isyarat tangan

3
Ucapan alu-aluan.... Selamat sejahtera Saya ________________________ wakil dari Pasukan Beruniform Pandu Puteri Semaja ingin menyampaikan sedikit maklumat tentang komunikasi isyarat tangan dalam Pandu Puteri. Komunikasi isyarat tangan Objektif komunikasi isyarat tangan adalah untuk m e lahirkan seorang manusia yang tajam penglihatan dan sensitif kepada alam sekitar. Aktiviti ini dapat melatih ahlinya peka terhadap isyarat menggunakan tangan. Isyarat menggunakan tangan ini untuk memberi arahan atau hukuman menggantikan suara atau arahan lisan. Dalam pergerakan p andu puteri , beberapa arahan boleh diberikan menggunakan isyarat tangan Skuad masuk baris........ Isyarat yang pertama ; Satu Barisan Melintang - Isyarat ini dilakukan bagi menunjukkan ketua pasukan berada dalam keadaan sedia dan menggenggan kedua-dua tangan kemudia mendepakan kedua-dua belah tangan. Isyarat yang kedua ; Barisan Sejajar

Upload: mak-teh

Post on 26-May-2017

233 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: isyarat tangan

Ucapan alu-aluan....

Selamat sejahtera

Saya ________________________ wakil dari Pasukan Beruniform Pandu Puteri Semaja ingin menyampaikan sedikit maklumat tentang komunikasi isyarat tangan dalam Pandu Puteri.

Komunikasi isyarat tangan

Objektif komunikasi isyarat tangan adalah untuk melahirkan seorang manusia yang tajam penglihatan dan sensitif kepada alam sekitar. Aktiviti ini dapat melatih ahlinya peka terhadap isyarat menggunakan tangan.

Isyarat menggunakan tangan ini untuk memberi arahan atau hukuman menggantikan suara atau arahan lisan. Dalam pergerakan pandu puteri, beberapa arahan boleh diberikan menggunakan isyarat tangan

Skuad masuk baris........

Isyarat yang pertama ; Satu Barisan Melintang

- Isyarat ini dilakukan bagi menunjukkan ketua pasukan berada dalam keadaan sedia dan menggenggan kedua-dua tangan kemudia mendepakan kedua-dua belah tangan.

Isyarat yang kedua ; Barisan Sejajar

- Isyarat ini dilakukan dengan keadaan ketua pasukan mendepakan kedua-dua tangan kehadapan dalam keadaan lurus. Ahli pasukan akan bergerak membentuk 2 atau lebih barisan bergantung kepada jumlah ahli.

Isyarat yang ketiga ; Buka Baris

Page 2: isyarat tangan

- Isyarat ini dilakukan dengan keadaan ketua pasukan menggenggam tangan dan seterusnya mendepakan siku . Pergerakan ini adalah sama seperti pergerakan buka barisan dengan arahan lisan.

Isyarat yang keempat ; Tutup Baris

- Isyarat ini boleh dilakukan dalam 3 cara seperti yang ditunjukkan dihadapan anda. Ia dilakukan dengan keadaan ketua pasukan berada dalam kedudukan buka barisan, kemudian menggerakkan siku ke hadapan atau tangan ke bawah dan tangan ke sisi.Pergerakan ini adalah sama seperti pergerakan tutup barisan dengan arahan lisan.

Isyarat yang kelima ; Buat Separa Bulatan

- Isyarat ini dilakukan dengan keadaan ketua pasukan berdiri dalam keadaan sedia dan menggenggam kedua-dua tangan. Kemudian, membuat pergerakan bersilang tangan bentuk separa bulatan. Ahli pasukan akan bergerak membentuk separa bulatan ataupun bentuk U.

Isyarat yang pertama ; Buat Bulatan

-Isyarat ini dilakukan dengan keadaan ketua pasukan berdiri dalam keadaan sedia dan menggenggam kedua-dua tangan. Kemudian, membuat dua tiga kali pergerakan bersilang tangan berbentuk bulatan. Ahli pasukan akan bergerak membentuk membentuk bulatan mengelilingi ketua pasukan.