isu tentang pendidikan teknikal dan vokasional

3
ISU TENTANG PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL a. Tajuk Transformasi Teknik dan Vokasional (VOCTEC) b. Isu Sekolah teknik dan vokasional di seluruh Negara digantikan dengan Kolej Vokasional. Tranformasi yang berlaku ini melibatkan kurikulum teknik dan vokasional, tempoh pengajian, pengiktirafan persijilan, tenaga pengajar, infrastruktur dan yang paling utama penjenamaan semula sekolah-sekolah menengah vokasional kepada Kolej Vokasional. c. Ulasan Saya bersetuju dengan penggantian nama Sekolah Teknik dan Vokasional kepada Kolej Vokasional memberikan impak yang besar. Ia bukan dari segi nama malahan ia juga sebagai usaha uuntuk memantapkan lagi sistem pendidikan Negara serta menghapuskan stigma bahawa pengajian vokasional adalah untuk pelajar yang tidak dapat menguasai bidang akademik. Perubahan nama itu akan melibatkan pindaan akta Pendidikan serta rombakan kursus-kursus teknikal vokasional, dengan pelajar yang dikeluarkan tidak terbatas di peringkat sijil kemahiran tetapi merupakan lulusan setaraf dengan Diploma. Sijil

Upload: ruhayzarahim

Post on 12-Apr-2016

72 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

assignment

TRANSCRIPT

Page 1: Isu Tentang Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

ISU TENTANG PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

a. TajukTransformasi Teknik dan Vokasional (VOCTEC)

b. IsuSekolah teknik dan vokasional di seluruh Negara digantikan dengan

Kolej Vokasional. Tranformasi yang berlaku ini melibatkan kurikulum

teknik dan vokasional, tempoh pengajian, pengiktirafan persijilan,

tenaga pengajar, infrastruktur dan yang paling utama penjenamaan

semula sekolah-sekolah menengah vokasional kepada Kolej

Vokasional.

c. Ulasan

Saya bersetuju dengan penggantian nama Sekolah Teknik dan

Vokasional kepada Kolej Vokasional memberikan impak yang besar. Ia

bukan dari segi nama malahan ia juga sebagai usaha uuntuk

memantapkan lagi sistem pendidikan Negara serta menghapuskan

stigma bahawa pengajian vokasional adalah untuk pelajar yang tidak

dapat menguasai bidang akademik. Perubahan nama itu akan

melibatkan pindaan akta Pendidikan serta rombakan kursus-kursus

teknikal vokasional, dengan pelajar yang dikeluarkan tidak terbatas di

peringkat sijil kemahiran tetapi merupakan lulusan setaraf dengan

Diploma. Sijil Kemahiran Kolej Vokasional diiktiraf oleh MQA dan JPA.

Untuk kemasukan ke Kolej Vokasional, bidang Vokasional dan Latihan

Kemahiran permohonan dan tawaran menggunakan keputusan

percubaan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Setakat ini hanya

79 sahaja Sekolah Teknik Vokasional yang ditukarkan kepada Kolej

Vokasional selebihnya masih menjadi Sekolah Menengah Teknik.

Page 2: Isu Tentang Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

Dari segi pembelajarannya. Kolej Vokasional adalah merupakan

pengajian selama 4 tahun (8 semester), ia menggunakan sistem

penggal. Pelajar Kolej Vokasional tidak akan menduduki peperiksaan

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi akan menamatkan pengajian

dengan Diploma Vokasional Malaysia (DVM).

Ada juga yang menyatakan “Adakah boleh pelajar lepasan Kolej

Vokasional ini menyambung pengajian ke IPTA/IPTS walaupun tiada

SPM?”. Jawapan ialah pelajar lepasan KV boleh menyambung

pengajian di IPTA/IPTS tetapi mestilah berkaitan dengan sijil/Diploma

KV yang diperolehi dan memenuhi syarat kemasukan IPTA/IPTS yang

dimohon.