isudlampemulihanr.docx

5
Isu dan permasalahan dalam pendidikan pemulihan di sekolah. Pengenalan. Pendidikan pemulihan di negara kita bermula sejak tahun enam puluhan. Ini bertitik tolak dari tinjauan pengajaran pemulihan yang diadakan pada tahun 1967, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kepada sembilan buah sekolah dan berterusan hingga tahun 1970. Bermula tahun 1980 Kurikulum Baru Sekolah Rendah(KBSR) mengetengahkan konsep 5P iaitu penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pemulihan dan pengayaan. Ini jelas dilihat bahawa pemulihan merupakan satu daripada unsur istimewa KBSR. Tahun 1986 Kementerian Pelajaran Malaysia mengarahkan semua sekolah rendah di negeri yang mempunyai guru khas pemulihan agar melaksanakan program pemulihan di sekolah masing-masing. Program pemulihan menjadi agenda penting Kementerian Pelajaran Malaysia mulai tahun 1998. Antara tindakannya ialah melatih guru Bahasa Melayu untuk mengadakan pemulihan ringan dalam bilik darjah dan menambah guru pemulihan khas yang mampu mengendalikan pemulihan berat. Bulan November 1998 KPM menghasilkan buku panduan bagi melaksanakan program pemulihan khas. Ianya menjadi sumber penting guru pemulihan khas dan guru bahasa Melayu. Program pemulihan khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Masalah yang dihadapi oleh murid-murid ini mungkin berupa masalah yang ringan dan boleh dilakukan oleh guru kelas biasa. Murid yang menghadapi masalah yang

Upload: harinitha-nitha

Post on 16-Nov-2015

7 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

3

Isu dan permasalahan dalam pendidikan pemulihan di sekolah.

Pengenalan.

Pendidikan pemulihan di negara kita bermula sejak tahun enam puluhan. Ini bertitik tolak dari tinjauan pengajaran pemulihan yang diadakan pada tahun 1967, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kepada sembilan buah sekolah dan berterusan hingga tahun 1970. Bermula tahun 1980 Kurikulum Baru Sekolah Rendah(KBSR) mengetengahkan konsep 5P iaitu penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pemulihan dan pengayaan. Ini jelas dilihat bahawa pemulihan merupakan satu daripada unsur istimewa KBSR. Tahun 1986 Kementerian Pelajaran Malaysia mengarahkan semua sekolah rendah di negeri yang mempunyai guru khas pemulihan agar melaksanakan program pemulihan di sekolah masing-masing.Program pemulihan menjadi agenda penting Kementerian Pelajaran Malaysia mulai tahun 1998. Antara tindakannya ialah melatih guru Bahasa Melayu untuk mengadakan pemulihan ringan dalam bilik darjah dan menambah guru pemulihan khas yang mampu mengendalikan pemulihan berat. Bulan November 1998 KPM menghasilkan buku panduan bagi melaksanakan program pemulihan khas. Ianya menjadi sumber penting guru pemulihan khas dan guru bahasa Melayu.Program pemulihan khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.Masalah yang dihadapi oleh murid-murid ini mungkin berupa masalah yang ringan dan boleh dilakukan oleh guru kelas biasa. Murid yang menghadapi masalah yang berat dan kompleks, mereka akan dikelolakan oleh guru pemulihan khas di kelas pemulihan. Program pemulihan di sekolah jika dikaji dan diteliti terdapat beberapa isu yang boleh dibincangkan untuk renungan bersama. Terdapat beberapa faktor yang menjadi Isu dalam pendidikan pemulihan di sekolah iaitu seperti faktor guru,murid, pihak pengurusan, peruntukan yang diberikan, bahan bantu mengajar yang digunakan, penglibatan ibu bapa dan akhir sekali kemudahan fizikal. Dalam membincangkan isu pemulihan di sekolah ini apa yang penting dan jelas dilihat ialah masalah guru, murid dan ibu bapa.

Dari segi faktor guru isu yang paling penting ialah sekolah tidak mempunyai guru pemulihan khas. Tiap-tiap buah sekolah masa kini sudah mempunyai guru pendidikan khas tetapi hakikat sebenarnya guru yang dilantik bukannya guru yang mempunyai kepakaran dalam pendidikan pemulihan.walaubagaimanapun guru-guru ini bernasib baik kerana sentiasa menghadiri kursus-kursus berkaitan sehingga guru ini faham pendidikan pemulihan yang sebenar.Kekurangan guru di sekolah menyebabkan guru pemulihan khas diminta mengajar di kelas-kelas biasa. Guru pemulihan khas juga dibeban dengan tugas menggantikan guru-guru lain dan terpaksa menjalankan tugas-tugas bukan mengajar. Sesetengah guru kurang berminat untuk mengajar murid-murid pemulihan khas Sikap negatif ini merupakan satu masalah yang dihadapi oleh pengurusan sekolahGuru adalah tenaga pendorong yang besar untuk membangkitkan minat belajar murid. Kaedah pengajaran yang jitu, penggunaan peralatan mengajar yang berkesan, pendekatan pengajaran yang tepat, alat komunikasi yang sesuai untuk mempercepatkan pemerolehan ilmu dan lain-lain dapat membantu guru membuat pemulihan dengan berkesan. Masalah yang timbul di sini ialah sikap guru yang gemar membuat jangkaan yang rendah terhadap pelajar pemulihan.Permasalahan pemulihan di sekolah juga dapat dilihat dari faktor murid. Murid kerap ponteng sekolah. Apabila perkara ini berlaku mereka akan ketinggalan dalam pengajaran guru dalam kelas berbanding dengan rakan yang lain. Hal ini bukan sahaja menyukarkan guru pemulihan tetapi masa hadapan pelajarMasalah pelajar yang lemah ini juga dihubungkan dengan latar belakang sosio ekonomi yang kurang baik, masalah keluarga, masalah persekitaran, pergaulan dan sebagainya. Faktor-faktor ini boleh mendorong pencapaian rendah seseorang pelajar. Kelemahan penguasaan bahasa mungkin disebabkan daripada latar belakang sosio ekonomi , kerencatan mental atau fizikal seperti kurang pendengaran dan sebagainya.Kekurangan perbendaharaan kata menjejaskan perkembangan pembelajaran kanak-kanak. Hal ini disebabkan sekatan persekitaran iaitu kurangnya bahan ransangan seperti buku, gambar, lukisan , mainan dan sebagainya. Selain itu kurangnya sekatan pengalaman iaitu kurangnya pengalaman untuk membuat tinjauan, lawatan, kunjungan dan sebagainya yang boleh meransang pertumbuhan daya fikiran. Kurangnya pergaualan atau interaksi dengan orang-orang yang lebih dewasa terutama ibu bapa dan orang-orang yang boleh dianggap menjadi model kepada pertuturan yang baik dan betul.

Terdapat juga bilangan murid pemulihan khas yang terlalu ramai bilangannya berbanding dengan seorang sahaja guru pemulihan. Apabila bilangan murid yang terlalu ramai menyukarkan guru untuk memberi pendidikan pemulihan yang terbaik. Hal ini juga menyebabkan sukar untuk melaksanakan program pemulihan dengan berkesan.Selain dari itu penglibatan ibu bapa adalah penting. Isu ini juga merupakan satu masalah yang dihadapi dalam melaksanakan program pemulihan di sekolah. Ibu bapa seharusnya mengambil bahagian yang penting dalam usaha memajukan anak-anak mereka. Ibu bapa tidak seharusnya membiarkan anak-anak ini di rumah tanpa hadir ke sekolah. Ibu bapa juga tidak memberi kerjasama kepada pihak sekolah seperti berbincang masalah anak, mengambil berat tentang pelajaran dan kerja-kerja rumah yang diberikan oleh guru. Kurangnya perhatian ibu bapa terhadap pelajaran, pemakanan dan kesihatan anak-anak menyebabkan masalah pelaksanaan pemulihan di sekolah kurang berkesan.Kesimpulannya pendidikan pemulihan tidak seperti mana yang disangkakan. Ia memerlukan kesabaran dan paling penting pengorbanan untuk mendidik murid pemulihan supaya boleh menjadi insan yang membanggakan suatu hari nanti. Di sinilah peranan guru dituntut untuk memilih kaedah pengajaran yang benar-benar sesuai bagi pelajar-pelajarnya berdasarkan kecenderungan, bakat, saiz kelas, daya pemerolehan pelajar dan cara belajar murid-murid ini.