j m2

3
INSTITUSI PENDIDIKAN GURU, KAMPUS PERLIS PENULISAN JURNAL REFLEKTIF JURNAL REFLEKTIF MINGGU KETIGA (15 FEBRUARI 2015 - 19 FEBRUARI 2015) Masalah: Setelah tiga minggu saya menjalani praktikum, saya menghadapi satu masalah di mana terdapat beberapa orang murid yang tidak tertarik dengan aktiviti yang dijalankan oleh guru. Tambahan pula, bilangan murid dalam sesebuah kelas juga ramai. Analisi: Saya merasakan masalah ini timbul besar kemungkinan disebabkan oleh: 1. Mereka tidak menumpukan perhatian sepenuhnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. 2. Mereka telah mengetahui serba sedikit isi pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut. 3. Mereka tidak merasa takut kepada saya kerana sikap saya yang tidak terlalu tegas. 4. Mereka masih terbawa-bawa tingkah laku dan suasana semasa berada di pra sekolah. 5. Aktiviti yang dijalankan tidak menarik bagi mereka.

Upload: maiymp

Post on 10-Nov-2015

222 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

jurnal prktkum

TRANSCRIPT

INSTITUSI PENDIDIKAN GURU, KAMPUS PERLISPENULISAN JURNAL REFLEKTIFJURNAL REFLEKTIFMINGGU KETIGA(15 FEBRUARI 2015 - 19 FEBRUARI 2015)

Masalah:Setelah tiga minggu saya menjalani praktikum, saya menghadapi satu masalah di mana terdapat beberapa orang murid yang tidak tertarik dengan aktiviti yang dijalankan oleh guru. Tambahan pula, bilangan murid dalam sesebuah kelas juga ramai.

Analisi:Saya merasakan masalah ini timbul besar kemungkinan disebabkan oleh:1. Mereka tidak menumpukan perhatian sepenuhnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.2. Mereka telah mengetahui serba sedikit isi pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut.3. Mereka tidak merasa takut kepada saya kerana sikap saya yang tidak terlalu tegas.4. Mereka masih terbawa-bawa tingkah laku dan suasana semasa berada di pra sekolah.5. Aktiviti yang dijalankan tidak menarik bagi mereka.

Cadangan: 1. Bagi item pertama, saya akan memastikan murid lebih menumpukan perhatian di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.2. Bagi item kedua, saya akan mempelbagaikan lagi cara penyampaian saya semasa memberi penerangan berserta contoh yang lebih jelas, agar dapat menarik minat murid untuk lebih memahami dan mengetahui isi pelajaran pada waktu itu.3. Bagi item ketiga dan keempat, saya akan mengubah cara penyampaian saya agar lebih tegas kepada murid-murid supaya mereka lebih hormat kepada saya.4. Bagi item ini juga, saya akan cuba mengaplikasi teori pelaziman operan B.F Skinner iaitu peneguhan dan hukuman5. Disamping itu, saya juga akan menggunakan sistem token bagi memastikan murid menunjukkan tingkah laku yang diingini.6. Bagi item kelima, saya akan menyediakan aktiviti yang lebih menarik seperti permainan yang melibatkan semua murid.Sekiranya masalah ini tidak saya atasi, besar kemungkinan murid saya tidak akan faham topik yang saya sampaikan dan akan mengurangkan minat mereka terhadap subjek ini.Tempoh Masa:Saya akan mula mempraktikkan cadangan di atas ke dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya bermula pada 24 Februari 2015 sehingga tamat praktikum.Tindakan Susulan:Saya akan mendapatkan lebih banyak pandangan dan nasihat daripada guru pembimbing saya bagi mengatasi masalah ini.Penilaian Kejayaan:Penilaian kejayaan ini akan dicatat selepas seminggu projek ini dimulakan.Kesimpulan:Berdasarkan tindakan yang telah dijalankan terdapat beberapa kaedah yang berjaya dan sesuai digunakan untuk mengatasi masalah yang timbul. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa halangan yang wujud semasa menjalankan cadangan penambahbaikan tersebut.