai penghuni rumah panjang mempunyai minat yang sama, maka aktiviti ini semakin rancak dan berkembang.

Kemahiran mengait ini kebanyakan dipelajari dan diwarisi daripada ibu serta ibu saudara dan secara tidak langsung telah meningkatkan kemahiran dan kreativiti saya. Melalui kemahiran tersebut saya telah menghasilkan beberapa barangan seperti chairback sofa, alas meja, alas cabinet, sarung kotak tisu dan sarung botol air.

Bagi saya, mengait bukanlah sesuatu yang sukar kerana ia bergantung kepada minat dan kesungguhan. Malah sehingga kini saya banyak menggunakan barangan tersebut untuk menghiasi rumah terutama ruang tamu.

Walaupun sibuk dengan kerjaya sebagai penjawat awam dan suri rumah minat terhadap aktiviti menganyam manik pula semakin mendalam. Kini saya berjinak-jinak membuat aksesori daripada manik untuk dijadikan sebagai fesyen pakaian. Aksesori yang diperbuat daripada manik boleh dijadikan hiasan pakaian agar kelihatan lebih menarik.

Pantang ada masa terluang, saya akan mencipta beberapa aksesori manik seperti rantai, gelang tangan malah hiasan bonsai manik dan sebagainya. Saya tidak mahu hobi tersebut terhenti begitu saja dan cuba menggunakan peluang menjualnya kepada saudara mara, kenalan rapat dan rakan sekerja. Ternyata hobi ini boleh membantu memberi pendapatan sampingan.

Melalui minat, kesungguhan, kreativiti dan sedikit modal, kita boleh menjadi usahawan secara kecil-kecilan. Selagi ada masa terluang dan permintaan terhadap aksesori manik ini, saya akan terus menghasilkan aksesori manik yang elegan dan trendy sama ada untuk hiasan mahupun dijual bagi menambah pendapatan keluarga.

Kreativiti Boleh Jana Pendapatan Oleh: Loseyeffer Moni anak Bana

Antara tenunan dan kraf tangan yang dihasilkan oleh Molly.

Molly membuat tenunan.

Page 17: EDITORIAL fileEDITORIAL PEMADAH Bil. 3/2018 ’Bikers’ Meriahkan Sambutan Program Merdeka Miri 2 Kenangan Terindah Di Rumah Rosita 3 Seni Kraf tangan Manik Dari Kapit 4

16

Warna-Warni Di SK Abang Ali SibuOleh: Cecilia Daffi anak Francis Belen

SK Abang Ali Sibu yang pernah dinobatkan sebagai juara Pertandingan Keceriaan Merdeka tahun 2015 bagi kategori Pintu Gerbang dipilih sebagai

lokasi untuk menyambut Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Sibu bagi tahun 2018.

Tapak pelancaran tersebut dihiasi berwarni-warni adalah untuk menyertai Pertandingan Keceriaan Merdeka 2018 bagi kategori Bangunan Sekolah. Sekolah ini sentiasa aktif menyertai pelbagai aktiviti sambutan Bulan Kebangsaan termasuk Pertandingan Keceriaan Merdeka.

Program dilangsungkan pada 5 September 2018 dirasmikan oleh Oscar Ling Chai Yew, Ahli Parlimen P212 Sibu, Beliau telah disambut dengan penyerahan Jalur Gemilang oleh pelajar SK Abang Ali.

Antara jabatan dan agensi yang terlibat menjayakan program ini ialah SK Abang Ali, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu, Pejabat Pendidikan Daerah Sibu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Sibu, Polis Diraja Malaysia Daerah Sibu dan Batallion Ketiga Rejimen Renjer Diraja.

Antara acara utama program adalah deklamasi sajak kemerdekaan, koir “Sayangi Malaysiaku” ucapan perasmian, penyampaian Jalur Gemilang kepada ketua-ketua jabatan, ketua-ketua masyarakat dan para pengerusi Muafakat Komuniti Malaysia. Manakala acara sampingan ialah pertandingan mewarna kanak-kanak dan kuiz kenegaraan.

Objektif utama program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar khususnya tentang kemerdekaan negara, perpaduan dan keharmonian kaum yang terjalin kukuh selama ini. Manakala Pegawai Penerangan Daerah Sibu, Ivy Sekai menyeru agar golongan pelajar dan pemimpin masyarakat bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang Bulan Kebangsaan 2018.

Penyerahan Jalur Gemilang kepada Y.B Oscar Ling Chai Yew oleh Ketua Murid SK Abang Ali, Sibu.

Penyampaian Jalur Gemilang oleh YB Oscar Ling Chai Yew kepada Leftenan Kolonel Zulkifli B. Jaafar, Pegawai Memerintah Batallion Ketiga Rejimen Renjer Diraja.

Penyampaian Jalur Gemilang oleh Y.B Oscar Ling Chai Yew kepada Temenggung Datuk Wan Hamid Adruce (wakil Ketua Masyakat).

Sesi bergambar Y.B Oscar Ling Chai Yew, Ahli Parlimen P.212 Sibu bersama semua jemputan dan peserta program.

Page 18: EDITORIAL fileEDITORIAL PEMADAH Bil. 3/2018 ’Bikers’ Meriahkan Sambutan Program Merdeka Miri 2 Kenangan Terindah Di Rumah Rosita 3 Seni Kraf tangan Manik Dari Kapit 4

17

Festival Tanglung Meriahkan Bandar KapitOleh: Evelyn Edward

Festival Tanglung Kapit 2018 diadakan pada 3 September bersempena dengan Perayaan Mid-Autumn Festival (Perayaan Kuih Bulan). Perayaan

Kuih Bulan disambut dengan perarakan tanglung pada hari ke-15 bulan kelapan dalam kalendar Cina iaitu akhir bulan Ogos atau awal bulan September.

Program ini adalah anjuran Muafakat Komuniti Malaysia Pekan Kapit dengan kerjasama Jabatan Penerangan Daerah Kapit. Ia merupakan Program Info Muafakat Komuniti Pekan Kapit bersempena dengan Festival Tanglung dan Sambutan Hari Malaysia.

Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada semua kaum. Jika dahulu, festival tanglung hanya diraikan oleh masyarakat Cina sahaja tetapi kini ia turut diraikan oleh masyarakat berbilang kaum di Kapit.

Pada asalnya sambutan ini merupakan salah satu daripada acara tradisi masyarakat Cina tetapi hari ini perayaan tersebut telah menjadi wadah permuafakatan dalam masyarakat pelbagai kaum khususnya di Kapit bagi mengeratkan silaturahim tanpa mengira agama, bangsa, budaya dan ideologi politik.

Program ini melibatkan ahli Komuniti Pekan Kapit serta para pelajar dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Hock Lam, Sekolah Kebangsaan (SK) Methodist Kapit dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru, agensi kerajaan persekutuan dan negeri, NGO Bahagian Kapit serta para ibu-bapa pelajar. Jumlah yang terlibat dalam program ini lebih kurang 1,000 orang.

Tetamu kehormat program ini ialah Ahli Parlimen P.209 Julau, Larry Sng Wei Shien dan Ahli Parlimen P.212 Sibu, Oscar Ling Chai Yew. Di dalam ucapannya, Larry Sng menyarankan agar program seperti ini wajar

Upacara pelepasan tanglung oleh tetamu kehormat dan turut disertai oleh Judy Henry, Pegawai Penerangan Bahagian Kapit.

Perarakan Festival Tanglung membawa tanglung dan bendera Jalur Gemilang dan negeri Sarawak.

Para tetamu kehormat dan jemputan dari pelbagai kaum meraikan festival tanglung.

diteruskan bagi mengekalkan perpaduan pelbagai kaum di Kapit. Kerjasama daripada semua pihak amat penting dalam memastikan kemajuan negara diteruskan dan ditingkatkan.

Page 19: EDITORIAL fileEDITORIAL PEMADAH Bil. 3/2018 ’Bikers’ Meriahkan Sambutan Program Merdeka Miri 2 Kenangan Terindah Di Rumah Rosita 3 Seni Kraf tangan Manik Dari Kapit 4

18

Oleh: Lee Nyuk Lan

Warga JaPendi media sosial

Page 20: EDITORIAL fileEDITORIAL PEMADAH Bil. 3/2018 ’Bikers’ Meriahkan Sambutan Program Merdeka Miri 2 Kenangan Terindah Di Rumah Rosita 3 Seni Kraf tangan Manik Dari Kapit 4

Compiled by : Robin